Nama*: | Hamba Allah |
Tajuk*: | Mohon Pandangan |
Message*: | As Salam Ustaz. Saya dah berkahwin 7 tahun dan sekarang wife saya mengandung anak yang ke-3. Untuk makluman Ustaz, saya dah takde perasaan sayang pada wife saya. Sebenarnya sebelum ni kami ada perselisihan sebanyak 3 kali dan setiap kali berlaku sedemikian wife saya akan minta cerai. Cuma bila berlaku kali ketiga saya sebenarnya bertekad untuk mengakhiri perhubungan kami dan saya ada menyatakan kepada beliau bahawa perasaan sayang saya terhadapnya semakin menipis disebabkan oleh insiden itu. Wife saya ada beritahu bahawa semua yang berlaku kesilapan dia dan minta diberi peluang. Saya setuju dengan cadangan dia dan setelah lebih daripada sebulan saya rasakan perasaan itu semakin hilang dan untuk menenagkan perasaan wife saya yang sedang mengandung saya akan berpura-pura genbira bila bersama sedangkan perasaan saya adalah sebaliknya. Saya pernah terfikir untuk meneruskan niat saya tetapi perasaan serba salah dengan beliau yang sedang mengandung dan anak-anak. Sehingga sampai ke satu tahap di mana saya lebih prefer duduk di pejabat dan pergi outstation daripada duduk di rumah. Pohon pandangan ustaz. |
File Upload: | |
Salam
Pertamanya, kita perlu lahirkan rasa syukur atas nikmat Allah yang memberikan kita seorang isteri dan punyai anak. Anugerah ini amat besar, tiak semua orang ada isteri, tak semua orang punyai anak. cuba hargai kewujudan dan keberadaan mereka dahulu, hargai susah payah mereka dan hargai setiap nikmat yg kita dapat daripada mereka yang Allah pinjamkan. Jika kita gagal bersyukur dan menghargai, itulah punca kepada tidak puas hati yg wujud dalam diri. Biar siapapun isteri saudara, saudara akan sentiasa tidak puas hati.. belajarlah untuk bersyukur dan menghargai dahulu...
Perselisihan dalam rumah tangga akan sentiasa terjadi. tidak ada yang aman damai selamanya, pasti ada sahaja dugaan dan masalah. Suami perlu bijak menangani masalah dan krisis yang berlaku. Bawa bersabar, kerana dalam banyak hal, puncanya ada pada suami, kegagalan suami mendidik dirinya untuk menjadi suami yang baik, suami dihargai dan disenangi oleh isteri dan anak-anak... baharulah lihat pula kekurangan yg mungkin ada pada isteri...
Saya nasihatkan saudara berbaiklah dengan isteri, hargailah susah payahnya mengandungkan anak-anak, dan banyakkan bertaubat sebagai penyembuh kepada segala kesombongan manusia. Amalkan ibadah kita dengan sempurna, insya Allah sempurnalah keluarga kita.
tk
Visitor IP: 203.217.176.73
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm