Monday, November 17, 2014

Soalan: paksa suami bertaklik

Nama*:suriyani
Tajuk*:paksa suami bertaklik
Message*:assalamualikum ustad,sy telah memaksa suami saya untuk bertaklik.hal ini demikian kerana kawan saya bagitahu yg suami sy ambil pil kuda.untuk kepastian sy paksa dia dgn cara bertaklik.dia taknak bertaklik tp sy paksa,jika dia ambil maka jatuh talak.tahun ni sya terbaca sms dia yang dihantar kepada adik dia yang dia nak buah dua biji kalau tak blh dua 1 pun takpa.sy tanya dia tp dia tak mengaku.akhirnya dia mengaku yg dia ambil benda tu.maka jatuh atau tidak talak tersebut ustad
File Upload:
Salam

Puan, kalau taklik tu dilafazkan oleh suami atas kerelaannya, maka ia jatuhlah talak ketika  mana suami mengambil pil kuda berkenaan.

Ketika paksaan puan itu, adakah suami benar-benar terancam dan tergugat sehingga dia benar-benar terpaksa melafazkan taklik?

Jika benar terpaksa, maka taklik itu tidak sah. tetapi jika dengan kepatuhan dan kehendak suami, maka taklik itu benar dan sah.

kena Tanya si suami juga dalam hal ini..



Visitor IP: 218.111.88.33

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.