Monday, September 9, 2013

Soalan: lafaz talak

Nama*:mohd
Alamat Email:pacer_sk803@yahoo.com
Tajuk*:lafaz talak
Message*:Assalamualaikum ustaz
Satu mlm sy dan isteri berbincang tentang hal nikah dan cerai. Isteri bertanyakan tentang lafaz cerai, lalu sy menerangkan tentang hal cerai ini, sy memberi tahu lafaz cerai seperti ini "aku ceraikan engkau". selepas itu sy membuka buku feqah, sy menerangkan dengan lebih mendalam tentang lafaz sarih dan kinayah padanya.Tujuan kami pada malam itu tak lain dan tak bukan sekadar untuk berbincang dan mengingat kembali ilmu feqah (nikah dan cerai).Timbul keresahan di hati saya adakah lafaz yg sy katakan td menyebabkn jatuhnya talak terhadap isteri sy. Kefahaman sy lafaz sarih ini tanpa niat sudah cukup jelas jatuhnya talak terhadap isteri.
File Upload:
Visitor IP: 113.210.133.242

Salam.

Dalam kes ini ia lebih merupakan satu penjelasan atau pengajaran yang dilafazkan tanpa sebarang niat untuk cerai. Ia tidak menjatuhkan talak.

Ia seperti juga ustaz atau penceramah di masjid yang bercerita ttg cerai dan talak, tentunya ada lafaz 'aku ceraikan engkau'.. ia tidaklah menjatuhkan talak...

tk


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.