Monday, May 27, 2013

Soalan: dipaksa cerai

Nama*:hani
Alamat Email:mrsmie9@gmail.com
Tajuk*:dipaksa cerai
Message*:Saya adalah isteri ke 2 & rahsia perkahwinan telah terbongkar baru2 ini. Suami tidak mahu melepaskan isteri pertama demi kerana anak2 & masih sayang perkawinan mereka lagi. Suami juga tidak rela melepaskan saya tetapi isteri pertama mendesak hampir setiap hari agar suami melepaskan saya dan mengugut untuk meninggalkan suami sekiranya tidak mengikut kehendak hatinya. Saya juga tidak mahu sehingga terjadi perpisahan antara mereka. Adakah sah lafaz talak suami sekiranya dia benar2 dalam keadaan terpaksa melepaskan saya. Adakah madu saya boleh mengambil tindakan membubarkan pernikahan kami?
File Upload:
Visitor IP: 175.139.195.170

Salam

Pembubaran perkahwinan letaknya pada tangan suami. Suami sahaja yang berhak untuk menceraikan isterinya ataupun tidak. Dalam hal ini, selagi suami tidak melafazkan cerai, maka tidaklah jatuh talaknya. Tetapi jika sekadar suami sebut dalam bentuk kenyataan; 'aku dah cerai dah...' ia tidak jatuh talak kerana ada maksud yang terlindung di situ....

Keterpaksaan itu dikira oleh syarak setelah ugutan luar biasa seperti membunuh diri atau mahu mencederakan suami @ anak-anak.. Selagi sekadar cakap sahaja, ia tidaklah dianggap PAKSA...

tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.