Tuesday, August 4, 2015

Soalan: Pengesahan Talak Yang telah di jatuh kan

Nama*:Norehan
Tajuk*:Pengesahan Talak Yang telah di jatuh kan
Message*:Saya ada sedikit pertanyaan berkenaan isu cerai. Saya adalah isteri kedua. Suatu hari isteri pertama tidak berpuas hati dengan suami dan mengungut suami untuk melafaz kan cerai keatas saya dengan sekali lafaz iaitu talak tiga...Pada mulanya suami tidak ingin menceraikan saya, tetapi atas desakan isteri pertama dan orang sekeliling termasuk ahli keluarga yang mengugut suami lalu suami dengan paksaan menjatuhkan talak tiga sekali gus keatas saya di hadapan isteri pertama. Oleh itu saya ingin kepastian daripada ustaz sama ada saya di jatuhkan talak satu atau talak tiga walaupun suami tidak ingin melafazkan talak tiga ke atas saya. Selang sehari suami menelefon saya dan menyesal atas perbuatan beliau dan atas desakan org sekeliling. Oleh itu saya ingin kepastian daripada ustaz adakah talak yang di jatuh kan sah talak tiga?
File Upload:
Salam

Desakan dan paksaan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak.Situasi terdesak dan ugutan tidak memberi kesan kepada sahnya talak yang dilafazkan oleh suami..

Tak apa.. bersabarlah dengan dugaan yang mendatang.. Jagalah sebaiknya suami puan.

tk

Visitor IP: 175.139.151.153

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.