Monday, September 22, 2014

Soalan: gugurkah talak jika berkata "saya tak nak hidup dengan awak lagi"?

Nama*:nur
Tajuk*:gugurkah talak jika berkata "saya tak nak hidup dengan awak lagi"?
Message*:suatu hari saya telah bergaduh besar dengan isteri sehingga saya menyatakan lebih baik la kita bercerai kalau macam nie... kemudian saya kata saya dah tak nak hidup dengan awak lagi... niat saya ketika itu bukanlah untuk bercerai di saat itu, niat saya adalah untuk bawa ke pejabat agama dan bercerai secara elok...
kemudian bila sudah reda kemarahan saya tefikir adakah ayat "saya tak nak hidup dengan awak lagi itu merupakan lafaz soreh atau kinayah? jika kinayah tidaklah jatuh talaknya kerana niat saya untuk bercerai tetapi tidak mencerai.. samalah dengan halnya jika seorang suami memohon dimahkahmah untuk bercerai tetapi masih belum bercerai...
cuma saya bimbang jika ianya lafaz soreh... harap ustaz dapat bantu saya
File Upload:

Saudara,

Lafaz ini adalah lafaz kinayah. Ia boleh jatuh talak jika saudara ada niat untuk menceraikannya pada ketika itu. Jika tiada niat cerai, ia masih selamat.

tk

Visitor IP: 113.210.137.0

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.