Sunday, June 23, 2013

Soalan: lafaz talak

Nama*:nur
Alamat Email:negativevisual@gmail.com
Tajuk*:lafaz talak
Message*:Assalamualaikum Tuan..

suami saya ada menjalinkan hubungan dengan wanita lain...
dia menyatakan pada wanita tersebut "saya dan isteri sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi"
suami saya menyatakan ayat itu berulang-kali untuk menyakinkan kekasihnya bahawa dia sudah duda..
Persoalan saya adakah jatuh talak ke atas saya?
adakah dikira kiraan satu talak bila setiap kali dia melafazkan ayat tersebut?


saya menjadi risau bagaimana kah status saya sbg isteri.
perlukah saya ke pejabat agama untuk membuat pengesahan talak sekiranya jatuh talak.

saya telah mengajukan pertanyaan pada suami adakah apa yang disebutnya itu dia berniat menceraikan saya, katanya dia tidak berniat.

Mohon penjelasan.
nur
File Upload:
Visitor IP: 175.142.229.91

Salam,

Pengakuan dan penjelasan suami seperti ayat di atas tidak menjatuhkan talak. Ia tiada penegasan pada CERAI atau TALAK.

Jangan ulangi lagi.. tak baik bermain dengan lafaz talak..

tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: Terlafaz seorang diri

Nama*:S-roll
Alamat Email:
Tajuk*:Terlafaz seorang diri
Message*:Salam ustaz,

Adakah jatuh talak kepada isteri sekiranya suami terlafaz secara tak sengaja "saya cerai kau" ketika bersendirian tanpa tujukan lafaz tersebut kepada isteri dan tanpa niat menceraikan isteri tetapi sekadar untuk menunjukkan kepada dirinya sendiri perbezaan antara lafaz dan niat.

Oleh kerana ia lafaz soreh,datang was-was..ragu-ragu.. datang suara2 halus dalam kepala.."memang la kau takde niat..entah2 pada masa tu kau tujukan lafaz tu pada isteri kau..sapa tau kan..lafaz soreh walaupun takde niat ..tetap akan jatuh kalau dituju pada isteri.." Subhanallah.. Bagaimana untuk yakinkan semua ini drpd syaitan ustaz? Padahal hati kuat mengatakan tiada apa yang terjadi..tapi was-was ini tetap datang.
File Upload:
Visitor IP: 65.49.14.88

Salam

Jika saudara tersebut (terpancul) suara seperti itu tanpa niat ia tidaklah menjatuhkan talak.

Saudara perlu kuatkan iman, banyakkan zikir dan kebergantungan kpd Allah, elakkan drp terganggu dng bisikan syaitan.

Perlukan keyakinan diri yang tinggi..

tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz rujuk

Nama*:Effa
Alamat Email:asyila@fpsoventures.com
Tajuk*:Lafaz rujuk
Message*:Salam Ustaz,

Saya ingin bertanya adakah sah lafaz rujuk jika isteri tidak mendengar langsung lafaz rujuk yg di lafazkan oleh isteri
File Upload:
Visitor IP: 175.143.4.50

Salam.

Lafaz rujuk yang dilafazkan oleh suami adalah sah walaupun tidak didengar oleh isteri..

Sah rujuknya,
tk


Powered by EmailMeForm



Saturday, June 22, 2013

Soalan: talak melalui sms

Nama*:alya
Alamat Email:coklatgincoo@yahoo.com
Tajuk*:talak melalui sms
Message*:asslamualaiku.
saya nak tya berkenaan status lafaz talak suami saya melaui sms.
2bln slpas pkahwinan kami, kami brgduh..puncanya sbb sy tumpang adik utk balik ke kolej kediaman universiti sy (kami tnggal berasingan krn sy sedang meneruskn pengajian di utara) suami pula bkerja di k.l..dlm perjalanan sblm hntar sy ke kolej, adik ajk sy temankan dia beli buku..slpas tue dia ajk sy tgk wyg..sy pn xfkir suami akn mrah n halang..sebab sy cuma tgk wyg dgn adik.tp lpas sy sms dia yg sy dh beli tiket dan dah msuk wyg,,,dia terus mgamuk n ckp klau sy tk balik, tgk la ape akn dia buat...slpas balik, mlm tu sy sms suami dan kmi bertengkar sbb sy nak dia faham dan dengar penjelasan saya.tp dia seolah2 tak nak dgr ap2 pnjelasan sy..kmudian sy msg dia.ni antara perbualan sms kami:

saya:kalau abg rsa dah xboleh hdup dgn syg, abg igt apa yg mama pesan hari prtama dia nak lepaskan syg balik dgn abg...kalau tak nak anak mama, tlg pulangkan mcm mna abg ambil..scara baik.."
suami:"ok..ko nak sgt cerai kan..k, kta cerai"
saya: abg sedar tak apa yg abg ckp ney?abg twu tak bnda ni xboleh buat maen2..
suami: ko igt aku maen2 ke? aku dh lme sbar dgn sikap ko..skrang aku tya ko, ko nak atau tak cerai..jwb nak or tak je!
saya: syg tak nak...syg mntk maaf dan janji xkan sakitkan hati abg and ikut smua ckp abg lps ney...syg taw syg salah..
lps beberapa lma baru suami sy bls
suami: "untuk ape lg mntak maaf..dah tak guna..kita dah cerai pun"
lps dr tue sy call dia n mnangis n mntak maaf...dia terus marah sy n lpas dr tu kmi jrg sms..dia cuma akn rply msg2 pnting sy...
kmi tak berjumpa sehingga bulan may..kemudian dia balik utk cuti pilihanraya..dan kami terus bersama mcm biasa.tp yang merunsingkan saya,sy baru menyedari,yang sy telah 3x suci dlm tempoh dia lafaz cerai melalui sms tu..dan sy takut sekiranya talak telah jtuh wktu itu,kmi sepatutnya merujuk akad yg baru..dan sy risaau sekiranya wktu kmi bersama slps tu dikira sbg berzina..
mohon penjelasan segera
File Upload:
Visitor IP: 124.82.119.182

Salam.

Perkara ini saya rujuk kepada Ust Zainudin, rakan saya sepejabat. Pendapatnya seperti berikut;

Berdasarkan maklumat di atas, maka cerai tak berlaku.

Cerai berlaku apabila suami melafazkan seperti "Aku ceraikan engkau dengan talak satu". Dan suami berniat untuk cerai.

Sekiranya lafaz umum, seperti aku cerai.....(siapa?) maka talak tidak jatuh.

Saya juga berpendapat demikian, kerana lafaz cerainya itu masih tergantung atau tidak jelas untuk menyatakan 'Aku ceraikan engkau', sebaliknya ia ayat pernyataan; kita dah bercerai' yang tidak menggambarkan talak.

Itu pendapat kami n terima kasih.

Tapi kena berhati-hati dgn perkataan cerai..

tk
 


Powered by EmailMeForm



Soalan: Pertanyaan tentang Nas

Nama*:msa
Alamat Email:
Tajuk*:Pertanyaan tentang Nas
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Bolehkah Ustaz huraikan nas ini;

Nas dari kitab I'anah al-Talibin oleh S. al-Bakri, juz 4, hal 17 yang berbunyi:"Ringkasnya bahawa menyebut sesuatu yang ditulis tanpa berniat dikira berlaku talak, kiranya lafaz yang disebutnya itu jelas. Sebaliknya jika lafaz yang disebut itu tidak jelas ianya hendaklah disertai dengan niat"

# Saya ada terfikir, kalau macam tu, habis la penceramah-penceramah agama ketika membaca semula soalan2 daripada pendengar yang ada menyelitkan lafaz-lafaz cerai yang soreh. Begitu juga dengan guru-guru agama yang ingin mengajar anak2 muridnya tentang talak. Saya cuma terfikir, saya yakin nas ini ada penjelasan nya tersendiri. Kata orang tak tau bertanya pada yang arif. Mintak ustaz huraikan boleh tak maksud sebenar nas ini? Terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: unknown

Salam.

Mungkin nas yang dimaksudkan ialah tulisan yang suami itu sendiri tulis dan bacakan dengan jelas yang menunjukkan kpd perceraian dan talak...

Adapun para ulama @ ustaz yang mengajar ttg talak dan menyebutkan ttg talak, tidaklah terjatuh talak kpd isterinya kerana itu bukan tujuan (niat) yang dimaksudkan.

Walluaklam n tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: Rujuk ketika proses mahkamah

Nama*:Hamba Allah
Alamat Email:
Tajuk*:Rujuk ketika proses mahkamah
Message*:Salam Ustaz,

Soalan saya seperti situasi di bawah;
Ketika mendaftar untuk pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah, pegawai bertugas menyarankan sepasang suami isteri supaya pergi rujuk di hadapan Pegawai Nikah Cerai dan Rujuk di pejabat agama daerah memandangkan kes "lafaz cerai secara bergurau". Pasangan akur dan suami lafaz rujuk di hadapan pegawai di pejabat daerah beberapa hari selepas itu sedangkan ketika itu proses mahkamah masih berjalan dan masih tidak diketahui keputusannya samaada jatuh talak atau tidak? Beberapa minggu selepas itu mahkamah sahkan bahawa talak 1 telah jatuh. Soalan saya, ADAKAH SAH RUJUK TADI YANG MANA IA DI LAFAZKAN DI SAAT MASIH TIDAK DIKETAHUI KEPUTUSANNYA SAMA ADA JATUH TALAK ATAU TIDAK?
File Upload:
Visitor IP: unknown

Salam,

Lafaz rujuk itu adalah sah pada pendapat saya. Ini kerana lafaz cerai itu telah terucap hanya hukumnya tidak dipastikan sama ada sah atau tidak. Dan rujuk itu amat perlu disegerakan pada ketika itu kerana keinginan mereka untuk berdamai dan bersatu kembali sebagai suami isteri yang menghalalkan hubungan mereka.

Maaf, itu pendapat saya.. tk..

Powered by EmailMeForm



Friday, June 21, 2013

Soalan: sebut cerai/berpisah/masing-masing berpuluh kali.

Nama*:Mai M
Alamat Email:arianie68@gmail.com
Tajuk*:sebut cerai/berpisah/masing-masing berpuluh kali.
Message*:Assalamualaikum Tuan.
Suami saya apabila marah perkataan kegemarannya suka sebut "perpisahlah kita kalau begini" @ "masing-masinglah kita" @ "bercerailah kita" dan suami biasa kata "kalau kau mau kita bercerai, kau cakap saja".
Kadangkala dalam keadaan emosi saya menjawap "mana-mana abang saja lah".
Persoalan saya adakah jatuh talak ke atas saya?
Perkara ini telah bertahun-tahun berlaku dan menjadi seperti kebiasaan dalam perhubungan kami suami isteri.
Baru-baru ini saya telah mendengar soal jawab berkaitan talak, saya menjadi risau bagaimanakah status saya sbg isteri. Untuk ke pejabat kadi saya malu, dan saya telah mengajukan pertanyaan pada suami adakah apa yang disebutnya itu dia berniat menceraikan saya, katanya dia tidak berniat.

Mohon penjelasan.
 
File Upload:
Visitor IP: 175.138.227.231

Salam,

Berpandukan ungkapan suami yang dinyatakan oleh Puan, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan talak kerana tiada satu penegasan pada lafaz cerai.  Maksudnya untuk pastikan bercerai, lafaz yang jelas seperti AKU CERAIKAN ENGKAU, atau AKU TAK HENDAK ENGKAU LAGI, PERGI BALIK RUMAH (dengan niat bercerai) maka jatuhlah talaknya.

Cuma selepas ini, puan dan suami kena lebih banyak belajar dan berhati-hati dengan ungkapan cerai seperti itu lagi.. tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Naz
Alamat Email:hitler_1211@yahoo.com
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:saya ingin bertanya adakah jatuh talak jika suami sms dan mengatakan "kita cerai lah" dan "memang aku nak cerai la".

saya ada ajukan pertanyaan ini kepada ustaz2, ada yang kata tidak jatuh talak, ada yg kata kena refer mahkamah syariah dan bila terjumpa dengan peguam syariah, mereka kata jatuh talak..
pening kepala memikirkannya..
File Upload:
Visitor IP: 203.142.32.78

Salam,

perkataan seperti di atas tidak menjatuhkan talak kerana masih bermaksud AKAN tidak pada kepastian CERAI..

Walau bagaimanapun, jangan sesekali bermain dengan kalimah cerai.

tk

Powered by EmailMeForm



Thursday, June 20, 2013

Soalan: Inginkan kepastian

Nama*:Insan Keliru
Alamat Email:
Tajuk*:Inginkan kepastian
Message*:Salam Ustaz,

Saya ada satu soalan. Si suami secara tak sengaja terlafaz satu lafaz cerai ketika seorang diri. Disebabkan was-was syaitan dan berfikir sambil menilai semula lafaz tersebut mengikut emosi akhirnya si suami yakin talak telah jatuh. Kemudian beberapa hari kemudian, timbul keraguan, lalu dia bertanya kepada ustaz/pejabat agama/para ilmuan. Jawapan daripada mereka sebenarnya talak tak jatuh dari segi hukum syarak.

Ustaz, adakah talak dikira jatuh oleh sebab keyakinan yang pertama itu? Sedangkan talak sebenarnya tidak jatuh dari hukum syarak.

Si suami bertambah keliru apabila terjumpa tulisan yang berbunyi.."Anda tidak dikira berdosa jika hanya mendengar bisikan ini, tetapi anda dikira berdosa jika anda percaya bahawa apa yang dibisikkan itu adalah perkara benar dan mengikutinya.." Ayat di atas seolah-olah ditujukan kepada si suami kerana seperti dia pernah mengiakan bisikan was-was dulu sehingga dia yakin talak telah jatuh (padahal dr segi hukum syarak talak tak jatuh). Adakah talak sudah jatuh ustaz jika diambil kira ayat di atas dan juga keyakinan yang pertama dulu? Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 65.49.14.155

Salam,

Maaf kerana tidak menjawab soalan ini, terlepas agak lama...

Pertamanya, kita perlu menghidari sejauhnya gangguan dan mainan syaitan ketika was-was. Bina keyakinan diri yang tinggi. Setiap perlakuan kita adalah kita yang tentukan, bukannya syaitan dan lintasan yang berbagai.

Pada pendapat saya, perkataan yang terlafaz - terpancul- tanpa disengajakan tidaklah menjatuhkan talak. Itu satu yang pasti. Usah difiirkan lagi perkara berikutnya kerana ia adalah mainan syaitan semata.

tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: gangguan hati..

Nama*:syahreel
Alamat Email:syahreel.pincer@gmail.com
Tajuk*:gangguan hati..
Message*:terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz kerana menjawab kemusykilan saya berkaitan gangguan hati pada post semalam..

untuk pengetahuan ustaz, saya dan isteri tidak duduk bersama memandangkan saya di ipoh dan dia di bangsar..apabila saya dan isteri bersama, gangguan itu akan hadir..ada 1 malam itu, ketika tidur bersama isteri, saya diganggu..ada lintasan hati yang meminta saya melafazkan cerai talak 3..alhamdulillah saya tersedar dan terus beristighfar..cukup kuat gangguan yang saya alami,ustaz..jangankan ketika sedar malahan ketika tidur pun saya diganggu..

seperti kata ustaz sebelum ini, lintasan hati tidaklah menjatuhkan talak..sebab ia bukan diucap ataupun dilafaz dengan lidah..sebelum ini memang saya was-was..akan tetapi apabila membaca penjelasan dari ustaz pada post sebelum ini, baru perasaan was-was itu hilang..
File Upload:
Visitor IP: 115.133.186.37


Alhamdulilah.. berikhtiarlah untuk kembali pulih...


Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 19, 2013

Soalan: Jatuh talak atau tidak?

Nama*:Effa
Alamat Email:asyila@fpsoventures.com
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak?
Message*:Assalamualaikum.

Terima kasih Ustaz kerana menjawab soalan saya..suami sy ada memukul saya pada Feb 2012.saya tersalah menaip Feb 2011.

Pada Feb 2012 ustaz mengatakan telah jatuh talak satu ke atas saya. Maknanya kini saya bukan dalam edah lagi. Sekiranya saya mahu rujuk bersama suami,kami perlu bernikah semula kan.?

Suami mengatakan dia telah merujuk saya dengan melakukan hubungan suami isteri tanpa lafaz rujuk.Ustaz mengatakan rujuk tanpa lafaz adalah tidak sah.Apakah hukumnya jika kami masih tinggal bersama,melakukan hubungan suami isteri & saya hamil?

Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perkara ini sebelum saya memfailkan permohonan cerai taklik di mahkhamah.Sekiranya suami saya tidak mahu mengaku bahawa dia yang telah menghantar sms tersebut bagaimana ustaz. saya ade menyimpan bukti sms,laporan polis dan laporan hospital.Adakah kes akan berpanjangan sekiranya suami saya tidak mahu mengaku?
File Upload:
Visitor IP: 175.143.4.50

Salam,

Terima kasih atas penjelasan...

Setelah tamat tempoh edah, suami perlu bernikah (akad nikah dengan mahar, wali dan saksi) semula dengan isterinya utk menghalalkan hubungan.

Ada beberapa pendapat ulama yg mengatakan hubungan jenis boleh diperakui sbg makna rujuk walaupun pendapat umumnya as-Syafie mengkehendaki dilafazkan 'rujuk'. Untuk lebih adil, puan boleh bertanyakan suami sama ada dia bersetubuh itu dengan tujuan rujuk atau sekadar 'nafsu'... JIka bertujuan dan berniat rujuk, maka kita boleh berpegang pd pendapat ulama yang mengatakan bersetubuh itu boleh dijadikan asas untuk kembali rujuk.

Jika suami puan tidak mahu mengaku, sedangkan buktinya telah kukuh; itu satu kesalahannya. Puan boleh jelaskan bahawa perbuatannya dahulu telah menjatuhkan talak (talak satu) yang perlu dirujuk atau diakad nikah semula. Tidak semestinya dipanjangkan di pejabat agama jika suami mengakui akan kesalahannya dan mengakui telah terjatuhnya talak.

Mungkin puan boleh mendapatkan beberapa keterangan lanjut daripada pihak berwajib (pejabat agama).

tk
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak atau tidak?

Nama*:Effa
Alamat Email:asyila@fpsoventures.com
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak?
Message*:Assalamualaikum.

saya ingin bertanya pada ustaz.pada bulan Dec'11 suami saya ada menghantar SMS kepada sy yg berbunyi;

""Kalau saya pukul awak lagi sampai lebam-lebam saya akan ceraikan awak. Awk report polis. Saya masuk jail. Ni dah kira lafas. Lepas ni saya janji akan lepaskan awak kalau saya buat lagi. Saya janji akan jatuhkan talak kalau saya buat lagi."

Tapi pada bulan Feb'11 suami saya ada memukul saya.Saya membuat report di balai polis. Saya jg ada kesan lebam2 di mata dan tangan dah telah disahkan oleh pihak hospital. Pada bulan Mar'12 saya dan suami melakukan hubungan suami isteri tapi suami tidak melafazkan lafaz rujuk kerana menganggap sms lafaz taklik yang dia hantar kepada saya itu tidak sah.

Saya ingin bertanya, adakah jatuh talak? Adakah dikira rujuk selepas saya bersama suami saya?
File Upload:
Visitor IP: 175.143.4.50

Sala Puan Effa,

SMS pada blan Disember 2011 itu adalah lafaz taklik yang sah dan perlu dipatuhi. Jika perlakuan berkenaan terjadi, maka jatuhlah talak (talak taklik) dengan satu talak.

Pada bulan Feb 2012 (FEB'11 ?) jika kejadian itu berlaku, maka jatuhlah talak satu.

Hubungan kelamin tanpa lafaz rujuk adalah adalah tidak sah, ia perlu juga dinyatakan 'mahu rujuk' sebagaimana akad nikah dinyatakan 'aku terima nikah...' (Walaupuan ada kalangan ulama yang mengharuskan kelamin dianggap rujuk..) Ini kerana hubungan kelamin tanpa lafaz rujuk, dikhuatiri ia berlaku semata-mata atas keinginan nafsu sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mengambilnya sebagai isteri kembali..

Dalam kes ini, saya berpendapat telah jatuh talak satu dan jika masih dalam edah, mohonkan suami untuk merujuk.

tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: gangguan hati

Nama*:syahreel
Alamat Email:syahreel.pincer@gmail.com
Tajuk*:gangguan hati
Message*:assalamualaikum ustaz,

Saya inginkan kepastian daripada ustaz mengenai permasalahan saya ini..

saya baru berkahwin pada 1 jun 2013 yang lalu..alhamdulillah kehidupan kami suami isteri cukup bahagia..tidak ada salah faham di antara kamipun..akan tetapi saya mempunyai masalah gangguan kepada hati saya ini..terasa seperti hati saya ini didorong dan dibisikkan untuk melafazkan istilah cerai terhadap isteri saya yang datang terlintas di hati tidak kira masa,sukar dikawal dan akan menyebabkan hati saya rasa tidak keruan..ia seperti suara hati untuk melafazkan perkara sedemikian..sedangkan saya tidak pernah terlintas di hati untuk melafazkannya apatah lagi untuk menceraikannya..

apabila terjadinya gangguan seperti ini, saya cukup berhati-hati dengan apa yang terlintas atau niat di hati agar tidak terkeluar dari mulut saya..saya cukup bimbang dengan keadaan seperti ini..

kadangkala perasaan was-was akan hadir dalam diri saya apabila gangguan ini datang..adakah jatuh talak apabila adanya lintasan mahupun niat di hati saya ini?..sedangkan saya tiada melafazkannya kepada isteri saya..

adakah ia gangguan dari syaitan?

saya juga terlalu memikirkan tentang perkara cerai dan talak ini apabila saya membaca berkenaan perkara tersebut di dalam buku agama ataupun forum soal jawab agama. Apa yang saya baca itu sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan selalu terngiang-ngiang di fikiran saya..sehinggakan saya takut untuk bercakap istilah tersebut bagi megelakkan ia terkeluar dari mulut saya..

adakah cara untuk saya melupakan berkaitan perkara ini..saya betul-betul takut dan risau dengan keadaan saya sekarang ini..

harap ustaz dapat memberi jawapan bagi menenangkan hati dan seterusnya memberi keyakinan dan kekuatan kepada saya..
File Upload:
Visitor IP: 175.136.109.38

Salam Sdr Syahreel,

Terlebih dahulu, selamat pengantin baru saya ucapkan.. Semgoa perkahwinan ini kekal abadi hingga ke syurga..

Pertamanya, ini adalah gangguan dan mainan syaitan dalam hidup kita. erasaan was-was dan bisikan halus yang sering muncul adalah mainan syaitan untuk meruntuhkan kebaikan yang dibina. Syaitan tidak pernah senang melihat kita aman dan bahagia, kita tenang beribadah dengan Allah.

Sdr perlu sentiasa mengingati Allah, banyakkan beristighfar dan berzikir. Lazimi membaca surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas selain ayat Kursi. Jiak ada gangguan (lintasan) lagi, cepat-cepat istighfar dan buangkan ingatan itu serta merta. Usah dilayan atau dipanjang-panjangkan ingatan seperti itu.

Lintasan hati seperti ini, tidaklah menjatuhkan talak.

Elakkan sama sekali menyebut perkataan cerai atau talak, jika tidak ia memberi kemenangan kepada syaitan.

Selamat beramal. tk

Powered by EmailMeForm



Sunday, June 16, 2013

Soalan: adakah ia termasuk dlm lafaz kinayah bagi talak

Nama*:sarah
Alamat Email:sarahani@yahoo.com
Tajuk*:adakah ia termasuk dlm lafaz kinayah bagi talak
Message*:Soalan : Suami mengajak isteri utk pergi ke majlis kenduri rumah rakannya..Suami berkata i nak tunjukkan dan perkenalkan isteri dan anak-anak kpd rakannya . Kemudian isteri menolak ajakan suami utk hadir ke kenduri tersebut. Isteri meminta suami pergi seorang diri dan suami pun berkata " i tak nak pergi seorang diri..nanti orang ingat i ni bujang lagi...dan rasa mcm diri ni bujang pulak ".
Adakah perkataan dan ayat 'bujang ' tu merupakan lafaz kinayah? dan suami tak ada niat talak
File Upload:
Visitor IP: 60.53.22.181

Salam Puan Sarah,

Mohon maaf kerana lewat membals email ini.

Perbualan seperti ini tidak ada kaitan dengan talak dan cerai. Ia satu pernyataan dan biualan biasa.

Usah dikaitkan semua perkara dengan cerai dan talak, kasihan kita....

tk

Powered by EmailMeForm



Saturday, June 15, 2013

Soalan: Lafaz secara bergurai

Nama*:Epoi
Alamat Email:
Tajuk*:Lafaz secara bergurai
Message*:Salam ustaz, soalan saya ringkas saja. Kelmarin saya bergurau dengan isteri saya mengatakan "abang nak cuti jadi suami, nak holiday" tapi tiada niat untuk bercerai pon.

Adakah jatuh talak ustaz?
File Upload:
Visitor IP: 183.171.160.146


Salam..

banyak baik guraunya... hehe..

nasib baik tak ada niat.. kalau tidak melepas ler tuan..

Tak jatuh tlak..

tk

Powered by EmailMeForm



Thursday, June 13, 2013

Soalan: Jatuh @ tidak talak

Nama*:fara
Alamat Email:farahin_shukor@yahoo.com
Tajuk*:Jatuh @ tidak talak
Message*:Salam Ustaz..saya ada kemusykilan sedikit..Pada suatu hari, suami sedang menonton tv. saya pula bersiap untuk ke kerja.tiba2 saya bertanya kepada suami tajuk apa drama melayu 2? Suami pn menjawab.tajuk dia aku ceraikan kau. Jatuh atau tak talak 2 sedangkan masa itu suami sedang memandang tv. SelepAS itu saya meminta suami bertanya kepada pejabat agama.Lalu dia menceritakan kembali kepada ustaz tanpa menyebut perkataan aku ceraikan kau.tetapi ustaz tersebut bertanya kembali.tajuk apa drama itu.baru suami menjawab aku ceraikan kau. saya x pasti samaada talak jatuh atau tidak.saya khautir kalau dah terjadi dua talak.
File Upload:
Visitor IP: 118.101.222.144

Salam,

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana ia tiada niat langsung untuk mentalakkan isteri pada ketika ia diucapkan; sebaliknya sekadar penjelasan apa yang ditonton sahaja...

tk

Powered by EmailMeForm



Sunday, June 9, 2013

Soalan: was-was dgn ucapan suami

Nama*:Puteri Norelisa
Alamat Email:puterinorelisa@rocketmail.com
Tajuk*:was-was dgn ucapan suami
Message*:Assalammualaikum Ustad,

Saya kini mengandung 8 bulan dan baru baru ini, saya ada bertekak dgn suami saya dan suami telah melafaazkan " Lepas anak ni keluar nanti, AKU AKAN CERAIKAN KAU"

Adakah akn jatuh talak ke atas saya dan perlukah kami rujuk??
File Upload:
Visitor IP: 175.136.10.229

Salam,

Ia tidak jatuh talak kerana suami memberi syarat selepas bersalin. Namun jika selepas bersalin, suami tidak melafazkan cerai, ia jug tidak akan jatuh talak. Di sini jelasnya ada perkataan AKAN yang memberi maksud belum terjadi.
tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: hukum berkenaan jatuh zihar atau tidaj

Nama*:mohd ridzuan bin rosly
Alamat Email:mohdridzuan_rosly@yahoo.com
Tajuk*:hukum berkenaan jatuh zihar atau tidaj
Message*:ASSALAMUALAIKUM USTAZ,SAYA INGIN BERTANYA SAMADA JATUH ATAU TIDAK HUKUM ZIHAR KEATAS SAYA JIKA SAYA MENYAMAKAN POTONGAN RAMBUT ISTERI SAYA DENGAN POTONGAN RAMBUT IBU SAYA?
SAYA HANYA BERNIAT BERGURAU DENGAN ISTERI SAYA SAHAJA, DAN JIKA JATUH HUKUM ZIHAR JUGA KETASA SAYA, BAGAIMANA JIKA SAYA TIDAK MENGETAHUI BAHAWA RAMBUT PUN BOLEH JATUH HUKUM ZIHAR, SEDANGKAN SAYA CUMA TAHU BERKENAAN ANGGOTA BADAN SAHAJA..MOHON PENJELASAN USTAZ...TERIMA KASIH...SEMOGA ALLAH BALAS JASA BAIK USTAZ...ASSALAMUALAIKUM
File Upload:
Visitor IP: 103.1.146.15

Salam,

Setahu saya ramut dan kuku tidak termask dalam anggota zihar.

So, dalam kes ini selamat....

tk

Powered by EmailMeForm



Friday, June 7, 2013

Soalan: sah cerai,rujuk dalam sms

Nama*:siti
Alamat Email:sitifatimah2289@gmail.com
Tajuk*:sah cerai,rujuk dalam sms
Message*:assalam. Sekarang ni saya tak tinggal bersama suami kerana baru2 ni bapa saya meninggal dan suami saya sendiri yang izinkan saya tinggal bersama keluarga setelah ditanya beberapa kali untuk kepastian. selang beberapa hari, suami saya menelefon saya untuk meminta izin berkawin lagi dengan wanita baru dikenal 3 hari dalam facebook. saya tidak mengizinkan kerana kesempitan kewangan, pekerjaan, kehidupan kami suami saya tidak mampu. kami telah gaduh besar dan dia telah hantar sms (dalam kata lain dalam hati saya ceraikan awak, saya tk pilih awak tak pilih dia) saya menyuruh mertua tanyakan betul atau tidak tentang sms itu .suami saya menjawab dia tidak menceraikan saya dan dia menanggis..selepas solat, dia telah hantar sms (saya tarik kata2 tadi, saya tak ceraikan awak mungkin saya ada mimpi buruk semalam, saya minta ampun)
saya nak tanya adakah saya sah bercerai dan rujuk dari sms yang suami saya hantar tadi.. dan adakah sah cerai jika si isteri berhadas besar..
File Upload:
Visitor IP: 115.135.38.141

Salam,

Mohon butiran yang jelas apakah tulisan SMS yang dikirimkan kepada puan; apa yang suami tulis.. kerana sukar untuk saya jelaskan tanpa merujuk SMS asal yg dihantar.

Umumnya, jika SMS menyebut; saya ceraikan awak... maka jatuhlah talaknya kerana perceraian boleh berlaku an sah melalui SMS.

Rujuk juga boleh berlaku melalui SMS.

Namun harus diingat bahawa ia telah berlaku talak satu.

tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh ke talak...

Nama*:aida
Alamat Email:emailtoaida@yahoo.com
Tajuk*:jatuh ke talak...
Message*:Salam Ustaz, sy isteri kedua. Kami bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama tp ibu bapa restu sbb anak sy dr perkahwinan sblm ni masih kecil & perlukan bapa. Sy akur kami menumpang kasih jd ikut je rentak suami bila melebihkan keluarga isteri pertama. Kami hidup bahagia wlu masa diperuntukkan utk kami hya 2 hari seminggu..pd sy, nafkah mencukupi & sy terima seadanya. Mslh timbul bila suami berterus terang dgn isteri pertama & beliau menetang sekeras2nya krn mmg pendiriannya taknak bermadu wlu apapun alasan & dia lebih rela diceraikan. Pd beliau setiap perempuan yg nikah dgn suami org itu sundal..Menurut suami mmg isterinya agak keras hati & ketika itu mereka bertengkar sehingga anak mereka yg berusia 15thn lari dr rumah. Beliau memberi pilihan kpd suami "kau nk ceraikan dia atau tak?" Suami sy menjawab "nnti aku jumpa dia aku cerailah" sdgkan suami tidak berniat utk menceraikan sy & dia menyatakan sebegitu hya utk menamatkan pergaduhan. Sejak dr peristiwa itu, suami sentiasa dikawal & tidak lg dpt tunai tggjwb spt dulu. Isteri pertama juga sering membuat fitnah pd suami kononnya dia dpt tau sy ada lelaki lain. Syukur suami percayakan sy sehingga kini suami belum pernah lafaz talak pd sy. Tp sy musykil bila tiap kali mereka bertengkar isteri pertama selalu kluarkan soalan "kau dh cerai dia ke blum?"..suami jwb "dah"... Jatuh ke talak mcm ni Ustaz? Sy jd takut sbb isteri pertama dh warning sy kami bkn suami isteri lg. Anak yg sy kandungkan skrg anak haram. Sy keliru sbb suami sentiasa cari peluang utk tunaikan tggjwb pd sy dan anak; dia minta sy sabar sampai dia dpt lembutkan isteri pertamanya. Sy takut kami sbnrnya dh haram utk bersama.. Tolong jelaskan Ustaz...
File Upload:
Visitor IP: 206.53.152.167

Salam puan,

Kalimah 'nanti aku jumpa di aku ceraila', tidak menjatuhkan talak suami kepada puan.

Jika sekadar suami sebut 'DAH' pada persoalan isteri pertama, pada saya ia tidak menjatuhkan talak kerana ia sekadar untuk melepaskan kata tanpa berniat langsung untuk bercerai.

Jika begitu, anak kandungan puan adalah anak yang sah dan puan tidak perlu risau. Apa yang perlu ialah puan dapatkan kepastian suami bahawa dia tidak pernah menceraikan puan dan dia sebolehnya mahu membahagiakan puan.

Bersabarlah...

tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: kepastian jatuh talak atau tak...

Nama*:fausha
Alamat Email:fauSha84@gmail.com
Tajuk*:kepastian jatuh talak atau tak...
Message*:msj dari husb
1)ok tq.. tuggu ke sy balik nanti. kalo mcm nie gaya nya kt selesaikan terus..hidup dah tak bahagia xgunapun nak bersama...
2)hidup dah xbahagia xde guna pun nak bersama!
3)pasal yang berkaitan bersama hrap dapat sama rata
4)ini lah jalan terbaik...
semua msj nie suami cakap xde niat pun.. just nak didik saya.. saya dah rujuk benda nie kat JAIS.. xde jumpe ustaz atau ustazah pun untuk penjelasan.. just budak kat kaunter je yang jawab n rujuk ke mahkamah.. saya g JAIS untuk buat pertanyaan tapi hampa.. just dieorg rujuk terus ke peguam n mahkamah.. saya dan suami xnak besarkan perkara nie.. ingat nak bersama terus tanpa merujuk kpd yang lebih arif.. tapi ragu2 jugak... so tolong la admin.. saya belum g cari peguam sbb rasa benda nie tak la seteruk mana.. so tolong explain k.. As soon as possible k.. thanks..
File Upload:
Visitor IP: 115.133.39.77

SMS yang dihantar suami dalam nada yang simbolik, tidak jelas. Oleh itu ia perlu dirujuk kepada suami. Jika suami mengatakan ia tidak berniat untuk menceraikan isteri, maka tidaklah jatuh talak. Jika suami menegaskan tidak bermaksud cerai, maka tiadalah berlaku perceraian. 

Perkaitan dengan urusan pejabat agama dan mahkamah itu, bukan atas kehendak kita....

tk



Powered by EmailMeForm



Soalan: zihar

Nama*:sarah
Alamat Email:sarahani@yahoo.com
Tajuk*:zihar
Message*:adakah jatuh zihar dlm situasi dibawah :
1. Suami melihat gambar isteri dan secara tiba-tiba suami ckp hmm muka emak ( emak isteri )..
Jatuhkah zihar dlm situasi diatas dimana suami tak lafaz zihar secara penuh ( contoh; muka awak macam muka emak awak ) cuma ckp 'muka mak'..
File Upload:
Visitor IP: 60.53.30.23

Salam, ia tidak jatuh zihar..

tk

Powered by EmailMeForm



Thursday, June 6, 2013

Soalan: Pertanyaan tentang Zihar

Nama*:Insan Musykil
Alamat Email:
Tajuk*:Pertanyaan tentang Zihar
Message*:Assalamualaikum Ustaz..minta jasa baik dan penjelesan daripada ustaz tentang situasi di bawah ini.

1. Kes 1 : Apakah jatuh zihar ke atas isteri dengan situasi begini ustaz. Isteri bertanya kepada suaminya.."Abang, baju siapa lagi dalam mesin basuh tu bang..? Suami menjawab.. "Baju sayang je yang tinggal..tapi coli/ bra mak (mak suami) pun ada jugak..hehe.." Padahal itu hakikatnya pakaian dalam itu memang isteri yang punya..kepunyaan ibu takde pun..Suami berkata begitu sekadar ingin bergurau/ mengusik isteri sebab saiz dan design coli/bra isteri seakan-akan sama dengan size dan design mak si suami. Si suami cuma menyamakan 'pakaian dalam' isteri dengan mak nya dengan niat ingin bergurau/mengusik isterinya sahaja. Tiada niat lain. Adakah jatuh zihar ustaz?

2. Kes 2: Bagaimana pula dengan kes ini..si suami memegang seluar dalam isteri dan sambil berkata kepada isteri.."Besarnya seluar dalam sayang macam seluar dalam mak..hehe.." kata suami hanya dengan niat bergurau/ mengusik isteri dan ketika itu terlintas dalam hati ..saiz punggung isterinya sama dengan saiz punggung maknya (mak suami)..ia sekadar lintasan hati..suami TIADA NIAT untuk samakan punggung isterinya dengan punggung maknya. Adakah ini dikira lafaz kinayah..dan adakah jatuh zihar ke atas isteri?


3. Kes 3: Kes yang sama seperti kes 2, tapi bezanya..kes ini suami memang ADA NIAT nak sama kan punggung isteri sama dengan punggung maknya..dan dia menggunakan ayat itu.."Besarnya seluar dalam sayang.. macam seluar dalam mak..".. Adakah ini dikira lafaz kinayah..dan adakah jatuh zihar ke atas isteri?

Mohon penjelasan ustaz bagi ketiga-tiga kes tersebut. Kesudian ustaz menjawab soalan-soalan saya ini saya dahului dgn ucapan terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 113.210.137.59

Salam,

Kes 1; tidak jatuh zihar kerana pakaian yang disamakan bukannya orang..

kes 2: Pun sama, tidak jatuh zihar..

kes 3: Wallahu aklam.. saya tak pasti yang ni...

tk


Powered by EmailMeForm



Monday, June 3, 2013

Soalan: lafaz cerai

Nama*:natasya
Alamat Email:
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum..
Sya ingin bertanya mengenai lafaz cerai.
Setelah berbaik semula dengan suami selepas 1 perengkaran suami ada menyebut begini 'kalau sya nk ceraikn awk sya boleh jer ckp sya ceraikan awk dgn talak 1 tp masalahnya sya mmg xnk ceraikan awk'....
Sye berbincang dengan suami dan dia menyatakn bahawa dia berkata begitu hanya untuk memberi penerangan kpd sya..tiada maksud lgsg untuk bercerai..
Sya ada bertanya pegawai bahgian nikah cerai JAWI & JAIS berkenaan lafaz ini tetapi melalui perbualan telefon shj..kedua dua pegawai menyatakan talak tidak jatuh terhadap sya..
Sya hanya ingin kepastian daripaa ustaz
Trima kasih
File Upload:
Visitor IP: 115.135.161.7


Salam

Ia tidak jatuh talak kerana ia hanya satu penjelasan bukannya niat utk bercerai..

tk
Powered by EmailMeForm



Saturday, June 1, 2013

Soalan: Kemusykilan

Nama*:Fira
Alamat Email:musfirah2304@gmail.com
Tajuk*:Kemusykilan
Message*:Assalammualaikum Ustaz,

Saya mempunyai sedikit kemusykilan. Adakah jatuh hukum talaq sekiranya si suami katakan "Kalau awak nak saya lepaskan, saya lepakan"si isteri tidak mejawab selepas berlaku pertengkaran kecil namun tiada sebarang niat pun.
File Upload:
Visitor IP: 123.136.106.236

Salam,

Tidak jatuh talak kerana ia ada syarat yang ditetapkan di situ..

tk

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA