Nama*: | Laili |
Tajuk*: | Mohon bantuan dan pecerahan |
Message*: | Assalammualaikum..
Nama saya Laili disini saya ingin bertanyakan sedikit soalan bagi dapat merungkai dan memberi pencerahan sikit dalam masalah rumah tangga saya ini.
Sebelum itu saya beri tahu sedikit latar belakang kami suami isteri. Kami sudah 9 tahun berkahwin dan sehingga kini masih belum dikurniakan zuriat. Saya berumur 29thn beberapa kali saya mengalami keguguran dan tumpah darah yang serius..pada tahun 2011 saya telah menjalani satu pembedahan buang cyst yang telah membesar dirahim kiri. Sehingga kini masih lagi belum ada rezeki dikurniakan zuriat walau pelbagai usaha kami suami isteri lakukan. Setiap hari saya tidak bersemangat..rasa putus asa. Kemurungan saya makin terok sejak awal tahun 2014..pada mulanya suami hanya ingat kemurungan biasa disebabkan masalah zuriat..stress dipejabat..hal-hal rumahtangga tetapi makin hari kemurungan saya makin teruk sehinggakan pernah ada cubaan untuk mengancam diri sendiri dan suami. Ada ketika saya lupa dan hilang pertimbangan tidak dapat berfikir secara waras. Saya lebih banyak bersendiri, tak banyak bercakap, kerap bertengkar dengan suami dan tidak boleh bergaul dengan orang ramai. Pada bulan 4 bila keadaan makin tidak terkawal suami membawa saya untuk dapatkan rawatan pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur. Setelah beberapa bulan rawatan saya disahkan Bipolar Disorder tetapi yang bertentangan iaitu berlainan dengan simptom pesakit bipolar yang biasa. Saya lebih kepada kemurungan, kesedihan terlampau yang boleh membuatkan saya hilang pertimbangan.
Suami saya berumur 38thn..dia dari awal lagi telah mendapatkan rawatan di Hospital Assunta oleh Dr. Deva Dass pakar psikiatri dan sakit jiwa dari tahun 2008 kerana anxiety, traumatize, stress dan bipolar. Dia juga telah beberapa kali dimasukkan ke wad hospital kerana kerap berasa tidak tentu arah, berdebar, degupan nadi dan jantung tidak stabil, sakit dada sekaligus membuatkan dia selalu rasa stress dan kerap hilang pertimbangan dan tidak dapat berfikir secara logik. Suami saya memang bergantung kepada ubat untuk mengelakkan dia tidak rasa cemas, berdebar, tidak tentu arah untuk melakukan aktiviti hariannya.
Keadaan dirinya menjadi lebih teruk apabila syarikat tempat dia bekerja mengurangkan kos dengan memberhentikan beberapa orang staff termasuk suami saya pada bulan Julai 2014. Dari situ dia merata mencari kerja lain dan dalam pada masa yang sama mencari duit untuk menampung perbelanjaan harian. Nasib tidak menyebelahi dia masih gagal mendapat pekerjaan walau banyak tempat telah ditemuduga. Pada ketika itu saya masih lagi bekerja walaupun kerap sakit dan tumpah darah. Dari ketika ini dia lebih menumpukan kepada saya dan disebabkan kewangan tidak menentu dia tidak meneruskan pengambilan ubatnya. Suami saya ini melakukan apa saja kerja yang boleh mendapatkan duit. Dia sangat prihatin, bertanggungjawab menjaga saya dalam keadaan apa sekali walaupun diri dia sendiri perlu dapatkan rawatan.
Dalam pertengahan bulan 10 thn 2014 dia berkenalan dan berjumpa dengan seorang perempuan yang ingin meminta tolong suami saya untuk menjualkan kereta dan lorinya. Saya juga tahu mengenai hal ini dan suami saya juga sering bercerita dengan saya. Seperti mana yang saya beritahu, dalam suami saya tiada pekerjaan tetap dia melakukan apa saja untuk mendapatkan duit seperti membuat online bussines, jual handphone kecil-kecilan, menjaga parking dan sebagainya.
Pada mulanya perkenalan suami saya dengan perempuan itu hanyalah sekadar rakan business tetapi lama kelamaan perempuan itu mula ada perasaan dengan suami saya. Dia sudah berkahwin mempunyai 3orang anak dan telah berpisah tetapi kesnya masih belum selesai. Apabila dia dan suami saya sering berhubung berjumpa hubungan mereka semakin rapat. Suami saya banyak kali untuk melarikan diri dan mengelak untuk berhubung dari dia tetapi gagal malah asik teringat ingat akan perempuan itu.
Kian hari kelakuan suami saya makin berubah menjadi lebih suka termenung, lalai, tidak fokus, pelupa, panas baran, tidak bersemangat. Ubat juga sudah lama dia tidak ambil oleh kerana kesempitan duit pada ketika itu dan keadaan saya juga yang sama sepertinya. Keadaan kami berdua makin teruk kerap bergaduh, panas baran tidak tentu pasal, dan kami banyak kali hilang pertimbangan antara sesama sendiri.
Pada 7/12/2014 ketika suami saya sedang tidur saya telah menggunakan handphone nya dan telah membaca whastapp mesra diantara suami saya dan perempuan itu yang agak keterlaluan. Badan saya mula mengigil dan tidak dapat berfikir dan bertanya apa lalu terus menumbuk badan dan kepala suami saya berkali kali. Dia dalam keadaan terkejut terus bangun dari katil terus berkata 'kita bercerai talak 3' kemudian dia terus sambung tidur bagai tiada apa yang berlaku, saya dalam keadaan tidak dapat berfikir hanya mampu diam dan terus menangis.
Bila bangun dari tidur pun dia seolah olah tidak sedar apa yang terjadi dan berkelakuan seperti biasa saja. Bila saya tanya dia pun bagai dalam keadaan separa sedar dan tidak ingat dengan apa yang terjadi. Beberapa hari kemudian saya berbincang dengan dia secara elok dan dia akui dia tidak sedar, tidak berapa ingat apa yang berlaku lalu dia ucapkan perkataan merujuk semula "bismillahirrahmannirahim...saya dengan ini merujuk semula dengan isteri saya Ida (dia menyebut nama penuh saya)". Kami juga melakukan hubungan intim seperti biasa dengan rela bukan paksaan.
Keadaan kami makin teruk selalu rasa tertekan, suami saya pula sering menjerit marah mengamuk tidak tentu. Tapi bila dia sedar keadaan seperti biasa saja bagai tiada apa yang berlaku sebelum itu. Sehinggakan kami terpaksa berpindah tinggal dibawah jagaan keluarga sejak bulan 5 thn ini sehingga sekarang.
Saya ada juga mendapatkan rawatan secara islam dengan berjumpa dengan beberapa orang ustaz bagi merawat kami berdua. Kami mengalami tekanan perasaan , mental dan juga terkena perbuatan sihir. Keluarga juga ada membawa kami berjumpa dengan ustaz-ustaz yang lain dan rata-rata mengatakan perkara yang sama. Kini keadaan diri saya beransur pulih manakala suami pula masih lagi dalam rawatan hospital dan juga secara islam.
Apabila sudah beransur pulih dan dapat ingat kembali sikit demi sikit apa yang telah terjadi, saya ingin dapatkan bantuan mengenai status rumah tangga saya dan suami sekarang ini. Nasib saya ada menulis sikit nota apa yang terjadi antara kami walaupun tidak semua yang saya lalui ketika itu saya notakan tetapi dapat juga membantu kembali ingatan kami. Saya mengambil masa untuk tunggu suami saya pulih supaya dapat penjelasan dari dia.
Mohon beri pendapat dan bantuan..terima kasih. |
File Upload: | |
Salam Puan,
Menyelami kisah puan suami isteri, dapat saya rasakan bertapa beratnya dugaan yang puan lalui. Dalam kesakitan ditimpa pula musibah hilang pekerjaan, tentunya ia membebankan keluarga puan.
Satu sahaja yang saya fokus di sini ketika suami mengucapkan kita cerai talak tiga.. Pada saya jika situasi ketika itu suami sedang tidur dan terkejut oleh pukulan isteri dan lantas mengucapkan cerai, pada saya ia tidak menjatuhkan talak kerana dia berkata dalam keadaan separuh sedar. Malah dengan penyakit yang dialaminya, saya percaya ia memberi kesan kepada tindakan yang dibuat.
Pendapat saya, puan masih kekal sebagai isterinya..
tk
Visitor IP: 175.144.126.133
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm