Nama*: | Hamba Allah |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Rujuk ketika proses mahkamah |
Message*: | Salam Ustaz, Soalan saya seperti situasi di bawah; Ketika mendaftar untuk pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah, pegawai bertugas menyarankan sepasang suami isteri supaya pergi rujuk di hadapan Pegawai Nikah Cerai dan Rujuk di pejabat agama daerah memandangkan kes "lafaz cerai secara bergurau". Pasangan akur dan suami lafaz rujuk di hadapan pegawai di pejabat daerah beberapa hari selepas itu sedangkan ketika itu proses mahkamah masih berjalan dan masih tidak diketahui keputusannya samaada jatuh talak atau tidak? Beberapa minggu selepas itu mahkamah sahkan bahawa talak 1 telah jatuh. Soalan saya, ADAKAH SAH RUJUK TADI YANG MANA IA DI LAFAZKAN DI SAAT MASIH TIDAK DIKETAHUI KEPUTUSANNYA SAMA ADA JATUH TALAK ATAU TIDAK? |
File Upload: |
Salam,
Lafaz rujuk itu adalah sah pada pendapat saya. Ini kerana
lafaz cerai itu telah terucap hanya hukumnya tidak dipastikan sama ada sah atau
tidak. Dan rujuk itu amat perlu disegerakan pada ketika itu kerana keinginan
mereka untuk berdamai dan bersatu kembali sebagai suami isteri yang
menghalalkan hubungan mereka.
Maaf, itu pendapat saya.. tk..
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.