Sunday, April 7, 2013

Soalan: jatuh tak talak?

Nama*:nurul
Alamat Email:nurul_fahmi2011@yahoo.com
Tajuk*:jatuh tak talak?
Message*:salam ...saya nak tanya...jatuh tak talak..kalau saya tak nak balik rumah kerana saya bergaduh ngn dia...dan dia suruh saya balik...saya bertanya kepada dia "kau ceraikan aku kalau aku balik rumah malam ni" dan suami membals "ok"....adakah talak sudah jatuh ustaz? harap dpt balas
File Upload:
Visitor IP: 210.19.100.61

Salam saudari Nurul,

Suami adalah ketua rumah tangga, isteri adalah permaisurinya. Kebahagiaan bermula dengan suami yang disokong dan dibantu oleh isteri. Seharusnya isteri sentiasa berada di sisi suami; pada saat duka dan gembira, kesabaran dan kesetiaan banyak membantu kita dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia.

Dalam kes puan, puan boleh dianggap nusyuz (derhaka) kerana enggan pulang ke rumah suami. Keengganan puan pulang ke rumah tidaklah sampai menjatuhkan talak, tetapi dikira nusyuz. Ia antara dosa besar yang perlu dijauhi.

Kes berikutnya pada pelawaan isteri 'kau ceraikan aku kalau aku balik rumah malam ni" dan disambut oleh suami "ok" adalah jatuh talak. Pada kefahaman saya, jawapan OK itu adalah tidak jelas untuk disahkan talak, kerana OK itu boleh membawa maksud pada masa akan datang; iaitu setelah pulang ke rumah. Jika telah pulang ke rumah, suami tidak menceraikan isteri, maka ia tidak menjatuhkan talak.

wallahuaklam. tk


wered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.