Monday, April 28, 2014

Soalan: mengulangi lafaz taqlik

Nama*:hani
Alamat Email:hani@yahoo.com.my
Tajuk*:mengulangi lafaz taqlik
Message*:Soalan 1 :
Salam ustaz...selepas akad nikah, pengantin lelaki akan membaca lafaz taqlik dan tandatangan...
Masalah saya ialah: selepas 3 hari saya nikah, saya dengan sengaja tanya suami kandungan lafaz taqlik itu..masa tu kami dlm kereta dan suami yg drive...suami pun mengulang kembali lafaz itu...saya dengar tp mcm khayal....lepas sampai dirumah, saya tanya balik pada suami " tadi abg lafaz ada tak sebut Jika dia mengadu kpd mahkamah dan mahkamah mendapati ianya benar, maka jatuhlah satu talak keatasnya"..
Suami pun ckp entah mcm ingat2 lupa...saya pun yg dgr ni mcm ingat2 lupa...
Apa hukum taqlik itu? Adakah diterima paka..sbb saya dan suami lupa ada tak sebut ayat yg mahkamah tu..
Mohon pendapat ustaz...

soalan 2 :
Kawan saya ni nak kahwin..jd saya ngusik dia ha nanti lepas nikah, kau kena baca lafaz taqlik...die pun tanya pada suami saya taqlik apa?
suami saya pun pergi kearahnya dan bercakap seperti berbisik ke telinganya...
Adakah taqlik terpakai semasa suami menjelaskan kpd kawan saya tu?
Saya tak dengar semasa mereka berborak..
Mohon pendapat ustaz
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.13

Salam

Lafaz taklik seperti apa yang ada tertulis dalam surat nikah puan. Sila rujuk kembali kepada apa yang tercatat kerana lafaz itulah yang benar dan sah.

Kebiasaannya lafaz taklik dikaitkan dengan pengabaian nafkah selama 4 bulan berturut-turut dan kes ini dibawa ke mahkamah maka jatuhlah talak satu..

Penjelasan oleh suami puan kepada sahabatnya itu tidaklah dianggap taklik. Taklik terjadi apabila suami sah menjadi suami dan ada isterinya... dia sebutlah apa-apa lafaz yg dikaitkan dengan cerai, akan terjadilah taklik...

salam.

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:nurul
Alamat Email:eralulsyn@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:salam ustaz,

saya mahu bertanya apa hukumnya lafaz seperti di bawah :

1. pergilah balik rumah mak kamu,aku tak nak tengok muka kau lagi (tiada niat)

2. siti kita cerai ye? sebanyak 3 kali

3. macam ni kita cerai jelah.

4. kalau nak cerai,jom cerai

5. hah jom cerai
File Upload:
Visitor IP: 175.145.176.18

Salam

1. Jika disebut tanpa niat cerai, maka tidak terjadilah talak

2. tidak jatuh talak

3. tidak jatuh talak

4. tidak jatuh talak

5. tidak jatuh talak...

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, April 27, 2014

Soalan: adakah tindakan saya dianggap nusyuz?

Nama*:iela
Alamat Email:
Tajuk*:adakah tindakan saya dianggap nusyuz?
Message*:Assalamualaikum.

Saya telah dihalau oleh suami supaya keluar dari rumah. Setelah 2 bulan keluar dari rumah, suami mengajak saya balik ke rumah kami semula. Saya bertanya kepada suami sebab apa dia mahu saya kembali dan dia menjawab dia nak kami tinggal bersama selagi kes mahkamah belum selesai. Jika saya menolak ajakan suami untuk kembali ke rumah, adakah saya dianggap nusyuz sedangkan saya tahu yang dia akan failkan penceraian kami?
File Upload:
Visitor IP: 203.217.176.36

Salam puan,

Dalam kes seperti ini, saya berpendapat eloklah puan kembali bersama suami puan. Ini kerana puan tidaklah diceraikan lagi dan masih sah sebagai suami isteri. Mungkin juga ajakan dia itu untuk memesrakan kembali hubungan dan mungkin ada jalan keluar yang lebih baik kepada puan.

DOakan semoga bahagia itu menjadi milik kita.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah jatuh talak?

Nama*:intan nadiah
Alamat Email:finda2007.1819@yahoo.com.sg
Tajuk*:adakah jatuh talak?
Message*:assalamualaikum.
telah berlaku pertengkaran antara sy dan suami kerana sikapnya yg suka berbohong dan kerana terlalu geram dgn keegoannya sy minta cerai.pd awalnya dia mengatakan dia akan ceraikn sy menggunakan sms.dia pergi dan tiada sms yg sy terima dr dia.sy sms dia dan masih meminta dia ceraikn sy.dia membalas dengan ayat 'ha cerai la'. adakah jatuh talak dengan kata seperti itu?
File Upload:
Visitor IP: 202.185.32.3

Salam

Jawapan ringkas suami; 'ha cerai la' boleh menjatuhkan talak sekiranya suami berniat untuk menceraikan puan. Konsepnya bila ada penawaran dan ada pula permintaan, maka akan terjadilah akad. Maksudnya, ada ijab dan ada kabulnya...

so, kena pastikan niat si suami sama ada ia bermaksud cerai atau tidak...

tk



Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon jawapan

Nama*:rabiah
Alamat Email:rabiah90@yahoo.com.my
Tajuk*:mohon jawapan
Message*:Pada satu malam, saya leka tengok Facebook sampai tak endahkan pertanyaan suami yang minta saya cari sos cili kat dapur..saya kata " cari ler kat dapur, ada atas meja..

Kami bergaduh kemudian suami cakap; kau keluar! Saya jawab tak nak, dah malam.. Kemudian suami cakap "nak ke aku cari perempuan lain"?saya hanya geleng kepala.. "takkan aku minta sos pun tak boleh nak layan"?..

Adakah situasi tersebut merupakan talak kinayah? Boleh jatuh/ jadi talak ke? Adakah ia termasuk dlm lafaz kinayah bagi talak.
Lafaz talak secara kinayah jatuh jika disertakan dengan niat utk bercerai. Apakah erti niat adakah niat sebelum melafaz atau semasa melafaz. Tetapi jika semasa melafaz, niatnya tidak utk bercerai macam mana tu ustaz. Ringkasannya..,apakah yang dimaksudkan niat dalam situasi tersebut?

* yang pasti saya yakin suami tiada niat talak.. sebab dia sayangkan saya...selepas kejadian tu,kami berbaik macam biasa ...
File Upload:
Visitor IP: 203.106.158.138

Salam

Itu pergaduhan biasa (angkara fb) hehe

Dalam lafaz berkenaan tiada unsur atau elemen talak yang jelas. Saya berpendapat ia tidak termasuk dalam kinayah untuk cerai dan ia tidak menjatuhkan talak.

Berhati-hati dan utamakan layanan kpd suami.. hehe

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, April 26, 2014

Soalan: jatuh talak @ tak?

Nama*:nana
Alamat Email:nana1119@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak @ tak?
Message*:Saya pernah terbaca di internet bahawa lafaz cerai mesti dilafazkan dengan jelas sekurang2nya didengari oleh pelafaz sendiri. Kalau pelafaz sendiri tak dengar macamana tu ? Setahu saya lafaz talak mestilah terang dan difahami bagaimana jika lafaz itu tidak terang gerakan bibir atau lidah tanpa suara yang jelas.
Saya pernah membaca ia mestilah lafaz suara dengan huruf-huruf hijjaiyah.

Adakah talak boleh diniat sahaja?
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.80

Salam

Talak hendaklah disebut atau dinyatakan oleh lisan atau tulisan. Jika hanya ada lintasan dalam hati, ia tidaklah menjatuhkan talak.

Jika terniat dalam hati, cepat-cepat matikan niat utk cerai tu, tak baik dilayan. Takut-takut nanti tersebut pula lafaz berkenaan. berhati-hatilah.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:rina
Alamat Email:rina88@yahoo.com.my
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Jatuhkah talak dengan hanya gerakan bibir atau lidah tanpa keluar kata-kata atau suara yg jelas?
File Upload:
Visitor IP: 1.9.103.46


Salam

Lafaz talak hendaklah disebutkan. Jika tidak disebutkan ia tidak akan terjatuh talak. Ia masih lintasan hati...

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was was semasa dan selepas mandi wajib

Nama*:sarah
Alamat Email:sarahani@yahoo.com
Tajuk*:was was semasa dan selepas mandi wajib
Message*:salam ustaz...
1. Saya telah berjimak dengan suami dan selepas itu saya pun mandi wajib.
Semasa meratakan air di faraj, rasa di faraj ada lendir jernih yg keluar, puas saya ratakan air tetapi ia tetap ada...lama juga saya mandi wajib akan tetapi lendir tu ada je..
Sah tak mandi wajib saya ustaz?

2. Selepas mandi wajib dan solat, saya dapati macam ada bintik hitam di kulit...saya cuba bersihkan..dan ia jadi luka dan berdarah...
Sah tak mandi wajib saya? Adakah bintik tadi boleh halang air dari sampai ke kulit...saya rasa mcm tahi lalat tapi rasa tak yakin dan was was pula.
Mohon penjelasan ustaz
tk
File Upload:
Visitor IP: 1.9.103.46

Salam

1. Mandi wajib adalah sah. lendiran itu dimaafkan oleh syarak. Jika berterusan ia keluar, pakai je pad dan solatlah...

2. Jika bintik hitam itu adalah tahi lalat, ia tidak perlulah dibuang..kan sakit jadinya.. Islam tidaklah sezalim itu..

Jika bintik hitam itu adalah benda asing yang boleh ditanggalkan, buanglah dan tanggalkan utk meratakan air.

Usah berwas-was, tak baik utk ibadah...

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, April 25, 2014

Soalan: jatuh talak @ tak?

Nama*:MASTURAH
Alamat Email:mascute@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak @ tak?
Message*:soalan:


1) situasi nya berlaku seperti ini

dlm dialog drama ada dialog"aku ceraikan kau dgn talak satu"..

ada hamba allah yg tgk drama dgn bini dia pun p ikut dialog tu..

maka jatuh ke tidak talaq tu?

sbb yg menonton drama tu hanya hamba allah tu dgn bini dia.

hamba allah tu saja g ikut dialod drama tu, pd hal yg ada masa tgk drama tu hanyalah hamba allah tu dgn bini die
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.196


Salam

Sebutan suami seperti itu dengan tiada niat dan tidak ditujukan kepada isterinya, maka ia tidaklah jatuh talak.

TK

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, April 24, 2014

Soalan: sah ke mandi wajib/hadas

Nama*:nur
Alamat Email:nur19@yahoo.com.my
Tajuk*:sah ke mandi wajib/hadas
Message*:selepas mandi wajib..saya pun solat..selepas siap solat,saya saja garu belakang telinga dan keluar daki halus bewarna hitam..
Sah ke mandi wajib saya? adakah daki itu boleh menghalang air semasa mandi wajib..
semasa saya mandi wajib, saya ada gosok gosok belakang telinga tersebut.
File Upload:
Visitor IP: 1.9.102.81

Salam

Daki seperti itu tidaklah menghalang air sampai ke anggota badan, dan ia bukannya berjisim yang menghalang air. So, sahlah mandi wajibnya.

tk
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 23, 2014

Soalan: perlukah mandi wajib

Nama*:nina
Alamat Email:nina@yahoo.com.my
Tajuk*:perlukah mandi wajib
Message*:jika seorang perempuan itu mimpi dimana dalam mimpinya dia mencapai klimaks,
dan setelah terjaga dari tidur, dia yakin air mani tak keluar ( farajnya kering dan hanya ada ketulan keputihan biasa),
perlukah dia mandi wajib jika YAKIN mabi tak keluar.
tk
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.6

Mimpi seorang perempuan bila sampai ke tahap klimaks eloklah mandi juga kerana kita bimbang jika air mani itu telah kering atau tidak terkesan.

Pronsipnya, asalkan keluar mani maka wajib mandi. Bila tidak dipastikan, tidaklah perlu mandi, cuma lebih baik berhati-hati dalam ibadah.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru talak

Nama*:Ida
Alamat Email:zai.com
Tajuk*:keliru talak
Message*:Assalamualaikum Ustaz,
Soalan saya ni memang sudah pernah dijawab oleh ustaz tapi saya masih lagi keliru.
Begini ceritanya. suatu hari kami membincangkan perihal adik saya yang bergaduh dengan kawannya dimana mereka tinggal serumah.Kononnya mereka tak nak tinggal sekali. Saya dan suami merasakan pergaduhan tersebut suatu yang lawak di mana kami mengejek mereka nak bercerai. tertiba suami saya bercakap, yang bagi saya nada suami saya tu mengejek telatah adik saya dan kawan dia "aku ceraikan dikau dengan talak 3". tetiba saya terdiam. Bila saya tanya suami balik kenapa cakap macam tu. Dia kata mengejek mereka la.
Saya ada tanya orang lain pasal hal ni, dan mereka kata tak jatuh. Tapi saya masih lagi was-was.
Minta pandangan ustaz berkenaan perihal ini.
Mohon ustaz emel ke emel saya seperti di atas.
Assalamualaikum dan terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 1.9.25.75

Salam.

Ucapan seperti itu yang tidak berniat dan tidak ditujukan kepada isteri @ puan, tidaklah menjatuhkan talak.
namun ia amat perlu berhati-hati, jangan sampai terpasang niat pada ketika suami menyebut kalimah berkenaan.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: SMS

Nama*:Farahana
Alamat Email:mavelesfabeles@gmail.com
Tajuk*:SMS
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Sebelum kami berkahwin, pernah kami bergaduh dan bakal suami pernah cakap "kalau macam ni lah, 2 bulan je kita kawin, pastu cerai". Alhamdulillah, akhirnya kami diijabkabul juga.

Baru-baru ini, kami ada bergaduh lagi. Saya marah dan tegur mengenai hal yang dijanji tidak akan buat lagi selepas kami berkahwin. Pergaduhan berterusan melalui Pesanan Khidmat RIngkas (SMS). SMS tersebut diringkas lagi seperti ini:

Saya: Saya tak nak ditipu lagi. Saya nak cerai. Cukup dah 2 bulan ni.

Saya: Lagi seminggu je cukup 2 bulan. Saya tak nak kena karma pasal layan awak macam ni.. Tapi, sebab awak juga buat pasal dengan saya.

(maksud SMS kedua ni adalah, saya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kerana teguran saya tadi menyebabkan kemarahan dan hal itu adalah kerana mungkir janji suami saya tadi.)

Suami: OK.

Ustaz, saya ingin mendapatkan pandangan Ustaz, adakah telah jatuh talak kerana suami berkata "OK". Bila ditanya kepada suami, dia tidak bermaksudkan SMS saya yang pertama tetapi "OK" untuk SMS yang kedua. Saya ragu-ragu dalam hal ini kerana SMS kedua adalah kesinambungan SMS pertama.


Saya juga minta pandangan ustaz mengenai lafaz suami sebelum kahwin iaitu "… 2 bulan je kita kawin, pastu cerai". Adakah itu juga boleh jatuh talak?


Soalan saya yang terakhir, tetapi ini isu lain. Saya pernah terbaca suatu artikel/cerita tetapi tidak ingat di media elektronik atau media cetak. Isu tersebut adalah mengenai seorang suami yang mengakui dirinya bujang atau mengiktiraf bujang kerana ketiadaan isteri. Contohnya, suami berkata kepada teman-temannya, "Aku bujang sekarang, bini aku balik kampung…" atau teman-teman si suami berkata, "wah jadi bujanglah kau sekarang, isteri kau di kampong…" dan si suami mengiyakan kata-kata temannya. Adakah jatuh talak?

Saya harap Ustaz dapat membantu saya. Terima kasih Ustaz.
File Upload:
Visitor IP: 203.217.176.46

Salam...

He he... best juga cerita ni..

saya rasa lah.. sms tu yang salah, kita kena hentikan sms tu lah...

(maaf puan, saya tak jawab soalan ini lagi.. nanti saya sempat saya baca dan amati isu ini.. maaf)

tk

Jawapan OK yg suami puan sebutkan itu tidaklah menjatuhkan talak. Ia mungkin sekadar OK tanpa niat apa-apa berkaitan cerai.

Isu kedua, ia tidaklah menjatuhkan talak kerana maksud bujang di situ ialah keseorangan sahaja, isteri tiada di sisi. bukannya cerai.. so. tak jatuh talak..

cuma perlu berhati-hati dalam kata-kata...

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 22, 2014

Soalan: hukum wanita bermimpi bersetubuh

Nama*:shaifizah
Alamat Email:fizahzul@yahoo.com.my
Tajuk*:hukum wanita bermimpi bersetubuh
Message*:Salam ustaz, saya wanita dan mempunyai 2 orang anak.

Soalan saya : Pagi tadi saya bermimpi dimana didalam mimpi tu saya menaikki kereta seorang lelaki . Lelaki itu memandang saya dan dia tidak dapat menahan nafsunya lalu dia pun menyentuh saya sambil menggeselkan kemaluannya di peha saya. Saya meronta meminta tolong dan saya nampak air mani lelaki itu keluar. Dalam mimpi saya tu, kemaluannya tidak masuk ke dalam kemaluan saya..Selepas itu saya pun tersedar dari tidur..
Saya pergi toilet, lihat pada seluar tak basah, cuma ada ketulan keputihan yang biasa saya alami shj.
Perlukan saya mandi wajib jika saya YAKIN yang air mani tak keluar??
Saya ada juga terbaca bahawa wanita ni susah utk keluarkan mani dengan sengaja tanpa persetubuhan dengan suami..
Mohon pendapat ustaz..
Tk.
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.6

Salam

Mimpi bersetubuh bagi lelaki jika keluar mani, maka wajib mandi.

Mimpi bersetubuh bagi perempuan, jika keluar mani juga wajib mandi.

Tetapi jika tidak keluar mani, maka tidaklah wajib mandi bagi perempuan dan lelaki.

fuh... risau saya..

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, April 21, 2014

Soalan: Mandi Wajib

Nama*:siti hajar hamdan
Alamat Email:s.hajarhamdan@yahoo.com
Tajuk*:Mandi Wajib
Message*:assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanya sekiranya wanita yang sedang haid.. dan haidnya tamat pada waktu yang dia sedang bekerja contohnya waktu zohor semasa berada di pejabat atau lapangan. Tandas pejabat tidak selesa digunakan untuk mandi hadas. Bolehkah dia menangguhkan mandi hadas ketika habis waktu pejabat dan mandi di rumah?
File Upload:
Visitor IP: 115.135.193.229

Salam

Menangguhkan mandi wajib tidak seharusnya dibenarkan syarak. Namun syarak (hukum Allah) itu diturunkan kepada manusia yang mana manusia itu sentiasa ada 'karenahnya'.

Dalam hal ini, puan bolehlah menangguhkan mandi di rumah namun puan perlu gantikan solat Zohor dan Asar yang ditinggalkan.

Berusahalah mengutamakan suruhan Allah pada tahap yang terbaik.

terima kasih

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, April 20, 2014

Soalan: taklik cerai

Nama*:pendi
Alamat Email:ruwanaffendi03@gmail.com
Tajuk*:taklik cerai
Message*:Saya bertaklik "jika mu berzina maka jatuh talak".....saya sujud istikharoh 2 mlm berturut slps sy bertaklik...alhamdulillah allah atar anak2 utk menceritakan dgn mengatakan nampak lelaki n isteri sy d dlm bilik....
Dan sy terus berkata " aku cerai mu disebabkan anak2 mengatakan mu berzina"..NIAT d dlm ati SAYA SBLM SY UCAP LAFAZ CERAI, saya berniat SEBAB MU ZINA aku terpaksa cerai mu, klu mu dok zina x jatuh... SLPS 3 BULE KEMUDIAN, sy dpt tahu isteri tdk melakukan zina,,,
""""" ADAKAH JATUH TALAK SAYA"""????
File Upload:
Visitor IP: 203.82.87.182

Salam

Hambo mohon maah deh, dok pande nak jawab..

tengoh piker nak kata gena...

dok tahu nak ghoyat..

maaf dulu ya saudara...

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, April 19, 2014

Soalan: ragu tentang lafaz talak sorih

Nama*:nana
Alamat Email:nana1119@yahoo.com.my
Tajuk*:ragu tentang lafaz talak sorih
Message*:soalan;

Asssalammulaikum ustaz,
Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya.
Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau.
Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)
Soalan :
1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
2. Saya ada bertanya kpd suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri )..
abg (suami) tujukan kpd orang dlm TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki )
3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini?
4. Perlukah saya mengadu kepada mahkamah jika talak tak jatuh?

Saya berhapar sangat ustaz dapat bantu saya. Saya risau memikirkan hal tersebut.
File Upload:
Visitor IP: 1.9.102.192
Salam

Saya marah betullah dengan tv ni, asyik jatuhkan talak orang sahaja...

lafaz itu tidak jatuh talak kerana tidak dimaksudkan kepada isterinya akan lafaz berkenaan.


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, April 17, 2014

Soalan: wali pernikahan

Nama*:dayah
Alamat Email:
Tajuk*:wali pernikahan
Message*:Saya nak tanya..syarat wali mestilah adil ( tidak fasiq).. Masa saya nikah 4 tahun lepas, ayah saya yg jadi wali dan diwakilkan kepada imam...saya dan keluarga tahu ayah tak solat dan puasa...semasa akad nikah dijalankan di masjid, ayah tak hadir sebab dia dah wakilkan kepada imam...dan semasa akad nikah dijalankan, saya tak dengar pun mereka yang hadir beristifar..
Sah tak pernikahan saya ni sebab saya dah ada 2 orang anak..
Adakah saya selama ni dikira berzina?
File Upload:
Visitor IP: 1.9.103.200

Salam

Pernikahan puan adalah sah dengan sebab walinya telah ada dan dibenarkan pula oleh imam (sebagai wakil wali) pada majlis akad berkenaan.

Soal fasik atau tidak, ia diluar jangkauan kita.

Wallahuaklam.

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: TALAK

Nama*:FARAH
Alamat Email:farah_3003@yahoo.com
Tajuk*:TALAK
Message*:Assalamualaikum,ustaz.adakah jatuh talak jika si suami menghebohkan kepada kawan-kawannya bahawasanya dia telah menceraikan isterinya dengan talak 3.si isteri tidak tahu tentang perkara itu.selepas mengetahui perkara tersebut,si isteri bertanya si suami adakah betul perkara tersebut tetapi si suami menafikannya.
File Upload:
Visitor IP: 58.71.156.75

Tindakan suami menghebohkan perceraian itu, tidaklah menjatuhkan talak kerana dia sendiri tidak mengucapkan 'aku ceraikan kamu' atau kata yang semakna dengannya. perkhabaran itu mungkin kerana tujuan yang lain...

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sah tak pernikahan saya

Nama*:dayah
Alamat Email:
Tajuk*:sah tak pernikahan saya
Message*:Saya nak tanya..syarat wali mestilah adil ( tidak fasiq).. Masa saya nikah 4 tahun lepas, ayah saya yg jadi wali dan diwakilkan kpd imam...saya dan keluarga tahu ayah tak solat dan puasa...
Sah tak pernikahan saya ni sbb saya dah ada 2 orang anak..
Adakah saya selama ni dikira berzina?:(
Harap ustaz dapat beri pandangan
File Upload:
Visitor IP: 203.106.158.45

Sah perkahwinan ini kerana wali sebagaimana ia juga dibenarkan oleh imam sebagai wakil wali...

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sahkan cerai talak tiga dalam keadaan tidak waras akibat terlampau mar

Nama*:Nabilah Fatin
Alamat Email:nabilah.fatin.88@gmail.com
Tajuk*:sahkan cerai talak tiga dalam keadaan tidak waras akibat terlampau marah?
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya dan suami saya masih tidak mempunyai anak, dan sering berjauhan atas urusan pekerjaan, kami telah membina rumahtangga selama setahun..disebabkan tekanan keje kami dan tekanan dari pihak keluarga saya yang sering menghasut agar kami berpisah cepat, dan keadaan kami suami isteri yang hidup berjauhan selama berminggu malah berbulan pon ada..kami sering bertengkar..

Pada satu hari, kami bertengkar tp pertengkaran kali ini sangat dahsyat sehinggakan suami saya yang tidak pernah menjerit, menjerit bercakap dgan saya dalam telfon.dalam keadaan tidak sedar, tidak sengaja melafazkan talak tiga kepada saya dalam telfon. Beberapa saat kemudian die menelefon kembali dan meminta maaf die tersilap dan sgat meyayangi saya..

kami banyak merujuk ustaz dan ustazah dan disebabkan suami saya mejatuhkan talak tiga dalam keadaan yang jelas, kami tahu memang sebenarya , sepatutnya jatuh talak namun atas ketidakwarasan akal nya...dalam situasinya begitu marah sehingga tidak sedar akan ucapannya kepada saya, kami berusaha merujuk ramai ustaz dan ustazah yang mahir ilmu perkahwinan ini dan kami juga banyak membaca sendiri..neh antara yang kami dapat cari.

dukacita dan amat sedihlah sekiranya kami terpaksa berpisah disebabkan hal yang tidak disengajakan ini..kami masih saling menyayangi dan tidak ubah seperti pasangan yang saling bercinta..saya dan dia amat sukar dan amat sedih serta tidak dapat menerima hakikat sekiranya kami tidak dapat meneruskan kehidupan kembali seperti suami isteri yang sah..

Saya dan suami serta keluarga dia menyakini kami masih suami isteri lagi dengan dalil yang kukuh:

Ibn al-qayyim berpendapat marah ada tiga keadaan yang berbeza dan hukum penceraian ketika itu bergantung pada marah juga...pertama, marah yang dapat dikawal perasaan dan fikiran sepenuhnya. talak yang dilafazkan pada ketika ini dihukum jatuh dan tidak ada sebarang keraguan padanya. kedua, marah yang sampai tahap seolah olah hilang akal, kira-kira ia tidak lagi sedar apa yang diucapkan pada ketika itu. talak yang dilafazkan ini disepakati ulama sebagai tidak gugur, kerana ia disamakan dengan orang gila yang hilang akal dan tidak lagi memikul beban taklif. Nabi s.a.w bersabda: taklif diangkat daripada tiga kumpulan: orang tidur sehingga jaga. Kanak kanak sehingga usia baligh dan orang gila sehingga siuman. Ketiga, marah yang berada pada tahap antara tahap yang pertama dengan kedua, mara pada taap ini diperselisihkan ulama pada hukumnya. muslihat dan kepentingan anak-anak yang masih kecil juga seharusnya diambil kira.

sebahagian ulamak berpendapat gugur talak yang dilafazkan ketika suami yang sedang marah, kerana perasaan marah masih boleh dikawal oleh seseorang, malah orang marah tidak termasuk dalam senarai orang yang terkeluar daripada beban taklif.

sekumpulan ulama lain pula berpendapat tidak gugur talak berdasarkan dalil berikut:

hadis riwayat aisyah r.a yang disebut terdahulu dan membawa maksud: tidak gugur talak dan sah memerdekakan hamba ketika marah.

hadis ini diriwayatkan oleh ahmad 6/276, abu dawud, bilangan 2/193, ibn majah bilangan 2/046, al hakim 2/198 dan lain lain. maksud ighlaq ialah terpaksa atau terkunci fikiran hilang hilang waras. Ahamad dan Abu Dawud menafsirkannya dengan marah. Ini menunjukkan talak pada keadaan mara sgat tidak gugur, kerana gangguan itu menghilangkan kewarasan fkiran.

Hadis ini walaupun dihukum daif oleh kumpulan pertama atas alasan Muhammad Ibn Ubayd yang lemah, namun kelemahannya tidak disepakati. Ramai lagi ulama yang menganggapnya sebagai sahih dan tiada cacat seperti Ahmad dan Ibn Ma'in. Mereka menerima hadis ini dan mengambil keputusan hukum, sebagai tidak gugur talak suami dalam keadaan yang sgat marah.

Dalam al-quran menyebutkan ayat yang bermaksud : Allah tidak mengira salah kamu bersumpah tetang sumpah sumpah kamu yang tidak dimaksudkan untuk bersumpah, tetapi ia mengira kamu bersalah dan mengenakan hukuman dengan sebab sumpah yang disengajakan oleh hati kamu- al-baqarah:225. Ayat ini membezakan di antara sumpah yang sengaja dan tidak sengaja. Para ulama mengatakan talak sama hukumnya dengan sumpah. Jika dilafazkan dengan sengaja, nescaya gugur, sebaliknya jika tidak sengaja, nescaya tidak gugur.

Jadi, bagi saya dalil diataskan kukuh untuk menyatakan kami masih lagi suami isteri secara sah, dan kami masih lagi hidup dengan yakin sebagai suami isteri yang sah..namun saya masih lagi perlukan pendapat dan pandangan dari ustaz.

sekian,wallahualam.
File Upload:
Visitor IP: 118.100.232.217

Salam puan,

Seperti yang saya baca begitulah juga hukumnya, kemarahan yang terlampau mengugurkan maksud dan makna talak dlm kes ini.


Kepada Allah kita kembali.

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 16, 2014

Soalan: mohon pendapat ustaz

Nama*:wani
Alamat Email:
Tajuk*:mohon pendapat ustaz
Message*:Salam ustaz, saya sebelum ni mengalami masalah was was dalam talak..
Saya dah tanya ramai ustaz dan majoriti kata TALAK TAK JATUH.
Perlukah saya yakin yang talak tak jatuh?
Salahkan / berdosakah saya jika saya tidak mengadukan hal tersebut kepada mahkamah syariah memandangkan saya dah tanya ramai ustaz dan yakin talak tak jatuh?

tk
File Upload:
Visitor IP: 203.106.158.45

Salam

Jika keyakinan saudara bahawa ia tidak jatuh, cukuplah dengan keyakinan itu bahwa ia tidak menjatuhkan talak. Cukuplah dengan was-was saudara.

Kepada Allah kita kembali.


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: wali

Nama*:safi
Alamat Email:shahfi@yahoo.com.my
Tajuk*:wali
Message*:Salam ustaz.. saya nak tanya syarat2 sah wali dalam pernikahan..soalan saya :
1. Adakah sah pernikahan jika WALI (ayah pengantin perempuan) jarang solat (tak solat), puasa, main nombor ekor dll?

2. Jika Dia menjadi Wali dan mejlis pernikahan telah berlangsung,adakah SAH pernikahan anaknya??

MOHON PENJELASAN USTAZ.
Tk
File Upload:
Visitor IP: 203.106.158.45

Salam.

Sah pernikahan bagi kes berkenaan. kebiasaannya mereka bertaubat dahulu sebelum nikah dilafazkan.

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai depan kawan

Nama*:Ahmad
Alamat Email:amar.3964@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai depan kawan
Message*:Assalamualaikum ustaz, seorang suami memberitahu kawannya bahawa dia telah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Tetapi apabila isterinya bertanyakan perihal itu, suami tersebut menafikannya. Jadi tindakan bagi isteri adalah perlu untuk melaporkan kepada mahkamah untuk melakukan penyiasatan.

Soalan saya bolehkan suami isteri tersebut melakukan hubungan kelamin dalam tempoh syak (iaitu dari tempoh suami memberitahu kawannya bahawaa dia telah menceraikan isterinya dengan talak tiga dan pengesahan dari pihak mahkamah memandangkan suami tersebut menafikannya)..

terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 183.171.167.68

Salam,

Perbuatan suami berkenaan memberitahu menceraikan isterinya adalah tidak menjatuhkan talak sehinggalah dia sendiri melafazkan cerai berkenaan secara jelas. Perkhabaran sebagai kenyataan yang tidak boleh dikaitkan dengan berlakunya talak atau tidak.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, April 14, 2014

Soalan: Lafaz - urgent

Nama*:Mariza
Alamat Email:mutiara_911@ymail.com
Tajuk*:Lafaz - urgent
Message*:Assalamua'alaikum wbt,
Saya telah menghantar soalan pertama saya ke Portal IslamGrid seperti berikut:


Assalamualaikum
Suami saya telah berkata 'saya nak bercerai denagn awak' semasa kami bertengkar. Dia juga telah menyatakan sebab-sebab mengapa dia patut bercerai dengan saya (bermakna dia sedar dan ada niat). Apakah jatuh talak pada diri saya?


Jawapan dari Portal IslamGrid:

On Sun, Dec 8, 2013 5:18 AM PST Kemusykilan Agama IslamGRID wrote:


>Anda menerima email ini kerana anda telah menghantar soalan kepada Sistem Kemusykilan Agama di portal IslamGrid pada 08/12/2013 5:44 PM.

>Untuk makluman, soalan anda telah dijawab.
>Jawapannya adalah seperti berikut:
>Waalaikumussalam. Terima kasih kepada yang bertanya.
>Merujuk kepada soalan anda, lafaz yang dinyatakan adalah secara sarih. Oleh itu, panel menasihatkan agar anda segera memohon pengesahan lafaz talak di mahkamah syariah berdekatan bagi mengelak kesulitan pada masa hadapan.
>Wallahua'lam
>Untuk makluman, soalan anda tidak akan dipaparkan di laman web Kemusykilan Agama IslamGrid kerana Panel menganggap soalan tersebut terlalu peribadi.
>Sila gunakan no rujukan 0tqeh untuk sebarang tujuan komunikasi selepas ini.
>Terima kasih kerana menggunakan Sistem Kemusykilan Agama IslamGRID.
>Panel Kemusykilan Agama, IslamGrid.
>Nota: Jika anda dapati bukan anda yang menghantar soalan tersebut, sila abaikan email ini.


Sekarang, saya ada soalan susulan tapi saya tidak dapat menghubungi Portal IslamGrid lagi.

Saya berharap akan mendapat jawapan disini. Sekian terima kasih.

Soalan saya:

Saya telah memberitahu suami saya mengenai pertanyaan saya ini dan jawapan yang telah saya terima. Suami saya berkata bahawa dia tidak mempunyai niat untuk menceraikan saya pada masa itu. Itu cumalah kata-katanya untuk memberitahu saya bahawa dia 'upset' dengan saya. Disini saya ingin bertanya lagi, berdasarkan ucapan suami saya itu (lafaz sarih), perlukah disertakan niat sekali?

Apakah status saya sekarang?

Terima kasih kepada pihak tuan yang telah mengambil perhatian dan menjawab soalan saya.
File Upload:
Visitor IP: 60.48.219.12

Salam.

Jika itulah ucapan suami (Saya nak bercerai dengan awak) pada ketika pergaduhan berkenaan, pada pendapat saya ia tidak menjatuhkan talak kerana belumpun lagi dilafazkan cerai oleh suami. Masih dalam keadaan NAK CERAI.. belum CERAIKAN KAU SEKARANG...

Jika penjelasan suami puan seperti itu, maka ia membenarkan lagi ucapan yang dilafazkan itu bukanlah dengan tujuan untuk cerai, tetapi amaran kepada puan.

tk



Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, April 13, 2014

Soalan: jatuh talak atau tidak?/

Nama*:fairus
Alamat Email:sitifairussilamohdali@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?/
Message*:Assalamualaikum.

Kami mengalami masalah rumahtangga dan suami pernah memberitahu yang dia akan failkan penceraian di mahkamah. Setiap kali bertengkar dia seringkali mengucapkan dia akan teruskan niatnya. Adakah sudah jatuh talak tersebut?Suami juga telah menghalau saya keluar dari rumah. Minta tolong ustaz terangkan dengan lebih jelas jatuh atau tidak talak ke atas saya?

Sekian, terima kasih
File Upload:
Visitor IP: 203.217.176.36

Salam puan

Niat suami untuk bawa kes ke mahkamah tidaklah menjatuhkan talak kerana tiada ucapan talak yang disebut ketika itu. Ia tidak jatuhkan talak.

Menghalau keluar rumah juga tidaklah menjatuhkan talak jika dihalau itu adalah semata-mata menghalau tanpa niat untuk cerai. Suami yang tidak berniat untuk cerai walaupun disebut halau pergi, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk



Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon pandangan

Nama*:nur
Alamat Email:
Tajuk*:mohon pandangan
Message*:SOALAN 1
Asssalammulaikum ustaz, Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya. Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau. Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri) Soalan :
1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
2. Saya ada bertanya kpd suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri ).. abg (suami) tujukan kpd orang dlm TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki )
3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini?


SOALAN 2
Assalammualaikum..ustaz Saya ingin tanya tentang lafaz kinayah yg berkaitan dengan talak. Saya dan suami bertengkar, suami marah-marah dan tinggi suara dan berkata " kalau dah tak nak jaga anak, keluar ( berambus ) dari rumah ni..aku tak nak tgk muka kau lagi...jgn berani jejak kaki kat rumah ini lagi.."..suami berkata secara berulang.. Kemudian, bila suami dah reda...saya dan suami pun berbaik semula. Suami kata " abg sayangkn awak"..jgn buat lg tau. Kemudian saya pun tanya suami melalui sms . Isteri : abang tadi ckp mcm tu sbb nak beri amaran pada saya atau abg DAH TAK NAK SAYA LAGI ? suami : Bagi amaran. Abang sayang awak sangat-sangat lar..Jatuh talak atau tidak?

SOALAN 3
Kemudian selang 7 bulan kemudian..saya bertengkar lagi dengan suami. Suami marah saya kerana saya telah memalukan dan menjatuhkan maruahnya di hadapan keluarganya..Suami marah dan terus berkata seperti berikut:
1. Kemas baju sekarang dan keluar dari rumah ni
2. pergi balik ke rumah mak ayah kau
3. tak ada kau pun aku boleh hidup lar..aku boleh hidup tanpa kau..
4. Kang aku hantar kau balik kampung kang
5. Abang telefon ayah kau sekarang ...suruh dia datang ambil kau
Kemudian bila sudah reda..saya pun message suami guna handphone..dan bertanya mengenai ucapan suami semalam..kandungan message seperti berikut:
Isteri: setiap kali gaduh, abang mesti cakap keluar dari rumah ni..saya nak tahu maksud abang cakap macam tu
Suami : Bukan yang tu...(cerai)..Abang hantar balik kampung..nanti abang ambil balik..abang tak ada niat tu lar...
Soalan: adakah situasi tersebut boleh terjadi jatuhnya talak @ cerai. Mohon penjelasan ustaz tk.
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.87


Salam puan,

Soalan 1 tu taklah jatuh talak ke atas puan kerana ia tidak ditujukan kepada puan.

Soalan 2: tidak juga jatuhkan talak... ia kan ugutan.. hehe..

soalan 3: Lafaz kinayah seperti itu memerlukan niat daripada suami untuk talak. Jika suami sudah jelaskan ia tidak bermaksud talak, maka tidaklah jatuh talak.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah berlaku cerai jika ada terniat begitu

Nama*:hakim
Alamat Email:
Tajuk*:adakah berlaku cerai jika ada terniat begitu
Message*:salam,maaf,skali lg bertanya,jika merujuk pada jwapan ustz trdahulu talak tidak jauh dengan tanpa niat utk menceraikan istri,tetapi bgaimana jika semasa lafaz saya iaitu "pukul dulu takkan cerai saja"ada timbul juga niat utk menceraikan isteri selepas memukulnya tetapi bukanlah dniatkan dgan lafaz atau semasa lafaz itu dibuat,namun slepas memukulnya saya tidak pula melafazkan cerai ke atsnya,namun sya bimbg,adakah kerana timbulnya niat utk menceraikan isteri selepas memukulnya itu semasa lafaz "pukul dulu takkan cerai saja"dibuat,ia telah menjatuhkan talak walaupn sya tidak pula menceraikannya slepas memukulnya,mohon penjelasan ustz adkah kemugkinan talak jatuh?
File Upload:
Visitor IP: 203.106.148.243, 141.0.10.78

Salam

Ia tidaklah menjatuhkan cerai, atas pandangan saya.

Tiada lafaz cerai yang jelas dalam kes ini.

mohon maaf n terima kasih

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, April 12, 2014

Soalan: Jatuh ke talak ?

Nama*:Puan fin
Alamat Email:
Tajuk*:Jatuh ke talak ?
Message*:Assalamualaikum ustaz,
Saya nak bertanya jatuhkah talak jika suami berkata ' kalau awak keluar dari kereta nie saya ceraikan awk ' dan isteri memang keluar dari kereta dan selepas itu dipujuk oleh suami dan ajak ber damai dan jangan bergaduh lagi .

Adakah sudah jatuh talak dan apa yg perlu dilakukan jika ianya betul jatuh talak sedangkan suami bercakap dalam keadaan marah dan tiada niat. Wasalam.
File Upload:
Visitor IP: 115.164.183.135

Salam

Puan, dalam kes ini, ia disebut sebagai taklik. Suami dengan sengaja membuat taklik berkenaan maka apabila puan keluar daripada kereta itu, maka terjadilah talak. Jatuhlah talak satu.

Suami boleh merujuk kembali kepada puan, tetapi ingat telah terjadi talak satu dalam perkahwinan berkenaan.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, April 10, 2014

Soalan: Soal Talak dan Rujuk, kurang jelas

Nama*:ahmad
Alamat Email:ahmad1995@ymail.com
Tajuk*:Soal Talak dan Rujuk, kurang jelas
Message*:Salam ustaz,

Saya ingin bertanya pasal talak dan rujuk dalam iddah.
jika seseorang lelaki jatuhkan talak kepada isteri (sengaja atau tidak),
dan dirujuk kembali di dalam eddah, adakah talak tersebut dikira talak 1, atau talak itu terbatal?

Dan jika ditalakkan lagi isteri tersebut, akan jatuh talak kedua?
(dalam fahaman saya, rujuk dalam iddah bermaksud talak itu terbatal dan jika berlaku talak di kemudian hari, talak itu dikira talak 1?)

Mohon pencerahan dari ustaz
File Upload:
Visitor IP: 110.159.81.28

Salam

Dalam kes ini, terjadi talak satu dan selepas dirujuk jika berlaku lagi talak, maka jatuhlah talak ke dua. Ini bermaksud telah berlaku talak ke dua.

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sah ke mandi wajib/hadas

Nama*:rara
Alamat Email:razimah87@yahoo.com
Tajuk*:sah ke mandi wajib/hadas
Message*:Salam..nk tanya...selepas saya mandi wajib,saya solat seperti biasa..saya yakin yg mandi wajib saya sah.

Kemudian, saya perasan di cuping telinga saya macam ada putih-putih yg telah kering dan boleh dikikis..apabila saya kikis,kelihatan seperti ia mengelupas..masa mandi, saya tak pula rasa ada sesuatu ditelinga sbb saya dah gosok dengan kuat dan yakin air sampai serta daki tanggal..sah ke tak mandi wajib saya sebab semasa mandi saya dah lalukan air di telinga dan menggosok gosok dalam dan luar telinga..

Perlukah saya ulangi mandi wajib sbb saya dah solat.
Dan bolehkah saya niat " sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala"..utk habis haid shj..
File Upload:
Visitor IP: 1.9.103.72

Salam

Apakah bentuk keputihan yang melekat di telinga itu? Jika dipastikan air telah meratai ke seluruh tubuh semasa mandi hadas besar, maka cukuplah dengan mandian itu untuk membolehkan puan solat dan beribadah lain.

Jika dapat dipastikan keputihan itu ada sebelum mandi hadas besar, eloklah diulangi semula mandi kerana ia mungkin menghalang air terkena bahagian telinga.

Allah maha pemaaf.. kita buat yang terbaik atas kemampuan kita sebagai hambanya..

tk



Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai yg tidak tahu statusnya

Nama*:hakim
Alamat Email:akutarahakim@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai yg tidak tahu statusnya
Message*:salam..soalan saya,baru2 ini sya dan isteri brgaduh,isteri menjerit jerit meminta saya menceraikannya,namun sya bertegas dlm hati tidk mahu mlafazkan cerai ke atasnya,namun apbila dia tetp meminta minta,sya hilang kesabran,sya memukul isteri sya,dlm pada msa sya memukulnya itu tanpa saya sedar saya telah mengucapkan kata "pukul dulu takkan cerai saja"niat ataupn maksud kpd kata2 sya itu adlah, saya hendak memukulnya dulu sebelum sya menceraikanya dgn lafaz sbgaimana yg dia minta,saya xkan menceraikannya dengan smudah mcm mana yg dia minta sblum memkulnya..namun slepas memukulnya sya tidak pula mlafazkan cerai keatsnya soalan saya,adakah kata2 saya "pukul dulu takkan cerai saja"itu dan dgn niat sbegitu telah menjatuhkan talak scra automatiknya wlupn tidak mlafazkn talak kmudianya??

kedua, adakah kata2 sya itu telah dikira sbgai lafaz taklik dmana jatuh talak secara automatiknya slepas sya memukulnya wlaupn sya tiada niat utk bertaklik dan tdak mlafazkn cerai keatasnya slepas memukulnya??mohn ustz membantu sya menjwb adkah sya dn isteri masih sah sbg suami isteri??tlg memblasnya kpd email sya..
File Upload:
Visitor IP: 115.164.90.224, 141.0.10.140

Salam tuan, bagus juga boleh pukul isteri kuat-kuat... kasihan dia.. tak baik buat macam tu.. hehe

Jika saudara bertegas bahawa saudara tidak mahu dan tidak akan menceraikannya, maka ia tidak akan berlaku. Sebutan seperti itu tidak dianggap taklik dan tidak menjatuhkan talak dengan tanpa niat daripada saudara.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: salahkah saya

Nama*:ishah hassan
Alamat Email:nurainf34@gmail.com
Tajuk*:salahkah saya
Message*:Salam ustaz, suami mlarang sy mmakai bra jika ingin keluar bsamanya.sy terangkn pd suami sy tak selesa klau xpakai bra tp dia xpeduli.akibatnya dia brmasam muka dan xpedulikn sy.katanya klau sygkn dia buat ikut pmintaannya.sy sgt2 sakit hati dan rasa pmintaan suami melampau.salahkah sy ustaz krn xikut pmintaan suami.tolong jawab ya ustaz.
File Upload:
Visitor IP: 175.144.62.222, 8.37.225.78

Salam

Peliklah manusia ni..

Kalau dia suruh tak pakai bra, ikut sahajalah pada kali pertama dia suruh.. Lepas tu bincang baik-baik dengan suami, katakan kita tidak selesa tanpa berbra. Itu rahsia perempuanlah kenapa selesa dan tak selesa.

Seperkara lagi, jika tidak pakai bra itu untuk menunjukkan seksi (kelihatan seksi), mohon maaflah. Puan tidak perlu patuh pada permintaan yang berlawanan dengan hokum Allah. (kalau suami suka puan tidak menutup aurat dan kelihatan seksi di hadapan orang ramai, perkara itu amat tidak sesuai dan tidak boleh dipatuhi) Namun puan perlu amat teliti dan bijak mendepani suami. Berlunak dan beri dia sedikit waktu untuk bertenang (dan berfikir).

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 9, 2014

Soalan: mandi wajib

Nama*:nana
Alamat Email:nana199@yahoo.com.mu
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Sah tak mandi wajib jika saya tersilap baca doa selepas mandi wajib dimana saya terbaca doa selepas wuduk
File Upload:
Visitor IP: 1.9.103.72

Salam

Doa mandi wajib tidaklah wajib. Yang penting anda berniat utk mandi hadas besar. Jika ada niat atau ada tujuan dan tahu itulah nak mandi wajib, maka sahlah mandi anda. Cuma pastikan dapat meratakan air ke seluruh tubuh badan. tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 8, 2014

Soalan: adakah ia termasuk dlm lafaz kinayah bagi talak

Nama*:siti
Alamat Email:sitisu@yahoo.com.my
Tajuk*:adakah ia termasuk dlm lafaz kinayah bagi talak
Message*:Anak lelaki saya berumur 3 tahun setengah dan namanya Zufar.
Semasa dalam kereta, suami saya tiba2 je menyanyi dinana lagunya berbunyi : dulu ayah sendiri, kini dengan ibu Zufar..
Apa hukumnya bila suami kata sebegitu
File Upload:
Visitor IP: 1.9.102.43

Salam

Tak ada apa hokum... hukumnya harus sahaja dan suka-suka...

enjoy your life.. hehe


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, April 7, 2014

Soalan: musykil dengan talak

Nama*:Firdaus
Alamat Email:budakgie88@gmail.com
Tajuk*:musykil dengan talak
Message*:Assalammualaikum ustaz..

Saya ada satu persoalan..

situasinya begini...Suami A berada di bilik bersama isterinya. Si suami menyuruh isterinya mandi dengan kadar segera untuk membawanya ke klinik. Isterinya cuba melengah2 lengahkan waktu. Dalam perbualan itu, si suami berseloroh dengan niat bergurau sahaja dengan mereka satu cerita di mana beliau sendiri bermonolog mengatakan seperti ini : " kalau kita ke klinik nanti, doktor tanya siapa nie? Isteri awak ke? Si suami berkata lagi..Tak la ini bukan isteri saya..saya jumpa dia berselisih depan pintu tadi"..

si suami bercerita seperti itu kerana jika isterinya lambat mandi, pasti dia perlu pergi ke klinik dengan keadaan tidak mandi...

mohon penjelasan ustaz...adakah jatuh talak jika berkata seperti itu? di mana si suami hanya cuba bercerita jika isterinya tidak mandi dengan keadaan bergurau tanpa niat untuk menjatuhkan talak pon..

mohon pertolongan ustaz bagi membantu permasalahan ini..
File Upload:
Visitor IP: 60.49.190.113

Salam

Pada situasi seperti ini, tidaklah terjatuh talak dan ia tiada kaitan dengan talak pada perbualan jujur seperti itu..

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, April 4, 2014

Soalan: kemusykilan - wakil lafaz talak

Nama*:afiq
Alamat Email:ilhamberkatkasturi@yahoo.com.my
Tajuk*:kemusykilan - wakil lafaz talak
Message*:jikalau seorang suami menulis lafaz talak sarih ( tanpa niat cerai dan tanpa menyebut) untuk meminta rakannya menterjemah ke bahasa asing lalu rakan telah menyebut lafaz tersebut. Pada masa itu niat suami hanya untuk menambah pengetahuan dan bukan niat bercerai.

Apakah itu dikira wakil lafaz talak ?
File Upload:
Visitor IP: 60.54.111.89

Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kerana tulisan itu tidak ditujukan kepada isteri yang dimaksudkan untuk diceraikan.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 2, 2014

Soalan: Jatuh talak

Nama*:Natasya
Alamat Email:Natasya_nitz@yahoo.com
Tajuk*:Jatuh talak
Message*:Assalamualaikum ustaz,
Saya bergaduh dengan suami dan saya sedang hamil..dalam keadaan suami saya marah dia mengeluarkan ayat 'aku menyesal kahwin dengan kau' adakah jatuh talak??
File Upload:
Visitor IP: 175.141.11.151

Salam

Lafaz ini tidak menjatuhkan talak kerana ia tiada disebutkan secara jelas atau 'tidak jelas' ttg talak.

berhati-hati...

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA