Tuesday, August 25, 2015

Soalan: Pengesahan lafaz cerai

Nama*:Sarina
Tajuk*:Pengesahan lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Awal tahun lalu kami ada bertengkar, dan saya ada berseloroh cakap pada suami, cerai kan saya. Kemudian, suami saya dalam keadaan marah cakap dah nak cerai, cerai je la. Esoknye bila da reda, saya tanya suami saya, jatuh atau talak.. dia menafikan sebab dia sememang nye tiada niat untuk ceraikan saya.
Ustaz, sekiranya jatuh talak, apa status saya. Saya belum lagi disetubuhi oleh suami semenjak 3 tahun kami berkahwin. Kami berdua masing masing ada masalah dan sedang berusaha untuk mengatasi nye. Saya dan dia amat menyayangi satu sama lain. Dan suami kerap berkata dia sayangkan saya dan sanggup hidup dengan saya walaupun tidak bersama. Sekiranya jatuh talak, boleh ke kami bernikah semula ustaz..
Terima kasih.
File Upload:
Salam

Susah saya nak jawab..

Sila rujuk kepada ustaz yang lain juga...

Pada pendapat saya, ia tidak jatuh talak lagi, selagi mana suami tidak melafazkan betul-betul untuk talak.

Jika suami isteri belum berjimak dan terjadinya cerai, maka tiada edah kepada pasangan berkenaan. Bila tidak ada edah, maka mereka hendaklah dinikahi semula dengan akad nikah baru (kena ada wali, saksi dan maskahwin)...

tk

Visitor IP: 202.188.216.118

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.