Sunday, March 30, 2014

Soalan: masalah rumah tangga

Nama*:kamal
Alamat Email:mantoll@ymail.com
Tajuk*:masalah rumah tangga
Message*:Salam,
Saya ada masalah dengan isteri saya yang bertahun saya pendamkan. Situasi saya ialah isteri saya sering membangkang serta mengherdik saya di depan anak2. Malahan menjerit2 meminta cerai di depan anak setiap kali berlaku perbalahan. Sehingga anak yang kecil bila terdengar gaduh saja die sendiri mengungkapkan perkataan cerai di mana isteri saya memang tidak pernah menunjukkan sikap teladan yang baik di depan anak. Malah isteri saya seringkali menyumpah untuk kematian saya tidak kira waktu.

Sehingga pada satu hari bila isteri bergaduh depan anak saya saya menghantar message seperti berikut:

: Aku dah bosan hidup n ko ni
: Dah xde kebaikan
: Hidup asik nak gaduh je kan
: Ko rasa ko nak hidup camni rasa elok ko pilih jalan hidup ko sendiri
: Baik berpisah je
: Aku dah bosan hidup ari2 nak gaduh semua nak bangkang aku depan anak
: Rasa ini yang ko cari dlm hidup elok kite bercerai je
: Aku dh x sanggup hidup camni

Saya ingin bertanya, apakah status perkahwinan saya.

Terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 162.210.196.181

Salam

Ia bergantung kepada niat pada apa yang saudara ucapkan @ tuliskan. Jika ia bermaksud amaran an ugutan, maka ia tidak menjatuhkan talak, tetapi jika ia dimaksudkan cerai atau talak, maka jatuhlah talak berkenaan.

Hanya saudara yang tahu apa yang dimaksudkan daripada kata-kata kiasan yang dihantar.

Seperkara lain yang penting ialah keupayaan kita sebagai suami untuk mengawal keadaan. Mungkin juga kita selalu menengkingnya di hadapan anak-anak, maka sebab itu juga dia tidak hairan berbuat demikian. Elok dibincangkan bersama; usah bergaduh di hadapan anak-anak, tak baik.

Hiasilah rumah tangga dengan suasana Islam yang lebih aman dan elakkan daripada unsur lagha seperti muzik keterlaluan, hiburan dll... suasana Islam bisa mendamaikan rumah tangga kita.

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, March 29, 2014

Soalan: aku lepaskan kau

Nama*:jamima
Alamat Email:amy@yahoo.com.my
Tajuk*:aku lepaskan kau
Message*:sy dan suami sudah berkahwin empat tahun sy bergaduh kerana tidak tahan prangai suami yang suka menghisap dadah jenis ganja,selama tiga tahun saya bersabar,tapi tahun ni saya tak boleh kerana dia sudah mula menjual,dan kami bertengkar dalam waktu itu sy ada mengatakan lepas kan sy,suami menjawab aku lepas kan kau ada kah talak itu jatuh atau tidak
File Upload:
Visitor IP: 14.192.237.37

Salam

Secara zahirnya ia kelihatan telah jatuh. Tetapi perlu dipastikan daripada NIAT suami dahulu. Jika niatnya betul-betul mehu menceraikan puan, maka ia jatuhlah talaknya.

Elok dibawa kes ini ke Pejabat Agama jika benar-benar puan mahu berpisah (tuntut cerai)

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, March 28, 2014

Soalan: Pengesahan status

Nama*:farah
Alamat Email:farah.ayna@gmail.com
Tajuk*:Pengesahan status
Message*:Salam,ustaz,sy nak buat pertanyaan tentang status saya dgn suami sy. Kami bertengkar suami isteri. Dia dlm keadaan marah sambil berkata 'kau nak aku ceraikan kau ke?' &; 'aku ceraikan kau nanti baru kau tahu'(lebih kurang ayat seperti tu) berulang kali. Apakah status saya? Kami baru berkahwin 3 bulan. Disebabkan pekerjaan yg berbeza kami suami isteri duduk berasingan. Keadaan itu membuatkan kami selalu bertengkar. Suami sy jenis senang melenting sy pula selalu fikir yang bukan2 dan mudah naik angin. Apakah yg patut sy lakukan?
File Upload:
Visitor IP: 183.171.168.247

Salam

Ayat seperti itu adalah satu ugutan, ia tidak menjatuhkan talak.

Walau bagaimana pun, puan suami isteri perlu lebih banyak belajar dan bersabar. Perkahwinan yang baru dan tidak duduk sekali menyebabkan banyak yang tidak paus hati timbul..

Usahakanlah untuk menetap sekali dan banyakkan berbincang dengan nada yang lebih manis dan sopan. Masih jauh kapal kita untuk belayar. bantulah kapten kapal menghala ke arah yang betul..

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, March 26, 2014

Soalan: Terjatuh Talak atau Tidak

Nama*:Setia
Alamat Email:hana_apple97@yahoo.com
Tajuk*:Terjatuh Talak atau Tidak
Message*:saya ada perselisihan faham bersama suami mengenai pekerjaan dan masalah kewangan. satu hari, semasa makan tengah hari, saya tak pasti sama ada suami bergurau atau serius dalam kata-katanya.

suami: lepas 3 bulan baru abang bagi nafkah pada ayang(nafkah zahir)
isteri: kita bercerai jerla
suami: ok.

jatuh tak talak disitu? pada saat saya suarakan dia bersetuju akan pertanyaan saya. harap beri penjelasan. sekian terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 175.145.158.29

Salam.

Ia tidak menjatuhkan talak.

peristiwa yang dijangkakan akan berlaku; AKAN datang..

tak jatuh talak..

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pengesahan Lafaz Cerai

Nama*:Nureizyan
Alamat Email:cantikanggun@gmail.com
Tajuk*:Pengesahan Lafaz Cerai
Message*:Salam Ustaz, semasa berlaku pertengkaran suami telah mengatakan kepada isterinya bahawa dia tidak akan berpisah dengan isterinya tetapi ingin menikahi isterinya secara halal dengan orang lain dan akan menanggung pernikahan tersebut.
Adakah jatuh talak kepada isteri tersebut.
Terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 58.27.46.30

Salam

Pelik...

Ia tidak jatuh talak..

Wallahuaklam

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh ke talak

Nama*:azman
Alamat Email:way3131@yahoo.com
Tajuk*:jatuh ke talak
Message*:Salam ustaz pada bulan dec 2013 kami suami isteri telah bertengar .

Selepas bertengkar isteri saya SMS : Meminta lepaskan dia

Jadi saya bertanya :dgn isteri : U nak i lepas kan u ke ?

Jadi isteri saya menjawap : Yea ...

Saya pun menjawap : Baik lah sekira ini jalan terbaik bersama

Adakah jatuh talak atau cerai ustaz .

Tolong bantuan dan nasihat dari ustaz

Wslm
File Upload:
Visitor IP: 110.159.245.176

Salam

Jika Saudara menyebut; Baiklah sekiranya... sebagai cerai atau talak, maka ia boleh menjatuhkan talak. Apakah niat saudara ketiak SMS itu dihantar? JIka membawa maksud cerai, maka jatuhlah talaknya. jika ia sebagai satu kenyataan sahaja, ia tidak menjatuhkan talak.

(Kenyataan pada satu pertanyaan)

tk



Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, March 24, 2014

Soalan: adakah jatuh talak keatas saya


Nama*:nurhashima
Alamat Email:shimacima62@yahoo.com
Tajuk*:adakah jatuh talak keatas saya
Message*:assalamualaikum ustaz.saya ingin bertanya beberapa soalan

1.Adakah jatuh talak ke atas isteri ketika berlaku pergaduhan
Suami kata : kalau kau keluar dari rumah aku ni, aku ceraikan kau
Isteri tetap keluar jugak.tetapi masuk balik disebabkan risau akan keadaan suami.

2.apa hukum seorang suami berkata : AKU SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH AKU TAKKAN SENTUH KAU LAGI.
File Upload:
Visitor IP: 210.186.246.13

Salam Puan

1. Ia adalah lafaz taklik suami. Wajib dipatuhi jika tidak akan menjatuhkan talak. Apabila isteri keluar juga, maka jatuhlah talak satu.

2. Ia adalah kes sumpah. Sumpah dengan nama Allah spt ini adalah sah dan ia menjatuhkan talak satu.

(sila rujuk kepada pakar dalam hal ini juga...)

Terima kasih.

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, March 21, 2014

Soalan: menggunakan sabun untuk mandi biasa sebelum mandi wajib


Nama*:safi
Alamat Email:shahfi@yahoo.com.my
Tajuk*:menggunakan sabun untuk mandi biasa sebelum mandi wajib
Message*:assalammualaikum..
Saya nak tanya satu soalan bolehkan ustaz...Macam ni, saya mandi biasa dahulu seperti shampoo rambut, sabun badan...gosok gigi dan cuci muka SEBELUM mandi WAJIB...
Kemudian, setelah selesai mandi biasa, saya terus memulakan mandi wajib seperti biasa..
Soalan saya , selepas selesai mandi dan pakai baju, saya dapati di celah kuku jari tangan saya terdapat seperti tompokan sisa sabun dimana bila saya kikis, akan keluar benda warna putih,,semasa mandi wajib tadi tak nampak pula, bila badan dah kering baru nampak..
Adakah sisa sabun tersebut boleh menghalang air daripada sampai ke kuku?
Adakah Mandi Wajib saya SAH?
terima kasih...
File Upload:
Visitor IP: 1.9.103.28

Salam

Mandi wajib boleh pakai sabun, boleh bersyampu, boleh gosok gigi, boleh cuci muka..

Yang penting mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh anggota badan disertakan dengan niat nak mandi hadas besar.

Tompokan sabun tidak menjadi penghalang air ke anggota badan, so sahlah mandi berkenaan.

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, March 20, 2014

Soalan: Pandangan


Nama*:Khairul Anuar
Alamat Email:k.anuar2011@gmail.com
Tajuk*:Pandangan
Message*:Assalammulaikum...

Saya ingin bertanya sesuatu, adakah akan jatuh talak sekiranya suami berkata " Baik tak payah kahwin macam ni". Perkataan ini disebut ketika berlaku pertengkaran kecil antara suami dan isteri. Saya perlukan panduan sekiranya jatuh talak apa yang perlu dilakukan?
File Upload:
Visitor IP: 1.9.21.4

Salam,

Perkataan seumpama ini tidaklah menjatuhkan talak kerana ia tidak menyebut ttg cerai atau talak.

Ok, selamat belajar dan dalamilah hukum hakam agama sebaiknya untuk keamanan hidup kita.

sorry tazkirah sikit... hehe

terima kasih

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, March 16, 2014

Soalan: Ungkapan " KALAU DAH RASA TAK SUKA, LEPASKAN SAYA'



Nama*:sharif
Alamat Email:argon7203@yahoo.com
Tajuk*:Ungkapan " KALAU DAH RASA TAK SUKA, LEPASKAN SAYA'
Message*:Assallammualaikum wbt Ustaz

Saya telah berkeluarga selama 14 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Baru-baru ini berlaku perselisihan faham antara saya dan isteri dan saya akur akan takdir memang ada salah saya dimana pada waktu tersebut fikiran bercelaru dengan berbagai masalah yang saya sendiri sahaja yang tahu. Berkebetulan mertua saya ada di rumah kerana melawat anaknya dan kemuncaknya pada 16 Mac 2014, jam 10.21 pagi semasa baru balik membeli sarapan pagi saya telah menerima ungkapan seperti di atas melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Saya menjadi kedu dan tak bercakap apa kerana tidak menyangka sampai tahap ini isteri saya bertindak. Memang salah saya dan saya akan mengaku salah saya tetapi dengan ungkapan ini apakah yang patut saya lakukan dan saya memerlukan bantuan Ustaz untuk memberikan pertolongan sekadar mampu :-

1) apakah tindakan sepatutnya yang saya akan buat ke atas ungkapan ini?

2) Bagaimanakan cara penyelesaian terbaik bagi saya menghadapi perkara ini?

Mohon bantuan Ustaz seandainya ada izin dari Allah swt.

Untuk makluman, saya khuatir anak saya yang sulung (13 tahun) ada membaca SMS tersebut yang mana akan mengganggu emosi dan perasaan beliau.

Mohon maaf atas kelemahan saya dan mohon bantuan juga dari Ustaz

Terima kasih
File Upload:
Visitor IP: 1.9.14.130

Salam,

Hak dan kuasa cerai ada di tangan suami. Kita masih sayangkan keluarga kita, oleh itu berhati-hatilah. Sabar dan tenang serta bijaksana dalam mengendalikan permasalahan yg melanda. Ungkapan itu tidak membawa apa-apa makna jika suami tidak mengiyakan atau membuat tindakan untuk cerai atau talak.

Kenalpasti punca perbalahan dan jika memang kita yang bersalah, mohon maaf dan rayulah kepadanya. Yakini dia bahawa kita tetap sayang dan kasih kpd keluarga, cuma onak badai itu seharusnya dijadikan ujian pada kekuatan keluarga yg dibina selama ini.

Teruskan usaha memujuknya, kerana jika benar-benar kita kasih kepada isteri, dia akan lunak dan boleh kembali kpd kita juga.. tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon pandangan



Nama*:rahimah
Alamat Email:
Tajuk*:mohon pandangan
Message*:Salam ustaz..saya ibu kpd 2 org anak..anak saya dah tak minum susu badan...hampir 5 bulan dah stop susu badan..
Saya nak tanya..sah tak mandi wajib saya jika di puting payudara saya terdapat ketulan bewarna putih..lembut seperti krim..ia melekat pada rongga2 puting...bila saya dah bersihkan, ia muncul lg...benda tersebut sentiasa ada pada puting payudara...kadang2 saya berdihkan sehingga meninggalkan kesan lubang2 kecil...dan saya rasa benda tu berasal dari payudara saya sendiri..adakah ia boleh menghalang air drp sampai ke kulit ketika saya mandi wajib?
Sah tak mandi wajib saya ustaz sbb saya dah usaha utk bersihkan..tapi ia keluar dan timbul dgn sendiri...sakit juga masa bersihkan...
Nak kata benda lain tak juga sbb saya sentiasa guna bra...
Mohon pendapat ...
Tk
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.187

Salam

Puan, Islam tidaklah menyusahkan penganutnya. Allah tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Usah dirisaukan soal fikah yang digambarkan seolah-olah susah dan sukarnya kehidupan kita... Kita yang salah faham sebenarnya...

Dalam kes puan ini, ia tidaklah menghalang air sampai ke bahagian putting berkenaan. Hanya yang perlu kita gosokkan pada kawasan berkenaan ketika mandi. Jika keluar lagi selepas itu, ia tidak menjadi masalah kerana ia tidak najis malah bersih dan halal..

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sah tak mandi wajib

Nama*:ahmad
Alamat Email:admadnor@yahoo.com
Tajuk*:sah tak mandi wajib
Message*:Salam ustaz..macam ni..saya mandi wajib guna paip air...apabila air paip terkena salah satu anggota badan, saya pun terus baca niat...sambil air paip tu terbuka, dlm masa yg sama saya buka air shower pula kemudian saya pun kenakan tgn saya pada air shower tu manakala kaki saya pada air paip tu saya beralih ke shower dan terus off air paip...kiranya saya mandi wajib guna paip dlu kemudian beralih ke shower...sah tak mandi wajib saya...saya hanya berniat sekali shj...bila saya rasa air dah rata, saya tutup shower...kemudian was2 pula.. pun on balik shower..mandi lagi tanpa baca niat..sah tak ustaz
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.187

Salam.

Subhanallah...

Beginilah saudaraku...

Mandi wajib yang perlu ialah meratakan air ke seluruh anggota badan, tidak kiralah sama ada dari air paip ke atau shower. Asalkan ia air yang bersih (mutlak) maka bolehlah digunakan untuk meratakan air ke seluruh badan.

Niat tak susah mana, asalkan ada qasad (tujuan) itulah niat. Nak Mandi Hadas Besar.. itupun dikira niat...

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, March 15, 2014

Soalan: mandi wajib

Nama*:nani
Alamat Email:girlz83@yahoo.com.my
Tajuk*:mandi wajib
Message*:salam ustaz..saya mandi wajib guna shower ( air sentiasa mengalir)..
sah tak mandi wajib saya jika semasa mandi ade lebihan air menitik dari shower dan terkena badan saya...lagi satu dibawah pancuran shower tu ada paip lain...sah tak mandi wajib says jika semasa mandi, air dari shower tu terkena kepala paip dibawahnya lalu menitik kena badan saya..
sah tak mandi wajib saya...
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.187

Salam.

Jwapan yang sama telah ada pada entry sebelum ini.. sila rujuk di sana..

terima kasih.


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, March 13, 2014

Soalan: Jatuh Talak atau tidak??

Nama*:Lin
Alamat Email:roslindataib@yahoo.com
Tajuk*:Jatuh Talak atau tidak??
Message*:Assalamualaikum Ustaz..

Seorang suami telah memberitahu kepada kawan2 nya bahawa dia seorang duda dan telah menceraikan isterinya. dia memang berniat utk menceraikan isterinya. Isterinya tidak tahu & masih menganggap masih suami isteri. tetapi hampir setahun dia tidak memberi nafkah batin terhadap isterinya.. adakah sah lafaz cerai suami itu?? apa status suami isteri tersebut??

Minta penjelasan ustaz... sbb si suami pernah merujuk kepada seorang kadhi bahwa lafaznya adalah sah. tetapi dia tidak pernah merujuk ke pejabat agama & tidak memberitahu isterinya tentang lafaznya.

Sekiranya lafaz itu sah, apa hukumnya slps 2 tahun si suami kembali; tidur bersama isterinya & menjalani kehidupan seperti suami isteri.

Wasalam..
File Upload:
Visitor IP: 118.100.16.191

Salam

Berniat untuk cerai dan menyatakan lafaz cerai bersendirian mahupun depan kawan-kawan atau isteri, maka sah dan jatuhlah talaknya.

Isteri yang tidak tahu bukanlah menjadi kesalahan padanya, kerana ia adalah kesalahan suami yang merahsiakan butirannya. Soal beri nafkah atau tidak tidak ada kaitan dengan sah atau tidak pada jatuhnya talak.

Lafaz cerai yang sah akan menyebabkan jatuhnya talak. Diharamkan persetubuhan selama masih dalam perceraian.

Jika suami yang tahu agama, dia akan merujuk semula (dalam tempoh edah) atau diadakan akad nikah semula jika tamat tempoh edah. Tidur semula tanpa akad nikah atau rujuk adalah haram...

terima kasih.






Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, March 12, 2014

Soalan: pengesahan talak

Nama*:shara
Alamat Email:sharacharley@yahoo.com
Tajuk*:pengesahan talak
Message*:assalamualaikum uztad,1) sebelum ini suami pernah melafazkn talak kepada sy melalui telefon..ketika itu sy sedang menemani mak sy membuat visa untuk menetap di Malaysia. Setelah sy sampai di wisma suami sy menelefon sy untuk balik dan tinggalkan mak sy..dgn lafaz (AKU CERAIKAN KAU KALAU KAU TAK BALIK SEKARANG)..tetapi ketika itu sy tidak dpt balik krn menjadi penjamin kepada mak sy..jd selepas itu kami ke mahkamah untuk mengesahkan sama ada jatuh atau tidak..kemudian suami sy memberitahu hakim bahawa dia tidak menetapkan masa untuk saya..sedangkan perkataan sekarang sudah cukup jelas sy dgr..

2) selepas kejadian itu, barulah sy tahu suami sy curang di belakang saya. Adakah dosa bagi dirinya yang selalu membawa perempuan itu keluar??? dan setelah mendapat bukti sy telah menelefon perempuan itu dan bertanya tentang hubungan mereka..kemudian dengan hampa nya hati sy selepas perempuan itu berkata " KAU DENGAN LAKI KAU KAN DAH CERAI TALAK 3, DIA PUN ADA AJAK AKU KAHWIN SEBAB DIA CKP DGN AKU TAK MUNGKIN DIA AKAN BALIK SEMULA PADA KAU, SEBAB AKU INGAT DIA DAH CERAI DENGAN KAU LAH AKU KAWAN DAN KELUAR DENGAN DIA " saya mohon jasa baik uztad untuk memberikan jawapan segala persoalan sy secepat mungkin kerana sy baru sedar akan perkataan " aku da takde isteri" pun bole jatuh talak. terima kasih uztad..sekian..wassalam..
File Upload:
Visitor IP: 175.141.112.245

Salam

Pada kes pertama, pengertian 'sekarang' bersifat relative. Ia boleh jadi serta merta, boleh dimaksudkan juga sesegera yang dapat. Oleh kerana puan pada ketika itu masih dalam urusan visa, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan talak kerana puan pulang juga sesegera selepas selesai tugasan. Perkara juga telah dijelaskan dalam mahkamah. Saya kira elok kita berpegang pada kenyataan mahkamah itu.

Kes berikutnya atas pengakuan 'perempuan' itu yang mengatakan suami puan menceraikan puan. Kenyataan seperti ini tidaklah menjatuhkan talak kerana sebutan suami lebih kepada kenyataan untuk 'mengorat' atau mengambil dia sebagai isterinya.

Sebutan cerai dan talak hendaklah jelas dan tepat; 'aku ceraikan kamu' dsb.. yang jelas menjatuhkan talak dan cerai.

'aku dah tak ada isteri' itu tidaklah menjatuhkan talak pada pendapat dan kefahaman saya.

terima kasih.




Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, March 11, 2014

Soalan: Talak

Nama*:Ingin tahu
Alamat Email:samsunghp66@yahoo.com
Tajuk*:Talak
Message*:Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya telah bergaduh dengan isteri,saya terlepas cakap "cerai pun cerailah" tetapi membelakangi isteri dan bukan dgn nada yang keras, bukan dengan niat untuk bercerai tetapi hanya untuk menakut-nakutkan isteri, adakah jatuh talak pada isteri saya?
File Upload:
Visitor IP: 203.62.1.176

Salam.

Ugutan dengan lafaz seperti ini tidak menjatuhkan talak. Talak perlukan lafaz yang jelas; seperti 'aku ceraikan engkau... dll.

Cuma perlu berhati-hati pada lain waktu. usah mempermudahkan kata-kata talak. tak baik..

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:rafi
Alamat Email:takius_raffeys@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:as salam,

ustaz sya nak tanya,

semalam saya ada berbual-bual dengan isteri saya,
pasal mak mertua saya barangnya selalu hilang apabila berjumpa kawannya.

Dalam nada bergurau saya bercakap bila mak mertua saya berjumpa lagi dengan kawannya itu. cakaplah tak nak kawan lagi... kita putus, break-up.. hehhe..

Permasalahan saya hadapi sekarang.. terjatuh ker talak pada isteri saya, padahal saya bermaksud putus itu pada kawan mak mertua saya. hubungan berkawan antara mak mertua saya dan kawanya itu. dan saya tidak bermaksud bukan bermaksud pada isteri saya.

Mohon pencerahan dari ustaz.
File Upload:
Visitor IP: 202.75.144.39

Salam

Tujuan ucapan seperti itu untuk orang lain yang tiada kaitan dengan isteri; ia tiaklahmenjatuhkan talak. Ia tiada kaitan dengan 'cerai' dalam hubungan suami isteri saudara.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, March 9, 2014

Soalan: ADAKAH JADI TALAK?

Nama*:abdullah
Alamat Email:muhammadzaimzahran@gmail.com
Tajuk*:ADAKAH JADI TALAK?
Message*:Salam ustaz,

Isteri saya pernah bertanyakan soalan mengenai kalau dia cerita mengenai kisah silam dia dengan bekas pakwe dia dia ada tanya ' abang ada terasa tak?" kemudian saya menjawab 'kalau tak terasa apa-apa bukan suamila… (beberapa saat terdiam)…..memangla ada terasa…" saya xda niat nak cerai atau apa… adakah ia lafaz soreh atau kinayah? mohon bantuan ustaz…
File Upload:
Visitor IP: 113.23.141.119

Salam.

Ia tidak termasuk dalam lafaz kinayah kerana tidak dikaitkan dengan cerai atau talak.

wallahuaklam.


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz kinayah

Nama*:rohana ahmah
Alamat Email:roha@hotmail.my
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:salam ustaz...suami saya tgh karaoke lagu jiwang di ruang tanu...then saya pun ckp padanya " amboi,macam org bujang.." suami senyum je.
Adakah ucapan saya tu blh jd talak kinayah?
File Upload:
Visitor IP: 203.106.158.26

Salam..

Puan tak kan gurau senda pun semuanya nak dikaitkan dengan cerai... tak semua perkara perlu dikaitkan dengan cerai dan talak...

focus kepada yg lebih baik dan lebih membahagiakan kita.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai dlm keadaan marah

Nama*:Ideris Jalor
Alamat Email:ries-60@yahoo.com
Tajuk*:cerai dlm keadaan marah
Message*:Soalan- jiran saya mengadu anaknya bergaduh dn pihak isteri meminta cerai dlm bergaduh suami melapaz cerai aku ceraikan kau. Jatuh ke talaknya
File Upload:
Visitor IP: 210.186.52.169

Salam.

Lafaz yang jelas seperti di atas (aku ceraikan kau) adalah sah dan menjatuhkan talak pada pasangan berkenaan.

Ia lafaz yang jelas dan nyata dan tidak boleh ditakwilkan lagi.

Jatuhlah talaknya dengan talak satu.

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, March 5, 2014

Soalan: lafaz kinayah

Nama*:Azrul
Alamat Email:azrulaul@gmail.com
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:Ustaz,

Adakah perkataan "pergi mampus" atau "pergi mati" itu contoh lafaz kinayah?
File Upload:
Visitor IP: 173.255.248.29

Salam..

Ungkapan seperti itu boleh jadi lafaz kinayah kepada cerai. Tetapi jika suami tiada berniat utk cerai, ia tidak membawa apa-apa kesan pada pernikahan.

CUma laizmnya difahami, pergi mampus dan pergi mati adalah lafaz kemarahan yang luar biasa. Marah tidak semestinya cerai...

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, March 2, 2014

Soalan: Cerai & Takliq

Nama*:Hana
Alamat Email:jyan_lv22@yahoo.com.my
Tajuk*:Cerai & Takliq
Message*:Salam..

1.Suami saya marah dgn saya dan jual sajalah rumah tu..nanti kita akan bercerai gara2 rumah itu..kerana tidak puasa hati adik saya duduk kat rumah kami di bandar, berulang-ulang dia menyatakan berkataan nanti kita akan bercerai gara2 rumah itu..slps berberapa minit dia menekankan lagi "Bercerai Hana" yg bermaksud dia menekanlah lagi ttg apa yg dia katakan pada saya, mengenai Nanti akan bercerai gara2 rumah tu. Adakah jatuh talak?

2. Adakah ini lafaz takliq -
Jangan lagi kau bergaul dgn adik2 mu, kalau kau bergaul juga aku pulangkan kau pada mama dan papa mu di kampung.
File Upload:
Visitor IP: 58.26.88.78

Salam,

Hai susah saya nak cakap...

Kenapalah dunia ni tak aman je. Tak payah gaduh-gaduh. Kan best. tenang je hidup kita ni..

Pertamanya, dpaatkan kebenaran daipadanya dahulu untuk membenarkan orang lain walaupun dia itu adik kita untuk duduk di rumah. Ada suami yang tak suka hidupnya diganggu dan terganggu.

Ucapan berbentuk kenyataan, 'bercerai hana' saya tidak dapat nak hokum sama ada jatuh talak atau tidak. Jika perkataan itu dimaksudkan suami ialah 'aku ceraikan engkau', maka jatuhlah talak. jika ia kenyataan sebegitu sahja, ia tidaklah menjatuhkan talak.

Suruh pulang ke kampung adalah simbolik. Ia perlu dijelaskan apa maksud sebenar. JIka suami makduskan cerai, maka jatuhlah talak pada tindakan berkenaan (bergaul dengan adik beradik)

Yang suami tu pun, napelah tak pandai sangat, buat syarat angbukan-bukan.. susah jadinya isteri melayan karenah suami.. tak apa lah.. sabar je lah..

(maaf, mood tak serius)

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: hukum nikah di thailand

Nama*:fida
Alamat Email:
Tajuk*:hukum nikah di thailand
Message*:Apakah hukum seorang janda bernikah dengan suami orang dan mereka bernikah di Thailand..
Sah tak pernikahan mereka mengikut syarak
File Upload:
Visitor IP: 203.106.159.7

Salam.

Sebarang pernikahan yg cukup syaratnya adalah sah. Dalam kes ini, saya pasti ia sah kerana puan adalah janda yang tidak perlukan kebenaran wali dan wali hakim memadai dengan dua orang saksi.

Ia sah pada sisi syarak.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz kinayah

Nama*:mohamad
Alamat Email:
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:Salam. Semasa perselisihan faham lantaran tidak tahan dengan isteri, seorang suami berdoa supaya Allah Taala tukar isteri dia. Doa ini dilafazkan di belakang isteri. Isteri tidak mengetahui. Adakah lafaz ini lafaz kinayah? Apakah jatuh talak..
File Upload:
Visitor IP: 14.1.193.95

Salam

Tukar tukar ni macam crita Ultraman je...

Doa dan sebutan seperti itu ebrgantung kepada niat suami. Jika suami menyebut tukarkan isteri ini dengan yang baru dengan qasad (niat) cerai, maka jatuhlah talak. Tetapi jika dimohon (doa) tukar begitu sahaja tanpa niat talak, tidaklah menjatuhkan cerai.

Ia boleh dikategorikan sbg lafaz kinayah.

tk

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, March 1, 2014

Soalan: bingung lafaz taklik suami

Nama*:yusliza
Alamat Email:yusliza_hasan@yahoo.com
Tajuk*:bingung lafaz taklik suami
Message*:assalamualakum ustaz..sy seorang isteri yang ada masalah tentang ucapan talak bersyarat ke atas saya. saya bergaduh dengannya kerana kecurangannnya. pd mlm itu sy bgtahu kpdnya bahawa sy akn telan pil kuda dan ge jumpa kekasihnya.pada pagi itu saya telah keluar rumah tanpa pengetahuan suami. dia telah hantar mesej spt ' jika syg pergi cari pil kuda atau jumpa perempuan tu..jatuh talak. sy keluar pg tu dgn niat utk cari telefon yg digunakan olehnya untuk berhubung dengan kekasihnya di rumah kedua kami..ttp tak pasti dlm ms yg sama tercari pil yg mungkin digunakannya.. dia telah hantar talak bersyarat tersebut ke tel bimbit saya dan hanya diketahui setelah saya pulang.mksudnya saya tidak tahu tentang syarat tersebut.adakah jatuh talak ustaz? tolong ustaz huraikan kemuskilan sy.
File Upload:
Visitor IP: 113.210.128.185

Salam..

Bingung tak apa, jangan jadi bengong.. op maaf ya puan.. gurau sikit.

Saya kira puan telah berhubung dengan saya sebelum ini..

Pil kuda tu haram, tak boleh dibuat cubaan ke..

Lafaz taklik mestilah diketahui oleh isteri, jika lafaz itu tidak diketahui, bagaimana isteri boleh terikat dengan 'perjanjian @ larangan' taklik.

Ia tidak menjatuhkan talak atas apa yang saya faham. tk





Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA