Tuesday, March 5, 2013

Soalan: was-was

Nama*:hani
Alamat Email:hani@yahoo.com.my
Tajuk*:was-was
Message*:Salam ustaz..
Saya ada sedikit kemusykilan mengenai hukum menggunakan barangan terpakai (second hand).
Saya dan suami akan berpindah kerumah baru..masalahnya suami ingin beli barangan second hand seperti mesin basuh dan peti ais di sebuah kedai barangan elektrik milik orang bukan Islam.
Apa yang saya was-waskan mengenai kebersihan barangan tersebut kerana ia merupakan barangan terpakai.
Minta penjelasan dan pendapat dari ustaz..
Terima kasih
File Upload:

Salam Puan Hani

Dalam hal ini, barangan terpakai seperti itu seharusnya tidak menjadi masalah kepada kita sebagai pengguna muslim. Peti ais jika diragui kesuciannya, puan hanya perlu basuh dengan kaedah samak; 7 kali basuhan dan satu daripadanya air tanah.

Mesin basuh tidaklah perlu disamak kerana tiada apa yang hendak diwas-waskan.

Kalau beli kereta, mungkin was-was ada bekas anjing, maka dilapkan 7 x seperti samak di atas.

Perkara yang penting ialah, najis yang tidak terlihat dan tidak dipastikan kenajisannya, maka Islam tidak memberatkan kita untuk membersihkannya. Elakkan diri daripada was-was kerana ia amalan syaitan.
tk

Visitor IP: 60.50.136.24

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.