Wednesday, May 27, 2015

Soalan: lafaz cerai

Nama*:fiezah
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:assalammualaikum..

Apakah hukum jika suami berkata :
"Sebelum aku cakap Aku ceraikan kau, lebih baik kau keluar sekarang,kemas kain baju kau"...

Adalah Ayat diatas boleh disabit jatuh talak?
File Upload:

Salam

Ayat ini adalah ugutan untuk cerai, tetapi ia tidaklah menjatuhkan talak lagi...

talak tidak jatuh pada kes ini..

tk
Visitor IP: 203.106.158.185, 108.162.225.140

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sah @ tidak cerai melalui whatssup

Nama*:hamba allah
Tajuk*:sah @ tidak cerai melalui whatssup
Message*:Assalamualaikum..

Sy nk tye, hukum nye sah x kalo suami melafazkan cerai mlalui whatssup n time tu dia dlm keadaan mrh..Ayt dia mlafazkn Aku ceraikan engkau nama sy beserta binti tp nama ayh slp dia eja..dia ckp kluar dr mulut dh ni..Perlukh sy melaporkn kpd mhkmh syariah n kalo hndak rujuk kmbli perlu ad saksi atau mcm mana.

mohon pencerahan
File Upload:

Salam

Lafaz cerai melalui SMS adalah sah apatah lagi dengan terang dituliskan 'aku ceraikan engkau Fatimah binti Ahmad.. walaupun ejaan nama Ahmad itu tidak tepat, tetapi isteri itulah yang dimaksudkan, maka talak itu telah terjadi.

Jika masih dalam edah, suami boleh merujuk isterinya kembali. Rujuk tidak perlukan saksi..

tk
Visitor IP: 210.186.54.142, 108.162.225.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:yusman
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz...baru-baru ni dalam keadaan marah kepada isteri saya telah melafazkan "aku rasa baik kita berpisah saja"....kemudian saya juga kata " kalau aku jahat ka, aku cerai hang"...
File Upload:
Salam

Ia tidak jatuh talak lagi.. ugutan untuk cerai tu..

tk

Visitor IP: 203.106.148.75, 108.162.208.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak @ tidak

Nama*:ashikin hassan
Tajuk*:jatuh talak @ tidak
Message*:salam ustaz...
Saya dah suami bergaduh dan suami menghalau saya keluae dari rumah.
Suami dengan marah berkata " Kemas baju mu dan keluar sekarang"..
Saya pun menjawab "ok, aku keluar.."

Tapi saya tak jadi keluar pun...huhu..
Suami pujuk...dan saya tanya suami, apa niat cakap mcm tu halau saya? niat cerai ke?
Suami jawab "tak...saya tak ada niat cerai pun.."

Jatuh talak @ tak yer ustaz?
File Upload:

Salam

Tidak jatuh talak dalam kes ini kerana arahan suami hanyalah keluar rumah sahaja... dia marah tu.. padan muka you.. op, sorry..

tk

Visitor IP: 1.9.103.32, 108.162.225.44

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 26, 2015

Soalan: Lafaz Kinayah bagi Cerai / Talak

Nama*:nurul
Tajuk*:Lafaz Kinayah bagi Cerai / Talak
Message*:salam ustaz..
mohon ustaz beri jawapan bagi soalan ni...
Kelmarin saya tak dapat baca jawapannya...
network problem..

Salam ustaz...moga ustaz sihat harini...
Disini, saya ada beberapa persoalan yg ingin ditanya mengenai Lafaz Kinayah bagi Cerai.

Saya dah hampir 6 tahun berumah tangga dan dikurniakan 2 orang anak. Hidup dengan suami ok cuma ada masa bila kami bergaduh, suami akan bertukar jadi marah marah dan selalu mengucapkan
ayat "kau keluar sekarang".. " Kau keluar dari rumah ni sekarang".."Kau berambus"..."kemas kain baju kau sekarang,keluar dari rumah ni"..!!

Ayat tu sering suami ucapkan apabila kami bergaduh..Bukan sekali, tapi dah banyak kali...Saya jadi tertekan dan takut kalau jatuh talak / talak telah jatuh...

SOALAN 1:

Semalam kami gaduh lagi dan suami berkata sambil marah " SEBELUM AKU CAKAP (lafaz cerai sorih ) , BAIK KAU KELUAR SEKARANG,KEMAS KAIN BAJU & BERAMBUS )
Saya sangat tertekan bila fikir segala ayat yang suami lafazkan semasa marah / gaduh...
Ayat diatas boleh sebabkan Jatuh TALAK ke ustaz??

SOALAN 2 :

Bila kemarahan suami dah reda, saya beranikan diri untuk tanya kepada suami :
saya : abang,setiap kali kita gaduh, abang mesti cakap / sebut ayat "keluar dari rumah ni".."Kemas baju sekarang dan keluar"..
Abang selalu lafaz ayat ayat tu...saya rasa tertekan... apa maksud kata kata abang tu?.. Adakah abang maksudkan / niatkan cerai?

Suami : Abang sedar dengan apa yg abang cakap dan abang tiada niat cerai semasa cakap / lafazkan ayat tersebut...
Abang masih berfikiran rasional lagi dan awak janganlah risau / fikir yg bukan bukan...

Soalan saya , Adakah talak telah jatuh?
Adakah penjelasan dari suami tu telah cukup untuk membuktikan yg talak tak jatuh?
File Upload:

Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak, cuma suami kena banyak bersabar dan elakkan sama sekali menggunakan perkataan cerai dan talak..

tk

Visitor IP: 1.9.103.32, 108.162.225.44

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: masalah dalaman

Nama*:yuni
Tajuk*:masalah dalaman
Message*:salam ustaz, adakah terjatuh talak jika suami kata 'AKU NAK CERAI KAU' ?? adakah sama maksud dengan 'AKU AKAN CERAI KAU' ?? setahu saya jikalau ada perkataan "AKAN" tidak terjatuh talak..tapi suami cakap "NAK" bukan "KALAU" ..
yang sebenarnya saya serabut dengan perangai suami saya yg terlalu was2 dan selalu tanya adakah dia ada lafaz apa2 ke tak. Boleh kata tiap2 hari tanya. Suami saya suka bercakap dalam hati dan kadang2 ragu2 adakah dalam hati ke lafaz..walaupun sedang tgk TV pon kadang2 dia tanya ada tak dia sebut apa2..saya tahu dia selalu fikir dan layan dorongan syaitan.Kesian tgk dia tapi saya dah letih bg nasihat jgn layan was2 dan ragu2 ..
File Upload:
Salam

JIka masih disebut AKAN atau NAK, ia tidak jatuh talak lagi..

Bantulah suami untuk mengatasi masalah was-was itu. Dia kena belajar agama dan tahu hukum hakam utk lebih yakin dengan ilmu dan tingkah lakunya..

tk

Visitor IP: 210.186.171.149, 108.162.225.62

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: nafkah batin

Nama*:nurfira
Tajuk*:nafkah batin
Message*:assalammuailaikum ustaz, saya nak bertanya tentang masalah nafkah batin suami isteri.

1. saya dalam perkahwinan poligami, masalah sekarang saya tidak mendapat layanan nafkah batin dari suami saya kerana kesibukkannya juga akhir2 ini suami saya seperti tidak berminat dlm hubungan seksual. saya memahami keadaan ini. untuk mengelak masalah lain datang saya sering melakukan "martubasi" sendiri utk memuaskan nafsu batin saya apabila suami saya tiada di sisi saya. Adakah saya dikira berdosa dengan cara begini?
2. Suami saya juga kurang membelai saya. Bagi saya walaupn suami saya sudah tidak berminat dlm hubungan seksual sekurang kurang nya suami saya berilah belaian kasih utk saya dn itu cukup memadai utk saya ini.
tkasih.
File Upload:

Salam

Hubungan kelamin penting bagi membina keakraban dan kebahagiaan rumah tangga.. Puan perlu cetuskan suasana yang boleh merangsang suami untuk bersetubuh.. Elakkan sama sekali pergaduhan atau pertentangan pendapat kerana ia boleh membunuh nafsu lelaki. Memuaskan nafsu dengan cara seprti itu, tidak baik.. cuba elakkan..

Suami kadang kala jadi malas nak berlai, so puanlah yang kena menunjukkan sayang dan minta dibelai sebegitu.. kadang kala kepenatan dan ruang waktu yang terbatas menjadikan hubungan ini pudar dan kering.. puan boleh berperanan di sini..

tk
Visitor IP: 124.13.116.158, 108.162.225.167

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 25, 2015

Soalan: suami halang keluar dari pagar rumah

Nama*:mas
Tajuk*:suami halang keluar dari pagar rumah
Message*:salam ustaz...Saya ada pertanyaan..Selepas bergaduh dengan suami & selepas keadaan reda, suami pun berkata kepada saya "Jangan keluar tau, jangan keluar dari pagar (gate) rumah"..
Saya pun dengan pantas bertanya kepada suami :"Kalau saya nak hantar / jemput anak sekolah?".. Suami jawab "boleh"...Suami pun berkata lagi "Keluar pergi kedai dengan abang, boleh... keluar pergi jalan jalan dengan abang , boleh...keluar jalan balik kampung dengan abang, boleh.... Maksud suami , saya bolah keluar bersama sama dengan suami...
Soalan saya :
1.  Adakah kata kata suami " Jangan keluar tau , jangan keluar dari pagar (gate) rumah" merupakan Lafaz Taqlik bagi Talak?
2.  Ayat / kata kata suami tiada mengaitkan dengan perkataan talak, cuma larangan sahaja...Adakah boleh dikira Lafaz Taqlik?
3.  Adakah wujud Istilah Lafaz Kinayah Taqlik?
4.  Semalam semasa saya hendak tutup pagar, kaki kiri saya terlangkah keluar dari pagar... Adakah dikira jatuh cerai?
Mohon sangat penjelasan...Terima Kasih.
File Upload:

Salam

Oleh kerana suami tidak kaitkan dan tidak sebutkan dengan talak, maka ia bukanlah lafaz taklik yang perlu dipatuhi. Sekadar suami itu tidak membenarkan puan untuk keluar sahaja..

Masih selamat...

kalau nak keluar, just minta izin.. tk


Visitor IP: 1.9.102.89, 108.162.225.21

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ungkapan "pergilah"

Nama*:mamat othman
Tajuk*:ungkapan "pergilah"
Message*:Salam ustaz..saya nk tanya. saya ada berbual bersama isteri saya.isteri saya bertya jika dia curang, apa sy nk buat. saya ckp "pergilah" dgn maksud pergilah buat curang tu klu nk sangat curang dgn nada bergurau. tp klu ada terlintas di hati saya nk ceraikan isteri saya semasa ckp "pergilah" tu, adakah jatuh talak? sbb saya pun was-was pasal tetiba saya boleh terpikir pasal cerai pulak time tu.mohon pencerahan dr ustaz.
File Upload:

Salam

Lafaz dan niat diukur pada ketika lafaz itu disebut, bukan selepas itu, bukan beberapa waktu selepas itu..

Jika tiada niat utk cerai, maka tiadalah ia dikira taklik..

tk
Visitor IP: 115.164.209.163,91.238.231.226, 108.162.254.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: gangguan

Nama*:Omar
Tajuk*:gangguan
Message*:sy bergaduh dgn isteri, utk tenangkan hati sy buatlah solat sunat mintak pertolongan tuhan..ketika solat macam2 lintasan datang..sy bc ayat semasa solat x kuat so jadi x dengar apa yg disebut..selesai je solat fikiran asyik tefikir adakah yg terlintas aku sebut semasa solat..tp apabila difikir balik,mulut bergerak baca ayat quran cuma kurang pasti betul ke ayat quran sy sebut atau lintasan..kalau ragu2 mcm ni di kira mcm mana ustaz??semasa sy cuba melawan tp kadang2 susah..
File Upload:

salam

Gangguan itu datangnya daripada syaitan dan iblis. Berhentilah melayan lintasan seperti itu.. Kuatkan semangat dan yakinlah dengan apa yang dibaca, disebut.. usah terpedaya dengan mainan syaitan.. lagi dilayan lagi banyak gangguan yang datang... hentikan segera...

Banyakkan zikir dan istighfar.. bacaan quran dll

tk
Visitor IP: 115.134.114.78, 108.162.225.193

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: suami halang keluar dari pagar rumah

Nama*:mas
Tajuk*:suami halang keluar dari pagar rumah
Message*:salam ustaz..
terima kasih atas jawapan ustaz..
suami cakap "Jangan keluar dari pagar rumah.."
saya pun tanya "Kalau nak hantar jemput anak sekolah?"
suami jawab "boleh"..
"keluar pergi kedai dgn abg, keluar jalan2 dgn abang, dengan abang boleh"..

Soalan saya : boleh jatuh talak ke ustaz kalau kaki saya terkeluar dari pintu pagar tu?...
Suami tak kaitkan dengan ayat cerai taklik, cuma melarang je...boleh jadi taklik ke? Sebab td kaki saya terlangkah keluar sebelah je...tapi cepat2 masuk balik...
File Upload:
Salam

JIka tidak dikaitkan dengan cerai, ia tidak membawa kepada cerai, cuma jika nak keluar tu kena minta izinlah.. tk

Visitor IP: 1.9.102.77, 108.162.225.21

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: suami cakap nak cari perempuan lain

Nama*:ida nasir
Tajuk*:suami cakap nak cari perempuan lain
Message*:salam ustaz..
Saya gaduh dgn suami... suami dgn marah berkata " nak ke aku cari perempuan lain.."?
Saya pun jawab " Kalau mampu,kahwin lar lain"..
Adakah pertanyaan / kata2 suami tu merupakan lafaz sindiran bg talak?
File Upload:
Salam

Tidaklah sebegitu.. tak kan usik sikit dah nak jatuh talak..

so, you bagilah dia kahwin lain/... op sorry

tk

Visitor IP: 1.9.102.77, 108.162.225.21

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 24, 2015

Soalan: suami halang keluar dari pagar rumah

Nama*:mas
Tajuk*:suami halang keluar dari pagar rumah
Message*:salam ustaz...
suami memberi amaran kpd saya dgn berkata " Jangan keluar, jangan keluar dari pagar depan rumah".."boleh keluar hantar dan jemput anak sekolah, keluar pergi kedai dgn abang, keluar jalan2 dgn abg..maknanya dengan abg boleh..."

Kalau saya keluar, jatuh talak ke?
Daripada kata kata suami tu, suami tak kaitkan dengan ayat / perkataan cerai / jatuh talak..cuma melarang shj.
File Upload:

Salam

Dia marah pada masa tu, dan suami tidaklah pula kaitkan dengan cerai. Pada pendapat saya, ia tidaklah menjatuhkan talak.

Tetapi jika difahmankan juga, semacam ada makna taklik sebab suami sebutkan boleh keluar jemput anak...

Ia bergantung kepada niat suami, jika niat suami ialah taklik cerai, maka ia jadilah taklik cerai.

Tapi suami puan baik tu.. sbb dia bagi keluar dng izin, kalau tak izin suami puan keluar rumah juga, ia boleh menjatuhkan talak.

Bawa berbincang balik dgn suami.

tk

Visitor IP: 1.9.102.77, 108.162.225.21

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz Kinayah bagi Cerai / Talak

Nama*:nurul
Tajuk*:Lafaz Kinayah bagi Cerai / Talak
Message*:Salam ustaz...moga ustaz sihat harini...
Disini, saya ada beberapa persoalan yg ingin ditanya mengenai Lafaz Kinayah bagi Cerai.

Saya dah hampir 6 tahun berumah tangga dan dikurniakan 2 orang anak. Hidup dengan suami ok cuma ada masa bila kami bergaduh, suami akan bertukar jadi marah marah dan selalu mengucapkan
ayat "kau keluar sekarang".. " Kau keluar dari rumah ni sekarang".."Kau berambus"..."kemas kain baju kau sekarang,keluar dari rumah ni"..!!

Ayat tu sering suami ucapkan apabila kami bergaduh..Bukan sekali, tapi dah banyak kali...Saya jadi tertekan dan takut kalau jatuh talak / talak telah jatuh...

SOALAN 1:

Semalam kami gaduh lagi dan suami berkata sambil marah " SEBELUM AKU CAKAP (lafaz cerai ) , BAIK KAU KELUAR SEKARANG,KEMAS BAJU"..
Saya sangat tertekan bila fikir segala ayat yang suami lafazkan semasa marah / gaduh...
Ayat diatas boleh sebabkan Jatuh TALAK ke ustaz??

SOALAN 2 :

Bila kemarahan suami dah reda, saya beranikan diri untuk tanya kepada suami :
saya : abang,setiap kali kita gaduh, abang mesti cakap / sebut ayat "keluar dari rumah ni".."Kemas baju sekarang dan keluar"..
Abang selalu lafaz ayat ayat tu...saya rasa tertekan... apa maksud kata kata abang tu?.. Adakah abang maksudkan / niatkan cerai?

Suami : Abang sedar dengan apa yg abang cakap dan abang tiada niat cerai semasa cakap / lafazkan ayat tersebut...
Abang masih berfikiran rasional lagi dan awak janganlah risau / fikir yg bukan bukan...

Soalan saya , Adakah talak telah jatuh?
Adakah penjelasan dari suami tu telah cukup untuk membuktikan yg talak tak jatuh?
File Upload:

Salam

bawalah berbincang dengan suami, nasihati dia supaya tidak kaitkan marahnya dengan cerai atau ke arah nak cerai. Itu tak baik. Nasihatilah dia supaya tidak diulangi lagi ugutan marah dengan cerai, nak ugut pukul ke ok lagi, daripada ugut cerai...


1. Ayat itu satu ugutan, dan ia tidak jatuh talak lagi

2. Penjelasan suami itu menunjukkan rasionalnya suami, dia masih waras dan tak ceraikan puan. Terimalah kenyataannya itu.

Cuma puan kenalah nasihatinya supaya jauhkan sama sekali cerai berai tu..

tk

Visitor IP: 1.9.102.77, 108.162.225.21

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ingin kepastian

Nama*:hamba ALLAH
Tajuk*:ingin kepastian
Message*:Salam ustaz.saya bergaduh dengan suami di dalam telefon.lalu suami cakap bercerai lah macam ni.lalu saya menghantar mesej.

Saya :apa kau cakap?bercerai la macam ni?hari isnin kau pergi la mahkamah

Suami :tak apa.hari selasa aku pergi mahkamah.kau pun nak sangat kan?tak apa.aku tengah sabar ni.

Ustaz,dalam situasi ini adakah jatuh talak?
File Upload:
Salam

Ia belum jatuh talak lagi, ia masih tertangguh dan tertunda. Lafaz cerainya tidak dikira sah sehinggalah ia dilafazkan dengan jelas dan putus... tk

Visitor IP: 183.171.173.142, 108.162.208.231

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, May 23, 2015

Soalan: layan lintasan

Nama*:nashrul
Tajuk*:layan lintasan
Message*:saya sering dihantui oleh lintasan talak..Baru2 ini ketika saya menyebut perkataan 'aku' , lintasan talak menerjah jiwa saya.. untuk meyakinkan diri saya dengan sengaja sekali lagi menyebut perkataan aku dan sekali lagi lintasan hati talak menerjah..saya tahu hukum lintasan tidak jatuh talak,tapi yang meragukan saya adalah layan dengan sengaja lintasan contohnya apabila lintasan talak yang sempurna menerjah, saya akan ulangi sekali lagi dalam hati saya untuk meyakinkan diri yang itu hanya dalam hati, tetapi kadang2 akan ada hasutan yang saya telah menyebut padahal saya tak dengar pon suara dan mulut tutup rapat.. adakah ada rukhsah bagi orang yg was was seperti saya ini..saya sayang akan perkahwinan saya..
File Upload:
Salam

Cuba perbaiki kekurangan diri berkenaan was was tu. usah dilayan perasaan keraguan sebaliknya tingkatkan dengan keyakinan diri. biasakan lidah beristighfar dan berzikir (selawat ect) agar syaitan tidak lagi mengganggu saudara.

Keraguan boleh dihilangkan dengan yakin, yakin boleh dipenuhi dengan ilmu dan zikir.. amallah.. doa kan selalu..

tk

Visitor IP: 124.13.123.124, 108.162.225.60

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 22, 2015

Soalan: adakah ia lafaz kinayah bagi talak?

Nama*:lina
Tajuk*:adakah ia lafaz kinayah bagi talak?
Message*:salam ustaz...
saya merajuk dengan suami kerana suami marah anak semasa sedang makan di warung yang ramai orang..Saya malu...
Saya marah suami sebab suami marah anak..Suami kata perlu marah sebab anak nakal & perlu diajar dari kecil..
Kemudian suami pun berkata kepada saya "kalau abang tak boleh marah anak, lina (saya) pun jangan marah anak"!...
Suami berkata lagi kepada saya "Jangan marah anak,kalau kau marah anak,siap"!!... "kalau marah anak,siap "!..

Soalan saya : adakah kata-kata suami tersebut merupakan Lafaz Kinayah bagi Talak?
Saya keliru..adakah ia merupakan kata-kata / ucapan yang membawa maksud Lafaz Kinayah bagi Talak?
TK..
File Upload:
Salam

taklah gitu.. tidaklah pula suami sebutkan nak cerai ke apa.. mungkin dia nak pukul ke, nak tampar ke..hehe..

ia tidak berkait langsung dengan cerai.. udah la tu.. baik baik jaga anak baik baik jaga suami.. semuanya nak baik kan..
tk

Visitor IP: 203.106.159.28, 108.162.225.71

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 20, 2015

Soalan: Was-was Najis & Mandi Wajib

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Was-was Najis & Mandi Wajib
Message*:As-salam Ustaz,

Saya ada mengalami masalah ketika saya buang air kecil ada seperti cairan keluar selepas saya buang air kecil dan kadang-kadang ketika saya buang air kecil

ia seakan-akan air mani. Tapi berbentuk seperti jeli dan kadang-kadang kekuningan sedikit.

Untuk pengetahuan, saya tidak berasa ghairah dan tak terasa apa-apa nikmat.

Saya juga telah berhenti beronani hampir 1 bulan lebih. Saya nak berubah. Dan saya belum berkahwin.

Persoalannya, adakah saya perlu mandi wajib?

Adakah ini dipanggil air wadi? Tetapi kadang-kadang tak terasa letih pun dia akan keluar. Saya berasa agak tertekan dengan perkara ini, terutama ketika dipejabat dan juga bulan ramadhan hampir tiba.

Boleh kah air mani keluar ketika buang air kecil?

Bentuknya seakan-akan air mani. Tetapi ia agak berjeli, kekuningan sedikit tetapi bila terkena air, akan jadi sedikit keputihan. Tetapi memang tak terasa nikmat. Dia keluar selepas kencing.
File Upload:
Salam saudari,

Jika ada keghairahan air yang keluar dinamakan air mazi. Ia kena dibasuh.

Pada kes saudari, saya sendiri tidak pasti apakah airnya itu.. Cuma bila keluar air yang tidak diketahui dan bukannya pula darah haid, kenalah dicuci bersih seperti air kencing juga.. ia membatalkan wuduk...

Nak puasa, tak ada masalah.. ia tidak membatalkan puasa..

wallahuaklam..

tk

Visitor IP: 183.171.164.103, 108.162.225.97

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 19, 2015

Soalan: lafaz talak

Nama*:zairi
Tajuk*:lafaz talak
Message*:sekiranya si suami melafazkan..dari aku menyiksa akan dikau ..dgn tiada pilihan lain..aku kena lepaskan kau...dalam keadaan ini siisteri tidak tgl sebumbung dengan suaminya.adakah jatuh talak ke atas isterinya itu
File Upload:

Salam

Jika suami sebut seperti itu dengan niat talak atau cerai, maka jatuhlah talaknya. Jika ia tidak bermaksud talak, tidaklah jatuh talaknya. Maksud 'lepaskan' itu perlu disertai niat cerai barulah jatuh talak.. tk
Visitor IP: 1.9.21.100, 108.162.225.33

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Masalah Rumah Tangga

Nama*:SITI
Tajuk*:Masalah Rumah Tangga
Message*:Salam.. sy ingin bertanya sama ada talak jatuh @ tidak apabila suami mengatakan :

Lepas ni ko jangan sentuh aku & aku pun tak kan sentuh ko lagi.. (dalam satu pergaduhan)
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kerana tiada lafaz talak atau cerai disebut..

tk

Visitor IP: 175.143.1.102, 108.162.225.131

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 18, 2015

Soalan: jatuh talak @tidak

Nama*:Lin
Tajuk*:jatuh talak @tidak
Message*:suami saya tgh marah Dia menghantar SMS kepada sya...Dia tulis kalau hang xsuka hang ckp aku bleh kluaq dr rmh tu harini jgk..hang xpayah Cari aku dah hari ni kita pisah.msg kedua dia tulis "perangai hang xkan berubah lbh baik aku pisah dgn hang.lps tu hang nak buat perangai apa pun hang punya suka.soalan saya adakah jatuh talak jika suami tiada niat utk bercerai n bila sya tnya suami,Dia ckp Dia xde niat utk cerai Dia tulis cmtu SBB nak bgi saya sedar saja.
File Upload:

Oleh kerana pengakuan suami dia tiada niat utk cerai, maka tidaklah terjadi talak dengan lafaz kinayah (pisah) yang disebut itu..

Boleh jadi berpisah dari rumah, berpisah sementara, berpisah untuk bertenang dsb.

tk


Visitor IP: 183.171.171.48, 108.162.208.227

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, May 16, 2015

Soalan: Pengertian lafaz

Nama*:Aha
Tajuk*:Pengertian lafaz
Message*:Salam ustaz,

1) Apa maksud "lafaz" dari sudut syarak?

2) Jika mulut (bibir dan lidah tak bergerak), bunyi suara jugak tak kedengaran oleh telinga sendiri, cuma bunyi angin dari hidung saje yang kedengaran, adakah itu dikira lafaz atau ia sebenarnya cakap dalam hati seiring dengan hembusan nafas?

3) Jika seseorang yang normal (tidak bisu) bercakap dengan berbuat dengung di hidung dan ia hanya difahami oleh dirinya sendiri, adakah itu juga dikira sebagai lafaz?

Mohon penjelasan ustaz.
File Upload:
Salam

Lafaz ialah ucapan atau perkataan yang dikeluarkan oleh lidah..

bunyi hidung sahaja, tidaklah dikira sebagai lafaz seperti mengeluh ooohhhh dsb

ia tidak dikira lafaz sehinggalah lafaz itu jelas didengar dan dimengerti oleh penuturnya..

tk

Visitor IP: 183.171.174.198, 108.162.225.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak

Nama*:nurul
Tajuk*:talak
Message*:Salam. Saya nak bertanya suami Saya pernah melafazkan " sekiranya kau keluar rumah melalui pintu itu Maka jatuh talak Satu" Saya tidak keluar tetapi malam itu Saya ingin menutup pintu terkeluar. Sebelah tangan Saya terkeluar tapi kaki masih dalam rumah. kami tidak merujuk pihak agama islam.atas keraguan suami Saya rujuk semula Saya. Saya ingin tahu adakah jatuh talak. Tk
File Upload:
Salam


Keluar lazimnya bermaksud keluar seluruh tubuh badan daripada pintu... Ataupun keluar sebelah badan atau sebelah kaki..

Pada pendapat saya, terkeluar tangan sahaja, tidaklah membawa maksud keluar pada pandangan adat..

Bila tidak jatuh talak, tak perlu dirujuk..

Cumanya, adakah suami lafazkan taklik itu larangannya hanya pada malam itu sahaja atau sampai bila-bila.. jika sampai bila-bila, maka puan keluar kerja pagi esoknya, akan menjatuhkan talak...

tk

Visitor IP: 113.210.134.213, 108.162.225.63

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 15, 2015

Soalan: rujuk dalam tempoh iddah

Nama*:dayang zainun bt shahdan
Tajuk*:rujuk dalam tempoh iddah
Message*:Suami ajak rujuk tapi dgn syarat dia mesti dibenarkan menikah dgn wanita yg menyebabkan perceraian kami. Ajakan tersebut dibuat melalui sms kpd saya. semasa satu pertemuan selepas itu, saya bertanya apakah dia betul2 hendak rujuk semula dengan syarat yg telah ditetapkannya itu? Dia menjawab "iya". Soalannya, adakah sah rujuk tersebut walaupun saya x bersetuju?
File Upload:
Salam

Apabila suami merujuk isterinya untuk kembali semula, maka sahlah rujuk itu selama mana dalam tempoh edah. Rujuk tidak memerlukan persetujuan isteri atau persaksian... Pada saya, rujuk berkenaan adalah sah walaupun puan tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan suami.

tk


Visitor IP: 183.171.164.58, 108.162.225.97

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Siti
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:Salam Ustaz,
saya dan suami sering bertengkar kerana salah faham. suami sudah beberapa kali melafazkan kata-kata seperti berikut
- U nak I jatuhkan sekarang ke
- U nak I jatuhkan thru sms atau face to face
- mulai sekarang U lead your life and I lead mine
- kalau i mampu utk berikan mutaah, i dah lepaskan u
- panggil anak-anak biar mereka sendiri dengar I ceraikan
Persoalan saya, dengan kata-kata yang dilafazkan di atas walaupun dalam keadaan marah, jatuhkan talak itu kepada saya?
Saya telah menyarankan kepadanya supaya berjumpa ustaz untuk mengetahui status kami kerana hanya suami saya sahaja yang tahu sejauh mana niat untuk menceraikan saya itu benar2 ada dalam dirinya. Namun dia menolak cadangan saya. Saya harap ustaz dapat menjelaskan. Terima kasih
File Upload:
Salam..

Mohon maaf lambat nak jawab...

Pada pendapat saya, lafaz yang diucapkan suami itu tidak menjatuhkan talak kerana ia ugutan dan tidak dinyatakan talak atau cerai secara terang terangan. Ia dikaitkan pula dengan KALAU yang bermaksud, ia belum terjadi...

Minta suami supaya lebih bersabar dan menjaga lidahnya daripada mudah menyebut cerai dan talak.. elakkan sebut benda tu.. tak baik, nanti jatuh terus, menyesal.. Puan pula kenalah bantu suami untuk membahagiakan rumah tangga. doa dan tawakal, tingkatkan ilmu dan amal... solat berjemaah.. cuba usahakan.. tk

Visitor IP: 171.207.158.16, 108.162.225.133

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: INGIN RUJUK SETELAH TALAK 3

Nama*:Siti Qarimah
Tajuk*:INGIN RUJUK SETELAH TALAK 3
Message*:Assalamualaikum ustaz

Ustaz saya ada kemuskilan yang sangat berat.... saya dan suami ingin kembali tetapi kami telah bercerai talak tiga. Tolong ustaz , saya dan suami betul-betul buntu.

Sekian terima kasih
File Upload:
Puan,

kes seperti ini perlu dirujuk ke pejabat agama untuk selesaikannya. soalnya, benarkah telah terjadi atau terjatuh talak tiga, dan mungkin ada elemen lain yang masih ragu-ragu yang boleh diperjelaskan oleh pihak pejabat agama. Rujuklah ke sana.

Dari segi hukumnya, kalau dah sah terjadi talak tiga, ia tidak boleh lagi dirujuk kecuali puan bernikah dengan lelaki lain dan berlaku pula perceraian dan baharulah boleh dinikahi semula oleh suami yg asal... hai susah kan..

tk

Visitor IP: 14.1.193.88, 108.162.225.192

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 12, 2015

Soalan: Lafaz Talak

Nama*:Syarifah
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Adakah jatuh talak sekiranya suami melafazkan talak ketika sedang pantang?
File Upload:
Salam

Apabila suami lafazkan talak atau cerai maka sahlah ia walaupun ketika berpantang atau ketika mengandung. cuma perbuatan itu adalah haram kerana menginayakan isteri... hukumnya sah dan terjadilah talak.. tk

Visitor IP: 14.192.213.214, 108.162.225.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: warna haid

Nama*:mas
Tajuk*:warna haid
Message*:salam ustaz..hari ni hari ke-10 saya haid dan cecair yg keluar adalah bewarna kuning keputihan ( macam warna nanah )..
Adakah saya dikira sudah suci?
Bolehkah saya mandi hadas?
ATAU ;
Perlu tungg sehingga hari ke-15 (15hari 15 malam ) ?
File Upload:SC20150513-111756-1.jpg

Jika kekotoran masih lagi keluar, ia dikira haid lebih lebih lagi ia berurutan dengan haid sehinggalah hari ke 15.

Jika ada lat; tempoh selang antara  haid dan darah kotor, maka darah kotor itu boleh dikira sebagai darah penyakit yg perlu solat dsb..

tk

Visitor IP: 115.164.57.80, 108.162.225.150

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Masalah lintasan hati dan kinayah

Nama*:Mie
Tajuk*:Masalah lintasan hati dan kinayah
Message*:Salam ustaz,

Saya ade masalah lintasan hati atau bercakap-cakap dlm hati tanpa dapat di kawal yang agak kronik terutamanya isu akidah dan munakahat...Benda nie tiba-tiba mula berlaku sejak setahun lebih yang lalu...Lintasan hati datang tak kira masa dan keadaan (tidak semena-mena)...Kebiasaannya dalam keadaan sedar, saya akan menidakkan lintasan tersebut dalam hati.

Satu pagi (hari cuti) saya berniat untuk bantu kemas rumah...So pagi-pagi sy mandikan anak saya...Waktu tgh pakaikan baju anak, tetiba terlintas kinayah.

Disebabkan anak saya nie mengelinjang, keadaan jadi mcm serabut sikit dan saya mungkin tak sempat dan tak terfikir untuk menidakkan lintasan tersebut.

Mungkin dalam 2-3 saat selepas lintasan, saya terus cakap kat anak saya ;

"Papa nak kemas"

1) Adakah ayat tersebut boleh dikaitkan dengan kinayah?

2) Apakah hukum jika saya tak sempat menidakkan ape yang terlintas di hati?

3) Bagaimana cara terbaik untuk menghapuskan masalah lintasan hati yang jahat yea ustaz? Saya dah buat tak layan, perbanyakkan zikir, baca Quran,bangun mlm, jage solat dan banyak berdoa...Memang ade kesannya, cuma masih banyak lagi lintasan...Kadang-kadang bangun tersedar dari tidur aje, terus terlintas macam2.

Itu yang membuatkan saya risau sebab isu akidah dan munakahat bukan boleh buat main-main...Tambahan pulak bila berlaku lintasan, saya jadi was-was apekah itu niat atau lintasan dan macam-macam lagi...Ini menyebabkan saya tak dapat fokus buat kerja, drive kereta, solat dan aktiviti-aktiviti harian yang lain.

Harap boleh dapat pandangan dan nasihat ustaz.

Terima kasih
File Upload:

Salam

Gangguan was-was adalah mainan syaitan yang mahu menyesatkan manusia. Anda perlu banyakkan istighfar dan banyakkan zikir serta bacaan Quran. Belajarlah ilm berkaitan fiqh dan akidah bg menambahkan keyakinan ttg apa yang perlu diikuti. dengan ilmu kita dapat menghalang timbulnya keraguan dan was-was.

Usah dilayan dengan lintasan itu, biarkan dia berlalu dan teguhkan keyakinan dng ilmu yang ada.

soalan di atas tiada kaitan dengan kinayah atau apa-apa hukum.

Binalah keyakinan diri..

tk

Visitor IP: 60.48.75.17, 108.162.208.220

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA