All Basic Accounts are subject to routine security scan to reduce abuse. To remove this message, please embed the "Powered by EMF" and "Report Abuse" link on the page where this form is embedded.You can
click here to request a rescan or wait for the next scheduled security scan.
Nama*: | nurul |
Alamat Email: | nurulhuda.mh80@gmail.com |
Tajuk*: | Persoalan Berkenaan Lafaz |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada 3 soalan yang memerlukan pandangan ustaz :
1) Sewaktu bergaduh suami ada cakap "kalau macam ni bercerailah, kalau apa yang saya cakap awak tak boleh terima". Selepas itu, saya terus diam dan meninggalkan suami sebab saya memang terima apa yang dia cakap.
(Ianya berpunca apabila saya ulang soalan yang sama kepada dia walaupun dia telah ulang 2 @ 3 kali yang dia memang tak ingat siapa orang yang dia nak kasi souvernir tersebut)
Selepas itu, saya ada bertanya suami adakah jatuh talak tersebut. Dia yakin tidak bercerai kerana dia tak ada niat nak cerai dan ada ustaz pernah bagitahu talak tidak akan jatuh kalau berkait contoh guna perkataan "kalau".
Tapi sebagai seorang isteri saya risau situasi tersebut. Pada hari esoknya kami pergi ke pejabat agama dan ustazah memberi pandangan tidak berlaku perceraian kerana lafaz suami adalah taklik dan saya tidak menjawab ketika itu. Cuma baru-baru ini saya baca buku yang lafaz taklik itu berterusan selagi tidak dilanggar. Oleh itu, saya tanya suami dan dia menjelaskan dia tidak berniat taklik dan hanya mengugut saya agar memberhentikan soalan-soalan saya yang berulang itu dengan merujuk pergaduhan yang sedang berlaku. Mohon pencerahan dari ustaz adakah lafaz itu lafaz taklik dan terpakai semasa pergaduhan itu sahaja atau selain itu.
2) Jatuhkah talak kalau suami berkata "kalau tak nak berharap, bercerailah". Adakah lafaz ini juga dikira taklik? Suami menjelaskan dia tidak berniat taklik, dia hanya marah dengan sikap saya. Dia juga menegaskan dia menggunakan perkataan kalau dalam lafaz tersebut sebab dia tak ada niat nak ceraikan saya.
3) Pada tahun keempat perkahwinan (2006), saya pernah gaduh besar sehingga saya menghentak-hentak meja. Semasa gaduh tersebut saya telah meminta suami berjanji sekiranya suatu hari nanti dia ada suka perempuan lain saya minta dia lepaskan saya. Suami enggan bersetuju dan mengatakan saya gila. Pada waktu itu saya tetap berkeras dan saya cakap saya tak kira dia kena ikut. Tapi saya tak pasti dia setuju atau tidak sebab saya tak ingat langsung adakah lepas saya cakap saya terus masuk bilik atau dia telah tengking saya dan tinggalkan rumah.
Namun, setelah lama berumah tangga dan memahami ianya bertentangan dengan hukum/ketatapan Allah iaitu lelaki layak mempunyai isteri lebih dari seorang. Saya rasa saya tidak patut buat arahan tersebut dan saya pernah bercakap pada suami dan kawan pejabat, sekiranya ditakdirkan Allah suami akan berpoligami saya izinkan sebab itu adalah urusan Allah dan saya akan dapat ganjaran akhirat. (Namun, dalam hati ini selalu berdoa agar hubungan suami isteri kami ini kekal sehingga ke syurga dan saya sorang isteri dia). Adakah janji yang saya arahkan itu dikira taklik dan akan berceraikah kami sekiranya berlaku apa yang dicakap tersebut? Adakah perbincangan saya bersama suami dan kawan pejabat yang saya rasa saya redha kalau ada kes seumpama itu membatalkan janji yang asal?
Saya berharap ustaz dapat memberikan pandangan. Terima kasih. |
File Upload: | |
Sakam...
Alamak, panjangnya..
1. Seperti dijelaskan, ia tidak jatuh talak dan ia berakhir di situ sahaja.
2. Ia bukan taklik dan ia tidak juga jatuh talak..
3. Eh.. awak ni garang la.. suami pun main diugut macam tu je.. op sori.. Beginilah, percakapan isteri tanpa persetujuan suami tidak akan terjadi taklik. Suami tidak sependapat dengan puan pada kes ini, so ia bukan taklik.
Carilah kebahagiaan walau di mana sekalipun ia.. susah ke senang ke.. tetap carilah bahagia..
Wallahuaklam..
Visitor IP: 203.121.36.51
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm