Wednesday, August 27, 2014

Soalan: ADAKAH JATUH TALAK?

Nama*:HASINA
Alamat Email:nieysah89@yahoo.com
Tajuk*:ADAKAH JATUH TALAK?
Message*:salam..kawan saya ada bertanya pendapat saya adakah jatuh talak sekiranya dia bergaduh dengan suaminya, lalu dia bergegas untuk pergi kerja walaupun dalam keadaan tidak sihat..Lalu suaminya berkata "kalau kau pergi kerja, kita dah tak ada apa-apa lagi"..apakah jatuh talak? dan bolehkah dia pergi kerja untuk hari2 seterusnya?mohon penjelasan..Terima kasih.
File Upload:

Salam

Ucapan suami; .. kita dah tak ada apa-apa lagi.. pada umumnya ia bermaksud cerai, namun ia bergantung kepada niat suami. Jika niat suami pada lafaz berkenaan adalah bermaksud cerai atau talak, maka jatuhlah talak apabila isteri keluar pada hari berkenaan.

Jika niat suami bukan bermaksud cerai, sebaliknya tak ada apa-apa kisah lagi, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.

Kena pastikan apa maksud sebenar daripada ucapan suami berkenaan.

Apabila jatuh talak, isteri perlu dirujuk kembali.

Keluar pada hari berikutnya tiada lagi memberi bekas - tiada kesan - kerana ia telah terjadi hukumnya pada perbuatan pertama lagi (pada hari pertama).

tk

Visitor IP: 203.106.149.108

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.