Nama*: | siti |
Alamat Email: | siti79@yahoo.com |
Tajuk*: | mohon penjelasan tentang hukum situasi dibawah : |
Message*: | Salam ustaz.. Ibu suami saya telah mendirikan rumah tangga dengan suami orang di mana ibu suami merupakan isteri ke-2.. Saya memang tidak suka dengan kehadiran suami baru ibu mentua saya.. Hampir setiap hari saya akan membincangkan hal tersebut bersama suami saya. Dalam saya berborak dengan suami mengenai hal tersebut, suami ada berkata "dia dalam masa nak ceraikan isteri pertama dia"..die nak ceraikan bini dia... Soalan saya ustaz apakah hukum bila suami sebut perkataan 'cerai' di dalam perbualan kami itu. Saya tahu yang suami hanya bercerita dan perkataan cerai itu tidak ditujukan kepada saya.. Adakah jatuh talak terhadap saya? Mohon penjelasan ustaz.. |
File Upload: |
Salam.
Ia tidak menjatuhkan talak kerana ungkapan itu tidak ditujukan kepad puan pada niat dan maknanya.
Penceritaan bukannya satu penegasan kepada cerai yang ditujukan kepada puan.
Terima kasih.
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.