Tuesday, January 28, 2014

Soalan: Isteri bohong hamil di Mahkamah Syariah..

Nama*:Yana
Alamat Email:
Tajuk*:Isteri bohong hamil di Mahkamah Syariah..
Message*:Asalam,

Nak tanya ustaz berkenaan hak isteri terhadap suami selepas cerai.

Permasalahannya,

1) Si isteri berbohong di depan hakim menyatakan bahawa dia hamil ketika diceraikan. Adakah tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap si isteri tadi kerana memberikan keterangan palsu kepada pihak hakim dan menipu bekas suami?

2) Adakah isteri berhak menuntut apa-apa daripada suami?
File Upload:
Visitor IP: 183.171.162.71

Salam Puan

Isteri berkenaan telah membohongi mahkamah mengatakan dia hamil ketika diceraikan. Pada saya ia memang menipu dan berdosa (jika benar begitu), namun dari segi hukumnya ia tidak membawa apa-apa kesan. Ini kerana lafaz talak atau cerai yang dilafazkan suami adalah sah dan jatuh talak walaupun ketika isteri mengandung. Ia satu keterangan palsu namun ia tidak membawa apa-apa perubahan pada lafaz talak yang telah dilafazkan.

Semasa dalam edah, isteri berhak tinggal serumah dengan suaminya dan diberi nafkah secukupnya. Setelah habis edah isteri berhak mendapatkan kos penyaraan anak-anak, jika ada. Dan hak harta sepencarian yang boleh diputuskan oleh pihak mahkamah seperti rumah, kereta dan sebagainya.

tk


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.