Friday, August 14, 2015

Soalan: kekeliruan pengetahuan rujuk

Nama*:insan yg tersepit..
Tajuk*:kekeliruan pengetahuan rujuk
Message*:salam ustaz..sy ingin kn penerangan dr ustaz tentang kes sy ni..

suami sy telah jatuhkan talak taklij terhadap sy..namun ketika iddah kami telah bersama dan dia juga sudah lafaz rujuk sy cuma kamu belum proses di mahkamah lagi..skrg suami sy di penjara..jadi sy tunggu tarikh dia keluar untuk mengesahkan rujuk kami..

sy bagitahu ayah sy bahawa secara sahnya sy masih lg isteri suami sy sebab kami ada bersama dan dia ada lafaz rujuk sy ketika sy dalam iddah..namun ayah sy tanya siapa saksi dia rujuk dan apa bukti dia rujuk..ayah sy cakap rujuk tu x sah tanpa persetujuan sy..sedangkan yg sy tahu sewaktu iddah rujuk x perlu persetujuan isteri..namun hakikatnya yg sy simpan dlm hati sy bersetuju untuk kembali pd suami sy namun ayh sy x setuju..

sy musykil ustaz..ape yg betul kat sini.. tolong yang ustaz..
File Upload:

Salam

Merujuk kepada fakta kes, rujuk yang dilakukan suami adalah sah dan puan kekal status sebagai isterinya yang sah.

Rujuk pada dasarnya tidak memerlukan saksi dan tidak pula memerlukan persetujuan isteri.

Puan perlu berterus terang kepada keluarga kedudukan puan sebagai isterinya yang sah, walaupun banyak dugaan pastinya apabila dia dipenjara.

tk
Visitor IP: 8.37.227.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.