Sunday, August 31, 2014

Soalan: jatuh talak tak sekiranya suami sebut saya takkan sentuh awak lagi

Nama*:anor
Alamat Email:a_comel@yahoo.com.sg
Tajuk*:jatuh talak tak sekiranya suami sebut saya takkan sentuh awak lagi
Message*:assalamualaikum ustaz..

baru-baru ini saya bertengkar dengan suami. Lantaran kecil hati saya mengungkit kembali apa yang pernah dinyatakan kepada saya iaitu disebabkan saya tidak pandai berasmara menyebabkan dia kurang puas dalam hubungan kelamin. Mungkin kerana dia tidak ingat apa yang dinyatakannya, dia tidak dapat menerima kata-kata saya lalu menyebut dia tidak akan menyentuh saya lagi. Adakah ini boleh menyebabkan jatuh talak?? Untuk pengetahuan ustaz, ini bukan kali pertama dia menyatakan tidak akan sentuh saya lagi..rasanya kali ketiga atau keempat..
File Upload:

Salam

Kata-kata suami untuk tidak mahu menyentuh lagi itu adalah satu ikrar. Jika ia disebutkan dengan nama Allah, maka ia menjadi sumpah. Tetapi jika tidak disebutkan nama Allah, ia tidaklah dianggap sumpah dalam konteks ini. Apabila ia bukan sumpah, tidaklah ada hokum berkaitan dengannya.

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak atas lafaz suami seperti ini.

tk



Visitor IP: 113.210.11.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sentuh kemaluan hingga terasa nak terkencing

Nama*:yan
Alamat Email:
Tajuk*:sentuh kemaluan hingga terasa nak terkencing
Message*:Hukum wanita yang menyentuh kemaluan semasa mandi wajib sehingga rasa nak terkencing. Adakah dengan rasa nak terkencing tu merupakan tanda klimaks seorang wanita. Adakah ia perlu mengulangi semula mandi wajib?
File Upload:

Salam

Sentuh kemaluan semasa mandi wajib tidaklah menjadi kesalahan apa-apa cuma terbatallah wuduknya, kena ambil wuduklah untuk solat dll..

Sentuh sampai rasa nak terkencing.. saya kira ia bukan klimaks. Klimaks ialah rasa puas.. Memadai dengan mandi wajib yang satu itu juga..

tk

Visitor IP: 1.9.103.145

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, August 30, 2014

Soalan: luka / nanah jerawat pecah semasa sedang mandi wajib

Nama*:suria
Alamat Email:
Tajuk*:luka / nanah jerawat pecah semasa sedang mandi wajib
Message*:Salam ustaz..nk tanya..sebelum mandi wajib, ada jerawat di muka saya, ia bernanah tapi belum pecah. Saya pun terus mandi wajib, selepas mandi saya tgk jerawat tu dah pecah dan sudah tiada nanah.
Sah tak mandi wajib jika ada nanah/darah/luka di bekas jerawat tu?
Mohon ustaz jawabkan..
Terima kasih
File Upload:

Salam

Jerawat pecah semasa mandi wajib, ia sudah cukup dengan mandi wajib itu.. tidak perlu diulang kembali mandi wajib. membazir je... hehe

tk

Visitor IP: 1.9.102.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 29, 2014

Soalan: ugut cerai

Nama*:maya saleha
Alamat Email:myazara141@gmail.com
Tajuk*:ugut cerai
Message*:Assalammualaikum....sy ingin bertanya...adakah sah talak sekiranya si isteri mengugut suami jika tidak mencerai kn si isteri akan mencederakan anak2...maka si suami trpaksa menceraikan isteri kerana bimbang dengan keselamatan anak2.
File Upload:

Salam

Ugutan isteri seperti ini sehingga suami terpaksa melepaskan isterinya (talak) adalah tidak sah. ini kerana adanya unsur paksaan ke atas suami.

Talaknya tidak sah..

tk
Visitor IP: 121.120.122.67

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib guna shower dan air mandi tu terpercik pada permukaan show

Nama*:azie
Alamat Email:
Tajuk*:mandi wajib guna shower dan air mandi tu terpercik pada permukaan shower ketika air shower tu sedang mengalir
Message*:Salam ustaz...saya mandi wajib guna shower dan shower tu rendah, hampir dengan kepala saya.
Semasa saya mandi wajib, saya terlihat ada tompokan air pada permukaan shower yang tidak berlubang ( rujuk gambar : ruang yg tidak berlubang pada permukaan shower).Mungkin senasa saya mandi, air mandi terpercik pada permukaan yg tak berlubang pada shower tu.
Macam mana dgn mandi saya tu ustaz? Adakah sah? Semasa mandi, air sentiasa mengalir. Risau juga jika jd air mustakmal.
File Upload:images.jpeg

Salam

Islam agama yang praktikal, kita sahaja yang tak faham dan menyusahkan soal remeh temeh ini.

Kalau air mengalir dari atas, ia adalah air mutlak dan sah untuk mandian wajib dan basuhan wajib. Air mustakmal terjadi bila kita menakung air mandi hadas besar tu di dalam satu besen/ bekas. Dalam konteks shower ini, ia tidak pernah terjadi air mustakmal.

tk



Visitor IP: 1.9.103.49

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keputihan keluar semasa sedang mandi wajib

Nama*:hana
Alamat Email:
Tajuk*:keputihan keluar semasa sedang mandi wajib
Message*:Salam ustaz..nak tanya 1 soalan...semasa mandi wajib, keluar keputihan difaraj dan saya hanya ratakan air je di faraj...dan selepas saya selesai mandi wajib, saya lihat di faraj masih lagi ada keputihan di pintu faraj...
Adakah sah mandi wajib saya..
Adakah keputihan yg keluar semasa mandi wajib boleh menyebabkan mandi tidak sah..
Terima kasih ustaz..
File Upload:

Salam

Keputihan tidaklah menghalang air, dan mandi itu sah.

keputihan itu sejenis penyakit wanita, so ia tidaklah menjejaskan apa-apa pada mandi wajib.

tk
Visitor IP: 1.9.103.105

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, August 27, 2014

Soalan: ADAKAH JATUH TALAK?

Nama*:HASINA
Alamat Email:nieysah89@yahoo.com
Tajuk*:ADAKAH JATUH TALAK?
Message*:salam..kawan saya ada bertanya pendapat saya adakah jatuh talak sekiranya dia bergaduh dengan suaminya, lalu dia bergegas untuk pergi kerja walaupun dalam keadaan tidak sihat..Lalu suaminya berkata "kalau kau pergi kerja, kita dah tak ada apa-apa lagi"..apakah jatuh talak? dan bolehkah dia pergi kerja untuk hari2 seterusnya?mohon penjelasan..Terima kasih.
File Upload:

Salam

Ucapan suami; .. kita dah tak ada apa-apa lagi.. pada umumnya ia bermaksud cerai, namun ia bergantung kepada niat suami. Jika niat suami pada lafaz berkenaan adalah bermaksud cerai atau talak, maka jatuhlah talak apabila isteri keluar pada hari berkenaan.

Jika niat suami bukan bermaksud cerai, sebaliknya tak ada apa-apa kisah lagi, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.

Kena pastikan apa maksud sebenar daripada ucapan suami berkenaan.

Apabila jatuh talak, isteri perlu dirujuk kembali.

Keluar pada hari berikutnya tiada lagi memberi bekas - tiada kesan - kerana ia telah terjadi hukumnya pada perbuatan pertama lagi (pada hari pertama).

tk

Visitor IP: 203.106.149.108

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai

Nama*:Zuhir Hafizan
Alamat Email:hafzan485@gmail.com
Tajuk*:Cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz! kisah ini terjadi kepada sahabat saya. Atas sebab kejahilannya, dia rasa telah menceraikan isterinya, walaupun dia hanya melafazkan di dalam hati. Apabila ditanya oleh rakannya kenapa kelihatan sangat sedih, dia menjawab dia telah menceraikan isterinya. Apabila disoaljawab, rakan sahabat ini menyatakan tidak jatuh talak apabila hanya diucapkan di dalam hati. Soalan saya, apakah hukumnya bila sahabat ini menyatakan yang dia telah menceraikan isterinya kerana kejahilannya.
File Upload:

Salam

Kejahilan bukanlah alas an untuk tidak terkena hukuman atas apa jua kesalahan.

Lintasan dalam hati tidak menjatuhkan talak.

Satu pernyataan 'aku sudah ceraikan isteri aku' yang dikhabarkan kepada rakan-rakan, tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 14.1.193.172

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, August 26, 2014

Soalan: isteri di katakan sebagai bekas isteri

Nama*:fara
Alamat Email:
Tajuk*:isteri di katakan sebagai bekas isteri
Message*:salam ustaz..
soalan saya apakah jatuh talak bila seorang suami bercakap pada orang lain mengatakan isteri nya adalah bekas isteri. Walaupun sebenarnya mereka masih lagi suami isteri yang sah.
File Upload:

Salam,

Dia masih kekal sebagai seorang isteri.

Cerai perlu dilafazkan secara jelas seperti lafaz 'aku ceraikan engkau!'

Cuma tidak elok dan tidak kena sama sekali mengatakan 'bekas isteri' sedangkan statusnya masih isteri yang sah. Tidak boleh bermain-bain dalam soal cerai spt ini.

tk

Visitor IP: 175.143.248.208

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, August 25, 2014

Soalan: tonton video seks di web

Nama*:asma
Alamat Email:
Tajuk*:tonton video seks di web
Message*:Salam ustaz..saya dah kahwin dam ada 2 org anak..masalahnya, bila suami lambat blk kerja, anak2 tidur, saya akan layar web seks di internet...dimana saya melihat org melakukan seks...sehingga saya pun terklimaks..
Saya dah cuba tak nk layari web tu...saya dan solat, solat taubat..tapi tetap xbisa atasi ...
Adakah saya sudah melakukan DOSA BESAR?:(
Mohon sgt ustaz bagi tip untuk mengelakkan dari menonton video tersebut.
Apa doa/zikir yg boleh diamalkan?
Saya sgt menyesal sgt dengan perbuatan saya, tambahan saya klimaks semasa saya dalam haid.
Mohon bantu saya Ustaz..:(
Tk.
File Upload:

Salam Puan,

Menonton video seks adalah dosa dan jika ia dikekallkan ia menjadi dosa besar. Cubalah bantu diri untuk mengelakkan daripada menonton seperti itu. Kebiasaannya orang yang tidak sibuk, dia akan banyak masa untuk aktiviti tidak bermanfaat, tetapi bagi orang yang sibuk dnegan berbagai urusan, dia tidak sempat mencari ruang waktu seperti itu.

So, cubalah lakukan sesuatu aktiviti yang lebih baik dan bermanfaat seperti memulakan perniagaan secara on line, membuat usaha dakwah spt usrah dan sibukkan diri dlm penulisan ect.. kumpul bunga ke dll..

Selain itu, mohonlha bantuan Allah untuk kita selamat drp hal seperti ini.

Bila klimaks, kena mandi wajib..

tk

Visitor IP: 203.106.158.56

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, August 23, 2014

Soalan: jatuh @ tidak & bagaimana

Nama*:sham
Alamat Email:ishamsiahismail@gmail.com
Tajuk*:jatuh @ tidak & bagaimana
Message*:Dipagi minggu dlm perjlanan pulang dpd pasar,kami berselish pandapat. Dlm keadaan marah suami cakap"saya dah niat nak ceraikan awak" adakah jatuh lafaz tersebut? Jika ya,apa yg perlu dilakukan.
File Upload:IMG-20140510-WA0016.jpg

Salam

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana suami sebutkan dia ada niat nak cerai tapi belum lagi dia melafazkan cerai... itu pendapat saya..

tk

Visitor IP: 210.195.87.202

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 22, 2014

Soalan: Sah solat

Nama*:Miss
Alamat Email:
Tajuk*:Sah solat
Message*:Saya mempunyai penyakit eczema. Luka luka saya kerap berdarah. Ketika solat, telekung akan terkena darah. Malah setiap kali tiba waktu solat, saya perlu menyalin pakaian kerana pakaian yg lama sudah terkena darah luka. Adakah sah solat jika saya memakai telekung atau pakaian yg sudah terkena darah?
File Upload:

Salam

Masya-Allah.. besar ujian Allah kepada puan. Moga puan redha dan sabar menghadapinya.

Untuk kes seperti ini, puan perlu berwuduk setelah masuknya waktu untuk solat berkenaan dan jika dapat ditutup punca pendarahan, tutuplah. Jika tidak dapat ditutup, teruskan solat walaupun darah terus mengalir. Ia dimaafkan atas penyakit yang puan hadapi.

Pakaian yang terkena darah perlu dibasuh, sama ada cuci di bahagian darahnya sahaja atau mencuci keseluruhan pakaian itu, terpulanglah. Setelah dicuci, ia boleh dipakai untuk solat.

terima kasih.


Visitor IP: 118.101.44.54

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, August 21, 2014

Soalan: mencari kepastian sah ataw tidak

Nama*:khirul
Alamat Email:
Tajuk*:mencari kepastian sah atau tidak
Message*:Asalammualaikum
Soalan 1. Isteri selalu mendesak suami utk d cerai kn.. sekiranya suami terdesak dn melafas kn cerai.. contoh: aku lepas kan kau.. sedang kn suami saat itu tertekan dengan isteri yg mendesak suami berulang2 kali.. ada kah sah talak yg d lafas kn..

Soalan 2. dlm perbualan isteri meminta d lepas kn kerana betujuan utk suami pergi ke pada kekasih lama.. suami tidak mahu.. namun isteri berulang kali beckap dlm masa yg sama.. sehingga suami berkata.. kau nak aku lepas kn mcm mana sedang kn kita elok je.. si isteri pula mengangap kata itu sudah d kira lafas.. dn suami mengulangi pekataan semula kau nak aku lepas kn kau mcm mana.. sedang kn suami tk berniat seperti apa yg d dakwa oleh isteri.. adakah sah jatuh talak..

Soalan 3. Setelah sekian lama suami isteri tidak bergaduh.. tiba2 belaku pegaduhan.. isteri tidak mahu ikut suami pulang ke rumah. kejadian d saksi kn oleh keluarga isteri.. kemudian ibu isteri telah menghalau suami besama anak2.. 2 hari kemudian isteri pulang dn mengambil pakaian keluar rumah tanpa izin suami.. keesokan harinya isteri menfail kn saman tuntutan penceraian mengata kn suami ade pernah melafas kn aku lepas kn kau..

Pesoalan nye ustaz.. sy tidak pernah melafas kn begitu.. se ingat sy seperti soalan kedua.. dlm bentuk perbualan..bukan melafas kn seperti yg d dakwa isteri.. pekara ini terjadi hapir 8 bulan yg lalu.. dn baru sekarang bla terjadi nya peselisihan faham sehingga menyebab kn keluarga nya masuk campur dn menghalaw sy dn anak2.. tiba2 timbul pula isu lafas yg d nyata kn oleh isteri.. pegaduhan yg menyebab kn makmertua masuk campur adalah peselisihan faham soal pulang beraya ke kampung sy.. sy mengajak isteri blik beraya ke rumah sy.. soal dakwaan isteri pd fikiran sy.. utk menutup kesalahan dia kerana tidak mengikut sy pulang beraya..
File Upload:

Salam Sdr K

1. Seteruk mana desakan isteri itu? Jika desakannya sehingga memudaratkan keadaan, maka sebutan talak oleh suami (tanpa niat bercerai) adalah tidak sah, tidak jatuh talak. Tapi jika desakan itu boleh ditangani lagi, sebutan talak oleh suami akan menjatuhkan talak (berlaku cerai). Terpulang pada situasi yang saudara lalui, jika diyakini desakan itu memudaratkan keadaan, dan saudara lafaz talak tanpa niat bercerai pun, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.


2. Kes no 2 ni tak jatuh talak... oh.. tahulah puncanya isteri mengamuk, sebab ada orang lain.. hehe..

3. Suami kena halau, tidaklah ada kaitan dengan talak.

Pada kes ini, elok dibawa ke Pejabat Agama bagi menyelesaikan kemelut saudara. Bila sudah ada campur tangan keluarga, ia sukar hendak dilerai. Lebih-lebih lagi family yang mendesak untuk dipisahkan. Itu yang sukar. Kalau sekadar suami dan isteri sahaja, kita bisa urus.. boleh dirungkai lagi...

tk

Visitor IP: 123.136.107.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: takliq

Nama*:rina
Alamat Email:arina@yahoo.com
Tajuk*:takliq
Message*:salam ustaz...merujuk kpd soalan saya yg lps suami berkata klu org nampak(tidak berpakaian) .jatuh talaq...saya buat2 mcm nk berdiri dkt tingkap, masa tu saya bergaduh...br2 ni ank saya berumur 9 tahun menyorok dlm bakul dlm bilik.ternampak keadaan saya yg tidak berpakaian..adakah ini boleh menyebabkan talaq jatuh...
File Upload:

Salam

Pada pengetahuan saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana puan tiada niat untuk tidak berpakaian supaya disaksikan oleh orang lain. Tetapi orang lain itu (anak) yang bersembunyi tentunya tidak dikira kerana puan tidak mengetahui wujudnya dia di situ.

tk

Visitor IP: 118.101.203.81

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, August 20, 2014

Soalan: lafas dlm bentuk perbualan

Nama*:khirul affandi
Alamat Email:khirulaffandi@yahoo.com
Tajuk*:lafas dlm bentuk perbualan
Message*:Sy dn isteri berbual dlm keadaan baik.. isteri menanya kn soal kekasih lama sy.kemudian isteri memujuk sy utk melepas kn die.. utk sy pergi mendapat kn kekasih lama.. sy tk mengingin kn kekasih lama.. sy beri tahu sy lebih menyayangi isteri. Tk perlu fikir kn soal kekasih lama sy..tp isteri berkali2 bercakap soal yg sama..pd masa yg sama.. sy agak tertekan.. dn berckap.. kau nk aku lepas kn kau mcm mana.. sedang kn kita elok je ni.. isteri mula bentanya lg.. (isteri) abg ckp ape td.. sy ulang kn semula ape yg sy kata kn td.. kau nak aku lepas kn kau macam mana sedang kn kita elok je ni.. isteri mengangap seolah sy dh melafas kn talak.. sy pening kepala nk jelas kn berkali2.. ada kah jatuh talak.. selang 2 minggu isteri betanya kn tentang jatuh talak.. kawan2 yg bg tahu.. sy bawa isteri ke pejabat agama.. utk penjelasan.. tp isteri pula tk ingat ape yg sy lafas kn.. pekara ni dh blaku 7 bulan yg lalu. dn baru2 ni kami ade begaduh.. kemudian die menfail kn saman tuntutan cerai.. isteri mengata kn sy telah melafas kn cerai dlm bentuk lisan.. seperti. Aku lepas kn kau.. 2 kali.. sy terkejut dgn kenyataan die.. ape yg perlu sy buat.. sy tk berckap mcm 2.. dn sekarang die tk tingal besama sy.. pd die sy bukan suami dia yg sah.. ape pandangan ustaz..
File Upload:

Salam

Lafaz "kau nk aku lepas kn kau mcm mana.. sedang kn kita elok je ni." tidak membawa jatuhnya talak.

Bila dia dah bawa ke Mahkamah, saudara jelaskanlah apa yang sebenarnya terjadi kepada mahkamah.

tk

Visitor IP: 123.136.107.47

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: KEKUSUTAN JIWA

Nama*:hamba Allah
Alamat Email:idapharmacy@yahoo.com
Tajuk*:KEKUSUTAN JIWA
Message*:1)tahun 2010,suami berkata,
kalau kau keluar rumah mak bapak dia, kau takkan jumpa aku lagi... tapi saya ada niat nak keluar, tengah berpantang dan call mak ayah saya untuk ambil saya.
2) suami mengelar saya perempuan sundal masa saya bawa balik kerja MENAIP di rumah.(2012)
3) baik kau balik rumah mak bapak kau, aku menyesal kawin dengan kau.(2014).TAPI DIA CAKAP TANPA NIAT.
4) SAYA TAK BERSAMA SUAMI HAMPIR 4 BULAN KERANA SAYA PERNAH CAKAP, KALAU NAK, PERGI SEMBAHYANG DULU...
5) dia selalu pukul anak kerana anak suka menjerit atau menangis.
6) dia selalu ambil duit saya tanpa kebenaran.
7) dia pernah ugut nak bunuh sambil acukan pisau(2012)

apa pilihan saya? taklik, fasakh? khuluk?
File Upload:

Salam

Puan, Perkahwinan melalui sebuah ranjau yang tidak pasti dalam atau cangkat; tidak pasti badai atau ombak yang melanda. Ada kalanya suami di pihak yang benar dan ada kalanya pula isteri di pihak yang benar. Dalam hal ini, baik suami mahupun isteri, tiada pihak mana-mana yang pasti berada pada status benar selama-lamanya. Suami dan isteri perlu berlapang dada dan menerima kelemahan pasangan masing-masing, berikhtiar pula untuk memperbaiki kelemahan itu tanpa meruntuhkan ikatan perkahwinan.

Isu yang ditimbulkan melihatkan kekusutan dan masalah yang biasa dialami dalam rumah tangga. Pada saya, rumah tangga yang dibina seharusnya kita berusaha utnuk mengekalkannya, bukan untuk meruntuhkannya. Bersabar dan berikhtiarlah untuk mencari kebahagiaan walaupun ia payah dan mengambil masa. Bersabarlah dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Jadilah kita insan yang selalu bersyukur, berfikiran positif dan terbuka. Usah dibandingkan kesulitan kita ini dengan kesenangan orang lain; keran orang lain itu juga tidak pasti di mana kesenangannya... ada pada batin atau hanya pada zahirnya sahaja.

Bersyukurlah dengan nikmat Allah yang memberikan kita seorang suami.

Perkara yang ditimbulkan itu, sebaiknya bawa berbincang dengan suami, berikan dia peluang untuk mendalami agama, takut kepada Allah dan menjaga batasan agama.. Ia perkara penting untuk menjadikan suami seorang yang bertanggungjawab. AGAMA adalah jawapan terbaik kepada kekusutan yang dialami. Bawalah keluarga ke arah menghayati agama, bawalah solat berjemaah dan bawalah al-Quran sebagai bacaan harian di dalam rumah. Ia bias menjadi punca kebahagiaan kita.

Salam n tk

Visitor IP: 103.245.88.251

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: status rujuk

Nama*:hayati
Alamat Email:yatie72@gmail.com
Tajuk*:status rujuk
Message*:assalamualaikum ustaz..... ingin kan kepastian...seorg suami telah melanggar taklik. walaupun dia sedar tapi dia merahsiakan dari isterinya. namun perkara itu terbongkar setelah 8 thn selepas lafaz taklik dilakukan. dan kini isterinya telah tahu pelanggaran itu. soalannya.... adakah dgn berlakunya persetubuhan antara suami dan isteri selama 8thn itu telah dikira sbgai rujuk(sedangkan isterinya tidak tahu taklik telah dilanggar dan talak telah jatuh). mohon penjelasan ustaz. terima kasih.
File Upload:

Salam

Masya Allah..

Ada pendapat kecil kalangan ulama mengesahkan rujuk itu boleh diiktiraf melalui persetubuhan yang seolah-olah suami mengajak kembali isterinya bersama-sama dengan bersama (berjimak). Namun kebanyakan ulama yang saya ketahui, mensyaratkan rujuk itu perlu dilafazkan sebagaimana nikah itu juga dilafazkan.

Oleh itu, pada kes ini saya nasihatkan ia dibawa bertanya ke pihak pejabat Agama kerana saya sendiri tidak jelas apakah taklik yang dilanggar oleh suami berkenaan.

tk

Visitor IP: 113.210.14.131

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tak tahu kencing anak terkena dimana

Nama*:faizah
Alamat Email:
Tajuk*:tak tahu kencing anak terkena dimana
Message*:Salam ustaz..nk tanya...anak saya berumur 2thn dan masih guna lampin...ada masanya seluarnya basah akibat terlebih.kencing...kadang2 saya tak pasti samada kencingnya terkena lantai/tilam atau tidak..salahkah jika saya xbersihkan tempat yg terkena kencing akibat tidak tahu kencingnya terkena dimana...
File Upload:

Salam..

Semua anak-anak akan kencing di mana sahaja...

Jika dapat dipastikan di tempat tertentu, kenalah bersihkannya. Tetapi jika tidak pasti di sudut mana, tidaklah perlu dibersihkan setelah kita cuba mengesan di mana kencingnya itu...

Islam tidaklah mahu menyusahkan penganutnya... Kepada Allah kita berserah.

tk

Visitor IP: 203.106.158.185

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: takliq

Nama*:rina
Alamat Email:arina@yahoo.com
Tajuk*:takliq
Message*:salam ustaz...sekiranya suami berkata...klu org nampak jatuh talaq...saya dah pergi ke pejabat agama...alhamdulillah...talaq x jatuh sbb x tau samada org nampak @ tidak...tp br2 ni ank ternampak perbuatan itu...adakah dilihat oleh ank menyebabkan jatuh talaq tersebut....saya inginkan kepastian....
File Upload:

Salam

Puan, apa isunya ini.. ternampak apa tu?

Oleh kerana taklik itu tidak jelas, maka pada saya taklik berkenaan tidak sah kerana ia terlalu umum dan tidak ditentukan siapa yang melihat dan perbuatan apa yang dilihat?

tk
Visitor IP: 118.101.203.22

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak ke tidak

Nama*:azianwati zainal abidin
Alamat Email:Aziezainal98@yahoo.COM
Tajuk*:jatuh talak ke tidak
Message*:Assalammualaikum..sy nk tnya ustad adakah jatuh talak sekiranya seorang suami menghantar mesej pada ibunya dengan menyatakan akan berlaku penceraian pada hari sekian2..dan bila smpi pada hari yg dinyatakan akan jatuh ke talak pada isterinya..
File Upload:

Salam,

Perbuatan seperti ini tidaklah menjatuhkan talak kerana suami menyatakannya dalam bentuk pernyataan semata-mata, tidak ditegaskan akan cerai atau talak secara jelas dan sah.

tk
Visitor IP: 175.138.135.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, August 19, 2014

Soalan: suami ugut talak

Nama*:nurul
Alamat Email:yn9@gmail.com
Tajuk*:suami ugut talak
Message*:salam ustaz.. saya keliru di sini.. saya dan suami pernah bertengkar... dan suami dlam keadaan marah cakap "lepas ni biar abah awak yang jaga awak pulak diorang mampu" ... kalau ayat macamni ustaz kira macam mana ya?... sebelum tu dia ade kate.. "nnti balik kampung sy nak bincang pasal talak dengan abah awak" hmmmm.. saya keliru la ustaz..mohon pencerahan...
thanks... assalamualaikum.......

alamat email sy mohon privatekan ya ustaz.. terima kasih
File Upload:

Salam

Kenyataan seperti ini tidaklah menjatuhkan talak kerana ia lebih berbentuk ugutan bukannya lafaz talak yang sah..

tk


Visitor IP: 175.143.63.68

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, August 18, 2014

Soalan: Hukum ila"

Nama*:Noorliza AS
Alamat Email:noorlizas@ssm.my
Tajuk*:Hukum ila"
Message*:salam ustaz...baru2 ini berlaku pertengkaran kecil antara saya dan suami...suami saya telah melafazkan kata2 "mulai hari ini aku takan sentuh awak selama-lamanya"

saya sangat sedih...saya ingin mengetahui samada ila' yang saya terima ini menjadikan jatuhnya talak. Saya masih menyayangi suami saya tetapi suami saya terlalu cemburu dan selalu berasa sangsi dgn kesetiaan saya. Kami telah berumahtangga selama 23 tahun. Harap ustaz dapat memberi jawapan yg dapat meredakan keresahan hati saya. Terima Kasih.
File Upload:

Salam

Sumpah untuk meninggalkan isteri - tidak bersetubuh - boleh terjadi dalam tempoh empat bulan. Sumpah ini perlulah disertai dengan nama ALLAH atau sifat-sifat Allah. Contohnya; Demi Allah aku tidak akan menyetubuhi isteriku selama empat bulan.

Dibenarkan dalam Islam selama 4 bulan sahaja, jika selepas empat bulan suami masih enggan mendekati isteri, maka ia boleh berlaku talak sama ada suami mentalakkan isteri atau isteri menuntut cerai daripada mahkamah dengan kes ini.

Dalam kes ini, suami puan tidak menyebut dan tidak mengaitkan dengan nama Allah, maka pada saya ia tidak terjadinya ila yang sah. Itu apa yang saya fahami.

Mohon puan rujuk kes ini ke pejabat agama atau individu lain untuk disahkan juga...

terima kasih.


Visitor IP: 161.139.220.14

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, August 16, 2014

Soalan: berapa talak yang jatuh

Nama*:asmida
Alamat Email:kulim,kedah
Tajuk*:berapa talak yang jatuh
Message*:suami sya telah mghantar sms berkata, aku ceraikan kau.selepas itu dia mghntar lg sekali sms aku cerai kau talak 3..brpa bilangan talak yg jatuh.tp dia mmberitahu kedua2 lafaz itu tidak ada niat. hnya tulis sahaja kerana sedang mrah..adakah jatuh talak,? berapa blngan talak yg jatuh
File Upload:

Salam

SMS yang dihantar adalah sah kerana ia ditulis dengan sendiri walaupun dalam keadaan marah. Oleh itu pada kes ini, ia telah menjatuhkan talak tiga.

Puan perlu rujuk kes ini segera ke Pejabat Agama bagi tujuan pengesahan.

Terima kasih.



Visitor IP: 113.210.132.212

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 15, 2014

Soalan: Adakah jatuh talak?

Nama*:siti
Alamat Email:izaq.ibrahim@gmail.com
Tajuk*:Adakah jatuh talak?
Message*:Salam ustaz, saya hendak bertanya pd hari semalam saya dan suami bertengkar dan suami ada menyatakan bahwa "kalau awak dah tak nak hidup dengan saya lagi saya ceraikan awak" nak ke tak nak? saya terdiam dan cakap hendak lagi hidup bersama, dari pernyataan tersebut adakah jatuh talak juga kepda saya? Mohon bantuan ustaz. Sekian Tk
File Upload:

Salam..

Pertanyaaan seperti itu adalah ugutan dan ia tidak menjatuhkan talak.

Moga lebih berhati-hati dan carilah kebahagiaan dalam rumah tangga kita..

tk
Visitor IP: 175.142.213.223

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: suami baran

Nama*:husna
Alamat Email:
Tajuk*:suami baran
Message*:Salam ustaz..
Bila saya bertengkar dgn suami...suami mesti ckp kemas baju kau sekarang dan pergi balik kampung ( rumah mak abah kau).
Sambil suami cakap, dia akan tolak bahu saya, bila saya ingin sentuh dia, dia tepis saya dan baling saya dgn bantal. Bila saya dekat utk baring diribanya, dia tolak saya...kemudian sambil tu dia tengking saya dgn berkata 'tepilah!!'..bila saya xnk tepi, dia tepis dan tolak saya. Saya nk baring dilengannya pun dia tak bagi.
Untuk pengetahuan ustaz, perkara ni terjadi bila kami bergaduh sahaja
Mohon pendapat ustaz, talak jatuh atau tidak..
Tk
File Upload:

Salam Puan,

Tahniah kerana puan berusaha memujuk suami.. Tahniah kerana puan seorang yang sabar melayan karenahnya. Puan akan lebih bahagia dengan usaha puan seperti ini... percayalah..

Kemas balik kampung, tidaklah menjatuhkan talak.... ia sekadar ugutan dan marah sahaja. Suami puan tentu tahu apa yang diucapkannya.

terima kasih.



Visitor IP: 203.106.158.150

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik tidak jelas

Nama*:hamba binggung
Alamat Email:aku_dean@yahoo.com
Tajuk*:taklik tidak jelas
Message*:jika saya berkata dalam hati contohnya "jika aku hisap rokok lagi maka aku ceraikan dia… Ok..." tetapi hanya perkataan OK shj yang disebut kedengaran manakala yang selebihnya saya hanya di dalam hati... adakah jatuh talak jika perkara itu terjadi?
File Upload:

Salam

Taklik hendaklah dilafazkan sebagaimana lafaz nikah dan lafaz cerai.. Oleh itu lintasan dalam hati sahaja tidaklah membawa kepada terjadinya taklik.

Sila abaikan ganggungan syaitan seprti ini..

tk


Visitor IP: 210.48.222.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik dalam hati

Nama*:suami runsing
Alamat Email:nuruddin.razali@iium.edu.my
Tajuk*:taklik dalam hati
Message*:saya seorang berpenyakit waswas yang amat kronik… bagai mana pula jika saya berkata dalam hati jika aku call telifon dia bunyi ring kurang dari 3 kali jika dia angkat maka aku ceraikan dia… saya berkata dalam hati tapi kemudian saya menyebut ok dan terus megikut kata hati saya dan mendail telifonnya… tetapi kurang 3 kali ring dia sudah angkat… adakah jatuh talak tersebut? kerana saya hanya berkata dalam hati hanya yang terpacul keluar ialah perkataan ok… untuk pengetahuan ustaz… setiap hari saya akan bertaruh atas sesuatu untuk menceraikan isteri saya tanpa ada sebab… ini semua kerana was was saya sehingga saya pernah medapatkan rawatan di hospital tetapi tidak Berjaya sembuh…
File Upload:

Istighfarlah banyak-banyak.

Saya menjadi benci kepada orang yang was-was (maafkan saya). kerana ia hanya merumitkan hokum Islam yang mudah dan hokum Allah itu untuk kebaikan manusia bukannya untuk melayan kesusahan hidup kita.

Taklik hendaklah disebut atau dilafazkan sebagaimana nikah dan cerai juga perlu dilafazkan. Oleh itu, lintasan dalam hati tidaklah menjatuhkan talak atau terjadinya taklik.

tk


Visitor IP: 210.48.222.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, August 14, 2014

Soalan: cerai

Nama*:g
Alamat Email:gxxddff @yahoo.com
Tajuk*:cerai
Message*:Askum ustaz..
Saya tlh bertengkar dengan isteri berpunca isteri tak membenarkan sy keluar oustation ke klantan kerana saya sering ditipu oleh kwn yg m'beri kerja di sana.ketika itu,kami benar2 rasa terlalu marah dan mengalami tekanan perasaan yang melampau disebabkan sy baru diistihar muflis yg perlu m'yara isteri dan 3org ank umur 1,2 & 5 tahun.selain itu,saya dan anak baru sihat drp penyakit tibi.kata2 dlm pertengkaran :

1.Isteri:kalau abg pergi ke kelantan mlm ini ayg tidak hormat smpi bila-bila.
2.Suami:kalau dah tak hormat smpi bila-bila(dgn memahami maksud isteri iaitu isteri tidak hormat sekiranya saya keluar pd mlm kejadian)cerai talak 1
3.isteri:(isteri bertanya)abg lepaskan ayg
4.Suami:hah dah

Saya langsung tidak mempunyai niat dan saya membatalkan tidak pergi ke kelantan pada mlm itu.kami berdamai dan isteri hormat saya seperti biasa.

1.adakah sudah jatuh talak?kalau ya,brapa dan bolehkah rujuk segera

2.blihkah jatuh talak sekiranya terlalu marah dan tertekan.setelah keadaan tenang dan sedar kami sendiri tidak tau maksud tidak hormat sampi bila2.

Sekian,terima kasih
File Upload:

Salam

Saudaraku, pada pertimbangan saya, ia telah jatuh talak satu setelah suami mengiyakan 'abang lepaskan ayang? hah dah!..

Bila jatuh talak, jika masih dalam edah saudara boleh merujuk kembali dengannya. Lafazkan rujuk kembali dengan isteri dan haruslah diingat, talak satu telah terjadi..

tk


Visitor IP: 175.143.149.132

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, August 13, 2014

Soalan: status perkahwinan

Nama*:liza
Alamat Email:khatysalim076@gmail.com
Tajuk*:status perkahwinan
Message*:suami telah melafazkan cerai taklik dengan berniat dihadapan saksi (anak 20 thn )...sye telah ingkar..bagaimana pula kami tidak pernah rujuk dan hanya berdiam saja sehingga tempoh dari sya ingkar sudah melebihi 6 bulan....sye runsing dan buntu kerana setiap kali saye ajukan kepada suami dia hanya berdiam sahaja...dan apakah tindakan selanjutnya yang saye perlu buat
File Upload:

Salam

Jika puan pasti bahawa terjadinya cerai/ talak dengan sebab taklik, maka puan dan suami adalah bukan suami isteri lagi. Setelah enam bulan suami masih juga berdiam diri lagi, bereerti ia tealh tamat empoh edah. Suami puan perlu berakad nikah semula dengan puan jika ingin meneruskan kehidupan sebagai suami isteri yang sah.

Mohon dirujuk juga ke Pejabat Agama dalam kes ini..

tk

Visitor IP: 124.82.77.39

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: suami berbinkan nama ayah angkat

Nama*:rosni
Alamat Email:
Tajuk*:suami berbinkan nama ayah angkat
Message*:Salam ustaz...nama suami saya berbinkan dgn nama ayah angkatnya.
Semasa saya bernikah dulu, semasa lafaz ijab & kabul, kadi hanya sebut nama suami dgn berbinkan nama ayah angkatnya semasa proses akad nikah.
Soalan saya, sah tak pernikahan kami.
File Upload:

Salam

Pernikahan itu sah kerana suami tidak perlu ada wali. Wali yang sah hanya perlu kepada pengantin perempuan sahaja. Walaupun disebut berbinkan bapa angkat, tetapi dimaklumi semua bahawa lelaki itulah yang akan mengahwini puan, maka ia adalah sah.

tk

Visitor IP: 1.9.103.60

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, August 12, 2014

Soalan: Lafaz Cerai

Nama*:Nor
Alamat Email:butterfly_freeze@yahoo.com
Tajuk*:Lafaz Cerai
Message*:Assalammualaikum ustaz,

Saya ada 1 kemyuskilan, saya dan suami selalu bertengkar. Pada suatu masa, suami menyatakan saya perlu keluar dari bilik tidur kami dalam masa 5 saat kalau tidak jatuh talak 1. Saya ingin meminta kepastian daripada ustaz adakah jatuh talak itu jika saya tidak keluar dalam masa yang ditetapkan?
File Upload:

Salam

Jika suami memberi syarat taklik seperti itu, maka puan kena akur. keengganan puan akur pada taklik menyebabkan telah terjadinya jatuh talak satu.

Jika jatuh talak, puan perlu dirujuk kembali oleh suami (jika masih dalma edah)

tk

Visitor IP: 175.139.238.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah ia zihar

Nama*:damia
Alamat Email:
Tajuk*:adakah ia zihar
Message*:Saya marah2 anak saya. Kemudian suami pun cakap " ibu tu memang mcm tu, nenek (ibu suami) pun mcm tu. Ibu sama je dgn nenek, ibu dan nenek sama je.
Adakah ayat suami tu merupakan Zihar?
File Upload:

Salam puan,

ia tidaklah terjadinya zihar...

tk

Visitor IP: 1.9.103.60

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak

Nama*:rahman
Alamat Email:mudahsenang2014@yahoo.com
Tajuk*:talak
Message*:salam ustaz,
adakah talak itu jatuh,
sekiranya..

aku ceraikan kau talak3, kalau kau keluar dari rumah ini,

adakah talak ini boleh dirujuk semula?

tanpa isteri itu berkahwin lain.
File Upload:

Salam

Ini adalah kes taklik. Jika isteri keluar dari rumah pada ketika yang dimaksudkan maka akan menjatuhkan talak tiga.

Adakah isteri keluar pada ketika itu? Jika dia keluar bererti sudah jatuh talak tiga.

Talak tiga tidak boleh dirujuk dan tidak pula boleh dinikah kembali melainkan selepas isteri itu bernikah dengan orang lain dan berlaku pula perceraian... (cian buta).

Berhati-hati dengan lafaz cerai...

tk

Visitor IP: 113.210.11.206

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Sah Talak atau tidak?

Nama*:Najib Hamdi
Alamat Email:najib85.moh@1govuc.gov.my
Tajuk*:Sah Talak atau tidak?
Message*:Salam ustaz,
Saya nak tanya, adakah talak sah jika suami berkata dalam hati selepas melihat perempuan lain "aku tinggalkan mu".Selepas itu dia berkata pula "kau seorang" selepas berkata dalam hati tadi.Dia berkata begitu bagi membuktikan bahawa niat dalam hati tadi adalah umpama bisikan syaitan yang mendorongnya.Semua ini adalah bukan niat ingin menceraikan.

Sekian.
File Upload:

Salam

Ia tidak menjatuhkan talak, kerana talak perlu dilafazkan.

Saudara ini perlu hindari was-was.. ia gangguan syaitan yang sering menyesatkan kita.

tk

Visitor IP: 103.245.88.252

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: TALAK

Nama*:lin
Alamat Email:nurul140704@gmail.com
Tajuk*:TALAK
Message*:As salam w.b.t

Sya baru 3 bulan bernikah. Saya seorang single mum dan ada 2 anak. Saya pernah terlanjur dgn bekas bf saya dan saya telah bertaubat utk semua dosa2 saya. Sya telah bersumpah dgn suami utk menutup aib saya sebelum dan selepas nikah.

Sya terpaksa bersumpah setiap kali suami saya bertanya kan hal masa silam saya. Sumpah itu saya lakukan berniat utk tutup aib saya dan menjaga maruah keluarga saya.

Sya pernah terniat utk berterus terang namun saya lihat suami saya seorg yang tidak boleh menerima. dia senang menghina dan memperlekehkan wanita yang berdosa.

untuk pengetahuan ustaz, keputusan saya utk setuju bernikah dengan dia saya serahkan pada solat isktiharah. bukan semata-mata ikut perasaan. kami sama2 beristiharah sebelum decide utk nikah.

Allah tolong saya utk kuat mengharungi desakan suami yang suka mengorek hal silam saya. Syukur Allah beri hijab utk aib saya sehingga lah semalam apabila dia menyebut ttg talak. itu yg buat saya was2 dan perlukan pertolongan ustaz.

Semalam suami saya bertanya kan semula perihal silam saya dan dia ada menyatakan " jika ada sesiapa sentuh saya sebelum ini selain bekas suami, (sebelum saya mngenali dia) talak jatuh ke atas saya"

Semalam juga saya dalam keadaan haid.Adakah jatuh talak terhadap saya?

Mohon percerahan daripada ustaz dengan kadar segera.
Sekian , Terima Kasih.
File Upload:

Salam

Puan, besar dugaan hidup puan.

Apabila suami melafazkan taklik seperti itu dan ternyata puan ada keterlanjuran dengan lelaki lain, ia tentunya menjatuhkan talak; talak satu.

Oleh itu puan perlu perjelaskan kedudukan ini kepada suami dan mohon dirujuk kembali oleh suami.

Seperkara lagi, seharusnya suami sedia menerima puan sebagai isterinya seadanya. Dia tidak perlu mengungkit kisah silam yang hanya akan menyusahkan hidupnya dan hidup puan juga. itu sepatutnya. Suami yang hanya mencari kesalahan orang lain, tidak layak menjadi manusia... kerana dia juga tentunya ada masalah dan ada kisah silam yang tentunya....

Berserahlah kepada Allah.




Visitor IP: 210.186.157.235

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, August 11, 2014

Soalan: wali enggan

Nama*:ina
Alamat Email:
Tajuk*:wali enggan
Message*:ayah saya tak mahu mewalikan saya dalam pernikahan nanti..saya dan ayah saya sudah lama tidak berhubung kerana ada halangan ibu tiri..sekarang saya tidak tahu nombor telefon dia dan alamat rumah..tapi saya tahu ayah saya masih tinggal di rawang..apa yang patut saya buat ustaz? ini pernikahan kedua saya.,saya harap ustaz dapat membantu saya. terima kasih
File Upload:

Salam

Usahakan utk mendapat wali (ayah) itu dengan sewajarnya. Jika tidak ditemui juga, puan boleh meminta wali hakim bagi pernikahan ini. Boleh rujuk kepada jurunikah atau kadi..

tk
Visitor IP: 115.134.118.32

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: air mani wanita

Nama*:fiza
Alamat Email:
Tajuk*:air mani wanita
Message*:Salam ustaz...saya ingin tanya tentang air mani wanita:
1. Ingin tahu adakah air mani wanita hanya keluar ketika berjimak shj? Adakah mani wanita boleh keluar jika wanita itu bermimpi?

2. Ingin tahu warna,bau dan sifat air mani perempuan. Adakah sama aifatnya dengan air mani lelaki..

3. Jika wanita bermimpi, dan apabila ia sedar dari tidur, ia melihat tiada air mani yg keluar dan yg keluar adalah keputihan biasa yg berketul.adakah ia wajib mandi hadas besar?
Jika ia sgt YAKIN & PASTI yang air mani tak keluar, maka ua tidak mandi wajib..boleh ke begitu..

Terima Kasih.
File Upload:

Salam..

Maaf puan, sya tak berapa arif tentang mani wanita ini..

Mani biasanya keluar ketika klimaks sama ada persetubuhan atau mimpi atau melakukan onani..

Keputihan bukanlah mani, ia perlu dibersihkan dan tidak perlu mandi hadas besar.

jika dipastikan tiada keluar mani, tidaklah perlu mandi hadas besar..

tk

Visitor IP: 203.106.158.230

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib sah @ tidak

Nama*:fiza
Alamat Email:
Tajuk*:mandi wajib sah @ tidak
Message*:sebelum mandi wajib, saya bersihkan najis anak saya dan saya pakaikan anak lampin..then saya terus ke bilik air utk.mandi wajib...saya dah sabun tgn saya supaya najis dan bau hilang...
Soalan :
1. sekiranya masih ada bau najis lagi di jari tangan saya semasa.mandi wajib, sah ke mandi wajib saya.

2. sekiranya saya dah sabun dan yakin tiada lagi bau.najis dijari, sah tak mandi wajib saya...adakah dgn was was blh.sbbkan mandi wajib tidak sah?
File Upload:

Salam

1. sah mandi wajib berkenaan. bau yang sedikit itu dimaafi

2. jangan was-was.. tak bagus.. kena yakin dan pasti.. was-was tak menjadikan mandi wajib itu tidak sah... sah mandi wajibnya

tk

Visitor IP: 203.106.159.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, August 10, 2014

Soalan: cerai & rujuk

Nama*:nurul
Alamat Email:ainnurul7017@gmail.com
Tajuk*:cerai & rujuk
Message*:assalammualaikum ustaz..

sy ingin bertanya berkenaan perkara ini..jika suami menghantar sms begini

'lagi sekali mintak cerai jatuh talak 1...pk la y mne terbaik..sy da bg hak dekat awak'

sy balas ' lepaskan saya'

dan pada hari yang sama suami menyatakan tiada niat cerai...suami berkata bergitu hanya ingin ugut saya supaya tidak minta cerai lg..adakah jatuh talak..dan bagaimama cara rujuk?

terima kasih...
File Upload:

Salam

Jawapan puan 'lepaskan saya' pada taklik suami berkenaan adalah sah. Ini pendapat saya. Maksudnya ia telah jatuh talak dengan taklik yang suami berikan. Ingat, suami memberi sms itu dengan sengaja dan dengan niat walaupun dia menafikan niat itu ada. Sebab itu, soal cerai ini tidak boleh dibuat main, ia akan terjatuh juga.

tk


Visitor IP: 175.141.114.4

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:nas
Alamat Email:azuminarong@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:assalamualaikum ustaz
semasa saya bergaduh dengan isteri saya,saya telah menyebut"aku ceraikan kau"dan selepas hampir sebulan saya rujuk semula dengan bersama dengannya...adakah rujuk saya itu diterima
File Upload:

Salam.

Rujuk sepatutnya disebutkan, dilafazkan sebagaimana nikah itu juga dilafazkan.

Jika besama sahaja tanpa lafaz rujuk dibimbangi ia sekadar memenuhi nafsu dan tanpa niat utk rujuk.

Saudara kenalah lafazkan rujuk itu dan jika tealh tamat tempoh edah, eloklah dinikahkan kembali...

tk

Visitor IP: 175.140.105.155

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 8, 2014

Soalan: suami terlafaz perkataan bercerailah kita

Nama*:yatie
Alamat Email:hayatiati920115@yahoo.com
Tajuk*:suami terlafaz perkataan bercerailah kita
Message*:assalammualaikum....saya ingin bertanya adakah perkataan itu boleh bercerai....
sebab masa tu kami sama-sama baru balik dari tempat kerja masih-masih...sampai sahaja di rumah dia(suami)mengadu dengan saya ,dia bilang penat..tapi dengan masa yang sama dia minta izin pergi rumah sebelah untuk minum-minuman keras,katanya untuk kasih hilang penat badan.....jadi saya pun kasih izinlah...tapi jangan banyaklah itu pesan saya......selepas itu dia pun pergilah.......setelah beberapa jam kemudian kira-kira pukul 12.10am...saya pun risau dan pergi melihat di tingkap ruang tamu melihat mereka yang minum-minuman keras itu tidak kelihatan di sana.....tanpa berfikiran tidak tenang kerana risau dengan kesihatan dia...saya meminjam telepon mentua perempuan dan terus menelepon dan bertanya dia berada di mana....dan dia terus beritahu yang dia berada di golfclub minum-minuman keras di sana.....dan tanpa fikiran yang saya tidak tenang terdengar di sana saya pun timbul perasaan cemburu dan berfikiran ada perempuan lain.....sebab kebiasaan kalau dia mahu pergi mana dia beritahu....setelah saya bercakap macam itu saya terpikir balik....dan saya cakap lagi untuk beri nasihat dengan dia,kalau dady berterusan begini tidak pandai berudah lama-lama lah kan bini pandai lari owh.....tidak lama kemudian dia pun jawap dengan perkataan kenapa bibqe cakap macam tu kenapa mahu bercerai dengan saya kenapa bercerailah kita.....setelah mendengar perkataan itu saya pun matikan telepon tersebut.....dan malam itu juga saya kasi balik telepon yang saya pinjam dengan mentua saya dan terus saya cakap dengan mentua saya mahu balik di rumah orang tua saya sebab dady cakap bercerailah kita....dan tanpa membuang masa saya pun jalan....
saya harap dapat di balas mesej ini dengan segera....sebab saya tidak tahu status saya dengan dia apa sekarang...assalammualaikum
File Upload:

Salam

Cakap suami seperti itu '...tu kenapa mahu bercerai dengan saya kenapa bercerailah kita...." pada pendapat saya ia tidak menjatuhkan talak kerana ia dikaitkan dengan 'JIKA mahu bercerai', dikaitkan dengan jika puan mahu bercerai....


Seperkara yang lebih utama pada kes ini ialah saya nasihatkan puan bimbinglah suami puan ke arah yang lebih baik. Elakkan daripada meminum arak kerana ia ditegah dalam agama, tiada apa yang baik daripada arak itu melainkan merosakkan minda dan menghabiskan wang ringgit serta mengabaikan keluarga akhirnya.

Sebaiknya, bimbinglah suami ke jalan Allah yang halal dan bersih. moga kita Berjaya di dunia dan akhirat jua.

tk



Visitor IP: 60.50.112.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA