Saturday, June 21, 2014

Soalan: hukum faraid

Nama*:syimah
Alamat Email:syimah85@yahoo.com
Tajuk*:hukum faraid
Message*:Assalamualaikum Ayah saya telah meninggal dan sekarang keluarga saya tinggal di tapak tanah rumah nenek sebelah ayah saya. soalannya, jika nenek saya meninggal adakah tanah tersebut akan dapat kepada cucunya. Untuk pengetahuan tuan, adik beradik saya ada 8 orang ( 2 lelaki dan 6 perempuan), manakala nenek saya mempunyai adik beradik dan anak saudara. Mengikut hukum, adakah tanah tersebut akan jatuh kepada adik beradik atau cucu?sekian terima kasih,
File Upload:

Salam Puan,

Soalan ini kurang jelas.

Jika nenek mempunyai anak-anak yang lain, maka anak-anak yang lain itu juga berhak ke atas tanah berkenaan. Cucu dan adik beradik kepada nenek adalah pewaris yang jauh boleh terhalang jika nenek mempunyai anak yang lain selain ayah.

Cuma ginilha, jika nenek itu mehu serahkan tanah berkenaan kepada cucunya, kenalah nenek itu membuat pertukaran nama sekarang, sebelum dia meninggal dunia. Itu jadinya hebah atau hadiah. Cuma ingat, jangan dipaksa atau dirampas harta nenek itu..

tk


Visitor IP: 14.1.193.169

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.