Nama*: | Ahmad |
Alamat Email: | amar.3964@yahoo.com |
Tajuk*: | lafaz cerai depan kawan |
Message*: | Assalamualaikum ustaz, seorang suami memberitahu kawannya bahawa dia telah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Tetapi apabila isterinya bertanyakan perihal itu, suami tersebut menafikannya. Jadi tindakan bagi isteri adalah perlu untuk melaporkan kepada mahkamah untuk melakukan penyiasatan. Soalan saya bolehkan suami isteri tersebut melakukan hubungan kelamin dalam tempoh syak (iaitu dari tempoh suami memberitahu kawannya bahawaa dia telah menceraikan isterinya dengan talak tiga dan pengesahan dari pihak mahkamah memandangkan suami tersebut menafikannya).. terima kasih. |
File Upload: |
Salam,
Perbuatan suami berkenaan memberitahu menceraikan isterinya adalah tidak menjatuhkan talak sehinggalah dia sendiri melafazkan cerai berkenaan secara jelas. Perkhabaran sebagai kenyataan yang tidak boleh dikaitkan dengan berlakunya talak atau tidak.
tk
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.