Thursday, April 30, 2015

Soalan: Status perkahwinan.

Nama*:Irien
Tajuk*:Status perkahwinan.
Message*:Assalamualaikum, saya mushkil dengan status perkahwinan saya n suami di sebabkan dia telah melafazkan "saya ceraikan awak,sekiranya kaki awak melangkah keluar dari rumah ni". Tp oleh kerana keadaan yg begitu tegang memaksa saya untuk keluar dari rumah untuk menenteramkan hati dan keadaan saya ketika itu.

Adakah sah penceraian itu.

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Jika betullah apa yang dikatakan itu, maka langkahan puan ke luar rumah telah menjatuhkan talak satu, walaupun apa alasan sekalipun....

bawalah bertenang dan pujuk suami.. bantu suami utk membahagiakan rumah tangga. Minta dia rujuk semula ..


tk



Visitor IP: 113.210.0.164,64.233.173.251, 108.162.225.107

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kenapa ada neraka

Nama*:gamat
Tajuk*:kenapa ada neraka
Message*:Assalamualaikum ustaz

Ada rakan sy bukan muslim bertanyakan ttg ini..

Sy tidak dapat menjawab persoalan beliau dek kerana

kurangnya ilmu di dada...

bagaimana utk sy jawab soalan ini kpd dia..

"Allah Maha Pengampun bermaksud pengampun akan

segala gala dosa besar mahupun kecil..tetapi

mengapa masih ada neraka utk kaum kafir.."

Bagaimana utk sy jwb soalan ini ustaz..trima kasih
File Upload:
Salam

Allah boleh mengampunkan sesiapa sahaja di kalangan hamba-Nya. Atas sifat Allah penyayang itulah maka diutuskan Rasul sebagai pembawa jalan kebenaran. Rasul itu perlu diikuti bagi mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. tetapi jika rasul itu ditentang dan tidak diikuti, bererti selayaknya kita mendapat kemurkaan Allah.

Akibat daripada keengganan manusia mentaati Allah dan Rasulnya, maka Allah sediakan neraka sebagai tempat pembalasan. Bukan sahaja orang bukan Islam, orang Islam juga akan ke neraka dengan sebab banyak dosa dan banyak kezaliman yang dilakukannya.

Neraka Allah sediakan sebagai tempat pembalasan kepada manusia yang enggan patuh dan taat perintah Allah. Balasan didunia tidak pernah adil, ramai penjenayah dan orang zalim dilepaskan sebegitu sahaja tanpa mendapat apa balasan, maka demi keadilan kepada semua manusia, ALlah ciptakan neraka sebagai jalan terbaik mereka yang berdosa...

Wallahuaklam. tk

Visitor IP: 210.186.52.116, 108.162.225.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ujian Allah Di alam Perkahwinan

Nama*:Hassan
Tajuk*:Ujian Allah Di alam Perkahwinan
Message*:Assalamualaikum

Saya ingin bertanya ustaz berdasarkan situasi saya ini, adakah terjatuh talak keatas isteri?

-Isteri saya adalah seorg yg baik, solehah. Tetapi mgkn lalai dgn ujian Allah, dia terjebak berkenalan dengan suami org di tempat kerja yg sama sehingga menghantar sms menggunakan bahasa syg menyayang. Hati sy bagai dibom apabila mendapat tahu tentang perkara tu. Tp disebabkan isteri saya sendiri yg mula2 menceritakan kpd sy dan menyesal dgn perbuatannya, sy rasa x adil jika sy trs menghukum. Saya x pasti darimana datangnya kesabaran kpd sy waktu tu, dan sy trs mulakan siasatan pada hr yg sm. Izin Allah, pertemukan sy dgn isteri org tu yg rupanya tgh mencari sy utk tujuan yg sama. sy dpt tahu perkenalan dorg baru x sampai sebulan, masih belum terlajak sampai kluar mkn atau berdua2an, sekadar sms & bergayut telefon. jd sy pun ajak keempat2 kami berjumpa di satu tempat bg mencari jalan penyelesaian.

situasi 1)
Sewaktu isteri sy cl menceritakan perkara sebenar, sy dgn xda niat utk menceraikan dia, sy niat utk kami sama2 berehat dan kita akan bincang bila sesuai waktunya, sy kata, " mlm ni ayg jgn blk k, mungkin kita perlu masa utk mula berbincang masalah ni".

situasi 2)
sewaktu berjumpa keempat2 kami, sy bertnya kepada lelaki tu, " Kalau aku tinggal isteri aku, hang mau amik dia jd bini hg?"....dan sy tnya isteri sy, "Kalau abg tgl ayg, ayg nk jd isteri dia?"sy bertanya dengan redha dan ikhlas hati untuk tahu jawapanya, tanpa ada niat walau sedikit untuk menceraikan isteri saya...jawapan kedua-duanya ialah tidak..

Dengan kekuatan & keizinan Allah, sy ampunkan ke 2 mereka. Sy berpegang Alhamdulillah, Allah uji kami semua & Allah x benarkan perkara itu berlarutan, sbb tu Allah buka hati isteri sy untuk menceritakan kpd sy dan berpatah balik kejln yg btl. Mudah utk dikatakan, tetapi Allah ja yg mampu merawat hati sy. Walau apapn, semua org wat kesilapan dan x slh kita memaafkan selagimana kita mampu. Byk sy fikirkan, perlukah sy tglkn isteri sy?.. Tapi sy juga wajib melindunginya dan keluarga sy dari kehancuran. lastly, Allah bg sy jln, sy pilih utk bagi peluang ke 2 kpd isteri sy kerana sy kenal siapa dia n sy juga x lekang dari membuat kesalahan.

Persoalan sy;-

adakah jatuh talak kepada isteri sy dlm kedua2 situasi sy tadi?

Sekian

Wasssalam..
File Upload:
Salam

Alhamdulillah saudara selayaknya menjadi suami yang baik dan mithali.. Tahniah.

Tenang dan sabar adalah rahsia untuk mencipta kebahagiaan dalam rumah tangga. Bawalah kembali ke jalan Allah dan keredaan kita bersama.

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak dan tidak termasuk dalam kes talak..

tk


Visitor IP: 115.134.100.178, 108.162.225.59

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 29, 2015

Soalan: Status 2.

Nama*:Sri Gulai Ikan Talang
Tajuk*:Status 2.
Message*:Salam Ustaz,

Sy Sri Asam Pedas semalam. Terima kasih atas jawapan Ustaz.

Sy faham maksud Ustaz. Sy byk kali ajak pg kaunseling tp
dia tak pernah ambil serious benda2 mcm ni. Pada dia tak perlu.
Bg sy perlu.

Sy dah pun keluarkan semua barang2 saya & anak2.

Mcm mana sy nak tau isi hati dia masa tulis sbb kami
tak bercakap lgsg? Klu dimakinya saya lg bila sy tanya niat dia masa tulis?
Utk pengetahuan Ustaz, dia xpernah maki hamun. Ini pertama kali.

Sy buntu. Dan sy tak suka libatkan keluarga dlm hal rumahtangga jd
saya pergi pada yg pakar. Wajar ke sy tanya pd sahabat dia apa niat dia
sbb nampaknya dah takde jalan utk dia bg kerjasama.
File Upload:
Salam

Lelaki (dan perempuan) pendiam itu bahaya.. banyak yang dirahsiakan dan tidak diluahkan. Dalamannya membara tetapi muka control macho.. sesekali dia meletup itulah yang terkeluar.. marah dan dendam...

Usah diselidiki lagi lebih daripada apa yang sudah diketahui... cukuplah. Hukum agama dibuat atas apa yang kita tahu, tidak kepada perkara yang tidak kita tahu.. cukuplah.

Cuba cari kelemahan suami, dan bantulah dia untuk kembali tenang dan lebih matang. Pujuk rayulah dia dengan apa cara yang 'dia termakan' pujukan puan...

bantulah dia...

tk

Visitor IP: 183.171.174.128, 108.162.225.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 28, 2015

Soalan: aku menyesal kahwin dengan kau

Nama*:has
Tajuk*:aku menyesal kahwin dengan kau
Message*:assalam,

dua bulan lepas, sy telah bergaduh besar dengan suami ekoran saya tidak menolong emaknya di dapur ketika kami pulang ke kampungnya. ini kerana saya perlu memerhati anak-anak saya kerana sepupu mereka agak ganas ketika bermain.
sebelum ini saya dan suami telah berjanji apabila pulang ke kampungnya, suami akan menjaga anak dan saya akan menolong emaknya di dapur. pada ketika itu, suami saya tidak menunaikan janjinya.
semasa bergaduh, saya telah mengeluarkan kata-kata kesat seperti jantan sial dan aku menyesal kahwin dengan kau.
ini kerana sepanjang perkahwinan, saya banyak menanggung perbelanjaan kerana suami berpendapatan rendah berbanding dengan saya.tambahan pula, tekanan kerja membuatkan saya semakin tertekan apabila pulang ke rumah.

persoalannya,
1. adakah saya seorang isteri derhaka?
2. adakah setelah saya berkata "aku menyesal kahwin dengan kau" maka secara automatik semua pahala saya sepanjang perkahwinan akan terpadam?
3. sekarang suami saya telah tawar hati untuk kembali kepada saya dan berniat untuk memutuskan hubungan kami. bagaimana cara untuk saya menyelamatkan kembali rumahtangga kami kerana saya masih sayangkan dia dan saya tak nak merosakkan masa depan anak-anak sekiranya kami bercerai kelak.

t/kasih.

e
File Upload:
Salam

Puan, punca pergaduhan bukannya besar, isu kecil sahaja dan kenapa hendak dipanjangkan hingga melibatkan cerai berai dan ungkit mengungkit..

Kembalilah berdamai, carilah jalan terbaik untuk pulihkan kembali hubungan dengan suami. Soal dosa pahala itu hak Allah, kita tidak tahu keadaannya. Kita yakin Allah tidak menzalimi hambanya dengan sedikit kesilapan akan terhapus segala kebaikan yang dibuat.

Buat masa ini, berliah sedikit ruang waktu kepada suami untuk bertenang dan puan kembalilah memujuknya dan meminta maaf atas keterlanjuran kata. Pujuklah suami itu, mungkin dengan meminta maaf, atau apa sahaja tindakan yang boleh menyenangkan hati suami. Jika suami itu terlalu sayang kepada ibunya, puan boleh juga telefon ibunya untuk berbincang dan meminta nasihat.. ataupun telefon bertanyakan khabar. ia sudah cukup untuk menyenangkan hati suami...

Doa dan istighfar selalu, moga Allah panjangkan jodoh kalian. tk


Visitor IP: 202.75.149.236, 108.162.208.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah jatuh talak?

Nama*:Husaini
Tajuk*:Adakah jatuh talak?
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Saya penghidap penyakit OCD (was-was) yang amat kronik. Seringkali saya mengalami penyakit lintasan hati dan kecelaruan dalam bercakap sehinggakan banyak perkataan yang keluar daripada mulut saya dianggap lafaz kinayah cerai sedangkan tiada niat langsung ke arah itu. Ini menyebabkan saya sangat berhati-hati ketika berbual dengan isteri. Pernah saya berbual-bual dengan rakan saya tentang peristiwa saya lupa menghidupkan lesen memandu saya ketika dalam perjalanan ke Kelantan. Dalam perbualan tersebut saya berkata, " Aku pernah drive kereta ke Kelantan dengan lesen mati. Bila sedar lesen dah mati, aku pun suruh bini aku bawak kereta, Tengok2 dia pun mati." Lafaz ayat "Tengok2 dia pun mati" merujuk pada lesen isteri saya yang mati. Hal ini menjadikan fikiran saya celaru dan was-was bila mana saya kaitkan ia dengan lafaz kinayah cerai sedangkan saya tidak berniat langsung ke arah itu. Saya menjadi sangat bingung dan sangat berharap saya pulih daripada penyakit jiwa ini. Mohon bantuan dan nasihat daripada Ustaz.
File Upload:
Salam

Jika tiada niat untuk cerai, maka kata-kata sepretiitu tidaklah menjatuhkan talak.

CUba dapatkan rawatan drp penyakit ini. banyakkan istighfar dan banyakkan membaca al-Quran sbg ubat mujarab penyembuhan...

tk

Visitor IP: 115.132.56.119, 108.162.225.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Status Perkahwinan

Nama*:Sri Asam Pedas
Tajuk*:Status Perkahwinan
Message*:Salam Ustaz,

Saya dah 6 tahun berkahwin & ada 2 org anak perempuan.
Baru-baru ni kami kerap bergaduh.

Saya kerap minta cerai sbb satu, saya emosi, satu lagi sbb
perangai suami tak berubah. (Dia utamakan kerja & kawan2)
Saya faham kerja itu untuk beri rezeki pada keluarga, tapi masalahnya,
kerja & keluarga tak seimbang. Saya rasa lama sangat saya bersabar dengan; kerja-kerja dia. Tp dia suami & ayah yg baik.

Sepanjang saya ada minta utk berpisah dia sering tak setuju. Tp yg paling
terbaru, dia seakan setuju. Dia tulis atas kertas suruh saya pergi (berambus) . Dia tulis dua kali atas 2 kertas. Ada 3 kertas sy tulis, dan
dia baca semua.

Nota pertama saya tulis saya ajak pergi kaunseling, dicampaknya
kertas tu atas lantai.
Nota kedua saya tulis, saya ada di rumah adik, ada hal, mintak
dia tolong ke rumah adik & tgk anak2 kejap, dia tulis 'berambus' atas kertas tu.
Nota ketiga saya tulis, mmg sy akan berambus tp nak cari rumah & angkat brg dulu. Ditulis atas kertas tu balik, 'berambus la sial'.

Jadi saya nak berambus dgn pindah keluar rumah secepat mungkin & pergi ke mahkamah untuk urusan perceraian. Soalan saya, jatuh talak ke tidak setelah diusir begitu? Kami tinggal serumah lg sbb sy dlm proses
packing brg utk pindah. Cuma kami tak bercakap lgsg dan takde bersua muka lgsg. Sy rasa ini perang kami yg terakhir.

Minta jasa baik Ustaz utk email pd sy jawapan kpd soalan sy ni? Sekiranya
tak dibenarkan, takpe. Terima kasih Ustaz.
File Upload:

Salam

Wow, perang terakhir lah ni.. hebatnya jadi suami isteri.. Gaduh dan bergaduh lepas tu cerai, masuk mahkamah..

Sebelum terlewat, saya berpendapat, elok kiranya puan berdiam sejenak dan bertenang untuk membuat pertimbangan yang betul. Nak cerai senang, tapi nak cari suami baru, nak dapatkan suami yang sabar, nak dapatkan suami yang memahami kita, itu tak akan ada lagi.. bertenanglah sejenak...

Jika puan sedar, dia seorang ayah yang baik, kenapa pula perlu berpisah? Pergaduhan dalam rumah tangga sentiasa terjadi, cuma kebijaksanaan suami isteri sahaja yang menguruskannya agar ia tidak hancur dan terpisah.

Saya nasihatkan, usahlah puan keluar barang dulu, usahlah nak berpisah dahulu, usahlah mengikut rasa hati sangat. Bawalah bersabar dan bertenang. Dia bekerja, tu baguslah daripada dia tak bekerja langsung, kan susah jadinya...

Tulisan suami; berambuslah sial, itu boleh menjatuhkan talak jika suami berniat untuk cerai ketika tulisan itu dibuat. Jika tidak ada niat cerai, maka perkahwinan ini masih selamat.

kalau dapat, bawa suami dan puan sekali bersemuka dengan kaunseling, mereka boleh bantu...

sayang rumah tangga spt ini, kenapa pula nak berpecah?...

tk

Visitor IP: 175.140.90.32, 108.162.225.149

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, April 26, 2015

Soalan: rujok

Nama*:hamba allah
Tajuk*:rujok
Message*:asmekom,,saye ingin tahu adekah islam menetapkn mase untuk pasangan rujuk ..
#setelah jatuh talak 1.
File Upload:
Salam,

Tempoh edah adalah tempoh untuk dibenarkan rujuk.

Edah bagi yang mengandung, sehinggalah melahirkan anaknya
Edah bagi wanita berhaid ialah tiga kali haid (atau tiga kali suci)

tk

Visitor IP: 180.73.241.209, 108.162.225.26

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, April 25, 2015

Soalan: mandi wajib

Nama*:zainab
Tajuk*:mandi wajib
Message*:assalammualaikum
ustaz waktu saya selesai mandi wajib,saya terlupa meratakan air di bahagian cuping telinga..tapi telinga saya basah,cuma lupa nak ratakan
adakah sah mandi wajib?
File Upload:
Salam

Jika bahagain berkenaan telah dilalui air, maka sahlah mandi. gosok adalah sunat utk meratakan air

tk

Visitor IP: 60.54.100.218, 108.162.225.32

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ingin kepastian

Nama*:hamba ALLAH
Tajuk*:ingin kepastian
Message*:Salam ustaz.saya dan suami bergaduh.lalu suami cakap kita ni asyik nak bergaduh aje.tak ada jodoh kita ni.adakah jatuh talak bila suami berkata begitu?bila keadaan sudah tenang,saya tanya apa niat @ maksud dia berkata begitu?suami cakap tiada niat apa2 pun.
File Upload:

Salam

Ia tidak menjatuhkan talak.

Seronok ke bergaduh setiap hari.. usah jadikan rumah tangga kita seperti neraka.. Ubahlah, binalah keserasian dengan pasangan. Carilah kesamaan untuk disuburkan. tk


Visitor IP: 183.171.165.147, 108.162.225.10

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, April 23, 2015

Soalan: rujuk

Nama*:ja
Tajuk*:rujuk
Message*:assalamualaikum ustaz sy nk tanya..sah ke rujuk tanpa pengetahuan isteri?dan sah ke rujuk tanpa saksi?
File Upload:

Salam

Rujuk sah setelah memberitahu isteri.. kalau tak beritahu pun sah juga, tapi isteri yang tidak dimaklumkan, akan tidak tahu statusnya pada ketika itu. Bila dah sah jadi isteri, tugasnya lain daripada tugas 'bekas isteri'.

Kena maklumkan kepada isteri.

Rujuk juga sah tanpa saksi seperti cerai juga terjatuh tanpa saksi...

tk

Visitor IP: 183.171.166.116,107.167.102.152, 108.162.246.205

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ingin tahu

Nama*:hamba allah
Tajuk*:ingin tahu
Message*:assalamualaikum ,,saye ingin tahu dosa kah saye jika meminta cerai jika sisuami ringan tangan..dalam setahun adelah 2 atau 3 kali saye di pukul..saye akui kadang2 mulut saye pun melampau,,kerane terlalu saket hati di pukul saye pun berjanji
DENGAN NAME ALLAH LAGI SEKALI SUAMI PUKUL SAYE AKAN MINTA CERAI,selang 2 bulan kami bertengkar dan suami pukul lagi,pagi suami paergi kerja macam biasa.saye pun sms suami mnta cerai,,sisuami membalas sms saye OK AKU LEPAS KAN KO.,selang beberapa sms suami hantar sms lagi SEKARANG AKU DAH LEPAS KAN KO ,KO NAK APE LAGI..kami bertengkar lagi dan suami sms lagi,,SEKARANG KO DA BEBAS..
saye keliru adekah jatuh talak.,,dan saye tak paham kalau ikut kiraan dah talak berape..mohon penjelasan.
File Upload:

Salam

Merujuk kepada kes ini, telah jatuh satu talak (pada kefahaman saya) kerana ulangan yang disebut itu adalah penjelasan kepada telah jatuh talak kpd puan.

tk

Visitor IP: 180.73.241.209

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru..

Nama*:eka
Tajuk*:keliru..
Message*:assalamualaikom..sye ingin bertanye adekah jatuh talak jika situasinye begini"" pada satu hari saya kejut suami bangon tido..sebab sudah masenye pergi kerja,SAYE KEJUT DENGAN NADA MEMBEBEL..SUSAH BETOL LAH KEJUT AYAH NI.SEMALAM JANJI NAK BANGON AWAL,SEKARANG TAK NAK BANGON PULAK NI YANG BENCI NI..si suami pon menjawab.KALAU DA BENCI CERAI JE EKA..ade kah jatuh talak??
dan esoknye ~kami bertengkar melalui sms ..dan suami pun menhantar sms {AKU BEBAS KAN ENGKAU
{SEKARANG AKU LEPAS KAN ENGKAU
adekah jatuh talak dengan melalui sms.
File Upload:

Salam.

Kes bangun tidur tu dengan ucapan suami 'kalau dah benci cerai je eka', ia tidak jatuh talak.

Dlm sms yang dihantar, memang sah dan jatuh talak dengan talak satu.

SMS juga boleh dikira utk jatuh talak..

tk

Visitor IP: 180.73.241.209

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Suami Halau Keluar Rumah

Nama*:zara-al-rashid
Tajuk*:Suami Halau Keluar Rumah
Message*:Saya telah beberapa kali dihalau supaya keluar rumah oleh suami. Suami tidak memberi nafkah zahir yang konsisten kepada saya dan anak2, cuma menyediakan tempat tinggal sahaja. Dalam setahun mungkin 3-4 bulan sahaja duit belanja makan saya dan anak2. Saya bekerja sepenuh masa dan menggunakan duit saya sendiri untuk belanja dapur, duit yuran sekolah anak2, duit makan dan untuk perkara2 asas yang lain. Saya sangat marah dan geram setelah beberapa kali dihalau keluar. Kini, saya bernekad utk keluar dan duduk sendiri tanpa anak2 kerana dia kata, dia akan menjaga anak2. Apakah hukum suami saya itu menghalau saya, tanpa memberi duit utk saya mencari rumah lain. Dan adakah berdosa untuk saya keluar rumah?
File Upload:
Salam

Suami sepatutnya menjadi pelindung dan penjaga serta memberi nafkah kepada keluarga. Jika suami sudah tidak memberi komitmen untuk menjaga keluarga tanpa sebarang alasan, maka dia telah berdosa dan bersalah.

Tindakan puan untuk keluar rumah ada baiknya sebagai pengajaran dan ingatan kepada suami. Namun bahayanya ada. Andainya suami terus ceraikan puan, itu akbiat buruk. Ataupun dibiarkan puan tergantung sebegitu sahaja, malang juga tu..

Cuba bawa kes ini ke kaunseling di Pejabat Agama, mungkin mereka boleh membantu.

tk

Visitor IP: 121.123.155.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 21, 2015

Soalan: ingin kepastian


Nama*:Hamba ALLAH
Tajuk*:ingin kepastian
Message*:Assalamualaikum ustaz...sy nak tanya ustaz...sy xsengaja terlafaz satu lafaz cerai ;selapas tu sy. terus melafazkan lafaz rujuk...selepas sebulan was2 dtg mengatakan betulkah kamu dah rujuk..
soalan saya ustaz sy yakin sy telah lafaz rujuk tp selepas sebulan sy lafaz rujuk lg...sbb was2...
tp yakin sgt sy da lafaz rujuk pada mula2
ustaz ada kesan x sebab sy lafaz rujuk lebih dari sekali?
File Upload:

Salam.

Usah layan dengan was-was.. apa lagi yang nak dirisaukan, kalau dah cerai tu jatuhlah talak satu dan telah dirujuk, maka kembalilah menjadi suami isteri...

tk

Visitor IP: 183.171.164.159,141.0.11.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: bertanyakan status cerai dan talak


Nama*:siti
Tajuk*:bertanyakan status cerai dan talak
Message*:assalamualaikum..
saya ingin bertanyakan status saya...beberapa minggu lepas,saya dan suami bergaduh disebabkan beberapa perkara...dan saya bertalu talu memintak cerai...dan bila suami buat x endah...dan saya pun menyuruh suami keluar dari rumah.Bila suami hendak keluar dari rumah...saya sekali lagi menyuruh suami melepaskan saya tp bukan niat sebenar dalam hati...mahukan suami memujuk saya...dan tiba2 suami pun berkata" Abg bagi apa yang awak nak" Adakah sudah jatuh talak??
mohon pencerahan
File Upload:
Salam.

Abang bagi apa yang awak nak!... Ia boleh menjatuhkan talak dengan adanya niat suami untuk bercerai. Jika suami tak ada niat cerai, masih selamat.. tapi jika suami memang berniat cerai, jatuhlah talak satu.

tk

Visitor IP: 118.100.255.89

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, April 20, 2015

Soalan: jatuh talak tak?


Nama*:puteri arieana
Tajuk*:jatuh talak tak?
Message*:assalammualaikum.. saya ingin mengetahui jatuh ke talak saya, klu suami saya selalu mnceritakn hal keburukan saya kepda ibu nya.. jatuh ke talak klu dia sering berkata dengan ibunya saya dh xsangup lgi hdp dgn isteri sya sya mau melepaskn dia, sya mau ceraikn dia..
File Upload:
Salam

Sekadar mahu lepaskan isteri, ia tidaklah menjatuhkan talak. tetapi jika disebut betul-betul, aku ceraikan kamu, maka jatuhlah talak..

tk

Visitor IP: 1.9.99.198
Powered by EmailMeForm

Soalan: cerai


Nama*:hidayah
Tajuk*:cerai
Message*:salam ustaz...sy nk tya ttg kes sahabat sy....die msg mggunakan whatsapp shj dgn suaminy...katany die xberniat tuk meminta cerai...tp dgn perasaan bercmpur baur dia telah menyuruh suaminy menceraikannya...dlm msg tersebut suaminya membalas ok...adakah jatuh talak ke atas isteri tersebut
File Upload:
Salam

cerai perlukan satu penegasan, jika wassap itu jelas isteri meminta cerai, dan suami bersetuju untuk menceraikan isteri, maka jatuhlah talaknya. Jika sebutan OK sahaja, ia perlu dilihat pada situasi itu, jika suami serius bermaksud cerai, maka terjadilah talak..

tk

Visitor IP: 123.136.107.93

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm

Sunday, April 19, 2015

Soalan: mohon kepastian tentang lafaz cerai dari suami

Nama*:filzah
Tajuk*:mohon kepastian tentang lafaz cerai dari suami
Message*:Salam ustaz...
Perkara ni dah 3 bulan berlalu...pada masa tu saya dan suami tgk drama tv tentang situasi cerai...pelakon lelaki tu lafazkn cerai kpd isteribya..
Kemudian, secara tiba2 suami pun ikut / ulang lafaz cerai tu...iaitu "aku ceraikan kau"..suami tak pandang saya masa melafaz...saya juga yakin dia tak tujukan kpd saya...
Soalan saya :
1. Adakah boleh jatuh talak dlm kes tersebut?
2. Selepas 3 bulan, saya duduk bincang dgn suami tentang hal tu..saya kata kpd suami sambil nangis " abg ingat tak yg abang ada cakap satu ayat ni masa tgh tonton drama 3 bln lepas".. Saya suruh suami ckp...suami pun kata " Filzah cakap,abang tak boleh cakap'..
Saya pun beritahu yg abang sebut ayat ni " aku ceraikan kai"..
Suami pun kata,mmg abg cakap tapi abg tak ckp kpd filzah,abg ckp dekat orang dlm tv tu..
Boleh jatuh talak x ustaz?

3. Tambahan soalan : Kalau..maksud saya kalau lar semasa saya tanya suami "abang ingat tak ayat yg abg lafaz semasa tgk tv 3bulan lepas"? Dan suami pun menjawab " aku ceraikan kau " dgn tujuan utk menjawab peryanyaan isteri...Boleh jatuh talak ke ustaz..
Mohon sgt ustaz dpt jelaskan semua...
Saya kerap search isu ni di web,ada kata jatuh..ada kata tidak...
Tk.
File Upload:
Salam


Pasal tv ni saya menyampah betul la... dah terlalu banyak soalan seperti ini kena dijawab.. op.. sori..

Jika suami menyebut cerai tanpa ditujukan kepada isteri, maka ia tidak jatuh talak...

dia tak ada niat utk cerai sekadar mengulangi ucapan tv, tak terjadilah cerai..

tk

Visitor IP: 203.106.159.102

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm

Soalan: keliru ayat suami

Nama*:aina
Tajuk*:keliru ayat suami
Message*:Suami naik kereta dgn anak...suami & anak lambai saya sambil kata "tata ibu"...then anak nangis tp nangis yg dibuat2 sbb saya tak masuk dlm kereta...kemudian suami pun cakap 'tinggalkan ibu betul betul kang '...
Saya yakin yg suami ckp dgn anak...
Adakah ayat "tinggalkan ibu" blh jatuh talak?
File Upload:
Salam

tak semua ucapan tinggal tu bermaksud cerai.. dalam kes ini, taklah terjadinya cerai..

tk

Visitor IP: 203.106.159.102

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm

Saturday, April 18, 2015

Soalan: lintasan taklik

Nama*:hamba ALLAH
Tajuk*:lintasan taklik
Message*:Assalamualiakum ustaz....sy kerap lalui lintasan/bisikan taklik...tapi sy lgsung melafazkannya...
sy lafaz saya tarik balik lafaz taklik sekiranya ada"
ada kesan tak ustaz?..hakikatnya saya lgsung tak ada lafaz taklik ustaz..harap ustaz dapat membantu..
File Upload:
salam

Usah dilayan  lintasan dan gangguan syitan. kalu dah tak ada taklik, tak adalah tu.. kenapa nak dibimbang dengan perkara yang tak wujud..

tk

Visitor IP: 183.171.165.180,141.0.9.33

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik ragu ragu

Nama*:Farid
Tajuk*:Taklik ragu ragu
Message*:salam ustaz,semasa sy bergaduh dgn isteri,tiba2 ade lintasan taklik yg sngt kuat tp bkn niat sy.kepale sy sngt serabut bercampur fkir psal kerja ,ayah sakit dan mcm2 lgi.semasa lintasan sy rs agak kuat getaran lidah tp x dengar bunyi pon..mulut tertutup rapat..apabila di tanya isteri sy,die ckp die x dgr sebarang bunyi pun.jauh di hati sy memang hanya lintasan.sudah seminggu fikiran sy asyik terfikir adakah taklik itu dikira atau tak.sy tak berhenti berzikir dan mengaji untuk dijauhi dorongan syaitan.tolong bantu sy ustaz. Sy x tau nk buat mcm mana lgi.
File Upload:
Salam

Usah dilayan dengan was-was dan keraguan kerana ia adalah bisikan syaitan.

Benda yang tidak diucap, tidak akan dikira atau terjadi lagi dalam bab taklik dan talak ini..

tk

Visitor IP: 113.210.134.12

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, April 17, 2015

Soalan: Iddah dan Mutaah

Nama*:Sarah
Tajuk*:Iddah dan Mutaah
Message*:Assalammuailaikum Ustaz,
Suami saya telah melafazkan cerai talak 1. Sebelum melafazkan talak dia juga ada berkata 'we can annul our marriage due to inability to consummate'. Masalahnya ustaz setiap kali kami ingin bersetubuh suami yang tidak mahu memaksa kerana takut menyakiti saya. Apabila ditanya pula oleh ibubapa dan kawan-kawan, suami akan berkata dia belum bersedia untuk ada anak. Soalan saya, adakah ia bermaksud saya tidak diperlukan iddah? Dan perlu ke suami memberi saya mutaah sekiranya suami yang tidak mahu kan anak? Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam Puan Salah.

Mohon maaf kerana saya kurang jelas dengan kes yang berlaku.

Apabila telah dijatuhkan talak, maka tidaklah boleh bersama dan bersetubuh lagi dengan suami.

Jika talak terjadi sebelum puan disetubuhi, maka tidak ada tempoh edah bagi puan. Dan jika bekas suami mahu berkahwin semula, kenalah diakad nikahkan semula oleh wali dan 2 saksi..

Mutaah ialah jenis perkahwinan kontrak yang diamalkan oleh kaum syiah.

Nafkah ialah pembiayaan suami kepada isteri. Bagi isteri yang diceraikan, nafkah hanya ada kepada anak-anak sahaja, jika ada.

tk

Visitor IP: 42.60.160.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ingin kepastian

Nama*:insan yang lemah
Tajuk*:ingin kepastian
Message*:salam ustaz...berbalik pada soalan minggu lepas ahad 12.4.2015...
suami ada bertanya ustaz.ada ustaz mengatakan itu belum terjadi lafaz taklik..soalannya sebelum ustaz itu mengatakan itu bukan lafaz taklik....suami ada lafaz tarik balik lafaz 2...suami ingat itu lafaz taklik....ada kesan tak ustaz sebab suami tarik balik lafaz 2?
Harap ustaz dapat membantu...
File Upload:
Salam

Mohon maaf, saya tak boleh nak ingat semua soalan.. kalau boleh cut n paste utk memudahkan saya nak jawab.

Lafaz taklik umumnya, tidak boleh ditarik balik..

tk

Visitor IP: 183.171.162.76,107.167.99.159

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:siti
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:Assalamualaikum. Saya ingin menanyakan satu soalan yg membuat saya ragu. Kerana pada suatu hari saya dan suami sedang menonton tv bersama. Pada ketika itu saya bertanya kepada suami saya "apa itu cerai atau talak".suami saya menjawab /memberi contoh " aku ceraikan kamu" . suami saya benar2x tidak ada niat sekali pun untuk menceraikan saya... Apakah jatuh talak kepada saya? Pada saat ini saya sedang mengandung.. Kami tidak mahu bercerai...saya mohon tolong jawan soalan saya
File Upload:

Salam.

Ia tidak jatuh talak, kerana lafaz itu tidak ditujukan kepada puan sebagai isterinya..

tk

Visitor IP: 60.48.231.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, April 16, 2015

Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:farahin
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:Salam ustaz,

saya bergaduh dengan suami,lalu saya meminta dilepaskan.suami menjawab :aku lepaskan.talak tiga
tanpa ayat lengkap dan tanpa menyebut kepada saya,seperti "baik,aku lepaskan engkau dgn talak tiga."

adakah jatuh talak?

dia melafaz tanpa niat,kerana saya memaksa dan mengugut dia atau saya akan buat kecoh di ofis dia.lalu dia melafaz dgn trpaksa.
File Upload:

Salam

Bagus lah tu.. jatuh talak tiga selepas tu menyesal tak sudah... Cerai ni tak boleh selesaikan masalah, fikirlah dulu kalau bergaduh pun..

Jika suami sebut dengan jelas seperti itu, ia boleh menjatuhkan talak. Talak terjadi sendan ada permintaan dan ada jawapan.. Puan yang minta dicerai dan suami mengiyakan permintaan puan, maka jatuhlah talak.

Soal tak ada niat, itu susah nak dinilai kerana apabila kalimah cerai disebut, maka ia terjatuhlah talak. Keculilah orang tu jenis latah, dicucuk perut, terpacul perkataan cerai.. tak lah jatuh talak...

tapi kalau orang yang waras, sebutan cerai itu sudah cukup untuk menjatuhkan talak.

Ugutan? Setakat mana suami benar benar terancam dengan ugutan puan, jika ia benar terancam maka lafaz itu adalah terpaksa, tetapi jika ugutan itu tidaklah sampai membahayakan nyawa atau mengugat kerjaya, ia tidaklah dikira paksaan.

Elok kes ini dibawa ke mahkamah...

tk

Visitor IP: 170.38.99.35

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: rujuk

Nama*:ingin tahu
Tajuk*:rujuk
Message*:salam uastaz...sy nk tanya mengenai rujuk..
1....bolehkah lafaz rujuk lebih dari sekali pada satu penceraian?
2....boleh kah lafaz rujuk sebelum lafaz cerai xpasti jatuh atau x.bila ditanya pada ustaz..lafaz tak jatuh..ada kesan x sebab rujuk dahulu tp cerai tak berlaku?
semoga ustaz dapat membantu...
File Upload:
Salam

Lafaz rujuk memadai dengan satu lafaz, atau sekali sahaja. Jika disebut berulang kali pun ia tidak menjadi hukum kerana rujuk yang pertama itu telah sah.

Jika cerai tidak berlaku, maka lafaz rujuk itu tidak dikira atau tidak terpakai..

tk

Visitor IP: 183.171.167.101,141.0.10.15

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 14, 2015

Soalan: zihar dalam hati

Nama*:Ganu
Tajuk*:zihar dalam hati
Message*:adakah terjadinya zihar jika sebut dalam hati ?? Semasa bersama isteri tiba2 datang LINTASAN ingin menyamakan badan isteri dengan ibu sendiri,adakah terjadinya zihar??apakah syarat yang boleh terjadinya zihar??
File Upload:

Salam

Ia tidak terjadi zihar.. usah dilayan lintasan dan khayalan sebegitu.. tak baik..

tk

Visitor IP: 175.145.110.142

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: perlukah ulang mandi wajib?

Nama*:qasih
Tajuk*:perlukah ulang mandi wajib?
Message*:Salam ustaz...
Semasa saya mandi wajib,saya gosok faraj (kemaluan ) guna jari dengan tujuan untuk meratakan air..
Ketika itu faraj rasa macam pedih & rasa seperti nak terkencing...saya sudahkan mandi ... Kemudian setelah siap mandi, saya terus kencing.. Adakah rasa pedih rasa nak terkencing tu merupakan klimaks bagi wanita ? dan perlukah saya mengulangi mandi wajib saya?
File Upload:

Salam

Puan tidak perlu ulang mandi wajib. sah mandi berkenaan. cuma perlu berwuduk kerana setelah kencing tadi..

tk

Visitor IP: 203.106.159.72

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA