Friday, April 10, 2015

Soalan: Bab solat dan munakahat

Nama*:Aioi
Tajuk*:Bab solat dan munakahat
Message*:Salam ustaz,

1) Bab solat - Seorang makmum datang masjid ketika imam sedang duduk tahiyat awal...Apabila imam bangun, beliau terus angkat takbir...kemudian beliau baca fatihah...belum sempat habis fatihah, imam tiba-tiba rukuk...adakah beliau perlu hentikan fatihah dan ikut imam rukuk atau beliau perlu habiskan fatihah dengan syarat tak tertinggal 3 rukun?

2) Bab munakahat - Untuk berlaku kinayah perlu ada LAFAZ dan NIAT (qasad/keazaman)...Bagaimana kalau ade niat, tapi lafaz perkataan/ayat yang tak berkaitan seperti "aku lapar", "istigfar" dan sebagianya...adakah itu jugak dikira kinayah?

Mohon pencerahan ustaz.

Terima kasih
File Upload:
Salam

1. Keadaan ini dinamakan muwafik, iaitu sempat bertakbir bersama imam. Dia perlu habiskan bacaan al-Fitihahnya.

2. Lafaz itu yang menentukan talak, jika disebut perkara lain, maka tidaklah jatuh talak... Lafaz dan niat mesti seiring, maksud yang difahami.

tk

Visitor IP: 183.171.174.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.