Wednesday, April 3, 2013

Soalan: Hukum bagi orang tidak mengentahui

Nama*:Mohamad
Alamat Email:pkkka_duta@hotmail.com
Tajuk*:Hukum bagi orang tidak mengentahui
Message*:Assalamualaikum...

Disini saya ingin bertanya sedikit soalan iaitu saya sebelum ini tidak tahu bahawa talak itu sah sekiranya dilafazkan seorang diri, tetapi saya yakin saya tidak pernah menyebut perkataan tersebut.Saya hanya baru mendapat tahu perkara ini setahun lepas selepas saya membacanya didalam internet.Dan sekarang ini saya dalam keadaan risau sekiranya sebelum ini pernah saya bercakap tersasur seorang diri seperti yang saya tanyakan ustaz pada ruangan yang lepas. Jadi saya ingin bertanyakan ustaz mengenai hukum bagi orang yang tidak mengetahui perkara tersebut semasa ia melakukannya?
File Upload:
Visitor IP: 183.171.171.44

Salam Sdr Mohamad,

Soal tidak mengetahui hukum bukanlah alasan untuk tidak jatuh talak jika disebut bersendirian. Ia seperti kita mengetahui undang-undang jalan raya, apabila kena tangkap tetap didakwa atas kesalahan yang dilakukan.

Dalam hal ini, sdr tidak pasti sama ada pernah menyebut atau tidak lafaz TALAK bersendirian. Jika tidak pasti sebut atau tidak, kita kembali kepada 'asal perkara'; iaitu asal perkaranya ialah ia tidak disebut. So, lafaz tu tidak disebut oleh sdr.... usah diragu-ragukan lagi..

tk


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.