Sunday, March 22, 2015

Soalan: masih dalam eddah atau tidak

Nama*:Nora
Tajuk*:masih dalam eddah atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz... saya ingin bertanya, pada 31 mac 2014 suami telah menceraikan saya dihadapan bapa saya dengan berkata "Ayah saya nak serahkan nora pada ayah semula" pada ketika itu saya sedang haid. Haid saya tidak begitu teratur kerana menyusukan anak. Pada bulan april saya datang haid yang pertama dan pada bulan mei dan jun pula saya tidak datang haid. Haid saya yang kedua pada bulan julai. Pada 12 ogos 2014 saya dan suami rujuk semula. Saya mahukan kepastian adakah rujuk kami sah? apa yang saya faham iddah wanita yang diceraikan ketika haid adalah 3x suci.. haid saya yang ketiga pada awal bulan september. tempoh iddah nampak terlalu panjang atau dikira 3 bulan sahaja. harap dapat penjelasan dari ustaz. terima kasih.
File Upload:
Salam

Puan, mengikut apa yang saya faham, tempoh edah bg isteri yang masih berhaid ialah tiga kali suci. Oleh kerana tempoh haid puan panjang dan tidak menentu pada setiap bulan, maka puan perlu mengira pada 3 kali suci haid. So, tempoh edah puan menjadi panjang. Dan suami boleh merujuk dalam tempoh tiga kali suci haid itu.

tk

Visitor IP: 183.171.172.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.