Monday, December 29, 2014

Soalan: ketika berkelahi, suami tanya soalan "awak nak cerai ke tak?


Nama*:amir
Tajuk*:ketika berkelahi, suami tanya soalan "awak nak cerai ke tak?
Message*:Ada satu situasi.

Dalam keadaan berkelahi, memandangkan isteri semacam tidak boleh bawa berbincang, si suami yang agak marah tapi tenang lalu bertanya, "awak nak bercerai ke tak?"

Isteri kekal diam.

Soalan pada Ustaz, jatuh ke talak suamk isteri ITU dalam situasi ini?

Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Ia tidak jatuh talak..

Ia satu pertanyaan bukan satu lafaz cerai..

tk

Visitor IP: 113.210.130.49

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah jatuh talak


Nama*:hamba allah
Tajuk*:adakah jatuh talak
Message*:Salam...saya bergaduh dengan suami di dalam telefon.lalu suami berkata "kalau macam tu,cerai!cerai...adakah jatuh talak nya?
File Upload:
Salam

Kena pastikan daripada suami sama ada dia sebut itu 'aku ceraikan kau' atau a ugutan untuk cerai. Jika ugutan iat idak jatuh talak..

refer kepada suami untuk fahami maksud berkenaan.

tk

Visitor IP: 183.171.162.55

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 28, 2014

Soalan: jatuh talak/ tak


Nama*:hani
Tajuk*:jatuh talak/ tak
Message*: SOALAN 1:


Saya mesej suami dan kandungan mesej seperti berikut:
Isteri : abang, saya ada perkara nak tanya kpd abg..
Suami ; apa dia?
Isteri :ingat tak pada malam semalam abang ada cakap satu benda ni..masa sedang tengok drama tv cerita ni (tajuk)
Suami : petang nanti kita bincang ( suami cuba ingat balik ayat apa yg disebut dan tiba2 lafaz ni aku ceraikan kau terpancul dari mulut suami dengan tujuan untuk mengingati semula kejadian semalam, tanpa niat)

Boleh jatuh talak ke ustaz?

SOALAN 2 :
Selepas suami pulang, saya dan suami pun berbincang mengenai situasi pada soalan 1 tadi, saya pun cakap:
Isteri : semalam abang masa tengok tv ada ckp lafaz ni
Suami : awak cakap, abang tak boleh cakap
Isteri : Abang cakap aku ceraikan kau
Suami: iye,mmg abang cakap tapi lafaz tu abang tak tujukan kpd awak/tak bermaksudkan kpd awak..

Jatuh ke talak dalam situasi 2 ni?
File Upload:
Salam

Perkara ini sudah terlalu banyak kali saya jawab dalam ruang ini..

ia tidak jatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 1.9.103.64

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 27, 2014

Soalan: buntu dan tak pasti


Nama*:herry
Tajuk*:buntu dan tak pasti
Message*:Assalamualaikum. Saya herry. Ustaz saya nak bertanya. Baru-baru ni saya telah menceraikan isteri saya diluar mahkamah. Kemudian saya rujuk kembali dgn hanya berbisik di telinga isteri saya. Adakah sah rujuk saya itu? Kemudian saya ada bertengkar dengan isteri saya melalui perbualan telefon. Dia mahu saya ceraikan dia pada saat itu juga. Tetapi bukan saya yang melafazkan. Sebaliknya saya menyuruh kawan saya yg lafaz tanpa pengetahuan isteri saya. Saya melalukan sedemikian hanya untuk memberi pengajaran untuk isteri saya. Bagaimaikah status kami suami isteri sekarang ustaz?
File Upload:
Salam

Cerai yang pertama itu telah sah jatuhnya.

Rujuk juga sah kerana saudara telah kembali berdamai dan kembali bersatu...

Bererti telah berlaku talak satu.

Apabila saudara wakilkan kepada kawan untuk menyatakan cerai, maka ia boleh menjatuhkan talak ke atas isteri saudara. kerana kawan juga boleh menjadi wakil sebagaimana untuk nikah juga boleh pakai wakil...

cuma begini, jika saudara terang-terang bercakap kepada wakil itu, saya tak nak ceraikan isteri saya, tetapi saya nak minta awak tolong cakapkan cerai sahaja; dalam keadaan ini ia tidak akan menjatuhkan talak kerana wakil itu menyatakan suatu yang tidak benar atas permintaan saudara.

tk

Visitor IP: 115.164.93.247

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru status


Nama*:izal
Tajuk*:keliru status
Message*:salam ustaz.. 4 tahun lepas saya pernah bergaduh dengan isteri kerana mengesyaki isteri jalin hubungan dengan lelaki lain melalui sms yang saya baca di handphone nya. kemudiannya saya telah berkata 'pergi balik rumah mama (ibu isteri) aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni'. lalu isteri pun pergi..pada ketika itu saya jahil dan tidak tahu menahu langsung apa itu lafaz kinayah dan hukumnya dan apa yang saya tahu dalam pengetahuan saya ketika itu hanya lafaz sarih boleh menyebabkan berlakunya perceraian. selepas 3 hari selepas dinasihati ibu bapa saya, kami pun kembali berbaik dan saya langsung tidak terfikir soal cerai talak atau rujuk kerana dalam pengetahuan saya ketika itu dia masih isteri saya kerana saya tidak pernah menyebut lafaz sarih padanya dan kami hanya bergaduh dan saya tidak mengetahui langsung tentang adanya hukum lafaz kinayah ini. selepas itu kami masih bersama sehingga kini dan dikurnia 2 orang anak dalam 4 tahun ini.

sekarang selepas saya mendalami ilmu agama baru lah saya tahu mengenai hukum lafaz kinayah ini. soalnya selepas 4 tahun saya sudah tidak ingat/tidak pasti apakah niat saya ketika melakukan lafaz kinayah tersebut. adakah saya berniat atau tidak langsung saya tak ingat. perkara ini betul membuat saya bingung mengganggu fikiran saya setiap masa. perasaan takut sentiasa membelenggu fikiran memikirkan apakah status saya bersama isteri dan anak2. untuk pengetahuan ustaz saya juga mempunyai penyakit OCD (was was yang tinggi) dalam ibadah dan kerja harian. bolehkah saya menggunakan kaedah fiqh 'yakin tidak boleh dihilangkan oleh syak' contohnya asal tiada niat kemudian datang syak adakah saya mungkin berniat cerai ketika lafaz kinayah tersebut.(betulkan jika saya salah). sekarang saya cuba tetapkan dalam hati kemungkinan saya tidak berniat cerai ketika lafaz kinayah tersebut kerana jika saya berniat sudah tentu saya akan lakukan lafaz sarih kerana dalam pengetahuan saya ketika itu hanya lafaz sarih boleh menyebabkan berlaku cerai dan jika saya sudah tahu mengenai hukum lafaz kinayah ketika itu dan saya niat bercerai ketika itu itu sudah tentu saya akan memilih untuk lakukan lafaz sarih untuk apa lagi lakukan lafaz kinayah. sudah tentu saya tidak berniat kerana tidak lakukan lafaz sarih yang jelas2 saya tahu akan menyebabkan berlaku cerai sedangkan lafaz kinayah saya tidak tahu menahu mengenainya ketika itu.namun ia tidak begitu kuat dalam hati, saya sentiasa dihantui perasaan takut, was was yang tinggi adakah mungkin saya berniat atau tidak.. sehingga solat pun tidak dapat kusyuk kerana memikirkan perkara ini ditambah pula dengan was was. saya sangat keliru.. apa harus saya lakukan? tlg bantu saya. tk ustaz
File Upload:
Salam

Jika saudara terang terang sebut 'pergi balik rumah mama (ibu isteri) aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni'.. sebagai lafaz yang jelas suruhnya balik ke rumah emaknya, maka ia jadilah suruh balik sahaja. ia tidak jadi talak pada pendapat saya.

Pada dasarnya, ilmu fiqh berhukum kepada lafaz dan kenyataan kita (pengakuan) tidak pada sangkaan dan agakan semata-mata.

pada saya, kes ini jelas saudara tidak menyebut talak sebaliknya suruh dia balik rumah, so jadilah dia balik rumah emaknya... tanpa terjadinya talak.

Keraguan yang datang selepas itu adalah satu penyakit dalaman. cuba yakinkan diri dengan apa yang anda buat, usah dilayan lintasan berbagai itu..

tk


Visitor IP: 14.192.208.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keliru dgn status perkahwinan

Nama*:Azuri
Tajuk*:Keliru dgn status perkahwinan
Message*:Assalammualaikum,
Saya ada kekeliruan dlm status perkahwinan.
Saya berselisih kata dgn suami ketika di telipon.
Dia memutuskan talian dan mengatakan dan selepas itu dia menghantar massage.
..."tukar anak2 sekolah gov. Now!!" " i don't hv confident on u"

Saya tahu apabila dia meminta anak2 ditukar sekolah government, dia bermaksud tidak mahu menanggung yuran sekolah anak2 dan akan menyuruh kami keluar rumah. Ia juga bermakna dia tidak mahu meneruskan perkahwinan.
Bagaimanakah jika massage yg dihantar ada Niat di hatinya utk berpisah? Adakah jatuhnya talak?

Segala silap, saya pohon maaf.
Diharap pihak ustaz dapat membantu menjwb permasalah saya.
Wassalam
File Upload:
Salam

isunya ialah tukar sekolah anak.. itu yang utama disebut di sini. Kenapa pula puan nak kaitkan dengan cerai dan talak.. ia tak ada kaitan langsung..

udah lah tu... tukarkan je sekolah anak tu dan berdamai je... kenapa nak gaduh-gaduh..

tk

Visitor IP: 210.187.217.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, December 26, 2014

Soalan: kemusykilan


Nama*:sharifah
Tajuk*:kemusykilan
Message*:saya ingi beratnya pada Ustaz, suami saya tidak mengaku yang dia pernah bernikah dengan saya, dan dia selalu berkata 'bila masa pulak aku nikah dengan ko? saya ingin kepastian sama ada jatuh talak Atau tidak?
File Upload:
Salam

Ayoooh... suami macam ni pun ada ka....

Nasihatkan dia tak baik cakap macam tu.. walaupun tak jatuh talak, tapi tak baik menafikan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...

ajarlah agama sikit kpd suami tu.. hehehe...

Visitor IP: 175.140.226.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 24, 2014

Soalan: harus bagaimana????


Nama*:isteri terluka
Tajuk*:harus bagaimana????
Message*:Assalamualaikum ustaz..
sy nk bertanye tntang masalah yg sy hdapi selame bekawen 12 thun dgn suami..4thun lpas umah tangge sy mmg kuat begolak smpai 1 tahap sabar sye hlang..sy telah bkawan dgn seorg lelaki slame setahun..lelaki itulah tmpat sy mgadu nasib..lelaki itu sdah beristeri...lame kelamaan hubungan kami suami dan isterinye dpt hidu..sy rase bsalah dn x bole nk teruskan hubungan sy dgn suami..lalu sy minta die utuk ceraikan sye..die ke pjbat agame dan meminta di kauseling..selesai kauseling ustaz tu suruh sy dn suami berpisah sbb ksalah yg sy lakukan terlalu besar dosanye jika suami mau mneruskan bersama sy..suami mgambil borang untuk becerai..tapi dgn aer matenye die xnak mlepaskan sy..die sruh sy brubah..ok sy trime dan kami duduk sebumbung lgi..x smpai sblan pegaduhan kami mkin hari mkin besar..bile bergaduh die akn ungkit ape pkare yg pnah sy buat dlu..smapi 1 tahap die pukul,pijak.tumbuk sy dpan ank sy 2 org..sy ke balai polis utk buat report supaye die dtangkap dan diberi pgajaran untuk duduk kedalam lokap..tpi pihak polis mgatakan die x bole disumbat kedalam lokap sbb memukul mgunakan tangan dn kaki..sekiranye die memukul mgunakan objek keras baru masuk ke dalam lokap..kali ke2 sy ke pjbat agame untuk buat aduan..sekiranye sye yg nk minta diceraikan sy kne pergi ke makamah kuantan..dsebabkan sy xde transpot dn kwan2 yg tdak bole mneman dan keluarge yg makin berjauh hati..sy tepakse akur duduk sebumbung dgn die lagi..seperti biase tiap kali begaduh die akan keluarkan pekataan kesat kali ni die x ungkit pasal crite 4 thun lepas..tapi DIE KERAP MEMANGGIL SAYE DGN GELARAN ANJING DIDEPAN ANAK2 SAYE YG BERUSIA 11THUN DAN 7 THUN..smapi 1 ketika die bahasakan pada anak saye.JANGAN DILAYAN BINATANG SIAL ANJING TU..smapi anak sye penah bertanye..kenape ayah mereka memanggil ibu ANJING??
USTAZ....
ITULAH AYAT DIE YG MBAUT SY DA X TAHAN DGN CARE DIE..TIAP KALI BERGADUH DIE AKAN MENGHALAU SYE DARI RUMAH..SEDANGKAN RUMAH TU SEWA JE PUN..SAYE BEKERJA USTAZ..SAYE TOLONG BANTU KEWANGAN DIE.
SABAR SYE DAH TERBATAS..ADIK BERADIK MAKIN MENYAMPAH DGN SAYE SBB RUMAH TANGGE SELALU BERMASALAH..
APE YG HARUS SAYE LAKUKAN USTAZ..SEKARANG SAYE HANYE ADE ANAK2 JE..IBU SAYE DAH LAME MENINGGAL..AYAH SAYE XSUKE AMBIL TAU HAL ANK2 YG BEMASALAH..BANTULAH SAYE USTAZ..TRIME KASEH..
File Upload:
Salam

Harus bagaimana ya....

Saya nasihatkan puan berurusan dengan Pejabat Agama dan minta untuk berpisah dengan suami setelah mana suami tidak lagi menghormati puan sebagai isterinya. Puan mungkin bolhe membina hidup baru dengan anak-anak tanpa diganggu oleh suami yang bermasalah..

maaf itu pandangan saya...

Visitor IP: 60.52.58.52

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon jawapan

Nama*:shikin
Tajuk*:mohon jawapan
Message*:Assalammualaikum...Saya nak tanya...saya dan suami tengok tv drama indonesia..Drama tersebut disertakan dengan terjemahan tulisan dalam bahasa melayu..Dalam drama tersebut ada babak suami melafazkan cerai kepada isterinya.. Lafaznya seperti " ayu,aku ceraikan kau". Suami pun baca "subtitle" lafaz cerai yang dalam bahasa melayu tu...tapi saya tak dengar pun suami baca sebab mulut suami tertutup rapat..mungkin suami hanya baca dalam hati dan tak lafaz.Soalan saya : apa hukumnya suami baca lafaz tersebut dalam hati? Dan jika suami ikut lafaz tu dengan kata kata yang sarih, adakah dikira boleh jatuh talak?
Terima kasih.
File Upload:

ia tak jatuh talak..

kerana bukan itu dimaksudkan oleh suami kepada puan..


Visitor IP: 203.106.159.197

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 23, 2014

Soalan: anak tiri

Nama*:hamba Allah
Tajuk*:anak tiri
Message*:salam tuan, saya adalah isteri kedua dan mempunyai seorang anak dgn bekas suami saya. Anak saya hanya akan dtg pd saya di waktu weekend dan cuti sekolah saja. apakah tanggunjawab suami saya skrg terhadap anak saya, dari segi sudut pakaian dan lain-lain..
File Upload:

Salam.

anak puan itu adalah di bawah tanggungjawab suami puan dahulu (bapa anak berkenaan). Bapa itulah yang wajib menyaranya, bukannya suami baru puan.

walau bagaimanapun, suami baru itu boleh membantu anak berkenaan kerana dia juga adalah di bawah seliaan keluarga puan juga..

tk
Visitor IP: 175.143.75.83

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 22, 2014

Soalan: Hukum Menyanyi Lagu Krismas

Nama*:Miss
Tajuk*:Hukum Menyanyi Lagu Krismas
Message*:Apakah haram jika kita menyayi lagu lagu seperti jingle bells dan sebagainya? Jika lagu itu tidak mengandungi lirik tentang tuhan mereka dan sebagainya masih boleh dinyanyi? Murtad kah jika menyanyikan lgu lagu sambutan hari natal?
File Upload:
Salam

Menyanyikan lagu Krismas tidaklah sampai murtad, tetapi tidak lah ia dibolehkan sesuka hati menyanyikan lagu berkenaan.



Visitor IP: 5.151.1.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pakaian bernajis atau tidak

Nama*:siti sarah
Tajuk*:Pakaian bernajis atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz
Saya ada persoalan disini. Saya teringat akan pakaian saya yang saya kira bernajis, tetapi telah dibasuh bersama pakaian lain didalam washing machine kerana terlupa.

Soalan saya, apa hukumnya ustaz? Saya sudah lupa pakaian mana yang telah dibasuh bersama.
Jzkk
File Upload:
Salam

Pakaian bernajis yang dicampurkan sekali dalam mesin basuh akan menjadi bersih kerana cucian mesin basuh biasanya tiga kali basuhan/ salinan airnya.

so, boleh dicampurkan pakaian najis dan tidak najis dalam satu basuhan.

tk


Visitor IP: 149.129.13.42

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 21, 2014

Soalan: jatuh tk talak?

Nama*:delima
Tajuk*:jatuh tk talak?
Message*:Assalamualaikum tuan..
Saya ni jenis kuat cemburu dan kuat berprasangka buruk pd suami.bila suami kluar umah jer mesti saya fikir dia keluar jumpa perempuan. Satu hari suami keja syif malam.bila dia balik saya cek HP dia ada gambar 2 org perempuan.saya syak dia kluar mkn dgn pompuan tu.esok paginya saya tanya dia pergi mana mlm td..dia jwb duk kt opis jer.saya geramla dia tk mengaku.lalu kami pun bergaduh.. Saya kecewa dan marah lalu mendesak dia lepaskan saya jika saya ni tk sesuai untuknya. Saya kerap mengatakan "lepaskan jer saya jika awak dh tknk hidup dgn saya lg pasal anak2 awak tk pyh risau,saya bole jaga,awak carila org yg sesuai utk awak." mendengarkan itu suami saya terus ckp "kalau itu yg ko nk jd aku lepaskan ko".
Bila lpas beberapa jam..saya terkedu..sbb niat saya hy nk menguji jer..
Bila saya tanya balik dgn suami betulker dia nk pisah dgn saya..dia ckp sbb saya asyik desak jer..

T.kasih tuan atas perhatian..wassalam.
File Upload:

Salam

Jawapan suami; aku lepaskan ko adalah sah talaknya kerana itulah yang diminta oleh puan dan terjadilah talak satu.

Sila rujuk kembali jika masih dalam edah.

tk

Visitor IP: 183.171.166.245

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 20, 2014

Soalan: pembahagian harta pusaka

Nama*:sani
Tajuk*:pembahagian harta pusaka
Message*:assalamualaikum wbt

ustaz, bagaimanakah hukum pembahagian harta peninggalan kepada seorang isteri kedua yg tidak pernah disentuh oleh suami yg telah meninggal dunia?
File Upload:
Salam

Hak sepencarian isteri kedua, jika ada adalah menjadi haknya juga...

Soal sentuh tak sentuh ini kena pastikan dahulu... dibimbangi ia cakap-cakap orang  yang tak senang je...

boleh rujuk kepada Pejabat Agama...

tk


Visitor IP: 183.171.169.78

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik: sah atau tidak

Nama*:nfa
Tajuk*:taklik: sah atau tidak
Message*:As salam ustaz. Mohon bantuan dan pencerahan ustaz.
Saya seringkali bermonolog seorang diri. Hari tu saya bermonolong berkenaan taklik yg mana sy ckp dalam hati kalau saya tanya suami sama ada gosok gigi ke tidak dan dia jawab dah walaupun sebenarnya belum gosok lagi, jadi jatuh talak ke atas saya. Saya hanya bermonolong sendiri dalam hati tanpa apa2 niat. Lepas itu saya beritahu suami apa yg saya fikir tadi dan suami marah. Dia cakap saya selalu fikir benda bukan2.

(Saya tidak lafazkan apa2, cuma bercakap dalam hati dan menceritakan kepada suami. Suami tidak mengiyakan/ bersetuju, suami cuma cakap tak ada apa2 yang berlaku dan minta jangan fikir yang bukan2)

Adakah taklik itu kira sah?
Tolong saya ustaz. Mohon pencerahan sangat2. Saya sekrang hamil.
File Upload:

Salam

PUan, hak untuk menceraikan itu adalah hak suami bukannya isteri. Puan tak ada hak nak cerai suami tau...Jika puan bermonolog untuk ceraikan suami, itu dah tak betul.. mana ada isteri boleh ceraikan suami..

fikirlah benda yang baik dan positif, usah fikirkan benda yang tak bai.. tak elok tu.. layanlah zikir bukannya layan syaitan..

tk

Visitor IP: 202.170.48.10

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah jatuh talak

Nama*:guerillatradingnetwork@gmail.com
Tajuk*:Adakah jatuh talak
Message*:Salam ustaz saya ada kemusykilan mengenai lafaz taklik cerai dan rujuk.. Ade beberapa situasi yang sy harap ustaz dpt membantu saya.. Dan secara jelasnye sy mmg pernah bercerai dan rujuk semula dengan suami sy.. Hanye penceraian dan rujuk yang pertama yang sy btl2 yakin..

Situasi 1 : saya dan suami bergadoh besar dan semasa bergadoh itu sy dan suami berada diluar.. Sy meminta suami menghantar sy pulang dan apabila kami sampai dirumah suami sudah packing baju dan mengamb keputusan hendak keluar dari rumah.. Selepas itu saya menahan suami untuk keluar dari rumah.. Dan suami sy masuk semula dan baring di ruang tamu sambil mengatakan kalau awk nak pegi mane2 suke hati awak lah.. Sy diam dan die ade mengatakan yang die tanak menceraikan saya tapi die kate awk klu da tak boleh bersama sy awk pegi la mane2 yang awk suke..

Selepas beberapa lame die kate ini dah kali kedua.. Dan apabila sy bertanye semula bilakah kali kedue itu sbb sy tidak dengar ape2 pn lafaz drpd mulut die tp die beria2 kate itu adalah kali kedua.. Sy pn senyap selepas itu..

Situasi 2 : sekali lagi sy bergadoh besar dengan suami dan apabila su bertanye tentang keputusan nye die cakap " ok lah kalau awk nak sgt awk kluarlah dr kereta ini jatoh la talak.." Sy tak kluar kereta mase tu sebab sy sebenarnye tanak pn bercerai dgn die sbb sy khuatir ini adalah kali ketiga.. tapi selepas beberapa jam selepas itu die menyuruh sy keluar dr kereta dan sy pn bertanye kembali kepada nye "boleh ke sy kluar kereta nie sbb klu sy kluar jatoh talak kan ke atas sy "die kate "takpe sy izinkan awk kluar dan atas izin saya" dan sy pn kluar tapi atas izinnye mnyuruh sy kluar.. Selepas beberapa lame sy sgt2 khuatir status sy dan suami dan merasa tidak sedap hati.. Adakah talak sudah jatoh keatas sy sbb saya beranggapan lafaz taklik itu mcm tak masok akal..

Sy bertanye smpai bile plk saya harus dduk dlm kereta dan kami berbincang selepas itu.. Kami bertanye jgk kpd pej agama tapi jawapan yang mereka bg kepada sy ade byk jwpn dr 3 org berbeza dan kami trs ke mahkamah syariah utk penjelasan dan mereka tnye adekah sudah rujuk kami kate belom.. Dan kami pn ambil keputusan untuk rujuk dirumah..

Selepas beberapa ketika sy btny balik kpd suami tentang situasi pertama.. Sy tny bile awk lafaz kan cerai dan barulah die rase mcm was2 sbb die kate seingat die ade lafaz buat kali kedua berkenaan situasi pertama.. Sy bertanye kepadanye dgn bersungguh lps tu barulah die kate tak ade.. Die keliru sbb die igtkan die da lafaz kpd sy.. Dan sy kate kalau da lafaz mst awk panggil sy balik untuk rujuk semula.. Sy semakin bingung dan tak sedap hati bile dgr jawapan drpdnye sbb die pn taw kalau stakat ckp awk kluarla ke mane2 yang awk ske tanpe niat cerai maka tak jatohlah talak.. Sy dan die semakin bingung pade mase itu.. Dan selepas beberapa lame baru lah die bgtau sy "takde pape lah.. Sy hny ckp tanpe niat saje mase tu.." Die yakin kan sy bersungguh2.. Dan hati sy pn merasa lega sedikit tp sy maseh ade lagi rse tak sedap ati.. Sy cuba mencari entry atau info mengenai perkara ini tapi tidak sy temui..

Persoalan sy skrg ini apakah status kami masih suami isteri..? Adakah talak jatoh keatas sy berpandukan cerita sy pada situasi 1 dan 2..? Tolong saya ustaz.. Sy sgt2 mengharapkan pertolongan ustaz sbb sy masih lagi sayangkan die sbg suami sy..
File Upload:
Salam..

sayapun jadi tak betul bila baca kes ini.. dah tunggang terbalik ceritanya... tak faham la pula, nak jawap pun tak reti..

maaf ya puan..

ringkaskan sikit soalan ni dan boleh saya jelasakan satu persatu..

maaf ya puan..

Visitor IP: 175.137.200.108

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, December 19, 2014

Soalan: cerai atau tidak

Nama*:rohana binti adam
Tajuk*:cerai atau tidak
Message*:askum ustaz,.saya dr kuching sarawak.semalam saya telah bergaduh dgn suami saya.di pendekkan cerita masa tu kami singgah d kedai CNI bli brg..lps tu suami suruh naik moto tp saya masih mrah dan tak naik moto brsama suami,.lalu suami sayabrkata "kaalau kau tak naik moto ni kau bkn isteri ku lg".masaa tu suami saya pun marah,,soalan saya ustaz,adakah jatuh talak bila suami berkata begitu?
File Upload:
Salam

saolnya, puan naik motor tu tak lepas suami cakap macam tu.. Jika puan naik motor tu, maka tak jatuhlah talak, tapi jika puan tak naik motor tu pada ketika itu, maka ia menjatuhkan talak ke atas puan...

tk

Visitor IP: 60.49.62.238

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:din
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:assalam, saya ingin bertanya mengenai seorang suami yang tidak suka atau benci kepada seorang anaknya. justeru, suami telah memberi syarat kepada isterinya jika ia (isteri) mencari, memberi makan,take care dan seumpamanya kepada anaknya ini maka akan jatuh satu talak.

soalan :
(1) adakah jatuh talak jika si isteri menyuruh anaknya yang lain untuk menjaga dan memberi makan kepada (anaknya yang dalam kes)?
File Upload:
Salam

Peliknya dunia ini.. suami tidak suka kepada seorang anak...

bantulah anak itu dengan cara apa sekalipun, tidak ada salahnya meminta orang lain untuk membantu anak berkenaan yang terinaya oleh kerana sebab tertentu...

ia tidak menjatuhkan talak taklik pada kes ini.


Visitor IP: 197.35.12.215

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pertanyaan

Nama*:norhaizansulaiaman@gmail
Tajuk*:pertanyaan
Message*:Assalamualaikum...
saya nak tanya, bolehkah seorang perempuan yang belum berkahwin dan mengandung, berkahwin dengan lelaki yang membuatnya mengandung? Salahke bagi seorang isteri menuntut cerai bila suaminya curang sehingga membuat kekasihnya mengandung?
File Upload:
Salam.

Boleh dan dibenarkan perempuan itu dinikahi lelaki berkenaan.

isteri tidak patut menuntut cerai walaupun tahu suaminya berlaku curang... sabarlah dan di situ mungkin ada kebahagiaan lain yang Allah berikan..

tk

Visitor IP: 58.71.139.44

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah wajib isteri kembali kepada suami setelah suami mencerai kan isteri nya secara kalik

Nama*:hazelina binti abd rahim
Tajuk*:adakah wajib isteri kembali kepada suami setelah suami mencerai kan isteri nya secara taklik
Message*:Assalamualaikum..
sy lina...ini berkenaan :
suami sy ada cerai kn saya secara taklik...
dan saya ada bertanya pada JAIS dan mereka suruh saya rujuk pada Makamah..
setelah itu, sy telah menfail kan saman ke atas suami..
( sy hanya buat seperti yg diarah kan pegawai agama ap langkah saya patut buat apabila keadaan seperti ini )
setelah itu saya menetap di rumah ibu bapa atas sebab xmahu suami sy emngganggu emosi sy..

soalan sy..
adakah wajib sy pulang, sekira nya suami sy menyuruh sy pulang duduk bersama nya..sedang kan saman cerai sudah dikeluar kan.
adakah sy wajib ikut arahan nya...
File Upload:
Salam

Dalam tempoh edah, isteri berhak untuk mendiami rumah suaminya itu.. Jika duduk berasingan tidak apa asalkan ada kebenaran suami.

Namun jika suami mengajak pulang, puan kenalah pulang ke rumah suami. Jika usami ajak untuk kembali bersama sebagai suami isteri - rujuk - maka terjadilah rujuk dan kembalilah bertaut seabgai suami isteri yang sah..

tk

Visitor IP: 219.92.68.131

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, December 18, 2014

Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:siti
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:Assalamualaikum us. Saya mohon pencerahan lanjut.


Untuk makluman us. pada pagi 18.12.2014, peralatan perniagaan suami telah disita oleh Majlis Bandaran kerana suami berniaga air secara kecil-kecilan di tepi jalan. situasi ini telah menimbulkan tekanan pada suami. manakala pada petang 18.12.2014 kami merancang untuk pulang ke kampung sebentar (balik hari) selepas saya pulang bekerja.Tujuan pulang ke kampung adalah kerana untuk berubat kerana suami kelihatan kurang semangat terhadap kerja (ada unsur2 yang tidak kena kerana suami sebelum ini adalah seorang yang semangat bekerja dan ada beberapa orang yang bijak pandai menegur suami mengatakan ada orang iri hati nak buat supaya suami jadi malas bekerja dan kami suami isteri jadi dingin antara satu sama lain). Namun apabila suami pulang ke rumah lewat (selepas maghrib)untuk bersiap sedia balik ke kampung, isteri telah "membebel" atas kelewatan tersebut. Dan telah menyebabkan suami melafazkan kata-kata tersebut.

saya nak bertanya. Jatuhkan talak pada ayat yang dilafazkan suami seperti ini, "Aku Tinggalkan Engkau" "Aku dah x tahan dengan Engkau" di saat suami dalam keadaan tertekan dengan masalah perniagaan dan emosi yang x stabil. Namun demikian, selepas mandi dn solat, suami berkeadaan seperti biasa. (makan malam dr masakan isteri dan tidur bersama walaupun tanpa melakukan sebarang hubungan intim)..

saya juga mohon us selitkan nasihat kepada saya untuk jadi panduan menjadi isteri dan ibu solehah.

Terima Kasih us. Wasalam
File Upload:
Salam

Lafaz 'aku tinggalkan engkau' adalah lafaz yang membawa kepada talak jika suami berniat talak. Puan pujuklah suami dan tanyakan sama ada dia berniat talak atau tidak pada ketika lafaz itu disebut. jika ada, bererti telah jatuh talak satu.

Bantulah suami, tenangkan dia dan usah ditambah masalahnya dengan masalah lain, ia tindakan yang bijak kpd seorang isteri...
tk


Visitor IP: 103.245.88.251

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai

Nama*:ruzi
Tajuk*:cerai
Message*:adakah jatuh talak jika si isteri bercakap kepada suami " abang nak ceraikan syg" si suami membalas ya.
File Upload:

salam..

Ia boleh menjatuhkan talak kerana di situ ada tawaran dan ada balasan....

tk

Visitor IP: 175.141.250.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 17, 2014

Soalan: li'an

Nama*:rosli
Tajuk*:li'an
Message*:kalau saya menuduh isteri berzina sedangkan saya tahu itu tidak benar,tujuan saya buat begitu untuk melihat riaksi seseorang, saya masih sayangkan anak dan isteri saya lagi.saya langsung tak ada niat nak mempeburukan isteri saya. apa kah hukum atas kesalahan saya itu
File Upload:
Salam.

Banyak-banyak bertaubat saudaraku.

Dosa besar menuduh isteri berzina tanpa bukti dan saksi..

Maaf, sila rujuk kes ini ke pejabat agama atau mereka yang lebih arif..



Visitor IP: 175.144.20.196

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah boleh jadi talak/ lafaz talak

Nama*:rose
Tajuk*:adakah boleh jadi talak/ lafaz talak
Message*:Salam ustaz...saya baru sebulan lebih nikah..tapi belum pernah berjimak dengan suami.. Bila suami ajak berjimak, aaya layan tapi sampai masa suami ingin memasukkan zakarnya kedalam daraj, saya menolak dgn alasan takut..:(
Suami marah sebab dah sebulan bersabar dgn saya.
Kemudian suami marah saya dan berkata "pergi balik kampung"..
Adakah ayat pergi balik kampung tu boleh jatuh talak terhadap saya?
File Upload:
Salam

Pergi balik kampong tu taklah dikira talak.. suami suruh balik je, bukan suruh cerai..

Sepekara yang amat penting di sini ialah puan wajib menunaikan hak suami untuk bersama.. memang pada awalnya sakit sikit, tapi sabar la.. sekali je sakit tu.. lepas tu sedapnya tuhan je yang tau.. hehe.. dosa tu tak layan suami...

Visitor IP: 1.9.103.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 16, 2014

Soalan: sah x perceraian

Nama*:ina
Tajuk*:sah x perceraian
Message*:Suami ada 4 isteri.sya no 2.utk nikah lg satu,suami telah menceraikan saya.persoalanny suami tidak mlapazkn cerai dgn saya cuma becerita dgn isteri2 yg lain.dia dah nikah dgn ppuan baru.sya tidak menerima apa2 hitam putih dr pej agama n bila saya besemuka dgn dia,dia ckap tak pernah ceraikn saya.apa status saya skarang? Sejak dia nikah baru dia tak blik tidur rmah sya lagi.Macam mana pula dgn pernikahan baru beliau?
File Upload:

Salam

Lelaki hanya boleh bernikah 4 orang serentak tidak boleh lebih jadi 5..

Puan kena pastikan benar-benar dari mulut suami, siapa yang diceraikannya sama ada puan atau isteri yang lain. sila pastikan betul-betul daripadanya. puan kena maklumkan juga yang suami tu tak boleh kahwin sampai 5 orang serentak.. jika dah ceraikan salah seorang isteri pun, di amasih ada edah untuk diikuti sebelum dia boleh tambah yang ke empat.

hai.. ontahlah..


Visitor IP: 123.136.106.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 15, 2014

Soalan: lafaz talak dan rujuk

Nama*:nurasimah
Tajuk*:lafaz talak dan rujuk
Message*:assalamualaikum.....
sya nak tanya adkah jatuh talak ketika isteri dalam pantang?
kedua baru2 ini saya dan suami bergaduh melalui sms menyebabkan suami menghantar sms "jom cerai" adakah jatuh talak @ tidak?
slps semalaman dia menghantar sms, saya menyuruh suami melafazkn rujuk untuk kepastian d khuatiri cerai telah berlaku...dan slps itu kami telah bersama...adakah sah perkahwinan kami walaupun kami tidak pergi ke pejabat agama untuk mendaftar...
File Upload:
Salam

Talak jika dilafazkan oleh suami, akan jatuh walaupun isteri berada dalam pantang atau ketika mengandung atau pada bila-bila masa pun...

kalimah sms jom cerai tidak dikira sebagai cerai yang sah. ia hanya satu ajakan yang belum pasti ia sah atau tidak. Oleh itu, pada say kes ini tidak melibatkan cerai. dan bila tak ada cerai, tidaklah perlu adanya rujuk.

*lafaz cerai dan rujuk akan sah terjadi walaupun tidak didaftarkan di mahkamah...



Visitor IP: 1.9.98.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz taklik

Nama*:deya
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:slm ustaz..sy nak tanya sedikit..
semalam sy gaduh besar dgn suami..
reasonnya tak besar mana pun..sy tunggu dia shopping lambat sgt..then sy ckp sytunggu di kedai depan.sampai die habis shopping die tengok sy xada di tempat tersebut sebab sy kejar anak saya berusia 2tahun berlari2..
suami marah saya..jika saya buat lagi macam tadi di hari yang lain, dia ckp jatuh talak 1..adakah sah ustaz??
minta penjelasan.. macam mana cara nak membatalkan talak taklik ni..saya jadi risau..takut sy terbuat dgn tidak sengaja..mohon penjelasan dgn segera
File Upload:
Salam

Lafaz seperti itu adalah sah dan terjadi taklik kepada puan.. taklik tidak boleh ditarik balik..

cuma lepas ni, kalau shoping tu, pastikan di mana nak tunggu dan tak lari dari tempat yang dijanjikan. ataupun, pergi je temankan dia shoping sama-sama.. so tak jadilah taklik tu..

tk

Visitor IP: 58.26.98.162

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 14, 2014

Soalan: jatuh hukun zihar atau tidak?

Nama*:husairi
Tajuk*:jatuh hukun zihar atau tidak?
Message*:Assalamualaikum Ustaz.
1. Adakah jatuh zihar jika sesorang bapa mengatakan pinggang anaknya sama seperti isterinya. Lafaznya seperti berikut"Pinggang kakak ni tinggi jugak". Lafaz tersebut dilafazkan oleh si bapa kepada anak perempuannya sebaik sahaja melihat bentuk badan anaknya itu. Si bapa sedia maklum dalam hatinya bentuk pinggang isterinya sama seperti anaknya.2. Adakah jatuh zihar jika seseorang memberitahu rakan sekerjanya berkata,"Jika nak lihat muka isteri saya semasa kecil, lihatlah muka anak perempuan saya yang bongsu".Lafaz tersebut dilafazkan tanpa disertai dengan niat zihar di dalam hati.
Sekian, terima kasih.
File Upload:
Salam

lafaz seperti itu, tidak termasuk dalam lafaz zihar..

tk

Visitor IP: 113.210.11.20

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ragu ragu

Nama*:mohd nasrul
Tajuk*:ragu ragu
Message*:salam ustaz apakah status jika perkahwinan saya jika saya sebut perkatann KALAU tapi tiba2 terlintas taklik dalam hati disebabkan perkataan kalau saya lafaz.adakah dikira sah taklik??saya selalu was2 setiap kali tersebut perkataan kalau selalu terlintas sambungan dalam hati ayat taklik tentang apa saja yg saya tgh buat.
File Upload:

Salam..

saya menjadi bosan melayan orang yang was was ni... maaflah tuan..

beginilah, usah dilayan lintasan dalaman seperti itu yang menyusahkan hidup saudara... tidak semua benda perlu difikirkan untuk cerai dan cerai je.. banyak perkara lain yang lebih baik dan lebih positif untuk difikirkan...

bawalah istighfar banyak-banyak..


Visitor IP: 115.134.61.1

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: erti nafkah batin

Nama*:qasih
Tajuk*:erti nafkah batin
Message*:Salam..saya yg hantar soaln tentang nafkah batin tempoh hari..
Saya nk tanya lg tentang soalan 1 tu..
jadi jika suami yg klimaks dulu, itu tak salah yer ustaz...suami klimaks dulu kemudian baru isteri, adalah ia salah disisi islam dan apakah suami tu telah menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah batin kpd isterinya?
Mohon penjelasan dari ustaz..
File Upload:
Salam

Yang penting ialah suami mahu bersetubuh dengan puan. Soal klimaks tu, ikut kemampuan suamilah.. jika dia pandai dan tahu nak kawal, dia boleh klimak lambat drp puan, jika tidak.. dia akan klimaks dulu.. tak kisah lah tu.. siapa yang dulu.. asalkan ada kepuasan masing-masing..

tk

Visitor IP: 1.9.102.54

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



UMRAH

Saya akan mengerjakan umrah bermula 16 hingga 30 Disember 2014

Oleh itu semua soalan tidak dapat dilayan buat masa ini..

Mohon doa daripada kalian dan terima kasih.

Saturday, December 13, 2014

Soalan: kemusykilan

Nama*:liza
Tajuk*:kemusykilan
Message*:Salam..sy mahu mendapat kepastian..sy dan suami pernah bertengkar..selepas itu suami ada mengatakan, "senang berpisah jela"..apakah jatuh talak ke atas sy?
File Upload:
Salam

Ia satu pernyataan sahaja bukannya lafaz cerai..

Tak jatuh talak.

tk

Visitor IP: 210.186.55.14

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tips lawan was was

Nama*:nasrul
Tajuk*:tips lawan was was
Message*:ustaz
File Upload:
Salam

1. Banyakkan zikir kepada Allah selalu

2. Baca banyak ayat kursi

3. Dalami fakta ttg akidah islam

4. Yakinlah dengan setiap apa yang anda buat- yakin berdasarkan ilmu

5. Ikut was-was bererti ikut syaitan.. perlu katakana tidak pada sebarang keraguan..

tk

Visitor IP: 219.92.111.75

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: erti nafkah batin

Nama*:qasih
Tajuk*:erti nafkah batin
Message*:Salam ustaz..
Seperti yg kita tahu, suami wajib memberi nafkah batin kpd isteri. Soalan saya ialah :
1. Apa hukum jika semasa suami isteri berjimak / bersetubuh , suami mengeluarkan air mani ( klimaks ) terlebih dahulu daripada isteri. Maksudnya suami mencapai kepuasan terlebih dahulu kemudian selepas tu baru isteri yg klimaks..boleh ke macamtu?

2. Umum kita tahu nafkah batin ialah melakukan jimak. Selain itu, apa lagi contoh2 nafkah batin dari suami kpd isteri..?

Mohon penjelasan dari ustaz..
File Upload:

Salam

1. Sepatutnya suami cuba untuk klimaks bersama, seiirng dengan isteri klimaks. Ia memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal klimaks awal. Antaranya ialah usah dipercepatkan sangat tikam tikam, tetapi dibuat sedikit sedikit agar isteri juga teraasa puas... op, maaf

2. Nafkah batin bukan shj seks, malah kasih saying, penghargaan kita, saling hormat menghormati, bermaafan, mendengar dan didengar dan lain-lain selain daripada kehendak fizikal.

tk
Visitor IP: 203.106.159.195

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pengesahan cerai

Nama*:fendy
Tajuk*:pengesahan cerai
Message*:salam ustaz,

saya nak tanya, semasa saya bergaduh dengan isteri, isteri meminta dan mendesak cerai dgn saya,saya cuba untuk mengelak untuk melafaz cerai kerana masih sayangkn isteri tapi isteri dalam keadaan marah terus mendesak saya. dia berkata ' ceraikan syg' saya pula menjawab(sudah hilang sabar) takpe la, abg cerai la..

sah ke tidak ucapan saya itu? klau sah talak dah jatuh bolehkah saya merujuk kembali dgn isteri tanpa perlu ke pejabat agama. rujuk antara kami sahaja. mohon penjelasan...
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, lafaz tak apa la abang cerai la.. tidak jatuh talak kerana ada unsur 'tempoh masa' di situ.. maaf itu pendapat peribadi saya. Bila tak jatuh talak tak perlulah dirujuk

(Rujuk boleh dilakukan di hadapan isteri sahaja dan sah. Pendaftaran di pejabat agama itu lebih kepada formaliti dan kehendak undang-undang negara)

tk

Visitor IP: 183.171.169.241

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon jawapan

Nama*:fiza
Tajuk*:mohon jawapan
Message*:Salam ustaz...apa beza perkataan tolak & talak...
Saya ada pernah dgr ceramah dan ustaz tu katla ' aku tolak (talak) kau'..
Ustaz tu cakap ayat talak tp bunyi mcm tolak...
Tapi apa hukum pula jika suami cakap ' abang tolak fiza.." ( bukan situasi utk cerai/ bukan niat menceraikan)..
ustaz jelaskan boleh..pening lar..hee..:)
File Upload:
Salam

Sila rujuk Kamus Dewan...

Tolak ialah menolak, eg tolak kereta, tolak lori, menolak seseorang sehingga jatuh dsb.

Talak ialah cerai, perkataan cerai yang tak boleh dibuat main...

Mungkin sebutan penceramah itu yang dialek kenegeriannya sebegitu, tetapi kita kena fahamlah maksud sebenar talak atau tolak.

Abang tolak fiza; bererti abang menolak isteri sehingga jatuh dsb.. so tiada kaitan dengan talak dan tidak jatuh talak..
tk

Visitor IP: 1.9.103.100

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, December 11, 2014

Soalan: mohon pendapat

Nama*:noor
Tajuk*:mohon pendapat
Message*:Assalam.sy rgkaskn pemasalahan sy dan berharap saudara ustaz memahami maksud yg ign sy smpai kn.usia perkahwinan sy mencecah 7bln.pd bulan pertama kami berkahwin sy mendapat tahu suami telah mengadai gelang emas dan berlaku pertengkaran dan suami memukul sy dgn jug berisi air dikepala,kejadian kedua suami telah mencuri duit hantaran perkhwinan dan bile sy bertnye dye marahi sy dan memukul sy.ketiga,selps tahu akn tntg hal itu sy dingin utk bersama dan mnyebabkn beliau bengang dan menyentap lengan sy dgn kuku hingga berdarah.mslh rumh tgga sy dihidu oleh fmli sy dan mendesak sy menceritakn semuanya dan fmily sy ambik kptsn utk berbincg dgn pihak lelaki iaitu pak ciknye tp pakciknye menuduh sy menipu krna bg dye suami sy baik dan xmgkin bt mcm 2.semua kejadian didepan mak suami sy tp mak suami sy xnk bukak mulut sbb takot malu saudara tau dan mnangis dpn sy sbb fmli sy bgtau bapa saudara suami sy.yg terbaru,sy dpt tahu yg suami sy blik lmbt sbb melepak dan sy marah knpe menipu katanya kerja smpai lwt mlm sdgkan bos dan kwn dye beritahu berbeza,baju sy disentap hinga spruh bogel dan diseret dpn mak suami sy.kluarga sy berharap sy berpisah tp sy xboleh bt krna jika 2 terjadi akn burukkn nama kedua pihak.sy mohon pendapat dan nasihat drpd ustaz.sbgai penguat utk usaha sy mencari ikhtiar selain drpd tawakal kpd yg esa.
File Upload:

Salam

Puan, itulah kenapa kahwin dengan srigala.. kan dah jadi mangsa rakusan srigala.. op maaf..

Beginilah puan, usia perkahwinan masih terlalu muda.. baru 7 bulan. Suami yang buruk kelakuannya tidak dihidu semasa bercinta dahulu, dan puan tidak tahu menahu tabiat buruknya itu sehinggalah bergelar isteri.

Apa yang perlu dilakukan ialah puan kena bawa kes ini ke tengah, puan kena berani bersuara dan menceritakan isu ini kepada seseorang yang boleh dipercayai untuk memdamaikan keadaan. Pada saya langkah pertama ialah puan bertemu kaunseling di Pejabat Agama atau mana-mana kaunserlor yang diyakini.

Boleh dapatkan nasihat mereka dan ada baiknya suami juga dikaunselingkan sebegitu...

Jika puan kerap didera mental dan fizikal, buatlah laporan kepada pejabat agama kerana dalam lafaz taklik ada disebutkan penderaan fizikal itu tidak boleh...

Jika perpisahan itu yang terbaik, tidak ada salahnya puan memohon cerai daripada suami berkenaan. Suami sebegini susah hendak dibimbing, susah hendak diubah... Usah hiraukan pandangan orang lain, sedangkan kita sendiri yang menderita..

maaf itu pendapat saya.

tk



Visitor IP: 103.246.200.35

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Masalah cerai/talak

Nama*:Fahmi
Tajuk*:Masalah cerai/talak
Message*:Saya ada 2 istri. Umumnya kami bhgia. Gaduh2 itu biasalh, tdklah sgt jd kronik, krn saya lbh byk brtenang; tdk suka memnjgkn prgduhan & memaafkn mrk. Namun bgtu keadn ini mnjdikan mrk tdk segan2 utk brgduh dgn saya bila ada mslh; mrk jd kurng hormat/takut pd suami. Syg suami tp bila ada mslh yg mnguji mrk, mrk mudah hilang prtimbgn & snggup brgduh habisn dgn saya...klu xpuas hati jg mrk brtndak brlebih2an spt klr rumah. Saya sntiasa ingtkn mrk ttg akhlak & syariat sebgai istri, namun tetap jg mrk mmpu brubah. Wktu ok mrk ok je....
Satu hari sya brgduh dgn is-1, smpai kronik betul, mslh dia cemburu. Konon saya layan madunya lbh masa dia xde, dia mcm lupa adab poligami. Saya cuba tenangkn dia dgn pelbagai nasihat. Akhirnya bila sgla peerangn saya dia xblh trma, dia lbh prcaya pd sgka2 buruknya, dek krn l/kurg 2-jam menhan sabar mmbendung 'amukan'nya, saya xmmpu brtahan lg, saya tiba2 dari keadn dduk, spontan saya bngun & memekik, "klu bgtu saya ceraikn korang brdua".
Bbrp ketika kmdn saya trdduk kmbali, bristighfar & memikirkn kembali apa sebnarnya yg saya ucapkn td itu? Saya jd bingung...is-2 xde brsma di wktu itu, dia klr bkrja.
Apa status ucapn saya itu? Dan bgmana keddukn saya dgn is-1 & is-2?

Sekian, tk byk2 ust.
File Upload:
Salam

Tahniah kerana saudara mengamalkan poligami.. Banyak karenah dan dugaan yang perlu dihadapi..

Ucapan itu telah menjatuhkan talak ke atas isteri pertama dan isteri kedua. Maksudnya telah jatuh satu talak ke atas kedua-dua isteri saudara.

Saudara boleh merujuk kembali isteri berkenaan, jika mahu...

heh.. tahniah... dan bawa banyak bersabar..

tk


Visitor IP: 113.210.130.161,168.235.195.54

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: suami marah bila strees

Nama*:ina
Tajuk*:suami marah bila strees
Message*:Salam ustaz..
Saya ibu kpd 2 org anak lelaki..seorang isteri dan hanya sebagai suri rumah walaupun berpelajaran tinggi..
Suami kerja sendiri dan saya tinggal di rumah mak mertua saya kerana mak mertua tinggal seorang..
Saya sebagai isteri selalu mendukung / selalu memberi sokongan kpd suami...suami baru berjinak dlm bisnes..ada masa bisnes ok..ada masa tak...saya tahu suami susah...saya makan pakai aoa yg ada saje..saya jarang meminta minta kpd suami walaupun itu mmg tanggungjwb suami memberi nafkah..tapi memandang gaji suami cukup2 je..saya jd kasihan...xsampai hati nk minta lebih2..saya hanya lebihkan anak2 utk beli susu+lampin..
Soalan saya : bila suami stress/susah, saya ajak die borak,bagi pendapat &cuba tenangkan dia, tapi kadang2 tiba2 suami tengking saya/marah saya...saya sedih dan kasihan...
Bila dah reda, suami akan datang dan pujuk saya,minta maaf pada saya walaupun hati saya sakit/sedih...
Ustaz, bagaimana cara yg terbaik utk berkata/bercakap dgn suami yg sedang dalam ada masalah?
Suami ok, solat xtinggal, hormat mak ayah..tapi ada masa garang dan baran...
File Upload:
Salam

Kasihan suami, dia terbeban dengan kerja dan sukarnya mencari nafkah hidup.

Elok jiak puan minta izin untuk bekerja bagi meringankan beban keluarga

Nak pujuk suami, usah dimarahinya dan usah ditanyainya itu dan ini... berlailah dia dengan usap sana sini dan bagi dia makan minum.. layan dulu kehendaknya.. barulah boleh dibawa berbincang... he he tk

Visitor IP: 1.9.103.112

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 10, 2014

Soalan: Cerai-rujuk

Nama*:Samsul
Tajuk*:Cerai-rujuk
Message*:Salam ust,
Ada 2 mslh saya:
1. Saya brgaduh suami-istri smpai tahap istri jd xsiuman hgga sggup heret anak krn dia tahu saya sgt sygkn ank. Saya masih blh kawal fikiran, memujuk istri spy brtenag & hentikn prgduhan. Namun istri trus brteriak2 & kemuncaknya mnta diceraikn, brkali2 ("ceraikn saya!). Saya jd xsabar spontan keluarkn perkataan, "pi lah (pergilah) cerai!". Dlm hati saya hnya niat mngugutnya sj, namun kmdn dari itu saya trlintas dlm hati, "nk jd apa pun jadilah". Adakh jatuh talak?
Tksih.
File Upload:
Salam..

Walau apapun, keputusannya atas apa yang diniatkan oleh suami. Jika suami berkeyakinan bahawa sebutan pi lah cerai, adalah ugutan, maka ia tidak menjatuhkan talak.

Yang lain tu, kita kena banyak bersabar dan berusaha untuk memperbaiki kehidupan rumah tangga..

tk


Visitor IP: 113.210.129.101,168.235.196.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: solat sunat

Nama*:aini
Tajuk*:solat sunat
Message*:salam ustaz,

saya ingin bertanya mengenai petunjuk jodoh.
saya sudah buat puasa sunat 7 hari ( saya dah buat lebih dari 7 kali) dan pada setiap malam saya solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan witir untuk memohon petunjuk dan jodoh.
selepas saya mesti lelaki yang sama mencari saya. selama lebih 7 kali amalan ini saya lakukan tetap lelaki yang sama yang pertama hadir dan mencari saya. saya ada bertanya pada orang mereka berkata bagi mereka adalah petunjuk tapi sentiasa la berdoa kerana kita tak tahu apa rancangan Allah. Masalahnya saya diberitahu bahawa lelaki tersebut atau kawan saya akan berkahwin adakah benar itu petunjuk dari Allah tentang jodoh saya.

Apa yang harus saya lakukan ustaz.
File Upload:
Salam..

Senang cerita beginilah.. saudari ni nak kahwin ke tidak? Kalau nak kahwin, kena konfirmkan dalam hati bersungguh-sungguh bahawa saya nak kahwin.

Pilihan yang ada mungkin seorang atau dua sahaja. Oleh itu buatlah puasa dan solat seperti yang saudari pernah buat tu.. usah diharapkan muka sesiapa yang akan muncul di depan mata atau dalam mimpi.. yang penting kita rasa dah yakin dan sedikit confident dgn seseorang yang kita pilih.. dan selebihnya berserahlah kepada Allah.

Ingat, tiada lelaki yang sempurna.. ketidaksempurnaan itulah yang perlu untuk saling melengkapi antara suami dan isteri.

Pastikan siapa yang saudara lebih selesa dan tenang untuk diangkat sbg suami, pilihlah dia...

hehe..

Visitor IP: 183.171.167.88

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tudung terkena cat yg belum kering

Nama*:nadira
Tajuk*:tudung terkena cat yg belum kering
Message*:salam ustaz...saya dah beli rumah tp rumah masih belum siap..saya dtg ke rumah tu dgn tujuan saje nk tgk2..time tu pekerja di tapak pembinaan tu sedang cat pintu rumah tp dah selesai cuma catnya masa basah iaitu belum kering..
saya berdiri dipintu tersebut dan cat yg basah tu terkena tudung dan pakaian saya.
Soalan saya..jika org yg cat pintu tmenggunakan berus cat dari bulu babi, adakah pakaian dan tudung saya tu dianggap telah terkena najis berat?
Bagaimana cara utk menyucikannya?.
tk
File Upload:
Salam

Keh keh.. kenapa tak Tanya je pada tukang cat tu, berus apa yang awak pakai.. tak pun Tanya saja pada berus cat tu, kau jenis apa..bulu you ni bulu babi ke bulu roma.... keh keh...

Usahlah terlalu disusahkan pemikiran kita dengan berbagai perkara yang tidak dipastikan.. Islam tidak sepayah itu menghukum manusia...

Yang penting, bila terkena cat, ia tak najis.. cuma kotor.. so, bersihkan cat tu.. atau tak bersihkan pun tak apa... solatlah dengan cat itu sekali... its OK

Jika cofirm betul-betul berus babi, samaklah pakaian terkena cat itu.. basuhan 6 kali ari biasa dan sekali air tanah..

hehe

Visitor IP: 1.9.103.84

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA