Sunday, November 30, 2014

Soalan: Kecurangan Diri Seorang Isteri

Nama*:Ima..
Tajuk*:Kecurangan Seorang Isteri
Message*:Kecurangan Seorang Isteri

Assalam. Tuan,

Terutama sekali saya mohon maaf atas email yang mungkin mengganggu Tuan. Tapi saya perlukan nasihat yang bernas dan ke jalan yang benar. Saya terima segala nasihat dengan hati terbuka.

Tuan, saya merupakan seorang isteri yang bekerja dan mempunya seorang anak lelaki berusia 9 bulan. Sebelum saya berkahwin, memang hidup saya diselubungi masalah demi masalah oleh kerana nafsu sendiri. Saya telah terlanjur dengan beberapa lelaki. Walaupun begitu, Alhamdulillah suami saya terima seadanya saya.

Tetapi, dalam beberapa lelaki tersebut, saya tetap hubungi lelaki yang di namakan S. Semasa mengenali S, saya masih bujang. Tetapi S telah bertunang tanpa pengetahuan saya. Namun akhirnya S mengakuinya. Saya redha. tapi setelah dia berkahwin kami masih lagi bersama. Saya harap hubungan itu sampai di situ setelah saya berkahwin. Tetapi tidak, saya masih hubungi S dan terlanjur banyak kali. Walaupun saya dan dia telah punyai hidup masing-masing. Saya rasa serba salah, tapi masih mahukan S. Hubungan saya dan S hampir 4 tahun.

Selama saya bersama S, suami saya tidak pernah tahu menahu. Ada juga beberapa hal yang saya tidak berkenan dengan suami, tapi saya tahu, saya tidak boleh memandang hal itu untuk melaksanakan hasrat saya.

S mohon saya bercerai dengan suami saya untuk bersamanya. Tapi saya tidak pasti akan melakukan nya atau tidak. Kerana di fikiran saya, saya akan melukakan hati banyak pihak terutama suami dan anak saya. Kedua, perasaan saya rasa, sampai bila saya harus curangi suami saya jika tidak bercerai dengannya dan saya fikir, jika saya nikahi S, saya tidak akan curang. Tetapi segala ketentuan adalah milik Allah. Saya cetek akan dosa pahala. Tapi saya tau zina itu dosa besar.

Jika saya terus bersama suami saya, tapi saya masih teringat S, dan jika saya bercerai dengan suami saya, saya tetap dengan S. Saya tidak tahu apa akan berlaku kemudian hari. Tapi itu adalah di fikiran saya buat masa ini. Mohon nasihat dan pandangan Tuan untuk merungkai kekusutan saya serta hukum setiap tindakan ini. Terima kasih Tuan.


Sekian, terima kasih tuan.
File Upload: 

Salam

Semoga Allah mengampuni dosa dan keterlanjuran kita.

Puan, yang pertamanya, marilah kita kembali bertaubat kepada Allah atas perlakuan dosa yang kita sedar dilakukan sekian lama. Kecurangan yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh puan dengan sesiapapun, ia tetap satu dosa besar dan apatah lagi setelah puan punyai suami yang sah menjaga puan sedaya upayanya. Malah kesediaan dia menerima puan dalam keadaan itu, ia sudah cukup satu pengorbanannya untuk masa depan puan dan anak-anak juga.

Sememangnya kita gembira dan suka dengan layanan orang luar yang sesekali dapat memenuhi nafsu kebinatangan manusia. Sesekali memang begitulah tarikan dan tipu daya nafsu yang disulami syaitan menghimbau keghairahan seperti itu. Tetapi kita sedar bahawa ia satu dosa yang panjang dan lama yang akan terus memburu sepanjang hidup kita. Oleh itu, hentikanlah kecurangan itu, hentikanlah angan-angan keseronokan sementara itu dengan bertaubat dan kembali kepada Allah. Perbanyakkanlah istighfar dan zikir dalam hidup kita, bila sahaja teringat benda yang tak baik, cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah dan mohon Allah memelihara kita daripada terus terlibat dengan dosa.

Ketika bersama dengan suami, elakkan membayangkan lelaki lain, cuba focus pada layanan suami atau bagaimana mahu melayan suami dengan cara yang terbaik. Ia juga satu dosa lagi dengan membayangkan orang lain ketika bersetubuh.

Pada pendapat saya, puan telah punyai suami dan anak, sebaiknya puan tabah dan sabra untuk membahagiakan anak-anak dan suami. Usah dicari lorong lain yang belum tentu akan membahagiakan puan. Sementelah S juga telah berkahwin dan punyai tanggungjawabnya tersendiri. Memanglah pada ketika ini dia seadanya memujuk puan untuk bercerai untuk membuktikan kesungguhannya memperisterikan puan, namun ia tidak lain hanyalah umpan untuk mendapatkan 'habuan' daripada diri puan semata-mata. Tidak lebih daripada itu. Cuba fahami kehendak lelaki dalam hal ini....

Jika benar dia mahu membahagiakan puan, nescaya dia tidak akan mengganggu rumah tangga puan lagi. Dia hanyalah lelaki yang datang untuk meraut madu yang berbaki cuma.

Puan, saya mengharapkan puan segera bertaubat dan tunaikanlah tanggungjawab benar puan kepada suami dan anak. Renunglah mata anak puan yang tentunya amat kasih dan perlukan suami sebagai bapanya. Renunglah wajah suami yang biar bagaimanapun dia, dia adalah suami puan yang sah dan bertanggungjawab membawa puan ke syurga.. tidak pada lelaki bernama S itu.

Maafkan saya puan.. Doalah semoga Allah mengubah hati kita ke jalan yang benar dan soleh.

tk




Visitor IP: 203.217.176.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah ia lafaz kinayah bagi cerai

Nama*:ila
Tajuk*:adakah ia lafaz kinayah bagi cerai
Message*:Apa hukum suami berkata "aku tingalkan bini aku / aku dah tinggalkan bini aku".
File Upload:

Salam

Jika ia satu cakap yang diucapkan kepada rakan-rakannya di kedai kopi, ia lebih kepada satu pernyataan semata-mata, bukannya lafaz cerai yang sah.

Pernyataan seperti ini, tidak dikira sebagai lafaz talak, kerana mungkin ada sebab lain yang mahu diselindungkan dalam ucapan berkenaan.

tk


Visitor IP: 1.9.103.107

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, November 29, 2014

Soalan: Tegur suami

Nama*:Dina
Tajuk*:Tegur suami
Message*:Salam ustaz,

saya ingin bertanya mengenai rokok. Saya menegur suami saya yang menghisap rokok kerana umum mengetahui rokok adalah haram disisi Islam. Salah ke saya sebagai seorang isteri menegur suami mengenai menghisap rokok tetapi suami saya tidak menerima teguran tersebut. Saya juga ingin bertanya adakah amalan solatnya diterima atau pun tidak kerana suami saya merokok.

Terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Rokok tu ada yang kata makruh.. Makruh membawa kepada haram.

Nak tegur suami tu biar betul caranya. Usaha dipersalahkan dia, tetapi ditanyai pendapatnya dan diminta penjelasannya. Kalau tegur semua orang tak suka.. pendekatan terbaik.. itu yang penting.

Solatnya sah. tiada kaitan dengan rokok la puan...

tk

Visitor IP: 183.171.161.40

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, November 28, 2014

Soalan: lafaz taklik

Nama*:earin
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:salam,suami saya ada melafazkan kalau kau keluar aku ceraikan kau talak tiga,oleh kerana ikutkan marah saya telah keluar dari rumah tapi hanya di parking kereta di kawasan rumah sahaja selapas seminit saya masuk semula ke rumah,jadi jatuh ke talak tiga?suami sy xmaksudkan keluar rumah,hanya maksudkan keluar sahaja.boleh ke talak taklik di tarik balik?risau kalau keluar rumah walaupun dengan izin suami takut terjatuh talak.
File Upload:
Salam.

Taklik tidak boleh ditarik balik.

Dalam hal ini, cuba dapatkan kepastian dengan niat suami berkenaan. adakah dia hanya maksudkan pada ketika itu sahaja atau pada hari itu sahaja atau keluar tanpa kebenarannya... Jika dapat dipastikan maksud suami sebegitu, maka yakinlah dan ikutlah apa yang dimaksudkan..

tk
Visitor IP: 1.9.99.32

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 26, 2014

Soalan: Tersasul cerai

Nama*:Ha
Tajuk*:Tersasul cerai
Message*:Salam ustaz,

Saya agak pening dengan masalah "tersasul cerai"...bila saya google, ade yg cakap jatuh, ade yang ckp tak...bila pergi ke pejabat agama, dieorg ckp tak sebab tersasul tu tak sengaja/ tak sedar / tak waras...tp bila tanya kat website jakim, jatuh pulak walaupun tersasul...mana satu yg patut sy ikut ustaz?

P/S : Tersasul bermaksud tak sengaja atau tercakap secara tak sengaja ( tanpa niat)...hati nak ckp lain, tapi mulut tersasul cerai...mcm mane tu ustaz?
File Upload:
Salam

Jika orang melatah dan kita tahu latah tu dia sebut tanpa niat.. maka ia tak lah jatuh talak.

Kes tersasul ini kena dinilai tahap mana? Adakah kerana latah atau kerana memang dah geram sangat kat isteri dan spontan keluar ayat aku ceraikan kau... Jika ia terucap dengan nada geram pada isteri, terpacul ucapan cerai, maka ia jatuhlah talak.

*istilah tersasul itu berbagai pengertian boleh diberi.. so, kita berpegang pada suasana mana ia terjadi..

itu lebih tepat.

tk

Visitor IP: 175.145.187.246

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz Cerai Dalam Bergurau Tetapi Bersyarat

Nama*:Nadia
Tajuk*:Lafaz Cerai Dalam Bergurau Tetapi Bersyarat
Message*:Assalamualaikum,
Dalam bergurau, suami menyatakan bahawa "kalau sana jatuh (talak), sini pun jatuh (talak)"... erti kata lain kalau isteri yg seorang lagi diceraikan, maka saya pun diceraikan juga..

mengikut pemahaman saya, sekiranya lafaz cerai telah berlaku di antara suami dan madu saya, secara automatik saya pun telah diceraikan walaupun suami tidak melafazkan cerai kepada saya...

mohon penjelasan.
File Upload:
 
Salam

Cerai jangan dibuat main, ia akan dikaitkan dengan taklik..

CUma dalam kes ini, suami mungkin menyatakan dia tak akan cerai isteri-isterinya. Maksudnya kalau nak cerai, cerai dua-dua sekali.. begitulah enggannya dia menceraikan isteri.

Dalam keadaan ini (jika benar andaian saya) ia bukanlah taklik dan ia tidak mengikat pada cerai yang sana akan jatuh yang sini juga...


tk

Visitor IP: 115.132.117.18

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: solat

Nama*:hamidah
Tajuk*:solat
Message*:Salam ustaz...
Bila kita mulakan solat, perlu.baca niat solat yg dlm bahasa dulu kemudian baru angkat takbir / semasa angkat serentak baca niat dlm hati?
Saya keliru..macammana pula kalau solat berjemaah..
Mohon ustaz jelaskan.
Tk
File Upload:
Salam Puan.. hai tak kanlah kat sekolah dulu tak belajar kut. op sorry ya puan..

Niat itu adalah ingatan dan qasad dalam hati dengan apa yang kita hendak buat. COntohnya hendak makan, maka kita ke kedai makan dan beli makanan dan makan...

CUma dalam solat ni, kita digalakkan sebut dahulu lafaz solat bagi menggerakkan kesedaran kita bahawa kita sedang nak solat. Tapi kalau tak sebut pun tak apa, sebab kita memang dah tahu kita nak solat bila berdiri sahaja di atas sejadah...

Yang penting ketika takbir, niat solat itu hadir; aku nak solat zohor dsb...

Pada solat Jemaah juga niat itu akan hadir; aku nak solat zohor berjemaah @ sbg makmum..

tk
Visitor IP: 203.106.158.209

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keluarga

Nama*:wati
Tajuk*:keluarga
Message*:asalamualaikum ustad . saya dan suami tngl sekmpung , ruma kluarga sya dan kluarga mntua tdak jauh .. jdi sya,suami, dan ank tngl di kedua2 buah rumah , mksud sya bergilir2 .. sya tau sesudah sya brkhwin , smstinya sya brkhwin dgn kluarga suami sya jga kn ? sya trima klebihan dan kkurangan mreka .. tpi ustad , suami sya tdak sprti sya , dia tdk dpt mnrima klebihan dan kkurangan kluarga sya ..apabla kmi d ruma sblah suami , smuanya ok, smuanya bole .. tpi apabila d ruma sblah sya pula , smuanya tdak .. mw bgduh dlu bru la dpt pulang ruma sblah sya .. bkan apa ustad , sya cma rsa tiada keadilan di situ .. apabila d ruma sblah sya bru skejap , sudah brgduh .. sya pn tdak tw mw buat apa .. sya mw mnjga hati dan perasaan smua pihak .. apa yng patut sya lakukan ?
File Upload:
Salam

Puan, cuba gunakan bahasa yang baik dan betul.. Kasihan pada bahasa Melayu kita bila disingkat seperti ini.

Perkara yang penting dalam kes ini ialah suami isteri tidak punyai rumah sendiri sebagai rumah mereka, masih menumpang keluarga. Perkara asas untuk kebahagiaan ialah suami isteri dan anak-anak tinggal sebumbung. saya nasihatkan berpindahlah ke rumah sendiri yang jauh daripada pengaruh ibu bapa mertua. Ia penting.

Selagi tidak boleh pindah, puan akan sentiasa makan hati dengan sikap suami seperti ini. Tidak apalah, puan kena banyak bersabar dan memang kebiasaan suami itu di rumahnya sejak kecil, dia terbiasa dengan cara hidupnya sendiri dan itulah yang dia selesa. Bila di rumah mertua, tentunya ada yang tidak selesa dan tentunya dia tidak suka diam lama di sana... fitrahnya sebegitu.

Bersabarlah selagi tiada perkara yang negatif terjadi..

tk

Visitor IP: 60.48.51.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Solat dan aurat

Nama*:Miss
Tajuk*:Solat dan aurat
Message*:Benarkah bahawa solat tidak diterima jika dia seorang perempuan yang tidak menutup aurat? Saya ada terbaca tetapi kurang faham, tutup aurat ketika solat atau ketika keluar rumah dan sebagainya? jika benar, apakah solat perempuan itu sia sia dan tidak sah atau tidak dapat pahala?
File Upload:
Salam

Solat adalah wajib kepada semua muslim dan muslimah. Solat wajib dikerjakan sebaiknya. Berdosa besar jika sengaja menginggalkan solat.

Wanita yang tidak menutup aurat juga wajib solat. Dosanya mendedahkan aurat adalah perkara lain, dosa tidak solat adalah perkara lain.

Jika sempurna solat pada rukun dan syaratnya, maka sahlah solat kita. dan tentunya kita wajib menutup aurat untuk sempurnakan solat. Manakala di luar solat juga kewajipan menutup aurat itu adalah fardu ain, wajib juga kita sempurnakan sebaiknya.

Tidak ada istilah solat sia-sia, kerana semua solat itu berpahala dan menjadi kewajipan kita.

tk

Visitor IP: 210.195.9.57

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz niat mandi wajib dibibir dalam bahasa melayu

Nama*:fida
Tajuk*:lafaz niat mandi wajib dibibir dalam bahasa melayu
Message*:Saya tadi yg hantar soalan ni:
Salam ustaz.
Saya nk tanya, boleh ke semasa saya mandi wajib, saya lafaz niat mandi wajib dibibir dlm bahasa rumi/melayu seperti ni " sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala".
Apa hukum nye yer ustaz bila saya lafaz niat manfi wajib tu dlm bahasa melayu dan telinga saya dengar semasa lafaz niat tu.
Sebab saya ada baca kat web yg lafaz niat perlu dlm hati tak perlu lafaz.
Sah tak mandi wajib saya ?

JADI, ADAKAH SAH MANDI WAJIB SAYA BILA SAYA LAFAZ NIAT TU DIBIBIR DLM BAHASA MELAYU?
File Upload:
Sah ler tu... ehhhhhhhh.. heheh.

Visitor IP: 203.106.159.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 25, 2014

Soalan: lafaz niat mandi wajib dibibir dalam bahasa melayu

Nama*:fida
Tajuk*:lafaz niat mandi wajib dibibir dalam bahasa melayu
Message*:Salam ustaz.
Saya nk tanya, boleh ke semasa saya mandi wajib, saya lafaz niat mandi wajib dibibir dlm bahasa rumi/melayu seperti ni " sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala".
Apa hukum nye yer ustaz bila saya lafaz niat manfi wajib tu dlm bahasa melayu dan telinga saya dengar semasa lafaz niat tu.
Sebab saya ada baca kat web yg lafaz niat perlu dlm hati tak perlu lafaz.
Sah tak mandi wajib saya ?
File Upload:
Salam

Niat ialah penyataan kehendak yang kita nak buat. Ia boleh dilafazkan dalam bahasa Melayu, Arab dsb. Untuk mandi wajib, ia sah disebut dng bhs MElayu atau Arab atau memadai dengan niat dalam hati sahaja (kenyataan dan qasad untuk mandi wajib). Ia sudah memadai dan sah.

tk

Visitor IP: 203.106.159.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz Talak

Nama*:Lin
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Assalamualaikum..sy ingin bertanya..baru2 ni dlm keadaan yg sangat marah seperti org hilang akal..suami sy telah melafazkan talak..sy juga dlm keadaan marah mencabar beliau. supaya menceraikan sy..tetapi tiada saksi dan suami sy jgk tidak mempunyai niat untuk menceraikan sy .Adakah jatuh Talak itu..mohon penjelasan.
File Upload:
Lafaz talak dalam keadaan marah adalah sah dan terjadi.

Maksudnya, ia telah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 1.9.98.221

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib

Nama*:mas
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Salam ustaz..nk tanya...selepas mandi wajib dan solat, dlm masa sejam saya tgk dibawah kuku jari tangan saya ada kesan hitam..saya tak pasti ia wujud semasa mandi atau selepas mandi.
Sah tak mandi wajib saya yer ustaz?
Sebab lepas solat, saya ada angkat baju dekat pagar, takut kuku tersentuh baju yg terdapat kesan hitam akibat terkena kesan hitam pada pagar...
Saya tak pasti kesan hitam tu ada masa mandi wajib atau selepas mandi wajib..

Saya yakin masa mandi wajib tadi kesan hitam tu macam tak ada
File Upload:
Salam.

Kesan hitam itu jika jenis berjisim (berbiji, berzat) dan menghalang air terkena bahagian wajib, maka perlu dibasuh untk mengesahkan mandi wajib.

Jika ia seperti dakwat yang tidak menghalang terkena air, maka mandian tadi sudah sah.

Jika dipastikan kesan itu datang selepas mandi wajib, so perkara ini tidak timbul lagi. Yakinlah dengan apa yang ada pastikan.. Usah dilayan keraguan.

tk

Visitor IP: 203.106.158.150

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, November 24, 2014

Soalan: Suami tidak ikhlas mencintai isteri, hanya mahukan harta.

Nama*:Shasha
Tajuk*:Suami tidak ikhlas mencintai isteri, hanya mahukan harta.
Message*:Assalamualaikum ustaz.

Kawan saya baru sahaja berkahwin kira-kira 6 bulan lepas. Baru-baru ini, dia diberitahu oleh seorang orang yang alim bahawa suaminya itu tidak ikhlas mencintainya dan hanya mahukan hartanya kerana kawan saya ini mempunyai pekerjaan yang bagus dan keluarganya juga berharta. Kawan saya seperti tidak percaya kerana suaminya berkelakuan baik, sanggup menghantar dan menjemput isterinya walaupun lokasi pekerjaan mereka jauh dan suaminya turut memberikan nafkah kepadanya. Dikatakan bahawa suaminya itu telah berkomplot dengan keluarganya untuk mendapatkan harta isterinya dengan menggunakan ilmu yang tidak baik dan mereka berpura-pura baik untuk membodohkan kawan saya ini. Menurut pandangan orang alim itu, suaminya ini tak mungkin akan berubah kerana sikap keluarganya semua begitu, seperti sudah menjadi darah daging. Orang alim itu menasihati supaya berpisah untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi. Solat istikharah dan solat hajat telah dilakukan selain berdoa, namun masih tidak menemui jalannya. Kawan saya teramatlah tertekan dengan situasi yang dihadapinya. Harap ustaz dapat berikan pandangan.
File Upload:
Salam

Beginilah, jangan-jangan si alim itu sendiri yang bermaksud tertentu atas apa yang dilihatnya... kena fikir begitu juga...

Beginilah.. walau apa pun punca berkahwinan, mereka telah sah menjadi suami isteri. Sebagai isteri, buktikan kesetiaan dan ketaatannya kepada suami, menjadi isteri terbaik kpd suami.. Insya Allah suami akan sedia menerimanya sebagai isteri yang membahagiakan dia seumur hidup.

Suami yang telah bahagia, sedia melakukan apa sahaja demi kasihnya kepada isteri. So, isteri perlu bersangka baik dnegan suami, usah termakan hasutan yang tidak betul dan tidak pasti. Istighfarlah dan berdoalah selalu.

Usah dicari helah untuk mengeruhkan keadaan, terimalah dia sebaiknya untuk anda sebagai isteri.

tk

Visitor IP: 118.101.246.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib

Nama*:baizurah.. zurah78@gmail.com
Tajuk*:mandi wajib
Message*:salam ustaz..saya ada soalan yg ingin ditanya;-
1. sah ke kalau hanya niat " sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala".. utk haid,nifas,wiladah, berjimak...

2. Kalau guna shower, saya "on" shower kemudian berdiri di bawahnya sambil baca niat / niat dalam hati..betul ke cara mandi wajib tersebut?

3. kalau semasa mandi guna shower, air mandian dari badan terpercik pada permukaan shower tu dah bercampur dengan air shower yg sedang mengalir tu,sah ke mandi?

4. dan setelah ingin menyudahkan mandi, saya pulas paip utk tutup air shower, dan air shower tadi mengalir perlahan kebawah serta kena badan saya.
Soalnya adakah air lebihan mandi yg terpercik di permukaan shower yg tidak berlubang dan bercampur dgn air shower yg turun kebawah semasa saya sedang "off" kan shower lalu kena badan saya..,dikira air mustakmal? Sah ke mandi wajib saya ( sebab bila kita ingin tutup air shower, ia akan mengalir kebawah dan stop mengalir) sebab saya guna shower yg condong kebawah.
File Upload:
Salam

1. Sah niat itu. Niat boleh dalam bahasa Melayu, Inggeris dsb

2. Itulah caranya nak mandi.. tak kan ustaz nak masuk bilik mandi dan tunjukkan caranya nak mandi.. itu tak kena langsung.. keh keh

3. Sah mandi. air mustakmal ialah air yang jatuh ke bawah pada basuhan pertama sahaja

4. Sah.. usahlah hirau lagi tu..

tk (Elok masuk kelas agama balik ni.. hehe...)

Visitor IP: 1.9.102.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, November 23, 2014

Soalan: hukum merancang keluarga

Nama*:shima
Tajuk*:hukum merancang keluarga
Message*:Salam ustaz...saya ada adik ipar lelaki, die baru je nikah bulan 4 haritu.
Kemudian die dan isteri merancang tak nak ada anak dulu sbb tahun depan die dan isteri nak pergi umrah, alasannya leceh lar nanti kalau ada anak.
Saya pun tak pasti samada die merancang secara semulajadi atau makan pil perancang.
Soalan saya:
Apa hukumnya yer ustaz?
Boleh ke rancang keluarga dgn alasan menyusahkan lar..
File Upload:
Salam

Pada saya, elok dapatkan anak dahulu baharulah merancang (dengan makan pil atau apa ubatan yang patut).. Pada dasarnya Islam tidak melarang kita merancang untuk menjarakkan kelahiran atas kepentingan kesihatan dan ekonomi dsb..

Mungkin juga pada awal perkahwinan, suami isteri belum stabil lagi lalu dilewatkan dengan merancang. ia tidak menjadi masalah.. Cuma elok dapatkan ramai anak untuk kepentingan bangsa Melayu di sini.. op sorry..

tk

Visitor IP: 1.9.102.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: hukum mungkir janji

Nama*:rina
Tajuk*:hukum mungkir janji
Message*:Salam ustaz..saya dah berkahwin dan ada 2 org anak lelaki yg masih kecil.
Saya was was dgn lafaz suami, kemudian saya pun refer pejabat agama melalui telefon..
Suami marah saya telefon pejabat agama dan berkata hal kecil pun xkan nak mengadu ke pejabat agama, kan abang beri penjelasan yg tiada talak yg berlaku, awak nk ke orang fikir yg kita ni ada masalah rumahtangga.
Saya hanya diam dan nangis...
Kemudian suami pun berkata kpd saya, saya pun tak berapa ingat, suami berkata seperti ini : "jangan bincang lagi hal ni, jangan tanya lagi pasal hal ni, janji?
Saya pun jawab : "janji"..
Lepas peristiwa tu , saya tidak lagi membangkitkan hal itu kpd suami,
saya hanya Tanya  ustaz di internet, web soal jawab agama dan saya ada telefon mahkamah syariah dan bertanya tentang hal tersebut..
Soalan saya:
Adakah saya dikira telah memungkiri janji saya dengan suami?
Berdosakah saya?
Saya buat semua tu utk hilangkan rasa risau ni.
Mohon pandangan ustaz.
File Upload:
Salam

Elok tu bertanya kepada yang tahu.. tak salah.

Cuma suami puan ni marah sebab puan ni jenis was was dan tidak yakin dengan ilmu agama yang puan ada.. sebab tu dia marah.

Bertanya melalui email seperti ini tiada salahnya kerana saya tidak pernah kenal puan dan tidak menjadi masalah kepada suami.. Suami berasa malu sebab kes rumah tangganya mahu didedahkan kepada orang luar, dia tidak suka... belajarlah memahami kehendak suami dan belajarlah mendalami ilmu agama sikit sikit.. tk


Visitor IP: 1.9.102.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, November 22, 2014

Soalan: Suami isteri


Nama*:Suriani binte Haji Fadali
Tajuk*:suami isteri
Message*:Apakah hokum jika suami suka mengertak isteri agar dilepaskan
File Upload:

Salam..

Suami menggertak isteri utk cerai.. ia tidaklah menjatuhkan talak sehinggalah lafaz cerai itu disebut dengan jelas dan terang.

Cuma tak patut dibuat begitu, kenapa bila bergaduh je nak cerai.. bila gaduh sikit nak cerai.. kan tak baik.. bergaduh tu cukuplah bergaduh.. usahlah dikaitkan dengan cerai pula..

Nasihat sikit si suami tu agar tak mudah bermain dengan lafaz cerai.

tk

Visitor IP: 116.14.134.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, November 21, 2014

Soalan: minyak dan wuduk


Nama*:zufar
Tajuk*:minyak dan wuduk
Message*:Salam ustaz..
Minyak wangi saya tumpah dlm baldi...
Saya mandi guna air dlm baldi tu... tangan yg berminyak, saya tuang shampoo dan pencuci muka pada tgn..
Jika air minyak tadi termasuk sikit dlm botol shampoo dan botol pencuci muka, adakah ia dikira jadi berminyak?
Boleh ke saya guna semula shampoo tu lg.
Sah tak wuduk saya
File Upload:
Salam

maaf saudara.. tak jelas bagaimana kejadian ini..

Shampoo adalah besih dan suci. minyak juga bersih dan suci. jika shampo termasuk ke dalam baldi, dan air baldi itu untuk digunakan berwuduk, maka wuduknya adalah sah.

Ari termasuk ke dalam botol sampu.. tak jadi masalah ia boleh digunakan lagi. Air yang bersih masuk ke botol yang bersih tetap hukumnya bersih.

Wuduk sah jika air itu bersih dan masih kekal mutlak.

tk

Visitor IP: 183.171.174.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, November 20, 2014

Soalan: cerai

Nama*:nuraini
Tajuk*:cerai
Message*:assalamualaikum...
saya nak minta pandangan ustaz...
suatu hari saya telah mendapati suami saya telah menipu dengan membuat pinjaman tanpa pengetahuan saya... saya telah menyatakan pada dia... klau betul dia menipu maka jatuh talak... dan saya tnya dia betul x dia menipu dan dia jwb bhawa dia tidak menipu... dan saya memaksa dia menyatakan jatuh talak klau dia menipu...
apabila saya bertanya dia berkata dia hanya mengikut kata saya dan xberniat ... persoalannya adakah sah talak tersebut...
File Upload:
Salam..

Puan, yang boleh letak syarat nak talak itu pada suami sahaja. Isteri boleh kenakan syarat itu dan ini tetapi mestilah dipersetujui oleh suami. Jika suami tak setuju, ia tak berlaku taklik untuk talak.

Dalam kes ini, suami tidak pernah mengatakan kalau dia tipu, akan jatuh talak. Hanya isteri sahaja beriya-iya mengatakan sebegitu sedangkan suami tidak bersetuju.

Apabila terjadi kes penipuan, maka tidaklah menjatuhkan talak berkenaan.

tk

Visitor IP: 103.245.88.251

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Soal ruju'

Nama*:Riza
Tajuk*:Soal ruju'
Message*:Dalam masa iddah, suami berjumpa isteri:
Suami: awak nak pada saya lagi
Isteri: nak
Suami: saya nak kita ruju'
Isteri: (diam)
Suami: saya nak kita ruju'
Isteri: (masih diam)

Suami bawa isteri balik tinggal bersama.
Suami: saya nak ruju' awak
Isteri: kita kan baru bercerai, tak kan nak pergi mahkamah lagi untuk rujuk. Tunggulah dulu

Malam hari suami beritahu isteri: jauhkan diri awak dari saya. Kalau saya nak bersetubuh dengan awak, ruju' antara kita perlu didaftar di mahkamah terlebih dulu.

Kemudian isteri buat keputusan mahu tinggal berasingan sebab tak mahu kembali menjadi suami isteri. Isteri keluar dari rumah. Suami juga putuskan tidak mahu meneruskan niat untuk hidup bersama. Iddah juga telah tamat.

Soalan: adakah ruju' berlaku?
Suami tidak mahu lagi kepada isteri, begitu juga isteri tidak mahu lagi kepada suami:
File Upload:
Salam

Pada para satu dan dua itu telah nyata bahawa terjadinya rujuk walaupun tanpa perngakuan isteri. Dari segi hukum, rujuk akan terjadi setelah suami melafazkan rujuk walaupun tanpa persetujuan isteri. Rujuk juga tidak perlu didaftarkan di mahkamah untuk kesahan hukumnya. Mereka sah sebagai suami isteri.

Cuma pada malam itu suami isteri berasingan sedangkan dari segi hukumnya mereka telah sah menjadi suami isteri.

Tindakan selepas itu yang terus berasingan dan berpisah tanpa lafaz cerai adalah tindakan pilihan suami isteri.. Di sini tiada iddah kerana mereka adalah sah sebagai suami isteri..

Cuma kalau nak berpisah juga, kenalah suami lafazkan cerai... dan ingat, ia telah terjadi dua kali talak.

tk



Visitor IP: 183.171.165.123

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 19, 2014

Soalan: petunjuk

Nama*:nia
Tajuk*:petunjuk
Message*:Saya ingin bertanya tentang petunjuk.

Tempoh hari saya pergi majlis pernikahan rakan saya di masjid dalam keadaan kawan saya ingin diakadkan tiba-tiba terdetik didalam hati saya bertanya seperti siapala jodoh saya. Tiba-tiba saya rasakan keadaan terhenti seketika dan saya seolah-olah mempunyai connection dengan seseorang dan seolah olah langit terbuka keadaan tersebut berlaku lebih kurang 30 saat sehinggakan saya tidak mendengar langsung setiap perkataan dari kawan-kawan saya kerana begitu terkejut dengan keadaan tersebut. susah ingin digambarkan dengan perkataan. Saya mohon penjelelasan dr Ustaz untuk membantu saya apakah sebenarnya keadaan tersebut adakah petunjuk atau pun tidak.


Terima kasih ustaz,

mohon penjelasan.
File Upload:
Salam

Subhanallah..

Beginilah. siapapun yang saudari dapat atau ditunjukkan orangnya, saudari perlu pastikan dahulu penerimaan diri saudari kepadanya. Jiak dia saudari rasakan selesa, boleh diterima, bergaduh selalu tapi tak boleh berpisah juga.. mungkin dia pilihan terbaik buat saudari...

Yang lain tu, berserah kepada Allah.

Daolah selalu moga Allah berikan kita pasangan yang membahagiakan kita dunia dan akhirat.

tk

Visitor IP: 175.136.242.181

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:izah
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:salam ustaz , saya ada 2 soalan yg ingin ditanya mengenai 2 situasi ini :

SOALAN 1:

Saya mesej suami dan kandungan mesej seperti berikut:
Isteri : abang, saya ada perkara nak tanya kpd abg..
Suami ; apa dia?
Isteri :ingat tak pada malam semalam abang ada cakap satu benda ni..masa sedang tengok drama tv cerita ni (tajuk)
Suami : petang nanti kita bincang ( suami cuba ingat balik ayat apa yg disebut dan tiba2 lafaz ni "aku ceraikan kau" terpancul dari mulut suami dengan tujuan untuk mengingati semula kejadian semalam, tanpa niat)

Boleh jatuh talak ke ustaz?

SOALAN 2 :
Selepas suami pulang, saya dan suami pun berbincang mengenai situasi pada soalan 1 tadi, saya pun cakap:
Isteri : semalam abang masa tengok tv ada ckp lafaz ni
Suami : awak cakap, abang tak boleh cakap
Isteri : Abang cakap " aku ceraikan kau"
Suami: iye,mmg abang cakap tapi lafaz tu abang tak tujukan kpd awak/tak bermaksudkan kpd awak..

Jatuh ke talak dalam situasi 2 ni?
File Upload:
Salam

Tak jatuh talak..
lepas ni jangan tengok tv lagi.. nanti jatuh berderai talak pula...

hehe

Visitor IP: 203.106.158.165

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: rujuk

Nama*:mir
Tajuk*:rujuk
Message*:saya lafaz cerai di mahkamah awal Ogos 2014 sebab tiada persefahaman. Pada hujung Ogos lalu saya lafaz rujuk kepada isteri dan dia mahu. Dia tinggal dengan saya 3 hari (tiada persetubuhan berlaku) kemudian keluar dari rumah hingga hari ini tak balik; saya tak tahu lokasinya di mana. Perlukah saya daftar rujuk? Iddahnya juga telah tamat. Sekarang saya tidak mahu lagi jadi suaminya semula.
File Upload:

Salam.

Dia masih menjadi isteri saudara yang sah sebab saudara telah merujuknya pada penghujung Ogos. Soal tidak bersetubuh tak jadi hal. Saudara juga tidak menceraikannya selepas dirujuk Ogos lalu.

Soal dia hilang tak balik, itu tak boleh dibantu.. hehe

Cuma statutsnya, dia masih sah dari segi hukum menjadi isteri saudara yang sah.

* Untuk menyelesaikan kes ini, saudara boleh lafazkan cerai dan jatuhlah talak ke dua untuknya..




Visitor IP: 49.124.162.112

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: hukum suami menceritakan lafaz cerai kepada ibunya

Nama*:fina
Tajuk*:hukum suami menceritakan lafaz cerai kepada ibunya
Message*:Assalammualaikum,

Saya ada soalan mengenai lafaz talak.
Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
Suami berkata saya( isteri) ada menuduhnya melafazkan cerai semasa sedang menonton drama tv
Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap "aku ceraikan fina" kepada isteri,
Saya hanya cakap "aku ceraikan kau" kepada orang yang didalam tv tu sahaja, saya tak ada niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).

Soalan saya :
1.Adakah lafaz "aku ceraikan kau" dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya ( isteri)?

2. di dalam perbualan tersebut suami ada berkata "aku ceraikan fina" dengan tujuan untuk memberitahu atau bercerita kepada ibunya tentang situasi tersebut, adakah jatuh talak tersebut terhadap isteri (saya)?
File Upload:
Salam

Tidak jatuh talak..



Visitor IP: 203.106.158.165

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cara tegur bapa

Nama*:nurul
Tajuk*:cara tegur bapa
Message*:Salam ustaz, nk tanya...bapa saya umur 64 tahun...duduk kampung...ada kawan bapa ni buatkan akaun facebook utk bapa saya.
Mula dari saat tu, bapa saya tengok benda2 tak baik seperti gambar perempuan sexy,video seks dan segala benda berunsur lucah.
Bapa saya ni mmg dari dulu iaitu dari saya umur kanak2 lg, die dah tgk benda lucah ni, tak puasa, tak solat...
Pada 5 tahun lepas tahun 2009, bapa saya ditimpa sakit teruk, masa tu dia mula solat, zikir, solat xpernah tinggal...
Kemudian tahun 2011 , dia dh.mula pulih...solat kadang2 je buat, puasa pun mcm tu kadang2 je...saya sedih sbb masa sakit je bapa saya ingat Allah..
Ibu saya ada juga marah / membebel, tp baoa saya tak berubah juga...kasihan saya tengok ibu saya...:(
Soalan saya :-
1. Bagaimana saya sebagai anak perempuan mak tegur bapa saya?
2. Saya hanya berdoa shj, adakah itu sudah mencukupi?
3. Saya dulu nikah berwalikan bapa saya, adakah sah nikah saya ustaz? Sbb wali xsolat & puasa...melakukan dosa..

Moga ustaz dapat membantu..
Tk
File Upload:
Salam

Manusia ini tidak semudah itu untuk diubah, kadang terjadi paginya dia beriman dan petangnya pula dia menjadi kufur, berulang dan berulang pada setiap hari.

Sebagai seorang anak, pertama ialah doa dan doa baik pada siang dan malam hari khas untuknya agar dia bisa berubah menjadi yang terbaik.

Sesekali cuba usahakan bawa bapa berjalan keluar kawasan dan bawalah dia ke majlis ilmu, ke masjid atau pusat pengajian / kuliah bagi dia mendapat sesuatu. suasana belajar di luar rumah dan di luar kawasan lebih memberi bekas kepada kita.

Jika mampu usahakan bawanya umrah, itu yang terbaik. Atau pujuklah dia menunaikan ibadah haji kerana haji juga adalah pintu taubat terbesar kepada kita.

belikan dan taburkan beberapa buku agama di laman rumah, biar sesekali abah boleh membelek bacaan berfaedah..

Seorang bapa tidak suka ditegur atau dileter. Itu yang pasti. Gunalah cara halus yang terbaik...

ajak keluarga solat berjemaah dalam rumah. minta sesekali abah jadi imam... biasakan solat berjemaah dalam rumah.. alquran sering diperdengarkan oleh anak-anak.. kan itu suasana Islam  yang kita mahu..

tk

Visitor IP: 1.9.103.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 18, 2014

Soalan: lambat mandi wajib

Nama*:izan
Tajuk*:lambat mandi wajib
Message*:salam ustaz..apa hukum jika kita lewatkan mandi wajib sbb kita keliru samada ada darah lagi atau tidak ..saya keliru lar ustaz tentang turutan warna darah haid...faraj masih keluarkan cecair bewarna seakan putih kekuningan...tu yg buat saya keliru dan was2..
Mohon pencerahan ustaz
File Upload:
Salam

Darah haid biasanya keluar dalam tempoh 7 hari. Paling lama dibenarkan syarak sampai 15 hari sahaja. Selebih itu dah wajib mandi dan solat.

Jika masih ada kekotoran yang keluar dalam tempoh bawah 15 hari, ia dikira masih dalam haid. Tunggu sehinga benar kering untuk mandi hadas..

tk

Visitor IP: 1.9.103.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: suami ikut dialog dlm drama tv

Nama*:latipah
Tajuk*:suami ikut dialog dlm drama tv
Message*:salam ustaz..
saya & suami tgk tv..
Dalam drama tv pelakon lelaki ni anak kpd pelakon perempuan ni..
Anak lelaki ni cakap " Sampai hati mak pisahkan ayah dengan isteri pertamanya.."
Kemudian mak nya pun cakap " Mak terpaksa sbb mak sayangkan ayah kamu sgt2..".
Kemudian suami saya pun ikut dialog watak mak tu tp suami ubah sikit dialognya..iaitu suami cakap ;-
" Ayah terpaksa sbb ayah sayangkan zufar ( anak kami ), abd qadir(anak lami) & ibu ( saya).

Adakah boleh jatuh talak jika suami cakap mcm tu...
Sbb watak lelaki tu ada cakap " Sampai hati mak pisahkan ayah dengan isteri pertamanya".. dan suami seakan menjawab pertanyaan tu.
File Upload:
Tidak jatuh talak.. tk

Visitor IP: 1.9.103.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Isteri Curang

Nama*:farah
Tajuk*:Isteri Curang
Message*:As salam ustaz,

Saya ibu kepada 2 org anak lelaki 5 dan 1 tahun, sy seorang bekerja. Sy tidak mendapat kasih sayang yg sempurna dari seorang suami cth : hari jadi x penah suami wish apatah lagi untuk hari ulangtahun perkahwinan. Selama berkahwin 7 tahun 3 x saya penah jmpe sms berbaur cinta suami dan girlfriend dia. Tp setelah sy tahu suami sudah tidak lagi melayan semua g.f dia tu yg saya nampak di mata sy laa.

Tp semenjak menjak ni saya de berkawan rapat ngan suami org di tempat keje. Nak di jadikan cerita suami penah jmpe whatapps sy ngan lelaki tersebut. Dalam w.apps tu mmg berbaur cinta. Suami hantar sy ke rumah mak bapak sy dengan alasan x mahu melihat muka saya lagi. di kala ini laa sy keluar ngan boyfren sy sebanyak 2 x. Lepas seminggu suami pujuk ambil sy semula. tp benda nih berlaku sebanyak 6 x hantar dan ambil sy dri umah mak bapak s. 7 x sy di lempang sbb sy menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja sy tu. bila sy ajak suami berbincang dia x nak. Dia ego dia ckp sy perlu dengar ckp dia bukan dia yg dengar ckp sy. Kebetulah rumah dan kereta atas nama dia, semua dia ambil. dia biarkan sy menumpang kawan tuk g keje.

Sy nak tanya ustaz, wajarkah suami sy menghantar sy dan anak yg masih kecil ke rumah org tua saya. sedangkan sy pun de hak ke atas rumah yg kami duduk tu. Sbb sy penah keluarkan RM19K tuk membantu membayar duit rumah selama 2 tahun. Sy juga ada juga tlg bayar duit kereta.

Memang sy bersalah berkwan dengan suami org, mmg memula sy rasa heppy sgt sbb suami org tu layan sy, tetapi sekarang kami sebagai kawan sahaja x lebih dri itu.

Suami sudah memfailkan penceraian 3 hari lepas, tetapi sy x mahu bercerai dengan dia. Tlg laa saya, pe yg perlu sy buat sekarang????
File Upload:
Salam Puan

Keterlanjuran masa lalu tidak boleh diubah lagi. Suami bermain dengan orang lain, isteri juga ada peluang bermain dengan orang lain.

Pada saya, setelah suami memfailkan cerai, biarlah dia teruskan dengan permohon itu. Biar sahaja mahkamah menentukan status perceraian berkenaan. Puan hendak melawan arus pun tidak boleh dan tiada jalan keluar di sini.

Jika disahkan bercerai, puan perlu memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan hak puan atas harta sepencarian seperti rumah dan kereta. Manakala anak-anak pula mahkamahboleh putuskan siapa yang berhak untuk menjaganya.

Mungkin setelah berpisah nanti, puan dan suami akan lebih memahami dan menghargai erti ikatan perkahwinan. Ini suatu pengajaran terbaik untuk diambil iktibar.

Kita masih punyai Allah sebagai pelindung segalanya. Percayalah. kembalilah bertuhankan Allah kita. Dekatkan diri kepada-Nya kerana DIA sentiasa membantu hamba-Nya.

tk

Visitor IP: 168.1.13.89, 127.0.0.1,175.141.240.36

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Bolehkah menuntut fasakh

Nama*:Zulia
Tajuk*:Bolehkah menuntut fasakh
Message*:Salam..
Seorang isteri terpaksa tinggal berjauhan dengan suaminya dan menjalankan tanggungjawab menjaga anak-anak seorang diri kerana si suami sering dipindahkan tempat bertugas oleh majikannya. Walaupun suami ada memberi nafkah dan menyediakan tempat tinggal, namun si isteri tetap perlu menanggung perbelanjaan sama banyak dengan apa yang diberi oleh suaminya. Hal-hal penjagaan, sakit pening, makan pakai anak-anak dan dirinya semuanya isteri terpaksa uruskan sendiri dari A sampai Z. Dia pernah minta kebenaran untuk tidak bekerja dan mengikut suaminya, namun suaminya tidak bersetuju dengan alasan si suami tak mampu menanggung perbelanjaan keluarga seorang diri. Si suami hanya balik menjenguk anak-anak dan isterinya paling kerap 2 minggu sekali, kadangkala hanya sebulan sekali pada hujung minggu. Itu pun si suami jarang membantu menguruskan rumahtangga dengan alasan letih dan mahu berehat. Soalan saya ialah, bolehkah si isteri itu menuntut fasakh dengan alasan terpaksa menguruskan rumahtangga dan anak-anak seorang diri?
File Upload:
Salam

Berkahwin bukan untuk bercerai.

Punyai suami jauh lebih baik daripada tidak punyai suami, tidak bersuami.

Kekangan kerjaya hari ini menjadikan perkahwinan jarak jauh semakin meningkat dan kehendak kebendaan menjerat nilai kemanusiaan dan erti kebahagiaan dalam bermahtangga. Ia terjadi kepada hampir semua keluarga.

Jika puan sudah yakin bahawa perkahwinan ini sudah tidak membahagiakan lagi, puan sudah cukup terbeban dengan keadaan ini, puan boleh memohon fasakh daripada mahkamah. Atau lebih mudah meminta diceraikan suami.

Sebelum itu, elok kiranya puan berbincang dan bergaduh besar dahulu dng suami menyatakan hasrat puan ini. Biar kita bergaduh dan tahu keperitannya baharulah puas untuk berpisah. Jika bercerai dalam keadaan baik, nanti menyesal seumur hidup pula.. he he...

kasihan juga pada anak-anak yang tidak berbapa.. terfikirkah hal ini kemudian hari?

Selamat beramal pd perkara yang baik...

tk



Visitor IP: 118.100.238.12

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz talak

Nama*:yatie
Tajuk*:lafaz talak
Message*:suami saya pernah sebut begini:

1. kalau awak keluar rumah tak minta izin, jatuh talak.
2. kalau awak amik gambar selfie dengan lelaki lain, jatuh talak.

tapi masalahnya, dia selalu lupa apa yang dia sendiri pernah sebut. macam mana kalau saya terbuat syarat jatuh talak yang dia pernah sebut? kira jatuh talak ke? ada lagi agaknya syarat2 lain saya pun tak ingat dah.

lepas saya ingatkan dia balik syarat2 tu, dia kata dia sendiri dah lupa. kalau suami dah lupa, dan rasa nak cancel syarat2 tu, kira cancel ke?
File Upload:
Salam..

Puan lafaz taklik tidak boleh diubah atau dimain-main..

So bila sahaja puan langgar taklik berkenaan, akan jatuhlah talak. Puan keluar rumah tak minta izin, dah jatuh talak...

Ia tidak kisah sama ada suami ingat atau lupa asalkan kita memang masih sedar akan larangan pada taklk tersebut. BErhati-hati puan sebab talak hanya ada di ambang pintu..

tk

Visitor IP: 124.13.22.159

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, November 17, 2014

Soalan: taklik

Nama*:bunga
Tajuk*:taklik
Message*:bila bincang dgn suami.. dia cakap dia tak berniat menceraikan saya
File Upload:


Visitor IP: 14.1.193.84

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jamak : Imam lebih dari 1 dalam surau

Nama*:Sham
Tajuk*:Jamak : Imam lebih dari 1 dalam surau
Message*:Assalamualaikum..

Saya nak tanya tentang solat jamak bila musafir. Especially bila di surau RnR. Saya tengok banyak imam di dalam 1 surau. Setahu saya, tak boleh lebih dari 1 imam dalam surau.

Yang menambah kekeliruan lagi, saya dapat tahu, solat jamak tak boleh menumpang imam lain. betul ke?

Saya menjadi keliru dengan 2 keadaan ni..? boleh mohon penjelasan tak?
File Upload:
Salam.

Solat di surau terutamanya R n R tentulah ramai imam. PErtamanya imam yang kat depan tu mungkin dia buat solat tamam (sempurna) datang orang belakang, dia dah tak tahu imam itu solat qasar atau tidak... lalu dia buatlah solat dengan anak dia atau kawan dia yang sama-sama buat solat qasar dan jamak. maka terjadilah dua imam atau lebih. dalam hal ini, tidak ada salahnya terjadi banyak imam kerana masing-masing tidak tahu sama ada buat tamam atau qasar.

Orang yang nak solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat tamam (sempurna) sebab itu mereka buat bersendirian atau terjadinya dua imam.

Langkah terbaik ialah untuk solat Maghrib kita buat satu imam kerana solat Maghrib tidak boleh diqasarkan. Usai solat Maghrib imam kena umumkan nak solat Isyak qasar dua rakaat, so bolehlah jemaah yang lain nak ikut atau tak nak ikut.

Solat di R n R saya cadangkan usah dibaca surah yang panjang-panjang kerana ia tempat orang hendak cepat berurusan. Apatah lagi nak baca doa dan zikir panjang-panjang, amat tidak kena langsung. Imam kena bijak melihat kesesuaian dengan apa yang diamalkan..

tk

Visitor IP: 60.53.248.235

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: CERAI TAKLIK

Nama*:bunga
Tajuk*:CERAI TAKLIK
Message*:assalam..saya nak bertanya,
saya ada bergaduh dengan suami. dia marah saya bukak facebook dia. dia suruh sy mengaku saya ada bukak ke fb dia. sy x mengaku. dan dia cakap. betul ke awk tak buka?? kalau betul awak bukak "kita cerai"... dan saya ckp depan dia..mmg sy bukak fb dia. so, sy nak tahu. jatuh tak talak ke atas saya? dan apa yg sy harus lakukan sekiranya jatuh talak.
File Upload:
Salam

FUh.. fasal fb pun bergaduh bercerai berai.. hebatnya fb sekarang ni

Pada pendapat saya, ia telah menjatuhkan talak sebab taklik itu jelas disebut.

Puan minta maaf balik dan minta suami rujuk kembali.. Boleh dirujuk jika masih dalam tempoh edah.

lepas ni tak usah main fb lagi..

Visitor IP: 14.1.193.95

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: paksa suami bertaklik

Nama*:suriyani
Tajuk*:paksa suami bertaklik
Message*:assalamualikum ustad,sy telah memaksa suami saya untuk bertaklik.hal ini demikian kerana kawan saya bagitahu yg suami sy ambil pil kuda.untuk kepastian sy paksa dia dgn cara bertaklik.dia taknak bertaklik tp sy paksa,jika dia ambil maka jatuh talak.tahun ni sya terbaca sms dia yang dihantar kepada adik dia yang dia nak buah dua biji kalau tak blh dua 1 pun takpa.sy tanya dia tp dia tak mengaku.akhirnya dia mengaku yg dia ambil benda tu.maka jatuh atau tidak talak tersebut ustad
File Upload:
Salam

Puan, kalau taklik tu dilafazkan oleh suami atas kerelaannya, maka ia jatuhlah talak ketika  mana suami mengambil pil kuda berkenaan.

Ketika paksaan puan itu, adakah suami benar-benar terancam dan tergugat sehingga dia benar-benar terpaksa melafazkan taklik?

Jika benar terpaksa, maka taklik itu tidak sah. tetapi jika dengan kepatuhan dan kehendak suami, maka taklik itu benar dan sah.

kena Tanya si suami juga dalam hal ini..



Visitor IP: 218.111.88.33

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, November 16, 2014

Soalan: suami berborak dengan ibunya tentang cerai

Nama*:hanisah
Tajuk*:suami berborak dengan ibunya tentang cerai
Message*:salam ustaz..
naka tanya...
Ibu suami saya dah bercerai...masa tu suami dan ibunya sedang berborak tentang masalah rumah tangga ibunya..saya ada dengan suami duduk dgr suami dengan ibu berborak..
Suami cakap dengan ibunya dengan berkata " mak pergi jumpa ustaz razak tu kemudian mak cakap " saya ni dah bercerai dengan dia, perlukah saya minta semua barang2 kepunyaian saya yg ada pada dia..?'

Soalan saya kan ustaz, adakah hukum suami cakap " saya ni dah bercerai dengan dia.." dalam perbualan tersebut..
Boleh jatuh ke talak tu terhadap saya..?
tk
File Upload:
salam..

perbualan seperti itu, pada satu pernyataan semata-mata tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 203.106.159.26

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: AYAH TIDAK HIRAUKAN ANAK

Nama*:assalamualaikum
Tajuk*:AYAH TIDAK HIRAUKAN ANAK
Message*:Assalamualaikum ustaz..

Amat bterima kasih kpd ustaz sudi jawab semua persoalan kami yg jahil ini dgn sabar..hanya Allah mampu membalas segala budi baik ustaz..

saya telah bercerai dgn suami sy kerana tidak bersefahaman, dan dia terlibat dgn pil2 dadah..dpertemukan dgn hubungan kekeluargaan yg mana sy tidak mengenalinya sblum berkahwin..sy terima dgn redha ujian yg Allah beri..mungkin ini adlah hikmah mmbuat sy jg insaf dlm keadaan serba serbi..

cuma apa yg menjadi terbantut hati sy kini..ayah dia tidak pernah bertemu dgn anaknya selama kami berpisah...sy dan keluarga pernah cuba utk hubungi dr pihak mereka..tp mereka tetap marah dgn keputusan sy utk berpisah atas alasan dadah tersebut..mereka tidak percaya anak mereka sedemikian..syarat mereka, kena bawa anak ini pergi sendiri ke rumah mereka,sapa suruh minta bercerai..

jadi persoalan sy, apakah HUKUM sy tidak mmbawa anak ini berjumpa, dan bekas suami sy jg langsung abaikan anak ini,tidak bertanya khbar ,azan ketika br lahir etc..sy cuba besarkan anak sy dgn didikan agama sebaik mungkin..tp hati sy berbolak balik keadaan yg mana ayah dia tidak hiraukan ttg kami..dan hati sy lagi kecewa melihat keadaan ayahnya masih boleh bersuka ria dgn kawan2 dia di luar (lihat picture2 intagram)

terima kasih uztaz...
File Upload:
Salam

Perceraian itu satu yang pahit, walaupun perkahwinan itu suatu yang ada pahit manisnya..

Apabila suami tidak mahu berjumpa anak-anak, bererti dia akan kehilangan anak-anaknya sendiri dalam tempoh terdekat.. semakin membesar anak-anak, mereka akan melupakan siapa bapa mereka. Pedulikanlah hal lelaki seperti itu. Biarlah dia dengan dunia bayangannya. Usah diharap kepada insan yang tidak bertanggungjawab.

Puan peliharalah anak anak dengan sebaiknya. Usah mengharapkan sesuatu daripada bekas suami lagi.

Islam tidak menyusahkan kita, tiada hukum apa-apa bila puan tidak bawa anak berjumpa bapa kerana puan sedar siapa bapa berkenaan.

Pada suami, dia berdosa kerana mengabaikan tugasnya kepada anak-anak.

tk

Visitor IP: 210.186.52.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, November 15, 2014

Soalan: waswas

Nama*:amirhaikal
Tajuk*:waswas
Message*:dimahkamah ketika itu,sy dtg utk kaunsling tp istri btegas utk bpsah.hkim tnya sy stuju @Tidak utk bcerai. sy sgt srabut n brdiam diri tp istri yg jwb ya.bosan dgn sy yg tetap diam,hakim sruh brdiri n ikut apa yg dicakapkn.seperti dipukau,sy ikut apa hkim.demi Allah,sy xtau n xfhm apa yg hakim sruh ckp.bl hakim ckp sah,sy jd plik n trkejut.sy xtau menahu apa yg sy lakukan@cakapkan tp tiba2 hakim cakap sah.sy jadi waswas.sy nk tau sah @ tidak penceraian.
File Upload:
Salam..

Kenapa saudara tidak sedar diri pula dalam keadaan penting seperti ini.. Adakah kerana kemabukan atau sebab lain?

Tak kanlah serabut pun menjadikan sdr hilang ingatan? pelik benar jadinya..

Pada saya, apabila hakim telah putuskan sah, maka jatuhlah talak sebab saudara sendiri yang menyebut seperti apa yang disebut oleh kadi tadi..

tk

Visitor IP: 183.171.160.20,8.37.224.117

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perkataan Cerai

Nama*:Wan Ilias Wan Hassan
Tajuk*:Perkataan Cerai
Message*:Kawan saya dia ada kemuskilan , setiap kali ada perselisihan faham dari yang kecil hingga besar isterinya selalu melafazkan perkataan kalau kamu tak suka kita cerai saja la dan kita bukan lagi suami isteri. Apakah hukumnya dari segi agama islam.
File Upload:
Salam..

Isteri itu kena ditarbiyah semula.. masukkan ilmu agama sedarkan diri sebagai hamba Allah... sikit sikit nak minta cerai.. berdosa tu..

ia tidaklah sampai menjatuhkan talak, tetapi tabiat buruknya itu yang perlu diubah..

tk

Visitor IP: 175.140.128.59

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ingin kepastian

Nama*:hamba allah
Tajuk*:ingin kepastian
Message*:Salam ustaz.adakah jatuh talak apabila suami bergurau dengan dengan saya.gurauan suami kepada saya."awak ni suami(dengan menyebut nama saya).baru saya hendak ckp,suami cakap dulu dengan dia berkata tak tahu.ustaz,adakah jatuh talak apabila suami cakap perkataan tak tahu?
File Upload:
salam.. tidaklah semua perkataan itu akan menjatuhkan talak.. hai.. udah lah tu...



Visitor IP: 183.171.164.22

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA