Thursday, October 30, 2014

Soalan: Hak suami terhadap bekas isteri selepas edah

Nama*:Zalina Kamarudin
Tajuk*:Hak suami terhadap bekas isteri selepas edah
Message*:As sallam Ustaz

Saya ada kemuskilan dan kurang pasti sama ada sesuai di tanya sbb undang2 di JB dan Singapura beza tapi kalau dalam bab hukum hakam agama pastinya tiada beza.
Suami saya telah menjatuhkan talak satu pada saya dalam bulan Januari 2014 dan saya telah pun tamat waktu edah. Kami telah pun fail cerai dan masih dalam process hingga ke hari ini...tp hingga sekarang mahkamah tidak mengesahkan dan saya tidak pasti sama ada ini perlu sbb di mahkamah mereka cuma tanya cerai dah di lafazkan dan bertanya sama ada bekas suami ingin merujuk kembali dan suami ingin meneruskan penceraian.
Process kami masih berlanjutan dan akan ke mahkamah lagi pada tanggal 23/12.2014.
Soalan saya dari segi hukum kami sudah bukan suami isteri tp sampai sekarang belum dapat surat cerai kerana lagi dalam process mengenai tuntutan.
Bekas suami saya mengangap ia nya belum lagi sah selagi belum mendapat kata putus dari mahkamah..dan dengan itu dia masih menjaga gerak geri saya walaupun terkadang saya tidak balik ke rumah dan bermalam di rumah keluarga.
Pada saya dia tak berhak dan saya juga tak perlu bagi tahu dia kemana arah tuju saya dan saya hanya berpesan pada anak2 saya kemana.
Harap ustaz dapat menberi penjelasan dan patutkah bekas suami menjaga gerak geri saya sedangkan nafkah saya dan anak2 tidak di laksanakan
File Upload:
Salam.

Puan bertuah kerana masih ada orang yang sayang dan mahu menjaga puan. Ya la.. kadang-kadang ia merimaskan tetapi secara positifnya dia cuba untuk menjaga puan sebaiknya. Nanti bila mana dia sudah tidak pedulikan puan, puan akan terasa kehilangan seseorang yang 'caring' spt nya.

Setelah bercerai dan habis tempoh edah, bekas suami perlu menyara anak-anak jika anak-anak itu dijagai oleh isteri. Yang lain daripada itu, tiadalah apa-apa hak lagi suami ke atas puan sebagai bekas isterinya.

Puan boleh mohon nafkah daripada suami utk anak-anak..

tk




Visitor IP: 219.74.176.217

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru dengan pertanyaan suami mengenai talak dah sah ke?

Nama*:ibu yg masih kompius!!
Tajuk*:keliru dengan pertanyaan suami mengenai talak dah sah ke?
Message*:assalammualaikum ustaz,sye msih keliru dan ingin perbetulkan pertanyaan sye tempoh hari,,suami mgatakan tiada niat lgsg utk mjatuhkan talak thadap sye,ttapi dia dlm keadaan terpaksa myebot "aku cerai mu" atz sbb tertekan dengan paksaan sye,dye pn myebut "aku cerai mg" utk mmuaskan hati sye skaligus dia mharap keadaan mjadi reda sketika krane risau saye mgamok2 xtentu hala,sbb mse 2 sye msh dlm berpantang...dye ingt sye mroyan jd tpkse die bkate demikian,tp sblm pkataan cerai disebut,dia ad bertanyakan soalan dgn nada sgt kasar dan tertekan "sungguh mg nk?? dh kalau mg nk sgt,aku cerai mu.." adakah jatuh talak wlaupun dia xde niat,cume niatnye hny nk puaskan ati saye krane tlalu mdesak n takot saya meroyan...bagaimana ustaz?
File Upload:ragu ragu tentang lafaz talak ke 3 oleh suami.uhtml

Salam Puan

Berapakah tahap 'paksaan' yang boleh dikatakan 'terpaksa' oleh suami untuk menjatuhkan talak dan talak itu tidak sah?

Jika suami diajukan pistol di kepala dan memanglah lafaz talak suami itu tidak sah.

Jika sekumpulan samseng mengepung suami dan mengugutnya pula, maka tentunya lafaz talak itu tidak sah.

Jika isteri pegang parang dan nak ugut suami supaya minta diceraikan, tentunya ia tidak sah kerana suami bimbang dengan keselamatan dirinya dan keselamatan isterinya juga...

Jika isteri dibimbangi meroyan oleh kerana disedari isteri mmg panas baran yang tidak boleh dikawal lagi, maka lafaz cerainya juga tidak sah. Tetapi ia hendaklah dipastikan benar-benar terdesak dan terpaksa atas tujuan meredakan keadaan semata-mata.

Pada kes puan ini, puan kena pastikan daripada suami, adakah situasinya ketika itu benar-benar terdesak dan terpaksa.. Jika ia, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 115.164.59.255,70.39.187.78

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah boleh jadi talak/ lafaz talak

Nama*:fiza
Tajuk*:adakah boleh jadi talak/ lafaz talak
Message*:salam ustaz...
saya yg telah hantar soalan dibawah tempoh har :-

Salam ustaz..

Saya gaduh dengan suami...suami marah marah...

Kemudian suami keluar rumah , naik kereta sbb ada kerja...Saya nangis dan ingin pergi pada suami yg baru nk masuk dlm kereta.

Suami pun cakap
"Jangan keluar"..!

Dan saya dengar suami cakap sambil menuding jari ke arah saya "jangan tanya aku pergi mana"..!!

Saya hanya nangis dan diam saja.

Saya amat yakin yg suami tak cakap ayat cerai taqlik..dia hanya cakap "jangan keluar"..!!. dan "jangan tanya aku pergi mana..!!

Adakah boleh jatuh talak jika saya keluar rumah?

Saya amat yakin yg suami tak cakap ayat cerai taqlik.

Kemudian apabila sudah reda, suami ajak saya keluar untuk pergi ke kedai bersamanya. Saya pun berkata kepada suami " tadikan abang tak beri saya keluar.."
Kemudian suami pun berkata "Abang bagi awak keluar, awak boleh keluar rumah, jom keluar rumah naik kereta dengan abang pergi kedai..
Kemudian, saya pun keluar rumah bersama suami.

Apa hukum jika saya keluar rumah & apa hukum saya tanya suami pergi mana?

SOALAN SAYA, IA MEMANG BUKAN LAFAZ TAQLIK YER USTAZ? JADI KALAU SAYA KELUAR RUMAH, TANYA SUAMI PERGI MANA, IA TETAP TIDAK JATUH TALAK KE USTAZ?
File Upload:
 
Salam Puan,

Seperti yang saya fahami, ia bukan lafaz taklik..

tk

Visitor IP: 203.106.158.122

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Suami cakap memang nak cerai

Nama*:iraMum
Tajuk*:Suami cakap memang nak cerai
Message*:Salam ustaz, suami cakap dengan saya aku memang dah nak cerai kau. Mak mertua tanya, betul ke kamu ni. suami cakap ye. Jatuh tak talak ustaz.
File Upload:
Salam,

Membenarkan atau memperakui mahu menceraikan isteri pada keadaan tertentu boleh menjatuhkan talak.

Pada dialog di atas, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan talak lagi kerana jawapan ya itu tidak meyakinkan kepada suami pada keadaannya melafazkan talak.

Lafaz talak perlu jelas dan tegas.

tk

Visitor IP: 202.162.7.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 29, 2014

Soalan: perlukah mandi wajib?

Nama*:sarah
Tajuk*:perlukah mandi wajib?
Message*:salam ustaz,
Saya wanita dan mempunyai dua orang anak.
Semasa saya sedang duduk sambil tengok tv, tiba2 faraj (kemaluan) terasa seperti bergetar/berdenyut tetapi tidak rasa puas/nikmat ( seperti berjimak).. Saya rasa seperti biasa sahaja..mungkin otot kemaluan bergetar sendirinya.
Saya lihat kemaluan kering dan tidak keluar air mani..cuma yang ada ketulan kuputihan biasa sahaja pada faraj.
Perlukah saya mandi wajib yer ustaz? sebab selalunya bila perempuan klimaks, faraj akan berdenyut+terasa nikmat..
Tapi saya tak rasa semua tu, jadi perlukah saya mandi wajib?
tk.
File Upload:
Salam

Ia tidak perlu mandi wajib, perlu dibersihkan keputihan itu.

tk

Visitor IP: 203.106.158.224

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sahkah perkataan cerai

Nama*:nur
Tajuk*:sahkah perkataan cerai
Message*:Salam.sya nak bertnya..selama 4 tahun sy berkhwin dgn suami..suami tidak pernh memberikan nafkah zahir pada sya..barang kperluan anak semua ditgan sya..sehingga sekarang.dn suami saya kaki judi mesin.duit mas khwin sya pun dia ambik..baru2 nie dia tuduh saya ada lelaki lain. sedangkqn tu kawan kerja saya.dan dia ckp dia akn ceraikan saya bila dia berjmpe dgn kawan lelaki sya..suami suruh sy ceritakan pada family sya dan dia akn ceraikan sya..apakah prkataan cerai tu sah..
File Upload:
Salam Puan,  ugutan suami seperti itu tidaklah menjatuhkan talak sehinggalah lafaz talak itu disebut secara jelas.

Puan kena bantu suami puan untuk lebih bertanggungjawab dalam hal ini. DIa perlu diberi pengajaran dan lebih bertanggungjawab pd rumah tangga.

tk

Visitor IP: 113.210.3.218,64.233.173.132

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah boleh jadi talak/ lafaz talak

Nama*:fiza
Tajuk*:adakah boleh jadi talak/ lafaz talak
Message*:Salam ustaz..

Saya gaduh dengan suami...suami marah marah...

Kemudian suami keluar rumah , naik kereta sbb ada kerja...Saya nangis dan ingin pergi pada suami yg baru nk masuk dlm kereta.

Suami pun cakap
"Jangan keluar"..!

Dan saya dengar suami cakap sambil menuding jari ke arah saya "jangan tanya aku pergi mana"..!!

Saya hanya nangis dan diam saja.

Saya amat yakin yg suami tak cakap ayat cerai taqlik..dia hanya cakap "jangan keluar"..!!. dan "jangan tanya aku pergi mana..!!

Adakah boleh jatuh talak jika saya keluar rumah?

Saya amat yakin yg suami tak cakap ayat cerai taqlik.

Kemudian apabila sudah reda, suami ajak saya keluar untuk pergi ke kedai bersamanya. Saya pun berkata kepada suami " tadikan abang tak beri saya keluar.."
Kemudian suami pun berkata "Abang bagi awak keluar, awak boleh keluar rumah, jom keluar rumah naik kereta dengan abang pergi kedai..
Kemudian, saya pun keluar rumah bersama suami.

Apa hukum jika saya keluar rumah & apa hukum saya tanya suami pergi mana?
File Upload:

Salam

Jika suami tidak kaitkan 'keluar' itu dengan cerai, maka ia tidak lah terjadinya taklik. dan larangan jangan keluar itu adalah larangan yang perlu dipatuhi walaupun tiada talak terjadi di situ.

Berbaiklah kembali, nasihati suami supaya jangan mudah guna perkataan cerai.. berhati hati selalu.

tk


Visitor IP: 1.9.102.4

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib

Nama*:shila
Tajuk*:mandi wajib
Message*:salam...
sah tak mandi wajib saya jika semasa mandi wajib saya terlupa gosok gosok celah jari kaki, hanya ratakan air sahaja di tempat tersebut..
File Upload:
Salam.
Sah selagi mana air itu terkena ke bahagian kaki berkenaan..

gosok itu sunat hukumnya.. buatlah kerana ia dapat pahala..

tk

Visitor IP: 1.9.102.4

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 28, 2014

Soalan: Keliru Nazar & Talak

Nama*:Mie Johor
Tajuk*:Keliru Nazar & Talak
Message*:Salam Ustaz,

1) Saya pernah berkata pada share partner (bisnes)..."kalau bisnes kita untung, insyaAllah setiap bulan kita sedekahkan 10%"...(saya tak pasti ayat sebenar..tapi lebih kurang macam tu lah...yang pasti takde perkataan nazar dalam ayat saya tu)...Adakah ini di kira nazar? Niat saya hanyalah perancangan semata-mata...Jika ia dikira nazar dan saya ingin membatalkan nazar tersebut, adakah saya perlu puasa 3 hari berturut-turut setiap bulan jugak?

2) Apa hukum seorang suami nyanyi lagu berikut ustaz tanpa sebarang niat...just suka-suka dan tidak ditujukan kepada sesiapa?

---> http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Stings_KuSapuAirMata.html

Jika diperhatikan rangkap pertama lagu tersebut seakan-akan ada perkataan yang menyerupai lafaz sorih/kinayah.

Mohon penjelasan.

Terima kasih
File Upload:
Salam.

Cakap seperti itu tidak jadi nazar jika kita tidak sebutkan AKU BERNAZAR.. ia menjadi janji yang perlu ditunaikan tetapi pemberatnya tidaklah sama seperti nazar.

Maaf, saya tak pernah dengar lagu tu dan jika ada lafaz seakan-akan cerai, tetapi kita tidak bermaksud cerai, ia tidaklah menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 60.53.98.212

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: LAFAZ TALAK

Nama*:ASILA
Tajuk*:LAFAZ TALAK
Message*:ASSALMUALAIKUM USTAZ,5 HARI YG LEPAS SYA PD HARI KHMIS YG LALU,SY TLH BERTENGKAR DGN SUAMI MELALUI TEL,TERLALU BYK DIA MENIPU DN BERCAKAP BHONG DGN SYA,SMPAI BERSUMPAH2PN DIA,TAK MENGAKU KESALAHAN,YG DILAKUKAN,SEHIGGA SY NMPAK DEPAN MATA PN DIA MAIN MESIN JUDI PN ADA AJE ASALASANNYE,OLEH KRN DIA IKUT KAN KEMARAHAN,DIA MENYEBUT KALAU KAU NAK SANGAT AKU AKAN CERAIKAN KAN KAU,K.ADAKAH TALAK BLH JATUH
File Upload:
Salam

Sebab ada 'kalau kau hendak sangat', maka ia tidaklah menjatuhkan cerai...

nasib baik begitu..

bimbinglah dia ke jalan yang benar.. elakkan benda haram tu..

tk

Visitor IP: 115.133.239.3

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ragu ragu tentang lafaz talak ke 3 oleh suami

Nama*:ibu kompius
Tajuk*:ragu ragu tentang lafaz talak ke 3 oleh suami
Message*:assalamualaikum ustaz,sy sgt konfius,takut,malu dgn Allah tntg ape yg tjadi pd sy dan suami...kami pernah bcerai 2x,1st pceraian kami report pjbt agame dan rujuk smule,,kali ke 2, suami suami cerai dan rujuk diluar mkmah..dan kali ke3 kami btgkar dlm keadaan sy sdg mengantuk yg amat sgt...tp sy mmkse dan mcabar suami untuk ceraikan sy...lalu suami pn kate "kalau mu nk sgt,aku cerai mu!!" dlm keadaan yg sgt mrh dan tercabar,, lps tu kami berbaik dan mencari info tentg status kami,sy masih konfius,,skrg kami masih sbmbung,dan mjlani rutin sperti biasa..adakah sah talak terakhir yg dilafazkan suami sy uztaz...minta kbuntuan saye ustaz bley pjelaskan..terima kasih..
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, perkataan suami sebagai menjawab cabaran dan permintaan puan itu boleh menjatuhkan talak. pada kes ini, ia terjadi talak tiga.

Beginilah, puan bawa kes ini rujuk ke pejabat agama agar ia lebih jelas dan sah ikatan perkahwinan ini ..

tk


Visitor IP: 183.171.161.105,70.39.187.110

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 16, 2014

Soalan: ragu tentang lafaz suami semasa marah/ bertengkar

Nama*:faridah
Tajuk*:ragu tentang lafaz suami semasa marah/ bertengkar
Message*:salam ustaz,
Suami selalu akan lafazkan lafaz kinayah talak semasa bergaduh dgn saya..
Tapi saya terbaca lafaz kinayah ni perlukan Niat utk disabitkan talak.
Seperti biasa, bila suasana dah reda,saya dan suami akan berbaik seperti biasa.
Salahkah kalau saya sbg isteri tidak bertanya kpd suami akan niatnya semasa melafazkan lafaz tersebut semasa marah?.
Saya beranggapan suami tiada niat sbb lepas gaduh, kami hidup mcm biasa.
Dah 20 tahun kami berkahwin dan dikurniakan 5 org anak..
Apakah status pernikahan saya selama 20 thn ni ustaz...status
anak2..sbb sepanjang tempoh perkahwinan, bila gaduh, suami mesti halau saya
File Upload:
Salam..

Suami yang kena belajar agama balik.. hehe..

kalau dia bermaksud - berniat- cerai pada setiap kali bergaduh, maka ia akan menjatuhkan talak. Tapi mungkin dia tidak berniat cerai sekadar cakap begitu sahaja, maka puan bernasib baik.. tak jatuh talak.

Bawalah dia kemajlis ilmu,belajar balik agar dia sedar dan tahu status agama dan hokum pada perbuatannya... tk

Visitor IP: 203.106.158.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 15, 2014

Soalan: Isteri keliru lafaz suami ketika marah

Nama*:darapujaan
Tajuk*:Isteri keliru lafaz suami ketika marah
Message*:Saya ingin tahu mengenai lafaz kinayah berkaitan talak. Saya dan suami bertengkar. Suami marah dan meninggikan suara dengan berkata: "Kalau dah tak nak jaga anak, keluar dari rumah ni...aku tak nak tengok muka kau lagi...jangan berani jejak kaki kat rumah ini lagi..."

Suami berkata demikian secara berulang-ulang. Kemudian, apabila suami dah reda, saya dan suami berbaik semula. Suami kata: "Abang sayangkan awak...jangan buat lagi tau."
Kemudian saya tanya suami melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), sama ada dia tidak mahukan saya lagi atau memberi amaran. Katanya, dia sayangkan saya dan ucapan itu hanya amaran.

Selang tiga hari, saya dan suami bertengkar lagi. Suami marah kerana saya memalukan dan menjatuhkan maruahnya di hadapan keluarganya. Suami marah dan terus berkata seperti berikut:


i-"Kemas baju sekarang dan keluar dari rumah ni."

ii-"Pergi balik ke rumah mak ayah kau."
iii-"Tak ada kau pun aku boleh hidup la...aku boleh hidup tanpa kau."
iv-"Kang aku hantar kau balik kampung kang."
v-"Abang telefon ayah kau sekarang...suruh dia datang ambil kau."

Apabila sudah reda, saya mesej suami dan bertanya mengenai ucapan suami itu. Dia membalas mesej berkenaan seperti berikut: "Bukan yang tu (cerai)...abang hantar balik kampung...nanti abang ambil balik...abang tak ada niat tu la"

Soalannya, adakah situasi berkenaan boleh terjadi jatuhnya talak?
Mohon penjelasan daripada uSTAZ
File Upload:
Salam..

Ini semua adalah lafaz kinayah yang boleh menjatuhkan talak jika suami berniat cerai pada ketika itu. Jika suami tiada niat, selamat lagi perkahwinan ini. Puan perlu yakin dan percaya dengan pengakuan suami, jika suami kata dia tiada niat cerai, maka tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 203.106.158.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perkataan Haram

Nama*:Syafiq
Tajuk*:Perkataan Haram
Message*:Assalamulaikum ustaz,

Sy ada kemuskilan. Ketika si isteri ingin salam si suami, secara tiba-tiba si suami dalam nada bergurau terkeluarkan perkataan 'haram' dan menyambut tangan si isteri. Adakah ia dikira jatuh talak?, atau bagaimana?. Mohon pencerahan
File Upload:
Salam

Perkataan HARAM di sini tidaklah membawa maksud cerai atau mengharamkan hubungan suami isteri. Ia tidak baik diguraukan, benda yang halal tetap halal...

tidak jatuh talak. Perlu hentikan gurauan spt ini.


tk

Visitor IP: 110.159.77.31

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 14, 2014

Soalan: adakah ia lafaz kinayah bagi cerai

Nama*:salmi
Tajuk*:adakah ia lafaz kinayah bagi cerai
Message*:Salam ustaz...

Saya telah menolak ajakan suami utk berjimak..

Suami naik angin dan berang...Kemudian suami datang kepada saya dengan keadaan yg marah suami berkata kepada saya "aku minta kau tak bagi, nak aku cari perempuan lain ke? .."pergi mampus sama kau"..!!
Adakah ayat yang suami katakan tu merupakan lafaz kinayah bagi talak?..

Ayat ni :-

1. Nak ke aku cari perempuan lain? bagi tak aku cari perempuan lain? dan saya jawab "bagi".. adakah ia lafaz kinayah bagi talak?


2. Adakah ayat suami cakap "Pergi mampus sama kau.!! merupakan lafaz kinayah bagi talak?


Mohon pencerahan tuan..

Terima kasih
File Upload:
Salam.

PErtamanya berdosa puan menolak ajakan suami utk bersetubuh, kecualilah puan sakit dsb..

nak cari perempuan lain, bukan kinayah bg talak.. tp ia nak minta tambah seorang lagi je.. hehe..puan bagi tak?

Pergi mampus tu mmg boleh dikatakan sbg lafaz kinayah utk cerai, tetapi kena rujuk kepada niat suami, jika suami tanpa niat cerai, ia tidaklah menjatuhkan talak.. hehe..

tk

Visitor IP: 203.106.158.5

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, October 13, 2014

Soalan: taklik

Nama*:hisyam
Tajuk*:taklik
Message*:assalamualaikum..saya ingin bertanya adakah boleh ditarik balik taklik jika si isteri tidak melagarnya lagi.pada masa yang sama suami hanya ingin mengugutnya sahaja dan tiada niat untuk menceraikannya seperti jika awk menghubungi lelaki itu lagi jatuh talak satu dan selepas itu siisteri tidak menghubunginya lagi..bolehkah suami menarik balik taklik.dan bagaimana untuk menariknya kembali
File Upload:
Salam.

Sebahagian besar ulama menegaskan taklik tidak boleh ditarik balik. Bererti pelanggaran taklik yg menyebabkan jatuhnya talak sahaja akan membatalkan taklik yang lalu.

Perlu diingat, talak telah jatuh satu talak...

tk

Visitor IP: 113.210.130.15

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 12, 2014

Soalan: adakah boleh jatuh/ jadi cerai

Nama*:suri
Tajuk*:adakah boleh jatuh/ jadi cerai
Message*:Pada satu malam, saya leka tengok Facebook sampai tak endahkan pertanyaan suami yang minta saya cari sos cili kat dapur..saya kata " cari ler kat dapur, ada atas meja..

Kami bergaduh kemudian suami cakap; kau keluar! Saya jawab tak nak, dah malam.. Kemudian suami cakap "nak ke aku cari perempuan lain"?saya hanya geleng kepala.. "takkan aku minta sos pun tak boleh nak layan"?..

Adakah situasi tersebut merupakan talak kinayah? Boleh jatuh/ jadi talak ke? Adakah ia termasuk dlm lafaz kinayah bagi talak.
File Upload:
Tak jatuh talak.. tak ada disebut pun ttg talak.. masih selamat utk hari ini.. hehe

Visitor IP: 203.106.158.123

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz kinayah

Nama*:ct
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:Salan ustaz..saya ada soalan mengenai lafaz kinayah bagi cerai..
Soalan :
Salam ustaz..
Disebabkan saya menolak ajakan suami untuk berjimak, suami naik berang dan marah marah kepada saya dan berkata "Pergi mampus sama kau"..!

Adakah ayat itu merupakan lafaz kinayah bagi cerai?
File Upload:
Salma.

Ia memang lafaz kinayah utk cerai, tetapi jika suami tiada niat cerai, maka ia tidaklah menjatuhkan talak..

Haram apabila isteri menolak ajakan suami bersetubuh, kecuali dalam keadaan sakit ect..


Visitor IP: 203.106.158.123

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai taklik

Nama*:pn.as
Tajuk*:cerai taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz saya ada mendengar lafaz taklik tidak boleh ditarikbalik walaupun dah berrbincang dengan suami dan telah berbaik semula adakah benar? Seperti kes yang saya soalkan pergaduhan dengan suami pada 8.00pg suami melafazkan sekiranya kamu isteri keluar dari rumah ini jatuh talak tanpa melafazkan berlarutan sampai bila tetapi setelah berbaik semula pada pukul 6.30 ptg suami menyuruh isteri mengambil anak dari sekolah itulah persoalan saya
File Upload:
Umumnya berpendapat sebegitu, lafaz taklik tidak boleh ditarik balik. Jika telah terjadi pelanggaran taklik maka jatuhlah talak satu.

Bila jatuh talak satu, suami boleh rujuk semula, tetapi harus diingat, talak telah jatuh satu..( dan ia membatalkan taklik yang lalu)

tk

Visitor IP: 175.136.109.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: inginkan pandangan

Nama*:hussairi
Tajuk*:inginkan pandangan
Message*:as salam,
saya telah berkahwin dgn istri ke2 sy di sempadan thailand tnp pgtahuan istri prtama dan wali isteri ke2 sy. setelah setahun berkahwin,sy bterus terang dgn isteri ptama dan kluarga istri ke2 sy. akibatnya istri ptama sy meminta sy ceraikn istri ke2 sy dgn talak 3. bapa istri ke2 sy jga mminta sy ceraikn ank dia dgn ugutan tidak akan memaafkn istri ke2 sy dunia akhirat (mmutuskn hbugan) jika pkhwinan ini diteruskn.pada pandangan ustaz haruskah saya menceraikn istri sy sdgkn sy tlalu sygkn dia dan bgitu juga dia..jika saya truskn jga pkhwinan ini adakah istri sy tidak dpt cium bau syurga dgn ugutan bapanya itu??
saya berharap ustaz dpt memberi pndangan yg jelas bknaan ini agr sy tidak tsalah jalan.
sekian terima kasih
File Upload:

Kabur pandangannya...

Beginilah, kes telah berlaku.. so tak boleh diundur lagi

Restu ibu bapa amat penting dalam hal ini.. namun jika telah terjadi apakah mahu diruntuhkan rumah tangga itu? ia tidak perlu dan tidak wajar memutuskan perkahwinan.

Sdr perlu banyak bersabar dan jang tergesa-gesa dengan kemarahan mereka. Bersabar dan berdikit-dikitlah memujuk mereka untuk menerima saudara seadanya.

Tawakal dan doa berpanjangan..

tk

Visitor IP: 14.1.198.50,141.0.9.245

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: islam dan mandi wajib

Nama*:Najwan
Tajuk*:islam dan mandi wajib
Message*:Assalammualaikum,saya nk tanya sikit dlu saya pernah cakap "lebih baik jadi cina tak perlu solat" pastu saya juga pernah cakap "amithaba" perkataan cina masa saya budak dulu.Apa hukumnya ?

Seterusnya saya nak tanya lepas saya mandi wajib baru saya perasan ada daki belakang telinga saya dan sah tk mandi wajib saya sekiranya tangan saya ada ubat kuning/luka sah tak mandi wajib saya ?
File Upload:

Salam..

Cakap sebegitu tak baik dan boleh menjatuhkan akidah kita. Bertaubatlah dan insaf.. Moga Allah terima kembali atas kejahilan kita dahulu.

Daki dan ubat kuning tidak menghalang air, so sahlah mandi itu.

tk
Visitor IP: 203.106.148.203

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Najis anjing/kucing

Nama*:Mimi
Tajuk*:Najis anjing/kucing
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz, disini sy ingin bertanya ...situasinya begini..saya sedang berjoging tidak perasan dijalan raya ada 2 3 tompok tahi (tidak pasti tahi anjing/kucing) dan kebetulan saya lalu di kawasan tompok itu..perlukah saya membasuh dgn air tanah? kerana sy tidak pasti itu tahi binatang apa?

terima kasih
File Upload:
Jiak tidak pasti najisnya, basuhlah seperti najis biasa sahaja. memadai sekali basuhan dan hilangkan baunya dan zatnya.. hehe

Visitor IP: 175.138.238.202

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, October 10, 2014

Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:Nia
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:salam ustaz,saya bergaduh dengan suami..dalam keadaan marah suami berkata,kalau nak cerai berai jom turun bawah.awak nak cerai ke tidak?soalnya lagi..dan saya menjawab tidak.suami diam selepas itu.adakah talak telah jatuh?
File Upload:
Salam..

Dalam kes ini, ia tidak menjatuhkan talak.

tk


Visitor IP: 110.159.137.71

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak

Nama*:amran yaakob
Tajuk*:talak
Message*:assalamualaikum ustaz

seorang suami yang meminta isterinya melepaskannya kerana merasa tertekan dan tidak bahagia dalam perkahwinan lalu isteri bersetuju dengan permintaan suami, maka persoalaannya, adakah talak keatas isteri berkenaan telah jatuh pada saat isteri tersebut bersetuju pada permintaan suaminya?

saya naif tentang perkara ini, pencerahan amat dihargai. terima kasih.
File Upload:
Salam

Kurang jelas soalan ini, maaf saya tidak dapat beri pendapat.

Cuma begini, jika suami menawarkan untuk bercerai dengan lafaz yang jelas dan isteri berstuju dengan tawaran cerai itu, maka ia boleh menjatuhkan talak.

tk  

Visitor IP: 14.192.214.87

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: perlukan kepastian

Nama*:omar
Tajuk*:perlukan kepastian
Message*:Salam ustaz.
Sy ingin bertnye...saya bergaduh dengan isteri dan sy hilangan kesabaran..sy pun melafazkan " kalau hanie (isteri) keluar dari rumah jangan datang balik".adakah saya telah jatuhkn talak pada isteri saya.

terima kasih.
File Upload:

Lafaz ini adalah lafaz kinayah (tidak jelas/ sindiran). Jika niat saudara adalah untuk cerai,maka ia boleh mejnatuhkan talak. Tetapi jika saudara bermaksud keluar rumah dan jangan balik sahaja, ia tidaklah menjatuhkan talak.

Apa niat saudara ketika lafaz itu disebut.. itulah hukumnya...

tk

Visitor IP: 113.210.135.33

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak taklik atau tidak

Nama*:pn as
Tajuk*:jatuh talak taklik atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz sewaktu bertengkar 9.00pg suami saya berkata kalu kamu (isteri) keluar dari rumah jatuh talak tetapi isteri tidak keluar pada pagi hingga kepetang dan telah berbaik semula tetapi apabila ptg 6.30 suami menyuruh isteri keluar untuk ambik anak dari sekolah.. Isterinya bertanya bolehkah keluar bg nanti takut jatuh talak suami berkata x pa yg tadi dah habis ini abg izinkan keluar sebab abg yg suruh adakah jatuh talak taklik itu?
File Upload:
Salam.

Puan kena pastikan maksud umum 'tidak boleh keluar rumah menjatuhkan talak'. Jika maksud suami pada ketika itu sahaja, maka ia terhad pada ketika itu sahaja. Tetapi jika ia tiada had waktu, maka taklik berkenaan adalah berlarutan.

Oleh kerana suami yang menyuruh puan keluar mengambil anak, maka ia tidak menjatuhkan talak kerana atas keizinan suami sendiri.

tk

Visitor IP: 175.136.106.190

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: suami lafaz talak ketika mabuk tanpa niat

Nama*:maria
Tajuk*:suami lafaz talak ketika mabuk tanpa niat
Message*:assalamualaikum ustaz,
saya muskil dgn masalah yg saya hadapi ini..kami pasangan yang baru beberapa bulan berkahwin dan sekarang saya mengandung.suami saya seorang yang suka minum arak. walaupun dia tidak mengapa apakan saya tapi saya x dapat tahan dgn perangai nya itu sbb sebelum ni dia pernah berkata utk berubah tetapi hampa,janji nya hanya palsu.pada suatu malam dia telah balik dlm keadaan mabuk, saya mula mengamuk dan ingin melarikan diri dari rumah. dan pada masa itu dia naik berang dan mengatakan 'kalau kau langkah dari pintu itu,aku cerai kau dengan talak tiga' saya pn menjerit dan menangis ke arahnya..saya tidak kluar pn dari pintu itu. kemudian dia tersedar, lalu memujuk saya...dia kata x berniat pn nak ceraikan sya.. lalu dia menyesal..selepas beberapa minit kemudian suami sya suruh saya keluar ambil rokoknya di dalam kereta..saya berasa amat takut sekali utk keluar selepas apa yang diucapkan oleh suami saya...kemudian dia kata xda apa2..dia izinkan saya pergi kemana mana sahaja. jadi saya menurut perintah nya keluar dari pintu tu pergi ambil rokok.. jadi saya nak tanya apakah lafaz talak yang diucap tadi sah keatas saya?
File Upload:
Salam.

Mabuk dengan sengaja akan melibatkan hokum atas apa yang diperbuat dan diperkatakan. Maksudnya orang mabuk arak, dia sebut ttg cerai, maka ia akan jatuh cerai.

mohn maaf, saya tidak dapat memberi jawapan pada persoalan ini ketika ini..

tk

Visitor IP: 49.50.236.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 9, 2014

Soalan: Lafaz cerai sah atau tak?

Nama*:aisyah
Tajuk*:Lafaz cerai sah atau tak?
Message*:Salam Ustaz..
saya nie ada masalah rumahtangga sikit...dh belarutan dah setahun lebih dah...kes cemburu..empat lima bulan lepas..dia sering cakap kt saya.."kalau abang cerai kan awak...nafkah anak2 abang tk bagi sebab tak mampu"...
"klu macam tu baik kita cerai jer"...
apa yang saya tahu...dia cakap tu dalam keadaan dia waras...
tapi baru2 nie saya ada suruh dia g pejabat agama rujuk kt yang arif pasal cerai nie...dia jawab kat saya yang dia tak cakap pun macam tu...pening saya dengar..mintak tolong ustaz kes saya nie...adakah saya sendiri boleh merujuk di pejabat agama...
terima kasih
File Upload:
Salam

Pada saya, lafaz suami itu tidak terus untuk bercerai tetapi masih BERKALAU-KALAU. Maksudnya ia tidak langsung menjatuhkan talak lagi. ia tidak menjatuhkan talak.

Perbaiki hubungan agar tidak timbul isu ini lagi. seperkara lagi, beritau suami jangan lagi bercakap tentang cerai berai. tak baik.

tk

Visitor IP: 218.208.39.5

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak dikira sah atau tidak

Nama*:Amira
Tajuk*:Talak dikira sah atau tidak
Message*:Assalam ustaz....
Saya nak tahu adakah status saya sebagai isteri masih sah atau tidak...

Saya pernah bergaduh dengan suami soal bekas kekasih yang juga kawan baik saya...dalam keadaan marah suami menyatakan sekiranya saya berhubung lagi dengan bekas kekasih tertalaklah saya dengan talak 1....
Selepas peristiwa itu saya bertanyakan kepada suami adakah dia benar benar maksudkan talak yang dia lafazkan saat kami bergaduh..suami tidak berniat hanya ingin mengertak saya...
Namun begitu,setahun kemudian suami mengetahui saya masih berhubung dengan bekas kekasih,suami marah dan mengungkit kembali tentang lafaz talak yang pernah disebutnya...dan sekali lagi menlafazkan sekiranya saya berhhbung lagi dengan bekas kekasih akan jatuh talak 1 keatas saya...
Ustaz,adakah lafaz yg pertama dahulu dikira sah...dan saya was was dengan status saya sebagai isteri
File Upload:

Salam

Lafaz taklik suami adalah sah dan jelas sebegitu. Maksudnya suami tidak pernah membenarkan puan berhubung dengan kawan berkenaan, jika masih berutusan maka ia akan jatuh talak.

Suami menyebut gertak, tetapi ia bukan lagi gertak kerana apabila dikaitkan dengan cerai, maka ia melibatkan taklik. Taklik tidak boleh ditarik balik.

Pada pendapat saya, tindakan puan berhubung selepas lafaz taklik pertama dibuat suami telah menjatuhkan talak satu.

Mohon suami untuk rujuk kembali dan nasihatkan usah dikaitkan apa jua hal dengan cerai dan talak lagi.

tk

Visitor IP: 113.210.132.149

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak jatuh atau tidak

Nama*:Amira
Tajuk*:Talak jatuh atau tidak
Message*:Assalam...saya pernah bergaduh dengan suami soal bekas kekasih...dia marahkan saya sebab masih berhubung dengan bekas kekasih walaupun hanya sekadar kawan...dan suami katakan kepada saya sekiranya saya masih berhubung dengan bekas kekasih dia jatuhkan saya talak 1.....

Selepas peristiwa tu saya ada bertanyakan suami tentang lafas yang dia katakan itu adakah dia benar benar niatkan talak tersebut...suami menyatakan tidak..dia hanya mengertak saya...

Selepas setahun dia tahu saya masih berhubung dengan bekas kekasih dia marah dan mengungkit kembali lafas talak tersebut....jadi saya ingin penjelasan tentang lafas tersebut adakah ianya dikira sah...dan saya merasa was was dengan status saya sebagai isteri.....mohon pencerahan
File Upload:


Visitor IP: 113.210.132.149

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 8, 2014

Soalan: Isu Nazar

Nama*:Abu Bakar
Tajuk*:Isu Nazar
Message*:Bagaimana isu nazar orang yang tertekan akibat mainan was-was? Peristiwanya begini, seseorang itu mungkin ada masalah was-was yang meminta membuat itu dan ini, dia terpaksa mengikut bisikan-bisikan itu hingga pada satu hari dia tak dapat membuat perkara yang dibisikkan itu, maka dia terlintas atau ternazar, atau mungkin juga bisikan menyatakan bahawa nazar untuk dermakan semua hartanya jika berjaya. Kemudian dia berjaya dengan sekali percubaan sahaja.

Oleh kerana tertekan kerana risau telah bernazar perkara sebegitu, maka dia membuat solat taubat dan berdoa dalam keadaan tertekan bahawa dia dermakan separuh dari hartanya pula.

Lama kelamaan dia sedar bahawa apa yang dibuat itu mengundang masalah kepadanya.

Pertanyaan, apakah terjadi hukum nazar dalam keadaan sebegitu?

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Saudara Abu Bakar, maafkan saya kerana tidak dapat menjawab persoalan ini dengan jelas, saya kurang arif dengan permasalahan yang ditimbulkan.

Mohon maaf, tk

Visitor IP: 202.162.7.36

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keliru lintasan ,niat dan kinayah.

Nama*:A Aziz
Tajuk*:Keliru lintasan ,niat dan kinayah.
Message*:Salam ustaz,

Seorang suami menyuruh isterinya solat...setelah beberapa ketika si isteri masih lagi tidak solat kerana sedang lakukan kerja.

Si suami rase sedikit marah dan terdetik/terlintas cerai...si suami berkata, "syg pergilah solat dulu"

1) Adakah terdetik/terlintas itu dikira niat kerana si suami rasa beliau tidak lg membulatkan hati...semuanya berlaku dengan pantas.

2) Adakah lafaz suruh solat dulu dikira kinayah? Si suami rase ia lebih kepada arahan.

Mohon pencerahan ustaz kerana bimbang ini hanya was-was permainan syaitan.

Terima kasih.
File Upload:
Salam.

Lintasan hati tidaklah menjatuhkan talak. Talak mesti dilafazkan sebagaimana nikah juga dilafazkan dengan jelas.

Suruh solat itu bukan kinayah lagi, ia arahan dan tugas suami untuk menyuruh isterinya solat... (sepatutnya bukan suruh solat, tetapi ajak solat berjemaah, itu yang lebih baik..)

tk

Visitor IP: 115.135.244.141

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keliru

Nama*:Anak Mama
Tajuk*:Keliru
Message*:2007-Sewaktu hamil 6 bulan suami melafaz talak tiga tanpa saksi setelah berlaku sedikit salah faham. Demi kasih kan anak-anak saya buat tak endah dan masih tinggal bersama suami.

2009-Hamil anak kelima usia kandungan 7 bulan, suami lafaz talak tiga atas sebab cemburu dan sikap ego lelaki yg tinggi.

Walaupun sedar talak sudah jatuh, saya rela pendamkan prasaan demi anak-anak. Cukuplah hanya saya yang tahu bagaimana perasaan tanpa seorang ayah di sisi sejak kecil. (Ibubapa saya bercerai sejak saya berumur 2 tahun)

Saya masih lagi tinggal serumah dengan suami hingga kini dan masih tetap berhubungan walaupun jauh dilubuk hati saya, saya meragui status hubungan ini. Saya telah memberitahu suami agar merujuk ke mahkamah syarie tetapi dia enggan.

2014-Suami melafaz cerai talak tiga dua kali pada hari yang sama. Pertama tanpa saksi dan kali kedua di depan anak saya yang sulung berumur 14 tahun. Hati saya hancur. Hanya Allah yang tahu. Saya masih tetap dengan pendirian saya. Saya tak sanggup tengok anak saya seramai lima orang membesar tanpa ayah/ibu. Utk pengetahuan juga suami seorang yang panas baran dan kaki pukul.

Terus terang saya masih sayangkan suami saya tetapi saya tidak dapat menerima apa yang telah dia lakukan tambahan lagi dia tak mahu merujuk kes ke mahkamah. Tolong lah ustaz...apa yg harus saya lakukan?
File Upload:
Salam

Puan, terima kasih kerana sudi berkongsi di sini.

Besar dugaan puan.

Pada pendapat saya, lafaz talak tiga pada yang pertama kali disebut itupun sudah cukup untuk menjatuhkan talak. Talak tidak perlukan saksi, ia cukup dengan suami melafazkan CERAI dengan dia bersendirian atau berhadapan dengan isterinya, maka jatuhlah talak.

Saya menasihati puan agar bawalah kes ini ke pejabat agama bagi menentukan status sebenar puan. Memang kita perlukan suami dan anak-anak perlukan bapa, namun hokum agama juga perlu dijaga dengan sebaiknya. Berusahalah untuk mentaati Allah dan ajaran agama..

tk

Visitor IP: 202.152.86.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Derhaka kah saya?

Nama*:Sham
Tajuk*:Derhaka kah saya?
Message*:Assalamualaikum Ustaz.

Berkenaan dengan ibu bapa saya. Ibu bapa saya mempunyai perangai yg suka boros. Di sebabkan itu, saya tidak bagi duit setiap bulan tapi saya bayar kan bil dan bagi duit belanja pada adik saya setiap bulan.

Adakah saya derhaka kepada ibu bapa saya? Mohon pencerahan.
File Upload:
Salam

Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam hal seperti ini. Berilah sedikit panduan dan bimbingan kepada mereka. Apabila ada perkara yang tidak wajar mereka lakukan, usah dibiarkan sahaja, bantulah untuk mereka berubah.

Saya berpendapat tindakan saudara tidaklah derhaka, sebaiknya cuba bantu mereka dalam urusan kewangan agar ia lebih teratur dan meneladani syariat.

tk

Visitor IP: 203.106.221.106

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz Kinayah or ape?

Nama*:yana
Tajuk*:Lafaz Kinayah or ape?
Message*:Salam Ustaz..saya nak tanye...baru2 ni saya ade bergadoh dengan suami saya ... dan dia ade cakap "saya nak tinggalkan awak, tapi awak tak nak" ... "sebab tue la saya nak cerai" ... ape kah status perkahwinan saya ustaz.... pening betol kalo suami jenis gado senang main ugut2 cam nie... nanti jadi was-was.. hmmmmm...ape jadi kalo dia cakap part "saya tinggalkan awak" tue yg sy risau sgt.. =(
File Upload:
Salam...

Tu lah.. usahlah nak cari alasan untuk bergaduh lagi. Fahami kehendak suami dan cuba penuhi keinginannya, usah cari pasal je... hehe

cakap-cakap ugutan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak sehinggalah suami berterus terang melafazkan talak..

Ok, doa banyak-banyak moga bahagia.. sabar dan redha.. tawakal selalu... insya-Allah DIA dapat membantu kita.
tk

Visitor IP: 118.101.253.52

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 7, 2014

Soalan: rujuk semula

Nama*:onieda_1978@hotmail.com
Tajuk*:rujuk semula
Message*:assalammualikum ustaz..
soalan saya..
suami saya telah mlafazkan talaq berbunyi jika i mnm arak maka jatuh talaq ketika mabuk pada tahun 4 tahun yg làlu..dh secara xlangsung sebulan yg lalu suami saya telah mneguk arak..
1.adakah sah talaq tersebut
selepas kejadian tu suami saya telah memohon maaf pada saya dan ingin merujuk semula..kami telah pun bersetubuh.
2.adakah sah cara mrujuk tersebut
3.kami tidak mlaporkan kpd mahkamah syariah krn mnurut salah seorg pegawai dsana berpangkat ustazah mgatakan bhwa talaq tersebut sah jatuh dan pabila mdgr bhwa kami telah bersama beliau bkata secara xlangsung kami telah mrujuk dan tidak perlu mdaftar penceraian atau rujuk semula
File Upload:

Salam..


Ini yang dikatakan sebagai lafaz taklik iaitu dikaitkan sesuatu perbuatan dengan talak. Lafaz taklik ini sah dan jatuh talak setelah dia melanggar taklik (minum arak).

Rujuk juga adalah sah. Sah apabila suami mengajak puan untuk kembali bersama sebagai suami isteri (seperti minta maaf dan ajak kembali berdamai). Perbuatan bersetubuh tidaklah dikira rujuk jika tiada ajakan untuk rujuk - ajak kembali bersama - itu tidak ada.

Pendaftaran di mahkamah adalah untuk formality sahaja. Hukum tetap ada hukumnya walaupun tidak didaftarkan di mana-mana pejabat.

tk


Visitor IP: 113.210.133.220,8.37.227.121

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah ia lafaz kinayah bagi cerai

Nama*:murni
Tajuk*:adakah ia lafaz kinayah bagi cerai
Message*:Salam ustaz..
Saya bergaduh dgn suami dan suami berkata kepada saya
"Pergi mampus sama kau"..!
Adakah ayat itu merupakan lafaz kinayah bagi cerai?
Tk
File Upload:
Salam..

pergi mampus lah kau.. hehe.. ganas tu..

Ginilah.. ia lebih kepada lafaz marah seorang suami tanpa menyebut ttg talak, so ia tidaklah jadi talak.

Kecualilah suami berniat untuk cerai dan disebutkan lafaz berkenaan, maka ia boleh menjatuhkan talak. kena tanyakan suami ttg niatnya semasa lafaz itu disebut..

tk


Visitor IP: 203.106.158.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 5, 2014

Soalan: hukum suami cakap " abang tinggalkan dyana ".

Nama*:dyana
Tajuk*:hukum suami cakap " abang tinggalkan dyana ".
Message*:Salam usta
File Upload:

Salam..

Jika suami berniat dan ada tujuan untuk cerai, maka ia boleh menjatuhkan cerai. Tetapi jika ia tidak ada niat, tidaklah ia menjatuhkan cerai... kena bertanyakan suami ttg hal ini..


tk

Visitor IP: 203.106.158.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah ia lafaz kinayah bagi cerai

Nama*:masitah
Tajuk*:adakah ia lafaz kinayah bagi cerai
Message*:Salam ustaz..saya merajuk sebab suami tak balik rumah.mak ayah saya semasa aidiladha kelmarin...
Saya buat muka masam supaya suami tahu perasaan saya. Suami kata kepada saya " nak balik kampung awak tak"?.
Saya hanya diam dan cakap kalau balik harini, esok kena balik sini balik..hmm sekejap sgt..
Kemudian suami pun berkata " abang tinggalkan mas "..
2 hari je ...
Maksud suami ialah dia nak saya tinggal kat rumah mak ayah saya selama 2 hari, kemudian dia akan jemput saya balik semula.
Soalan saya : apa hukum suami cakap " abang tinggalkan mas"..
Adakah ayay tersebut merupakan lafaz kinayah bagi talak?
File Upload:
Salam..

Udah ler tu puan.. tak kan semua benda nak dikaitkan dengan cerai dan talak..

Fahma je lah pada maksud zohor lafaz berkenaan iaitu dia meninggalkan puan seketika.. bukan utk cerai..

Udah ler tu.. Islam tidak pernah menyusahkan manusia, hanya kita yang susah susahkan..

tk

Visitor IP: 203.106.158.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai rujuk cerai rujuk cerai lagi

Nama*:laila isabela
Tajuk*:cerai rujuk cerai rujuk cerai lagi
Message*:salam ya ustaz.

Situasi dibawah ini adalah rententan lafaz2 cerai yang dibuat oleh suami kepada isterinya .

kes 1 - suami melafazkan cerai , dgn berkata " aku ceraikan kau lah ' selang seminggu , suami melafazkan rujuk , abang rujuk dgn sayang .

Kes 2 - Suami melafazkan cerai , dgn berkata " kau memang nak sagt aku ceraikan kau " , selang takberapa jam selepas itu. Suami melafazkan rujuk .

Kes 3 - Suami melafazkan cerai tanpa jelas , isteri cuma mendengar perkataan cerai dari suami , dan tidak pula meminta suami mengulang ayatnya kembali. Tetapi si isteri ada berkata pada suami kalau abang cerai kali nie kali ke tiga lah talak tiga tau tak. Isteri pada masa ini hamil 7 bulan.

soalan : apakah status pasangan suami isteri nini adakah mereka sudah jatuh talak 3. yang melibatkan kes dalam situasi ketiga.

terima kasih
File Upload:
Salam

1. Telah jatuh talak satu dan dirujuk kembali.. bererti telah berlaku satu talak.

2. Ia tidak jatuh talak sebab lafaz itu tidak jelas dant idak disebutkan talak secara sah. Tidak berlaku talak kedua (masih dalam talak satu) Rujuknya juga tidak sah sbb tiada cerai...

3.  keadaan ini perlu dipastikan, apa sebenarnya disebut suami. Puan minta penjelasan sama ada suami menceraikan puan atau hanya sebut eg. kalau aku ceraikan engkau padam muka kau.... kerana lafaz Kalau kalau tu, tak jatuh talak lagi.. sila dapatkan penjelasan daripada suami.

Pada kes ini, saya berpendapat telah jatuh talak 1 dan telah dirujuk.

tk


Visitor IP: 60.48.166.150

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:eqien
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:Kami ad bergaduh dan suami ad msg sy 'ak nk cerai a dgn ko'...
Sy rase dh jatuh talak pada sy.. Sy ad berbincang dgn suami, die bgtau die btl2 tk tau yg akan jatuh talak kalau die msg mcm tu.. Dan die bgtau die tiada niat utk ceraikan sy.. Ustaz blh tlg jelaskan hal nie.. Samada talak telah jtuh atau tidak
File Upload:
Salam

Mesej berkenaan 'Ak nak cerai dengan kau' adalah tidak jelas dan ia tidak menjatuhkan talak. Perkataan NAK itu seakan bermaksud 'akan datang' dan suami juga tiada niat utk cerai, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan cerai..


tk

Visitor IP: 183.171.162.94

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, October 4, 2014

Soalan: MUSKIL DENGAN UCAP CERAI

Nama*:AISYAH
Tajuk*:MUSKIL DENGAN UCAP CERAI
Message*:saya ada masalah rumahtangga hampir setahun lebih..tiga empat bulan lepas...suami kerap ucap

1. " klu macam nie gayenye..baik bercerai aje...tp ingat... bila dah cerai..nafkah anak abang tk bg sebab tak mampu"
2. " klu abang cerai kan awak.."

itu lah sering kali dia cakap bila dia marah atau tak puas hati kat saya...lebih dari 10 kali dia cakap mcm tu...dia lafaz kata-kata tu dalam keadaan yang waras...saya tak ambil peduli sebelum nie apa dia cakap..tapi sebulan lepas..saya ada terbaca dekat suratkhabar berkaitan kes mcm saya nie..ustaz tu suruh rujuk pejabat agama...itu membuatkan saya untuk bertanya dahulu berkaitan perkara ini...suami saya ini terlalu cemburu...macam-macam dituduh saya..
minta tolong penjelasan dari ustaz dahulu berkenaan kemuskilan saya ini....terima kasih
File Upload:

Salam

Ungkapan suami yang sering sebut cerai itu memang tidak bagus, tidak wajar. Cerai tidak boleh dibuat mainan atau ugutan apabila bergaduh..

Lafaz di atas dikaitkan dengan KALAU macam ni... pada penadapat saya, ia tidak menjatuhkan talak. KALAU tu adalah satu perkaitan dan bukan lafaz terang utk talak.

tk

Visitor IP: 1.9.103.152

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, October 2, 2014

Soalan: mandi wajib

Nama*:rinawati
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Salam ustaz...saya mandi wajib guna shower..saya cangkung bawah shower sambil gosok badan...sah tak mandi wajib saya jika saya gosok kuku jari tangan dengan menjulurkan lengan tangan dimana air shower kena badan tapi tak kena kuku tangan ...maknanya masa gosok kuku tu, air tak kena..kuku masih kering tak basah sgt...kemudian lepas tu saya cepat cepat kenakan air pada kuku tu...sah tak mandi wajib saya ustaz?
File Upload:
Syarat mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh anggota badan, kalau dah mandi guna shower tu, sahlah mandinya... kan airnya bersih (mutlak) yang turun dari atas tu..

Udah ler tu.. kenapalah tak pandai pandai lagi dng mandi wajib ni.. tu lah.. masa sekolah dulu awak tidur je... hehe.. sori.. petang ni nak lepas sikit..

selamat beramal...

tk



Visitor IP: 1.9.103.133

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA