Thursday, September 25, 2014

Soalan: jatuh talak atau tidak.

Nama*:wanie
Tajuk*:jatuh talak atau tidak.
Message*:assalamualaikum w.b.t...
saya ingin bertanya pada satu hari saya bergaduh dengan suami berkaitan telefon bimbit...ada seorang perempuan yg mesej suami saya...kemudian saya terbaca mesej tersebut.Kemudian suami saya naik angin dan berkata"kalau kau buka lagi telefon aku,jatuh talak satu.
jadi dalam hal ini adakah jatuh talak sekiranya saya buka telefon bimbit suami saya.Apa yang patut saya lakukan sekarang ya tuan...saya dah buntu..sudah tiga hari kami bermasam muka dan tidak bertegur sapa.tolong bagi pendapat dan jalan penyelesaian ya ustaz
File Upload:
Salam..

Lafaz taklik suami itu adalah sah. Puan tidak boleh buka hpnya lagi, jika tidak akan menjatuhkan talak.

Kembalilah berdamai. Pujuklah sang suami itu.. dia masih sayangkan puan, hanya keegoannya sahaja yang cukup tinggi. Usahlah puan pula turut ego.. sampai bila pun tak ada jalan kesudahannya.. berdamailah.

tk

Visitor IP: 202.56.93.82

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.