Sunday, April 27, 2014

Soalan: mohon jawapan

Nama*:rabiah
Alamat Email:rabiah90@yahoo.com.my
Tajuk*:mohon jawapan
Message*:Pada satu malam, saya leka tengok Facebook sampai tak endahkan pertanyaan suami yang minta saya cari sos cili kat dapur..saya kata " cari ler kat dapur, ada atas meja..

Kami bergaduh kemudian suami cakap; kau keluar! Saya jawab tak nak, dah malam.. Kemudian suami cakap "nak ke aku cari perempuan lain"?saya hanya geleng kepala.. "takkan aku minta sos pun tak boleh nak layan"?..

Adakah situasi tersebut merupakan talak kinayah? Boleh jatuh/ jadi talak ke? Adakah ia termasuk dlm lafaz kinayah bagi talak.
Lafaz talak secara kinayah jatuh jika disertakan dengan niat utk bercerai. Apakah erti niat adakah niat sebelum melafaz atau semasa melafaz. Tetapi jika semasa melafaz, niatnya tidak utk bercerai macam mana tu ustaz. Ringkasannya..,apakah yang dimaksudkan niat dalam situasi tersebut?

* yang pasti saya yakin suami tiada niat talak.. sebab dia sayangkan saya...selepas kejadian tu,kami berbaik macam biasa ...
File Upload:
Visitor IP: 203.106.158.138

Salam

Itu pergaduhan biasa (angkara fb) hehe

Dalam lafaz berkenaan tiada unsur atau elemen talak yang jelas. Saya berpendapat ia tidak termasuk dalam kinayah untuk cerai dan ia tidak menjatuhkan talak.

Berhati-hati dan utamakan layanan kpd suami.. hehe

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.