Sunday, November 17, 2013

Soalan: Rujuk 2 kali atau lebih dalam satu perceraian

Nama*:Shah
Alamat Email:
Tajuk*:Rujuk 2 kali atau lebih dalam satu perceraian
Message*:Saya ada satu soalan, apakah hukumnya melafazkan 2 kali atau lebih lafaz rujuk dalam 1 kali cerai. Contohnya, suami isteri telah bercerai dan beberapa jam selepas itu, suami melafazkan rujuk buat kali pertama. Selepas dibawa ke mahkamah, mereka pergi ke pejabat agama dan suami melafazkan sekali lagi lafaz rujuk yang kedua untuk tujuan rekod. Apakah hukumnya ustaz? Adakah ianya menjadi kesalahan dalam hukum syarak berbuat demikian. Adakah rujuk yang kali kedua itu menjatuhkan cerai untuk kali kedua? Maaf ustaz, diharap ustaz dapat membantu insan kekurangan ilmu seperti saya.
File Upload:
Visitor IP: 210.19.71.91

Salam

Lafaz rujuk tidak mengapa disebut berulang kali kerana ia tidak menjejaskan apa-apa dalam ikatan perkahwinan. Hanya lafaz cerai atau alak tidak boleh disebut berulang kali kerana ia melibatkan jatuh talak pada bilangan yang disebut.

Bagi tujuan pengesahan mahkamah kadi), ulangan itu dikira sebagai satu penjelasan kepada apa yang telah disebut terdahulu. Dalam kes cerai atau talak, biasanya ia disebut lagi di hadapan kadi bagi tujuan pengesahan dan ia dikira sebagai satu talak sahaja, bukannya dua talak.

tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuhkah talak itu apabila suami tidak sengaja melafazkannya?

Nama*:siti suwaibah bt ab manaf
Alamat Email:ceksu89@yahoo.com
Tajuk*:jatuhkah talak itu apabila suami tidak sengaja melafazkannya?
Message*:Assalamualaikum ustaz/ustazah..
sy ingin brtnya berkenaan contoh yg d hadapi oleh sepasang suami isteri, sepasang suami isteri sedang asyik menonton sebuah drama melayu, tiba-tiba si isteri terlepas dengar salah satu babak dlm drama tersebut,lalu dia brtanya kpd si suami apakah yg dikatakan dlm babak trbabit,si suami mnjawab yg babak trbabit mgatakan "aku ceraikan kau dengan talak 3"...apakah telah trjtuh talak 3 kpd si isteri yg brtnya td wlaupun ia hnya skdar pmberitahuan kpd isteri trsebut?
File Upload:
Visitor IP: 202.151.199.36

Salam.
Dalam kes ini, ia tidak mejatuhkan talak kerana lafaz berkenaan tidak ditujukan kepada isterinya sebaliknya ia sebagai penjelasan sahaja.

Diharap ia tidak menimbulkan keraguan kepada puan lagi.

tk

Powered by EmailMeForm



Friday, November 15, 2013

Soalan: cerai taklik jatuh ke tidak?

Nama*:alia
Alamat Email:alia_alieya89@yahoo.com
Tajuk*:cerai taklik jatuh ke tidak?
Message*:Assalamualaikum..

Saya mahu bertanya. Pada tahun 2011, saya dicerai taklik oleh suami saya masa saya tengah mengandung. Masa tu saya tengah belajar semester 5 ijazah. Dia suka maki hamun, hina, tengking saya. Sedangkan anak yg sy kandung masa tu pun dia ckp sy mgandung anak siapa. Dia selalu membuat tuduhan yang tidak berasas. Dia menceraikan saya pada pagi 20/9/2011 melalui lafaz takliknya  "Kalau mu kuar uitm tanpa aku, jatuh talak satu..pada hari yang sama, sebelah malam, dia melafazkan sekali lagi seperti " kalau lahirnya baby, jatuh talak satu". 22/9/2011 saya keluar uitm tanpa dia, kerana ada urusan yang diberi oleh pensyarah.

Pada 9/10/2011, dia melafaz kan sekali lagi seperti "kalau kluar uitm, jatuh talak 3". Pada 10/10/2011 saya keluar uitm untuk membuat kertas kerja bersama rakan kelas saya.

Pada tahun 2012, dalam saya habis pantang, dia melafaz sekali lagi, semasa itu ada nombor telefon baru naik dekat handphone, dia melafaz seperti "kalau tak hantar no. fon tu hingga pukul 6, jatuh talak 1 atas mu". tapi sya hantar no tu sblm pukul 5.

Pada tahun 2013, semester akhir ijazah, dia ada bagitau saya yang dia nak hantar saya dengan cara baik mcm dia amek saya dlu..banyak kali juga ayat tu tkeluar dari mulut dia. Dia seorang penipu, pembelit dan cemburu buta. Baru-baru ni dia ada bagitau yang duit hantaran hilang rm5,000 tue sbnrnya dia wt rancangan supaya kami dpt kahwin. Duit rm5000 hilang tu sbnrnya dia xda satu sen pun..dia wt rancangan duit tu hilang supaya org pcaya dan bantu dia. Bila dia kol kt kg, ma dia risau dan kebetulan ma long dia ada dan sanggup bantu dia pinjam duit dengan gadai gelang emas dia. Dia cakap kalau dia xwt mcm tu mesti kami xdpt kahwin dah..dia selalu ckp saya bwa sial dalam hdup dia. Sbb dia selalu xda duit.

Gaji dia selalu xcukup. Bila dpt gaji, first sekali kena potong ah long dlu sbb kad atm maybank dia ngn ahlong. Balance gaji x ckup untuk byr kereta dan rumah.

Maki hamun, hina, kata-kata kesat, tengking tu dah jadi kebiasaan dia lemparkan kat saya. Dari segi nafkah xpernah pun bg..nafkah saya dan anak xpernah dia bg..dia amek duit simpanan, duit hantaran untuk byr keta umh..dia paksa saya hidup secara lucah. Dia paksa saya ikut adegan video lucah, sambil tu dia rakam saya. Bila dia kerja jauh, dia paksa saya wt hubungan dalam telefon.

Dia selalu aniaya saya, bila saya nak wt kerja pada waktu malam, dia off kan lampu. Jadi saya tpaksa wt assingment dalam gelap..bila sya mintk untuk mbuka lampu, dia tengking saya dan bagitau saya yang dia bayar api air, rumah ni rumah dia. Dia hina keluarga saya, dia ckp ayah mak xpandai didik anak. Saya juga pernah ditampar dan dihalau pukul 2 pagi, disebabkan saya xturut kata dia. Bila saya xtahan, saya kurungkan diri dalam bilik, dia tendang dan cuba pecahkan pintu. Kata dia kalau saya xbuka dia dpt msk, nahas saya nanti..dia pernah nak mengancam nyawa saya dan anak saya, dia bwa kereta dengan keadaan marah megamuk dengan ke kiri ke kanan dalam keadaan laju smbil menghantukkan kepala dan tangan dia ke streng..hanya allah je tau mcm mana rasa takut masa tu.

Baru-baru ni, saya wat laporan kt mahkamah syariah. Sbb da rasa was2..lagi-lagi saya tengah mengandung usia 5 bulan sekarang ni. Saya was-was sama ada dia masih suami saya ke tidak lagi.

Saya betul-betul tak sanggup hidup bersama dengan dia lagi. Cara dan layanan dia terhadap saya amat teruk dan hanya Allah shja yang tau. Dia ada sruh tarik balik aduan yang sy buat tu. Dia ckp kalau g mahkamah abis duit, dari abis mcm 2 je baik bg kat sy dan anak..tapi dia mmg xda bg duit nafkah pun spanjang saya mnunggu sebutan ni..dia ada dtg umh nak bincang, tapi dia wt kurang ajar kt mak ayh, dan wt tuduhan yg sy ada org ketiga dan ada makhluk tuhan bgtau dia yg ayah saya suruh ceraikan dia. kami skluarga tkejut dengar tuduhan yang dia wt. Bila kluarga dia mminta pjelasan dr saya, bila sy bka mulut je, dia myampuk dan kata sy mnipu.

Macam mana ustaz? Adakah jatuh cerai taklik yang dilafaz oleh dia? Apa status anak dalam kandungan saya ni ustaz? harap ustaz dpt tolong saya..

 
File Upload:
Visitor IP: 183.171.162.118

Salam.

Ma sya Allah, berat sekali dugaan yang Puan hadapi.

Saya rangkapkan kembali tulisan puan bagi memudahkan saya memahami kisah ini.

Pada para pertama, jelaslah jatuh talak taklik setelah puan keluar ke UiTM tanpa bersamanya kerana ia melanggar lafaz taklik berkenaan. Jatuhlah talak satu.

Soalan saya, adakah selepas itu, suami puan ada merujuk puan untuk kembali bersama? Jika ada rujuk dibuat, maka hukum pada paragraf ke dua itu ada kaitannya.

*Rujuk boleh dibuat dengan menyatakan 'jom kita kembali rujk, atau sesetengah ulama membenarkan rujuk dengan mengajak bersama atau bersetubuh. Saya lebih berpegang kepada ajakan yang dilafazkan kerana ia setanding dengan lafaz penerimaan nikah pada awal perkahwinan dulu.

Jika rujuk telah dibuat, bererti puan kembali bersatu sebagai suami isteri yang sah dan lafaz taklik keduanya adalah sah juga. Pelanggaran pada lafaz taklik kedua menyebabkan puan jatuh talak tiga seperti yang dinyatakan oleh suami pada tarikh 10/10. Apabila telah jatuh talak tiga, bererti puan bukanlah lagi isteri yang sah kepadanya.

Perkara yang berikutnya adalah kelemahan dan kekurangan suami puan. Ia menjelaskan suami puan bukanlah seorang yang bertanggungjawab dan amat memalukan. Dia tidak matang dan layak menjadi suami.

Apabila puan telah melaporkan hal ini kepada pejabat agama, ia langkah yang amat wajar. Biarlah mahkamah menentukan status perkahwinan puan.

Smeoga puan lebih tabah dan berserah kepada Allah.
tk


Powered by EmailMeForm



Thursday, November 14, 2013

Soalan: Cerai Taqlik

Nama*:Hafiz
Alamat Email:mhafiz_zulkifle@yahoo.com
Tajuk*:Cerai Taqlik
Message*:Salam.Saya ingin bertanya berkaitan dengan cerai Taqlik

1)ustaz memberi penjelasan bahawa suami boleh menarik balik lafaz cerai taklik terhadap isteri.akan tetapi apa yang saya faham dan pernah baca didalam beberapa blog yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah yang bertauliah mengatakan bahawa taklik tidak boleh ditarik balik.Saya juga ada menonton rancangan wanita hari ini dimana ustazah yang dijemput mengatakan TAKLIK TIDAK BOLEH DITARIK BALIK.Adakah maksudnya taklik terbahagi kepada 2,dimana ada yang boleh ditarik dan ada yang tidak.boleh tak ustaz tolong jelasakan..


2)Majoriti ulama (trutama 4 mazhab) mengatakan bahawa cerai taklik(lafaz yang sorih)adalah sah dan jatuh sekiranya dilanggar oleh si isteri walaupun suami tiada niat menceraikan(diamalkan dimalaysia).Tetapi ada pndapat minoriti membahagikan kepada 2 dimana pertama jika suami berniat menceraikan barulah jatuhlah takliknya,tetapi jika suami hanya berniat mengugut dan sebagainya maka takliknya tidak sah/jatuh tetapi diwajipkan bayar kifarat sekiranya dilanggar.(diamalkan di mesir).persoalannya kenapa ada perbezaan pendapat yang digunapakai diantara malaysia dan mesir.Pendapat manakah yang seharusnya kita ikut.Saya menjadi bertambah keliru apabila membaca satu ruangan di my metro dalam soal jawab agama dimana isteri telah melanggar taklik suaminya yang bukan niat menceraikan tetapi mengugut sahaja.ada 2 jawapan yang diberikan oleh ustaz yang menjawab iaitu menrut pendapat majoriti jatuh takliknya.tetapi menurut pendapat minoriti tidak sah/jatuh kerana suaminya menggunakan taklik untuk mengugut isterinya.Jadi yang manakah harus diikuti.Harap ustaz boleh tolong jelaskan. Adakah taqlik yang tidak boleh ditarik adalah selepas kita akad nkah..dan cerai taqliq tanpa hitam putih boleh ditarik balik?
File Upload:
Visitor IP: 175.136.234.108

Powered by EmailMeForm



Soalan: SIAPAKAH YANG BERHAK JADI WALI? DAN BOLEH TIDAK KAH DI BIN/BINTIKAN NA

Nama*:zalfaa widodo
Alamat Email:zalfaa angel.@yahoo.com
Tajuk*:SIAPAKAH YANG BERHAK JADI WALI? DAN BOLEH TIDAK KAH DI BIN/BINTIKAN NAMA AYAHNYA?
Message*:Assalammualaikum wr.wb. ustaz, ada soalan yg ingin saya tanyakan, pasangan suami istri telah dikurniai anak perempuan, tp anak ini lahir kurang dr 6 bln setelah pernikahan.

Tapi dlu sblm nikah resmi pasangan suami istri ini menikah sirih, tp keadaan istri saat itu telah hamil 1 bln, dan yg jd wali ayah dari si istri, karena pd wkt itu ada persoalan yg blm terselesaikan, sehingga pasangan ini tdk bisa melaksanakan pernikahan sah secara hukum, setelah kehamilan mendekati 4 bln,baru pernikahan yg resmi bisa dilaksanakan.

Satu yg ingin saya tanyakan kelak jika anak perempuan dr mereka mau nikah apakah ayahnya bisa menjadi wali?

2. Bolehkah nama si ayah di bin/bintikan pd si anak perempuan ini?

terima kasih ustaz wasalammualaikum wr.wb.
File Upload:
Visitor IP: 10.50.70.76

Wassalam.

Nikah rasmi dan nikah sirih (?) adalah dua yang berbeza.

Nikah yang sempurna rukun dan syaratnya adalah sah tidak dikira sama ada nikah rasmi mahupun nikah sirih. Jika pada nikah sirih itu telah ada wali, dua saksi dan pengantin lelaki perempuan berserta akad yang betul, maka sahlah nikah berkenaan. Untuk merasmikan bagi tujuan pendarftaran pemerintah, ia perlu diakad rasmikan sebegitu.

Pada kes ini, sah nikah sirih (setelah cukup syarat di atas), dan mereka tiada masalah dalam urusan suami isteri. Cuma masalah isteri telah mengandung satu bulan, itu menunjukkan persetubuhan (perzinaan) telah berlaku sebelumnya. Bagi anak seperti ini, mazhab Syafie menegah berbinkan bapanya sebaliknya berbinkan ABDULLAH sebegitu sahaja.

Namun ada perbincangan ulama yang lebih panjang tentang soal maruah dan harga diri anak berkenaan, maka ada yang berpendapat tidak mengapa di bin kan kepada ayah berkenaan. Dengan syarat apabila anak itu mahu menikah, hendaklah diwalikan kepada wali hakim bukannya bapa berkenaan.

Terima kasih.

Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 13, 2013

Soalan: syarat nikah

Nama*:kamal
Alamat Email:kamalboy@yahoo.com
Tajuk*:syarat nikah
Message*:Salam ustaz..saya ada satu soalan nak tanya..

Seorang lelaki ni ingin berkahwin. Nama lalaki tersebut di dalam ic berbinkan nama ayah angkatnya.

Dan semasa lafaz ijab, kadi menyebut namanya dengan berbinkan nama ayah angkatnya dan dia menawab 'iye saya" apabila namanya disebutkan.

Sah tak pernikahnya ustaz?

Mohon penerangan.

tk.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.22.96

Salam.

Sah akad berkenaan kerana yang dimaksudkan dalam akad berkenaan adalah lelaki itu juga yang tiadalah yang lain melainkan dia. Maka sahlah akad berkenaan.

tk



Powered by EmailMeForm



Soalan: apakah ini talak bersyarat

Nama*:zalfaa widodo
Alamat Email:zalfaa angel.@yahoo.com
Tajuk*:apakah ini talak bersyarat
Message*:assalammualaikum wr.wb. terima kasih ustad atas jawabannya,smoga ustad selalu diberi rahmat oleh ALLAH SWT.tapi perasaan saya sangat terganggu dengan ucapan suami saya"kalau mau pisah ya pisah secara baik-baik dulu kita kenal juga baik-baik,kata-kata ini yg sering mengganggu pikiran saya ustad,tolong diberi bimbingan lagi ke saya semoga rasa was-was yg ada di hati saya akan lega,terima kasih ustad wassalammualaikum wr.wb.
File Upload:
Visitor IP: 10.48.80.55

Wassalam.

Ungkapan "kalau mau pisah ya pisah secara baik-baik dulu kita kenal juga baik-baik" adalah satu penyataan ia bukannya satu lafaz untuk menjatuhkan cerai atau talak. Ia tidak menjatuhkan talak dalam kes ini.

Talak akan jatuh pada ungkapan langsung yang membawa maksud cerai seperti kata-kata; Aku ceraikan kamu, Kamu balik ke rumah emak kamu! dan sebagainya.

Ibu tidak perlu bimbang dengan apa yang terjadi, ternyata suami ibu seorang yang bijak dan tahu soal hukm hakam agama.

Terima kasih.



Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 12, 2013

Soalan: Rujuk dan Taklik

Nama*:Yang Keliru
Alamat Email:indulge1st@yahoo.com
Tajuk*:Rujuk dan Taklik
Message*:Assalamualaikum Ustaz, saya nak bertanya pasal talak taklik. Sekiranya seseorang itu bertaklik dan berlaku spt yang di sebut maka jatuhlah talak. Tapi persoalannya, telah berlakunya perceraian secara lafaz talaq dan bukan secara taklik. Kemudian selepas suatu waktu pasangan setuju untuk bersatu semula, isteri telah melanggar taklik yang sebelumnya dalam hubungan lalu difahamkan ianya sudah terbatal disebabkan lafaz cerai yang terdahulu.. Adakah jatuh talak sekali lagi? Adakah taklik itu masih terpakai?
File Upload:
Visitor IP: 211.25.11.94

Salam

Terima kasih atas persoalan ini. Lafaz taklik jika dilanggar akan menjatuhkan talak.

Bila berlaku perceraian kerana lafaz talak yang diucapkan suami, maka jatuhlah cerai @ talak. Lafaz taklik yang ada pada pernikahan sebelumnya akan terbatal setelah berlakunya akad nikah baru.

tk

Powered by EmailMeForm



Monday, November 11, 2013

Soalan: apakah ini talak bersyarat

Nama*:zalfaa widodo
Alamat Email:zalfaa angel.@yahoo.com
Tajuk*:apakah ini talak bersyarat
Message*:Assalammualaikum wr.wb. Ustaz saya seorang isteri. Kami pernah ribut dan saya bilang ke suami minta cerai dan suami bilang itu termasuk talak jangan ulangi lagi bicara kaya gitu. Apakah ini jatuh talak pd saya? Dan saya juga pernah ribut lagi sama suami saya minta cerai. Suami bilang kalau mau pisah ya pisah secara baik-baik, kata2 ini lewat sms, dan selang beberapa hari saya masih sama minta cerai, suami bilang kalau mau pisah ya pisah baik2 dulu kita kenal juga baik2, terus saya bilang ke suami ayo kita sekarang ke rumah pak tris (orang yg membantu mengurus pernikahan di tempat kami) tp suami bilang ya ntar emang kaya gitu ngak pakai duit, apakah ini disebut talak bersyarat? jatuh apa tidakah talak ini?dan kami sekarang udah baikan lagi, tolong jawab pertayaan saya ustad karena ini membuat saya resah dan kwatir telah jatuh talak ke saya. Saya menyesal tiap kali ribut sering minta cerai, tp mulai sekarang saya tidak akan mengulangi kata2 minta cerai saya sangat menyesal dan saya sangat mencintai suami saya. Terima kasih ustad wassalammualaikum wr.wb.
File Upload:
Visitor IP: 10.48.43.198

Wa alaikum salam Puan,

Terima kasih kerana mahu berkongsi masalah dengan saya.

Isteri sebenarnya tidak baik, tidak bagus meminta cerai daripada suami. Ada pernah saya terbaca hadis yang mengatakan isteri yang meminta cerai akan dijauhi daripada pintu syurga. Kita mohon keampuanan Allah dalam perkara ini. Namun ada pengecualiannya jika suami itu ganas dan tidak bertanggungjawab, maka bolehlah diminta cerai kepada hakim atau pihak yang bertanggungjawab.

Namun perlu difahami, permintaan isteri untuk bercerai, tidaklah menjatuhkan talak, tidaklah jatuh cerainya.

Ungkapan suami 'ya ntar emang kaya gitu ngak pakai duit' saya berpendapat ia tidaklah menjadi lafaz taklik pada talak (talak bersyarat).

Alhamdulillah teruskan kebahagiaan ini dan didoakan semua selamat berbahagia hingga ke syurga.

Amin.


Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai dan rujuk

Nama*:Irma
Alamat Email:D_Emma85@yahoo.com.my
Tajuk*:cerai dan rujuk
Message*:Assalammualaikum ustaz

Saya pernah sms meminta cerai dengan suami saya pada bulan Ramadan 2013 atas alasan dia yang kuat minum arak. Lalu dia dalam keadaan mabuk membalas sms saya "ko jalan la..saya ceraikan ko..saya bukan suami yang baik". Selepas beberapa minggu, saya keluar dari rumah dan hampir 4 bulan kami tidak bersama. Adakah kami sah telah bercerai atau sebaliknya.
Sekiranya jika saya dan suami ingin bersama semula apakah yang perlu dilakukan sama ada rujuk kembali..

Terima kasih ustaz
File Upload:
Visitor IP: 58.26.196.80

Salam Puan,

Dalam kes ini, lafaz cerainya adalah jelas dan jatuhlah talak ke atas puan walaupun dia mabuk. Ini kerana mabuk itu adalah disengajakan.

Setelah empat bulan, adakah puan berhaid dan suci tiga kali dalam tempoh berkenaan? Jika puan telah suci haid tiga kali bererti puan perlu bernikah semula dengan suami puan,tidak memadai dengan rujuk sahaja. *Nikah bererti perlukan waris, saksi dan mahar seperti pernikahan pertama dahulu.

Terima kasih.

Powered by EmailMeForm



Thursday, November 7, 2013

Soalan: mahu kepastian daripada kata2 suami kepada saya dan tindakan yg harus

Nama*:noorul aini ghazali
Alamat Email:nurulainighazali@yahoo.com
Tajuk*:mahu kepastian daripada kata2 suami kepada saya dan tindakan yg harus saya lakukan
Message*:Suami ada membuat perkara yg pada saya sebagai seorg isteri patut tahu. Dan tindakan yg dibuat oleh suami, seolah-olah tidak mahu saya tahu dengan perkara yg akan dibuat pada masa akan datang. Dalam mempertikaikan perkara tersebut, kami telah bertengkar. Pada masa itu, di dalam kereta suami telah sebut "kalau macam tu, kita putus lah" dan kata2 itu saya dengar dengan jelas. Sekarang,apa kah status saya, dan apakah yg patut saya lakukan. Terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 183.171.173.152

Salam.

Puan, ungkapan 'kalau macam tu, kita putuslah' tidak membawa kepada TALAK kerana masih dikaitkan dengan KALAU.

Walau bagaimanapun, bantulah suami puan untuk lebih bersabar dan tidak menggunakan perkataan ini sewanang-wenangnya.

Terima kasih.

Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 6, 2013

Soalan: Taklik

Nama*:Kamarudin
Alamat Email:pak_supir@yahoo.com
Tajuk*:Taklik
Message*:Seorang suami telah berkata kepada isterinya " jangan ada sesuatu di sebalik tabir, kalau tidak jatuh satu talak ke atas kamu"

Suami berang kerana isteri sering bermain FACEBOOK dan menutupnya segera jika suami berada dekat isteri. Kecurigaan suami terhadap isteri menyebabkan terkeluarnya ayat tersebut.

Soalnya sejauh mana kelakuan isteri yang menyebabkan talak itu jatuh andai dia masih berbual di Facebook itu?
File Upload:
Visitor IP: 115.133.144.65

Salam.

Lafaz taklik suami ini adalah sah dan sebarang pelanggaran kepada lafaz ini akan menyebabkan jatuhnya talak satu.

Maksudnya isteri tidak boleh bermain facebook ketika suami ada bersamanya kerana itulah punca kebencian suami sehingga kalau ditutupi tabirpun, dia masih marah.

tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon penjelasan tentang hukum situasi dibawah :

Nama*:siti
Alamat Email:siti79@yahoo.com
Tajuk*:mohon penjelasan tentang hukum situasi dibawah :
Message*:Salam ustaz..

Ibu suami saya telah mendirikan rumah tangga dengan suami orang di mana ibu suami merupakan isteri ke-2..

Saya memang tidak suka dengan kehadiran suami baru ibu mentua saya..
Hampir setiap hari saya akan membincangkan hal tersebut bersama suami saya. Dalam saya berborak dengan suami mengenai hal tersebut, suami ada berkata "dia dalam masa nak ceraikan isteri pertama dia"..die nak ceraikan bini dia...
Soalan saya ustaz apakah hukum bila suami sebut perkataan 'cerai' di dalam perbualan kami itu. Saya tahu yang suami hanya bercerita dan perkataan cerai itu tidak ditujukan kepada saya..

Adakah jatuh talak terhadap saya?

Mohon penjelasan ustaz..
File Upload:
Visitor IP: 60.53.17.133

Salam.

Ia tidak menjatuhkan talak kerana ungkapan itu tidak ditujukan kepad puan pada niat dan maknanya.

Penceritaan bukannya satu penegasan kepada cerai yang ditujukan kepada puan.

Terima kasih.

Powered by EmailMeForm



Monday, November 4, 2013

Soalan: jatuhkah talak

Nama*:musyatie amyza
Alamat Email:musyatie_amyza@yahoo.com
Tajuk*:jatuhkah talak
Message*:Assalamualaikum, di sini ada sedikit kemusykilan... jatuhkah talak jika suami menceritakan tentang satu cerita mengenai satu rumah tangga yang pernah dilihatnya sambil mengulangi lafaz soreh yg dikatakan oleh orang yang sedang dia ceritakan itu... situasinya adalah seperti ni:
Suami:ayang nak tau hari tu masa abah dok memancing dengan Nasrul (kawan suami), ada satu rumah kt taman tu dok begaduh... lepas tu tiba-tiba dengar laki dia lafaz cerai kat bini dia kata "aku cerai hang talak satu babi"... Saya terkejut la dia cakap mcm tu...

Selepas itu saya tanya kembali kepada suami saya.. tak pa ka abg cakap mcm tu... selepas itu dia pun membalas, "laaa.. abg bukan niat nk cakap untuk ayang.. abg cuma cerita ja kt ayang pasal rumahtangga mereka itu...
Adakah jatuh talak jika dalam keadaan seperti itu???

Dan satu lagi kemusykilan saya.. jika suami saya ulang lafaz talak sebanyak 3 kali kerana saya yang minta untuk ulang balik sebab mula-mula saya terkejut dan keadaan line telefon yang agak kurang jelas kerana jarak yang jauh berada di atas bukit... adakah sudah jatuh talak 3... tolonglah bantu saya yang sudah serabut ini...
File Upload:
Visitor IP: 113.210.131.226

Salam

Dua kes,

Kes pertama suami cakap sebagai ajukan daripada apa yang didengarnya. Ia tidak menjatuhkan talak kerana ia tidak ditujukan kepada puan sebagai isterinya.


Kes kedua jatuh talak satu atau tiga? Perulangan sebutan talak seperti ini ada ulama yang mengatakan ia jatuh talak tiga, namun ada ulama yang berpendapat ia jatuh talak satu.

Secara khusus pendapat saya pada kes ini, ia jatuh talak satu kerana perulangan itu adalah penjelasan kepada apa yang diucapkan kali pertama.

Wallahuaklam dan tk







Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru berapa talak yang telah gugur

Nama*:musyatie amyza
Alamat Email:musyatie_amyza@gmail.com
Tajuk*:keliru berapa talak yang telah gugur
Message*:Baru-baru kami ada bergaduh di dalam telefon, dan suami saya ada melafazkan aku lepaskan kau.. akibat line telefon yang tidak berapa jelas maka saya menyuruhnya mengulanginya sebanyak 3 kali.. berapakah talak yang telah jatuh..
File Upload:
Visitor IP: 113.210.131.216

Salam Puan,

Ungkapan 'Aku lepaskan kau' dengan disertai niat untuk cerai, akan menjatuhkan talak.

Mengenai ulangan tiga kali daam kes ini, ulama ada yang berpendapat akan jatuhlah talak tiga. Manakala sebahagian ulama berpendapat ia adalah talak satu sahaja.

Pada pendapat saya, dalam kes ini secara khusus, ia adalah talak satu kerana ulangan yang ke dua dan ke tiga itu dikira sebagai penjelasan pada talak yang pertama. Wallahuaklam.

Terima kasih.



Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA