Nama*: | iela |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | adakah tindakan saya dianggap nusyuz? |
Message*: | Assalamualaikum. Saya telah dihalau oleh suami supaya keluar dari rumah. Setelah 2 bulan keluar dari rumah, suami mengajak saya balik ke rumah kami semula. Saya bertanya kepada suami sebab apa dia mahu saya kembali dan dia menjawab dia nak kami tinggal bersama selagi kes mahkamah belum selesai. Jika saya menolak ajakan suami untuk kembali ke rumah, adakah saya dianggap nusyuz sedangkan saya tahu yang dia akan failkan penceraian kami? |
File Upload: |
Salam puan,
Dalam kes seperti ini, saya berpendapat eloklah puan kembali bersama suami puan. Ini kerana puan tidaklah diceraikan lagi dan masih sah sebagai suami isteri. Mungkin juga ajakan dia itu untuk memesrakan kembali hubungan dan mungkin ada jalan keluar yang lebih baik kepada puan.
DOakan semoga bahagia itu menjadi milik kita.
tk
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.