Monday, November 11, 2013

Soalan: cerai dan rujuk

Nama*:Irma
Alamat Email:D_Emma85@yahoo.com.my
Tajuk*:cerai dan rujuk
Message*:Assalammualaikum ustaz

Saya pernah sms meminta cerai dengan suami saya pada bulan Ramadan 2013 atas alasan dia yang kuat minum arak. Lalu dia dalam keadaan mabuk membalas sms saya "ko jalan la..saya ceraikan ko..saya bukan suami yang baik". Selepas beberapa minggu, saya keluar dari rumah dan hampir 4 bulan kami tidak bersama. Adakah kami sah telah bercerai atau sebaliknya.
Sekiranya jika saya dan suami ingin bersama semula apakah yang perlu dilakukan sama ada rujuk kembali..

Terima kasih ustaz
File Upload:
Visitor IP: 58.26.196.80

Salam Puan,

Dalam kes ini, lafaz cerainya adalah jelas dan jatuhlah talak ke atas puan walaupun dia mabuk. Ini kerana mabuk itu adalah disengajakan.

Setelah empat bulan, adakah puan berhaid dan suci tiga kali dalam tempoh berkenaan? Jika puan telah suci haid tiga kali bererti puan perlu bernikah semula dengan suami puan,tidak memadai dengan rujuk sahaja. *Nikah bererti perlukan waris, saksi dan mahar seperti pernikahan pertama dahulu.

Terima kasih.

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.