Monday, September 29, 2014

Soalan: Cerai Taklik

Nama*:Aliff
Tajuk*:Cerai Taklik
Message*:assalamualaikum,

Saya nak tanya, Saya telah melafazkan cerai taklik kepada isteri saya tanpa sengaja dan waktu itu saya dalam keadaan marah.

Saya lafazkan seperti yg berikut :-

"Lepas ni kalau you pergi mana-mana tanpa izin, cerai".

Soalan:-

1. Bagaimana untuk saya memperbetulkan keadaan ini.
2. Perlukah isteri saya meminta izin kemana sahaja dia pergi?. Sekiranya dia terlupa adakah jatuh taklak tersebut.
3. Adakah lafaz saya ini sah?, Kerana saya tiada niat untuk ceraikan isteri saya dan hanya untuk pengajaran.
File Upload:
Salam

Lafaz taklik berkenaan adalah sah dan terpakai hukumnya.

Oleh kerana ia disebut 'tanpa izin' maka saudara kenalah izinkan terlebih awal ke mana isteri nak pergi..mungkin bincang malam-malam tu, izinkan je dia nak keluar esok ke mana yg patut...

Saya tak tahu bagaimana hendak mengatakan taklik boleh ditarik balik, kerana saya tidak berjumpa hujahan yang mengatakan boleh ditarik balik taklik..

tk
Visitor IP: 175.139.52.197

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.