Tuesday, April 30, 2013

Soalan: cerai taklik

Nama*:nurhazani muhamad ayub
Alamat Email:hazani84@yahoo.com
Tajuk*:cerai taklik
Message*:saya nak tanye ustaz, suami telah menghantar sms kepada saya berbunyi, 'kalu umi pegi mane-mane tanpa pengetahuan abang mgkn jatuhla talak satu 1, kite lps ni x de ape2 da.' Saya berada jauh dr suami kerana sedang praktikal di sekolah. Disebabkan itu, sy ke skolah akan sms suami sy bgth sy da ke skolah, ke pasar malam dan lain2. Tp pada pg ini saya terlupa untk sms bgth dia sy sdh ke sekolah..adakah telah jatuh talaknya terhadap diri saya ini ustaz? sampai bile sy perlu memberitahu kpd suami sy setiap kali sy keluar?
File Upload:
Visitor IP: 183.171.161.202

Salam,

Jika diamati lafaz taklik berkenaan, ada perkataan MUNGKIN.. perkataan ini adalah halangan bagi mengesahkan terjatuhnya talak akibat pelanggaran taklik.. so, saya berpendapat, ia tidak menjatuhkan talak.

Sila dapatkan kepastian daripada suami akan maksud taklik yang disebut..

(Suami tu tak wajar dan mungkin tidak waras berbuat demikian... kasihan pada isteri...)
tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: Fasakh / ta'lik

Nama*:Iza
Alamat Email:
Tajuk*:Fasakh / ta'lik
Message*:Assalamualaikum

Ustaz..

Saya sudah berkahwin selama 3 tahun lebih.. Masa bertunang saya ada bercadang utk putuskan pertunangan saya..tetapi memikirkan ibu dan ayah saya yang uzur ketika itu saya membatalkan niat saya. Saya nak putuskan pertunangan sebab saya dapat tahu dia suka menipu... duit hantaran pun keluarga dia yang tanggung.. masa nikah... cincin nikah saya pun saya yang beli sendiri... duit bayar tok kadi pun abang ipar dia yang bayar....Sejak kahwin.. suami tidak pernah memberi nafkah... bila saya minta dia ckp tiada duit... x cukup duit... saya tertekan sangat... dapur rumah langsung tak berasap kalau saya tak beli keperluan... persiapan raya yang setahun sekali setakat beli baju raya sehelai pun tak boleh.... bil api bil air bil astro kalau saya tak bayar x kan la dia bayar (skrg sy biarkan astro x byr)... kadang kala dia nak hisap rokok saya pulak yang kena bagi duit... tahun 2011 saya buat pinjaman nak berniaga online jual emas.. dia kata dia nak tolong jualkan... saya bagi sbb dia kata ada kawan dia nak beli... tapi sampai sekarang tiada apa yang saya dapat.tak cukup dengan tu. gelang tangan saya hbs dia curi. kamera saya dia curi. jual juga.
galaxy tab saya pun dia jual. satu satu benda dia buat saya terima. sya maafkan dia.tapi dia tak pernah berubah.

sekarang ni dah 7 bulan suami berhenti kerja.(salah dia). saya suruh dia cari kerja.suruh dia isi borang tak di buatnya. bertambah beban saya. sampai makan bersekat sekat. kalau la perangai suami tu menyenangkan tak pelah juga. ini dapat jumpa kawan. dari pukul 8 malam bawak ke pukul 12 pun x balik2.satu lagi perangai dia suka sangat main snooker. dah larang pun buat lagi.kalau duduk di rumah tengok tv je. tak delah dia nak tolong basuh baju kemas rumah dsb. saya juga la kena buat semua. dari cari duit.beli makan pakai kemas rumah. layan keinginan dia.... sy turut... saya buat... adakala mmg saya marah dia... tahap kesabaran saya makin nipis... sekarang ni mmg kerap saya marah... saya tak tahu nak buat apa... skrg ni di fikiran saya... nak tuntut fasakh / taklik sahaja... perlu ke saya tunggu dan sabar lagi?
File Upload:
Visitor IP: 122.129.122.130

Salam Puan,

Dalam kes seperti ini, elok puan bawa ke tengah.. maklumkan kepada Pej Agama dan boleh berunding utk mohon fasakh. Sukar hendak mengawal seorang suami yg tidak bertanggungjawab. Itulah sikapnya...

mohon maaf. tk

Powered by EmailMeForm



Sunday, April 28, 2013

Soalan: mohon penjelasan

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:mohon penjelasan
Message*:Salam ustaz.
Saya ingin mohon penjelasan dari ustaz mengenai lafaz cerai.
Saya pernah bertanyakan masalah tersebut kepada ustaz dan ustaz mengatakan tidak jatuh talak.
Saya pula bertanya kpd :
> Jabt mufti selangor : mereka kata tidak jatuh talak
> jabt mufti perlis : tak jatuh talak
> soal jwb agama di radio. : jatuh talak atau tak bergantung pada niat
> pejabat agama melaka : ustazah di pejabat agama ckp tak jatuh talak..saya berhubung dgn pjbt agama hanya melalui telefon.
> pejabat agama selangor : mereka minta dtg dan buat pengesahan lafaz dan katanya mahkamah akan bg keputusan.
Saya nak minta nasihat dari ustaz...adakah saya perlu yakin yang talak tersebut tidak jatuh ( yakin pada diri ) @ adakah saya perlu buat pengesahan di pjbt agama..
Suami saya dah beri penjelasan pada saya yang talak tak jatuh dan suami tak mahu ke pjbt agama..
manakala ustazah di pejabat agama ada beritahu jika suami menafikannya maka mahkamah akan tolak.
Mohon penjelasan ustaz.
Tk.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.23.208

Salam

maaf lah.. saya pun tak tahu mana satu kes anda ni... terlalu banyak soalan yang saya jawab, dah tak tahu yang mana satu..

Baguslah inisiatif puanutk bertanya di merata tempat.. akhirnya puan sendiri yang keliru...

suasah juga yek.



Powered by EmailMeForm



Friday, April 26, 2013

Soalan: hukum minta dilepaskan

Nama*:musliha
Alamat Email:
Tajuk*:hukum minta dilepaskan
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Sy dan suami tggl berjauhan, kami baru brkhwin dalm temph kurang dari setahun dn brjmpa kdng2 3@4 bulan sekali..
Sebelum nie, suami ade terkantoi dgn sy, melalui sms, laman sosial dn mcm2 lg, yg mmbuktikn die ad hubungan dgn prmpuan lain, tp die x prnh nk mengaku..
Sy slalu doa agr Allah S.W.T tunjuk kn kebenaran pd sy..dn pd satu malm, sy call suami dan alangkah terkejut bile sy mendgr suara prmpuan lain sdg asyik melayn suami sy..x dpt sy bygkan apa yg terjdi pd masa tu..dn sy tkde kekuatan utk dgr lg ape yg trjadi..hancur ati sy sbg seorg istri..sy minta suami utk lepskan sy, dan suami ckp yg sy sngaja fitnah die..cume die ckp akn lepaskn sy setelh sy melahirkn bayi kami kelak..sy minta ustaz utk jelaskn, apa hukum bile sy minta dilepaskn, dan apakh langkh yg perlu sy ambil..dan adakh akn jatuh talak setelh sy melahirkn ank kelak..
Terima kasih ustaz..
File Upload:
Visitor IP: 60.53.72.17

Salam

Perkahwinan itu sentisa ada dugaan dan cabarannya. BErpisah itu mudah, semudah Aku ceraikan kau!..

Fikirlah dan carilah jalan untuk membina kebahagiaan.

Tidak baik jika isterimeminta cerai, cuma dalam kes seperti ini, elok diselidiki dahulu kebenarannya. Takut macam cerita P Ramlee- Masam masam manis, yang dibuat tu sekadar diada-adakan sebagai helah untuk mendekatkan suami isteri...

Saya bependapat ia tidak mejatuhkan talak kerana suami berkata dalam nada yang tidak jelas; sama ada ia betul-betul taklik atau sekadar ; nantilah aku fikir epaskan enkau lepasa bersalin..

ontah le jang.. sori ek..tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz sorih berbentuk pertanyaan

Nama*:Insan Keliru
Alamat Email:
Tajuk*:Lafaz sorih berbentuk pertanyaan
Message*:Asslamualaikum Ustaz. Saya ada 2 soalan ustaz.

Jatuhkah talak yang berbentuk pertanyaan. Contohnya, saya mmg yakin takde lafaz yang keluar dr mulut. Utk sedapkan hati..SAYA BERKATA DALAM HATI.."Hmm...ni kalau pergi mahkamah confirm takde apa ni..sebab memang takde lafaz yang keluar dr mulut kau..nanti kalau hakim tanya..lafaz macam mana keluar dari mulut kamu?Adakah seperti "Aku ceraikan engkau..??"..atau.."KITA BERCERAI SAJA??" ..nanti kau nak jawab apa?.. Soalannya..

1)Kemungkinan pertama: Saya ragu-ragu samada sekadar dalam hati atau keluar dari mulut.Bagaimana sekiranya saya memang tersasul dan terlafaz semula dengan jelas pertanyaan lafaz sorih tersebut yang ditanya 'hakim' tersebut? Adakah jatuh talak ke atas isteri ustaz bagi lafaz sorih yang berbentuk soalan begitu tapi ianya tidak dituju/diqasadkan pada isteri? Seperti yang diketahui lafaz sorih tidak memerlukan niat.

2) Kemungkinan kedua: Bagaimana pula jika saya ragu-ragu sama ada terlafaz atau tidak lafaz yang berbentuk soalan itu..tapi yang pasti ketika itu mulut saya ternganga ustaz. Sukar utk saya jelaskan dalam saya keadaan macam tu..macam ada gerakan lidah tapi semacam saya tidak mendengar apa2..tertekan dibuatnya. Apa pendekatan yang perlu saya amik ustaz?
#Setahu saya kalau lafaz berbentuk soalan tidak jatuh kan ustaz kerana ianya bukan ditujukan kepada isteri. ia berbentuk soalan. Betul ke ustaz? Atau bolehkah dibuat kesimpulan bahawa semua lafaz cerai yang berbentuk pertanyaan tidak jatuh talak?
File Upload:
Visitor IP: 202.78.26.20

Salam

Lintasan hati tanpa disebut tidaklah menjatuhkan talak..

Keraguan yang ditimbulkan di sini adalah kelemahan peribadi. Ia perlu diubati segera..
tk


Powered by EmailMeForm



Thursday, April 25, 2013

Soalan: Dilema berakhir..

Nama*:Nur Inaz Bte Abdullah
Alamat Email:nurinez@yahoo.com
Tajuk*:Dilema berakhir..
Message*:salam ustaz, stiap solat sy doakn supya dbuka pintu taubat n dberi hidayah serta nur NYA..sy cuba menarik dia kluar dr trus mlkukn dosa2 nya..ya pintu taubat Allah slalu trbuka tuk hambanya..tp smlm sy hilang pertimbngan yg waras dan memarahi dia dan mnyatakn dia tak layak tuk ank sy krna dia minum skli lg..dia mngaku smua nih kesilapan dia dan berjanji akn berubah perlahan2..dan minta sy brsabar..sy mngajak dia lari dr sni dan start new life tuk kami ber3 jer..tp dia ckp xbleh..dia kena setelkn dlu hal dia dsni..bila sy asik mdesak dia akhirnya dia mngaku yg perempuan yg sy nmpk dlm gmbar tu (janda bukn yg istri org) skrg sedang mngandung..sy trus meletak phone ustaz..sy terkedu n xterkata ape2..sy mngis dlm solat sy..knape bgitu kejam jalan hidup yg harus sy lalui..dlu sy cuba memaafkn dan minta dia bertaubat..dan skli lg tamparan maha hebat dtg..buknkah yg baik tu,tuk yg baik ustaz?stahu sy dlm tmpoh dlu hingga kni sy xpnh buat yg xbaik..sy tahu mnjga diri..dia dpt sy dlupun masih dara..sy cuba tuk tutup rapat2 pintu hati sy..mungkin xkn ade yg ke2 kali..sy doakn dia dstiap solat sy supaya dbuka pintu taubat tuknya..tk ustaz sd mbca..
File Upload:
Visitor IP: 218.208.207.153

Salam Puan Nur,

Semoga puan tabah menghadapi situasi seperti ini. Bukannya mudah membina kebahagiaan, ia tidak semudah utk kita membina sebuah rumah!

Apa yang saya harapkan, puan terus bersabar, berdoa dan memulakan kehidupan baru seiring dengan tuntutan agama. Ia tidak merugikan kita, malah di situ punca ketenangan dan kedamaian hidup. Namunteruslah memanjangkan doa dan ikhtiar agar dia juga kembali kepada ALlah,memilih jalan yang benar dan menjadi lelaki yang hebat di sisi Allah.

Kepada ALLAH kita berserah.
tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak atau tidak?

Nama*:Rahayu
Alamat Email:
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak?
Message*:Adakah jatuh talak jika talak itu dipaksa oleh isteri? Isteri mendesak beberapa kali utk diceraikan. Dalam keadaan marah suami menceraikan dengan talak tiga. Bila ditanya suami tidak berniat langsung untuk menceraikan isterinya cuma suami itu sangat marah dan hanya melafazkan sekadar memuaskan hati isteri itu. Tetapi beliau lansung tiada niat untuk menceraikan isterinya. Si suami hanya melafazkan agar si isteri ini diam dan jangan banyak cakap lagi.
File Upload:
Visitor IP: 60.48.245.50

Salam,

Lafaz suami yang jelas seperti :Aku ceraian engkau dengan talak tiga' adalah sah dan jatuh talak alaupun dalam keadaan marah dan tanpa niat....

Sia rujuk kes ini ke pejabat agama... tk



Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 24, 2013

Soalan: cerai dan taklik

Nama*:naim
Alamat Email:run_im_run@yahoo.com
Tajuk*:cerai dan taklik
Message*:salam ustaz,
saya pernah melafaz kn taklik kepada isteri. Jika engkau bercerita masalah kita kepada org lain jatuh talak satu.dan apabila isteri asyik meminta cerai sya berkata kalau awak nak cerai esok kita p pejabat agama tu pun jika awak nak...
File Upload:
Visitor IP: 115.135.8.144

Salam,
Apa persoalan saudara dalam hal ini?

Pertamanya saya ingin tegaskan; usah dikaitkan apa-apa hal pun dengan cerai dan talak. Ia menyebabkan hukum pada jatuhnya talak dan perceraian. Kenapa perlu digadaikan rumah tangga dengan isu yang sentiasa berlingkar dalam rumahtangga kita setiap hari?

Dalam hal ini, jika isteri saudara bercerita kepada sesiapapun, ia terus akan menjatuhkan talak.

Apabila isteri meminta cerai dan saudara menyebut seperti ayat di atas, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk.



Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 23, 2013

Soalan: JATUH TALAK MELALUI TELEFON

Nama*:Najwa
Alamat Email:sitinajwaibrahim@yahoo.com
Tajuk*:JATUH TALAK MELALUI TELEFON
Message*:As Salam Ustaz, saya ingin bertanya satu soalan kepada ustaz,
saya bercadang ingin memulakan hidup baru saya tanpa suami saya atas sebab2 tertentu yang sekian lama sudah bermasalah. saya sekarang tinggal bersama ibu saya buat masa ini.  dia tidak mahu melepaskan saya, secara realiti kami masih suami isteri tetapi hidup berasingan disebbkan dia tidak menceraikan saya, tetapi pada satu malam dia ada menelefon saya, mengerahkan sy pulang ke rumah pada masa tertentu. jika saya berdegil, dia mengeluarkan ayat seperti ini " kalo x balik jatuhla talak".  masa itu sudah pun berlalu di mana sy tidak juga pulang ke rumah kerana sy ingin memulakan hidup baru tanpa suami saya. Apa maksud itu ustaz? adakah sah penjelasan suami saya itu? adakah kami masih lagi suami isteri atau pn tidak.

diharap ustaz dapat membantu saya dalam hal ini.

terima kasih ustaz.
File Upload:
Visitor IP: 122.255.112.2

Perkahwinan seharusnya untuk membahagiakan pasangan. Bukannya perceraian.

Dalam hal ini, keengganan puan pulang ke rumah suami adalah satu dosa. (Maaf saya tidak tahu apa yang berlaku antara puan).

Namun lebih jauh lagi, puan tidak pulang juga walaupun suami mengaitkan dengan talak... Oleh itu, ia telah menjatuhkan talak satu atas apa yang diterangkan oleh puan. Itu yang saya faham, talak satu telah terjadi..

tk



Powered by EmailMeForm



Soalan: Perlukan jawapan

Nama*:Azlina abdullah
Alamat Email:Riamaya80@yahoo.com
Tajuk*:Perlukan jawapan
Message*:Salam,saya azlina...berkahwin Selama 16 tahun...kini tidak lagi tinggal dengan suami Lebih kurang setahun tiga bulan....sebelum keluar Dari rumah suami, saya pernah meminta cerai Dari suami....dan suami bersetuju Akan ceraikan saya sekiranya saya membayar sejumlah wang....maksudnya....saya Ada simpanan sebanyak 10 ribu....suami saya berjanji Akan ceraikan saya sekiranya saya membayar separuh Dari wang berkeanaan...iaitu...RM5000... Saya telah membayar wang berkenaan ....tapi selepas itu suami enggan menceraikan saya....apa yang perlu saya lakukan sekarang....saya tidak lagi tinggal dengan suami....dan telah berpindah Lebih setahun tiga bulan......saya cuma inginkan penjelasan....bolehkah saya memohon perceraian .....dari mahkamah syariah.....?
File Upload:
Visitor IP: 175.139.30.106

Salam puan,

Dalam kes ini, saya berpendapat perceraian tidak berlaku walaupun puan telah membayar sejumlah wang kerana suami tidak mahu melepaskan puan.

Saya nasihatkan puan mendapatkan penjelasan dan bantuan daripada pejabat agama @ kadi.

Sila buat aduan kepada pihak berkenaan bagi meleraikan masalah ini.
tk

Powered by EmailMeForm



Monday, April 22, 2013

Soalan: lafaz talak

Nama*:gee
Alamat Email:fuziuniq@yahoo.com.my
Tajuk*:lafaz talak
Message*:assalammualaikum ustaz, suami mengesyaki saya ada hubungan istimewa dan rakan sepejabat. Akhirnya setelah kami bertengkar suami ada meminta sya untuk bersumpah di atas beberapa perkara.. akhirnya saya bersumpah yg saya tidak membuat perkara yang dinyatakan oleh suami saya.. tapi dia ada menyebut saya tidak boleh bercakap tipu berkenaan dengan rakan pejabat saya itu.. jika saya bercakap bohong jatuh talak. tp tidak di nyatakan talak berapa.. adakah jika saya bercakap bohong demi menjaga maruah atau tidak mahu membesarkan masalah yang sedia ada, adakah jatuh talak uztaz.. mohon pandangan dari ustaz.. wasalam
File Upload:
Visitor IP: 124.13.222.9

Salam puan..

Persoalan saya, bilakah ungkapan ini; "tapi dia ada menyebut saya tidak boleh bercakap tipu berkenaan dengan rakan pejabat saya itu.. jika saya bercakap bohong jatuh talak" dilafazkan? Adakah setelah puan bersumpah atau sebelumnya. Jika selepas bersumpah, bererti puan tidak boleh menipu atau menyembunyikan sesuatu perkara berkaitan puan dan rakan sepejabat puan. Jika puan menipu, akan gugurlah talak (jatuh talak) dengan talak SATU.

Jika ungkapan itu disebut sebelum lafaz sumpah, sedangkan puan sememangnya ada hubungan dengan rakan sepejabat, maka tipuan itu -ketika bersumpah- telah menjatuhkan talak; talak SATU.

Oleh kerana suami mengaitkan tipu dengan talak, bererti puan tidak boleh menipu lagi ttg hubungan puan dengan rakan sepejabat selepas ini. Biarpun tujuan kita baik untuk menjaga maruah dan tidak mahu membesarkan masalah, tetapi PENIPUAN itu tetap tidak dibenarkan kerana ia dikaitkan dengan talak. Ia menjatuhkan talak SATU.

tk



Powered by EmailMeForm



Sunday, April 21, 2013

Soalan: mohon penjelasan

Nama*:nana
Alamat Email:nana199@yahoo.com.mu
Tajuk*:mohon penjelasan
Message*:salam ustaz..
saya dah kahwin dan ada 2 org anak berumur 1 dan 3 tahun.
Anak2 saya ni lasak ( hyper active ) dan selalu buat saya hilang sabar sehingga saya rasa macam nk marah mereka.
Boleh tak ustaz berikan tips mcm mana nk melayan, menasihat dan mendidik anak hyperactive ni..
Saya rasa bersalah sgt bila marah atau rotan anak2 saya.

Timbul rasa kesal selepas marah dan pukul anak2
File Upload:
Visitor IP: 60.53.25.181

Puan, saya tidak pernah ada pengalaman menjaga anak ang hyperactive... Maaf saya tidak dapat membantu.

Puan boleh bertanya kepada mereka yang ada anak yang sama seperti ini, atau guru-guru di kelas khas yang berpengalaman.

Saya pernah dengar anak seperti ini dibedung beberapa waktu sehinggalah dia ok dan dilepaskan kembali.. Merotan bukan cara terbaik... Sabar dan banyaklah berdoa semoga Allah menjadikan kita seorang ibu yang terbaik kepada anak-anak kita.

tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: talak taklik

Nama*:azimah
Alamat Email:azjeemah@yahoo.com
Tajuk*:talak taklik
Message*:Salam Ustaz,

Saya ingin bertanya. Baru-baru nie kami suami isteri telah bergaduh dan saya telah merujuk kepada kaunselor PAID bagi sesi kaunseling. Dalam sesi tersebut, kaunselor tersebut mendapati bahawa suami saya de melafaz empat kali lafaz talak taklik kepada saya.

Saya telah menfailkan kes tersebut di Mahkamah Syariah. Soalannya sekarang ialah, saya ingin tahu samada talak tersebut jatuh atau tidak. Tapi malangnya kesemua lafaz yang saya failkan itu adalah dari segi kefahaman saya dan bukannya lafaz sebenar yang diucapkan suami saya. ini adalah kerana saya mahupun suami tidak ingat akan lafaz tersebut. saya pun tidak menyangka bahawa lafaz tersebut berupa taklik kerana seingat saya ianya berupa ugutan. malahan suami saya menyatakan bahawa dia berniat untuk mengugut saya agar ikut apa yang dikehendakinya.
File Upload:
Visitor IP: 58.26.127.135

Salam Puan,

Lfaz taklik ialah kata-kata (termasuklah ugutan) suami kepada isterinya untuktidak melakukan sesuatu perkara (ata pekerjaan dsb) yang dikaitkan dengan CERAI @ TALAK. Sebarang ungkapan yang dikaitkan dengan cerai boleh dikira sebagai lafaz taklik.

Adakah telah jatuh talak? Jika larangan yang disebut dalam lafaz itu telah berlaku @ terjadi, maka jatuhlah talak.

Di sini kita faham bahawa suami kurang pengetahuan agamanya.. dan puan perlu membantu dalam hal ini..

Jika ia telah difailka di mahkamah, maka biarlah mahkamah memutuskannya. tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: dilemma

Nama*:nur inaz abdullah
Alamat Email:nurinez@yahoo.com
Tajuk*:dilemma
Message*:salam ustaz,
edah sy tlahpun habis jumaat lalu..sya ade mngajak bekas suami tuk berjumpe tuk kli terakhir krn sy mahukn pjelasan ats smua yg blku..dia mnceritakn smuanya..kebenaran tu mmg pahit..dia berkasih gn istri org brank 2 sudahpn 4thun..kekasih nya tu xbhgia brsma suami..katenya..dan pompuan tu penah 3x mngugurkn ank dia..betapa hncur luluhnya hati saya ustaz..dia meminjm ahlong tuk mnpung prbelnjaan smasa gn btina tu..jupe smua dihotel2..krna btina ni ank org kaya..sedangkn sy dan ank mkn minum kami xdihiraukn..tp lepas sy fail cerai smua berubah ktenya..dia xbleh fokus pd kerje..dia sudah xmerasa indah lg gn pompuan tu..dia asik mencri psal tuk brgaduh..byak kebohongan btina tu terkantoi satu prsatu..dan akhirnya bkas suami mnelefon suami btina tu dan mceritakn smuanya dan ingin stop kn smua nih..dia mceritkn smua pd sy wlupun dia bleh sj rujuk saya bila2 mse dlm edah..tp dia xnk buat mcm tuh..dia nk sy trima dia seadaanya..dan dia mula minum kmbli tuk ilngkn stres dia..tu yg pling myeksekn sy mndgr..sy mintak dia brjnji tuk xmnum lg..tp dia ckp sudah xde smngat hidup..dan berkli2 dia brtyekn sy masih ade sisa ksih pd dia? sy berat tuk mngatakn sudah hilang smua rase..krna sy xnk dia trus merosakn diri dn mase dpan dia..sya tak layak tuk mnghukum dia krna sy jua mnusia biase..cuma sy minta bg sy dan dia waktu,dia ckp mahu setelkn smua msalh dia dn akn kmbli pd sy dlm kedaan bersih katanya krna dia xnk sy terbabit dlm msalh dia..patutkah atau wajarkah saya bernikah smula sedngkn dia dah melakukn sya shingga ketahp itu?tp dlm hati yg paling dlm msih syg pd nya..bolehkh dia berubah sedang hati dia sudah hitam dgn dosa2 lalu..sedangkn sy terseksa bila mngigatkn prbuatan dia..terima kasih ustaz sd mbca..
File Upload:
Visitor IP: 218.208.207.153

Salam puan,

Membina kebahagiaan tidaklah semudah menyiapkan sebuah rumah untu didiami. Ia mengambil kira soal hti dan perasaan, soal rasa kasih dan tentunya sebuah PENGORBANAN yang amat besar. Dalam pada itu, soal AGAMA adalah perkara penting dan utama yang perlu dijadikan panduan dalam kehidupan kita.

Kita tidak berpijak pada ekonomi, tidak bertunjangkan kasih sayang semata-mata, tanpa adanya TUHAN dalam kehidupan kita. Langkah pertama ialah marilah kita kembali kepada ALLAH, kembali menghayati erti hidup seorang muslim dan muslimah sejati. Tingkatkan ilmu agama dan penghayatan agama dalam amalan seharian kita. Itu perkara pokok.

Kepada bekas suami, berilah dia ruang untuk dia mendekatkan diri kepada ALLAH dan agama ini. Mungkin puan boleh membantunya mendapatkan seorang rakan soleh yang sedia membimbingnya ke jalan yang benar. Bantulah dia mencari hidayah ALLAH.

Saya percaya, jika dia bertaubat dan kembali ke jalan ALLAH, dia pasti akan mencari puan sebagai isterinya. Berdoalah ke arah perubahan yang lebih baik.
 tk



Powered by EmailMeForm



Soalan: Mengulang lafaz..(tak sengaja dan diminta berbuat demikian)

Nama*:Shah
Alamat Email:
Tajuk*:Mengulang lafaz..(tak sengaja dan diminta berbuat demikian)
Message*:Asslamualaikum Ustaz,

Cuma ingin menambah ilmu pengetahuan, bagaimana hukum nya untuk situasi di bawah;

1) Suami mengulang semula LAFAZ CERAI SORIH yang dilafaz kpd isteri sebelum ini di hadapan Hakim ketika perbicaraan di mahkamah ketika diminta berbuat demikian oleh Hakim? Adakah akan jatuh talak kali ke 2? Seperti yang kita tahu lafaz sorih tidak perlukan niat.

2) Si suami ditanya oleh rakannya.."Bagaimana lafaz cerai yang kau sebut tu?" Si suami menjawab soalan itu dengan satu LAFAZ YANG SORIH yang telah dibuat kpd isterinya..jwpnnya adalah untuk menjawab soalan rakannya itu. Itu sahaja.

3) Si suami cuba mengingati semula lafaz sorih yang pernah dibuat sebulan yang lalu..apabila dia ingat..dia secara tak sengaja terlafaz dimulut..tapi TIDAK DINIATKAN/ DIQASADKAN kepada isteri. Sekadar mengingati semula perkara yang lalu. Tapi itu ialah lafaz sorih.

Soalan saya, apakah jatuh talak untuk kali ke 2 untuk situasi-situasi di atas? Atau tidak jatuh talak..kerana lafaz yang dilafaz semula itu adalah hanya untuk merujuk kepada situasi/ peristiwa yang telah terjadi..dan si suami tiada niat menceraikan isterinya sekali lagi walaupun lafaz itu lafaz yang sorih.Diharap ustaz memberi jawapan yang merangkumi semua situasi di atas. Terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 202.78.26.20

Salam,

1. Perulangan sebutan talak di hadapan hakim seperti kes ini tidaklah menjatuhkan talak kedua. Ia kerana sebagai satu penjelasan kepada hakim akan kes yang terjadi dahulunya.

2. kes yang kedua juga sama. ia tidak menjatuhkan talak ke dua

3. Ia tidak memberi kesan kepada cerai kedua atau seterusnya

Pada saya, ia satu penjelasan kepada apa yang terjadi (talak satu yang pertama) bukannya ungkapan untuk menjatuhkan talak ke dua dan seterusnya.. tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:azie
Alamat Email:puteriarian@gmail.com
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Assalammualaikum ustaz, suami ada melafazkan cerai untuk perkara yang telah lepas seperti jika engkau pernah tidur, mesra, dengan si polan aku ceraikan engkau talak 1. Adakah jatuh talak untuk lafaz yang dirujuk kepada perkara yang telah berlalu atau perbuatan yang telah lama berlaku. Mohon penjelasan ustaz. Wasalam
File Upload:
Visitor IP: 124.13.222.9

Mohon maaf, saya tidak dapat menjawab persoalan ini buat masa ini.. kena cari lagi.. hehe sori

* Dalam kes ini, akan jatuh talak walaupun dikaitkan dengan perkara yang telah lalu... Maksudnya afaz taklik itu sah walaupun dikaitkan dengan perkara lepas..

Pada saya, suami puan ni kurang warasnya... sepatutnya dia boleh terima puan seadanya sewaktu mahu berkahwin dahulu... tapi itulah alasan lelaki untuk mencari kesalahan orang lain..

tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon penjelasan

Nama*:rohana ahmah
Alamat Email:ana_88@yahoo.com.my
Tajuk*:mohon penjelasan
Message*:Assalammualaikum..ustaz
Saya ingin tanya tentang lafaz kinayah yg berkaitan dgn talak.
Saya dan suami bertengkar, suami marah2 dan tinggi suara dan berkata " kalau dah tak nak jaga anak,keluar ( berambus ) dari rumah ni..aku tak nak tgk muka kau lagi...jgn berani jejak kaki kat rumah ini lagi.."..suami berkata secara berulang..
Kemudian, bila suami dah reda...saya dan suami pun berbaik semula. Suami kata " abg sayangkn awak"..jgn buat lg tau.
Kemudian saya pun tanya suami..
isteri : abang tadi ckp mcm tu sbb nak beri amaran pada saya atau abg DAH TAK NAK SAYA LAGI ?
suami : Bagi amaran. Abang sayang awak sangat-sangat lar

Soalan:
adakah situasi tersebut blh terjadi jatuhnya talak @ cerai.
Mohon penjelasan ustaz
tk.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.30.106

Ia tidak menjatuhkan talak kerana lafaz kinayah (yg tidak jelas) memerlukan niat daripada suami yg melafazkannya.

Ok,,, moga bahagia selepas ini.. bersabar n jadi yg terbaik buat suami.

tk

Powered by EmailMeForm



Thursday, April 18, 2013

Soalan: lafaz kinayah

Nama*:fina
Alamat Email:fina77@yahoo.com.my
Tajuk*:lafaz kinayah
Message*:salam ustaz..
Saya seorang ibu muda yg ada 2 org ank kecil. Satu hari saya rasa geram sebab anak saya tak nak mkn dan saya marah anak saya.
Kemudian suami marah saya dengan nada tinggi dan sangat marah kerana saya mengabaikan anak2..
Ketika suami marah, dgn nada tinggi dan marah, suami ada berkata spt berikut:
1. kalau kau taknak jaga anak lg...kau blh keluar dari rumah ini dan jgn berani dtg sini lg dan aku tak nak tgk muka kau lg.
2. kalau dh tak suka, pergi keluar dari rumah ni.
3. kalau nk sgt kerja...pergi..aku blh jaga anak2 dan kalau dh keluar jgn dtg lg.

Saya merasakan kata-kata suami itu hanya utk memberi amaran dan peringatan shj kpd saya.
Adakah lafaz tersebut merupakan lafaz kinayah bagi talak?
Boleh tak ustaz terangkan mengenai apa itu lafaz kinayah dan apakah yg blh menyebabkan ia jatuh talak?
Mohon penjelasan ustaz mengenai masalah saya.
File Upload:
Visitor IP: 60.53.30.42

Salam Puan Fina,

Lafaz berkenaan adalah lafaz yang tidak jelas (kinayah) berkaitan talak. Ia perlu dirujuk kepada suami, apakah yang dimaksudkan sebenarnya oleh suami. Adakah ia bermaksud CERAI atau ia sebagai suruh untuk 'keluar dari rumah' sahaja.

Lafaz kinayah tidak menjatuhkan talak kecuali dengan niat - disertakan niat- untuk mentalakkan isteri. So, puan kena rujuk kepada suami dalam hal ini.

tk



Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 17, 2013

Soalan: Sumpah tidak seiring dengan niat..(salah sebut)

Nama*:Hamba Allah
Alamat Email:
Tajuk*:Sumpah tidak seiring dengan niat..(salah sebut)
Message*:Asslamulaikum Ustaz.

Saya ada sedkikit kemusykilan, situasinya begini saya ragu-ragu tentang satu lafaz talak sama ada jatuh atau tidak terhadap isteri. Slps itu saya bertanya kepada mereka yang arif dalam bab agama dan dia diyakini oleh mereka yang arif ini bahawa usah risau..100% talak tidak jatuh..confirm tak jatuh berdasarkan hukum syarak. Tapi selepas beberapa minggu saya didatangi perasaan was-was tentang lafaz talak tersebut. Akibat terlalu tertekan, lantas untuk menguatkan keyakinan dalam hati saya..saya telah bersumpah atas nama Allah. Malangnya sedikit kekeliruan timbul apabila saya tersalah sebut ketika bersumpah. Maksud di sini ialah lafaz sumpah tidak seiring dgn niat. Niat benda lain tapi lafaz sumpah bende lain. Ada percanggahan di situ. Untuk makluman ustaz macam ni lafaz sumpah tersebut..
"Wallahi..wabillahi..wattallahi..aku bersumpah atas nama Allah bahawasanya aku sesekali tidak akan menidakkan atau menafikan lafaz talak tersebut..jika tidak Kau laknatlah aku ya Allah"..subhanallah..maafkan saya ustaz...akibat terlalu tertekan saya terpaksa bersumpah begitu..

Isunya di sini ustaz..saya telah tersedar bahawa saya telah tersilap lafaz..pada ayat ..'sesekali tidak akan menidakkan atau menafikan lafaz talak..'..kalau dinilai dari segi maksud..ia memberi maksud mengiakan atau membenarkan lafaz talak tersebut...tapi dalam hati saya..saya berniat supaya saya TIDAK mengiakan atau membenarkan lafaz tersebut..saya sepatut berkata ..'aku sesekali tidak akan mengiakan atau membenarkan lafaz talak tersebut.."....ternyata saya telah tersilap lafaz dengan tak sengaja dan tidak berniat utk lafaz dengan ayat macam tu..dan sumpah saya telah lari/ terpesong dari niat asal..

Jadi macam mana ustaz, apakah hukumnya..adakah jatuh talak terhadap isteri saya akibat lafaz sumpah yang tidak seiring dgn niat itu..? Tolongla saya ustaz..saya buntu..saya tau saya tak patut main-main dgn sumpah..saya berjanji tidak lagi bersumpah sesuka hati.
File Upload:
Visitor IP: 202.78.26.20

Salam.

Perkataan seharusnya terbit mengikut apa yang diniatkan (diqasadkan). Oleh kerana sumpah ini disebut tidak mengikut maksud asal penuturnya, maka pada pendapat saya, ia tidak memberi kesan kepada apa yang dilafazkan (disebut).

Dalam kes ini, ia tidak jatuh talak.

Cuma seperkara yang saya dapat nilai pada kes ini ialah saudara terlalu terikut dengan was-was yang menghantui saudara. Was-was ini amalan syaitan, ia tidak perlu dilayan kerana syaitan sentiasa mahu merosakkan kehidupan manusia muslim. Kadang-kadang hendak solatpun susah tertekan oleh rasa ragu-ragu yang melampau. Hindari dan ubati was-was... tk



Powered by EmailMeForm



Monday, April 15, 2013

Soalan: dilema edah

Nama*:nur inaz abdullah
Alamat Email:nurinez@yahoo.com
Tajuk*:dilema edah
Message*:salam ustaz,saya dilema kerana tgal beberape hari saje lagi edah saya habis..dalam hati yg paling dlm saya amat menyanyangi suami..akibat marah dia melepaskan cerai kerana saya ternmpak gmbar mesra dia bersama kekasih nya di fb..kami berkawin selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki 8tahun..dlm tempoh edah dia xpenah bagi nafkah anak dan saya..banyak sangat kejahatan yg dia buat tapi saya masih sayangkn dia..dia ingin kembali kerana saya sajer yg paham akan dia..tp saya ragu2 dan hilang sudah kepercayaan pada dia..dlm doa sya selalu hrap dia berubah..
File Upload:
Visitor IP: 218.208.207.153

Salam Puan Nur Inaz,

Puan boleh dirujuk kembali oleh suami jika dia mahu selagi ada dalam tempoh edah. Tetapi jika selepas tempoh edah, puan juga boleh dinikahi kembali oleh bekas suami. Ia tidak menjadi masalah.

Masalah besar ialah bagaimana kesediaan puan menerimanya dan bagaimana pula dia sedia menerima puan. Bawalah berbincang dengannya utk meleraikan sedikit kebuntuan di sini. Berlapang dada dan luahkan apa yang tersirat sebelum apa-apa jua keputusan diambil.

Saya kira inilah masa yang terbaik kepada puan dan suami untuk menilai erti sebenar sebuah kebahagiaan dan sebuah rumahtangga... tk



Powered by EmailMeForm



Sunday, April 14, 2013

Soalan: sumpah

Nama*:azie
Alamat Email:dayangariani@gmail.com
Tajuk*:sumpah
Message*:assalammualaikum ustaz, Rumahtangga saya sgt bermasalah.. sudah lama saya bertahan.. suami sya seorang yang panas baran, tidak bertanggungjwb dari segi nafkah zahir dan batin, tidak bersembahyang..kuat cemburu..kuat menghina..sukar memaafkan dan paling suka mengungkit setiap kejadian yg berlaku..wlupun kejadian itu sudah berbelas tahun berlaku. Sebenarnya uztaz, sya pernah terlanjur dan sya amat menyesali perbuatan sya..sya telah berubah..sya tidak pernah mengaku kepada suami sya.. kerana sifatnya yg sukar dijangka.. Sya telah cuba mempertahankan rumahtangga ini dgn mengikut kehendak dia..sya berkejaya..mlh sayalah yg bertanggungjwb di atas setiap sen perbelanjaan di rumah.. saya cuba berubah mengikut apa yang diinginkan.. hendak ke mana pun saya akan minta izin..tp suami sya tidak pernah berubah..sehingga lah skrg dia masih mengungkit ttg kejadian itu.. sehingga kan setiap hari berlaku pertengkaran.. dan saya bertekad untuk tidak mempertahankan lagi rumahtangga ini.. suami terasa terancam dgn tindak tanduk sya dimana dia tahu tanpa sya dia pasti sukar kerana tak punya kewangan yg kukuh.. Baru2 ini ustaz suami mahu saya mengaku sya pernah terlanjur.. dia mengajak sya melakukan sumpah laknat demi memuaskan hatinya.. tapi bkn atas tujuan untuk menyelamatkan rumahtangga kami.. perlukah sya menurut desakan dia... ustaz.. Andai saya menfailkan permohonan cerai di mahkamah.. adakah pihak mahkamah boleh mengarahkan saya melakukan sumpah laknat.. Mohon penerangan ustaz.. Wassalam..
File Upload:
Visitor IP: 124.13.222.9

Salam Puan Azie,

Perkahwinanan seharusnya bermula dengan penerimaan suami dan isteri atas apa sahaja kelebihan dan kekurangan pasangan. Pada awal pengenalan dan keputusan untuk berkahwin seharusnya bermula atas kesedaran dan kefahaman ini; yang akhirnya kelebihan itu dimuliakan dan kekurangan itu ditutupi. (Bukan hanya isteri, suami juga banyak kelemahannya..)

Mengenai ugutan untuk mengadakan sumpah laknat, apakah kebaikannya kepada rumah tangga puan? Saya kira ia tidak memberi apa-apa erti selain mencari kelemahan pasangan semata-mata. Ataupun puan boleh juga mengugut bahawa suami yang puan nikahi adalah suami yang 'bersih' daripada zina sebelum dia berkahwin!

Saya menasihati puan membawa perkara ini ke kaunselor bagi mendapat nasihat dan pertimbangan wajar. Jika puan merasakan perkahwinan ini tidak membawa apa-apa erti kebahagiaan, mohonlah untuk bercerai, jika itu jalan terbaik buat puan.

salam hormat.

Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 10, 2013

Soalan: Talak

Nama*:Siti Eliza
Alamat Email:qistina_aurora24@yahoo.com
Tajuk*:Talak
Message*:Salam ustaz,

Saya ingin bertanya samada jatuh atau tidak talak yang dilafazkan oleh suami melalui paksaan daripada isteri? Suami memang tiada niat mahu bercerai cuma dia dipaksa oleh isteri untuk diceraikan. Terima kasih
File Upload:
Visitor IP: 183.171.171.229

Salam Puan Siti,

Talak hanya jatuh setelah dilafazkan oleh suami atas kehendaknya sendiri. Jika ada unsur paksaan; perlulah dinilai tahap paksaan berkenaan. Jika paksaan itu tidak memudaratkan, namun suami melafazkan talak, maka jatuhlah talak.

Sebaliknya jika ugutan itu memerbahayakan atau 'sukar hendak dileraikan' lafaz suami adalah tidak dikira (tidak jatuh talak). Ia bergantung kepada situasi yang dihadapi oleh suami pada ketika itu.

tk


Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 9, 2013

Soalan: talak dan edah

Nama*:heliza
Alamat Email:zarra_miera@yahoo.com
Tajuk*:talak dan edah
Message*:Saya telah berselisih faham dengan suami dan terjadi pergaduhan mulut..'suami berkata kalau begini lebih baik kita bercerai'dalam keadaan marah dan tanpa niat dan kerana marah sanggup berkata begitu..setelah itu suami berkata kepada saya dia ingin merujuk saya kembali dan saya dalam haids ketika itu..setelah saya suci dari haid kami pun bersetubuh tanda rujuk..adakah berlakunya rujuk..saya pun biggung dengan situasi saya..dan saya nak tanya..talak berapa kah? jika setiap kali pergaduhan suami kata cerai jak..pergaduhan jarang2 dan sudah 4 tahun bersama dan mau 10 kali gaduh..tapi kami tidak niat cerai kerana kerana kami menyayangi dan suami pun tidak mahu berlakunya penceraian..setiap kali saya menyatakan akan rujuk masalah kepada pejabat agama,dia enggan..dan saya menurut kata suami..
File Upload:
Visitor IP: 175.138.227.187

Salam Puan Heliza,

Pertamanya lafaz 'kalau begini lebih baik kita bercerai' pada kefahaman saya ia bukanlah satu lafaz cerai yang sah kerana ia tidak menunjukkan ucapan 'aku ceraikan kamu' atau maknanya. Ucapan itu juga dikaitkan dengan 'KALAU' yang belum tentu terjadi akan perkara berkenaan. Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak.

Apabila tidak jatuh talak, ia tidak perlu rujuk.

Namun perlu diingat, puan dan suami didapati selalu bergaduh dan setiap kali pergaduhan disebut perkataan cerai. Cuma puan tidak jelas bagaimana ucapan itu disebut... Saya khuatir jika ada suami melafazkan cerai secara langsung seperti katanya, 'aku ceraikan engkaulah'... maka perkataan seperti ini menjatuhkan talak.

Saya menasihati puan dan suami supaya menjaga mulut dan lidah, terutamanya suami. Usah diringankan menyebut perkataan CERAI biarpun dalam keadaan bagaimana sekalipun. Ia boleh meruntuhkan ikatan akad begitu sahaja. Bimbang nanti kita tidak sedar telah terjadinya talak dan berlaku pula ZINA...

tk

Powered by EmailMeForm



Soalan: talak 1 dan 2 rujuk

Nama*:fauziah @gee
Alamat Email:gee_sweety22@yahoo.com
Tajuk*:talak 1 dan 2 rujuk
Message*:as salam ustaz saya ingin bertanya soalan,sebelum ini saya telah diceraikan dgan talak 1 tapi telah dirujuk kembali. Selepas 3 tahun saya telah diceraikan lagi dengan sebutan talak 2, adakah saya ada peluang untuk rujuk semula. Sekarang saya musykil saya ingin kembali ke pangkal jalan bersama bekas suami saya semula..
File Upload:
Visitor IP: 183.171.166.37

Salam Puan Gee,

Talak satu memang sah telah jatuh.

Dalam kes ini, apabila suami menyebut 'aku ceraikan engkau dengan talak dua', maka ia bererti telah jatuh talak TIGA. (1 + 2 = 3)

Dalam kes talak tiga, suami tidak lagi boleh merujuk atau bernikah semula dengan puan. Jalan terakhir ialah 'cina buta', dan itupun tentunya memakan masa dan sukar untuk puan terima orang lain sebagai suami, berkahwin dengannya, bercerai dan habis edah dan baharulah boleh disatukan kembali dengan bekas suami pertama.

* Wahai para suami, beringatlah dan berhati-hatilah dengan lafaz cerai...

tk

Powered by EmailMeForm



Sunday, April 7, 2013

Soalan: jatuh tak talak?

Nama*:nurul
Alamat Email:nurul_fahmi2011@yahoo.com
Tajuk*:jatuh tak talak?
Message*:salam ...saya nak tanya...jatuh tak talak..kalau saya tak nak balik rumah kerana saya bergaduh ngn dia...dan dia suruh saya balik...saya bertanya kepada dia "kau ceraikan aku kalau aku balik rumah malam ni" dan suami membals "ok"....adakah talak sudah jatuh ustaz? harap dpt balas
File Upload:
Visitor IP: 210.19.100.61

Salam saudari Nurul,

Suami adalah ketua rumah tangga, isteri adalah permaisurinya. Kebahagiaan bermula dengan suami yang disokong dan dibantu oleh isteri. Seharusnya isteri sentiasa berada di sisi suami; pada saat duka dan gembira, kesabaran dan kesetiaan banyak membantu kita dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia.

Dalam kes puan, puan boleh dianggap nusyuz (derhaka) kerana enggan pulang ke rumah suami. Keengganan puan pulang ke rumah tidaklah sampai menjatuhkan talak, tetapi dikira nusyuz. Ia antara dosa besar yang perlu dijauhi.

Kes berikutnya pada pelawaan isteri 'kau ceraikan aku kalau aku balik rumah malam ni" dan disambut oleh suami "ok" adalah jatuh talak. Pada kefahaman saya, jawapan OK itu adalah tidak jelas untuk disahkan talak, kerana OK itu boleh membawa maksud pada masa akan datang; iaitu setelah pulang ke rumah. Jika telah pulang ke rumah, suami tidak menceraikan isteri, maka ia tidak menjatuhkan talak.

wallahuaklam. tk


wered by EmailMeForm



Soalan: fasakh dan edah

Nama*:mika
Alamat Email:zarra_miera@yahoo.com
Tajuk*:fasakh dan edah
Message*:Makhamah telah menjatuhkan fasakh dan saya di minta eddah..persoalannya,saya dan bekas suami (pernikahan x sah), telah berpisah hampir 3 tahun,dan tidak pernah bersama selepas itu dan nafkah anak pun tiada..dalam tempoh saya tidak bersama suami,saya telah menjalinkan hubungan dengan sorang lelaki dan telah hamil 3 bulan dan kami akan berkahwin..bila kami ble nikah sedangkan mahkamah myuruh saya fasakh dan edah sedang kan saya hamil anak lelaki lain..
File Upload:
Visitor IP: 115.134.125.29

Salam Puan Mika,

MasyaAllah... kembalilah kepada Allah untuk kesempurnaan hidup kita...

Kes fasakh yang diputuskan oleh mahkamah adalah sah dan puan tertakluk kepada edah. Edah bagi seorang perempuan ialah tiga kali suci (3 - 4 bulan kebiasaannya) atau sehingga melahirkan anak.

Dalam kes ini, telah tiga tahun puan berpisah (dipisahkan) dan tentunya telah tamat tempoh edah. Setelah tamat tempoh edah, puan boleh berkahwin dengan lelaki lain dengan jalan yang sah.

Oleh kerana keterlanjuran puan, wajiblah disegerakan perkahwinan itu... dan mohon taubatlah kepada Allah... Moga anda bahagia...

tk


Powered by EmailMeForm



Friday, April 5, 2013

Soalan: cra mandi wajib

Nama*:hamba
Alamat Email:
Tajuk*:cara mandi wajib
Message*:assalamualaikum.saya nak bertanyakan soalan.Bagaimanakah cara untuk mandi wajib dgan menggunakan air dgan cra yg btol bg tgan yg d simen krana mengeluarkan mani dgan sgaja.adakah sah solatnya.
File Upload:
Visitor IP: 175.140.89.204

Salam saudara saya...

Mandi wajib bagi kes tangan bersimen ialah dengan membasahkan seluruh badan yang tidak bersimen (boleh juga seperti mengelap atau merinjis air - asalkan meratakan air ke seluruh anggota badan). Bagi kawasan bersimen, ratakan air dengan mengelap atau merinjis kecil, jika tidak mudarat boleh juga membasahkan kawasan berkenaan.

Setelah sah mandi wajib, bolehlah solat dengan sempurna.

Solat jangan tak solat...

tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz cerai sah atau tak?

Nama*:Maria
Alamat Email:marilahmaria123@yahoo.com
Tajuk*:Lafaz cerai sah atau tak?
Message*:Assalamualaikum Ustaz..
Beberapa hari lalu saya ada bergaduh dgn suami. Pergaduhan disebabkan oleh sikap suami yg kerap membohongi saya berkaitan soal duit. Dia selalu menggunakan duit saya tanpa pengetahuan saya untuk kegunaannya; menyelesaikan hutang2nya (dia tiada kerja tetap), sehinggakan duit yg sepatutnya dibayar utk sewa rumah pun tidak dibayar. Tapi dia kata dia berhutang pun kerana saya, nak beri saya makan katanya. Saya bukan tak mahu tolong dia bayar hutang, cuma saya dah serik kena tipu dgn dia selalu, sebab dia susah nak berterus terang bila dah guna duit. Walaupun saya tahu dia sbnrnya betul sayang pada saya, tapi kadang2 tu saya rasa teraniaya kerana banyak duit saya yg dah habis dia guna, malah duit yg saya simpan utk bayar urusan2 tertentu pun selalu dia guna tanpa pengetahuan saya.

Jadi satu hari tu, saya sedih; kecewa sgt dengan dia, jadi saya kata pada suami, "Kalau abg rasa syg ni membebankan abg (sebab suami kata dia berhutang kerana saya), abg lepaskanlah saya. Saya rela asalkan abg tak susah krn saya." Saya kata begitu bukan betul2 minta cerai pada dia, sebab saya masihkan sayangkannya. Cuma waktu tu saya tgh sedih & kecewa sgt dengan dia. Masa tu suami pun dah menangis2 sebab dia tahu dia salah dan rasa bersalah dgn saya. Saya tahu dia bukan berniat menganiaya saya tapi sebab dia ada masalah kewangan yg teruk. Jadi waktu dia menangis tu, dia ada sebut, "Mulai hari ini, abg lepaskan syg.." Itu yg saya dengar. Tapi selepas tu dia ada sebut beberapa ayat lagi, tapi saya tak dengar sebab dia cakap slow. Bila dengar tu, saya pun diam, saya tak pasti dia sedar atau tak dia cakap macam tu. Kemudian bila dia dah berhenti menangis, saya tanya dia lagi. "Betul ke saya dah bukan isteri abg lg? Abg dah lafaz lepaskan saya tadi." Tapi dia kata, bila pulak dia kata macam tu? Dia kata dia tak ingat dia ada kata macam tu waktu dia nangis tadi. Jadi saya igtkan dia lagi, saya kata ye betul saya dengar abg kata mulai hari ini, abg lepaskn syg. Bila dia fikir2 balik, dia kata mungkin juga dia ada cakap macam tu, antara sedar atau tak. Dia pun tak pasti. Tapi dia tegaskan pada saya, dia tak bermaksud nak ceraikan saya. Dia cuma terlalu sedih sebab dia sedar dia dh banyak susahkan saya. Dan dia kata lagi, sbnrnya dia bermaksud, bila dia dah takde nanti (mati), barulah dia lepaskan saya. (Ayat yg saya tak dengar dia cakap slow tadi). Sebab dia kata kalau saya bukan isteri dia, lebih baik dia mati je. Jadi saya pun keliru, sebenarnya jatuh talak ataupun tak. Saya dengar kata-kata suami lepaskan saya, tapi suami kata walaupun dia ada tercakap macam tu, tapi sebenarnya dia tak berniat.

Saya ada cadangkan rujuk hal kami ni kat pej agama tapi suami tegaskan yg dia tak bermaksud cerai. Jadi tak sepatutnya jatuh talak. Dia betul2 menyesal terlepas cakap macam tu, dan saya pun tidak berniat utk benar2 mintak cerai. Jadi sebenarnya lafaz tu sah atau tak ye ustaz? Kalau lafaz tu sah, perlu ke kami rujuk di pej agama walaupun kami telah bersetuju utk tidak bercerai (rujuk di rumah,tapi tiada lafaz rujuk yg rasmi cuma bersetuju tidak bercerai). Kami juga masih tinggal bersama dan masih melakukan hubungan suami isteri. Saya ada terbaca, kalau bersetubuh setelah lafaz cerai, maka automatik dah rujuk. Tapi ade juga yg kata mazhab shafie x boleh. Jadi macam mana ustaz?
1. Lafaz cerai sah atau tak?
2. Kalau sah cerai, rujuk kami sah atau tak?
3. Kalau sah, masih perlu ke kami laporkan pada pej agama?

Maaf soalan saya panjang lebar. Harap ustaz boleh membantu. Terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 202.188.26.147

Salam Puan Maria,

Mohon maaf kerana lambat menjawab persoalan puan.

Apa yang saya faham dari kes ini, ucapan suami "mulai hari ini, abg lepaskan syg.." membawa maksud cerai kerana ditujukan kepada puan pada ketika puan meminta untuk diceraikan. Saya faham dari kes ini, telah jatuh talak satu.

Namun atas kehendak suami dia merujuk kembali kepada puan. Jadinya rujuk telah berlaku dan harus diingat, telah juga jatuh talak satu.

Soal pelaporan kepada pihak berkuasa (pejabat agama) itu adalah atas pilihan puan. Jika puan mahu untuk membuat pengesahan akan kes talak dan rujuk kembali, silalah berurusan dengan pejabat agama.

tk


Powered by EmailMeForm



Thursday, April 4, 2013

Soalan: parti lain

Nama*:afiq
Alamat Email:afiq.yusof2050@gmail.com
Tajuk*:parti lain
Message*:Assalamualaikum ustaz..
saya ada 1 kemusyikilan.situasi antara suami dan isteri yg berlainan parti politik..si suami yg terlalu taksub dgn partinya berkata kpada isterinya "hilang tanggungjawabku ke atasmu jika kau x sehaluan dganku"..
1.apakah sudah jatuh talaknya ustaz?
2.ataupun jika si isteri mengundi parti yg tak sama dgan suaminya barulah jatuh talak tersebut?
3.adakah isteri terpaksa mengikut cakap suaminya kerana ingin menjaga rumahtangga
mohon penjelasan ustaz kerana ini terjadi dalam keluarga saya.mohon sangat2 ustaz..
File Upload:
Visitor IP: 192.198.147.170

Salam saudara Afiq.

Perbezaan pendapat dan pegangan dalam politik tidak seharusnya dilibatkan dengan menggadaikan sebuah perkahwinan. Usah begitu rapuh memusnahkan hukum syarak yang halal kepada yang tidak halal (zina).

Ucapan suami "Hilang tanggungjawabku ke atasmu jika kau x sehaluan denganku" adalah lafaz talak yang jelas, iaitu ia menjatuhkan talak, cumanya ia dikaitkan dengan 'jika kau tidak sehaluan denganku'. Andainya isteri sehaluan dengan suami, maka tidaklah jatuh talak pada ketika itu. Tetapi jika isteri masih tidak boleh sehaluan maka akan jatuhlah talaknya.

Bilakah jatuh talak berkenaan? Merujuk pada lafaz berkenaan, suami tidak menyatakan waktunya, mungkin waktunya pada ketika ia dilafazkan atau boleh jadi pada ketika mengundi.

Dalam hal ini, isteri kena merujuk kepada suami untuk mendapatkan penjelasan akan waktu talak itu 'berkuatkuasa' sama ada pada waktu mengundi atau pada waktu ia dilafazkan. Jika pengakuan suami pada waktu mengundi, maka ia masih selamat, jika pada ketika ia dilafazkan, ia bererti menjatuhkan talak satu (atas andaian isteri masih tidak sehaluan dengan suami). Mohon penjelasan daripada suami.

Dalam perbezaan pendapat, tiada siapa boleh memaksa; baik suami mahupun isteri. Masing-masing punyai pegangan dan keyakinan yang pasti. Cuma boleh diusahakan perbincangan terbuka dan cuba meyakinkan satu pihak dengan pihak lain. Itu sahaja. Berdoalah kepada Allah untuk diberikan hidayah dan taufik-Nya.

tk



Powered by EmailMeForm



Soalan: Was was

Nama*:Insan dalam kerisauan
Alamat Email:adidas3221@gmai.com
Tajuk*:Was was
Message*:Ustaz..sy kurang fhm dgn apa yg ustaz terangkan pada sy tntang permaslah sy td..blh x ustaz terangkn bagaimana yg ustaz maksudkan dgn lisan atau ucapan tu??jika kita hnya mnyebut nombor sja tp tidak mnyebut talak adakah jatuh ustaz??tlg sy ustaz..
File Upload:
Visitor IP: 183.171.161.198

Salam..

Maksud saya, jika ada lintasan dalam hati untuk mengatakan cerai, usahlah dilayan lintasan itu. Cepat-cepat nafikan dalam hati... Jangan sampai awak layan lintasan hati itu hingga tersebut perkataan CERAI atau TALAK...

Powered by EmailMeForm



Wednesday, April 3, 2013

Soalan: Pertanyaan mengenai talak

Nama*:Insan dlm kerisauan
Alamat Email:adidas3221@gmail.com
Tajuk*:Pertanyaan mengenai talak
Message*:Salam ustaz..sy nk brtnya kpda ustaz dlm satu situasi yg sy hadapi..begini ustaz,adakah jatuh talak jika kita hanya sebut nombor tnpa niat..ketika bersama dgn isteri(kelamin)sy da tersebut nombor 1 sampai 5..mklumla msa tu tgh syok mainkn ustaz..tp pada niat sy ktika itu hanyala untuk kira tusukan sja xbmksud dgn talak..tp smasa tgh mngira tu ttiba sy trfikr pasal tlak..adakn jatuh tlaknya ustaz??tlg la sy ustaz..
File Upload:
Visitor IP: 183.171.163.81

Salam... Hai macam-macam hal dalam rumah tangga ni...

Lintasan hati tanpa disahkan dengan lisan tidaklah menjatuhkan talak. Namun sebarang lintasan seperti itu, perlulah dinafikan agar tidak terbawa kepada ucapan dan sebutan pula.. Gangguan syaitan sememangnya mahukan kita berpisah dan bercerai berai...

Kok ya pun, jangan masa tengah buat kerja pun nak fikir soal tu.. he awak ni...

sori n tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: Hukum bagi orang tidak mengentahui

Nama*:Mohamad
Alamat Email:pkkka_duta@hotmail.com
Tajuk*:Hukum bagi orang tidak mengentahui
Message*:Assalamualaikum...

Disini saya ingin bertanya sedikit soalan iaitu saya sebelum ini tidak tahu bahawa talak itu sah sekiranya dilafazkan seorang diri, tetapi saya yakin saya tidak pernah menyebut perkataan tersebut.Saya hanya baru mendapat tahu perkara ini setahun lepas selepas saya membacanya didalam internet.Dan sekarang ini saya dalam keadaan risau sekiranya sebelum ini pernah saya bercakap tersasur seorang diri seperti yang saya tanyakan ustaz pada ruangan yang lepas. Jadi saya ingin bertanyakan ustaz mengenai hukum bagi orang yang tidak mengetahui perkara tersebut semasa ia melakukannya?
File Upload:
Visitor IP: 183.171.171.44

Salam Sdr Mohamad,

Soal tidak mengetahui hukum bukanlah alasan untuk tidak jatuh talak jika disebut bersendirian. Ia seperti kita mengetahui undang-undang jalan raya, apabila kena tangkap tetap didakwa atas kesalahan yang dilakukan.

Dalam hal ini, sdr tidak pasti sama ada pernah menyebut atau tidak lafaz TALAK bersendirian. Jika tidak pasti sebut atau tidak, kita kembali kepada 'asal perkara'; iaitu asal perkaranya ialah ia tidak disebut. So, lafaz tu tidak disebut oleh sdr.... usah diragu-ragukan lagi..

tk


Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz talak berulgkali sewaktu hamil

Nama*:Hamba keliru
Alamat Email:lady_park2@yahoo.com
Tajuk*:Lafaz talak berulgkali sewaktu hamil
Message*:Saya ada kemusyiklan berkaitan dgn lfz cerai. Kali pertama suami mlfzkan cerai pada sy ketika kandungan sy berumur 3 bulan...kemudian dia mrujuk sy semula...dlm tempoh sbulan slepas itu dia mlfzkan cerai buat kali kedua. Adakah dikira sbgai talak satu atau dua?
File Upload:
Visitor IP: 219.92.179.96

Salam Sdri Lady,

Kali pertama telah jatuh satu talak (semasa mengandung 3 bulan).

Kali kedua jatuh lagi satu talak, jadinya dua talak telah jatuh. Dalam kes ini, telah jatuh dua talak dan tiada lagi talak bain -talak yang dibenarkan untuk rujuk @ nikah semula selepas ini. Bagi tahu suami suapaya jangan sesekalipun lafaz talak @ cerai kerana ia telah mengharamkan rujuk kembali melainkan dengan cina buta... ia terlalu sukar...
tk



Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 2, 2013

Soalan: Isteri Merajuk Suami Tertekan

Nama*:Mohamad
Alamat Email:pkkka_duta@hotmail.com
Tajuk*:Isteri Merajuk Suami Tertekan
Message*:Assalamualaikum.

pembetulan alamat email: pkkka_duta@hotmail.com

Assalamualaikum.
Saya dan isteri telah mendirikan rumah tangga hampir 8 tahun dan dikurniakan 3 cahayamata hasil daripada diperkenalkan oleh seorang emak sepupu isteri. Saya berkenalan tidak lama iaitu hanya 3 bulan dan terus khawin disebabkan sangat berkenankan isteri yang berpendidikan agama. Isteri saya lulusan bidang agama di salah sebuah uneversiti tempatan manakala saya hanyalah lulusan diploma politeknik sahaja. Setelah khawin barulah saya tahu bahawa isteri saya adalah anak seorang peniaga yang berjaya di kota bharu. Di sini berlaku jurang yang jauh antara kami, namun saya sangat sayangkan isteri. Sejak dari khawin sampai hari ini ada sahaja perselisihan faham. Bila berlaku perselisihan faham isteri terus merajuk dan susah untuk dipujuk. Apabila isteri merajuk pikiran saya bercelaru dan risau memikirkan supaya isteri faham bahawa dia sekarang isteri dan perlu menghormati saya. Apabila isteri merajuk dia seakan-akan tidak menghormati saya langsung, adalakanya dia keluar rumah, adakalanya dia tidur bilik lain dan yang saya semacam tidak percaya dia berlatar belakang agama. Dia sepatutnya boleh memikirkan dosa dan pahala dan saya selalu menasihati isteri iaitu sekarang dia perlu menghormati saya lebih daripada keluarganya. Namun setelah selasai merajuknya keadaan kembali normal, isteri kembali hormati saya, tetapi selang tiga atau empat hari perkara yang sama berlaku lagi. Dalam keadaan merajuk yang hampir setiap hari itu, fikiran saya sentiasa bercelaru, kadang-kadang saya pujuk, kadang saya naik marah dan kadang-kadang saya kecewa. Dalam kekecewaan fikiran tetap bercelaru. Pada suatu hari, isteri saya sedang merajuk, saya pula dalam keadaan becelaru dan kecewa...(saya juga mempuyai penyakit tekanan perasaan yang disebabkan mata sebelah kiri saya rabun teruk dan tidak dapat dibaiki dengan cermin mata). Pada masa tersebut perasaan saya kecewa dan tertekan sangat-sangat, pelabagai persoalan bermain difikiran iaitu, mungkin dia nak bercerai kot...mungkin dia benci aku...dan sebagainya. Dalam keadaan fikiran yang becelaru tersebut terkeluar perkataan yang difikirkan "kalau dia benci aku baliklah rumah mak ayah dia" selepas daripada itu baru saya tersedar bahawa apa yang saya fikirkan telah terkeluar dari mulut saya. Selepas itu saya mengkaji kata-kata saya dengan perasaan yang risau takut sekiranya talak telah berlaku. Ini kerana saya sangat sayangkan anak-anak saya yang masih kecil. Jadi saya berharap ustaz dapat memberi penjelasan yang selanjutnya tentang masalah saya ini.
 
File Upload:
Visitor IP: 183.171.174.206

Salam En Muhammad.

Perselisihan dalam rumah tangga adalah lumrah, sama ada teruk atau biasa-biasa sahaja. Dalam kes ini, saya kira sifat isteri sdr sememangnya begitu. Mungkin kerana latar hidupnya yang senang dan mudah menyebabkan dia 'kurang' menghargai apa yang ada.

Tidak apalah tuan, walau apapun, kita tetap sebagai suami dan ketua dalam rumah tangga. Sabar dan tenang adalah perisai kebahagiaannya. Bawalah bertenang dengan perbanyakkan ingati Allah dan selawat, zikir dan istighfar. Lazimi ucapan Alhamdulillah.... Insya Allah dengan cara begini kita dapat mengawal emosi yang tidak stabil dan bercelaru.

Pendidikan agama -ustazah- tidaklah menjamin keelokan akhlak dan perilaku seseorang. Ia banyak bergantung dengan persekiratan yang melingkunginya. Namun ilmu agama itu seharusnya berupaya menimbangtara antara baik dan tidak kepada setiap kita.

Mengenai lafaz 'baliklah rumah mak ayah dia'. ia lafaz yang tidak jelas (ghairi soreh). Oleh itu ia berganung kepada niat suami yang melafazkannya. Jika suami bermaksud balik saja-saja, tidaklah jadi talak. Sebaliknya jika bermaksud CERAI atau TALAK, maka akan jatuhlah talak. Saudara boleh membuat pertimbangan atas apa yang saudara niatkan pada ketika melafazkan perkataan berkenaan.

Wallahuaklam.



Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA