Monday, June 29, 2015

Soalan: SAYA ADA TANYA JURU NIKAH TENTANG MAAALAH SAYA YANG TERLEPAS KATA . SENANG SENANG KITA PISAH AJA LAH.JAWABPAN JURU NIKAH DAN TIGA IMAM YANG LA

Nama*:Jusoh bin Ali
Tajuk*:SAYA ADA TANYA JURU NIKAH TENTANG MAAALAH SAYA YANG TERLEPAS KATA . SENANG SENANG KITA PISAH AJA LAH.JAWABPAN JURU NIKAH DAN TIGA IMAM YANG LAIN MENGATAKAN TAK JATOH TALAK .
Message*:PER SOLALAN NYA APAILA SAYA PERGI MAHKAMAH .HAKIM KATA JATOH TALAK .SEDANG KAN SAYA TANYA USTAD DI LAMAN INI PON KATA TAK JATOH TALAK .MASAALAH SAYA KALAU JATOH TALAK SAYA TAK BOLEH RUJOK LAGI SEBAB DAH TIGA KALI .BUAT PENGAHTUAN USTAD ISTERI SAYA ADA LAH SEORANG OKU PEMBELAJARAN DIA TAK DAPAT TERIMA APA YANG SAYA KATA AAU LARANG .1 SOALAN .SAYA ADA BERGURAU DENGAN DIA .JANGAN MARAH KE ABANG DALAM KEADAAN SUKA TAPI DIA MARAH .ADA KAH JATOH TALAK .2 SOALAAN .SAYA ADA TAKLIK SEKIRA MU KATA SEKALI LAGI AMBIL QURAN SEKIRA NYA SAYA TAK PERCAYA KATA DIA MAKA JATOH TALAK .LEPAS SATU BULAN DIA KATA JUGA .ADA KAH JATOH TALAK. 3 SOALAN SAYA ADA KATA .DALAM KEADAAN MARAH .SENANG KITA PISAH AJA LAH .TAMPA NIAT UNTOK MENCERAI KAN DIA .PERSOALAN NYA HAKIM JATOH KAN TIGA KALI TALAK .MANA HARUS SAYA IKUT. HARAP USTAD BERI PENJELASAN .
File Upload:
Salam..

Elok kiranya saudara bawa kes ini ke hakim atau pejabat agama bagi diselesaikan.

Pendapat kami berdasarkan apa yang ditanya sahaja, tanpa dapat mendalami kes sebenar secara lebih mendalam.

Sila rujuk ke pejabat agama..

tk

Visitor IP: 115.164.56.239

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 28, 2015

Soalan: Adakah Itu Talak?

Nama*:Ewan
Tajuk*:Adakah Itu Talak?
Message*:Assalamualaikum Ustaz.. Nama saya wan.. Maaf saya ingin bertanya, semalam kami suami/isteri bertengkar.. dalam pertengkaran iti saya terlepas cakap pada isteri saya iaitu (aku lepaskan kau.. ceraikan kau) tapi saya tidak berniat untuk ceraikan dia.. Lepas kami berbaik semula dan bersama .. Hari ini baru saya teringat tentang hal semalam.. Saya tanya kan tentang hal ini pada isteri saya (adakah dengar apa yang saya cakap semalam) tetapi isteri hanya dengar perkataan lepaskan sahaja.. Jadi di sini adakah sah atau tidak ustaz?
File Upload:

Salam..

JIka benar saudara telah menuturkan aku lepaskan kau.. ceraikan kau.. maka jatuhlah talak satu kerana ia telah dilafazkan sedemikian rupa walaupun saudara nyatakan tanpa niat. Hukum syarak terjadi atas apa yang dibuat dan disebut.. Talak jatuh walaupun isteri tidak mendengar apa yang diucapkan..

Kena rujuk semula...

tk

Visitor IP: 219.92.62.121

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, June 27, 2015

Soalan: taklik bermasa

Nama*:hasyati
Tajuk*:taklik bermasa
Message*:Assalamualaikum ustaz.. Saya dpt surat taklik bermasa dari suami. Disebabkan sy berkahwin di thailand..sukar sy merujuk ke pejabat agama. Sy juga tiada dokumen kerana pihak lelaki pegang. Suami sudah lesap. Lafaz taklik dlm surat begini " hari last Saya jimak dengan Awak (9/1/2015), so hitunglah 4 bulan dari tarikh itu. Genap 4 bulan dri tarikh akhir Saya meniduri awak, maka selepas tarikh tu lucutlah title Awak sbg isteri sy buat selamanya.
Apakah tempoh wajib saya beriddah bermula 9/5? Mohon penjelasan ustaz.
File Upload:
Salam

Bagus tu.. suami lesap gitu je...

Surat taklik yang suami buat itu adalah sah dan terjadilah talak selepas tamat empat bulan. Edah puan bermula dari 9/5 (4 bulan selepas jimak terakhir)..

Tempoh edah 3 kali suci..

tk
Visitor IP: 113.210.130.172

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, June 26, 2015

Soalan: JATUHKAH TALAK

Nama*:YANG KELIRU BERANANG
Tajuk*:JATUHKAH TALAK
Message*:SALAM USTAZ.DUA BLN LPS SY PERNAH BERTENGKAR DGN ISTERI DAN ISTERI PNH MTA CERAI.BILA DAH BERBAIK SY SMBIL SEMBANG SY INGATKAN DIA SEKALI LG AWK MTA CERAI TALAK 3 AKU BAGI.SBNRNYA NIAT SY HYA MENGUGUT AGAR LAINKALI DIA TIDAK MENGULANGI KSLPN.DAN SY ADA BERKATA TANPA PENGETAHUAN ISTERI"YAALAH SESUNGGUHNYA AKU TARIK BALIK KATA-KATA KU ITU.KEMUDIAN BARU -BARU INI DLM PERTENGKARAN ISTERI SY MINTA CERAI.ADAKAH JATUH TALAK YG SY PNH CKP DLU.NAMUN ISTERI SY KATA DIA XDE NIAT MTA CERAI SKDR GERAM
File Upload:

Salam

Berserabut..

Beginilah, selagi saudara tidak lafazkan cerai atau talak secara terang kepada isteri, tidaklah terjadi talaknya.

tk

Visitor IP: 121.121.91.81

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Puasa & Munakahat

Nama*:Mie
Tajuk*:Puasa & Munakahat
Message*:Salam Ustaz,

1) Jika kita gosok gigi, rase ubat gigi tetap ade walaupun kite dah berkumuh...Adakah batal puasa jika kite telan air liur yang masih ade rase ubat gigi?

2) Jika kita selsema, kadang-kadang kita tertelan kahak atau terasa kahak masuk ke tekak dengan sendirinya...Adakah batal puasa?

3) Dalam bab munakahat, jika perkataan yang keluar dari mulut suami hanya sepatah sahaja (contohnya "aku", "emm", "amin"), kemudian suami terus diam...apakah hukumnya sekiranya ada niat?

Mohon pencerah ustaz.

Terima kasih
File Upload:

Salam

1. KEsan ubat gigi tidaklah membatalkan puasa.

2. Tertelan kahak tidaklah membatalkan puasa

3. Perkataan suami itu apa tujuannya.. apa maksudnya? jika untuk cerai ia tidaklah terjadi talak sehingga dilafazkan dengan jelas..

tk
Visitor IP: 183.171.170.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, June 25, 2015

Soalan: berjimak di malam hari ramadhan

Nama*:safina
Tajuk*:berjimak di malam hari ramadhan
Message*:Salam ustaz...selamat berpuasa...
Saya nak tanya soalan tentang berjimak dlm bulan ramadhan...
Malam semalam, suami telah menyetubuhi saya dan saya mandi wajib dlm waktu subuh selepas azan subuh.. Soalan saya :

1. Adakah berjimak dimlm ramadhan dikenakan kifarah keatas suami?
2. Sah tak puasa saya jika saya mandi wajib selepas azan subuh & terus menunaikan solat subuh
Harap ustaz dpt terangkan...
Tk...:)
File Upload:
Salam

Bersetubuh di malam Ramadan dapat pahala berganda.. tak perlu ada kifarah lagi...

Mandi selepas masuk Subuh masih lagi sah puasa..



Visitor IP: 115.164.217.106

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 23, 2015

Soalan: apakah dgan dilempar sesuatu ke wajah saya sudah jatuh talak?

Nama*:galuh
Tajuk*:apakah dgan dilempar sesuatu ke wajah saya sudah jatuh talak?
Message*:assalamualaikum ustadz..kemaren saya bertengkar dgan suami ...ia melempar korek api beserta 1 bungkus rokok ke wajah saya ,apa itu sdah jatuh talak ,,,??
apakah jika saya tidak terima bisa saya ajukan gugatan cerai??
sebenar nya saya sering tdak di nafkasih lahir oleh suami saya ,,dgan alasan uang ny di tabung ,,tpi saya sering lihat dia mentraktir teman-teman nya..tpi klo saya minta uang belanja selalu dia marah 2..sebaik nya sikap apa yg harus saya perbuat ??? mohon jawaban nya ustadz
File Upload:
Salam

Terima kasih atas pertanyaan ibu.

Tindakan suami melempari sesuatu ke wajah atau ke tubuh badan isteri tidaklah membawa kepada talak atau cerai. Maksudnya di sini tidaklah jatuh talak ke atas ibu.

Suami yang tidak mahu membiyai nafkah keluarga adalah suami yang berdosa. Suami wajib menafkahi isteri dan anak-anak terlebih utama daripada menafkahi rakan-rakan di luar sana. Tindakan seperti ini menunjukkan dia seorang yang tidak bertanggungjawab ke atas kelaurganya.

Saya nasihati ibu supaya bersabar seketika. Carilah peluang untuk membimbing suami mengenal Allah dan tahu tugasnya sebagai suami. Mungkin perlu diberi ruang untuk mendekati masjid dan belajar agama, berkawan dengan teman yang soleh malah perlu di dalam rumah diwujudkan suasana islami agar dia terbiasa dengan solat dan taubat.

Ibu bisa berperan sebagai pendidik yang baik kepada suami. Berdoalah setiap masa agar suami kembali ke jalan Allah.

tk

Visitor IP: 125.164.63.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: masalah lafaz cerai

Nama*:nurul
Tajuk*:masalah lafaz cerai
Message*:Assalammualaikum ustaz...saya nak bertanya...suami data seorg tentera...baru2 ni says ada terbaca ttg surat isytihar dia DLM tentera yg mengatakan dia telah bercerai dgn data sedangkan dia take pernah melafazkannya..soalan saya apakah status saya sekarang nie adakah jatuh talak terhadap data?
File Upload:

Salam

Maklumat dalam dokumen seperti itu tidaklah menjatuhkan cerai ke atas puan, kerana boleh jadi maklumat itu sengaja dibuat bagi tujuan tertentu.

Cerai hanya akan jatuh setelah suami melafazkan cerai sama ada melalui lisan, tulisan mahupun sms... Jika isian maklumat dalam borang seperti itu, mungkin suami tiada niat untuk cerai, tetapi niat untuk menipu..

Tk

Visitor IP: 120.141.178.147

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 22, 2015

Soalan: Senang senang kita pisah je lah

Nama*:Jusoh bin Ali
Tajuk*:Senang senang kita pisah je lah
Message*:Soalan saya ada kah jatoh talak apabila saya kata bagitu tampa niat mencerai kan isteri saya
File Upload:

salam

Ia tidak jatuh talak lagi..


tk


Visitor IP: 115.164.53.214

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 21, 2015

ADMIN MOHON MAAF LAMBAT JAWAB EMAIL- PERTANYAAN

Salam

Saya mohon maaf kepada pengguna laman ini kerana lewat membalas email yang ditanya kerana masalah komputer yang telah tiada buat sementara waktu.. Sedang menunggu datangnya komputer baru.. kalau adalah tu...

mohon maaf dan terima kasih

Selamat menjalani ibadah puasa

Soalan: Tiada lagi kasih dan sayang

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Tiada lagi kasih dan sayang
Message*:Assalam Ustaz. Saya buntu, saya sedih tapi saya tahu Allah sayangkan saya. Saya cuma nak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah saya dan isteri. Kami belum setahun berkahwin tapi akibat sentiasa salah faham dan personaliti diri dia yang saya tak suka tapi tak pernah tahu sebelum kahwin muncul membuatkan saya penat dengan hubungan kami.

Selain itu, saya pun sudah tiada keinginan seksual bersama dia. Saya tidak lagi tertarik bila bersama isteri. Dan kami akan bergaduh kerana saya sering mengelak memberi nafkah batin kepadanya. Apalah yang harus saya lakukan Ustaz?
File Upload:
Salam

Bawa bertenang sementara waktu. Tempoh masa bercinta tidak sama sekali setelah bersuami isteri. Bersabarlah. Usah diturutkan nafsu marah dan kebencian melulu. Sabarlah dahulu.

Percayalah setiap perkara ada jalan penyelesaiannya. Saudara perlu bertanyakan diri sendiri, apa yang lemah dalam diri sendiri dan apa pula kurangnya diri isteri. Isteri pun sama boleh berbuat seperti itu.

Berilah sedikit ruang waktu untuk menerima kehadirannya seadanya seperti itu. Suami ada kelemahan, isteri juga ada. Saling berbantu sesama sendiri boleh mengurangkan kekurangan itu.

Perbanyakkan istighfar, bacaan Quran dan halaqah bersama isteri, di situ ada rahmat yang tersembunyi. Buatlah solat berjemaah dengan isteri. Usah ditinggalkan dia sebegitu. Dia adalah amanah anda..

tk

Visitor IP: 175.143.55.77

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, June 19, 2015

Soalan: lafaz cerai

Nama*:mastura
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya.. pada 16/june/15 yg lepas, saya dan suami telah bertengkar.. dlm keadaan marah dan serius, suami berkata "ok, kita cerai..u keluar dari rumah ni..i dah benci dan tak nk tengok muka u lagi"..
dan keesokan paginya suami berkata lagi "u kena keluar rumah hari ni jugak"...
dan saya keluar dari rumah spt yg disuruh..

adakah jatuh talak ustaz?
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, ia telah menjatuhkan talak kerana arahan keluar dari rumah ini dikaitkan dengan cerai.. kita cerai.. u keluar dari rumah ni..

Jatuh talak satu dan jika mahu  berdamai, boleh kembali rujuk..

tk

Visitor IP: 115.132.182.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 16, 2015

Soalan: LAFAZ CERAI SECARA SMS

Nama*:ZARINA
Tajuk*:LAFAZ CERAI SECARA SMS
Message*:ASSALAM....SAYA INGIN BERTANYA ADAKAH TALAK TELAH JATUH DENGAN HANYA SMS...TERIMA KASIH
File Upload:
Jika SMS itu terang terang menyebut; aku ceraikan kamu! maka jatuhlah talaknya..

SMS, surat atau panggilan telefon adalah sama dari segi hukumnya utk menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 175.139.221.118

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 15, 2015

Soalan: Jatuh ke talak

Nama*:Hartini
Tajuk*:Jatuh ke talak
Message*:Suami pernah berlaku curang dan telah menyesal dan memohon maaf pada isteri. Isteri telah mamaksa suami untuk melafazkan cerai taklik jika suami berlaku curang lagi maka jatuhlah talak 3 keatas isteri. Suami tidak ada niat untuk melafazkan talak taklik tetapi atas paksaan dan desakan isteri maka suami terpaksa melafazkan nya. Malangnya suami telah berlaku curang lagi sekali setelah 9 tahun berlalu..ada kah jatuh talak tersebut.
File Upload:
Salam

Paksaan itu setahap mana? Jika paksaan itu betul betul paksaan dan suami tiada pilihan selain mengatakan apa yang disuruh, maka taklik itu tidak sah. Tapi jika paksaan itu sekadar sebegitu sahaja, tanpa ada yang memudaratkan, sedangkan suami melafazkan takliknya, maka hukum taklik itu terpakai.

Suami perlu menyakini tahap mana paksaan tadi untuk menentukan kesahan lafaz taklik. Jika taklik itu dibuat atas persetujuan pada masa itu, maka perlakuan curang selepas 9 tahun itu akan menjatuhkan talak tiga seperti yang disebut.

tk

Visitor IP: 1.9.103.56

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 10, 2015

Soalan: Ta'liq bersyarat tidak jelas

Nama*:Lisa
Tajuk*:Ta'liq bersyarat tidak jelas
Message*:Suami saya telah melafazkan: Tahun depan, selesai je hutang, saya tunaikan permintaan awak tu (Cerai). Soalan saya:
1) Adakah jatuh talak sebaik saja hutang dia habis pada tahun depan?
2)Atau... talak sudah di kira jatuh kerana perkataan 'tunai' itu sendiri?
File Upload:

Salam.

Ucapan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak walaupun telah sampai tempoh setahunnya kerana suami tidak lagi menyebut secara jelas ttg talak.


Visitor IP: 60.50.176.226

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:Nyta
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:Assalamualaikum  Wr. Wb.


Sy ingin membuat pertanyaan on behalf of my friend.  Sahabat sy ada masalah rumahtangga...so bila kedua dua nyer tgh marah si istri pun berkata pada suaminyer " kalau macam gini ceraikn sy"

   Si suami pn dgn marahnyer pn berkata " kau nk sangatkn, baik..aku ceraikn kau dgn talak 1..diikuti dgn namanyer..dn disaksikn oleh 2 org anak yg remaja....Aku ceraikn Kau, puas hati kau sekarang"

Tpi waktu tu suaminya baru abis minum

So disini sahabat sy ingin tahu, ada kah sudah jatuhnyer talak if suami dia kata macam gitu? Sahabat sy berharap semoga mendapat jawapan dengan segera


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Lafaz cerai itu adalah jelas dan tidak diragukan lagi telah menjatuhkan talak satu ke atas isterinya. Cerai boleh jatuh walaupun tiada saksi, walaupun isteri tidak dengar sekalipun, tetaplah jatuh talak..

Suami mabuk kerana minum arak adalah perbuatan yang disengajakan, maka lafaz cerainya adalah sah dan jatuh... (mabuk tak sengaja tak apa, seperti mabuk laut dll)

tk

Visitor IP: 42.60.130.121

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 9, 2015

Soalan: HUKm membiarkan anak anak di rumah mak mertua yang belum memeluk islam

Nama*:Kira balqis
Tajuk*:Hukum membiarkan anak anak di rumah mak mertua yang belum memeluk islam
Message*:Salam ustad saya dengan suami sekarang ada masala..dia ada lafaz talak tapi dia tak nk mengaku..sekarang sy keluar dr rumah TP ada rancangan dah nk dekat 1 Bulan kami tak jumpa..dan masa jatuh talak tu dah kira 2 Bln..2 kali endah...sekarang suami seorang mualaf dan anak2 saya ada 3 org ..sy cuma bawk YAng paling kecil..Yang lagi 2 orang ada bersama suami saya..dan suami sy sudah pindah tinggal di rumah mak mertua saya..bawak anak saya sekali...saya takut akidah anak2 saya terjejas..apa perlu sy lakukan..sy mahu berjumpa dengan anak saya pun dia tak Bagi...adakah jika kami bercerai hak penjagaan anak akan dapat kepada siapa..anak saya berumur 5 tahun 3 tahun dan 7 bulan..semua perempuan..sy takut saya tak dapat anal2 saya sebab saya tidak berkerja ..hanya meniaga kecik2 ..dijana Jan sy perlu laporkan dan dpi sy ambik anak2 saya..dengan melalui seseorang yang BLh teman saya..
File Upload:
Salam

Masalah ini agak berat dan kritikal apabila anak-anak dijagai oleh ibu yang tidak Islam. Apatah lagi pada usia muda 3 - 7 tahun, yang mungkin mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain.

Saya mencadangkan supaya krisis rumah tangga ini dapat diuruskan dengan cepat, maksud saya kalau boleh ditautkan kembali hubungan suami isteri, maka itulah yang terbaik. mungkin boleh dicarikan jalan penyelesaian untuk kembali duduk sebumbung.. anak-anak tidak terabai seperti itu.

jika tidak boleh juga, mohonlah untuk diuruskan perceraian itu dengan baik melalui mahkamah syariah. Apabila mahkamah syariah putuskan, maka hak penjagaan akan diputuskan oleh pihak mahkamah, bukan lagi oleh suami atau isteri berdasarkan kriteria tertentu.

tk

Visitor IP: 175.138.12.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: LAFAZ TALAK

Nama*:NADHIRA
Tajuk*:LAFAZ TALAK
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Saya dansuami semalam ada berbincang tentang rumahtangga kami. Tiba tiba suami mengeluarkan ayat 'Kita cerai nanti dengan talak 1'. Selepas itu, 2-2 kami tergamam. terkejut.. saya baru teringat saya masih dalam haid waktu itu. adakah lafaz itu sah ustaz?
File Upload:

Salam,

lafaz seperti itu tidaklah menjatuhkan talak

Cuma usah disebut lagi lafaz talak, tak baik.... berdamailah..

tk

Visitor IP: 115.133.99.145

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ingin tahu

Nama*:puan ain
Tajuk*:ingin tahu
Message*:Salam ustaz.saya dan suami bergaduh disebabkan saya ingin keluar untuk pergi membeli makanan.suami marah kerana tempat yang ingin saya pergi jauh dari rumah.suami cakap bahaya kerana hari sudah malam dengan keadaan motor(ada sedikit kerosakan).suami takut kalau terjadi apa2 ke atas diri saya(contoh:kemalangan).saya bertegas ingin keluar jugak.lalu suami berkata awak nak sangat keluar,keluar lah(merujuk untuk pergi ke tempat yang ingin saya pergi).awak keluar je,awak jangan menyesal nanti.lalu saya keluar dan hanya duduk di tempat parking motor.tidak sampai 5 minit,saya masuk semula ke dalam rumah.saya amat yakin suami tidak cakap ayat cerai taklik.ustaz,dalam situasi ini,adakah terjadi apa-apa?
File Upload:
Salam

Suami tidak sebut pun perkataan cerai dan ia tidak dikaitkan pun dengan cerai, maka tiadalah terjadi apa-apa dalam kes talak..

Cuma bila dah suami tak bagi pergi tu, kenalah akur.. belajarlah mentaati suami..

tk


Visitor IP: 183.171.164.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 7, 2015

Soalan: LAFAZ

Nama*:nora
Tajuk*:LAFAZ
Message*:saya bertengkar dengan suami sebab dia suka melepak dengan kawan2 yang buruk perangainya, kerana dia sendiri berkata begitu.saya cakap kalau dia nak sangat enjoy dan lepak mcm orang muda tunggula sampai saya mati. dia naik angin dan cakap lebih baik saya (isteri) balik kampung kalau nak mati. sebab dia cakap bukan senang nak uruskan orang mati.
dia jugak cakap "JANGAN SAMPAI ABANG LAFAZ". adakah jatuh talak dalam situasi saya ini:
"LEBIH BAIK KAMU BALIK KAMPUNG"
DAN
"JANGAN SAMPAI ABANG LAFAZ"
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak lagi... suami masih ada pertimbangan dalam kes ini..

tk
Visitor IP: 175.143.109.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, June 5, 2015

Soalan: aku lepaskan kau, aku bebaskan kai

Nama*:nilla
Tajuk*:aku lepaskan kau, aku bebaskan kai
Message*:Sekiranya suami brkata aku lepaskan kau Dan aku bebaskan kau dlm keadaan Marah kerana isterinya selalu mrh2 tanpa sebab..suami tu langsung tak tahu ayat tu akn JD nya talak..peristiwa terjadi dalam 2 tahun..masih lagi serumah dgn nya..apabila isteri teringt kembali perkataan tu..suami dh tak ingat lagi..bersungguh jawab tak Ada pulak ckp camtu.. Lepas tu suami cakap dia tak terlintas DLM hati nak cakap perkataan lain DLM dirinya.minta penjelasan
File Upload:IMG-20150601-WA0000.jpg

Salam

Jika benar suami cakap aku lepaskan kau, aku bebaskan kau.. ia boleh membawa makna talak atau cerai. Sama ada suami sedar atau tidak, tahu atau tidak, jika ia dilafazkan dengan niat untuk cerai, maka terjadilah cerai. Tapi dalam kes ini, suami ternyata tidak ada niat untuk cerai, maka ia tidaklah terjadinya cerai atau talak.

tk
Visitor IP: 60.49.71.150

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik talak

Nama*:nora
Tajuk*:taklik talak
Message*:Assalamualakum ustaz
File Upload:deviceId.txt


Visitor IP: 113.210.131.27

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 3, 2015

Soalan: suami curang

Nama*:linda
Tajuk*:suami curang
Message*:Salam ustaz..suami kantoi melayan pmpn lain dn sy cume sebut klu kite bpisah..suami trus ckp nnti kne g blk songkhla utk pengesahan cerai..adakah jtuh talak klu suami dh ckp cmtu?
File Upload:
Salam, ia tidak menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 115.164.215.16, 108.162.225.68

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 1, 2015

Soalan: ragu-ragu

Nama*:Amar
Tajuk*:ragu-ragu
Message*:adakah jatuh talak apabila suami ditanya kwn,lalu dia jawab dah bercerai..hanya untuk main2..hanya sebut "dah bercerai"
File Upload:
Salam

Lafaz 'dah bercerai' itu tidaklah menjatuhkan talak kerana tidak disebut jelas untuk menceraikan isterinya...

tk

Visitor IP: 121.120.126.20, 108.162.225.68

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA