Nama*: | fairus |
Alamat Email: | sitifairussilamohdali@yahoo.com |
Tajuk*: | jatuh talak atau tidak?/ |
Message*: | Assalamualaikum. Kami mengalami masalah rumahtangga dan suami pernah memberitahu yang dia akan failkan penceraian di mahkamah. Setiap kali bertengkar dia seringkali mengucapkan dia akan teruskan niatnya. Adakah sudah jatuh talak tersebut?Suami juga telah menghalau saya keluar dari rumah. Minta tolong ustaz terangkan dengan lebih jelas jatuh atau tidak talak ke atas saya? Sekian, terima kasih |
File Upload: |
Salam puan
Niat suami untuk bawa kes ke mahkamah tidaklah menjatuhkan talak kerana tiada ucapan talak yang disebut ketika itu. Ia tidak jatuhkan talak.
Menghalau keluar rumah juga tidaklah menjatuhkan talak jika dihalau itu adalah semata-mata menghalau tanpa niat untuk cerai. Suami yang tidak berniat untuk cerai walaupun disebut halau pergi, ia tidaklah menjatuhkan talak.
tk
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.