Nama*: | fina |
Alamat Email: | fina77@yahoo.com.my |
Tajuk*: | lafaz kinayah |
Message*: | salam ustaz.. Saya seorang ibu muda yg ada 2 org ank kecil. Satu hari saya rasa geram sebab anak saya tak nak mkn dan saya marah anak saya. Kemudian suami marah saya dengan nada tinggi dan sangat marah kerana saya mengabaikan anak2.. Ketika suami marah, dgn nada tinggi dan marah, suami ada berkata spt berikut: 1. kalau kau taknak jaga anak lg...kau blh keluar dari rumah ini dan jgn berani dtg sini lg dan aku tak nak tgk muka kau lg. 2. kalau dh tak suka, pergi keluar dari rumah ni. 3. kalau nk sgt kerja...pergi..aku blh jaga anak2 dan kalau dh keluar jgn dtg lg. Saya merasakan kata-kata suami itu hanya utk memberi amaran dan peringatan shj kpd saya. Adakah lafaz tersebut merupakan lafaz kinayah bagi talak? Boleh tak ustaz terangkan mengenai apa itu lafaz kinayah dan apakah yg blh menyebabkan ia jatuh talak? Mohon penjelasan ustaz mengenai masalah saya. |
File Upload: |
Salam Puan Fina,
Lafaz berkenaan adalah lafaz yang tidak jelas (kinayah) berkaitan talak. Ia perlu dirujuk kepada suami, apakah yang dimaksudkan sebenarnya oleh suami. Adakah ia bermaksud CERAI atau ia sebagai suruh untuk 'keluar dari rumah' sahaja.
Lafaz kinayah tidak menjatuhkan talak kecuali dengan niat - disertakan niat- untuk mentalakkan isteri. So, puan kena rujuk kepada suami dalam hal ini.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.