Wednesday, December 10, 2014

Soalan: status kebersihan baju yg tertinggal di hotel

Nama*:siti
Tajuk*:status kebersihan baju yg tertinggal di hotel
Message*:salam ustaz, saya menghantar dan bertanya soalan ni tempoh hari, tambahan soalan :jika saya tahu status pemilik pakaian org bukan islam, apakah status kesucian baju tu? perlukah disucikan??

( salam ustaz, ibu saya bekerja di sebuah hotel 3 bintang dan bertugas sebagai pengemas bilik ( housekeeping servis ).

Jika ada pakaian/baju guest (tetamu ) yg tertinggal didalam bilik hotel setelah guest check out, pihak hotel akan menyimpannya selama 3 bulan. Ini merupakan syarat yg telah ditetapkan oleh pihak hotel kepada guest..

selepas 3 bulan, baju yg tak dituntut tu, pekerja housekeeping ni akan ambil baju tu utk kegunaan sendiri.

Macam ibu saya, dia selalu bawa balik tshirt,jeans, baju blouse dll pakaian. Saya ragu ragu adakah baju tersebut boleh digunakan dimana saya takut kalau kalau pakaian tu dari milik orang yg bukan Islam,takut terkena najis berat je ustaz..:(
Ibu hanya bawa balik baju tersebut dan terus cuci dalam washing machine... boleh ke kalau kita hanya sucikan baju tersebut dengan cara basuhan biasa sahaja?
Sucikan baju tersebut?
Mohon pandangan / penerangan dari ustaz.
tk )
File Upload:
Salam

Jika confirm pakaian itu milik orang bukan Islam, cucilah seperti biasa sahaja.. kerana tidak tahu ia bernajis terkena anjing atau tidak.. ambil yang mudah.. basuh je dalam washing mesin dan pakailah ....

tk

Visitor IP: 1.9.103.53

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.