Saturday, August 22, 2015

Soalan: Suami berzina, apa patut isteri lakukan

Nama*:Ira
Tajuk*:Suami berzina, apa patut isteri lakukan
Message*:Assalamualaikum.
Suami saya telah mengaku berzina. itupun setelah didesak oleh saya setelah saya menjumpai gambar yang tidak sepatutnya..

suami berjanji akan bertaubat dan sekarang telah berpisah dengan perempuan itu disaksikan saya ketika itu. perempuan itu sanggup mengundur diri.

soalan saya apakah saya boleh terima suami kembali apabila dia betul2 bertaubat? adakah patut suami menikahi perempuan itu atau hanya perlu bertaubat kepada Allah?
File Upload:
Salam

Dosa zina perlulah bertaubat sesungguhnya. Dalam konteks negara Malaysia, tiada hukuman hudud yang dilaksanakan.

Kiranya benar suami bertaubat, terimalah dia seadanya. Dibimbangi perlakuan itu akan berulang dan berulang lagi, maklumlah kebiasaan itu akan terbiasa pada bila-bila masa yang terhidang. Jahatnya lelaki dan perempuan mendekati zina adalah suatu yang sukar diubah, ditambah godaan syaitan.

Jika sampai masanya, suami bertegas dan mahu bertanggungjawab untuk menikahi perempuan itu, pada saya itulah langkah terbaik bagi mengelakkan zina. ingatlah kerana zina antara mereka akan sentiasa terbuka ruangnya selagi mana mereka itu manusia....

Mohon maaf n tk

Visitor IP: 115.135.142.96

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.