Friday, August 22, 2014

Soalan: Sah solat

Nama*:Miss
Alamat Email:
Tajuk*:Sah solat
Message*:Saya mempunyai penyakit eczema. Luka luka saya kerap berdarah. Ketika solat, telekung akan terkena darah. Malah setiap kali tiba waktu solat, saya perlu menyalin pakaian kerana pakaian yg lama sudah terkena darah luka. Adakah sah solat jika saya memakai telekung atau pakaian yg sudah terkena darah?
File Upload:

Salam

Masya-Allah.. besar ujian Allah kepada puan. Moga puan redha dan sabar menghadapinya.

Untuk kes seperti ini, puan perlu berwuduk setelah masuknya waktu untuk solat berkenaan dan jika dapat ditutup punca pendarahan, tutuplah. Jika tidak dapat ditutup, teruskan solat walaupun darah terus mengalir. Ia dimaafkan atas penyakit yang puan hadapi.

Pakaian yang terkena darah perlu dibasuh, sama ada cuci di bahagian darahnya sahaja atau mencuci keseluruhan pakaian itu, terpulanglah. Setelah dicuci, ia boleh dipakai untuk solat.

terima kasih.


Visitor IP: 118.101.44.54

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.