Friday, May 31, 2013

Soalan: zihar

Nama*:ika
Alamat Email:ikacute@yahoo.cm
Tajuk*:zihar
Message*:Adakah muka boleh disabitkan sebagai anggota zihar?
Adakah jatuh zihar jika suami menyamakan muka isterinya dengan ibu mertuanya ( ibu isterinya)??
File Upload:
Visitor IP: 60.53.17.64

Semua anggota badan boleh diziharkan hukumnya.. termasuklah muka..

tk

Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 29, 2013

Soalan: mandi wajib

Nama*:ika
Alamat Email:ikacute@yahoo.cm
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Salam ustaz..saya nak tanya mengenai niat mandi hadas besar.
Selepas saya bersama dgn suami ( hubungan kelamin ), saya didatangi haid. Perlu kah saya terus mandi junub atau tunggu sehingga tempoh haidhabis..
Macam mane niat mandi tersebut (disebabkan junub & haid)
File Upload:
Visitor IP: 60.53.23.147

Salam,

niat tetap sama sahaja; Sahaja aku mandi wajib kerana Allah... ia akan terangkum sekali haid dan kerana bersetubuh.

Tidak perlu mandi hadas besar kerana bersetubuh seketika pula haid datang... boleh tunggu je habis haid. tk

Powered by EmailMeForm



Monday, May 27, 2013

Soalan: Keliru dengan Lafaz Taklik

Nama*:Erdina
Alamat Email:erdinazuryn@gmail.com
Tajuk*:Keliru dengan Lafaz Taklik
Message*:Salam ustaz,

Saya mohon jasa baik ustaz untuk merungkai kekusutan masalah yang saya hadapi sekarang.Suami saya telah melafaz taklik kpd saya dengan ayat "kalau kau keluar rumah malam cari aku lagi jatuh talak".Untuk pengetahuan ustaz,ini adalah kali kedua suami melafazkan taklik.
Persoalannya sekarang,saya pernah keluar rumah pada waktu siang utk balik ke rumah mak saya.Bila tiba waktu malam, saya pernah cuba mencari suami saya kerana dia matikan handphone.Kali pertama saya mencari,saya tak jumpa suami saya.Kali kedua pada hari yg lain slps kami bergaduh, saya pernah cari dia di kedai mamak dan saya nampak kereta dia sahaja.Tapi suami saya nampak saya sedang memandu kereta di hadapan kedai mamak itu.Adakah saya telah melanggar taklik tersebut?Adakah jatuh talak 2 ke atas saya?Bila saya bagitahu suami dia cuma cakap mana ada jatuh sbb saya bukan keluar rumah tgh malam.
Kali pertama berlaku taklik saya telah merujuk mahkamah dan mengesahkan jatuh talak satu kerana saya melanggar taklik tersebut iaitu ayat yang sama suami lafazkan.Saya ingatkan suami akan merasa serik dan berubah.Rupanya sikapnya tetap sama selalu keluar malam balik sampai subuh.Kadang-kadang saya terpaksa mencari dia di tempat2 karaoke,disko atau kedai mesin judi kerana disitulah tempat dia selalu berkumpul dgn kawan-kawannya.Bila dia keluar malam dan matikan telefon membuat saya curiga dan syak dia tak jujur dengan saya.Banyak kali saya terjumpa mesej dan nombor telefon perempuan lain dalam handphone suami.Dengan perangai suami saya yg selalu balik lewat dan selalu hidup menipu membuatkan saya tak senang duduk lalu keluar mencari suami bertujuan supaya dia takut dan terus balik rumah.Saya ingin mencari kebenaran dan ingin melihat dengan mata kepala saya sendiri bila suami masuk ke disko atau berjumpa perempuan lain waktu tgh malam.
Saya betul2 rasa tertekan dengan sikap suami dgn sewenang2 nya mengugut saya dgn taklik tanpa memikir kesan buruk yg boleh berlaku.Dia seolah2 mempersendakan hukum agama dan menyalah gunakan kuasa talak di tangan suami.Motif suami saya hanya untuk mengajar saya patuh pada arahan dia dan merasakan diri dia sangat berkuasa sebagai lelaki yg boleh buat apa saja spt tidak pernah menunaikan solat, selalu melakukan perkara yang terlarang,mengabaikan masa dan tanggungjawab sbg suami dan menyakiti serta mengecewakan isterinya.Saya langsung tiada hak untuk menegur,menentang dan membantah segala kejahatan dan kedegilannya.
Saya sekarang dalam dilema sama ada mahu meneruskan hubungan saya dengan suami atau tidak.Tolonglah saya ustaz supaya dapat memberi kata2 nasihat dan perangsang kpd saya.
File Upload:
Visitor IP: 175.140.84.226

Salam,

Masalah yang puan hadapi adalah berat. Pada saya elok puan merujuk kepada pejabat agama bagi mendapatkan nasihat.

Jika benar aduan ini, pada saya puan dinasihatkan untuk menuntut cerai - tebus talak - atas kerana dia telah mengabaikan tanggungjawabnya kepada puan dan keluarga.

Namun ia bukannya mudah kerana selalunya kes ini melibatkan hak suami dan kesediaan suami untuk bekerjasama dengan pejabat agama. Jika suami masih tidak mahu berubah, saya kira ia satu bala kepada perkahwinan ini. Maaf... Puan mintalah nasihat daripada pejabat agama, mungkin ada jalan untuk membantu.

Sebagai seorang muslim, tentunya kita tidak boleh berputus harap. Teruskan berdoa dan berikhtiar untuk dia berubah.. Mana tahu jika dia menemui jalan HIDAYAH, dia akan insaf dan kembali ke jalan Allah. Pokoknya, manusia tidak beriman, dia bisa melakukan apa sahaja perkara haram dan keji... Berdoalah supaya suami puan sedia untuk berubah..

Maaf n tk





Powered by EmailMeForm



Soalan: dipaksa cerai

Nama*:hani
Alamat Email:mrsmie9@gmail.com
Tajuk*:dipaksa cerai
Message*:Saya adalah isteri ke 2 & rahsia perkahwinan telah terbongkar baru2 ini. Suami tidak mahu melepaskan isteri pertama demi kerana anak2 & masih sayang perkawinan mereka lagi. Suami juga tidak rela melepaskan saya tetapi isteri pertama mendesak hampir setiap hari agar suami melepaskan saya dan mengugut untuk meninggalkan suami sekiranya tidak mengikut kehendak hatinya. Saya juga tidak mahu sehingga terjadi perpisahan antara mereka. Adakah sah lafaz talak suami sekiranya dia benar2 dalam keadaan terpaksa melepaskan saya. Adakah madu saya boleh mengambil tindakan membubarkan pernikahan kami?
File Upload:
Visitor IP: 175.139.195.170

Salam

Pembubaran perkahwinan letaknya pada tangan suami. Suami sahaja yang berhak untuk menceraikan isterinya ataupun tidak. Dalam hal ini, selagi suami tidak melafazkan cerai, maka tidaklah jatuh talaknya. Tetapi jika sekadar suami sebut dalam bentuk kenyataan; 'aku dah cerai dah...' ia tidak jatuh talak kerana ada maksud yang terlindung di situ....

Keterpaksaan itu dikira oleh syarak setelah ugutan luar biasa seperti membunuh diri atau mahu mencederakan suami @ anak-anak.. Selagi sekadar cakap sahaja, ia tidaklah dianggap PAKSA...

tk

Powered by EmailMeForm



Sunday, May 26, 2013

Soalan: sah ke?

Nama*:mohd amin
Alamat Email:mymazwin@gmail.com
Tajuk*:sah ke?
Message*:Salam ustaz.saya ada cakap kt isteri saya "pg kawin dgn org tu, jadi bini no.2" adakah jatuh talak wpun saya tak berniat apa2.
File Upload:
Visitor IP: 183.171.175.10

Salam,

Hai tuan, mana boleh isteri sendiri -dalam status isteri - untuk berkahwin dengan orang lain...

Ia tidak jatuh talak kerana tiada perkataan talak atau cerai dilafazkan di sini.

tk

Powered by EmailMeForm



Saturday, May 25, 2013

Soalan: CERAI

Nama*:Fiza
Alamat Email:nrhafiza@ymail.com
Tajuk*:CERAI
Message*:Salam ustaz... mohon perjelaskan situasi ini..

Sepupu sy telah mendapat msg berbunyi mcm ni "Jgn nk cabar amboi deh.,,klu nk sgt.. Pkul 5.01 xkelik lg jatuh talak 1."

Utk pengetahuan ustaz...suaminya tak bekerja, tapi buat alasan dgn menjaga anak2...jika bekerja kos pengasuh mahal (dgn ank 5 org - 4 perempuan, 1 lelaki)... Sepupu sy mmg tak tahan dgn perangai suaminya yg panas baran...(suaminya ada main dgn pil kuda). Untuk pengetahuan ustaz juga...sejak dari sepupu sy mengandung ank ketiga lg nk bercerai (waktu ni suaminya cabar..."klu mung pergi kt Balai Islam, br aku cerai..."...dan wktu tgh mengandung ni, sepupu sy kene pukul, tampar..)

Tapi baru-baru ini, sepupu sy dpt msg tu...secara langsung terus sy bw sepupu ke bahagian mahkamah syariah, dgn kehendak dia nk teruskan proses bercerai...failkan cerai...Sepatutnya perbicaraan pada 22/5/2013..tapi sepupu sy tak menghadirkan diri bersama suami (waktu ni dia dibawah oengaruh suami !!!)... Untuk pengetahuan ustaz...keadaan agak rumit sbb, sepupu skrg tgh mengandung anak ke 6 !!! (tapi dah fail kn kes cerai)

Dan sekarang....suaminya menggunakan alasan anak2, dan telah kembali tinggal bersama... (masih jgk tidak bekerja) semua keperluan anak2, belanja, sewa rumah, kereta, motor, sekolah anak2...semuanya skali...sepupu sy yg tanggung SEPENUHNYA...
Sekarang sepupu sy seolah-olah mengikut shj...(seperti dia di pukau di sihir...jd mcm lembu kena cucuk hidung - keadaan separuh sedar)

Untuk pengetahuan ustaz juga, selama 7 thn kwin...hanya nafkah batin SAHAJA yg sy nampak...nafkah ZAHIR langsung tiada...selama 7 thn jgk..segala duit simpanan sendiri, simpanan anak2 habis..barang kemas sendiri, brg kemas anak2 satu utas pun dah tiada... (bila sy berbicara soal ni dgn sepupu sy...dia seolah-seolah membela suaminya...suaminya baik, tak amik pil kuda, jd anak2, sembahyang...) Suaminya mempergunakan isteri...tak bg isteri bw kereta sendiri, duit gaji dia yg control...

Yang sy sedih adalah....Sepupu saya bukan lg sepupu yg sy kenal dulu...dia mcm org BODOH!!! Tak da hala tuju !! kereta motor bkn dia yg bw...tp suaminya (yg takda lesen sampai skrg) Sy risaukan masa depan anak2 sepupu yg cerdik pandai...tp terabai!!

Soalan sy adalah...mcm mana nk selesaikan kes yg mcm ni...sedangkan kes cerai telah di failkan dan sepupu sy tgh mengandung 6 mgg...Dan mcm mana sy nak bantu pulihkan sepupu sy??? Tolong sy ustaz...sy tau sepupu sy menderita & teraniaya dari riak wajahnya...tapi mulut berat nk bercerita...mata dah tak nampak perbuatan suaminya...

Terima kasih ustaz...jika ustaz sudi memberikan pertolongan, dgn menjelaskan situasi rumit ini...

FIZA
File Upload:
Visitor IP: 113.210.137.170

Salam Puan Fiza.

Merujuk pada kes ini, pertamanya elok puan bantu sepupu itu dengan membawanya berubat dengan kaedah perubatan Islam. Carilah sesiapa guru yang baik dan dipercayai untuk memulihkan kembali ingatannya, terhindar daripada sihir.

Setelah dia pulih, mungkin baiknya dibawa kembali kes permohonan cerai di mahkamah.

Itu yang dapat saya cadangkan. Bantulah dia sebaiknya.

tk


Powered by EmailMeForm



Friday, May 24, 2013

Soalan: Kemusykilan

Nama*:Khairul
Alamat Email:khairul_ben04@yahoo.com
Tajuk*:Kemusykilan
Message*:Assalammualaikum Ustaz,

Saya mempunyai sedikit kemusykilan. Adakah jatuh hukum talaq sekiranya si suami katakan "Baik tak payah kahwin kalau macam ni" selepas berlaku pertengkaran kecil namun tiada sebarang niat pun.

Mohon sedikit penjelasan.
File Upload:
Visitor IP: 183.171.175.65

Salam, ia tidak menyatakan perkataan cerai atau talak... so, tidak jatuh talak..

tk

Powered by EmailMeForm



Thursday, May 23, 2013

Soalan: lafaz kinayah

Nama*:ika
Alamat Email:ika87@yahoo.com.my
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:Assalammualaikum..ustaz
Saya ingin tanya tentang lafaz kinayah yg berkaitan dgn talak.
Saya dan suami bertengkar, suami marah2 dan tinggi suara dan berkata " kalau dah tak nak jaga anak, keluar (berambus) dari rumah ni..aku tak nak tgk muka kau lagi...jgn berani jejak kaki kat rumah ini lagi.."..suami berkata secara berulang..
Kemudian, bila suami dah reda...saya dan suami pun berbaik semula. Suami kata " abg sayangkn awak"..jgn buat lg tau.
Kemudian saya pun tanya suami melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti berikut :
isteri : abang tadi ckp mcm tu sbb nak beri amaran pada saya atau abg DAH TAK NAK SAYA LAGI ?
suami : Bagi amaran. Abang sayang awak sangat-sangat lar

Soalan:

adakah situasi tersebut blh terjadi jatuhnya talak @ cerai.
Mohon penjelasan ustaz
tk.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.25.126

Salam,

Lafaz ini dinyatakan dalam bentuk kinayah, tidak jelas akan makna cerainya. Oleh kerana suami tiada maksud untuk bercerai (tiada niat) maka ia tidak jatuh talak.

Ingat tu amaran drp sang suami.. hehe kena berhati-hati selepas ini..

Moga bahagia selalu..



Powered by EmailMeForm



Monday, May 20, 2013

Soalan: ingin tahu

Nama*:dayah
Alamat Email:dayah12@yahoo.com
Tajuk*:ingin tahu
Message*:jatuh talak tak jika suami mengikut lirik lagu dlm radio.
Bunyi dan ayat liriknya berbunyi 'kita bagai satu jiwa yg bercerai terpateri kembali'.
Masa tu isteri dengar suami nyanyi
File Upload:
Visitor IP: 183.171.160.172

Tidak jatuh talak kerana ia tidak diniatkan utk cerai dan tidak dikaitkan utk bercerai.
tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: Pengorbanan ibu mertua..

Nama*:Mellysa
Alamat Email:Mellysa.marsya@gmail.com
Tajuk*:Pengorbanan ibu mertua..
Message*:Assalamualaikum ustaz. saya mellysa, saya nak tanya dengan ustaz mengenai suami saya. ceritanya begini. beberapa hari lepas saya bergaduh dengan suami saya.saya tidak layan dia malam tu. kebesokannya dia tak cakap apa-apa dengan saya.dua hari dia tak balik rumah.selepas itu dia hantar mesej mengatakan dia nak bajunya.dia cakap dia lagi aman duduk di hostel dari rumah.dia cakap duduk rumah bukan ada apa-apa pon. bukan sekali dua dia buat saya macam ni.dah selalu gak dia buat saya.setiap hari jumaat dia akan pergi keluar sabtu dan ahad tu dia dh tak tahu pergi mana.malam isnin baru balik.bila saya tanya di jawab boleh tak jangan bising.saya sabar dengan perangainya selama 3 tahun. saya bukan nak memburukkan suami saya.tapi selama nie boleh kira berapa kali dia bgi saya duit belanja.bila saya minta macam2 alasanya.saya terpaksa mencari nafkah sendiri untuk sewa rumah, bayar duit motor,duit susu anak lagi.selamat saya masih duduk dengan ibu saya. kadang2 tu saya tersepit, ibu saya yang tolong membelikan susu dan pampes tuk anak saya.saya terpaksa meminjam dengan rakan saya untuk beli susu anak.dia hanya tahu balik dan nak tido dengan saya.bila saya taknak layan dia cakap saya nie derhaka dengan dia.

Pada hari yang dia minta bajunya. dgm perasaan mrh saya mempeking memasukan kesemua bajunya kedalam bag.saya tak tahu kenapa saya rasa marah dan rasa macam ditipunya salama nie.malam itu juga tuan rumah tu mengatakan nak jual rumah tersebut.saya dan ibu saya panik sebab kami tidak ada rumah.kami masih lagi menyewa rumah.bila saya hantar sms kepadanya mengatakan tuan rumah nak jual rumah dia balas "Kau dah halau aku dari rumah.kau nak buat apa sekarang nie buat lar.aku taknak amek tahu."bila saya baca saya rasa sedih dan rasa marah sangat dan saya balas smsnya "kalau kau dah taknak ambil tahu hal aku kau ceraikan aku." dia balas "Ok..aku pon dah tak nak simpan kau.selasa nie aku nak ceraikan kau kat jabatan agama."saya betul-betul sedih dengan tindakannya itu.lepas itu dia sms saya "Lepas aku ceraikan kau aku nak tukar agama.lepas tu aku nak wat apa yang aku penah wat dulu".saya tak tahu lar ustaz.saya dah cuba bentuk dia.saya selalu ajak dia sembahyang bersama-sama.macam2 alasannya.
Kadang2 sy malu dgn sikap suami sy,sedangkn ibu sy hya tukang jahit secara kecil2 shj dirumh..tetapi ibu sy ttap lyn dia dgn baik.pernah dulu dia tak kerja selama 6bulan.masa tu sy trngah sarat mengandung.ibu sy yg jaga kami.bila sy ckp nk cri kerja.dia xbgi alasan mngandong.bila dy nk senangkan hti sy dia akn ckp"nnt abg dh ada duit abg byr blik duit mama".tpi hakikatnya bila dia ada duit lgsg xingt kami.sy ttp bersabar dgn dia sbb sy fkir ank sy.
Jikalau saya pergi jbtn agama membyar RM10.mahkamah akn menjatuhkan talaq 1 kpd sykan.tpi prosedurnya rumit tak.sbb sy perlu berkerja untuk cri nafkah.
saya minta tolong bagi jawapan untuk saya.perlukah saya terus bersama dengan nya??atau Allah dah bagi saya jalan untuk keluar dari sensara ini.saya berharap ustz dapat bagi bantu saya dengan beri jawapan.sekian assalamualaikum..
File Upload:
Visitor IP: 203.82.94.62

Salam Puan Mellysa,

Kes ini memang berat kepada puan dan keluarga yang mengalaminya.

Dari segi talak, ternyata tiada lafaz talak yang disebut untuk menjatuhkan talak/cerai. Dia hanya sebutkan Selasa ni.. yang maksudnya akan datang; akan datang tidaklah menjatuhkan talak. Dari sudut hukumnya, dia masih menjadi suami puan yang sah.

Masalah pengabaian tanggungjawab seorang suami seperti ini amatlah memalukan lelaki di seluruh dunia! Sudah ada status suami tetapi masih tidak mahu bertanggungjawab. Memalukan dan jijik.

Saya cadangkan puan berikhtiarlah untuk memutuskan hubungan dengan menuntut fasakh daripada pejabat agama. Pergilah berjumpa kaunselornya dan mohon untuk berpisah kerana mungkin itu yang terbaik kpd puan daripada terus diabaikan sepanjang masa.

Di samping itu, dalam banyak dugaan yang dihadapi, marilah kita kukuhkan ikatan kita dengan Allah. Bawalah solat sunat, bertaubat dan banyakkan zikir agar ada laluan yang Allah berikan menajdi lebih baik kpd kita.

tk


Powered by EmailMeForm



Sunday, May 19, 2013

Soalan: keliru

Nama*:shikin
Alamat Email:fazekin@yahoo.com
Tajuk*:keliru
Message*:sy bertengkar dgn suami 5 thun lpas.dlm keadaan tertekan sy memaksa suami mceraikan sy..sy menekan trus menekan,suami tidak tahan dan myatakan kalau itu kau nk aku ceraikan kau.lpas sminit kluar kta tu dia memohon maf dan myataka tertekan dgn sy.bukan dengan hati dia.mcmn tu ustaz.smp hrini dia myatakn dia tidak lafaz dgn hati nya ttpi kerana sy menekannya
File Upload:
Visitor IP: 183.171.161.70

Salam puan,

'Kalau itu kau nak, aku ceraikan kau'.. pada saya ia lafaz yang jelas untuk menjatuhkan talak walaupun dipaksa oleh puan sendiri. Ini kerana paksaan puan tidaklah hingga memudaratkan dirinya -kes bunuh ke, cedera ke..- yang memberi pilihan kepada suami untuk memilih perkataan lain yang lebih selamat.

Oleh itu, saya bependapat telah jatuh talak dengan talak satu.

Jika masih di dalam edah, kembalilah rujuk dan kembali bersatu.. Berhati-hati seleps ini.

tk

Powered by EmailMeForm



Friday, May 17, 2013

Soalan: Sumpah

Nama*:Insan Musykil
Alamat Email:
Tajuk*:Sumpah
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan dgn sumpah;

1) Seseorang itu berniat bersumpah atas nama Allah ke atas sesuatu perkara tapi dia membatalkan disaat-saat akhir? Adakah dia dikira berdosa di sisi Allah SWT kerana tidak meneruskan sumpahnya?

2) Seseorang telah bersumpah atas nama Allah ke atas sesuatu perkara. Selepas itu timbul keraguan yang mengatakan sumpahnya itu tidak sempurna. Dia yakin ini adalah gangguan syaitan. Dia tewas dgn godaan syaitan dan berniat untuk bersumpah semula, tetapi dia batalkannya saat2 akhir kerana fikir tiada faedahnya dan dia juga berfikir sumpah tidak boleh dibuat main-main. Apakah hukumnya Ustaz. Perlukah dia bersumpah juga sebab dia sudah berniat untuk bersumpah tadi?

3) Perlukah seseorang yang mengalami penyakit was-was bersumpah atas nama Allah untuk meyakinkan dirinya atau cukup sekadar dengan yakin sebenar-benar yakin pada hati dan diri sendiri.
File Upload:
Visitor IP: 202.78.26.20

Salam,

1. Sumpah tidak boleh dipermainkan. Soal dia menarik balik sumpahnya tidak menjadi halangan kepadanya kerana ia adalah pilihannya sendiri.

2. itu kes sumpah-sumpah... hehe.. sori

3. Saya amat tidak suka seorang yang was-was. Itu sebab saya macam tak nak jawab je soalan macam ni... lagi lagi was was.. Sdr rakam je la setiap apa sahaja percakapan n perbuatan yang dibuat, supaya boleh dirujuk untuk menghilangkan was-was.. sori berlori-lori...

tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon pandangan

Nama*:ika
Alamat Email:ikacute@yahoo.cm
Tajuk*:mohon pandangan
Message*:salam ustaz..
Saya nak tanya mengenai keyakinan dlm diri. Saya pernah menghadapi masalah tentang talak.
Setelah saya bertanya kepada ustaz,ustaz tersebut cakap tak jatuh talak..Tapi apabila saya menelefon pejabat agama, pihaknya minta saya dtg utk membuat pengesahan..
Perlukah saya yakin pada diri sendiri yg talak tidak jatuh dan salahkah jika saya tidak mahu membuat pengesahan di mahkamah..
Dosa ke ustaz kalau kita yakin..
File Upload:
Visitor IP: 60.53.25.60

Salam

Mahkamah dan ustaz adalah manusia.. mereka memberi pandangan berdasarkan apa yang diceritakan oleh pengadu. Jika pengadu itu jujur atau barangkali tidak, maka pandangan dikeluarkan mengikut apa yang difahami...

Jika saudari yakin dengan kebenaran bersumberkan ilmu yang betul, tidak apa... Hanya pastikan sumber ilmu itu benar dan sahih.. its OK.. tk

Powered by EmailMeForm



Thursday, May 16, 2013

Soalan: Perkataan Berpisah, Jatuh Talak ke tidak?

Nama*:Nor
Alamat Email:deqno_redrose@yahoo.com.my
Tajuk*:Perkataan Berpisah, Jatuh Talak ke tidak?
Message*:Salam Ustaz,

Sy br shj berkahwin dan baru2 ini kami ada bergaduh.
ketika itu Kami di rumah kakak ipar (kakak angkat suami), masa tu suami ada menyebut perkataan "Balik nti (balik ke rumah mak sy) kita cerita dkt mak kau (mak sy), kau (isteri) dgn aku (suami) berpisah?"..
Tapi selepas itu sy dan suami berbaik dan ada melakukan hubungan suami isteri. Sy bertanya kpd suami adakah jatuh talak tp suami kata dia tak ada niat langsung utk berpisah dan tidak jatuh talak.

Mohon perjelasan ustaz adakah jatuh talak atau tidak?
File Upload:
Visitor IP: 113.210.9.173

Salam.

Dalam kes ini jelas ia tidak jatuh talak kerana suami memberi tempoh setelah balik ke rumah untuk dibicangkan..dan setelah pulang, dia tidak pula mengambil tindakan. Ia tidak jatuh talak.

tk

Powered by EmailMeForm



Sunday, May 12, 2013

Soalan: ungkapan taklik

Nama*:eryn
Alamat Email:eryanie_k@yahoo.com
Tajuk*:ungkapan taklik
Message*:Sekiranya seorang suami berkata " jika saya (suami) keluar dengan perempuan lain, jatuh talak". tetapi tidak memfokuskan "perempuan lain" itu siapa. Adakah jatuh talak sekiranya beliau keluar dengan keluarga perempuan atau kawan sekerja perempuan.
Apabila diajukan tentang niat pada waktu itu, beliau sendiri tidak dapat memastikan perempuan bagaimana yang dimaksudkan kerana perkataan itu terkeluar pada waktu marah @ kurang pertimbangan.
File Upload:
Visitor IP: 14.1.193.87

Salam.

Sekali baca pada kenyataan ini menjelaskan bahawa suami melafazkan taklik jika dia keluar dengan perempuan lain - dengan fokusnya - tentulah perempuan 'buah hati @ girl friend @ seseorang yang hendak dijadikan isteri... kita tidak memahamkan akan perempuan ajnabi seperti ibu, adik, kakak, saudara terdekat...

Lafaz taklik ni sah walaupun dalam keadaan marah. So, pastikan suami tidak keluar dating..bahaya tu..

tk


Powered by EmailMeForm



Saturday, May 11, 2013

Soalan: cerai taklik

Nama*:min
Alamat Email:yasmin9779@gmail.com
Tajuk*:cerai taklik
Message*:assalamualaikum ustaz..

ini cerita saya..saya berasal dari selangor, 5 tahun lepas suami saya terpaksa ke kedah untuk menguruskan syarikat perushaan ayah saya. dalam masa itu
berlakulah apa yang saya percaya sebagai fitnah kepada suami saya dan ayah saya pula, mempercayai fitnah2 tersebut. disebabkan perkara ini suami saya terus tidak dapat balik kepada saya kerana kami tinggal serumah dgan ibubapa saya yang kebetulan bapa saya bulat2 percayakan fitnah orang luar dari suami saya.ini menyebabkan tekanan yang amat teruk menimpa kepada suami saya yang meyebabkan dia terus meninggalkan kerja dia dan agak jobless sepanjang beberapa tahun ini.saya pulak tak bekarja.suami saya sekarang tinggal bersama ibubapanya.walaupun sepanjang 5 tahun kami berpisah kami tak pernah putuskan hubungan,kami akan telefon setiap hari menanyakan khabar.mengenai nafkah pulak suami saya kadang2 3-5 bulan sekali barulah boleh memberi walaupun tidak banyak.saya redha dengan situasi kami.hubungan saya dengan mertua saya, alhamdlillah baik sekali.suami saya berusaha untuk menjadi seorang suami yang baik dan sedang berusaha hendak membawa saya kembali kesisinya.sejak akhir2 nie suami saya kerap balik melawat saya dan anak2 walaupun hanya untuk 2-3 malam.dan baru2 ini dia telah mendapat perkerjaan yang agak baik sebagai permulaan hidup kami.soalan saya sekarang ini adakah situasi saya ini dikira sebagai taklik?
File Upload:
Visitor IP: 210.187.192.37

Salam.

Oleh kerana suami tidak pernah melafazkan cerai, maka pan masih lagi menjadi isterinya yang sah. Hubungan suami isteri masih sah dan halal.

Oleh kerana suami tidak pula melafazkan taklik untuk bercerai, maka tidaklah jatuh talak.

Jika ada pun lafaz taklik semasa majlis akad nikah dahulu, ia biasanya disebut; 'jika isteri tidak tertahan lagi -setelah ditinggalkan suami begitu sahaja @ tidak dibayar nafkah, dan puan mengadu ke pejabat kadi, maka jatuhlah talak satu.' (lebih kurang begitulah bunyinya)

Dalam kes ini, puan tidak membawa kes ini ke mahkamah maka ia tidaklah jatuh talak.

Moga berbahagia...tk


Powered by EmailMeForm



Friday, May 10, 2013

Soalan: taklik

Nama*:luqman
Alamat Email:luqmanrazali81@outlook.com
Tajuk*:taklik
Message*:assalam ustaz...
saya ingin bertanya ...satu hari saya bergaduh teruk dengan isteri saya..dan dalam keadaan tak sengaja kerana terlalu marah kan nya saya terlafaz perkataan "kalau keluar jatuh talak" dgn niat utk mencabar dia keluar tanpa kizinan saya pada ketika itu.saya juga terkejut dgn kata 2 saya lalu menyesal dalam hati kerana ia seperti tersasul/luar kawalan kerana terlalu marah.. isteri pula tidak menyahut cabaran itu lantas meminta maaf.isteri bertanya apakah maksud lafaz saya..ia mmg berlaku secara spontan dengan niat utk mencabar keluar pada ketika itu kerana saya tak izin..setelah berbaik saya mengizin kan nya keluar..apakah jatuh talak setelah saya mengizin kan nyaa...harap ustaz dapat menasihat kan saya..tq
File Upload:
Visitor IP: 113.210.141.28

Salam

Oeh kerana lafaz taklik ini difokuskan pada tempoh dan masa itu sahaja, maka ia hanya akan berlaku sahnya pada ketika itu sahaja. (Seperti apa yang diniatkan oleh suami). Setelah itu, ia tidak berlaku lagi...

Itu atas apa yang saya fahami, tk.


Powered by EmailMeForm



Thursday, May 9, 2013

Soalan: mohon penjelasan tentang hukum situasi dibawah :

Nama*:ika
Alamat Email:ika87@yahoo.com.my
Tajuk*:mohon penjelasan tentang hukum situasi dibawah :
Message*:Alkisahnyer… Suami isteri nie tengah tengok TV, cerita drama melayu.. Dalam scene tu, tiba-tiba pelakon tu cakap dialog macam nie "aku ceraikan kau!!!!" then, si suami yang tengah tengok tv tu pun dia tiru apa pelakon tu cakap "aku ceraikan kau".
Isteri dia tak berapa dengar apa suami dia cakap tu, dia tanyer lar suami dia..

Isteri : "abang cakap apa bang??"
Suami : "aku ceraikan kau!!!, pelakon tu cakap aku ceraikan kau!!" (dia ulang balik apa pelakon tu cakap)
****terus isteri dia terkejut dan menangis**
soalan:
1. Adakah cerai jatuh terhadap isterinya?
File Upload:
Visitor IP: 60.53.30.1

Salam, maaf lambat reply email ini

Ia tidak jatuh talak kerana ia tidak ditujukan kepada isteri, tetapi sekadar ikutan daripada apa yang ditonton di tv.

tk



Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 8, 2013

Soalan: jatuh talak ke tidak

Nama*:siti
Alamat Email:ctbest@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak ke tidak
Message*:Assalamualaikum,
saya ingin bertanya, jatuh ke talak jika suami sms "saya nk lepaskan awak, mlm ni jgn balik umah lg, tinggal dkat umah mak".Sy tanye dia mmg dia berniat ke dan dia ckp aah. Tapi selepas itu dia ckp dia rujuk saya. Persoalannya, jatuh ke talak sebab dia ckp "saya nk lepaskan bukan sy lepaskn". Tolong bantu saya..
File Upload:
Visitor IP: 203.217.176.13

Salam. Mohon maaf lewat membalas email ini..

Oleh kerana ada penjelasan daripada suami (dia cakap aah), saya faham ia telah jatuh talak.

Oleh kerana dia rujuk kembali, ia juga sah tetapi haruslah diingat bahawa telah berlaku talak satu dalam kes ini.

wallahuaklam.


Powered by EmailMeForm



Monday, May 6, 2013

Soalan: niat dlm lafaz kinayah

Nama*:hamba Allah
Alamat Email:alam90@yahoo.com.my
Tajuk*:niat dlm lafaz kinayah
Message*:Terima kasih diatas jawapan dan penerangan dari ustaz..
Tetapi kalau suamu tidak atau tiada langsung niat utk bercerai,maka cerai tidak akan terjadi@jatuh kan ustaz??
Tambahan soalan..kalau suami cakap 'baliklah ke rumah kau dan aku tak nak tgk muka kau lagi'..dan suami ada niat cerai, adakah jatuh 1 talak atau 2 ? sbb ada dua ayat yg dilafazkan.
Mohon penjelasan.
Tk
File Upload:
Visitor IP: 60.53.29.37

Salam

Tamabahan soalan; jawabnya; jatuh talak satu sahaja kerana maksud lafaz itu adalah cerai dan tidak mahu lihat lagi isterinya..

tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon penjelasan mengenai makna niat dalam lafaz kinayah cerai

Nama*:hamba Allah
Alamat Email:alam90@yahoo.com.my
Tajuk*:mohon penjelasan mengenai makna niat dalam lafaz kinayah cerai
Message*:Salam ustaz,
Lafaz talak secara kinayah jatuh jika disertakan dengan niat utk bercerai.
Apakah erti niat adakah niat sebelum melafaz atau semasa melafaz. Tetapi jika semasa melafaz, niatnya tidak utk bercerai macam mana tu ustaz.
Ringkasannya..,apakah yang dimaksudkan niat dalam situasi tersebut
File Upload:
Visitor IP: 60.53.29.37

Salam

Lafaz kinayah ialah lafaz yang tidak jelas, tidak langsung menyebut TALAK atau CERAI tetapi difahamkan ada maksud untuk berpisah. Contohnya lafaz; Pergilah balik rumah emak kau; Keluar kau dari rumah ini; Aku tak ingin tengok muka kau lagi di sini.. dsb..

Lafaz seperti ini hendaklah disertai dengan niat KETIKA ia dilafazkan, maksudnya ketika lafaz itu diucapkan, adakah maksudnya ialah CERAI atau maksud pada zahir ayat semata-mata. Jika ia berniat CERAI, maka jatuhlah talak. Tetapi jika ia sekdar maksud yang tertera, terzahir; maka tidaklah lagi jatuh talak.

Namun ia perlu berhati-hati..

tk.



Powered by EmailMeForm



Friday, May 3, 2013

Soalan: Lafaz Takliq

Nama*:Hana
Alamat Email:hanafisara32@yahoo.com
Tajuk*:Lafaz Takliq
Message*:Salam Ustaz..saya nak tnya brapakah talak yang jatuh sekiranya suami berkata "kalau engkau keluar saja dari pintu rumah hari ini (yang bermaksud si isteri keluar dari rumah menuju ke satu tempat yg dia ingin pergi)jatuhlah talak, engkau pilihlah mana satu engkau mahu 1, 2 ataupun 3 aku boleh bagi." Dalam keadaan ni brapakah talak yang jatuh, sekiranya si isteri melanggar takliq itu.
File Upload:
Visitor IP: unknown

Salam... dalam kes ini, ia membawa jatuhnya talak satu. Melainkan jika isteri itu sengaja mencabar suaminya dengan ungkapan eg, Aku keluar ini dengan hendak jatuh talak tiga...

tk

Powered by EmailMeForm



Thursday, May 2, 2013

Soalan: lafaz taklik

Nama*:ain
Alamat Email:norainiasrul@yahoo.com
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:assalamualaikum ustaz saya ingin bertanya soalan tentang taklik y dilafazkan oleh suami saya. saya dan suami tinggal berjauhan dssbkan perkrjaan masing2 satu hari suami saya ada menelefon meinta wang dengan saya dan ini mnyebabkan kami bergaduh..ini mnyebabkan suami saya tertekan krn sy selalu mengungkit berkaitan wang dan meminta cerai. selpas bbrpa minit kmudian sy menelefonnya semula dan ingin memberi wang pdnya tetapi suami mnjadi marah lantas melafaz taklik " kalau awk bagi duit awk jatuh talak" setelah kami berbaik sy bertanya pada niat takliknya tadi dan dia memberitahu lafaz taklik tu ditujukan pada duit y dmnta pd waktu itu sahaja. jika satu hari nanti saya ada memberinya wang atau membelanjanya makan dan membeli tiket flight dgn ikhlas adakah taklik yang diucap td masih sah? saya harap ustaz dapat membbantu saya
File Upload:
Visitor IP: 113.210.10.210

Salam.

Lafaz taklik bergantung kepada apa yang diniatkan suami. JIka begitu niat suami, kita akurlah. (Dalam kes ini, tidakjatuh talak kerana dijelaskan oleh suami maksud takliknya pada wang pada hari itu sahaja...)

Semoga tidak lagi berlaku lafaz taklik selepas ini.

Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 1, 2013

Soalan: talak spt mainan

Nama*:sophea nabila
Alamat Email:mbmmbq@gmail.com
Tajuk*:talak spt mainan
Message*:assalam ustaz...
suami telah ceraikn saya..kemudian rujuk kembali...dan kemudian ceraikan kembali..dia buat begitu demi nak mnjaga hati n prasaan isterinya yg tlh diceraikn thn 2008...bila isterinya ingin kembali semula,dia buang saya mcm sampah,walhal dulu saya la tempat dia mengadu sewaktu hilang arah..saya rasa d permainkan...apa pendapat n nasihat ustaz...?dia buat talak mcm mainan..
File Upload:
Visitor IP: 123.136.106.202

Salam, siapa yangmenjadi isteri yang sah kpd suami ini? Puan atau bekas isterinya?

Dalam kes ini, sudah jatuh dua talak (dua kali cerai) dan kebenaran untuk merujuk kali ini adalah dibenarkan. Selepas ini jika suami menceraikan lagi, bererti jatuh tiga talak dan ia tidak boleh dirujuk kembali.

Puan perlu ingatkan suami puan akan hukum dan perkara ini...

Cerai dan talak tidak boleh dibuat main, ia akan jatuh dan terjadi setelah dilafazkan begitu oleh suami. JIka berlaku lagi perceraian, sila daftarkan di mahkamah bagi memudahkan urusan berikutnya.

tk

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA