Sunday, February 2, 2014

Soalan: majlis perkahwinan

Nama*:hasinah
Alamat Email:
Tajuk*:majlis perkahwinan
Message*:Assalamualaikum ustaz. Saya sudah bertunang selama 3 bulan dan tempoh pertunangn setahun hidup.

Saya dan tunang berniat mahu mempercepatkan pernikahan kami dengan membuat majlis secara sederhana dan buat yg wajib shaja krn kami tinggal di area yg sma dan kerap berjumpa.bimbang berlaku prkara yg tidak elok. jadi..

Bolehkah ustaz bantu mcmna kami mahu smpaikan niat tersebut kpd kedua belah keluarga dan apakah prkara wajib yg patut kami buat dlm majlis tersebut dari awal hingga akhir majlis, perkara2 yg mengikut sunnah dan tidak melanggar syariat Islam..?
File Upload:
Visitor IP: 175.137.219.159

Salam.

Alhamdulillah, syukurlah jika niat saudari untuk mempercepatkan yang wajib.. Ia elok disegerakan.

Pertamanya maklumkan kepada ibu bapa masing-masing keinginan untuk bernikah secara sah.

Apabila mereka bersetuju, isi borang nikah dari pejabat agama dan jumpa juru nikah (imam) bagi mengaturkan masanya.

Tetapkan mas kahwin saudari seberapa yang sesuai dan langsungkanlah majlis akad nikah itu.

Elok juga dibuat sedikit kenduri (eg tahlil ke) sekadar menjemput jiran terdekat dan Jemaah masjid bagi mengistiharkan pernikahan berkenaan.

Ia mudah dan ringkas.

Yang susahnya bila kita yang nak menyusahkan majlis berkenaan.. KENDURI... hehe...

tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.