Monday, June 30, 2014

Soalan: lafaz talaq

Nama*:mohamad
Alamat Email:zrn8823@gmail.com
Tajuk*:lafaz talaq
Message*:salam ustaz....saya ingin bertanya saya pernah bersumpah dengan isteri saya dengan kata-kata JIKA SAYA BERMAIN JUDI LAGI SELEPAS INI JATUH LAH TALAQ TIGA.... MOHON PENJELASAN UST..... Untuk perkara ini terjadi sebab isteri saya tidak percaya yang saya sudah berhenti dan taubat...semenjak saya lafaz saya tidak lagi berjudi...sekian terima kasih
File Upload:

Salam.

Ini adalah lafaz taklik yang sah diucapkan oleh suami. Akan terjadi talak (jatuh talak) jika aku janji ini dilanggari.

Alhamdulillah dan tahniah kerana saudara sudah berhenti daripada judi. tahniah dan teruskan mendapat rezeki yang halal.

tk

Visitor IP: 202.188.229.222

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz suami

Nama*:Siti
Alamat Email:sitihajar1506@yahoo.com
Tajuk*:Lafaz suami
Message*:Assalamualaikum ustaz,
semasa pertengkaran saya dengan suami, suami telah berkata:
1. "kalau x suka, kita berpisah"
2. "berambus dari rumah ni , aku x nak tengok muka kau lagi".
3. "Adik kau kan kau punya suami"

Saya musykil adakah salah satu yang diatas tu bermaksud talak.
Mohon penjelasan ustaz
File Upload:

Visitor IP: 202.188.136.195

Salam

1. ia tidak menjatuhkan talak kerana masih ada KALAU...

2. Lafaz ni kena tanyakan suami sebab ia lafaz kinayah. Ia boleh jatuh talak jika suami berniat utk ceraikan puan, jika tidak ada niat sekadar warning sahaja ia tidak jatuh talak.

3. ia tidak jatuh talak.

Sebagai isteri, keutamaan hendaklah diberikan kepada suami, bukannya adik dalam kes ini.. suami tidak suka orang lain dilayan di depan matanya, sedangkan dia terabai sebegitu.. itu mungkin yang boleh saya duga...

Semoga kita bahagia hendaknya. mohon doakan bersama.. tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 29, 2014

Soalan: talak aku cerai kau baru tahu

Nama*:Iq
Alamat Email:ibnu_iq83@yahoo.com.my
Tajuk*:talak aku cerai kau baru tahu
Message*:adakah jatuh talak jika sy SMS pada isteri "Baik cari bini baru kalau mcm ni" sebelum hantar SMS tersebut sy niat dlm hati"aku ceraikan kau baru tau" selepas itu sy ubah niat "tak jadi cerai, aku tambah bini jelah" selepas tu barulah sy menghantar SMS kpd isteri sy " "Baik cari bini baru kalau mcm ni"
File Upload:

Salam

Keh keh.. kelakar pula anda ini...

Nak tambah bini baru, tak payahlah ceraikan yang ada. kasihan dia tu... kita kawin dulupun kerana kita sukakan kepadanya.. kenapa pula sekarang nak dibuag... hehe

Jika tiada niat utk cerai, maka sms seperti itu tidaklah jatuh talak. ia bergantung kepada apa yang kita niatkan...

tk

Visitor IP: 137.183.232.29

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah jatuh talak

Nama*:fiza
Alamat Email:afyza_azure@hotmail.com
Tajuk*:adakah jatuh talak
Message*:suatu hari, kami suami isteri bertengkar.. lalu ketika perasaan marah suami saya menanyakan saya "adakah kamu mahu saya ceraikan kamu dengan talak tiga?" adakah ini jatuh talak..
File Upload:

Salam

Ia tidak jatuh talak kerana ia lebih kepada pertanyaan atau satu tawaran..

Berhati-hati dan mohon perbaiki hubungan kalian.. be the best to our family..

tk

Visitor IP: 119.56.114.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, June 26, 2014

Soalan: mandi wajib sah @ tidak

Nama*:suri
Alamat Email:
Tajuk*:mandi wajib sah @ tidak
Message*:lagi satu ustaz, kalau di ketiak hitam dan berdaki...sah tak mandi wajib ?
saya guna deodoran di ketiak
ada juga cuba bersihkan dan keluar daki hitam...tapi tak dapat nak bersihkan semua...

macam mana dgn mandi wajib?sah tak
File Upload:

Salam

Mandi itu sah.. daki yang melekat bukanlah satu lapisan yang menghalang air. yang penting, kita ratakan air dan gosok dengan sempurna.

tk


Visitor IP: 203.106.159.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tanda tanya

Nama*:leyla
Alamat Email:julaila_siti@yahoo.com
Tajuk*:tanda tanya
Message*:pada pagi hari suami isteri bergaduh , suami ada menyebut dia membenci isteri , isteri mengatakan kalau dh benci kita cerai la , suami tnya talak berapa kau nak , isteri menjawab talak satu , si suami terus membawa isteri ke pejabat agama untuk lafaz cerai di sana sbb suami kata tak nak lafaz luar mahkamah tetapi bila sampai di pejabat agama , tutup . dan mereka balik macam biasa , adakah sah suami isteri lagi dalam kes mcm ni ?
File Upload:

Salam.

Oleh kerana suami belum lafazkan cerai maka tidaklah terjadinya talak. ia perlu dilafazkan oleh suami...
tk

Visitor IP: 60.53.4.120

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 25, 2014

Soalan: takliq tidak jelas

Nama*:shima
Alamat Email:shikeez_05@yahoo.com
Tajuk*:takliq tidak jelas
Message*:Salam ustaz... sy nk tnye...satu hari sy ade sms suami "awk bawa laa keta baru awk tue bg tunjuk kat die dh alang2 kat shah alam"..then mlm tue sy sms lg" awk nie mmg laa..asyik bz n on d phone ngn die jee".. pastue suami sy kol n marah2 n ade ckp" kalau awak buat lg mcm nie, sumpah demi Allah sy akan ceraikan"

sy x fhm ape yg sy x patut buat dlm lafaz tue? Lafaz tue sgt tak jelas n sy kurang fhm..then ade satu hari kyorg gaduh lg...n sy ade ckp "awk p je laa ngn die..die mmg sesuai tok awk" ... bile tnye suami, die hnya ckp begitu untuk mengugut sy...xde niat lain...mnta penjelasan...adakah jatuh talak?
File Upload:

Salam

Ucapan suami; " kalau awak buat lg mcm nie, sumpah demi Allah sy akan ceraikan" adalah satu lafaz taklik iaitu ia boleh menjatuhkan talak jika puan buat benda yang dia tidak suka pada kes ini. Mungkin puan boleh minta penjelasan apakah perkara yang dia tidak suka sehingga boleh menjatuhkan talak. Jika dia nyatakan perkaranya, maka itulah perkara taklik yang perlu puan patuhi.

pergaduhan ke dua itu tiada kaitan dengan cerai atau talak. Ugutan tetap akan terjadi dan dikira jika ia berkaitan dengan talak atau cerai..iaitu lafaz taklik.

tk

Visitor IP: 219.92.101.85

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 24, 2014

Soalan: adakah jatuh talak

Nama*:dyana
Alamat Email:
Tajuk*:adakah jatuh talak
Message*:saya dan suami tgk tv citer omputih...ada 'subtitle ' bahasa melayu...
Kemudian ada ayat " saya dan paul bercerai setahun lalu'.
Jatuh ke talak jika suami baca tapi tak keluar suara..
Risau saya...mohon pendapat ustaz
File Upload:

Salam

Suami baca sub title berkenaan sama ada bersuara atau tidak bersuara, ia tidaklah menjatuhkan talak kerana ia tidak ditujukan kepada isteri dalam konteks kes seperti ini.

tk

Visitor IP: 203.106.158.160

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Niat

Nama*:Ali
Alamat Email:
Tajuk*:Niat
Message*:Slm Ustaz..sy ingin bertanya..berkaitan dengan "niat" dalam konteks hukum perceraian..bagaimana dan bila niat itu dikira sah apabila berlaku situasi seperti:

1) (KINAYAH) : Apabila Si suami berkata pd isterinya "pergila balik ke rumah orang tua kau" - bagaimana niat itu dikira sah..niat dulu baru lafaz atau lafaz dulu baru niat..atau niat serentak dengan lafaz?

2) (MENGAKU BUJANG) : Lafaz "Saya belum kahwin lagi" (Tapi Sebenarnya dah berkahwin) - bagaimana niat itu dikira sah..niat dulu baru lafaz atau lafaz dulu baru niat..atau niat serentak dengan lafaz?

3) (TAKLIK) - Adakah Lafaz taklik memerlukan niat?

4) Apa sebenarnya maksud dan erti Niat dalam konteks tersebut?

a) Sebagai contoh dalam bersolat kita berniat "Sahaja aku bersembahyang solat zohor 4 rakaat kerana Allah Taala".

b) Tetapi bila kita berniat aku cerxx kau dengan talxx 1 akan dikira bercakap dlm hati atau lintasan hati..

Saya keliru..sekian..wassalam...
File Upload:

Salam

1. Niat ialah suatu keazaman atau satu yang diputuskan dalam hati untuk lakukan sesuatu. Ia mudah, seperti kita kita sebut sahaja; aku nak puasa esok; maka jadilah niat dengan adanya sebutan seperti itu.  Pada kes 1, jika maksud suami sebut pergilah balik itu ialah untuk cerai atau talak, maka jatuhlah talak satu.

2. Setiap perkataan yang disebut dan perbuatan yang kita buat adalah disertai niat. Perkataan itu adalah pengesahan kepada niat. lafaz saya belum kahwin lagi, tiada apa kesan dalam hal ini..

3. Lafaz taklik jika dilafazkan tentulah ada bersamanya niat, kerana lafaz itu disebut sebagai pengesahan kepada apa yang ada di hati.

Usah terlalu sibuk dengan was-was... Contohnya dalam solat, hendak sujud perlukan niat, hendak rukuk perlukan niat... memang benar begitu. Cuma niat itu ialah kita bergerak untuk rukuk itu dengan pergerakan yang disengajakan untuk rukuk dsb...


Visitor IP: 175.136.236.217

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 23, 2014

Soalan: masalah keluarga

Nama*:aszian
Alamat Email:malapetaka_momoz@yahoo.com
Tajuk*:masalah keluarga
Message*:masalah pertama:
ibu saya sering bergaduh dengan ayah..sampaikan ibu saya menghalau ayah dari rumah.ayah tinggal bersama abang sya sekarang.apakah ibu saya berdosa??apakah peranan saya sebagai seorang anak?

masalah kedua:
suami kakak sya telah berkali-kali melafazkan cerai kepada kakak saya setiap kali bergaduh di rumah. Saksinya adalah anak-anak mereka sendiri..mereka masih tinggal lagi bersama-sama tanpa ada apa-apa masalah.saya pernah memberitahu kakak hukumnya mereka sudah tidak suami isteri lagi.tapi kakak tidak peduli..apa yang perlu saya lakukan?? sya tidak mahu gaduh dengan mereka..
File Upload:

Salam

Pergaduhan itu normal, tetapi jika berlebihan itu sudah tidak sepatutnya berlaku. Jika isteri mengusir suami dari rumah, pada saya ia satu dosa besar kepada isteri. Isteri perlu meminta maaf dan menembalikan keadaan seperti biasa. Berdamailah. Peranan puan sebagai anak ialah menasihati ibu agar dia lebih tahu menghormati suaminya. Dalam masa yang sama, perlu juga dipujuk dan dinasihati ayah puan agar dia lebih bertanggungjawab dan tahu meneladani keluarga dan anak-anak. Suami yang bertanggungjawab biasanya rumah tangga tidak bermasalah. Ia banyak berpunca daripada suami juga. Bantulah ibu dan bapa puan untuk mereka membina rumah tangga yang baik.. Nasihatilah mereka.


Suami isteri perlu tahu dan belajar agama terutamanya hal ehwal nikah kahwin. Mereka perlu tahu perkara asas tentang tanggungjawab suami isteri, hokum talak cerai, rujuk dan sebagainya. Apabila mereka tidak tahu, itulah akibatnya. Talak boleh jatuh setiap hari, setiap kali bergaduh. Dan selepas itu masih duduk sekali tanpa rujuk, malah ada pula yang sudah lebih tiga kali talak tetapi masih juga sepertinya suami isteri. Ini perkara besar sebenarnya.

Saya berpendapat, puan boleh bantu mereka dengan menghadiahkan buku agama, khasnya tentang talak dan rujuk. I aboleh membantu mereka memahami hukum hakan agama dan kembali ke jalan yang benar.

tk


Visitor IP: 183.171.175.145

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 22, 2014

Soalan: Status Cerai & Rujuk

Nama*:A. Aziz
Alamat Email:hotkad@gmail.com
Tajuk*:Status Cerai & Rujuk
Message*:Salam ustaz,

Saya ingin bertanya beberapa soalan untuk kepastian iaitu :

1) Benarkah talak TIDAK diambil kira jika ia hanya niat/lintasan hati/lafaz dalam hati sahaja?

2) Jika suami was-was atau tidak pasti sama ada lafaz cerai berlaku di dalam hati atau di lidah, sedangkan jauh disudut hatinya ada sedikit keyakinan bahawa lafaz tersebut di hati, adakah jatuh talak? Untuk makluman ustaz, suami memang ada masalah was-was dalam ibadah lain juga.

2) Apakah syarat sah lafaz yang sorih mesti dilafazkan oleh lidah (berbunyi) dan SEKURANG-KURANGNYA bunyi tersebut didengar oleh telinga suami?

3) Jika suami lafaz rujuk pada isteri kerana beliau was-was tentang status soalan (1) hingga (3) di atas, apakah hukum lafaz rujuk berkenaan? Adakah ia boleh menyebabkan jatuh talak? Untuk makluman ustaz/puan suami meletakkan niat rujuk tersebut hanya jika sah talak (soalan 1-3) sahaja.

Mohon penjelasan dan bantuan pihak ustaz.

Terima kasih.
File Upload:

Salam.

1. Lintasan hati tidak dikira akan menjatuhkan talak sehinggalah ia dilafazkan.

2. Ia tidak jatuh.

3. Paling kurang didengar oleh suami yg melafazkan talak.

4 Tidak perlu dirujuk, jika tidak jatuh talak..

Seperkara lian, saudar tidak perlu layan dengan sikap was-was itu. ia mainan syaitan. Tinggalkan segera kerana ia boleh meruntuhkan ruamhtangga yg dibina.

tk

Visitor IP: 175.145.94.233

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Hubungan suami isteri

Nama*:HambaAllah
Alamat Email:renungansyahdu83@gmail.com
Tajuk*:Hubungan suami isteri
Message*:Adakah perlu meminta izin isteri untuk mengeluarkan air mani tidak di dalam faraj isteri, tetapi pada anggota tubuhnya yang lain seperti di tangannya? Maaf soalan agak 18 sx.
File Upload:

Salam.

Senia bersetubuh atas kebijaksanaan suami dan ia boleh dipelbagaikan asalkan tidak masuk di dubur yg tidak dibenarkan.

Tidak perlu minta izin isteri untuk memancut di luar faraj.. Air mani tidak najis, tidak ada masalah jika dilepaskan di mana yg patut... hehe..

tk

Visitor IP: 183.171.173.248

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, June 21, 2014

Soalan: hukum faraid

Nama*:syimah
Alamat Email:syimah85@yahoo.com
Tajuk*:hukum faraid
Message*:Assalamualaikum Ayah saya telah meninggal dan sekarang keluarga saya tinggal di tapak tanah rumah nenek sebelah ayah saya. soalannya, jika nenek saya meninggal adakah tanah tersebut akan dapat kepada cucunya. Untuk pengetahuan tuan, adik beradik saya ada 8 orang ( 2 lelaki dan 6 perempuan), manakala nenek saya mempunyai adik beradik dan anak saudara. Mengikut hukum, adakah tanah tersebut akan jatuh kepada adik beradik atau cucu?sekian terima kasih,
File Upload:

Salam Puan,

Soalan ini kurang jelas.

Jika nenek mempunyai anak-anak yang lain, maka anak-anak yang lain itu juga berhak ke atas tanah berkenaan. Cucu dan adik beradik kepada nenek adalah pewaris yang jauh boleh terhalang jika nenek mempunyai anak yang lain selain ayah.

Cuma ginilha, jika nenek itu mehu serahkan tanah berkenaan kepada cucunya, kenalah nenek itu membuat pertukaran nama sekarang, sebelum dia meninggal dunia. Itu jadinya hebah atau hadiah. Cuma ingat, jangan dipaksa atau dirampas harta nenek itu..

tk


Visitor IP: 14.1.193.169

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, June 19, 2014

Soalan: taklik yg diragui

Nama*:insyirah
Alamat Email:nzara8882@gmail.com
Tajuk*:taklik yg diragui
Message*:Assalamua'laikum ustaz sy nk brtnya.. suami sy terlafaz taklik dalam keadaan marah iaitu "jika sape2 mesej bukan mahram maka jatuh talak 3'
permasalahan disini sy dengar jelas suami sy sebut mahram dan bukan mahram dan suami pula kata dia sebut bukan mahram dan dia terlafaz talak 3 sedangkan dia nak sebut talak 2...

macam mana tu ye ustaz.. Allah...

Assalamua'alaikum
File Upload:

Salam

Waduh.. berat sekali penangan hand phone ni.. bias meruntuhkan rumah tangga orang.

Jika benar suami menyebut, "jika sape2 mesej bukan mahram maka jatuh talak 3'; ia telah menjadikan satu lafaz taklik.

Kita berpegang hokum dengan apa yang kita dengar dan kita lihat. Jika itu lah yang didengar maka itulah hokum yang dikenakan.

Lafaz taklik ini boleh menyebabkan tertalak 3 dengan mudah.. keranan sms akan datang setiap hari..

tk

Visitor IP: 60.48.201.189

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah jatuh talak?

Nama*:HambaAllah
Alamat Email:renungansyahdu83@gmail.com
Tajuk*:adakah jatuh talak?
Message*:Soalan saya tempoh hari :

1) adakah jatuh talak apabila ayat berunsur talak diungkap dengan gerakan bibir dan lidah tanpa keluar lafaz suara?

2) ayat penuh : "aku tak akan ceraikan kau". tetapi, andai seorang ini berkata di hatinya : "aku tak akan ...", tetapi dua perkataan hujung tersasul sebut : "...... ceraikan kau". apa statusnya? adakah jatuh talak?

Jawapan ustaz :

Salam

Ungkapan talak perlu dilafazkan, disebutkan sekurang-kurangnya didengar oleh diri sendiri, baru sah jatuh talak.

Ataupun dibuat melalui tulisan atau SMS...

Yang lain tu, jangan main-main dengan talak, jika tersebut sku ceraikan kau; maka jatuhlah talak.

tk


**Pertanyaan saya lagi : Maknanya kedua-dua masalah di atas tidak jatuh talak ye ustaz?

Terima kasih ustaz..
File Upload:

Salam,

ia tidak jatuh talak..

wallahuaklam.


Visitor IP: 203.62.1.42

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 18, 2014

Soalan: Lafaz Kinayah

Nama*:Zuhir hafizan bin Mat joho
Alamat Email:hafzan@gmail.com
Tajuk*:Lafaz Kinayah
Message*:Assalamualaikum ustaz!
Jatuhkah talak sekiranya niat cerai hanya hadir selepas ucapan lafaz kinayah. Contoh seorang suami menyuruh isterinya pergi dulu ke kereta. Pada asalnya tiada niat cerai pun. Tapi selepas beberapa ketika seperti muncul perkataan cerai dalam fikiran. Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih.
File Upload:

Salam

usah dilayan dengan gangguan dan niat hati yang melintas.. ia bisikan syaitan.
Yang boleh jatuh talak adalah dengan perkataan yang jelas; aku ceraikan engkau...
atau 'pergi mampus kau berambus' dengan adanya niat cerai...

tk
Visitor IP: 14.1.193.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 17, 2014

Soalan: ANAK 2

Nama*:mia
Alamat Email:
Tajuk*:ANAK 2
Message*:assalamualaikum ustaz, terima kasih atas jawapan..

soalan terakhir saya ustaz minta maaf..

adakah saya berdosa disini tidak berusaha utk membawa anak

ini berjumpa dgn ayahnya kerna kecil hati dgn tindakan

ayahnya langsung tidak bertanya kabar ttg anak?

terima kaseh ustaz
File Upload:

Maaf puan, saya tak terikut cerita sebelumnya...

BEginilah, jika dia bapa yang sah, sesekali benarkanlah bertemu bapanya... jaga elemen kemansiaan..

tk

Visitor IP: 1.9.98.53

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Penceraian yang perlu

Nama*:hajar
Alamat Email:
Tajuk*:Penceraian yang perlu
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz bilakah seorang isteri menjadi wajib utk meminta penceraian?

Bila sy terbaca masalah seorng pembaca, sy tertanya2 ttg soalan ini..

Ada rakan sy juga suaminya terlibat ttg pil2 dadah..isterinya tahu tp dia kata selagi tidak berjangkit padanya kesihatannya jadi xmengapa..

Sy tidak berapa setuju dgn pendpat dia..bagaimana pndangan ustaz?
Ctoh peristiwa yg kita baca dlm paper..anak kena rogol, anak dibunuh..

Tidak mungkin seorg isteri yg tinggal serumah tidak tahu perihal

Ttg suami yg jahat itu..mungkin bg mereka redha dan berdoa kerna itu tugas isteri yg soleh..sy keliru disini bukankah menjadi berdosa kerna kita kerna menzalimi diri sendiri, bagaimana pndangan ustaz jazakallah...
File Upload:

Salam

Isteri berhak dan boleh meminta cerai drp suami setelah darurat itu lebih besar daripada manfaat dalam rumah tangga. Umpama kes dadah, isteri boleh menuntut cerai dariapda mahkamah. Atau pun kes penderaan dan sebagainya. Boleh diminta cerai.

Namun bagi sesetengah wanita, mereka kasihan kepada suami yang walaupun mereka terseksa, mereka pasrah menerima takdir dan tidak kisah menanggung penderitaan. Itu terpulang. Kerana difikirkan betul juga, jika berpisah dengan suami, siapa lagi yang sanggup mengambil lelaki si penagih itu sebagai suami...

op.. sorry

Visitor IP: 1.9.98.53

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 16, 2014

Soalan: Was was tentang masalah cerai


Nama*:SITI FIKRIYAH
Alamat Email:siti.fikriyah@gmail.com
Tajuk*:Was was tentang masalah cerai
Message*:Assalammualaikum ustaz..

Saya Ingin bertanya,boleh ke lafaz taliq yang suami lafazkan ditarik balik olehnye,atau dibatalkan niatnye..
dan sah ke talak atas isterinye,sekiranye isteri melanggar lafar taliq yang ditarik balik oleh suaminye itu..
File Upload:

Salam

Lafaz taklik pada kebayankan ulama mengatakan ia tidak boleh ditarik balik. ia hanya boleh dibatalkan setelah terjadinya taklik dan jatuh talak.

Namun ada pendapat kecil yang mengatakan ia boleh ditarik balik.

Jika ia tidak boleh ditraik balik, ertinya perlakuan melanggar taklik akan menyebabkan terjadinya talak.

tk
Visitor IP: 175.143.97.5

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz taklik


Nama*:nazirah
Alamat Email:nazirah3112@yahoo.com
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:Salam...saya memerlukan penjelasan berkenaan lafaz yang telah diucapkan oleh suami saya.

untuk makluman Ustaz, saya telah mendapati suami saya mempunyai hubungan istimewa dengan kawan kelasnya. Sehubungan itu, saya telah memohon penjelasan daripada suami dan minta pengakuan berkenaan perkara tersebut. Suami menafikan dan bersumpah tiada sebarang hubungan lain dan hanya menyanyagi keluarga ini. Walau bagaimanapun, setelah berkali-kali didesak akhirnya suami telah mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan kawan tersebut dan mohon peluang untuk berubah demi menyelamatkan rumah tangga kami.

Kami telah berbincang dan saya telah bersetuju untuk memberi suami peluang demi anak-anak dan keluarga ini. walau bagaimanapun dalam tempoh tersebut suami sebenarnya masih berhubung dengan kekasihnya dan berbohong apabila saya bertanya mengenai hubungannya.

saya telah meminta suami untuk tidak berhubung dengan kekasihnya bagi memastikan suami benar-benar berubah dan tidak berbohong lagi. Namun perkara tersebut tetap berulang..suami masih menghubungi kekasihnya tanpa pengetahuan saya. Bosan dengan sikapnya yang suka menipu saya telah minta suami untuk lafaz ayat berikut " abang sumpah Waallahi, takkan berhubung langsung dengan dia melalui apa cara sekalipun, kalau abang berhubung juga jatuh satu talak atas saya".Suami telah lafaz ayat tersebut.

Beberapa hari selepas itu, saya merasa curiga dengan perubahan suami dan berasakan dia masih berhubung dengan kekasihnya. saya telah bertanya dan mengingatkannya tentang lafaz yang telah diucapkan sebelum ini. Suami seperti mempermainkan saya dengan lafaz tersebut dan tidak mengaku ada menghubngi kekasihnya. Pergolakan yang timbul menyebabkan saya telah mmeminta untuk dia bersumpah sekali lagi dengan lafaz seperti berikut " sumpah abang tidak menipu sayang dan tidak berhubung dengan dia..kalau abang bohong jatuh satu talak atas sayang". suami telah menyebut lafaz tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya inigin mohon penjelasan Ustaz adalah 2 lafaz sumpah yang dilafazakan oleh suami merupakan lafaz taklik dan sekiranya suami masih berbohong adakan jatuh talak ke atas saya.

Sekiranya jatuh talak tersebut apakan tindakan yang perlu dibuat memandangkan saya sedang mengandung 8 bulan.

Diharapkan penjelasan ustaz dan membantu saya.

terima kasih
File Upload:

Salam


Itulah.. kenapa masalah seperti ini hendak dikaitkan dengan talak dan cerai. kan akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Lafaz berkenaan jika disebut betul oleh suami dengan kerelaannya, maka ia menjadi lafaz taklik yang sah. Bila lafaz taklik itu sah, bererti tindakan melanggari taklik akan menyebabkan berlakunya talak ke atas puan.

Jika suami menipu puan, maka jatuhlah talak. Jika suami berhubung lagi dengan buah hatinya, jatuhlah talak...

Apabila telah jatuh talak satu, puan boleh berbincang dengan suami untuk memintanya merujuk kembali puan dan dengan sendirinya membatalkan taklik yang ada dalam perkahwinan ini.

tk

Visitor IP: 203.217.176.72

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ANAK

Nama*:mia
Alamat Email:
Tajuk*:ANAK
Message*:Assalamualaikum Ustaz..

saya pernah bertanya soalan kepada ustaz tahun lepas dalam
keadaan saya mengandung..yang mana saya dapati suami saya
terlibat dlm ketagihan pil2 dan keluarga saya dapat mengetahuinya lalu menghalaunya dari rumah..ustaz pernah
nasihatkan saya dulu teruskan perpisahan dgn menuntut fasakh..

utk pengetahuan ustaz semuanya telah selamat yg mana kami
telah bercerai dgn talak 1..

cuma yg menjadi kebuntuan disini tentang anak . anak saya berumur 1 tahun..alhamdulillah dpermudahkan dlm melahirkan
permata ini walaupun dugaan Ya Allah berat sgt..

bekas suami saya sejak berpisah (sejak mengandung) langsung
tidak ambil tahu pasal anak, bgitu juga dgn keluarga bekas
mertua, mereka langsung tak bertanya kabar tentang sihat
atau tidak anak ini etc..membuatkan hati saya selama ini
memaafkan apa yg terjadi bertukar dgn benci..mereka pernah
berkata mengapa halau anak dia dari rumah, ni angkara
balasan kerna menghina..diorang langsung tak sentuh perihal
anak dia yg ketagihan pil dadah itu tapi tetap menyalahkan
saya dalam semua hal..

ustaz perasaan saya sakarang bersilih ganti dgn kecewa dan
kesian pada anak yg tidak bergelar bapa..langkah saya bercerai sbb SATU, keselamatan ANAK..demi Allah..

baru2 ini pihak diorang telah hubungi saya utk bertanya
ttg no akaun anak saya utk masukkan duit, tetapi bekas mak mertua saya langsung tak tanya ttg kesihatan cucunya, hanya mahu berikan duit. saya takut andai
diorang mahu ambil anak saya di bawah jagaan saya..dan tuntut di mahkamah nnti..

ustaz, bagaimana saya harus mennyelesaikan perkara ini..jika saya pergi bawa anak saya ke rumah mereka tetapi
mereka langsung tidak berasa kasihan terhadap saya mmbuatkan
hati saya membuak2 terasa sedih dan sakit hati .. saya ketika mengandung 5 bulan ketika itu ya Allah berat sangat
cuba utk tidak bersedih takut effect ketika proses kelahiran..tetapi bekas keluarga mertua saya boleh buat selamba atas perbuatan anak mereka..bg mereka anak mereka hanya ketagih pil dadah, bukan cucuk (inject) jadi tidak mendi hal..

saya juga buntu bagaimana anak ini besar nnti bertanya perihal ayah dia..perlukah saya berterus terang..ya Allah.. ustaz bantulah saya semua kebtuntuan ini..
File Upload:

Salam puan

Perceraian ada kalanya satu jawapan terbaik bagi mengatasi masalah seperti ini. Namun kesannya amat berat biarpun perceraian itu atas kehendak kita sendiri.

Puan, bersabarlah. Peliharalah anak itu sebaiknya dengan penuh kasih saying. Usah dirisaukan perkara yang tidak pasti. Tawakal dan berdoalah kepada Allah agar anak ini menjadi anak yang soleh, baik dan terhindar daripada bahana dadah.

Peliharalah dia sebaiknya biarpun tanpa kehadiran seorang bapa. Ramai ibu tunggal yang Berjaya melahirkan anak yang hebat dan cemerlang. Ini cabaran pihak puan. Teruskan azam dan usaha utk mendapatkan anak yang sebaiknya.. Perkara lain itu, usah dirisaukan. Pastinya Allah bersama orang yang benar.

Anak yang pandai akan tahu menilai mana yang baik dan buruknya. Berterus teranglah kepada anak, bukan untuknya membenci siapa ayahnya tetapi suapa dia tidak menyalahkan kita dalam semua perkara.

tk
Visitor IP: 1.9.99.111

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz cerai


Nama*:Asraf
Alamat Email:asraf_ump@yahoo.com
Tajuk*:Lafaz cerai
Message*:As salam, saya ada soalan mengnai lafaz cerai. Tetapi saya takut untuk tulis lafaz yang sy lafazkan. Bimbang jika ianya jatuh kerana sy mempunyai sifat was-was yg agak teruk.
File Upload:

Alahmdulillah.. tak perlu bertanya jika begitu.. hehe...

salam maaf..


Visitor IP: 175.139.166.237

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 15, 2014

Soalan: menyumpah isteri adakah jatuh talak

Nama*:mohd rahimi bin ibrahim
Alamat Email:mri_mie@yahoo.com
Tajuk*:menyumpah isteri adakah jatuh talak
Message*:ustaz..
saya sangat marah isteri saya lambat bangun dan menyumpah beliau macam binatang ...
" dok tidur macam babi (binatang) tak reti reti nak bangun buat sarapan pada anak anak.." samakan isteri macam binatang apakah jatuh talak dan boleh kah saya bersama lagi dengan baliau atau perkahwinan kami masih sah disisi ugama..
minta penjelasan drpd istaz..terima kasih..
File Upload:

Salam..

Saudara yang budiman dan beriman, pastinya seoran suami tidak boleh sama sekali menyebut perkataan seperti ini untuk isteri dan anak-anak. Jika ia menjadi kebiasaan, maka akan terbiasalah dalam rumah tangga kita perkataan seburuk itu keluar daripada mulut isteri dan anak-anak.

Dalam kes ini, ia tidak menjatuhkan talak dan masih kekal dalam perkahwinan.

tk

Visitor IP: 175.139.248.114

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:osman din
Alamat Email:osman.mohddin@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:bolehkah saya merujuk semula apabila telah melafazkan cerai sebanyak 3 kali berturut turut... adakah ia dikira talak 1 atau talak 3 sekaligus.. mohon penjelasan ustaz
File Upload:

Salam.


Jika saudara menyebut tiga kali 'aku ceraikan engkau' maka ia akan menjatuhkan talak tiga. Kecuali jika disebut kali kedua itu sebagai penjelasan atau penerangan kepada yang pertama, maka ia jadilah talak satu jua.



Visitor IP: 183.171.165.201

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, June 13, 2014

Soalan: kotoran yg susah dibersihkan adakah sah mandi wajib?

Nama*:armiza
Alamat Email:
Tajuk*:kotoran yg susah dibersihkan adakah sah mandi wajib?
Message*:Salam ustaz..ni pertanyaan dari teman saya.
Selepas mandi wajib, dia dapati ada tompokan hitam melekat pada daging di kemaluan nya..puas nak ditanggalkn tp sukar..dia tak pasti kotoran/ tompokan apa sbb sebelum ni dia ada guna ubat herba yg disapu dan dimasukkan kedalam faraj. Mohon ustaz terangkan sah tak mandi wajibnya...ibadatnya... Risau..
Nk tahu hukum situasi tersebut..
File Upload:

Salam

Jika tompokan itu jenis berjisim (berselaput) yang menghalang air terkena anggota badan, maka ia perlu dibersihkan. Jika ia semacam dakwat pen atau inai, ia tidak mejejaskan air terkena anggota badan, maka tidak perlu dibersihkan sehabisnya.


Visitor IP: 203.106.159.131

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib sah @ tidak

Nama*:raudah
Alamat Email:
Tajuk*:mandi wajib sah @ tidak
Message*:Salam ustaz...nk tanya...di puting payudara saya mcm ada tompok2 putih yg melekat...rasanya mcm sisa susu badan / daki susu kot...tp saya dah xnyusukan anak lg...dah lame stop...benda tu selalu ada...bila saya cuba bersihkan...tak boleh nk tanggal semua...sakit/luka...
Soalan saya , adakah benda/kotoran yg terhasil drp tubuh badan seperti masalah saya diatas boleh menyebabkan tak sah mandi wajib/junub...
Adakah kotoran tersebut boleh menghalang air drp sampai ke kulit semasa mandi wajib/wuduq...?
File Upload:

Salam

Kotoran bekas susu dan ia melekat pada badan seperti tompokan hitam tidaklah menghalang air terkena anggota badan. Mandinya sah dan boleh dibawa solat.

tk
Visitor IP: 203.106.158.192

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Menarik balik lafaz taklik terhadap isteri

Nama*:ziana
Alamat Email:fyana86@yahoo.com
Tajuk*:Menarik balik lafaz taklik terhadap isteri
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanya, bolehkah suami menarik balik lafaz taklik yg telah dilafaz. Suami saya sendiri dengan rela hati hendak menarik balik lafaz taklik itu. Sekiranya boleh ditarik balik lafaz takilik itu, saya amat bersyukur.
File Upload:

Salam

Setahu saya, lafaz taklik tidak boleh ditarik balik walaupun dengan kehendak sendiri.

Alasannya kerana ia tidak boleh dipermain-mainkan...

Tapi kita fikir secara logiknya, kontrak (janji) boleh dibuat dan boleh dibatalkan atas persetujuan kedua belah pihak tanpa prajudis. tetapi kenapa soal taklik, ulama mengatakan ia tidak boleh ditarik bali.. bab ini saya masih confius.. hehe

tk
Visitor IP: 60.51.27.145

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, June 12, 2014

Soalan: amaran sebelum berkahwin jatuh atau tidak talak?

Nama*:betty
Alamat Email:gmebetty@gmail.com
Tajuk*:amaran sebelum berkahwin jatuh atau tidak talak?
Message*:assalammualaikum...suami sy ade memberi amaran sebelum berkahwin tentang sesuai perkara.tetapi amaran itu telah dilanggar oleh sy..adakah jatuh talak dgn kesilapan sy itu?
File Upload:

Salam

Taklik hanya sah setelah dia bergelar suami, jika belum jadi suami, tak sahlha taklik berkenaan kerana dia tiada hak ke atas puan sebagai isteri..

tk
Visitor IP: 219.92.27.132

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah jatuh talak?

Nama*:HambaAllah
Alamat Email:renungansyahdu83@gmail.com
Tajuk*:adakah jatuh talak?
Message*:1) adakah jatuh talak apabila ayat berunsur talak diungkap dengan gerakan bibir dan lidah tanpa keluar lafaz suara?

2) ayat penuh : "aku tak akan ceraikan kau". tetapi, andai seorang ini berkata di hatinya : "aku tak akan ...", tetapi dua perkataan hujung tersasul sebut : "...... ceraikan kau". apa statusnya? adakah jatuh talak?
File Upload:

Salam

Ungkapan talak perlu dilafazkan, disebutkan sekurang-kurangnya didengar oleh diri sendiri, baru sah jatuh talak.

Ataupun dibuat melalui tulisan atau SMS...

Yang lain tu, jangan main-main dengan talak, jika tersebut sku ceraikan kau; maka jatuhlah talak.

tk
Visitor IP: 203.62.1.42

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: status

Nama*:elly
Alamat Email:ielina.darulhibah@gmail.com
Tajuk*:status
Message*:assalammualaikum ustaz mohon pencerahan ustaz jika suami menyatakan ko nak kena cerai tak. saya cakap tak nak.suami tidak berniat menceraikan saya cuma geram dengan perbuatan saya.
File Upload:

Salam..

hehe padan muka puan..hehe.. kan suami dah naik geram..

ginilah, ia taklah jatuh talak, cuma elok kita jaga hal yg mcm ni.. dah tu, berbaiklah dengan suami, dapat pahala tu.. hehe. tk


Visitor IP: 115.164.222.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 11, 2014

Soalan: talak jatuh atau tidak dan berapa jumlah talak

Nama*:Izzah
Alamat Email:sweetymilley@gmail.com
Tajuk*:talak jatuh atau tidak dan berapa jumlah talak
Message*:Salam wbt Ustaz..maaf menganggu..semalam saya dan suami bergaduh dlm kereta..suami kata..'Aku ceraikan kau baru tahu' pastu saya pun geram dn berkata 'cerailah'..then dia ckp ok aku ceraikan kau..(Sekali lafaz)..lpas tu ade berlaku sekali lagi argument percakapan..dan suami brkata..'Aku ceraikan kau,ak ceraikan kau nanti..mcm bunyi ugutan sambil marah2..(Kira mcm 2 kali lafaz) jadi saya tak tau nk ckp apa tapi selepas pertengkaran pada sebelah petangya..dia baik kembali seperti biasa..dan apabila saya tanya dia, dia kata dia x berniat menceraikan langsung pun..sbb dia kata dia mcm ugut saya sahaja..bagaimana ya ustaz..bingung memikirkan sebab suami merasakan dia tiada niat langsung..saya rasa dia kurang mendalami ilmu talaq dan cerai sebab bagi dia,kalau tiada niat maka segala lafaz apa pun jadi tidak sah..sedihnya saya apabila banyak yang dia tak tahu.. dan kami masih tnggal bersama seperti biasa..mohon ustaz bagi pencerahan adakah kami masih sah suami isteri dan kalau tidak sah lagi,berapa talak yang jatuh..terima kasih ustaz
File Upload:

Salam puan,

Daripada apa yang saya faham, telah jatuh talak satu ke atas puan.

Puan berbincanglah dengan suami dan ajaklah dia rujuk kembali kepada puan..

Ingat, telah jatuh cerainya dengan satu cerai..

tk


Visitor IP: 203.92.128.158

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: menceritakan mimpi cerai kepada isteri

Nama*:yani iman
Alamat Email:jass4yann@yahoo.com
Tajuk*:menceritakan mimpi cerai kepada isteri
Message*:baru-baru ini suami saya ada bermimpi di mana dia menceraikan saya kerana saya ada hubungan dengan lelaki lain. Dia berasa sangat marah dan menceraikan saya dalam mimpinya. Setelah bangun dari tidur dia menceritakan kepada saya tentang mimpinya di mana dia berasa sangat sedih dengan mimpi yang dialami dan menyebut " abang mimpi abg ceraikan sayang sebab sayang ada kekasih lain, abg tak sanggup kalau berpisah dengan sayang".... Adakah jatuh talak dengan ungkapan suami saya itu?
File Upload:

Salam

Hehe tak lah jatuh talak.. itukan cerita dan perkhabaran bukannya satu ketegasan utk bercerai.. kesian kat mimpi tu kan..

heh .


Visitor IP: 180.75.131.214

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pegang kasut dari kulit babi

Nama*:yani
Alamat Email:
Tajuk*:pegang kasut dari kulit babi
Message*:Salam ustaz...saya on internet utk cari info tentang kasut yg dibuat dari kulit babi..
Kemudian saya terus pergi ke rak kasut utk pastikan ia kulit apa..saya pegang kasut anak saya dan dapati ia dari kulit babi...saya terus buang...
Perlukah saya samak tangan saya?

Klw mcm mlm saya pegang kasut tu dgn tgn basah, pagi esokknya samak blh ke ustaz? Macam mana dgn barang2 lain yg saya pegang seperti basuh pinggan, basuh baju

Saya dah samak..lepas basuh 6x dgn air mutlak...didapati ada kesan tanah di tepi kulit kuku...perlu ulangi samak ke ustaz kalau ada kesan tanah tu
Macammana dgn barang yg saya pegang dlm keadaan tgn basah yer ustaz...mcm kita basuh pinggan/ baju..perlu ke samak baju / pinggan tu

Kasut yg saya terpegang tu ada bintik 3...tapi bintiknya selari tak macam segitiga..sbb was2 saya samak je.
Dia bintik2...3dot selari...ada yg senget sikit..tp setiap tompok ada 3 titik

Kalau disambung tak mcm segitiga... Titiknya ada yg lurus..ada yg senget..ade yg boleh disambung menjadi segitiga tp tak tepat.
File Upload:

Salam

Panduan utk kenal pasti kulit babi ke tidak boleh dirujuk kepada beberapa laman web jabatan agama..

Biasanya ia tiga titik macam pyramid tu..

Jika kasut itu dipegang dalam keadaaan kering, tidaklah perlu disamak, jika basah kenalah samak.

Jika dah lambat samak hingga dah terpegang benda lain dulu.. dimaafkanlah sekadar yang teringat..

tk


Visitor IP: 203.106.158.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Dipaksa bertaklik

Nama*:Fadhilah
Alamat Email:lanz569@gmail.com
Tajuk*:Dipaksa bertaklik
Message*:Assalamualaikum ustaz..

Saya ada satu pertanyaan berkenaan dengan lafaz taklik.

Suami saya selalu bercakap bohong pada saya. Dan untuk memdapatkan jaminan bahawa dia tidak akan berbohong lagi, saya telah memaksa dia untuk bertaklik.."Jika saya berbohong lagi...jatuh talak". Sedangkan suami saya tidak rela berbuat demikian.

Pada suatu hari saya mendapati yang suami saya telah berbohong kepada saya. Adakah jatuh talaknya ustaz?
File Upload:


Salam

Macam mana yang puan boleh paksa suami puan buat taklik pula... Kalau ya pun, janganlah dikaitkan dengan talak, kan dah jadi masalah.. baik minda dibayar denda ke, kan dapat hasil sikit.. hai entahlah.. kenapa nak dikaitkan dengan cerai berai... kasihan..

Jika paksaan itu melampau dan suami tiada pilihan melainkan kena ikut apa yang puan cakap, maka taklik itu tidak sah. Tapi jika atas kerelaan suami, maka taklik itu sah dan bila ia terjadi, maka jatuhlah talaknya.

tk

Visitor IP: 210.186.54.157

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ingin Kepastian

Nama*:Hassan
Alamat Email:shaariy@hotmail.com
Tajuk*:Ingin Kepastian
Message*:Assalamualaikum Ustaz;

Satu ketika dahulu saya ada terbaca di dalam mingguan Malaysia dalam laman forum 'hal ehwal agama'. Dalam forum itu memberitahu bahawa menghalau isteri tanpa niat pun dikira jatuh talak, ini telah dipersetujui oleh jumhur ulamak...betul ke ustaz.
Saya dulu ada marah-marah kat isteri kerana perselisihan kerana masalah tidak menghormati ibu saya dan saya terasa cukup terhina kerana perbuatan isteri saya itu.Saya selalu menasihati isteri saya supaya menghormati ibu saya, memandangkan ibu saya telah lanjut usia, tapi tidak diendahkanya. Jadi saya telah menghalau isteri saya (baliklah rumah mak awak kalu awak langsung tak nak dengar cakap saya, biarlah anak besar nanti pandai-pandai lah dia nak pilih nak tinggal dengan saya ke dengan awak)...dengan berniat untuk menakut-menakutkanya dan tidak berniat langsung untuk menceraikanya.

Jadi persoalan saya adakah ini telah jatuh talak ke atas isteri saya. Untuk pengetahuan ustaz saya sedar tentang pantang larang ini dan hukum hakam berkenaan dengan berumah tangga, sejak dulu lagi saya kunci mulut saya untuk perkataan TALAK itu.
File Upload:

Salam


Menghalau isteri macam tu, tidaklah jatuh talak kecuali dengan adanya NIAT untuk bercerai. jika tiada niat, maka ia tidak jatuh talak..

itu yang saya faham dan saya pegang..


Visitor IP: 202.60.56.251

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 10, 2014

Soalan: mengulangi taqlik sebab di tanya oleh isteri

Nama*:hanisah
Alamat Email:
Tajuk*:mengulangi taqlik sebab di tanya oleh isteri
Message*:Salam ustaz...selepas akad nikah, pengantin lelaki akan membaca lafaz taqlik dan tandatangan... Masalah saya ialah: selepas 3 hari saya nikah, saya dengan sengaja tanya suami kandungan lafaz taqlik itu..masa tu kami dlm kereta dan suami yg drive...suami pun mengulang kembali lafaz itu seperti " saya(nama suami) apabila saya meninggalkan isteri saya (nama dan ic isteri )..................dan seterusnya........." . Saya dengar tapi macam khayal....lepas sampai dirumah, saya tanya balik pada suami " tadi abg lafaz ada tak sebut Jika dia mengadu kpd mahkamah dan mahkamah mendapati ianya benar, maka jatuhlah satu talak keatasnya".. Suami pun cakap entah mcm ingat2 lupa...saya pun yg dgr ni mcm ingat2 lupa... Apa hukum taqlik yang saya minta suami beritahu saya itu? Adakah diterima pakai..sbb saya dan suami lupa ada tak sebut ayat yg mahkamah tu.. Mohon pendapat ustaz...
File Upload:

Salam

Perulangan seperti ini tiada masalah. Yang penting lafaz berkenaan ada termaktub dalam sijil nikah puan. Boleh dirujuk di situ dan itulah yang maksud benar takliknya.

(Soalan ini rasanya pernah saya jawab dahulu...)


Visitor IP: 1.9.103.1

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ugut Cerai

Nama*:Anne
Alamat Email:annezah_azwan@yahoo.com
Tajuk*:Ugut Cerai
Message*:Saya ingin bertanya, pada suatu malam saya dan suami bergaduh besar gara2 msg2 dalam hp. Sampai hp saya pecah..ini kerana suami amat marah apabila saya selalu memeriksa telefonnya.

Dengan keadaan yang sangat marah, dia berkata depan mak saya "Mak..kalau dia (isteri) buka lagi hp saya ni jatuh talak 3"

Selepas beberapa bulan ditakdirkan suatu subuh, saya ingin mematikan 'alarm' di hp suami dan saya terlupa akan ugutan tersebut adakah jatuh talak dan seminggu selepas itu saya dalam keadaan yang kurang sihat terambil hp suami kerana kedudukan hp yg bersebelahan dan membukanya..sebaik saya tersedar bahawa hp tersebut hp suami, saya terus tutup dan mencampakkannya..

Adakah jatuh talak sekiranya saya terlanggar tanpa niat dan tidak sengaja melakukannya.

Terimakasih
File Upload:

Salam

Ia tidak jatuh talak kerana dalam keadaan tidak sedar dan tidak disengajakan. Allah angkatkan hokum ke atas hambanya yang lupa atau tidak sengaja..

tk

Visitor IP: 103.245.88.254

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 9, 2014

Soalan: mandi wajib sah @ tidak

Nama*:nana
Alamat Email:
Tajuk*:mandi wajib sah @ tidak
Message*:salam ustaz...saya sedang mandi wajib..semasa membersihkan kemaluan...terdapat sedikit tompokan keputihan yg kecil di biji kelentit ( lemaluan)..Puas saya cuba tanggalkan tp tak boleh dan menyakitkan..dan saya teruskan mandi wajib saya...
Sah tak mandi wajib saya ustaz? dan selang 3 hari selepas tu saya mandi biasa dan cuba utk tanggalkannya dan ia berjaya ditanggalkan..dan perlu ke saya mandi wajib lagi sekali sebab saya dah mandi wajib sebelum ni (semasa tompokan keputihan tu masih ada)..
File Upload:

Salam

Keputihan yang sukar ditanggalkan tidaklah perlu dipaksa untuk ditanggalkan.. Ia dimaafkan..

Visitor IP: 203.106.159.54

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kemusykilan lafaz taklik suami

Nama*:hamba Allah
Alamat Email:
Tajuk*:kemusykilan lafaz taklik suami
Message*:salam ustaz.. saya seorg isteri ade sedikit pertanyaan tentang lafaz taklik cerai suami. semalam kami bergaduh pada waktu malam. semasa bergaduh dan ketika saya naik marah, saya telah meminta suami untuk melepaskan saya.dan ketika marah, saya mengugut utk keluar rumah. suami telah berkata 'awak keluar rumah mlm ini, jatuh talak satu' . dan menyambung, 'hanya malam ini sahaja'. saya tergamam dan berdiri(saya belum keluar n jejak keluar dr pintu lagi). sya terus masuk ke bilik dan terus tidur.esok pagi nya, saya jadi takut untuk pergi bekerja dan takut nak keluar rumah. saya duduk di rumah sebab takut lafaz tue jadi sah. soalan saya di sini, adakah saya sudah diceraikan dan lafaz itu sah walaupun saya tak keluar rumah malam itu. dan adakah lafaz itu terbatal setelah terbit waktu pagi? boleh kah saya keluar rumah selepas ini dengan izin suami?.. saya dan suami tidak ada niat untuk berpisah.tolong saya ustaz, saya takut..
File Upload:

Salam

Jika benar lafaz taklik suami untuk malam itu sahaja, maka ia tidak jatuh talak kerana puan tidak keluar pada malam berkenaan. tk

Visitor IP: 123.136.106.31

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru (yakin@was was)

Nama*:maria
Alamat Email:
Tajuk*:keliru (yakin@was was)
Message*:salam ustaz...
saya ada 1 kemusykilan yg ingin ditanya..
Saya bermimpi seakan berjimak. Setelah sedar dari tidur, saya pun masuk toilet dan dapati difaraj ade cecair keputihan.. baunya pun sama macam bau keputihan yg biasa saya alami..adakah perlu saya mandi wajib sbb saya yakin mani tak keluar dan yg keluar hanyalah keputihan biasa yg selalu saya alami...

Saya hanya keluar mani bila selepas berjimak dgn suami shj. Dan saya sgt kenal dgn warna dan bau air mani saya seakan kuning cair.
Tapi yg saya alami selepas mimpi tu hanya keputihan pekat yg biasa..bau pun bau keputihan biasa.
Adakah saya perlu mandi wajib jika sayaYAKIN mani tak keluar?
Adakah keyakinan tu boleh diterimapakai?
Mohon pandangan ustaz...saya keliru
File Upload:

Salam

Tak perlu mandi hadas besar, jika tiada klimaks dalam mimpi berkenaan.

tk
Visitor IP: 203.106.159.54

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA