Wednesday, September 30, 2015

Soalan: Pil hormon- edah

Nama*:Ros
Tajuk*:Pil hormon- edah
Message*:Assalamualaikum,

Saya baru bercerai dan kini dlm tempoh edah.
Haid saya tidak teratur, jadi bolehkah saya ambil pil hormon setiap bulan untuk memastikan saya turun haid selama 3 bulan ini.
Adakah hukum tertentu menggunakan pil hormon untuk didatangi haid sekaligus mempercepatkan tempoh edah saya tamat
File Upload:

Salam

Bagus juga idea tu... jika tak sabar nak habis edah, eloklah makan pil agar putaran haid teratur setiap bulan.

Ok.. saya tak rasa perkara ini haram atau ditegah..

tk

Visitor IP: 60.51.24.172

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: berkenaan lafaz taklik

Nama*:siti
Tajuk*:berkenaan lafaz taklik
Message*:assalamualaikum ustaz,saya inginkan kepastian..semasa bertengkar dgn suami..sy pun meminta cerai...suami pujuk..dan berjanji akan melaksanakan apa yg sy mahukan seperti belajar memandu dan ambik lesen...tolong buat kerja rumah dan sesekali buka dan tengok buku sekolah anak2...jd suami pun tunaikan bab2buat kerja rumah dan sekolah anak2...cuma 1 yg sy masih tunggu die buat...utk belajar memandu dan ambik lesen kereta..dan baru2 ni kami bertengkar lg...dan sy mengungkit pasal taklik tu...dan meminta dilepaskan sekali lg dan suami pun menyatakan untuk berpisah buat sementara waktu...mcmana hubungan kami ustaz..adakah sudah jatuh talak..kerana suami menyatakan supaya mentuntut di mahkamah syariah kalau betul sy inginkan penceraian
File Upload:

Salam

Saya tidak pasti adakah suami yang membuat taklik atau tidak pada awal pertengkaran itu?

Jika suami sekadar mengaku atau mengiyakan sebegitu sahaja tanpa ada kesungguhan atau niat, ia tidak terjadi lagi taklik. Taklik adalah hak suami dan suami sendiri menentukan ia taklik atau tidak..

Puan, takkanlah soal lesen memandu pun nak gaduh.. tak elok tu.. nanti suami dah pandai memandu ke lain pula dia pergi.. lagi bahaya.. hehehe

tk
Visitor IP: 115.134.180.243

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, September 29, 2015

Soalan: Terlafaz seorang diri akibat lintasan hati

Nama*:Ahmad
Tajuk*:Terlafaz seorang diri akibat lintasan hati
Message*:Assalamualaikum wbt Ustaz.....

Maaf Ustaz,saya baru sahaja hantar soalan ini kepada Ustaz....Cuma saya tertinggal ayat....Begini Si Suami cuba ingatkan kembali perkataan yang terlafaz itu dengan berkata semula ayat yang terlafaz itu secara tidak sengaja seorang diri akibat lintasan hati atau gangguan hati sedangkan Si Suami tiada niat untuk ceraikan isterinya.Si Suami terlalu tertekan bila memikirkan perkara ini samada beliau ada berkata semula atau tidak tanpa disengajakan,beliau sendiri tidak pasti.Si Suami amat sayangkan isterinya dan tiada niat langsung untuk bercerai.Minta tolong Ustaz jelaskan.....Terima Kasih
File Upload:
Salam

Tidak terjadi talaknya..

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafas cerai & penderitaan

Nama*:Ezah
Tajuk*:Lafas cerai & penderitaan
Message*:Salam ustas..

Nama saya ezzah. Saya berusia 30 tahu.
Dan saya di kurnia kan 5 orang anak.
Saya pernah berkawin sebelum ni dan bercerai.(bekas suami penagih dadah.)
Perkawinan pertama saya di kurnia kan 2 orang anak.
Dan perkawinan kedua saya di kurnia kan 3 orang anak.

Perkawinan kedua saya dah 9 tahun sekarang.
Tapi ustas..
Perkawinan saya kali ini besar ujian saya ustas..

1- dia selalu maki hamun saya di depan orang ramai.
(jatuh kan maruah saya)

2- dia selalu ungkit kisah lama saya dengan bekas suami.
(Kau ni bodoh la kawin dengan penagih dadah.)

3- dia selalu tengking saya dan ucap kan perkataan yang menyakitkan hati saya ( kau bodoh, kau sundal, kau pelacur, kau janda bodoh)

4- dia selalu saja panggil saya dengan nama mak janda walau pun depan anak2 dan orang ramai. ( eh janda. Eh makjan. Eh janda bodoh.)

5- dia selalu ucap kan perkataan seperti (bapak kau kat dalam penjara tau.)
Dengan anak2 saya (anak tiri dia)

6- dia selalu buat saya seperti patung untuk puas kan nafu dia.
Dia dah puas je dia mula carik pasal dengan saya.
Dia tak kira kalau saya kata saya penat sangat. dia tetap jugak puas kan diri dia.

Saya tak mampu nak cakap pape. Setiap kali saya cuba bersuara dengan baik supaya dia tak sakit kan hati saya atau anak2 saya. Saya di maki hamun.
Sampai saya jadi takot. Dia tk pernah pukul bantai saya ustas..
Tapi dengan kata-kata dan ucapan yang keluar dari mulut dia selalu saja sakit kan hati saya. Sampai saya selalau saja menangis..

Dia seorang yang suka berjudi. Setiap kali dia berjudi kalah je saya di maki teruk ustas..
Saya hanya mampu bertahan selama 5 tahun.
Dah saya amik keputusan untuk bercerai dengan dia.

Saya kumpul mak bapak saya dan mak bapak dia dan makcik saya sebagai saksi.
Saya mula berterus terang tentang perangai dia terhadap saya dan jujur saya kata kan saya terlalu siksa hidup dengan dia selama 5 tahun. dan mintak dia lepas kan saya dengan cara baik. (Dia tidak cerai kan saya.)

Selepas berterus terang. Dalam 2-3 hari selepas tu saya amik keputusan untuk keluar dari ruma.

Saya keluar dari ruma tu dengan 5 orang anak2 saya.
(Dia tak tahan saya dan anak2)

Saya cuba call dia cakap baik-baik supaya dia file kan cerai.
Tapi dia kata: (aku tak akan cerai kan kau. Aku nak kau merana)

Selepas saya keluar dari ruma. Dia langsong tak carik atau tanya kabar saya.
Bila saya msg tanya dia nafkah anak2 tolong la kasi.
Dia mati kan diri. Saya amik keputusan untuk file kan ke makamah. Tapi dia tidak hadir kan diri.

Dia cuma antar sms: (aku tak akan cerai kan kau sampai bila bila..
Aku nak hidup kau merana.)

Dan perkara ini terus jadi senyap selama 4 tahun ustas..
Saya di biar kan tampa nafkah zahir dan batin.

Dan baru-baru ini saya buat keputusan untuk balik ke rumah tu.
Dan saya nampak ada sedikit perubaha di atas diri dia. Jadi saya buat keputusan untuk tinggal semula di ruma ini.
(Anak2 masih di ruma orang tua saya)

Sekarang dah nak masuk 2bulan saya balik semula di ruma ni.
Dalam masa 1 bulan alhamdulillah dia dah tak maki atau guna perkataan kasar kat saya.
Tapi. Hari demi hari saya rasa seperti ada yang tak kena. Saya perhati kan dia asik tak ada duit je.. tapi hari-hari keluar berkerja.
Kuasa allah saya ternampak yang dia masih berjudi.
Saya tegur dia dengan baik.
(Kalau kau sayang kan aku dan anak-anak.. berhenti la main judi hidup kita tak berkat tau.)

Dia mula marah.. dan mula mengungkit kisah lama saya dan bekas suami pertama saya: (kalau bekas laki kau tu bukan penagih dadah dan tahu tanggung anak. Aku pun tak payah nak berjudi. Ni kau dah balik aku kena tanggung makam minum kau lagi)

Saya jawab: dia dah memeng penagih dadah dan dia pun di dalam penjara. Tak payah la ungkit kisah lama aku lagi.

Dia jawab: pak duda kau tu pandai cerai kan kau.
(Kalau aku la.. aku jatuh kan kau talak 3 terus.)

Saya terus ucap kan terima kasih akhirnya kau cerai kan aku jugak kan alhamdulillah...
Dan saya terus masuk bilik dan konci pintu.

Dia antar sms kat saya dia kaya:
- (aku tak sebut cerai kan)
- (lagi pun tak ada saksi pun tak pakai)


Tolong saya ustas.. saya dah tak tahu apa maksud perkawinan saya sekarang..
Tolong jelas kan apa kan kami masih suami isteri???
File Upload:
Salam Puan..

Sedih saya mendapat tahu kisah puan.

Dari dialog yang dikemukakan, saya pasti suami puan tidak lagi melafazkan cerai ke atas puan. Puan masih lagi menjadi isterinya yang sah. Dia hanya sebutkan, kalau akulah, aku akan ceraikan talak tiga terus.. Lafaz ini tidak sah untuk disabitkan terjadinya talak.

Oleh kerana kesulitan yang berpanjangan, saya nasihatkan puan membawa kes ini ke mahkamah dan memohon mahkamah untuk tebus talak. Ini kerana suami yang masih tegar berjudi, tentunya dia tiada tangunggjawab agama dan pendidikan kepada anak-anak puan. Eloklah dipisahkan perkahwinan yang hanya menginayai isteri dan anak-anak.

tk

Visitor IP: 103.252.200.188

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: rujuk

Nama*:fazli
Tajuk*:rujuk
Message*:assalamualaikum,..sya nk bertanya kpada ustaz,
sy tgh marah pada istri ade sebab tertentu,scara x sengaja sy terlafaz kata cerai nama istri 'aku cerai kau talak 3',ketika itu isteri tgh mgandung 1bulan lebih,istri tiba2 kmas pakaian bawa ank2 dan trus balik ke umah org tua'y pada mlm tu jgak,k'esokan sy pergi ke rumah org tua'y,jumpa istri sy,sy memohon maaf dan ingin merujuk istri balik ke rumah,isteri sy memaafkan sy,dan kmi berbaik smula,sy bwa isteri balik ke rumah.,! persoalan sy ustaz,adakah sah sy rujuk isteri semula?jika x sah,bolekah sy kahwin isteri sya slepas habis bersalin!?sy xnk b'pisah dgan isteri dan anak sy msih kecik bru 2thun apalagi ank yg di dlam kandungan ibu'y....!
File Upload:
Salam

Salam

Jika sahih dan jelas sebutan suami 'aku cerai kau talak 3', bererti perkahwinan ini tidak boleh lagi dirujuk. Ia telah terjadi talak tiga dan rujuk yang dilafazkan itu adalah tidak sah dan tidak valid.

Saya nasihatkan saudara membawa kes ini ke mahkamah bagi mencari jalan penyelesaian atas kebijaksanaan para hakim.

tk

Visitor IP: 107.167.112.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Berdoa

Nama*:Ri Omar
Tajuk*:Berdoa
Message*:Assalamualaikum wbt....Ustaz

Saya nak bertanya bolehkah Si Suami berdoa pada Allah "Ya Allah,Harta tidak ternilai bagiku adalah Isteriku, Kau ampunkanlah dosa2 Isteriku.


Minta tolong Ustaz jelaskan....Terima Kasih
File Upload:

Salam..

Doa seperti ini, tiada salahnya.. doalah untuk kebaikan isteri dan anak-anak.. malah untuk semua orang..

tk
Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, September 28, 2015

Soalan: Terlafaz Perkataan cerai

Nama*:mil
Tajuk*:Terlafaz Perkataan cerai
Message*:Assalamu'alaikum ustaz,

Saya terlafaz guna mulut ketika membaca ayat 'Aku ceraikan kau' di internet tanpa ada niat untuk menceraikan isteri saya.

Ketika membaae tersebut mulut saya terikut sekali bacaan tersebut. Adakah jatuh talak?

terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kerana lafaz itu tidak ditujukan kepada isteri sebaliknya hanya membaca artikel sahaja.

tk

Visitor IP: 1.9.106.83

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lintasan hati / fikiran

Nama*:hamba keliru
Tajuk*:lintasan hati / fikiran
Message*:Salam ustaz,selepas saya bergaduh dgn isteri ...saya ada berdoa Ya Allah jauhkan perkahwinan kami dr penceraian..tp ketika itu cm da perasaan ke arah benda itu.tp apa yg terbuku di hati saya xlafazkan..adakah dengan penggunaan perkataan penceraian itu sahaja telah menyebabkan jatuhnya talak?
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak selagi mana tidak dilafazkan. Hentikan lintasan jahat seperti itu..

tk
Visitor IP: 64.233.173.129

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh ke talak

Nama*:Hamba Allah yang Was Was
Tajuk*:jatuh ke talak
Message*:Jatuh ke talak jika si suami menceritakan kepada si isteri apa2 lintasan hati ke arah cerai dengan niat untuk mengadu dan menceritakan kerunsingan hatinya?tetapi tiada satu pun satu lafaz soreh yg dikeluarkannya..lebih kepada ayat2 begini..1)abg terasa mcm ada lafaz la sayang tapi itu macam perasaan je,sayang ada dengar ke?
2)abg diganggu oleh lintasan yng menyuruh ke arah itula/cerai
3)selepas menghntr sms..si suami ckp dengan isterinya..abg terasa cam da niat je time hntr td.tapi abg pun xpasti..adakah itu semua boleh membawa kepada jatuhnya talak?
File Upload:
Salam

Tidaklah terjadinya talak... tk

Visitor IP: 183.171.228.132

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: RUJUK

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:RUJUK
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Suami saya telah terlafaz cerai pada 09/06/2015 dan mahkamah telah mengesahkan pada 18/06/2015. Semasa lafaz itu dilafaz, saya dalam haid. Masalahnya sekarang ustaz, kami berdua ingin rujuk. kalau diikutkan tempoh iddah saya adalah 4bulan haid dan suci, Tetapi dalam daftar cerai,suami saya tidak tahu saya dalam keadaan haid ketika itu. Dia tahu pun setelah hakim mengesahkan penceraian kami. Dan sekarang, saya baru 2kali didatangi haid kerana baru lepas melahirkan anak pada bulan Februari. Saya berbaki 2 bulan haid lagi.Kerana saya hitung ikut kalendar, bulan 6 sampai bulan 9 dah dikira 3 bulan.

Jika kami hendak rujuk, adakah sah?
File Upload:
Salam

Sila bawa kes ini ke mahkamah utk tujuan rujukan...

Pada pendapat saya, tempoh edah ialah tiga kali suci selepas terjadinya talak oleh suami.

Maaf, saya kurang jelas kes kejadiannya.


tk
Visitor IP: 115.135.45.133

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sah tak mandi wajib

Nama*:farah
Tajuk*:sah tak mandi wajib
Message*:salam ustaz...
saya mandi wajib kemudian terus tunaikan solat...
Lepas solat, saya tengok kulit di celah kuku tangan saya ada kesan hitam...sedikit je...yg lain2 celah kuku tangan ada warna2 kuning mungkin sbb saya makan kari...
Yang tanda hitam tu saya x pasti apa...rasanya saya xde sentuh benda yg boleh halang air, saya cuma memasak je...
Saya x ulang mandi wajib...saya cuma hilangkan tanda hitam tu dan terus basuh tangan serta jari2 saya tu.. jangka masa 40minit selepas mandi wajib...
Boleh ke macam tu ? / perlu ke saya ulangi mandi wajib??
File Upload:

Salam

Jika tanda hitam itu berselaput seperti sisik ikan atau liquit kertas, kena ulangi semula mandi berkenaan. Jika ia kotoran biasa yang tidak menghalangkan air terkena kulit, ia diamafkan dan tidak perlu ulangi mandi wajib.

tk
Visitor IP: 203.106.158.122

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, September 27, 2015

Soalan: zihar

Nama*:hamid
Tajuk*:zihar
Message*:terlafaz zihar dgn x sengaje, apakah hukumnya ustaz?? tak ada niat langsung nk zihar.tiba2 terpandang dan terus melintas di hati lalu terasa seakan lidah terlafaz.
File Upload:
salam

Pada saya, ia tidaklah terjadinya zihar.

Zihar ini konsepnya ialah untuk mengeji dan memburukkan isteri, jika tidak sedemikian, ia bukanlah zihar.

tk
Visitor IP: 175.145.184.185

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: perlu ke pergi mahkamah?

Nama*:fatin
Tajuk*:perlu ke pergi mahkamah?
Message*:Assalammualaikum..sy ingin bertanya 2 hari lepas suami sy lafazkan "sy ceraikan awak" tp keesokkanye die ingin merujuk semula kpd sy dan sy m3nerima nye...soalan nye adakah kami perlu petgi ke mahkamah?
File Upload:
Salam

Talak dan rujuk berkenaan adalah sah. Telah berlaku talak satu dan rujuk..

Elok pergi buat aduan ke mahkamah bagi tujuan rekod..

tk

Visitor IP: 113.210.5.215

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, September 24, 2015

Soalan: Adakah ia lafaz kinayah?

Nama*:Suhaimi Ali
Tajuk*:Adakah ia lafaz kinayah?
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Jika si suami berkata bahawa ia tawar hati pada isterinya, adakah ia dikategorikan sebagai lafaz kinayah. Bila dirujuk pada kamus tawar hati bermaksud hilang semangat berbuat sesuatu. Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih.
File Upload:
Salam

Tawar hati memanglah boleh dikatakan lafaz kinayah untuk cerai. Tapi ia bergantung kepada suami sama ada dia berniat cerai atau tidak.. Kena rujuk kepada suami utk kepastian.

Pada pendapat saya, suami tawar hati itu tidaklah dimaksudkan cerai, hanya keresahannya pada isteri...

tk

Visitor IP: 203.106.159.100

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Terlafaz seorang diri akibat lintasan hati

Nama*:Nazri Omar
Tajuk*:Terlafaz seorang diri akibat lintasan hati
Message*:Assalamualaikum wbt.....Saya ingin bertanya pada Ustaz,apakah hukum jika Si Suami terlafaz kata seperti ini Kita bercerailah dia tu atau Aku ceraikan dia tu atau secara tiba-tiba lintasan hati datang Si Suami berkata Dah seorang diri akibat lintasan hati atau gangguan hati yang teruk sedangkan didalam hatinya tiada niat untuk bercerai dengan isterinya.Tolong Ustaz jelaskan....
Terima Kasih
File Upload:
Salam

Jika tiada niat utk cerai, tetapi tersebut butirannya, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.

Cuma perlu diperbaiki dan diubati penyakit was was tu..

usah dilayan gangguan yg tak baik tu..

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sumpah..

Nama*:intan
Tajuk*:sumpah..
Message*:Ptg td sy bergaduh dgn suami..dan dia bersumpah tak nak balik
dan bersumpah tak nk sentuh sy lg..boleh ke die menarik
sumpah berkenaan..dan bagaimana..
File Upload:KI.DAT

Sumpah jika menggunakan nama Allah maka sahlah ia.

Jika sudah bersumpah maka kena bayar kifarat sumpah..

Maaf saya tak ingat apakah kifarat sumpah.. kena cari dari info lain.. tk


Visitor IP: 113.210.1.177

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, September 22, 2015

Soalan: Benarkah?

Nama*:Aleeya
Tajuk*:Benarkah?
Message*:Assalamualaikum warahmatullah..

1. Saya baharu setahun menikah dengan suami ke dua. Akibat dari perasaan fobia dgn bekas suami, sy masih takut jika sy sekali lg diabaikan. Sy dan suami baharu tgl berjauhan. sy di selatan, suami di utara. Hingga suatu hari, kami bergaduh di telefon. Sy telah menghantarkan sms berbunyi, "Aku menyesal nikah dgn ko".. Malam tdi, bekas suami sy forward suatu hadith berkaitan lafaz sy. Di mana, segala kebaikan saya pd suami, akan luput. Sy tersentap. Sy menangis ketakutan. Benarkah ustaz?

2. Jika lafaz tadi sy sebutkan kepada bekas suami, adakah segala kebaikan yg sy lakukan kpd beliau spnjng sy bernikah dahulu, hilang juga?

Subhanallah.. Sungguh sy menyesal.. Insya-Allah..
File Upload:
Salam

Tidaklah semudah itu Allah nak hukum hamba-Nya.. Manusia ada kalanya dia marah, dia suka, dia benci.. Adakah kebencian itu terus langsung boleh menghilangkan amalan kebaikan dalam hidup kita?

Cuma beginilah, usah diungkit kesesalan yang lalu, hadapi hari mendatang dengan penuh optimis dan setiap apa yang Allah berikan (tentukan atau terjadi) adalah nikmat dan kasih sayang Allah. Jadilah seorang yang pemaaf.

Selamat beramal.. teruskan khidmat bakti kpd suami dan keluarga.

tk


Visitor IP: 218.208.81.226

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak di Whatsapp

Nama*:Hawa
Tajuk*:Talak di Whatsapp
Message*:As Salam Ustaz,

Saya nak tanya, Kalau suami saya yang sedang marah menghantar whatsapp message dengan melulis perkataan Talak Talak Talak . Adakah jatuh talak dan berapa talak jatuh satu atau tiga. Kemudia setelah dia cool down dia dengan selamba mengatakan yang dia tidak berniat untuk menceraikan saya dan hanya untuk menakut-nakutkan saya dan mendatangi saya seperti biasa. Saya ingin merujuk perkara ini di mahkamah, namun suami saya enggan memberikan kerjasama. Mohon kalau ustaz dapat memberikan penjelasan bagi perkara ini. Bantuan ustaz saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
File Upload:
Salam

Tulisan melalui wassap itu adalah sah dan boleh menjatuhkan talak.

Dalam kes ini, tulisan TALAK yang diulang tiga kali adalah lafaz yang kabur (kinayah). Memang ia boleh difahami sebagai 'aku talakkan kamu' dan boleh juga difahami ia hanyalah satu pernyataan 'talak' tanpa dikaitkan untuk mentalakkan isteri.

Jika pengakuan suami bahawa dia tiada niat untuk talak, saya kira terimalah kenyataan suami itu.

Sila rujuk juga ke pejabat agama bagi mendapat penjelasan lanjut.

tk

Visitor IP: 107.170.166.118

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tanda2 100 hari sebelum kematian

Nama*:Puan Reza
Tajuk*:Tanda2 100 hari sebelum kematian
Message*:Assalamualaikum ustaz

Saya ada sedikitt kemusykilan. Anak saya ada terbaca tentang tanda2 100 hari sebelum kematian di nternett. Setelah membacanya,dia menjadi tersangat takut dan mulai kerap merasa tanda2 itu. Adakah ini cuma gangguan syaittan yang brtujuan untuk menakutkn? Adakah perkara ini ada disebut didalam hadis dan alquran.Adakah wujd tanda2 itu? Tolonglah ustaz. Anak saya menjadi tak keruan hinggakann ia mengganggu rutin harian dia. Penndapat ustaz amat saya hargai. Terima kash.
File Upload:
Salam.

Saya juga menerima dan membaca tanda kematian 100 hari itu. Pada saya ia tidaklah tepat dan ia tidak lahir daripada mana-mana hadis yang sahih (dalam maklumat saya). Oleh itu, usahlah dipercayai perkara seperti ini.

Persediaan menghadapi mati adalah wajib pada setiap hari, cuma tak perlulah diamati tanda-tanda nak mati.. .kecualilah dia tu sakit teruk dan kita nampak tandanya, kenalah ajarkan dia syahadah..

tk

Visitor IP: 175.139.183.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: wuduk

Nama*:hadi
Tajuk*:wuduk
Message*:salam ustaz, apakah hukum sekiranya kita ade air mencukupi utk wuduk contoh paip ,tandas, kolam tp kita sengaje nk berwuduk guna spray utk mengelakkan guna air berlebihan dan basah baju..Maknanye sy hanya spray mana2 anggota wajib sebanyak 3 kali dan ratakan air..senang ringkas dan tidak sampai basah baju.kadang2 wuduk di paip air menitis terlalu byk dan mengganggu solat walaupun di lap.
File Upload:
Salam,

Seeloknya berwuduk itu dengan air yang cukup minima, berjimat walaupun kita dalam sungai atau ada air paip. Terpulanglah saudara nak pakai spray atau pakai paip air, tetapi pastikan kita tidak membazirkan air ketika berwuduk. Membazir pada adat dan kebiasaan kita.

tk
Visitor IP: 175.140.24.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik

Nama*:husni
Tajuk*:taklik
Message*:salam ustaz sy trbaca dlm internet mengatakan kalau nazar utk cerai isteri maka terjadinye talak walau dalam hati..betul ke ustaz??

kes sy pula, kadang2 datang lintasan taklik dalam kepala. sy trus tutup bibir rapat2 utk pastikan x di lafaz. kadang2 sy fikir balik utk pastikan memang x lafaz. adakah taklik dalam hati dikira ?? sumber2 internet ni kadang2 berbeza.. adakah konfem yg taklik dalam hati x kira walau pun selalu fikir dan melintas..
File Upload:
Salam

Nazar pada suatu perkara yang baik. Kalau nazar nak ceraikan isteri, itu bukannya nazar dan ia tidak sah. Tujuan nazar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, membuat kebaikan sesama makhluk.

Soal was-was, saudara kenalah tambahkan ilmu keagamaan dan bina keyakinan berdasarkan ilmu. Kita menjadi waswas kerana kurangnya ilmu dan beramal dalam keadaan jahil.

tk

Visitor IP: 175.140.24.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, September 21, 2015

Soalan: Bergurau adakah jatuhnya talak

Nama*:Halimah
Tajuk*:Bergurau adakah jatuhnya talak
Message*:Saya dan suami ada bergurau.
Saya bertanya :
Isteri : Nak tak kita tukarkan status di facebook dr 'married' kepada 'in relationship'.
Suami : Okey kita tukar.
Isteri : Okey kita couple je ye ?
Suami : Okey.

Tapi kami tidak berniat utk bercerai hanyalah sekadar bergurau
Adakah terjatuhnya talak ?

Mohon pencerahan
File Upload:
Salam

Tidaklah ia akan menjatuhkan talak kerana tiada niat pada perbuatan itu untuk cerai..

tk

Visitor IP: 103.18.252.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai

Nama*:Hana
Tajuk*:Cerai
Message*:Salam Ustaz,

kalau suami tengah marah dan cakap - i ceraikan u, nak? i ceraikan u, nak? kalau nak, i jatuhkan talak sekarang?
adakah jatuh talak pada isteri. mohon penjelasan Ustaz. terima kasih
File Upload:
Salam

Jika isteri menjawab NAK, maka terjadilah talak.. Tetapi jika isteri diam, tak jatuh talak. ini kerana suami telah membuka tawaran, dan jika tawaran itu diterima, maka terjadilah talak.
tk

Jangan buat lagi macam ni..



Visitor IP: 175.139.183.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz kinayah

Nama*:Natasya Aida
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:salam ustaz.. saya ingin bertanya adakah jatuh talak sekiranya semasa bertengkar dengan suami..suami mengatakan berambuslah...masa itu jgk saya bertanya apa maksud abg..adakah abg niat cerai...dia jawab itu yang awak hendak..saya jawap ..x delah sampai ke situ.......kemudian keesokannya saya tya apa maksud kata2 suami itu ..dia jwp x de niatpun nak cerai..berambus tu saja ckp nk lpskan perasaan marah..dan nak bg saya sakit hati...itu yg awak nak..tu merujuk kepada pertanyaan saya.....dia ckp x de apa2pun....jgn risau abg taulah...tp saya ni rasa ragu-ragu...boleh tolong ustaz jelaskan...sekian terima kasih....
File Upload:
Salam


Kena terima pengakuan suami atas apa yang dimaksudkan. Ia bermaksud berambus sahaja, bukannya cerai, maka tiadalah terjadinya cerai atau talak..

tk
Visitor IP: 175.144.127.233

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lintasan Hati & Lafaz Kinayah

Nama*:Mohd Idham Halim
Tajuk*:Lintasan Hati & Lafaz Kinayah
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Semasa saya bersembang dengan isteri saya, saya ada mengajuk semula cakap seorang jurujual. Ayat ajuk tersebut berbunyi seperti berikut " Jijah (jurual) ada bagitau; saya dah buang dah Cikgu" Selepas saya berkata begitu, berlaku lintasan hati ke arah ce***.Saya khuatir dan was-was jika ayat tersebut adalah lafaz kinayah dan dikaitkan dengan lintasan hati saya. Kami berdua pula bekerja sebagai guru. Yang dimaksudkan "buang" oleh jurujual itu adalah plastik pakaian. Mohon Ustaz merungkai kemusykilan saya yg mewas-waskan saya ini. Saya tidak ada langsung niat ke arah itu. Terima kasih.
File Upload:
Salam

Tak adalah semua benda nak dikaitkan dengan cerai...  rosaklah dunia kita...

Ia tidak melibatkan kes cerai dan talak..

tk

Visitor IP: 1.9.102.213

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tersalah taip

Nama*:insan perlukan kepastian
Tajuk*:tersalah taip
Message*:bolehkah talak itu jatuh jika si suami menghntr msj yg berbunyi i want my own life tp pada hakikatnya dia berniat nak tulis i want to have our own life.pd ketika itu dia nk isteri dia follow ckp dia.ketika dia menaip tu ada lintasan hati ke arah *****.. selepas terbaca msj itu..si suami pun mnghntr msj untuk menerangkan maksud ayat sebenar itu..own life mean tiada terikat dengan org lain..bebas nak buat apa2.mohon penjelasan
File Upload:
Salam

Makna tersembunyi ada pada niat si suami. Jika niat suami untuk cerai, maka terjadilah cerai, tetapi jika niatnya untuk bebas menyendiri untuk buat keputusan sendiri, itu tidaklah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 64.233.173.134

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, September 20, 2015

Soalan: cerai talak ke 3

Nama*:hamba Allah
Tajuk*:cerai talak ke 3
Message*:Assalammualikum ustaz..

saya mempunyai beberapa pertanyaan. Pada 16.07.2015 telah berlaku lafaz cerai dari suami yang berbunyi Aku ceraikan kau talak 2..itu yang saya dengar dengan bersaksi ibu saya.sebelum ini pernah berlaku penceraian talak 1 tapi kami rujuk semula.pada masa itu selepas suami melafazkn cerai dia terus menangis diluar rumah.saya kembali mendapatkan suami untuk menyatakan bahawa kami tiada peluang untuk rujuk semula dan suami terkejut kerana dia menyatakan tidak sedar dan tidak ingat apa yang di katakannya.untuk pengetahuan ustaz suami saya ketika itu dalam keadaan baru mengambil dadah jenis syabu dan telah tidak tidur selama 5 hari.kini kes kami dalam perbicaraan dan setelah mahkamah mendengar keterangan dari suami dan saya kini mahkamah menunggu kenyataan dari ibu saya sebagai saksi.namun mahkamah menyuruh kami daftar rujuk sementara menunggu keputusan tetapi tidak boleh tinggal sebumbung lg.ini seumpama memberi harapan kepada suami dan sy. bantula saya kerana sy ingin lebih bersedia untuk menghadapi keputusan mahkamah.adakah jatuh talak suami kepada sya,
File Upload:
Salam

Menurut apa yang dapat saya fahami, talak satu telah terjadi dan telah ada pula rujuk.

kemudian talak kali kedua disebut TALAK 2, yang membawa maksud, terjadilah talak tiga.

Pada pengetahuan saya, ia telah terjadi talak tiga ke atas puan. Suami yang mabuk syabu itu adalah sengaja, maka lafaz yang diucapkan adalah valid (sah) di segi hukum.

Walau bagaimanapun, puan kena tunggulah keputusan mahkamah. Terimalah keputusan mahkamah itu sebaiknya...

tk

Visitor IP: 202.129.173.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, September 19, 2015

Soalan: dilema-Mohon panduan dan nasihat

Nama*:Nor
Tajuk*:dilema-Mohon panduan dan nasihat
Message*:Salam Ustaz. Saya berumur 46 tahun, telah berkahwin hampir 23 tahun mempunyai 2 anak (21 dan 19). 22 tahun. Panjang cerita yang perlu saya tuliskan bagi memastikan masalah saya ni Ustaz faham dengan jelas. Masalah saya telah wujud sejak dr awal perkahwinan dimana:

i) keluarga suami tidak menerima saya sepenuhnya (tidak pasti kenapa tetapi difahamkan saya ni org N.9 dan susah. Keluarga dia org yang agak dihormati dan semua adik-beradik berpelajaran dan berjawatan tinggi). Tetapi saya bertahan sbb kami kahwin atas dasar cinta sama cinta dan suami selalu menyokong dan tidak membiarkan saya sendirian.

ii) Saya terlalu hormat pada suami dan dari awal perkahwinan sentiasa ada perasaan takut pd suami terutama apabila dia meninggikan suara (tidak tahu kenapa). Setelah ada anak, Setiap anak-anak lakukan kesilapan saya akan dipersalahkan dan dipertanggungjawab kan walaupun semua keputusan dibuat oleh suami. Sering berlaku pergaduhan dan dia memaki saya dan anak-anak jika anak-anak buat silap. Suami tidak pernah berpuas hati dengan anak2 walaupun anak2 kami sangat baik berbanding dengan anak2 sebaya mereka. Alhamdulillah. Subhanallah. Saya juga tidak pernah membuat apa-apa keputusan dalam rumahtangga.. semua saya serah dan dengan kebenaran dan prsetujuan suami.

iii) Saya seorang yg sangat sensitif kerana dari kecil keluarga saya miskin dan selalu dihina oleh sedara mara dan masyarakat sekeliling. Setelah 3 tahun berkahwin saya dapati suami selalu menggunakan kata-kata kesat yang sukar untuk saya terima dan sering berlaku pertelingkahan yang besar2 (kadang2 hingga saya meminta dia meninggalkan saya) disebabkan kata-katanya yang membuatkan saya sedih dan tidak boleh terima. Tetapi saya bertahan sebab saya hormat, anak-anak dan cintakan dia. dia memang baik dalam segi lain.

Pada tahun 2008 hingga 2014 (6tahun) saya cuba perbaiki diri untuk belajar dan dengan restu dari suami saya menyambung pelajaran ambil Ijazah hingga berjaya menamatkan peringkat Master pada hujung tahun lepas. Alhamdulillah. wlaupun dengan restu, suami selalu tidak puas hati kerana terpaksa bergaul dengan pelajar2 lelaki muda dan sering menghabiskan masa untuk study group. Sedikit sebanyak membuatkan kami renggang dan dia tidak lagi terlalu ambil berat pada saya seperti sebelumnya. Dan, sejak 3 tahun kebelakangan ini hubungan kami semakin renggang dan banyak pertelingkahan berlaku dan perasaaan sayang saya semakin pudar terhadap suami. Perasaan hormat juga mula pudar hinggakan perkara kecil juga akan jadi punca pertelingkahan. Kata-kata kesat sering dihamburkan.

Saya kecewa kerana perkara yang sama sering berlaku walaupun dia berjanji tidak akan mengulanginya. Berbagai tuduhan tidak baik dia buat pada saya tetapi saya tetap bersabar kerana saya tahu ini semua adalah dugaan. Walau bagaimanapun, tekanan demi tekanan saya terima dan mendorong untuk saya menghabiskan masa bersama kawan2 untuk pergi makan dan minum beramai2 termasuk lelaki dan perempuan. sedikit membuatkan saya lalai.. Semata-mata untuk release tekanan dan kecewa yang ada. juga untuk mengelakkan pertelingkahan yang terlalu mudah untuk terjadi.

iv) Suami saya sememangnya mengetahui penerimaan keluarganya terhadap saya tetapi tetap merendah-rendahkan saya apabila bersama keluarganya. Keadaan ini kerap kali terjadi membuatkan saya tidak selesa dan 'makan hati' setiap kali ia berbuat demikian. Saya malu dan rasa terhina. Hingga awal tahun ini perkara ini betul2 sampai ke tahap maksima kesabaran saya. Dia memburuk2 dan menghina saya dalam whatapp grup keluarga beliau di mana dlam grup tersebut semua family, ipar, anak2 mereka dan biras adalah ahli. Perkara ini membuat saya rasa maruah saya hancur dan sampai sekarang saya tidak boleh terima apa yang suami lakukan pada saya. Dia memburukkan dan menjatuhkan maruah saya tentang perkara yang saya tidak lakukakan (akhirnya dia sedar sendiri).

mulai ketika itu dan Lanjutan dari perkara-perkara yang saya lalui.. perasaan terhadap suami terus padam .dan tiada lagi perasaan cinta dan langsung tidak boleh melayan nafsu beliau. 2 tahun sebelum ni kami hanya melakukan hubungan sex sekali dalam sebulan atau 3 bulan. Saya sering menolak kerana tiada nafsu. Saya hanya lakukan kerana menyedari akan dosa saya.. itupun menyakitkan saya setiap kali melakukanya dan menjadi trauma kepada saya setiap kali ingin melakukannya. Paling mengecewakan saya, apabila kadang-kadang saya usaha bagi 'response' suami pula tidak mampu melakukannya dan sering memberi alasan takut kalau menyakiti saya. Saya mula bosan dan rasa buang masa.

Setelah berlaku kes memburukkan saya dalam whatapps grup famili beliau, saya rasa amat kecewa dan langsung tidak ada perasaan kasih dan hormat pada suami dan sudah bertekad tidak akan bertemu lagi dengan mana2 keluarga beliau. Sejak raya tahun ini saya sudah tidak berkunjung ke rumah famili beliau.
Saya juga meminta suami meninggalkan saya. Tetapi dia enggan atas alasan masih sayang saya. Saya fikir semula dan cuba beri peluang pada hubungan kami dan mencuba untuk kembali seperti biasa TETAPI tetap tidak boleh memulihkan perasaan saya. dan hingga sekarang sudah hampir setahun kami tidak mengadakan hubungan kelamin dan sering tidur sendirian walaupun tinggal sebumbung.

Untuk pengetahuna Ustaz, sejak 5 bulan kebelakangan ini saya kembali mendekatkan diri dengan Allah SWT.. Saya bertahajjud setiap malam. Saya belajar dan mendengar ceramah2 agama setiap hari untuk menguatkan iman dan taqwa. SAya belajar untuk jadi positive dan menyedari hidup yang kekal adalah diakhirat dan dunia hanyalah sementara dan segala yang terjadi adalah ujian Allah SWT terhahap saya kerana Dia sayangkan saya. Amin. Saya berusaha sedaya upaya untuk beramal dan mendekatkan diri pada Allah untuk merebut peluang menjadi ahli syuraNya. Alhamdulillah. Semua kawan-kawan bersosial telah saya tinggalkan. Malah saya bersedia sekiranya Allah mengambil nyawa terakhir saya. Setelah ilmu demi ilmu saya pelajari dalam tempoh 5,6 bulan ini, saya rasa hubungan baik dengan Allah amat jelas dan Alhamdulillah.. Semoga Allah tidak memesongkan iman saya setelah diberi ilmu dan petunjuk. Amin.

Cuma, saya masih merasa segala ibadah yang saya lalukan masih ada sekatan akibat dari hubungan dengan suami saya. Saya telah beberapa kali berbincang dengan suami.. saya minta dia pertimbangan tidakan sewajarnya kerana saya memang tidak ada langsung perasaan kasih pada dia dan saya memang tidak boleh jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Langsung tidak ada nafsu terhadap dia. Walaupun dia kata memaafkan saya dan tidak kisah tetapi saya tetap merasa sumpahan malaikat kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Walaupun suami kata dia redha tetapi sebagai lelaki dia tetap 'meminta'. Saya percaya saya masih mempunyai nafsu tetapi tidak terhadap dia sebab tiada langsung perasaan kasih dan cinta.

Saya telah lama memaafkan dia dan keluarganya tetapi perasaan kasih dan sayang telahpun padam dan langsung tidak boleh lakukannya. Hubungan kami baik tetapi saya tetap merasakan saya sentiasa dalam sumpahan. Saya mohon petunjuk dan berdoa agar Allah mempermudahkan urusan saya dan membersihkan segala sumpahan ini agar saya boleh menjadi ahli syurganya kelak. Setakat ini saya masih buntu untuk menilai apakah petanda yang Allah berikan.. dan sehingga saat ini saya terpanggil untuk mencari jawapan apakan status dan kedudukan saya sebagi isteri dan rumahtangga kami.

Dalam Quran ada dinyatakan sekiranya suami tidak memberi nafkah batin selama 4 bulan berturut-turut telah jatuh talak. Bagi kes saya.. kami tidak melakukan hubungan seks setelah hampir setahun dan seringkali tidur berasingan. Kadang kala suami mahukannya tapi saya menolak kerana:
i) Langsung tiada nafsu dan
ii) rasa sakit dan trauma untuk melakukakannya.
ii) Rasa kecewa.. suami juga tidak lagi mampu
melakukakannya (sejak kami masih melakukannya -
mungkin akibat lemah tenaga batin)

Berkali-kali saya minta suami membebaskan saya kerana saya mahu membersihkan dosa-dosa saya dari sumpahan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Bukan saya tidak mahu tetapi langsug tidak boleh melakukannya. Malah saya rasa sudah tidak boleh hidup sebumbung tanpa rasa hormat. wlau perkara kecil akan menjadi punca pergaduhan. Ini akan mengakibatkan dosa pada kami.

Suami langsung tidak mahu melepaskan saya atas alasan dia maish sayangkan saya. Kalau dia kahwin lain akan menyusahkan dia dan dia sudah tidak mampu. Dan dia redha jika rumahtangga kami keadaan begini. Tetapi dia tetap meminta saya melakukan tugas yang tidak mampu saya lakukan walaupun dia berkata dia tidak kisah dan maafkan saya. Saya benar-benar buntu. Saya betul-betul mahu bebas dan mahu fokus pada ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Mohon ustaz bantu saya dengan dilema yang saya tanggung. Wallahi, saya langsung tidak punya nafsu dan rasa sayang terhadap suami cuma masih ada sedikit hormat. Walaupun untuk menyentuh dan memeluk saya.. saya tetap menghalang. Saya kasihan dan rasa berdosa kerana dia berhak untuk mendapat hak dan layanan sebagai suami tetapi saya tidak mampu. Kami juga jarang-jarang tidru bersama tetapi tinggal serumah. Saya tidak mahu menanggung dosa dan saya tahu hak dia. Saya mahukan perpisahan (dengan izin Allah SWT) untuk mengelakkan terus berdosa dan memastikan segala amalan saya tidak tergantung oleh perkara ini.. Saya juga mahu memastikan suami mendapatkan hak yang sepatutnya... dia berhak.

bantulah saya ustaz. Saya amat memerlukan panduan dalam hal ini. Saya ingin mendapatkan kaunseling di pejabat agama tetapi suami tidak membebarkan.

Message saya:

1. Apakah status kedudukan rumahtangga kami. adalah jatuh talak
2. Adakah wajar untuk saya meminta utnuk suami melepaskan saya.
3. Apakah nasihat dan pandangan ustaz bagi memastikan saya dan suami tidak jatuh kepada hukum berdosa dalam hal ini.
File Upload:
Salam Puan

Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah puan di sini.

Tindakan puan 'kembali kepada Allah' adalah tindakan paling bijak dan terbaik. Allah tidak menguji seseorang itu melainkan atas kemampuannya.

Kesabaran puan melayan suami dan anak-anak sudah cukup baik. Cuma emosi puan yang tidak lagi boleh menerima kehadiran suami (untuk melayannya) menjadikan puan bersalah dan rasa berdosa.

Bagaimanakah keadaan suami puan? Baguskah ilmunya, baguskah imannya dan baguskan amalan ibadah sehariannya? Jika masih kurang, maka peluang ini saharusnya puan bantu beliau untuk menyediakan jalan kepadanya juga ke syurga. Bantulah dia sedikit bagi meningkatkan ilmu, tingkatkan amal dan tingkatkan ibadah. Itu kekuatan yang perlu ada pada seorang suami.

Saya percaya dengan iman dan amal yang baik, dia akan tahu tugasnya dan tahu peranannya. Malah kasih sayang juga akan terbina antara dia dan puan. Bantulah suami dalam bab agamanya, agar dia tidak terjath dalam dosa-dosa yang lain.

Dari apa yang saya tahu, puan masih kekal sebagai isterinya yang sah kerana suami tidak pernah melafazkan cerai. Dia tak bagi nafkah batin, itu soal lain mungkin kerana kemampuannya dan kerana layanan puan sendiri yang mematikan nafsunya.

Jika puan inginkan kepuasan ini, tetapi dia tidak mampu memberinya dalam tempoh tertentu, maka puan bolehlah menuntut cerai atas kegagalan fungsinya.

Kadang kala saya terfikir, kehidupan berumah tangga ibarat satu lakonan panjang yang kita muatkan dalam diari hidup kita. Ia panjang dan nampak cantik, namun ada lopong kecacatan tersendiri di sana. Kecacatan itu seharusnya kita ubah dan baiki bersama-sama.

Maaf puan, saya tidak selayaknya memberi nasihat dalam hal ini.. sekadar membantu seupayanya.


Visitor IP: 60.49.75.84

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz cerai

Nama*:Zam
Tajuk*:Lafaz cerai
Message*:Jatuh talak tak lafaz berikut:

1) rasa macam nak cerai je sekarang ni.

2) kita cerai je la.

Kedua-dua lafaz dibuat di hadapan isteri..kedua-dua lafaz disambut isteri dengan ungkapan "tak nak"..
File Upload:

Salam

Ia tidak jatuh cerai..

Hai, janganlah buat macam ni lagi.. tak baik. cerai jangan dibuat main tau..

tk
Visitor IP: 110.159.23.167

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, September 18, 2015

Soalan: Aduan palsu kes penceraian

Nama*:fazli
Tajuk*:Aduan palsu kes penceraian
Message*:assalamualaikum...ustaz,pertayaan sya bagaimanakah jika c isteri di ceraikan suami dgan lafaz cerai talak3,lalu c isteri tlah pergi ke makamah syariah mgisi borang aduan dan dia tulis ucapan lafaz suami'y, slpas tu c isteri suda menghantar borang ke kaunter,dia di beri tarikh, tetapi tidak dtang pada tarikh yang di tetapkan,c isteri baru saja tau bawah sda hamil sebulan,kmudian di rujuk pulak suami dan trus tinggal bersama ,tiba2 sje makamah syariah memanggil c isteri dan suami di suruh datang ke makamah di beri tarikh yg di tetapkan, c isteri dan suami datang dan berjumpa dgan ustaz makamah syariah,..stelah di soal ole ustaz makamah syariah c isteri telah menukarkan ucapan suami'y bahawa ape yg di tulis dlam borang aduan itu adalah salah dan c isteri telah memberi keterangan yg palsu pada ustaz makamah syariah,tetapi suami tidak berterus terang yg dia tlah ceraikan isteri'y talak 3 kerana tidak mahu berpisah dgan anak2 dan isteri,suami pun ikut ape yg c isteri beritahu ucapan lafaz itu "aku akn ceraikan kau"....

sya ingin tahu ustaz, berapakah saman perlu suami isteri harus membayar kerana buat aduan palsu?
File Upload:
Salam

Apabila kes di bawa ke mahkamah, maka biarlah keputusan itu dibuat oleh pihak kadi.

Kadi akan membuat keputusan atas apa yang dinyatakan oleh suami dan isteri. JIka pernyataan itu salah, maka salahlah hukumannya.

Pada saya, kes ini telah selesai setelah pengakuan suami seperti dinyatakan di atas dan mahkamah telah putuskan sebegitu keadaannya.

Terimalah keputusan mahkamah..

tk

Visitor IP: 107.167.99.135

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai dan rujuk

Nama*:puan s
Tajuk*:cerai dan rujuk
Message*:salam ustaz..sy ade 2 soalan..

pd 12.9.15 sy telah bergduh dgn suami yg menyebabkn suami telah berkata
jika sy keluar tanpa izin beliau,maka die akn lepaskn sy dgn talak 1..
keesokan pagi,sy telah keluar mghantr adk ke sekolah tanpa memaklumkn kepada suami..namun suami memberitahu niatnye jika sy keluar dgn rakan2
kerana suami tahu sy keluar mghantr adk ke sekolah stiap pg..
1. adakah jatuh talak terhadap sy?

13.9.15 suami telah berkata …aku rujuk(nama sy) dan sy telah menerima rujuk tersebut..
2. adakah rujuk tersebut sah..

perlukah kami daftarkn hal ni di mahkamah
File Upload:
Salam

Perhatikan kepada kes ini, saya berpendapat tidak jatuh talak taklik apabila puan keluar rumah kerana menghantar adik ke sekolah. Kerana ia adalah urusan harian yang memang selalu puan buat. Malah suami pun menegaskan atas izinnya jika keluar dengan kawan-kawan.

Apabila tidak jatuh talak, maka tidaklah perlu dirujuk.

tk

Visitor IP: 183.171.174.122

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, September 17, 2015

Soalan: CERAI

Nama*:SALAM
Tajuk*:CERAI
Message*:SALAM USTAD SAYA NAK TANYA,BARU - BARU INI SAYA DAN SUAMI SAYA TENGAH CAKAP PASAL HAL KAHWIN EMPAT,DAN SAYA TNYA SUAMI SAYA ABG NAK KAHWIN EMPAT....DIA KATA TAK MAU,TP ,SAYA KATA KAHWIN LA,DAN SUAMI SAYA JAWAP KALO KHAWIN EMPAT ADA ISTERI EMPAT,SAYA KATA JGN CAMPUR SAYA DAN SUAMI SAYA JAWAP OK I CERAI U DAN ADA LAGI ISTERI EMPAT,,SUAMI SAYA KATA CONTOH JE,ADAKAH JATUH TALAK
File Upload:
Salam

Hehe.. kelakarlah you all ni..

Ia tidak jatuh talak..

berilah suami tu kahwin dua dulu, barulah kahwin 4..

hehe

Visitor IP: 203.106.153.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak Jatuh Atau Tidak

Nama*:Hana
Tajuk*:Talak Jatuh Atau Tidak
Message*:Salam Ustas,

Saya adalah seorang perempuan yang dinikahi di Thailand.
Isteri pertama suami saya. Kahwin diluar sbb tak dpt restu keluarga. tp alhamdulillah sejak 5-Sep-15 ibu sy dan seleuruh keluarga dah restu dan setuju kami berkahwin (mereka masih xtahu yg skami sudah berkahwin)

Soalan : Bagaimanakah proses nikah semula nnt. perlukan sy diceraikan dh dinikhi semula. adakah dikira dlm talak 1 itu.maksugnya tinggal 2 lg talak. (insya Allah klw jd ... akan ada soalan kedua itu yg kata insya allah)

persoalan seterusnya.. dalam masa yg sama.. sy dpt tahu suami sy bersekedudukan dgn peprempuan lain. mereka tggl serumah setelah sebulan suami sy x blk.. (kami tggl asing sbb kahwin rahsia kan. sy tggl dgn mak sy)
satu hari sy pergi rumah tu.. suami sy mengamuk.. dia kata.. 'kau dtg cni ni dh jatuh talak.' lps tu dia suruh sy blk.. then dia kata 'kau jejak lg kaki kesini jatuh talak'

soalan saya. kata2 dia yg pertama tu dh kira jatuh talak ke? sah ke?
sy xtahu apa status sy ekarang sbb dia mendiam diri.

sy mohon doa allah semoga dia diberi hidayah sbb dia suami dan teman yg baik. ini pertama kali dia abaikan sy.
File Upload:
Salam

Puan, Perkahwinan di Thailand itu sah dan puan kekal menjadi isterinya.

Tidak perlu diakadnikahkan semula.. Tetapi jika nak selamatkan keadaan, buatlah kenduri dan buatlah akad nikah semula.. tetapi itu hanyalah lakonan semata-mata kerana status isteri dan suami telah ada pada puan. Tidaklah perlu suami nak kena lafazkan cerai pula..biarlah berlakon untuk memudahkan urusan keluarga seterusnya.

Mengenai kecurangan suami, jika puan memaafkan dia dan boleh menerimanya seadanya, itulah yang terbaik. Isteri perlu berada di sisi suami, jika tidak suami akan melilau mencari makan.. Bahaya tu..

APabila suami melafazkan taklik; jangan pijak rumah ini lagi, jatuh talak' maka taklik itu adalah sah. Maksudnya jika puan ke rumah itu, ia akan menjatuhkan talak satu dengan sebab adanya taklik.

tk

Visitor IP: 175.136.92.93

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, September 16, 2015

Soalan: lintasan hati dalam keadaan mulut ternganga

Nama*:Suami ragu2
Tajuk*:lintasan hati dalam keadaan mulut ternganga
Message*:Assalamualaikum ustaz..adakah jatuh jika suami ketika itu ada sedikit perasaan marah kepada isteri dan ketika dia sedang melihat isterinya terlintas di hatinya dengan perkataan ini"aku ceraikan dia" dalam keadaan mulut terngaga..tp ketika terlintas kata2 ini si suami sedar dan terus mengeraskan mulut dan lidah.. yakin tiada gerakan mulut dan bibir cuma gerakan lidah tidak berapa yakin(semacam dengar perkataan DIA)..selepas itu si suami trus bercakap kepada isteri2..dah2 jom solat..
File Upload:
Salam

Tidak jatuh talak..

tk

Visitor IP: 64.233.173.223

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafas cerai

Nama*:Aisyah
Tajuk*:Lafas cerai
Message*:Assalamualaikum Ustaz,
Saya mempunyai 2soalan.
1: 11/06/2015 suami telah memberi saya msg di aplikasi whatapp dengan lafas " aku ceraikan kau dengan 1talak"
- Dalam masa yang sama saya atau suami tidak membuat pengesahan lafas cerai tersebut di pejabat agama, dan pada 18/8/2015 masih didalam eddah, suami memberi tahu saya melalui aplikasi whatapp "aisyah mulai saat ini aku ruju' kau kembali untuk menjadi isteri ku"
Sejak lafas ruju' tu kami kembali duduk serumah.
Adakah sah semua yang dilafaskan dan adakah talak itu jatuh, kerana pernah saya mendengar ceramah ustaz azhar idrus, manusia yang boleh berbicara, tidak sah lafas sebegitu kerana tidak melafaskan seperti perbicaraan..
Saya musykil.
2: sekembali saya menjalani kehidupan bersama suami sejak lafas ruju' semuanya nampak lancar, tetapi pada 14/9/2015 suami telah menyatakan "kita cerai" didalam perbicaraan didalam talifon.
Saya bertanya kepadanya adakah dia sedar dengan apa yang dia ungkapkan.
Dan dia menyatakan ia, dia sedar.
-Sebab saya diceraikan, katanya perjanjian ruju kepada saya supaya saya tidak menyeman, jika saya menyeman saya akan diceraikan dan dia akan tinggalkan saya. Dan semua itu terjadi atas alasan menyeman...saya rujuk ramai manusia akan maksud menyeman. Sehingga sekarang saya tidak dapat jawapan tersebut. Dan saya sedar suami tidak bahagia dengan saya , katanya hampir setiap hari dia tersiksa dengan kehadiran saya,walaupun saya buat segalanya. Namun hanya kerana menyeman dia ceraikan saya.
Hairannya jika tidak bahagia dan terlalu sakit hati mungkin terhadap diri saya, hampir setiap hari kami bersetubuh.
Ruju' hnya bertahan 28hari sahaja.
Bantu saya ustaz.
File Upload:
salam

Cerai SMS dan rujuk yang dibuat adalah sah dan valid.

Maksudnya telah terjadi talak satu dan telah sah juga rujuk.

Ucapan suami 'kita cerai', tidaklah menjatuhkan talak kerana ia hanyalah satu pernyataan atau tawaran tetapi belum ada penegasan.

Apa yang saya faham pada kes ini ialah status puan sebagai isteri masih lagi sah dan kekal..

Saya tidak faham istilah menyeman.. jika dia tidak bahagia, puan kenalah cari titik kedamaian dan persefahaman suami  isteri.. dua belah pihak perlu berusaha untuk bahagia..

tk

Visitor IP: 64.233.173.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: zihar


Nama*:firdaus
Tajuk*:zihar
Message*:salam ustaz apakah hukum zihar dalam hati? semasa bersama isteri tiba2 datang fikiran zihar tp tidak dilafaz..adakah terjadi zihar? tq
File Upload:
Salam
Zihar seperti juga cerai, hendaklah dilafazkan. Jika lintasan sahaja tanpa ada kesungguhan, ia tidak terjadinya zihar.

tk

Visitor IP: 175.140.24.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, September 14, 2015

Soalan: Berkenaan Akad-Nikah dan Taklik


Nama*:Jo
Tajuk*:Berkenaan Akad-Nikah dan Taklik
Message*:Salam Hormat Ustaz,

Saya nak bertanya..

Seorang kawan di negeri selatan telah diminta bernikah dengan seorang perempuan di negeri utara (kerana sesuatu sebab). Sebelum bernikah si perempuan (janda anak 2) dan pihaknya telah berjanji kepada kawan saya bahawa perempuan tu akan ikut kawan saya setelah bernikah, juga memberikan jaminan bahawa pernikahan tu tanpa bersyarat, iaitu tiada taklik dikenakan kepada kawan saya. Semasa bernikah, berlaku peristiwa-peristiwa tertentu. Kawan saya tanpa dia sedari (fikiran tengah melayang sebab tengah tension masa tu) selepas ijab-kabul telah diminta lafaz taklik. Selepas bernikah si isteri enggan ikut si suami, sebaliknya meminta si suami datang ke utara setiap 2-3 bulan dan cuti beberapa minggu untuk membantu si isteri menguruskan rumah dan anak-anak si isteri. Si suami pada suatu masa telah diberhenti kerja sebab kerap bercuti dan bercuti panjang. Si suami yang berada di negeri selatan pada masa tu telah menganggur lebih 5 bulan dimana si suami tidak dapat pergi membantu si isteri dan tak dapat menghantar wang kepada si isteri dengan anak-anaknya. Pada satu hari si suami dapat surat mahkamah, tuntutan cerai taklik dari si isteri.

Soalan saya di sini;-

1). Adakah nikah yang terdapat penipuan macam tu sah?
2). Adakah sah nikah yang tiada taklik?
3). Ada pendapat yang mengatakan bahawa taklik adalah bidaah?
File Upload:
Salam

1. Nikah yang cukup syaratnya adalah sah walaupun ada sedikit unsur penipuan..

2. Nikah tidak perlu taklik. Taklik itu adalah pilihan kepada suami untuk membuatnya atau tidak. Taklik tidak ada pada isteri...

3. Taklik tidaklah bidaah.. cuma kena dipastikan apakah perlakuan taklik itu sahaja, agar ia tidaklah menyusahkan suami mahupun isteri.

tk

Visitor IP: 183.171.174.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA