Wednesday, July 29, 2015

Soalan: Status Jatuh Talak

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (10 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:NajibRazak
Tajuk*:Status Jatuh Talak
Message*:Salam Ustaz
adakah dikira jatuh talak???
Suami : ko jawab soalan aku...ko tipu jatuh talak!!
: ko sembahyang asar ke tidak hari ni?
Isteri : Sembahyang

ditanya sekali lg keesokanya setelah berbaik..jawapanya tidak sembahyang asar pula....????

mohon pencerahan ustaz...
Terima Kasih
PENTING.......

semoga allah melimpahi kurniaan kpd kamu.....
File Upload:
salam

Itu yang tak betul tu.. kenapa nak dikaitkan sembahyang dengan talak.. suami apa lah awak ni... Tak perlulah semua benda nak dikaitkan dengan talak...

Dalam kes ini, ia telah menjatuhkan talak sebab isteri telah berdusta (mengakui sudah solat, sedangkan tidak solat lagi).

Jadi suami tu kenalah pandai sikit... hehe


Visitor IP: 58.26.182.91

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Sah rujuk bagi cerai taklik

Nama*:Hanisah
Tajuk*:Sah rujuk bagi cerai taklik
Message*:Salam ustaz yg budiman,sy ade kemusykilan tentang perihal cerai dan rujuk.Suami sy telah melafazkan 'kalau saya pukul isteri saya sekali lg maka sy lepaskan dia' di hadapan ayah sy. sebulan kemudian dia telah memukul sy maka jatuh lah talak. Suami saya hari2 ajak saya berbaik dan lafaz saya rujuk pada nya tp saya cakap mahu pikir dahulu. Seminggu kemudian kami tinggal bersama dan melakukan hubungan kelamin. Perihal mahkamah ditangguhkan sebab suami sy x hadir sebab die x bersetuju. kini dah 3 kali suci ttapi kami baru dapat tahu tentang hal rujuk ni cuma musykil adakag kami sah rujuk atau tidak??
File Upload:
salam

Dalam kes ini, talak telah terjadi dengan sebab taklik yang dilafazkan oleh suami. tindakan suami memukul isteri itu menyebabkan terjadinya taklik dan menjatuhkan talak.

Suami berhak merujuk isterinya pada bila bila masa dalam tempoh edah, walaupun tanpa persetujuan isteri. Pada pendapat saya, rujuk yang suami ucapkan adalah sah dan hubungan suami isteri berkenaan adalah halal. 'mahu pikir dulu' itu bukanlah alasan yang sah untuk menafikan tindakan rujuk yang dibuat oleh suami.

mengenai urusan mahkamah itu adalah utk tujuan formaliti. Rujuklah kepada mahkamah atas kes ini.

tk

Visitor IP: 8.37.227.133

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, July 28, 2015

Soalan: Lafaz Taklik

Nama*:Ismael
Tajuk*:Lafaz Taklik
Message*:Assalamualaikum...
Semasa awal perkahwinan tahun 2011, isteri saya telah berselisih faham dengan kakaknya dan berlaku perang sindir-menyindir di media sosial facebook. Isteri saya telah membuat post di facebook dengan sindiran kakaknya membebankan ibubapa, menghambakan ibubapa kerja overtime sehingga lambat mengambil anak. Ketika saya terbaca post itu dalam keadaan marah saya telah mengucapkan " kalau awak post lagi benda-benda macam tu, saya ceraikan awak". Tujuan saya ketika itu untuk menghalang dia dari menyindir kakaknya dan mengakibatkan perselisihan faham berpanjangan. Setelah berlalu akhirnya hubungan mereka kembali baik. Namun pada tahun 2013 dia ada membuat post berkenaan kerjanya dimana dia merungut bos di tempat kerjanya susah meluluskan cuti pekerja.
Soalan saya :-
1. Adakah telah berlaku lafaz taklik pada ucapan saya terdahulu ? Kerana niat saya tidak mahu statement isteri mengeruhkan hubungan antara dia dan kakaknya (niat sekadar ugutan).
2. Sekiranya lafaz itu dikira lafaz taklik adakah post rungutan isteri saya berkenaan bos tempat kerjanya dikira dalam situasi tersebut.
Niat sebenar saya ketika itu supaya tidak terputus hubungan silaturahim antara keluarganya.
File Upload:
Salam

Pertamanya, saudara tidak perlu mengaitkan apa bendapun dengan talak dan cerai. kenapa nak marah je mesti dikaitkan dengan cerai. Itu  yang tak betul dan ia menyusahkan kita....

Walaupun niat sebagai ugutan, taklik tetap terjadi dan sah. Selagi mana ia masih dalam status suami isteri maka taklik itu terpakai. Maksudnya isteri tidak boleh membangkitkan di fb ttg hubungan dengan kakaknya, sampai bila-bila. jika tidak ia akan menjatuhkan talak...(itulah bahananya suami yang buat kerja tak betul).

Tindakan isteri memuatnaikkan bos yang susah lulus cuti tak berkaitan dengan taklik yang disebut, so ia tidak menjejaskan talak daripada lafaz taklik yang suami sebutkan dahulu.

tk

Visitor IP: 113.210.0.120

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz talak

Nama*:ameerah
Tajuk*:lafaz talak
Message*:assalam ustaz..dipendekkan cerita pada suatu hari saya dan suami bergaduh..masa tu mak dan adik beradik saya semua mendengarnya...suami berkata'mak ambillah anak mak semula',ditujukan kepada emak saya dalam keadaan marahkan saya...ada jatuh talak tuan ustaz?
File Upload:
Salam

Jika suami berniat untuk menceraikan puan, maka jatuhlah talak. Jika suami tiada niat talak, sekadar ambil balik sahaja, tolong jagakan sementara.. ia tidak menjatuhkan talak. Lafaz kinayah seperti ini memerlukan niat suami. Tanyalah pada suami...

tk

Visitor IP: 1.9.99.213

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, July 27, 2015

Soalan: Cerai

Nama*:rina
Tajuk*:Cerai
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Suami saya melafazkan cerai bila kami berbicara di handphone. Perkataan nya sebegini " Nanti Aku Ceraikan kan Kau" Adakah ini jatuh nya talaq atau tidak?
File Upload:
Salam

ia tidak menjatuhkan talak lagi kerana adanya kalimah NANTI yang menunjukkan akan datang yang entah bila...

tk
Visitor IP: 118.200.238.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, July 26, 2015

Soalan: ingin tahu

Nama*:lin
Tajuk*:ingin tahu
Message*:Assalammualaikum
Says ingin tahu sekira Nye jatuh ke talak sekiranya pasangan message ibu saya megata kan dia taknak simpan saya lagi dia da setuju untuk cerai kan saya. ada kan talak sudah jatuh?
File Upload:
Salam

Ia boleh menjatuhkan talak setelah suami sebutkan aku setuju untuk ceraikan isteriku itu; disebut kepada emak atau sesiapa sahaja..

tk
Visitor IP: 119.75.30.178

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz talak tiga

Nama*:puan haryani
Tajuk*:lafaz talak tiga
Message*:slm. ustaz, saya ing
in btanya, jatuh kah talak tiga yg suami lafaz dlm keadaan marah?
File Upload:
Salam

Lafaz cerai termasuklah talak tiga akan terjatuh (sah) walaupun dalam keadaan suami marah. Kalau dah suami baik, tak kan dia nak jatuhkan cerai. Jatuhkan cerai itu terjadi ketika marah dan ketika hilang sabar dan mungkin hilang pertimbangan diri.

Sila rujuk kes ini ke pejabat agama..

tk

Visitor IP: 107.167.113.14

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, July 24, 2015

Soalan: taklik

Nama*:hafiz
Tajuk*:taklik
Message*:salam ustaz, sy ade mslh dr segi taklik.sy sudah lame mempunyai penyakit was2 dan lintasan hati yg kritikal..sy cuba belajar utk mejauhi was2 tp kadang2 ragu2 akan muncul juga.Masalah sy, mggu lepas semasa sy sedang rehat2 sy tgk kereta sy lalu sy terfikir nk modified kereta sy, semasa terfikir tiba2 datang fikiran lain cthnye : (nama samaran) Ali ingin modified kereta dan lepas tu Ali cerai isteri dia..lebih kurang mcm tu la lintasan. Adakah itu dikatakan taklik? xde pulak sebut KALAU itu ini. Cuma ada sambungan lepas terfikir pasal kereta.Sy sangat tkt untuk modified kereta sy tkt terjatuh talak..sngt kurang keyakinan yg mengatakan x lafaz. lagipun xde pulak sy dengar lafaz itu. lintasan spontan yg pantas membuatkan sy ragu2 sama ada terlafaz atau lintasan semata2. adakah kalau taklik terpacul bkn niat dimaafkan ?? boleh kata tiap2 hari lintasan tak diundang datang..mohon ustaz bantu sy. SALAM.
File Upload:
Salam


Was-was dn lintasan seperti itu tidaklah ia terjadi taklik dan tidaklah pula ia menjatuhkan cerai.

Cuma saudara kena berusaha gigih untuk menghilangkan was was dan keraguan dalam diri.

tk
Visitor IP: 1.32.116.192

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuhkah talak jika suami menyatakan saya lepaskan awak,dan pada orang lain dia nayatakan saya dah lepaskan dia kerana dia terpaksa

Nama*:noraine ahmad rosely
Tajuk*:jatuhkah talak jika suami menyatakan saya lepaskan awak,dan pada orang lain dia nayatakan saya dah lepaskan dia kerana dia terpaksa
Message*:salam ustaz...saya nak tanya..apa status perkahwinan kami bila suami saya menyatakan pada saya abang lepaskan syg untuk puaskan hati mereka, sedangkan dia buat kerana terpaksa,dan pada sebelah pihak yang lain dia kata saya dah lepaskan dia untuk adil..bila saya suruh dia lafazkan cerai dia diam tak berkata apa2.
File Upload:
Salam

 Suami macam ni jadi confius.. Mungkinkah saudari ini isteri kedua agaknya..

Jika benar suami terpaksa menyatakan cerainya maka cerai itu tidak sah atas alasan terpaksa.

Yang penting suami itu sendiri kena tahu dan faham sama ada dia benar benar menceraikan isterinya atau tidak. Puan tanyalah kepada suami dan pastikan kesahan lafaz cerainya.

tk

Visitor IP: 175.139.162.169

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, July 23, 2015

Soalan: Assalamualaikum.....Minta Jasa baik ustaz ... Padam nama dan email peribadi saya

Nama*:ZZA
Tajuk*:Assalamualaikum.....Minta Jasa baik ustaz ... Padam nama dan email peribadi saya
Message*:saya lampirkan soalan dan jawapan yang telah ustaz berikan kepada saya..

bagus untuk rujukan

tapi disebabkan email dan nama penuh saya disiarkan membuatka saya sering diganggu...

maaf sekali lagi ustaz

saya berharap agar ustaz dapat membantu


Soalan: Kes Rujuk
Nama* Kes Rujuk
Message*: saya telah bercerai dengan bekas suami saya pada tahun 2010 dengan talak satu setelah selesai kes di mahkamah, dalam tempoh edah bekas suami telah memujuk saya pulang ke rumah kami untuk berbalik kepadanya. saya pun telah bersetuju, setelah dipujuk saya telah rela menjalankan tanggungjawab sebagai isteri semula. masalah saya sekarang kami tidak merujuk kepada mahkamah diatas perkara rujuk kami. apakah status saya sekarang..
File Upload:

Rujuknya suami puan adalah sah. Namun prosedur mahkamah syariah tidak diikuti. Oleh itu puan dan suami dinasihati supaya membuat laporan mengenai rujuk semula ini kepada pejabat agama bagi tujuan rekod dan pengesahtarafan perkahwinan.

Visitor IP: 175.140.69.70

Powered by EmailMeForm
File Upload:


Visitor IP: 60.49.36.119

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pengesahan bilangan talak..

Nama*:amish
Tajuk*:Pengesahan bilangan talak..
Message*:Pada Tahun 2011 saya dan suami telah pun bercerai talak 1 dan 2 minggu kemudian kami telah rujuk kembali. Kemudian baru-baru ini sekali lagi suami menceraikan saya dengan talak 2 dalam keadaan waras, saya terima tetapi dengan rasa tidak puasa hati saya bertanya kenapa 2 kenapa tidak habis kan talak 3 sahaja. kami terus lagi bergaduh dan saya mendesak suami untuk menjatuhkan talak 3 walaupun suami menolak, sehingga dia rasa tercabar dan mengatakan ok, lepas ni saya tk akan pujuk balik, saya ceraikan awak dengan talak 3.

Persoalan saya pada waktu itu talak berapakah yang jatuh 2 atau 3?
File Upload:

Salam'

Talak yang dibenarkan rujuk semula hanyalah pada talak dua sahaja. Jika sudah talak tiga, bererti tidaklah boleh dirujuk semula dan/atau dinikahkan semula.

Dalam kes ini, telah terjadi talak satu dan dirujuk. Kemudian suami melafazkan talak 2 yang bermaksud terjadilah talak tiga (1 yang pertama dirujuk dan 2 yang disebut serentak kali kedua). Ucapan suami untuk cerai dengan talak dua sudah menjadikan kes ini kepada talak tiga.

Dan puan pula mendesak meminta talak tiga, bererti terjadilah talak tiga juga. (tidak ada lagi talak empat, lima dan seterusnya..)

Sila rujuk kes ini ke pejabat agama.. susah ni..

tk

Visitor IP: 203.217.176.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, July 20, 2015

Soalan: Lafaz Taklik

Nama*:Anna
Tajuk*:Lafaz Taklik
Message*:Asssalammulaikum ustaz;

Sana nak clarify sesuatu,
Suami saya ada menyebut "Kalau abg still contact, atau apa-apa urusan dengan budak tu, jatuh talak kat u"
2 hari lepas, saya dapat tahu yang suami masih berurusan dangan budak yang dia sebut didalam taklik.
Saya mushkil, bila saya tanya pada suami, suami beritahu yang taklik yang dia lafaz dah pun terbatal.

Soalan saya: - Adakah talak jatuh dan bolehkan taklik aci batal mcm tu saja?
File Upload:
Salam

Taklik pada umumnya tidak boleh ditarik balik. Jika benar suami melafazkan taklik seperti itu, dan dia melanggari takliknya, maka terjatuhlah talak satu ke atas puan.

Suami boleh merujuk kembali dengan keadaan talak telah terjadi dengan satu talak.

tk

Visitor IP: 149.129.19.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cemburu dalam diam

Nama*:rosnah
Tajuk*:cemburu dalam diam
Message*:Assmkm Ustaz, saya ada sedikit mslh. Saya nk tya apa yg harus saya lakukn sekiranya saya mdpti Suami saya ada affair dgn pmpn lain yg dipanggil Adik? Memang mrk tdk bercinta tp sering berhubung dlm diam. Suami saya sorang penyayang tp kami blm ada ank wpn dah 15 thn kawin.
File Upload:

Salam puan

Beginilah, jika hubungan itu benar-benar ikhlas dan suami berhasrat untuk menikahinya, saya berpendapat, puan restuilah mereka. Alasan ada anak tak ada anak, itu bukan alasan yang benar, tetapi kalau lelaki sudah tekad bercinta dan benar-benar nak kahwin lagi, kita nak halang pun tak guna.. benarkan dan cuba bawa berbincang dengan baik..

Maaf itu pendapat saya..

tk
Visitor IP: 175.140.167.134

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, July 19, 2015

Soalan: cerai

Nama*:Aziz
Tajuk*:cerai
Message*:As salam ustaz.. saya ada seoarang adik lelaki/suami yang mempunyai 2 isteri.
1. Suami beritahu isteri pertama, dia telah ceraikan isteri kedua dengan talak 1. Masa itu turut di dengar oleh kedua ibu bapa suami.
2. Suami beritahu isteri dan ibu bapa, dia telah ceraikan isteri keduanya.

Adakah telah jatuh talak dengan kenyataan suami tadi ?

T.Kasih
File Upload:
Salam

Kenyataan suami seperti itu tidak boleh dikira sebagai cerai yang sah, kerana cerai yang sah hendaklah disebutkan 'Aku ceraikan Fatimah dengan talak satu' contohnya, ia bukan sekadar kenyataan, kerana kenyataan seperti itu banyak diselindungkan oleh suami akan maksud tersiratnya..

tk

Visitor IP: 183.171.166.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, July 18, 2015

Soalan: kawin saya sah ke x

Nama*:siti
Tajuk*:kawin saya sah ke x
Message*:Salam...sy nak tanya..saya kawin dgn suami sy dh dkt 3 bln..sblum kawin dia ckp dia duda..tp sminggu nk dekat kawin dia ckp dia rujuk balik dgn isteri dia..tapi kami tetap teruskan perkahwinan tanpa izin isteri dia tu..tanpa ada borang poligani..sah atau tidak?
File Upload:
Salam

Pernikahan adalah sah apabila ada wali, dua orang saksi dan ijab dan kabul. Borang poligami itu urusan pendaftaran...

Masa majlis akad nikah tu, bapa ada tak? saksi nikah ada tak? Ijab dan kabul ada tak? Jika ada, maka sahlah pernikahan ini.

tk

Visitor IP: 203.82.90.47

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, July 17, 2015

Soalan: artimimpi cerai kan isteri

Nama*:alif johari
Tajuk*:artimimpi cerai kan isteri
Message*:apa maksud mimpi bila suami ceraikan isteri kerna isteri ada kekasih lain dlm mimpi
File Upload:

Salam

Maaf saudara, saya bukanlah pentafsir mimpi..

Usah dilayan mimpi seperti itu.

Yang penting kita bina kasih sayang dalam keluarga, bina ruang cinta sesama suami isteri... itukan lebih membahagiakan kita daripada memikirkan untuk berpisah...

tk

Visitor IP: 118.100.169.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, July 15, 2015

Soalan: perkahwinan

Nama*:kaca
Tajuk*:perkahwinan
Message*:aslmkm. terima kasih ats jwpn anda pada soalan saya yang lalu.
keluarga pasangan saya sudah berjumpa dengan ayah saya berkali-kali sebelum ini, namun ayah saya masih tidak izinkan. malah, timbul fitnah pula. saya sudah menyatakan hasrat untuk berkahwin ini selama 5 tahun.. saya amat tertekan. jika saya perlu menunggu lagi, adakah mereka ingin melihat saya rosak.
File Upload:
Salam

Maaf, isu yang mana ni? Saya tidak dapat menjawabnya kerana terlalu banyak yang perlu saya jawab setiap kali membuka laman ini...

Umumnya beginilah, keizinan wali adalah perlu untuk bernikah, namun dalam kes tertentu, wali (bapa) tidak benarkan atas alasan poligami, tak setaraf dll, so dalam kes sepeti ini, boleh direpotkan ke pejabat agama bagi dibuat pertimbangan lain yang lebih wajar.

tk

Visitor IP: 203.106.158.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, July 14, 2015

Soalan: adakah boleh jatuh talak?

Nama*:siti
Tajuk*:adakah boleh jatuh talak?
Message*:Salam ustaz..
Apa hukum bila suami melarang isterinya keluar rumah tetapi suami tidak mengaitkan dengan ayat / perkataan cerai,cuma ayat larangan shj...
DAN jika isteri keluar rumah tanpa suami tahu,adakah jatuh talak?
File Upload:
Salam

Jika suami melarang isteri keluar rumah tanpa dikaitkan dengan talak, maka tidaklah terjadi taklik. Apabila isteri keluar rumah, tidaklah menjatuhkan talak cuma dia berdosa sebab melanggari arahan suami... (itupun tengok kes la juga)

Tak perlu nak kaitkan keluar rumah dengan jatuh talak.. ia menyusahkan hidup kalian..

tk

Visitor IP: 1.9.102.18

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: terasa makanan

Nama*:puasa
Tajuk*:terasa makanan
Message*:salam ustaz,ketika sy berpuasa, semasa hendak solat tiba2 sy terasa ade bende di lidah.apabila sy teliti bende itu cuma air liur,ketika hendak telan tiba2 terasa lagi seperti rambut pendek.Sy telan je memangdangkan x jelas benda itu makanan atau rasa kering di tekak.Semasa telan sy tak rasa sebarang makanan pun.Cuma air liur.Yg sebenarnya sy selalu was2 ketika puasa.Saya cuba belajar apa2 yg terasa di dalam mulut untuk tidak dihiraukan melainkan benda tu memang betul2 makanan baru la sy ludah.adakah batal puasa sy ragu2 ketika terasa di tekak itu? mulut sy jenis senang kering walaupun sy minum air cukup memandangkan sy kerja dalam suasana econ. adakah sah puasa sy ustaz? mohon bantu.
File Upload:
Salam

Air liur nak telan segelenpun tak apa.. telanlah air liur tu...

Cuma jika ada sisa makanan, kenalah dibuang air liur itu.

Pastikan kebersihan gigi pada awal pagi bagi memastikan puasa kita tidak terganggu. itu sahaja.. Gosok gigi dan lepas tu, telanlah air liur... Usah dilayan keraguan dan was-was..
tk

Visitor IP: 115.133.202.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, July 13, 2015

Soalan: boleh jatuh cerai ke?

Nama*:dahlia
Tajuk*:boleh jatuh cerai ke?
Message*:Salam ustaz...saya ibu kpd 2 org anak dan isteri...
Suami nak makan rendang, so saya pun cakap 'pergi ler ambil serai dpn rumah'.. Suami kata ' saya tak tahu'....
Tiba2 saya pun ckp "dekat choong hoe ada jual cerai"..
Choong hoe tu nama kedai...saya nk ckp serai tapi lidah ni tersebut cerai tanpa sengaja...masalah betul lidah ni...
Kemudian suami saya jawab "ok,tp abg x tahu "..
"tak sempat nk beli lar"...suami pun terus capai pisau dan ambil serai depan rumah...

Bisa jatuh cerai kah ustaz??
File Upload:
Salam

Puan, yang boleh jatuhkan cerai ni ialah suami, kalau isteri sebut 100 kali cerai pun ia tidak akan jatuh talak..

Jika suami yang sebut cerai, sekali sebut dah boleh jatuh talak...

Dalam kes ini ia tidak menjejaskan apa-apa.. tersalah sebut cerai dengan serai.. tak ada apalah tu...

tk

Visitor IP: 1.9.102.18

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak atau tak

Nama*:Aimi
Tajuk*:Jatuh talak atau tak
Message*:Salam ustaz..

saya nk bertanya sama ade jatuh atau tak talak dekat saya.
suami saya berkata #aku tak akan mngaku ko bini aku lagi#
adakah jatuh talak tu kat saya..
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak lagi kerana adanya perkataan AKAN..

Lafaz cerai hendaklah jelas dan terang sebagaimana lafaz akad nikah juga terang dan jelas..

tk

Visitor IP: 175.139.234.228

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, July 12, 2015

Soalan: Jatuh talak atau tidak?

Nama*:Meera
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak?
Message*:Salam ustaz. Mohon pencerahan adakah jatuh talak jika suami isteri bergurau dan secara spontan suami ada terkeluar perkataan 'ok..kita clash' dalam mood tengah bergelak ketawa. Jika jatuh talak,apa yg perlu dilakukan untuk menjernihkan keadaan supaya hubungan suami isteri menjadi sah dan halal semula? Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Kita clash adalah satu kiasan dan kinayah kepada cerai. Dalam kes ini, suami tiada berniat untuk cerai, maka ia tidaklah menjatuhkan cerai ke atas puan..

Berhati-hati di lain kali.. Itu sahaja.

tk

Visitor IP: 198.50.153.244

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: MOHON PENCERAHAN

Nama*:HAMBA ALLAH
Tajuk*:MOHON PENCERAHAN
Message*:AS SALAM USTAZ...ADAKAH JATUH TALAK SEKIRANYA SUAMI BERKATA KAU NAK SGT KE JD JANDA??
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak..

Dah jadi janda ke puan ni?

keh keh keh...



Visitor IP: 202.188.229.226

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keraguan

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Keraguan
Message*:Salam Ustaz,

Saya nak bertanya. Adakah jatuh talak jika berkata "aku tak teragak agak cerai kau kalau aku dengar @ nampak kau ade ng lelaki lain (orang ketiga)" tapi ustaz apa yang saya cakp ini adalah tanpa niat.

Mohon bantu saya Ustaz.
File Upload:
Salam

Ia adalah ugutan suami kepada isterinya agar tidak terlibat dengan lelaki lain.. Ugutan ini tidaklah dikaitkan secara jelas dengan talak (taklik talak). Pada saya lafaz ini bukanlah lafaz taklik untuk talak, tetapi ia adalah ugutan dan ingatan kepada suami.

Bila dah bercakap, mestilah ada niat.. kenapa pula nak nafikan niat yang ada dalam hati tu..

Cuma ia bernasib baik kerana bukan taklik talak..

harap lebih berhati-hati.. tk

Visitor IP: 14.192.210.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, July 11, 2015

Soalan: cerai taklik

Nama*:ida
Tajuk*:cerai taklik
Message*:salam ustaz, suami saya pernah berkata kpd saya, kalau org nampak..jatuh talaq (perbuatan tu..masa bergaduh saya berbogel dan bediri dpn pintu bilik) saya dah pergi kemahkamah.tp alhamdulillah talaq x jatuh sbb x dpt dipastikan org nampak ke tidak. Perkara ni tlh berlaku lebih kurang4 thn lps. sekaang ni br saya teringat dlm pada tu saya ada pergi berurut satu badan dgn org perempuan..dah tentu org tu tengok tubuh saya..adakah ia telah menjatuhkan talaq saya..bila saya tya suami..dia ckp tidak.sbb yg dia maksudkan itu masa kejadian itu sahaja dan di dpn pintu bilik itu saja..tp saya x berpuas hati..itu yg merungsingkan saya bimbang talaq terjadi tanpa disedari
File Upload:
Salam

Jika itu dimaksudkan oleh suami, maka itulah kenyataannya. Suami pun sudah jelaskan untuk tempoh itu sahaja, maka selepas tempoh itu ia dengan sendirinya terbatal taklik yang diucapkan.

tk

Visitor IP: 175.144.127.213

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, July 10, 2015

Soalan: BOLEH KAH ISTERI DALAM EDAH MENGURUT BADAN SUAMI YANG SAKIT

Nama*:Jusoh bin Ali
Tajuk*:BOLEH KAH ISTERI DALAM EDAH MENGURUT BADAN SUAMI YANG SAKIT
Message*:ASALAMUALAIKUM.BOLEH KAH ISTERI DALAM EDAH TOLONG PICIT BADAN SUAMI YANG SAKIT
File Upload:
Salam

Jika suami itu benar-benar sakit, puan boleh mengurutnya atas tujuan merawat.

tk

Visitor IP: 115.164.190.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai dan talak

Nama*:am
Tajuk*:cerai dan talak
Message*:Assalamualaikum ustaz,, sy ingin bertanya kpd ustaz. Sy baru berkahwin hmpir 2 tahun.. keadaan rmh tga kmi sering bertelagah, suami sy bila marah sering menyebut perkataan cerai. Cth 'aku taknak dah hidup dgn kau lagi' ' aku menyesal kahwin dgn kau' 'kalau kau xnak cerai jgn ggu aq''Isn ni kita pergi pejabat kadi, jota cerail selalu ya lepas baik sy taya semula adakah awk maksud kan. Dia jawab tak sebab sy x berniat,masa tu saya marah @ sengaja takotkan awak @ ugut saya. Tapi hari ni dia cakap 'aku dah tak tahan dengan ko, aku rasa menyesal menikah dgn kau, aku dah taknak apa-apa lagi dgn ko' (dia mengatakan dalam keadaan marah., marah suami sy seperti org yg tidak mampu berfikir kerana dia seorang yg panas baran dan kerap memukuli saya ustaz. Apakah cerai itu telah jatuh?
File Upload:
Salam

Suami seperti ini kena dibimbing agar diatidak mudah bermain dengan cerai dan talak. Sikit-sikit nak sebut cerai, nak sebut tak suka, menyesal kahwin dengan kau.. isteri lagi menyesal bersuamikan seperti orang ini..

Pada saya, selagi dia tidak sebut dengan jelas, Aku ceraikan kau.. maka ia tidak menjatuhkan talak. Lafaz kinayah seperti itu masih meragukan. jika benar suami tiada niat, maka tidaklah jatuh talak lagi..
Walau bagaimanapun, elok kiranya puan merujuk kes ini ke pejabat kadi.

tk

Visitor IP: 14.1.193.180

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, July 9, 2015

Soalan: Diceraikan kerana mentua tidak suka

Nama*:Afsheen
Tajuk*:Diceraikan kerana mentua tidak suka
Message*:Assalam ustaz,
Saya telah berkahwin pada thun lpas, dan awal thun nie saya disahkan hamil. Saya mengalami alahan yg truk sgt sehingga mak sy perlu dtg ke johor. Jadi saya meminta keizinan suami utk balik ke kampung, dimana mak saya blh mjaga saya. Suami pun mengizinkan dan dia sendri yg menhantar saya blk kampung. Alahan yg truk tue membuatkn sy slalu ulang alik ke klinik. Selepas 4 bln lebih suami sy mengajak sy blk ke jhor, dimana dia nak sy tingal pula dgn mentua. Jadi sy pun bgthulah yg sy xnak blk ke sana krna nty myusahkn pula lg pun mmg stiap bln sy perlu ke klinik utk pemeriksaan. Tapi suami sy berkeras jg ngn sy utk blk ke jhor dan tingal di umh mentua. Sy masih x nak jg ikut, sbb nya smasa hamil nie lebih baik tingal dgn keluarga sy. Disbbkan sy xnk jg ikut, suami sy mula brckp kasar dan memaki sy. Suami jg telah mberi tempoh pda sy slama 2 hari jika sy x blk dlm tempoh tue akn jtuh talak 1..Suami sy pun da bgtahu yg dia mengikut ckap ibunya yg menyuruhnya bercerai jika sy x ikut blk kerana ibunya sudah tidak menyukai sy lg.Sy merasa hairan dgn tindakan suami sy nie sbb sy kenal dia bkn jenis yg tidak bertimbang rasa dan mudah bwa berbincg. Sy cma nk kepastian sja dan mrasa tidak sdap hty, sy berjmpa lah ngn pengamal perubatan islam. Didapati sy trkena shir oleh mentua, dimana dia nk sy dn suami berpisah. Apa yg sy perlu lakukan ustaz??
File Upload:
Salam

Pertamanya, puan cubalah ikut kehendak suami buat masa ini. Benar puan kena ke klinik, tetapi jika suami mahukan puan berada di sisinya, maka wajiblah puan ikut kehendaknya.

Jika benar suami itu dibomohkan, bawalah dia berubat, bantulah dia untuk menghilangkan gangguan dalam dirinya. Puan sendiri boleh cuba ubatkan jika puan seorang yang kuat...

Cuba penuhi kehendak suami dahulu daripada yang lain...

tk

Visitor IP: 120.141.244.128

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, July 8, 2015

Soalan: bukan lafaz kinayah

Nama*:..
Tajuk*:bukan lafaz kinayah
Message*:salam ustaz...saya nak bertanya benarkah ia bukan lafaz kinayah..
contoh..saya mengantokla sayang/....sy nak makan nasi /...awak dah makan ke...
sekalipun ada niat cerai semasa melafazkan ..ia merupakan keraguan dan was was yang ditimbulkan syaitan...benarkah ustaz
File Upload:

Salam..

Hampehnya awak ni.. tak kan lah semua lafaz dari mulut awak nak dikaitkan dengan talak dan cerai.. sudahlah tu...
hehhhehehehhhheeee..

maaf..
Visitor IP: 107.167.112.70

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pertanyaan mengenai lafaz kinayah

Nama*:HAMBA ALLAH
Tajuk*:pertanyaan mengenai lafaz kinayah
Message*:Salam ustaz..sy nk tanya bab lafaz kinayah..jika tak pasti samaada niat atau tak semasa lafaz kinayah..adakah boleh jatuh talak @ tak jatuh talak itu?tak pasti ada niat atau tak semasa melafaz ayat kinayah itu..mohon ustaz dapat membantu.terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Lafaz kinayah ini lafaz yang disebut secara simbolik dengan tujuan untuk cerai. Tetapi jika lafaz itu disebut tanpa ada niat untuk cerai, maka ia jadilah lafaz biasa yang tidak memberi bekas kepada cerai talak. Contohnya lafaz; pergi berambus kau!.. ia hanya bermakna pergi berambus sahaja. Tetapi jika diniatkan dengan cerai, maka terjadilah talak satu dengan perkataan seperti itu.

tk

Visitor IP: 141.0.8.195

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:Insan Musykil
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:asalamulaikum,saya nak bertanyakan .Apakah jatuh talak jika si suami selalu menceritankan beliau tidak berkhawin lagi kepada kawan sekerja atau wanita lain.Beliau sering memberitahu beliau tidak berkhawin lagi dan masih bujang sedangkan beliau sudah berkhawin dan mempunyai anak.

Apakah Jawapan?

Insan yang musyklil
File Upload:
Salam

Suami yang meniup seperti itu, tidaklah menjatuhkan talak.. tetapi dia ni jenis yang suka menipu dan tak baik untuk dijadikan suami.. Bawalah dia bertaubat dan bimbinglah dia lebih bertanggungjawab.

tk

Visitor IP: 175.143.8.254

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: solat tahajud

Nama*:rusdi
Tajuk*:solat tahajud
Message*:Assalamualaikum ustaz.. bolehka berikn sya cara2 solat hajat mf ustaz tadi salah sebut..
File Upload:

Salam

Solat hajat boleh dibuat pada bila-bila masa siang mahupun malam. Solatlah dua rakaat dan bacalah surah apa yang mudah bagi saudara...

Solat tahajud dibuat selepas bangun malam, dibuat dua rakaat juga. Boleh lebih menjadi 4 atau 6 rakaat. Bacaan surah, pilihlah surah yang paling anda gemari..

tk

Visitor IP: 107.167.112.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pengesahan cerai

Nama*:Hana
Tajuk*:Pengesahan cerai
Message*:As salam. Saya telah terdengar dan melihat dengan jelas ketika abang saya melafazkan cerai kepada isterinya dengan lafaz "Aku ceraikan kau dengan talak satu". Adakah jatuh talak tersebut yang hanya bersaksikan saya seorang?
File Upload:
Salam

Lafaz seperti itu sah menjatuhkan talak satu.. Lafaz seperti ini sah walaupun tidak ada saksi, walaupun isteri tidak dengar, walaupun hanya suami sahaja yang mendengar lafaz yang dilafazkan.. ia sudah menjatuhkan talak.

Visitor IP: 202.152.86.152

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru

Nama*:Sha
Tajuk*:keliru
Message*:Salam.Ustad..semalam saya bertengkar dengan suami melalui telefon,..dan suami sy berkata esok jumpa kita cerai la selepas sy mnyuruhnya utk mnceraikan sy.dan sy terus berjumpa dengannya di tempat kerja nya dan suami sy berkata yg dia tiada niat lgsung utk mnceraikan sy.dia hanya nak saya brhenti dr marah.dan maksud ayat nya td ialah jumpa esok nanti la die ceraikan..klu tak ceraikan tu xdelah..adakah jatuh talak ustad??wlhal sy sbnarnye xnk pun bercerai.
File Upload:
Salam,

Jika dia tidak melafazkancerai, maka tidaklah talak itu terjadi.

Gaduh gaduh tu biasa... elok berperang je.. kan bagus gitu.. hehe
tk

Visitor IP: 203.126.30.134

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: puasa

Nama*:hadi yahya
Tajuk*:puasa
Message*:salam ustaz,
1) ketika berpuasa sy kerap selsema.kadang2 hingus sy buang kalau terlalu byk tp kadang2 sy telan je sbb hingus tak berhenti.bile di telan,sy pastikan hingus dan kahak tidak sampai ke mulut.maksudnye terus ke tekak.
masalah sy kadang2 bile hidung yg selsema terasa sakit dan membuatkan air liur terasa masin.nak di kata hingus tak.sy telan je sbb anggap itu air liur.adakah sah puasa sy?

2) ketika puasa bibir sy selalu kering ..kadang2 bila lidah tergesek dgn bibir akan rs sedikit masin..stiap kalu lidah terkena bibir akan rs masin disebabkan terlalu kering..kadangkala sy ludah.tp akan jd susah apabila dalam kereta,tengah kerja utk selalu berludah.lalu sy telan je..kwn sy ckp tak apa sbb bkn mknn.mungkin perasaan atau sy terlalu tilik stiap rs.adakah sah puasa sy ustaz??

stiap ari semasa puasa pasti ade je masalah yg buat sy ragu2..tertekan rs dibuatnye..syg cuba tak fikir psal masalah rs masin dan seumpanya tp tkt pulak sy perlu ganti puasa..mohon ustaz membantu.
File Upload:
Salam

1.  Hingus perlu dibuang, tidak boelh ditelan kerana ia membatalkan puasa. Tapi jika ia tertelan tidak disengajakan, tidaklah membatalkan puasa. Terasa masin kerana selesema itu, tidaklah membatalkan puasa.

2. Air liur boleh ditelan dan tidak perlu diludah. Bibir yg kering boleh dilembabkan dengan lidah (air liur) dan jika terasa masin tu, ia tidaklah membatalkan pausa.

tk

Visitor IP: 124.13.172.211

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, July 7, 2015

Soalan: Talak Tiga

Nama*:yusz
Tajuk*:Talak Tiga
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Saya mempunyai sedikit kemusykilan. Saya dan suami sering bergaduh dan setiap kali pergaduhan dia akan memukul saya atau mendera emosi saya. Pada suatu pagi, selepas berlaku pergaduhan dia memohon maaf kepada saya. Saya terima maaf suami saya tetapi dengan syarat jika berlaku lagi pergaduahan sehingga dia memukul saya atau mendera emosi saya atau tidak mendengar kata saya maka jatuh lah talak tiga.

Suami menerima dan berkata jatuh la talak tiga kalau ia berlaku.


Jika situasi bergini jatuh kah talak kepada saya jika dia memukul saya lagi?.
File Upload:
Salam

Jika itu pengakuan suami, maka jika berlaku pergaduhan dan suami memukul puan lagi, maka terjadilah talak tiga..

itulah puan, kenapa nak dikaitkan gaduh dengan talak.. bahaya tu...

tk
Visitor IP: 1.32.74.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Kasut kulit

Nama*:Mas
Tajuk*:Kasut kulit
Message*:Assalamualaikum,
Ustaz,
Dalam 6 bln sblm ini saya ade membeli kasut brand santa barbara polo racquet club.ada tulis upper leather sy tnye pada sales girl kulit apa jawapan nya adalah kulit lembu. Baru2 ini sy ada dgr isu berkaitan kulit babi digunakan pada kasut dan brg2 lain..ada ditunjukkan contoh kulit babi .sy pn melihat kasut sy rase nya tidak seperti yg ditunjukkan pada gamba itu.
Saya ade bertanya pada rakan2 dan mereka ckp bukan.sy seorang yg byk pkir .ade mase sy lihat lg kasut itu sy yakin ade mse sy risau. Mcm mane ye ustaz bleh beri pendapat dan nasihat.

Tk
File Upload:image.jpg

Salam

Kulit babi boleh dikenal dengan tiga titik berdeketan pada permukaan kulit. Jika kasut itu tidak dikesan berupa kulit babi, pakai sahajalah. Usah difikirkan lebih daripada apa  yang kita patut tahu.

tk

Visitor IP: 175.143.60.245

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, July 6, 2015

Soalan: jenis talak atau tidak

Nama*:mazlan
Tajuk*:jenis talak atau tidak
Message*:as salam. suatu hari sya dan isteri sya pergi berbuka puasa semperna majlis berbuka puasa company isteri sya.
dalam pada itu sya bergaduh dgn isteri sya. dan sya ajak dia balik. tp dia xnak balik, lepas tu sya ckp kat dia (sama ada dia dengar atau tidak sya x tahu sbb org ramai sgt) "kalau sya x datang sini lagi, ikut suka awk lah"... masa tu tanpa niat cerai pon.. tetapi lepas pada ucap itu sya terniat cerai tetapi xlafaz sama ada lafaz jelas atau lafaz kiasan.

berlaku talak atau tidak?

maaf mesej sebelom ini.
File Upload:
Salam

Niat ditentukan pada ketika lafaz itu disebut. jika lafaz telah disebut lama, baharulah niat datang, ia tidak dikira lagi..

tk
Visitor IP: 219.92.68.176

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, July 5, 2015

Soalan: talak

Nama*:idrus a
Tajuk*:talak
Message*:Assalamualaikum ustaz.. maaf ini ketiga kli sya bertanya.. pertanyaan sya.. istri sya tdk percaya yg talak blum jatuh lafaz yg tlah sya lafazkan atas permintaan nya.sdngkan sya tdk rela waktu itu.. tpi kata istri sya talak itu sdh jatuh ..klu tdk knapa kau lafazkn talak itu.. dan kau waras dlm ketika itu.. istri sya berkata itu ustaz.. apakh talak itu jatuh ustaz.
File Upload:
Salam

Baik mati saja.. op..sorriiiiiiiii

Visitor IP: 141.0.9.36

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tuntutan fasakh

Nama*:idrus ardie
Tajuk*:tuntutan pasak
Message*:Assalamualaikum ustaz,sya ada pertanyaan.. apakah erti fasak,dan fasak yg bagaimana yg bole d tuntut oleh sang istri..Assalamualaikum..
File Upload:
Salam.

Fasakh ialah tuntutan isteri untuk berpisah, bercerai dengan suaminya dengan sebab yang wajar seperti suami kaki pukul, suami tinggalkan tanpa nafkah melebihi waktu sepatutnya, suami penagih dadah dan berbagai punca lain.

Fasakh hanya boleh dituntut di mahkamah syariah @ pejabat kadi setelah meneliti setiap kes, dan biasanya akan diadakan perbicaraan dan soal siasat bagi mengesahkan kes berkenaan.

tk

Visitor IP: 141.0.11.7

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib

Nama*:dila
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Salam ustaz...nk tanya...biasanya saya akan sabun, shampoo sebelum mandi wajib...saya terlupa nk cuci muka dengan pencuci muka...
Dan saya terus mulakan mandi waji....mandi wajib sah tak ustaz?
File Upload:
Salam..

Mandi wajib yang utama ialah meratakan air ke seluruh tubuh badan dan menghilangkan najis (jika ada) beserta niatnya.

Soal nak sabun dulu, nak syampu dulu, nak siram dulu dah tak timbul lagi.. asalkan ada niat dan air meratakan ke seluruh tubuh, jadilah mandi wajib itu. Mandi wajib tidak perlulah diasingkan dengan mandi biasa. Ia adalah mandian biasa cuma air kerana rata termasuk rambut dan seluruh anggota badan.
tk

Visitor IP: 203.106.159.156

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon penjelasan

Nama*:faiz
Tajuk*:mohon penjelasan
Message*:Assalamualaikum ustaz...sy nak tanya ustaz..sy kerap lalui lintasan dan bisikan mengenai talak.sy juga kerap berasa was2..sy tertekan sgt3 ustaz sy cuba melawan nya..dengan solat dan istifar..lintasan berlaku dari awal pernikahan saya.sy xtahu kenapa.sy byk beristifar kepada Allah.mintak dijauhkan dari gangguan ini...satu hari ketika baring disebelah isteri terpacul dengan tiba2 terlafaz seakan taklik dimana terkeluar dari mulut saya secara spontan 1(xboleh bersama (hubungan suamiisteri)dengan isteri semalam)iaitu xblh bersama utk mlm itu kemudian terlafaz 2(haram untuk satu malam saja merujuk kepada yg lafaz1)kedua dua berlaku secara spontan..saya mmg xda niat nk lafaz kedua dua lafaz itu ustaz ....kemudian sy keluar dari bilik dan beristifar..mlm 2 mmg sy dan isteri xda melakukan hubungan suami isteri..saya berharap sgt3 ustaz dpat membantu sya...ustaz sy mmg lgsg xda niat nk berkata sedemikian...sumenye berlaku secara spontan..mohon ustaz dpat rungkaikan 2 lafaz tersebut...
File Upload:
Salam

Usah dilayan dengan lintasan dan was-was seperti itu. Ia menyusahkan hidup saudara dan orang di sekeliling saudara. Percayalah dengan ilmu yang ada.. Usah difikirkan benda yang bukan-bukan.. cuba perhatikan orang lain, tak ada pun masalah was-was nak cerai, was-was nak wuduk, was-was nak bersih itu ini.. Cukuplah tu...

Lintasan hati usah dilayan, jika terjadi cepat-cepat nafikan. Talak tidak akan jatuh dengan lintasan hati semata-mata, ia perlu dilafazkan secara jelas, terang dan didengari oleh telinga sendiri...

tk

Visitor IP: 107.167.113.53

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, July 4, 2015

Soalan: Hukum Cetak Baju

Nama*:Tuah
Tajuk*:Hukum Cetak Baju
Message*:Salam Ustaz,

Saya ade buat bisnes printing tshirt...Ape hukum cetak/lukis gambar benda bernyawa (cth : org, burung, harimau, etc) sama ada dalam bentuk real mahupun kartun pada tshirt?

Saya ade rujuk beberapa sumber...Ade yang mengatakan makruh, ade jugak yang cakap haram.

Saya faham benda nie mungkin khilaf di kalangan ulama...Tapi sebagai pengikut mazhab shafie, mane satu yang harus kite pegang?

Mohon pencerahan ustaz.

Terima kasih.
File Upload:

Salam..

Pada pendapat saya, ia dibenarkan selagi ia bukan berbentuk patung untuk sembahan...

Kenyataan bahawa lukisan benda hidup akan minta nyawa kepada pelukis adalah tidak betul..

selamat berniaga demi ummah dan agama..

tk
Visitor IP: 203.82.80.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz talak bukan kemahuan.

Nama*:idrus a
Tajuk*:lafaz talak bukan kemahuan.
Message*:Assalamualaikum ustaz,adakah talak itu jatuh jika d lafazkan dgn tidak rela tpi trlafaz atas kemahuan istri,wlaupun sya mengatakan tidak betfikir dahulu, tapi istri ku mengatakan sdh fikir semasaknya.. tpi sya tdk rela ceraikan dia.. namun terpaksa lafazkan atas kemahuannya. jatuhka talak itu..sebab sya masi mencintai dia sejujurnya ustaz..
File Upload:
Salam

Jika lafaz itu bukan atas kehendak diri sendiri, tetapi atas paksaan ia tidaklah menjatuhkan talak.

Cuma kena pertimbangkan juga tahap PAKSAAN itu, jika benar-benar terpaksa bagi menyelamatkan keadaan semasa krisis itu.. ia dikira TERPAKSA dan talak seperti itu tidak jatuh..

tk


Visitor IP: 107.167.99.171

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lintasan murtad

Nama*:Nashrull
Tajuk*:lintasan murtad
Message*:salam ustaz,sepanjang bulan puasa ni,kadang2 hati sy terlintas mengatakan sy ni kafir..sy cuba utk tidak melayan..selang beberapa minit,tiba2 dtg fkiran kenapa aku tak istighfar cepat2 td..utk kuatkan keyakinan sy balik,sy istighfar byk2 dan mengucap..sy tkt iman sy terpesong dan puasa sy..adakah lari iman dan adakah sah puasa sy ustaz??yg jd ragu2 sbb sy istighfar selang beberapa minit..semua berlaku dalam hati..bkn disebut
File Upload:
Salam,

Saudara perlu membina keyakinan dalam diri sendiri, yakin dengan akidah dan agama yang dipegang. Usah dilayan lintasan seperti itu. Abaikan segera.

Banyakkan istighfar dan bacaan al-Quran untuk kekuatan diri.

Puasa teruskan seperti biasa, ia sah kerana lintasan seperti itu tidak membatalkan syahadah.

Dalamilah ilmu agama bagi menambahkan keyakinan atas apa yang dipegang..

tk

Visitor IP: 218.208.251.164

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA