Nama*: | syahreel idzwan |
Alamat Email: | syahreel.pincer@gmail.com |
Tajuk*: | lintasan hati dan was-was |
Message*: | assalamualaikum ustaz,
Saya kerap diganggu dan selalu teringat perkataan-perkataan buruk berkaitan hal kahwin ini..
Saya dan isteri saya duduk berjauhan..saya di ipoh dan isteri saya di bangsar..apabila setiap kali bersama isteri, akan ada gangguan di fikiran ataupun lintasan hati..seolah benda itu mendorong saya untuk melafazkan kata yang tidak pernah saya terlintas di hati dan saya tiada niatpun..saya dapat rasanya lintasan atau ingatan tu datang dan apabila terjadinya perkara sebegitu, saya mula rasa was-was dan hati ni rasa berdebar..
Apabila tinggal berjauhan ini, kami selalu berhubung melalui telefon sahaja..sebagai contoh, apabila isteri menelefon atau pun saya yang menelefon dia, masa tu juga akan teringat perkataan buruk dan seperti mendorong saya utk melafazkan kepada isteri saya..saya jadi cemas jika dari ingatan tu akan terkeluar dari mulut saya..sedangkan memang saya tidak berniat..secara amnya, apabila dengan isteri, akan ada lintasan atau gangguan tersebut..
Lintasan itu memang mengganggu hidup saya dan untuk pengetahuan ustaz, apabila saya duduk bersendirian mahupun sedang bekerja, lintasan ini datang juga..ia akan mengingatkan saya benda-benda buruk seperti teringat perkataan atau lafaz itu..saya berusaha untuk cuba lupakan, ingatan ataupun lintasan itu pasti akan datang..
Saya ada berubat dengan seorang ustaz dari Pejabat Agama Islam tapi benda tu tetap mengganggu..ustaz tersebut beritahu saya suka memikirkan perkara itu dan suka melayan ingatan itu..saya dah cuba utk lupakan akan tetapi ia datang juga tidak kira masa..
Saya juga ada penyakit was-was dan dengan was-was itulah, hati saya rasa berdebar, tidak senang duduk dan kepala mula fikir perkara yang bukan-bukan..saya dapat rasakan yang saya suka bercakap di dalam hati berkaitan lafaz akan tetapi ia lebih kepada membuat penilaian terhadap lafaz tersebut, suka fikir benda buruk dan itulah masalah saya..apabila bercakap dalam hati, kemudian saya akan memikirkannya dan pada masa itulah, saya akan rasa tidak keruan..rasa takut..dan was-was itu akan datang..saya cuba lawan..makin dilawan makin teruk jadinya..
Saya sayang perkahwinan saya ini dan saya tidak pernah terfikir benda-benda macam ini terjadi pada saya..
Apa yang patut saya lakukan ustaz? Untuk pengetahuan ustaz, saya selalu amalkan ayat qursi, 3 Qul dan berzikir..
Lintasan atau gangguan ini betul-betul mengganggu hidup saya..saya risau lintasan ataupun benda buruk yang selalu mengganggu fikiran saya ini akan mendatangkan kesan kepada perkahwinan saya..
Adakah ianya lintasan atau bukan? Jika lintasan, saya tidak pasti sama ada lintasan itu di hati ataupun di kepala saya ini? Cuma ia kerap mengganggu fikiran saya..saya memang inginkan kepastian..mohon ustaz dapat beri panduan berguna kepada saya bagi menangani lintasan atau gangguan ini.
terima kasih ustaz..
assalamualaikum.. |
File Upload: | |
Visitor IP: 1.9.55.121
Salam Saudara Syahreel.
Gangguan seperti ini adalah mainan syaitan dan iblis untuk merosakkan hubungan kekeluargaan saudara. Ia semakin teruk an menjadi lebih buruk apabila saudara melayan dan tidak mahu menafikan lintasan yang datang berulang kali.
Apa yang perlu -maaf pada pandangan saya yang kurang arif- ialha kita perlu punyai kekuatan dalaman untuk menangkis setiap lintasan yang datang mengganggu. Kekuatan dalaman bermula dengan ketegasan diri untuk mengatakan IYA atau TIDAK pada sesuatu perkara. Kekuatan dalaman boleh diperolehi dengan banyaknya kita berzikir, meneladani al-Quran, menjauhi perbuatan keji dan maksiat.Saudara boleh cuba dengan zikir Ya Hayyun Ya Qayyum, Lahaulawala quwwata illa billah dan lain-lain.
Cuba hilangkan fokus kepada isu yang dibangkitkan (TALAK) tetapi fokus kepada pekara lain yang lebih utama. Berkahwin bukan untuk bercerai.
Perkahwinan jarak jauh banyak ujiannya. Jika perlu diusahakan untuk duduk serumah, sekali, itu yag lebih baik.
Berdoalah kepada Allah atas kekurangan kita ini..
Tk
Powered by EmailMeForm