Thursday, October 31, 2013

Soalan: Perkataan Cerai

Nama*:Aza
Alamat Email:azalia.trading@gmail.com
Tajuk*:Perkataan Cerai
Message*:Asaalamualaikum ustaz, sebelum ini saya dengan suami pernah bertengkar melalui sms tentang isu kewangan kami, bila timbul ketegangan suami sebut mcm ni" cerai je la", mengikut fahaman sy suami seolah-olah memberi cadangan cerai utk menyelesaikan masalah, jadi sy macam ragu-ragu adakah jatuh talak? Suami juga pernah bertanya melalui sms "nak cerai ke? Adakah jatuh talak?
File Upload:
Visitor IP: 175.137.64.252

Salam Puan Aza,

Ungkapan seperti itu tidak menjatuhkan talak kerana ia tidak ada penegasan untuk bercerai, ia lebih kepada satu 'pilihan'.

Namun perkara cerai ini tidak elok sama sekali disebut dan dipermainkan.

Terima kasih.




Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 30, 2013

Soalan: Ragu Tentang Talak

Nama*:kamisah
Alamat Email:
Tajuk*:Ragu Tentang Talak
Message*:Assalammualaikum ustaz... saya ada kemusykilan agama munakahat...mohon ustaz tolong jawabkan.

Asssalammulaikum ustaz,
Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya.
Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? Suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. Kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata 'aku ceraikan kau'.

Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)

Soalan:

1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
2. Saya ada bertanya kpd suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri )..
abg (suami) tujukan kpd orang dlm TV tu ( hantu perempuan yg kahwin dgn manusia lelaki )
3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini?
File Upload:
Visitor IP: 60.53.24.84

Salam Puan,

Dalam kes ini, ia tidak jatuh talak kerana ia tidak ditujukan @ dimaksudkan kepada puan untuk diceraikan. Ia hanyalah respond daripada apa yang ditonton. Oleh itu ia tidak menjatuhkan talak.

Ia sama seperti para ustaz yang mengajar di masjid tentang talak, ustaz tu selalu sebutkan 'aku ceraikan kau' bagi tujuan pengajaran kepada jemaah. Lafaz ini tidak ditujukan kepada isterinya,ia umum sebagai pengajaran Oleh itu, ia tidak menjatuhkan talak.

Terima kasih.


Powered by EmailMeForm



Soalan: Ragu Tentang Lafaz Kinayah Cerai

Nama*:mas
Alamat Email:masnita@yahoo.com.my
Tajuk*:Ragu Tentang Lafaz Kinayah Cerai
Message*:Assalammualaikum..ustaz
Saya ingin tanya tentang lafaz kinayah yg berkaitan dgn talak.
Saya dan suami bertengkar, suami marah2 dan tinggi suara dan berkata " kalau dah tak nak jaga anak, keluar (berambus) dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Jangan berani jejak kaki kat rumah ini lagi.." Suami berkata secara berulang.

Kemudian, bila suami dah reda...saya dan suami pun berbaik semula. Suami kata "Abang sayangkan awak. Jangan buat lagi tau.

Kemudian saya pun tanya suami; "Abang tadi cakap macam tu sbb nak beri amaran pada saya atau abg DAH TAK NAK SAYA LAGI ? Suami menjawab; "Bagi amaran. Abang sayang awak sangat-sangat la"

Soalan:

Adakah situasi tersebut blh terjadi jatuhnya talak @ cerai.

Mohon penjelasan ustaz

tk.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.24.84

Salam Puan,

Lafaz 'menghalau keluar rumah' adalah lafaz kinayah kepada cerai. Ia bergantung kepada NIAT suami ketika berkata demikian. Jika suami bermaksud CERAI, maka jatuhlah talak. Jika suami tidak niat cerai, sekadar suruh keluar sahaja, ia tidak menjatuhkan talak.

Dalam kes ini, jika suami telah menjelaskan ia tidak bermaksud cerai, maka tidaklah jatuh cerai berkenaan,

Tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib wanita yang sudah berkahwin

Nama*:nani
Alamat Email:nanishah@yahoo.com.my
Tajuk*:mandi wajib wanita yang sudah berkahwin
Message*:Salam...nak tanya...semasa mandi wajib, saya dapati di bahagian tengah puting payudara terdapat kesan atau tompok-tompok putih seperti ketulan lembut bewarna putih yang kelihatan macam daki biasa / daki susu. Adakah benda tersebut boleh menghalang air dari sampai ke kulit semasa mandi wajib? Mohon penjelasan dari ustaz.
Adakah sah mandi wajib saya ustaz?
Minta ustaz berikan contoh sifat benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit.
Terima Kasih.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.24.84

Salam Puan,

Maaf puan, saya tidak pasti ketulan putih itu apakah bendanya, Jika ketulan susu sahaja, ia tidaklah menghalang air terkena badan dan sahlah mandi berkenaan.

Benda yang menghalang air terkena badan @ kulit ialah benda yang berjisim, seperti sisik ikan, liquid paper, getah, gam dan sebagainya. Jika liquid paper ada di tangan, kena gosokkan bersih supaya titisan air sampai ke kawasan berkenaan.

Terima kasih.

Powered by EmailMeForm



Soalan: cerai

Nama*:azma
Alamat Email:azma198202@gmail.com
Tajuk*:cerai
Message*:Assalamualaikum, ustaz. Saya nak tanya tadi saya bergaduh dengan suami melalui telefon. Saya cakap lepaskan saya, Selepas itu suami cakap dia memang dah ada niat nak cakap untuk lepaskan saya tapi tak cakap lagi,  Kali kedua saya cakap lepaskan saya, suami cakap áwak akan dapat satu hari nanti'.
File Upload:
Visitor IP: 60.49.149.1

Salam Puan,

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana suami tidak mengucapkannya secara jelas.

Malah suami tidak ucapkan lagi lafaz talak @ cerai kepada puan. Ia tidak menjatuhkan talak..

*Kenapalah nak gaduh-gaduh.. bawalah bersabar dan saling hormat menghormati. Berendahlah dengan suami. Dia pasti gembira menerima puan...

Moga bahagia dan terima kasih.


Powered by EmailMeForm



Saturday, October 26, 2013

Soalan: mohon pandangan

Nama*:ct
Alamat Email:ctain987@yahoo.com.my
Tajuk*:mohon pandangan
Message*:Salam ustaz...
Saya nak tanya tentang mandi wajib..Saya mandi wajib guna shower..saya mandi dlm keadaan air yang mengalir...semasa saya mandi tiba tiba kepala saya terkena pada lubang2 shower. (kepala telah menutup lubang2 shower).
Kemudian dgn segera saya alihkan kepala saya.
Sah ke tak mandi saya ustaz...ini kerana dlm situasi tersebut , air shower itu sentiasa mengalir.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.30.38

Salam

Syarat mandi hadas besar ialah membasahkan ke seluruh anggota badan dengan air mutlak disertakan niat. Menggunakan shower adalah yang terbaik kerana peredaran airnya dari atas ke bawah.

Jika mandi dalam bath tab pun sah dengan syarat airnya cukup dua kolah ataupun kita bukakan air paipnya berterusan semasa mandi.

Pastikan air meratakan ke seluruh anggota, maka sahlah mandinya.

tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi wajib

Nama*:nurul
Alamat Email:nur19@yahoo.com.my
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Salam ustaz..nak tanya ni...
saya ni seorang suri rumah...hari-hari saya masak untuk suami dan anak2. Semasa goreng ikan..saya guna serbuk kunyit..bila saya basuh tangan saya...saya perasan ada kesan kuning dicelah2 kuku...Dan bilq saya makan lauk kari pun akan terdapat kesan warna dicelah kuku.
Soalan saya:
1.Sah tak wuduk saya jika terdapat kesan warna tersebut di celah kuku.
2. Bagaimana pula dgn mandi wajib saya..sah tak ustaz

tk.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.17.108

Salam.

Warna kunyit yang melekat di jari tidaklah menghalang air utk berwuduk dan madi. Oleh itu, wuduk dan mandi hadasnya adalah sah. Benda pepejal seperti liquid paper yang menghalang air itu yang perlu dibuang.. tk


Powered by EmailMeForm



Friday, October 25, 2013

Soalan: kahwin semula

Nama*:zaimah zahir
Alamat Email:
Tajuk*:kahwin semula
Message*:Assalamualaikum,
Suami telah menceraikan saya sebanyak dua kali. Kali pertama, lafaz dlm mahkamah. Kemudian kami rujuk. Kali kedua, melalui sms. Bermakna telah jatuh 2 talak ke atas saya. Sehingga kini, 6 bulan sudah berlalu. Saya sekadar ingin bertanya, sekiranya ditakdirkan suami melamar saya & kami berkahwin semula, adakah bilangan talak tinggal satu ? Bermakna 3 tolak 2... Saya rasa perlu fahami betul-betul bab hukum Allah ini dan tidak mahu ambil mudah kerana jika tersalah tindakan, dosa yg bakal menanti. Setelah apa yg berlaku, banyak menginsafkan saya utk lebih mendalami hukum agama. Mohon penjelasan ustaz. Syukran ya ustaz!
File Upload:
Visitor IP: 123.136.106.83

Salam Puan.

Alhamdulillah dan bersyukur atas keprihatinan puan dan kita bersama untuk mendalami urusan agama yang sentiasa ada kaitannya dengan hidup mati kita, dosa dan pahala. Semoga apa yang terjadi memberi kesan positif ke arah kita menghayati Islam sebagai cara hidup sebenar kita.

Mengenai cerai kali kedua, ia adalah sah dan jatuh talaknya. Soalan saya, adakah puan mengandung sekarang atau tidak? Jika mengandung bermakna puan masih berada di dalam edah sehinggalah puan melahirkan anak. Jika masih dalam edah, suami puan berhak merujuk pada bila-bila masa dan baki talaknya ialah satu. Dan yang satu itupun jika jatuh lagi, bererti tidak boleh dikahwinkan sampai bila-bila kecuali kaedah 'cina buta'.

Jika puan tidak mengandung dan telah tiga kali suci haid, bererti suami puan perlu bernikah semula dengan puan, bukannya kaedah rujuk lagi.

Suami perlu memberikan mahar kahwin, keizinan wali, dan diadakan majlis akad nikah baru.

Setelah itu, perkiraan cerai dan talak kembali kepada satu, dua dan tiga; yakni boleh talak satu, talak dua atau talak tiga sebagaimana di awal perkahwinan dahulu.

tk



Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 22, 2013

Soalan: Takliq rajie dan rujuk

Nama*:shaharudin bin bakar
Alamat Email:shaharudinbakar@rocketmail.com
Tajuk*:Takliq rajie dan rujuk
Message*:Talak rajie telah jatuh pada 22 Jun 2012 kerana isteri telah melanggar taklik "sekiranya keluar dengan orang lain maka jatuh talak". Dua atau tiga hari selepas dia pulang ke rumah kami bersemuka disaksikan keluarga ibu mertua, adik kandungnya dan anak-anak. Isteri menidakkan melanggar taklik tersebut maka saya berpendapat talak tidak terjatuh. Selepas itu kami anak beranak berpelukan mungkin kerana sebak. Isteri jatuh pengsan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan menerima rawatan.

Dalam masa menunggu rawatan lanjut saya sempat melafaskan "Walau apa pun yang berlaku mama masih tetap isteri abang". Isteri hanya diam. Keesokan harinya kami bersama semula sebagai suami isteri dan melakukan persetubuhan dan hidup kami berterusan begitu sama ada isteri ke tempat saya di Melaka mahu pun saya pulang ke Meru.

Rujuk berlaku semasa Isteri berada dalam awal edah dan masih suci dari haid.

Sehinggalah pada 28 Jun 2013 selepas solat magrib berjemaah isteri telah membuat pengakuan bahawa taklik 22 Jun 2012 telah dilanggar dan bukan itu sahaja, isteri mengaku melakukan zina bersama lelaki ketiga.

Allah maha pengasih dan penyayang dan siapalah saya untuk menghukum.
Saya telah memaafkannya dan membimbingnya taubat nasuha beberapa malam. Saya juga mengambil keputusan untuk mengesahkan jatuhnya talak di Mahkamah Rendah Syariah Klang,Selangor.

Semasa kes dijalankan saya masih bingung dan menghadapi pelbagai tekanan. Saya tidak menjelaskan apa yang telah berlaku selepas 22 Jun 2012. Saya seperti bingung apabila yang Arif menganjurkan soalan "Ada apa- apa yang mahu dijelaskan" dan jawapan yang keluar dari mulut saya sendiri adalah "Tiada yang Arif". Maka sah jatuhlah talak rajie tersebut dengan talak 2 juga oleh kerana terlalu lama disimpan rahsia maka edah pun telah lama habis. Surat Pengesahan Cerai akan dikeluarkan dan saya masih lagi belum mengambilnya kerana masih bingung. Saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk memberikan saya kekuatan dan tidak mengikut bisikan syaitan.

Saya pohonkan semuga permasalahan ini terungkai bagi menjelaskan kedudukan saya dan isteri yang sebenar.
File Upload:
Visitor IP: 218.111.201.82

Salam Tuan Shaharudin

Mungkin ada beberapa perkara yang perlu saya dapatkan penjelasan lengkap dalam kes ini. Ini yang saya cuba huraikan berdasarkan apa yang saya faham.

Sejauh apa yang saya faham, tuan Shaharudin telah membuat lafaz taklik pada 22 Jun 2012. Lafaz takliknya berbunyi; sekiranya keluar dengan lelaki lain, jatuhlah talak.' Pada peringkat awal, isteri tidak mengaku dia melanggar taklik dan tuan puan masih kekal sebagai suami isteri.

Saya tidak faham apabila tuan menyebut: "Rujuk berlaku semasa Isteri berada dalam awal edah dan masih suci dari haid." Pada saya, bila tidak ada cerai, tidak adalah rujuknya.

Namun selepas Maghrib 28 Jun, isteri tuan membuat pengakuan dia telah melanggar taklik setelah dia keluar dengan lelaki lain dan berzina.

Di sini saya berpendirian bahawa taklik yang dilafazkan pada 22 Jun telah jatuh dan terjadilah TALAK ke atas isteri tuan. Bererti talak telah jatuh bermula pada hari isteri tuan melanggar taklik dan tuan hanya tahu pada tarikh 28 Jun sahaja. Ini bermakna, tuan boleh merujuknya kembali hanya setelah tuan tahu talak itu jatuh, baharulah boleh dirujuk (pada 28 Jun itu atau selepasnya selagi tempoh edah ada).

Jika tidak jelas, mungkin tuan boleh hubungi saya 013-7759965 atau bertanyalah kepada mereka yang arif.

terima kasih.





Powered by EmailMeForm



Sunday, October 20, 2013

Soalan: bapa tidak solat

Nama*:anak
Alamat Email:
Tajuk*:bapa tidak solat
Message*:assalamualaikum..

ustaz saya hadapi sedikit kecelaruan ingin bertanya kepada ustaz..bukan niat utk membuka aib bapa saya tapi ingin menanyakan kemusykilan .

saya tinggal bersama keluarga sehingga sekarang. sampai kini dia tidak solat ustaz. dari saya kecil sampailah saya berumur 28 tahun boleh dibilang dengan jari shj dia solat.

alhamdulillah kami adik beradik tidak mengikuti cara beliau. bapa saya walaupn tidak solat tp menjalankan tanggungjawab sebagai seorg bapa tidak pernah loket ttg duit. apa shj anak atau cucu2 minta mmg akn ditunaikan.

dia juga punyai hobi yg agak malu utk saya nyatakan..menonton benda2 lucah melampau. ya Allah luluhnya hati saya punyaa. dari kecil lg mmg dia gemar melihat video2 sebegitu, dulu sewa tape sekarang mula dgn internet.
utk pengetahuan ustaz juga bapa saya pandai 'berlakon' d depan org lain. suka berceramah agama, obses dgn imu2 mengenal diri yg dia tuntut dl dgn seorang guru. tapi bila berseorangan mula mennton benda yg tidak senonoh itu.

hanya saya yg terserempak sbb tinggal bersama. adikberadik yang lain sudah berpindah keluar bersama keluarga masing2. sayalah yg mengajar beliau dgn dunia internet. sbb dia bg dgn alasan mahu mendengar ceramah2 agama.

memamg dia juga mendengar ceramah2 itu tp diselangi dgn benda2 lucah itu semua.

satu ketika saya sudah tidak tahan, saya tegur kata cukuplah jgn nonton lagi. tp dia kata mana ada, dia nak dgr orang mengajar ceramah. sdangkan saya boleh check history pada browser apa yg dia tonton. luluh hati saya dia menipu dan berasalan dgn agama.mudah sungguh mulut dia berkata tidak takut pd Allah.

bila dia kata begitu saya abaikan sampailah beberapa hari lepas ustaz. dia masih lagi menonton video2 tersebut pada hari raya aidiladha. suara berkumandang azan raya tp dia asyik dgn televisyen. (tv saya boleh akses internet dan agak besar boleh lihat melalui biasa cermin rumah apa yg dilihat).

saya terkeluar kata2 yg agak tinggi kali ini depan2 ibu saya. saya kata yg bapa tgk video seks terus saya cabut wayar internet. ibu saya hanya diam dan buat cam biasa bila adik beradik lain sampai rumah beraya.

dia orang buat cam biasa tiada apa2 berlaku, dan bapa saya dgn mudah mula nak berceramah agama depan2 mereka.YA ALLAH...nilah yg kali ke sepuluh yg saya tegur. dan inilah yg paling pertama saya bertindak begitu.

tp dia selamba tanya menantu cara nak pasang balik internet. semua org tertipu.

saya rasa agak tawar hati utk bercakap mesra dgn dia ustaz. sbb penuh penipuan. Dia juga tidak mahu bercakap dgn saya dan bg duit utk perbelanjaan harian. adakah utk duit sy terpaksa menghalalkan benda2 yg haram?

saya tidak dpt react biasa ustaz. ibu saya juga diam. adakah saya berdosa...

bagaimana saya mahu buat biasa cam org lain cam tiada perasaan. ikutkan hati saya mau saja berpindah.
File Upload:
Visitor IP: 210.186.53.5

Salam

Saudara bertuah kerana masih punyai seorang bapa untuk berteduh dan (bergaduh).. hehe.. op maaf yer..

Beginilah. Kewajipan kita sebagai anak ialah memberi nasihat dan teguran. CUaba membantunya dalam urusan agama dan kehidupan. Cuba membawanya ke arah yang lebih baik, namun lebih daripada itu adalah hak Allah sebagai penentu. Alah bukakan jalan hidayah, maka akan terbukalah hijabnya untuk kembali ke jalan Allah.

Pada saya, sebaik-baik anak iaha yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Dolah setiap waktu solat dan setiap kali terlintas di minda kita. Doalh agar dia boleh berubah dan menjadi lebih baik.

Jiak berpeluang, bawalha dia berjalan-jalan sambil pasankn cd cerama atau apa-apa yang sesuai untuknya lebih insaf dan sedar. elok kalau kita membawnya menziarahi orang miskin, anak yatim yang mungkin boleh melentur jiwanya.

Penting sekali ialahdakwah kita usah terkesan sehingga kia membelakangkan ibu bapa, membuatkan hubungan terputus kerana ia akan menjadi benteng dakwah yang hendak disampaikan. Jadikanlah mereka sbg kawan dan rakan baik yangboleh dirunding dan dibincang..

Doa dan tawakal sentiasa.

tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz cerai ke tidak?

Nama*:linda
Alamat Email:lindee67@gmail.com
Tajuk*:Lafaz cerai ke tidak?
Message*:Assalamualaikum Ustaz!
Saya ada kemusykilan tentang sama ada jatuh talak ke talak dalam kes saya di bawah....

Suami saya menunggu saya di bilik kerana dia ingin melakukan hubungan kelamin. Pada masa itu saya sedang mencari informasi berkenaan hotel kerana saya dan anak akan pergi ke Seoul, Korea. Lepas itu saya terdengar yang suami saya macam sedang mengemas sesuatu di bilik...tempat penyangkut baju di bilik patah....jadi dia nak angkat dan buanglah.

Tiba2 dia datang ke meja komputer di mana saya berada dan berkata" Aku ingat aku nak ceraikan engkau. Aku tunggu punya lama di bilik engkau tak datang".(Suami saya kalau masa dia marah dia akan menggunakan perkataan aku dan engkau).

Jadi, saya bingung adakah jatuh talak ke atas saya ustaz? Saya beritahu dia yang saya hendak pergi ke pejabat agama untuk bertanya dan mengajaknya sekali.Tapi dia kata dia tak ada niat untuk menceraikan saya. Saya ada baca di laman web...lafaz cerai hendaklah jelas seperti " Aku ceraikan engkau".....tapi dalam kes ini ada perkataan "ingat nak ceraikan"....itulah sebabnya saya tak pasti ustaz. Mohon dijelaskan ya ustaz.

Terimakasih banyak ustaz dan assalamualaikum!
File Upload:
Visitor IP: 210.187.180.53

Salam..

Tuuu la puan.. lain kali kalau suami ajak tu, cepat-cepat je ikut.. jangan dibiarkan suami yang mahu, nanti moodnya hilang dan marah yang mendatang...

Dalam kes ini, ia tidak jatuh talak kerana lafaznya jelas menyebut; 'Aku ingat aku nak' yang membawa maksud ada batasan waktu lagi untuk dijatuhkan talak.

Selamat menjaga suami puan.. hehe..




Powered by EmailMeForm



Thursday, October 17, 2013

Soalan: berborak dengan suami mengenai hal penceraian kakak

Nama*:nana
Alamat Email:nana199@yahoo.com.mu
Tajuk*:berborak dengan suami mengenai hal penceraian kakak
Message*:Salam ustaz..
Saya ingin bertanya kpd ustaz mengenai situasi saya ini.
Saya dan suami berborak mengenai hal penceraian kakak saya.
Dalam berborak itu suami ada bertanya kpd saya seperti :
> Dah cerai ke?
> bila cerai?
> Dia minta cerai ke fasakh?
Kemudian saya pun jawab semua yg suami tanya tu.
Adakah boleh jatuh talak terhadap saya jika suami bertanya seperti itu kpd saya?
Dan boleh jatuh talak ke bila kami hanya berborak dan bercerita mengenai hal penceraian orang lain?
File Upload:
Visitor IP: 60.53.26.171

Salam.

Soal jawab seperti itu tidak menjatuhkan talak kerana ia lebih kepada penjelasan hal orang lain yang tiada kaitan dan tiada niat utk bercerai..

tk



Powered by EmailMeForm



Monday, October 14, 2013

Soalan: kemusykilan kta cerai

Nama*:ida
Alamat Email:sitisyahida93@gmail.com
Tajuk*:kemusykilan kata cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz adakah jatuh talak jika suami bertanya pada saya kalau cerai tu kena panggil ustaz datang rumah ka. Saya hanya jawap tidak tahu. Kena tanya org yg lebh pandai. Suami hanya berkata ohh.. Kemudian suami bertanya pada ipar apa hukumnya kalau bercakap bab cerai dgn isteri. Ipar kata jatuh talak satu sedangkan suami tidak bermaksud ceraikan saya. Ipar memberi tahu ibu dan ibu sarankan ke pejabat agama. Pejabat agama minta kami berpisah tempat tidur sementara...sehingga hakim jatuhkan keputusan. Jadi boleh ustaz jelaskan....
File Upload:
Visitor IP: 183.171.161.5

Salam Puan Ida.

Minta maaf terlebih dahulu kerana gaya menaip puan adalah tulisan ringkas sms, yang seharusnya kita tidak gunakan dalam tulisan seperti ini. Gunakanlah tulisan yang penuh perkataannya dan peliharalah bahasa kita sebagaimana kita sayangkan diri dan keluarga kita juga. Saya mengambil masa untuk mengedit pertanyaan puan di atas. Mohon maaf.

Perbualan antara suami isteri tidaklah menjatuhkan talak kecualilah suami menegaskan 'aku ceraikan engkau'.  Jika benar perbualan seperti di atas, ia tidak sesekali menjatuhkan talak.

Tindakan Pejabat Agama mungkin langkah terbaik bagi mendapatkan penjelasan benar daripada apa yang berlaku.

Terima kasih.

Powered by EmailMeForm



Sunday, October 13, 2013

Soalan: KEPASTIAN TALAK

Nama*:nadya
Alamat Email:faranadia@sisa.my
Tajuk*:KEPASTIAN TALAK
Message*:Salam ustaz,

Saya ingin dapatkan kepastian daripada ustaz.

Beberapa hari yg lepas, berlaku perselisihan faham antara saya dan suami (seorang yg cemburu). Perselisihan faham antara kami berlarutan sejak seminggu yang lepas sebelum saya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah selepas waktu bekerja pada hari Rabu yg lalu. Hal ini kerana saya terasa hati apabila suami mengeluarkan perkataan "kenapa engkau tidak berambus je sejak bertunang dulu".

Perkataan itu menyebabkan saya membuat keputusan untuk pulang ke kampung tanpa memaklumkan tindakan saya itu sama ada pd kakak atau ibu saya. Akan tetapi suami tetap memujuk saya selepas saya membuat ugutan untuk memfailkan cerai. Kerana ego dan marah saya pada masa itu, saya tidak jawab panggilan telefon daripada suami mahupun ahli keluarga. Sehingga jam 8 malam, saya masih tidak pulang. Suami bertambah risau kerana saya tidak pernah buat perkara seberani ini.

Suami pun menghubungi kakak saya yg tinggal berhampiran dgn rumah saya. Abang ipar saya yang menjawab panggilan itu. Dalam keadaan marah, risau kerana kehilangan saya, menyebabkan suami tanpa niat, tanpa sedar mengeluarkan perkataan "kalau macam gini terus dalam 5 minit pun boleh jatuh talak 3".

Adakah talak telah jatuh ke atas saya?  Tetapi suami begitu yakin yg dia bukan menujukan atau berniatkan ke atas saya. Saya berjumpa dgn beberapa ustaz yg menyatakan talak tidak jatuh. Tetapi atas desakan keluarga kedua-dua belah pihak, kami diminta utk ke pejabat agama. Saya inginkan kepastian bagi pihak sy krn saya sayangkan pernikahan kami yg baru sahaja berusia lima bulan. Mohon penjelasan ustaz.

Terima kasih..
File Upload:
Visitor IP: 10.10.11.130, 10.10.11.130, 127.0.0.1

Salam Puan, agak lama juga saya mengedit tulisan berbentuk SMS yang puan gunakan dalam persoalan ini. Sebaiknya kita menggunakan tulisan yang betul dan lengkap kerana kita sayangkan bahasa kita seperti mana kita sayangkan diri kita dan keluarga kita juga.

Kenyataan suami; 'kalau macam gini' yang dikaitkan dengan talak tiga menggunakan KALAU. Kalau adalah suatu yang tidak pasti. Oleh itu, pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak. Talak akan terjadi bila lafaz cerai yang disebut secara langsung tanda ada perkaitan dengan sesuatu seperti AKAN, KALAU, NANTI dan sebagainya.

Terima kasih.


Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah ayat ni adalah lafas niat cerai

Nama*:hazama
Alamat Email:hazama.abdhalim1983@gmail.com
Tajuk*:adakah ayat ni adalah lafas niat cerai
Message*:Jika suami isteri sedang berkonflik dan terkeluar ayat dr si suami pd isteri..."kita settle di mahkamah shj...." adakah ayat ni di kira sbg lafaz cerai\talak
File Upload:
Visitor IP: 115.164.238.58

Salam..

Ayat seperti ini tidak membawa maksud cerai dan tidak ada perkataan cerai secara jelas dilafazkan untuk membawa makna cerai. Ia tidak menjatuhkan talak.

tk


Powered by EmailMeForm



Thursday, October 10, 2013

Soalan: Kemusykilan tentang lafaz

Nama*:Mohd syahreel
Alamat Email:syahreel.idzwan@gmail.com
Tajuk*:Kemusykilan tentang lafaz
Message*:Assalamualaikum ustaz.saya ada sedikit kerisauan.tadi saya jumpa bos untuk minta sign beberapa borang kiriman wang.borang tu mempunyai beberapa salinan kertas karbon yang melekat dan berlapis.so utk mudahkan bos menandatangani borang tersebut tanpa beliau terselak-selak helaian borang itu,saya beritahu kepada beliau,biar saya ce***kan set borang tersebut kepada beberapa set.saya cakap secara spontan sahaja ustaz dan menggambarkan kepada bos apa yang saya ingin lakukan untuk memudahkan kerja beliau.

Masalah saya sekarang ni,saya jadi risau kerana saya ada cakap perkataan ce*** itu.saya akui saya cukup trauma dan fobia dengan perkataan itu.

Adakah lafaz tersebut diambilkira?
File Upload:
Visitor IP: 183.171.161.146

Salam Sdr.

Ce***kan itu ialah CERAI kah?

Perkataan cerai dalam bahasa Melayu ada banyak maksudnya. Cerai suami isteri ialah berpisah atau TALAK. Ceraikan kertas bermaksud pisahkan kertas-kertas kepada beberapa bahagian.

Tindakan saudara ialah menceraikan kertas untuk ditandatangani oleh bos. Ia tiada kaitan langsung dengan ceraikan isteri saudara. Tidaklah perlu saudara kaitkan semua benda dengan cerai talak suami kepada isteri.

Elok saudara nyahkan keraguan dalam diri, keraguan dan was-was yang perlu dirawat.

tk

Powered by EmailMeForm



Friday, October 4, 2013

Soalan: suami lafaz depan anak tirinya kepada saya 'aku ceraikan kau dengan ta

Nama*:Ana
Alamat Email:madam_roxhana@yahoo.com
Tajuk*:suami lafaz depan anak tirinya kepada saya 'aku ceraikan kau dengan talak tiga'.
Message*:Salam , saya ingin mengadu dan bertanya tentang kemusykilan saya sejak beberapa bulan yg lalu.

Pada suatu petang ketika saya, suami dgn anak lelaki saya (dari perkahwinan dahulu) yg berusia hampir 11 tahun, suami memarahi anak saya kerana ada kesilapan yg dia buat, tetapi cara suami menegur tidak kena kerana memaki hamunnya dengan kata-kata kesat dan hina. Saya tidak tahan dan cuba menjawab kerana ingin suami berhenti daripada mengeluarkan kata kata seperti itu. ini menaikkan kemarahan nya, dan dalam pergaduhan mulut itu saya ada juga mengatakan perasaan hampa saya terhadapnya dan mengesyorkan kami berpisah jikalau dah tak serasi macam tu. dan dia pun terus cakap, 'kau nak betul-betul bercerai dgn aku ke?'. ok, aku ceraikan kau dengan talak tiga'. dan dia mengulanginya sebanyak dua kali disaksikan oleh anak lelaki saya.

Anak lelaki saya hanya diam dan saya pula tergamam. suami saya mempunyai kecederaan di bahagian kepala kerana terlibat dalam kemalangan dan kerap mengulangi ucapan kata kata kalau dia bercakap, jadi mungkin sebab itu lafaz cerainya kepada saya diberitahu sebanyak dua kali.

Soalan saya, adakah lafaz cerai itu sah?. saya ada bertanya kepadanya selepas itu, dan dia kata dia tiada niat dan dia kata jika lafaz tiada niat, tak akan jatuh talak. Kami masih hidup seperti suami isteri normal. Kami dikurniakan anak perempuan dua tahun.

Tolong bantu saya. terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 118.100.151.243

Salam puan, maaf kerana lambat membalasnya.

Menurut pendapat saya, lafaz talak ini adalah sah dan jatuh talak tiga kerana suami menyebutnya dengan jelas'' (ok, Aku cerai engkau dengan talak tiga).

Pendapat yang sama dikemukakan Usta Zainuddin (UiTM Johor);

Apabila suami melafazkan cerai tiga sekaligus, menurut jumhur ulama (termasuk mazhab Syafii) berlaku dan sah talak tersebut. (jatuh talak tiga)

Suami tidak dibenarkan lagi mengahwini bekas isterinya sehinggalah bekas isterinya berkahwin lain (serta bersetubuh) dan kemudian bercerai dengan suami baru dan tamat iddahnya. Maka dia boleh mnegahwini bekas isterinya dengan akad dan mas kahwin baru.



Sila rujuk kes ini ke pejabat agama bagi mendapat kesahan status puan dan suami puan.

Terima kasih.

 



Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 1, 2013

Soalan: lafaz cerai

Nama*:Nabilah
Alamat Email:noname_bell@ymail.com
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum.. saya ingin bertanya adakah sah lafaz cerai jika suami berkata 'kalau saya ceraikan awak pun tidak selesaikan masalah juga' dalam keadaan marah..adakah kami sah bercerai??
File Upload:
Visitor IP: 27.0.7.46

Salam.


Lafaz seperti ini tidak menjatuhkan talak kerana adanya lafaz KALAU, yg memberi maksud belum buat lagi. Cuma tidak wajar bermain dng kata-kata cerai atau talak.. bersabarlah..

tk

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA